“Maafkan abang Lia.
Abang dah tak sanggup untuk terus hidup dalam kepura-puraan lagi. Abang dah tak
sanggup untuk menipu Nazrina lagi. Abang rasa cukup setakat ini sahaja. dengan
ini abang lepaskan Alia dengan talak satu. Abang tak nak seksa Alia sebab abang
tahu abang takkan mampu untuk cintakan Alia...” Irfan bersuara tenang. Alia
tergamam. Hanya air jernih mengalir di pipi. Terasa sebeban batu menghempap
tubuhnya. Hatinya terluka. Sangat terluka. Sampai hati Irfan. Inikah
pengakhiran kisah mereka.
“Alia terima tapi satu
pinta Lia, jangan pernah lupa beritahu anak Lia siapa ibu yang mengandung dan
lahirkan dia sebab biar apa cara pun abang sembunyikan kebenaran siapa Lia pada
abang dan anak kita Lia yakin kebenaran itu akan terbongkar juga...” ucap Alia
tenang. Ada senyuman di bibirnya. Entah mengapa jauh di sudut hati dia tahu
Irfan takkan mampu menyembunyikan apa yang berlaku selamanya.
Irfan terus melangkah. Tangisan
Nurin Alia bergema. Tahu detik ini dia akan terpisah dengan ibunya. Alia menangis.
Tangisan Nurin Alia amat memilukan hatinya. Anak mama... maafkan mama sayang...
mama sangat cintakan papa sebab itu mama korbankan apa sahaja untuk dia yang
mama cinta. Adakah mama bodoh sayang? Bodohkah mama yang mencintai dia yang tak
menyintai mama? rintih hati Alia. Tangisannya bagaikan tiada penghujung.
Lima
tahun berlalu
“Nadim,
jangan lari sayang jatuh nanti,” Alia bersuara tegas. Nadim yang sangat aktif
kadang kala memenatkan tubuhnya. Ada sahaja yang ingin dilakukan oleh anak
kecil itu.
“Nadim tahu mama tapi
Nadim nak pergi toilet tak tahan dah ni,” jerit anak kecil itu. Beg sekolahnya
di campakkan sahaja begitu juga dengan kasut mahupun stokin. Bersepah atas
lantai sepanjang perjalanan ke tandas. Alia tersenyum melihat gelagat Nadim. Ada-
ada sahaja si kecil itu. Perlahan dia mengutip semula barang-barang si kecil
yang bertaburan atas lantai.
“Sorry mama...”
tiba-tiba terdengar suara si kecil Nadim. Tangan comel itu turut membantu Alia
mengutip stokin yang bertaburan lalu kasut di tangan Alia di ambil. Si kecil
pantas meletakkan kasut di rak belakang
pintu manakala stokin di bawa ke bilik cucian. Memasukkan ke dalam mesin basuh.
“pandainya anak mama. Ni
yang buat mama sayang sangat nieh...” ucap Alia lalu si kecil Nadim di bawa
kedalam pelukan. Terasa pipinya di kucup si kecil.
“Nadim pun sayang mama.
Sayang sangat...” balas si comel tersenyum manis. Alia ketawa. Bahagia. Si kecil
jantung hatinya. Nyawanya. Segalanya hanya untuk Irhan Nadim.
8 comments:
ku suka dgn jln cerita ni.... Pls make it different & not too predictable... Demand nye.... hihihi....
best jalan cite nie...menyentuh hati....nk lg n3 seterusnya....
best citer nya... cpt smbg ok... ;)
best citer nya... xsbr nk thu kisah selanjutnya... cpt smbg ok... ;)
best2.. smbng lgi♥
k.shana ok..? harap k.shana dapat byk idea setelah kehilangan ibu tersayang. k.shana, please 'rindu terhenti'...tak henti2 rindu kat cerpen 'rindu terhenti' nihh!
Sy rasalah kisah linda lagi best dari hanim. Please cntinue.
Sy rasalah cerita pasal linda lagi best dari hanim.
Post a Comment