BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Pages

mereka yg amat hana sayangi

sekilas pandang



terima kasih pada yang sudi menjengah ceritera hatiku....

maaf sebab lambat hantar n3 baru kat blog ini
apapun kesudian anda menjengah ke sini membuatkan hana sangat terharu....
hope terhibur membaca karya hana yang tak seberapa ini....

salam sayang pada anda semua yang menyokong dan sudi menjengah ceritera hatiku

jangan lupa tinggalkan komen selepas baca ya...
semoga komen2 anda menambahkan lagi semangat hana untuk bekarya............

Wednesday, March 24, 2010

Hakikat Cinta (HC)1

hakikat cinta

Matanya merenung bening mata anak kecil itu, ada sendu di wajah itu. Dikala usia tiga tahun, dia telah kehilangan tempat bergantung. Itulah kisah dua hari yang lalu, kisah yang telah mengubah seluruh hidup anak kecil itu bersama-sama adiknya yang baru mengenal dunia. Ya, abang Razif dan Kak Lia telah pergi dalam tragedy kemalangan jalan raya, hanya si kecil itu dan bayi dalam kandungan kak Lia sahaja terselamat dalam kemalangan ngeri itu, kereta yang di pandu abang Razif hilang kawalan dan seterusnya merempuh sebuah lori dari arah bertentangan.

Di sudut ruang tamu kedengaran sedikit pertengkaran antara dua keluarga, belumpun dua hari abang Razif dan kak Lia di kebumikan, sudah kedengaran pertikaian siapa yang harus menjaga anak-anak arwah. Ahhh sedih rasanya melihat anak-anak kecil yang tidak mengerti apa-apa itu apatah lagi kini mereka menjadi rebutan dua buah keluarga. Pertikaman mulut terus berlaku antara mama dan papa serta ibu bapa arwah abang Razif. Sudah beberapa jam pertikaman lidah itu berlaku namun tiada jalan penyelesaian lagi. Yang pasti mama dan papa akan tetap mempertahankan zuriat yang di tinggalkan oleh kak Lia. Aku faham, mama dan papa tidak ingin kehilangan lagi. Cukuplah dengan pemergian kak Lia dan abang Razif.

Suasana rumah ini sepi, sudah beberapa hari berlalu sejak pertengkaran mengenai hak penjagaan anak kecil ini berlaku. Dia mendodoi perlahan Haziq Amsyar yang baru berusia seminggu itu. Kakaknya Zarith Sofea pula mengikut mama dan papa menziarahi pusara kak Lia dan abang Razif. Tidak lama kemudian, kedengaran gemersik suara Sofea yang keriangan dari luar rumah. Pasti mama dan papa sudah pulang. Anak kecil itu pantas menerpa ke arahnya dan melihat adiknya. Sesekali dia mencuit pipi si kecil yang sedang tertidur nyenyak itu.

Sofea, anak kecil yang periang dan tidak banyak karenah. Usianya yang masih kecil itu menyebabkan dirinya tidak memahami apa yang terjadi. Namun sesekali kala ingatannya kembali pada umi dan walidpasti mulutnya petah bertanya, kemana perginya mereka? Tiada jawapan yang mampu aku berikan. Begitu juga dengan mama dan papa… hanya wajah mama yang bertukar sendu… sesekali ada juga kedengaran suaranya bertanya kepada papa “kenapa atuk biar umi ngan walid tidur dalam tanah?” dan tika itu aku lihat mata papa sudah berkaca, menahan rasa sedih. Mama sudah lama tersedu. Hati aku juga turut pedih bila melihat si kecil itu memeluk gambar umi dan walidnya sebelum tidur. Pasti anak kecil itu merindui belaian kasih sayang umi dan walidnya. Dapat aku lihat sinar mata yang penuh kerinduan kala anak kecil itu melihat gambar kak Lia dan abang Razif……

0 comments:

ANDA SUKA