selamat membaca n jangan lupa komen tau... sorry klu bab ni bosan sikit...
Irhan Nadim ketawa
riang. Leka bermain dengan rakan-rakannya sementara menanti kehadiran Alia
untuk mengambilnya. Dalam leka berlari tanpa sedar dia melanggar seseorang. Anak
kecil itu terjatuh. Pantas si kecil bangun. Tangannya mengusap perlahan seluar
yang kotor.
“maaf Auntie, Irhan tak
nampak auntie...” ucap Irhan Nadim sopan.
“Tak apa sayang. Sakit tak?”
Soal Nazrina. Matanya merenung wajah kecil yang sangat comel itu. Mata sikecil
seakan memukaunya. Persis Nurin Alia. Mata yang sama.
“Tak, Irhan kan hero. Setakat
jatuh ni Irhan dah biasa,” balas Irhan dengan penuh gaya apatah lagi bila
menyedari Nurin Alia yang di sukainya berada di sisi auntie cantik di
hadapannya itu.
“Irhan kenapa ni?” soal
satu suara dari belakang. Suara itu kedengaran cemas. Irhan pantas menoleh. Matanya
bersinar melihat susuk tubuh itu.
“Daddy....” jerit
Irhan. Pantas dia berlari dan memeluk tubuh lelaki itu. Lelaki itu menyambut
terpaan Irhan pantas tubuh kecil itu di dukung. Kucupan-demi kucupan
dihadiahkan pada pipi montel kesayangannya.
“miss u... daddy..”
Irhan bersuara manja.
“Daddy miss u to...
really miss u...” bisik lelaki itu. Tubuh kecil itu di dakap erat. Seminggu tidak
mendengar celoteh dan melihat gelagat si comel itu benar-benar membuatkan dia
kerinduan.
“Hhmm... maaf. Tadi anak
encik terlanggar saya dan jatuh. Maafkan saya. Kalau anak encik ok saya pergi
dulu..” tutur Nazrina. Ingin meminta diri. Rasanya tidak perlu untuk dia
melihat drama sebabak antara anak dan ayah itu.
“maaf kan anak saya. Memang
nakal dan aktif Irhan ni. Asyik berlari aja. Puas saya dan mama dia pesan. Langsung
dia tak kisah. Maaf kalau Irhan menyusahkan puan...” bicara lelaki itu terhenti
sebaik mata bertentang.
“Naz... U Naz kan?”
soal lelaki itu teruja. Nazrina mengangguk. Bagaimana lelaki di hadapannya itu
mengenalinya. Wajah itu langsung tiada dalam memorinya.
“ U tak kenal I? I
Fikri. Ingat budak nerd kelas 5 sains 2..”
“Jap... U Fikri yang
pakai cermin mata tebal rambut belah tengah tu?” Soal Nazrina teruja. Ya Allah
kacaknya makhluk tuhan dihadapannya itu. Bagaikan langit bila diingatkan wajah
dihadapannya dengan Fikri yang dikenalinya waktu sekolah menengah dahulu.
berubah habis. Nazrina turut teruja.
“Semestinya... sekarang
I dah hensomekan? Lebih hensome dari Irfan boyfriend U tu...” balas Fikri
sambil ketawa.
“Hensomelah sangat...
Irfan tu sekarang my husband tau... so please jangan kutuk-kutuk dia. Irhan ni
anak U ke? Comel anak U,”
“Yes, my boy. My lovely
boy.. n ci cantik manis sebalah U ni anak U ke?” balas Fikri.
“Yes my daughter. Nurin
Alia. Nurin salam uncle sayang,” Nazrina memperkenalkan buah hatinya. Dengan tertib
Nurin Alia menghulurkan tangan kecilnya untuk bersalam dengan Fikri. Fikri tersenyum.
Tangannya mengusap kepala si kecil. Nurin Alia... ada rasa aneh bila mendengar
nama itu. Nama yang selalu didengarinya tapi tak mungkin....
“Hhmm apa yang U
fikirkan? Tergoda dengan ank I ke?” soal Nazrina bergurau. Fikri sekadar
tersenyum.
“Daddy jom balik. Irhan
miss mama...” tiba-tiba si kecil Irhan bersuara. Bosan mendengar perbualan yang
langsung dia tak faham. Baik dia balik. Mesti mama masak sedap-sedap. Yummy...
Irhan lapar la daddy...
“ni kad I. Jangan lupa
contact I. Banyak yang I nak bualkan dengan U n Your lovely hubby. My boy ni
dah rindu mama dia. Kami balik dulu. Kirim salam I pada Irfan...” Fikri meminta
diri. Nazrina sekadar mengangguk dan ketawa. Mesti share dengan BFF dia nieh. Mesti
mereka terkejut. Fikri si nerd dah jadi prince charming. Berita hangat nieh.
2 comments:
bukan my son...my daughter...anak die kn perempuan...
noor
best2.. tapi pening sikit, hehe
smbng lgi♥
Post a Comment