BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Pages

mereka yg amat hana sayangi

sekilas pandang



terima kasih pada yang sudi menjengah ceritera hatiku....

maaf sebab lambat hantar n3 baru kat blog ini
apapun kesudian anda menjengah ke sini membuatkan hana sangat terharu....
hope terhibur membaca karya hana yang tak seberapa ini....

salam sayang pada anda semua yang menyokong dan sudi menjengah ceritera hatiku

jangan lupa tinggalkan komen selepas baca ya...
semoga komen2 anda menambahkan lagi semangat hana untuk bekarya............

Friday, August 27, 2010

KASIH SELAMANYA 3

Rina melangkah lemah. Perlahan tubuhnya direbahkan ke sofa. Dia penat. Letih untuk terus memikirkan segala kemungkinan. Benarkah kata-kata Kak Lin yang Aiman menderita. Akhirnya dia ketawa sinis. Tidak mungkin. Lelaki itu kelihatan sangat bahagia dengan cinta hatinya ketika pertemuan terakhir mereka. Langsung wajahnya tidak dipandang. Seolah-olah benci benar lelaki itu padanya.

"Mama..." jeritan nyaring Naqib dari luar rumah mengembalikannya ke alam nyata. Pantas dia bangun membuka pintu. Kelihatan Kak Maznah, salah seorang pekerja nurserynya berdiri di luar pagar bersama-sama Naqib dan Naqisha.

"Maafkan Qaseh kak Maz, tiba-tiba rasa tak sihat. Menyusahkan Kak Maz je kena hantar budak-budak ni balik. terima kasih Kak Maz. Jomlah masuk dulu" ajak Rina ramah. Pagar segera dibuka. Maznah hanya tersenyum apatah lagi melihat Naqib dan Naqisha berebut-rebut masuk ke dalam rumah.

"Tak apalah Qaseh. Tak susah pun. rumah Kak Maz kan selang dua pintu je dari sini. Qaseh ok? pucat je Kak Maz tengok?" tanya Maznah. Tangannya menyerahkan beg keperluan Naqib dan Naqisha.

"Pening sikit Kak Maz. Agaknya panas sangat hari ni. Jom lah singgah dulu"

"Tak payahlah Maz. Akak nak balik ni. Petang benar dah ni. Badan pun dah melekit. Lain kali ya. Jangan lupa makan ubat. Kalau tak ok juga phone Kak Maz. Kita ke klinik" balas Maznah sebelum keretanya meluncur pergi. Rina pantas mengunci pagar dan melangkah masuk ke dalam rumah.

"Abang, adik pergi mandi. Nanti kita makan. Mama ada beli KFC" arah Rina pada Naqib dan Naqisha yang sedang menonton tv. Pantas Naqib dan Naqisha melangkah ke tingkat atas. Ingin mandi.

"Ha... mandi betul-betul tau. jangan mandi kerbau. Baju mama dah letak atas katil abang dan adik" arag rina sebelum melangkah ke dapur untuk menyiapkan minum petang mereka.

Rina tersenyum melihat anak-anaknya begitu riang menikmati ayam goreng KFC. berselera sekali mereka makan. Sesekali mulut kecil itu berceloteh. bercerita itu ini.

"Mama, kenapa adik dan abang tak ada papa?" Rina tersentak mendengar pertanyaan dari Naqisha. Matanya memandang wajah polos itu. penuh dengan pengharapan. Ingin tahu mengapa mereka tidak punya papa seperti kawan-kawan yang lain.

"Betul tu mama, kawan-kawan abang selalu cerita pasal papa mereka. kenapa abang dan adik tak ada papa? papa pergi mana? kenapa papa tak tinggal dengan kita? sama macam kawan-kawan abang. Papa mereka kerja jauh pun tetap balik tengok diaorang mama. kenapa Papa tak balik?" Naqib pula menyoal. membuatkan nafas Rina makin sesak. Jawapan apa yang harus di beri. Selama ini dia memberitahu papa mereka kerja jauh. nak kumpul duit banyak-banyak untuk bawa mereka ke Disneyland... anak-anak kecil itu menerima tanpa banyak soal, tapi kini jawapan apa yang harus dia beri? Serba salah.

"Papa kerja sayang. Tak lama lagi papa baliklah. Papa pun rindu abang dan adik tapi papa kerja jauh" terang Rina perlahan. serasa tak terkeluar suaranya. Maafkan mama sayang...

"tapi bila mama?" soal Naqisha. Tidak berpuas hati dengan jawapan mamanya.

"Dah lah adik, nanti papa baliklah. Tengok adik dah buat mama sedih. Mama janganlah sedih. Abang tak kisah pun, asal mama ada dah cukup bagi abang" pujuk Naqib bila melihat mata mamanya yang sudah berair. Wajah mama juga nampak sedih. Pantas tubuh kecil itu memeluk mamanya.

"Adik pun sama. Mama jangan sedih lagi" Naqisha turut memaut tubuh mamanya. Rina pantas memeluk anakanaknya.

"Mama sayang anak-anak mama" bisik Rina perlahan. pipi ke dua-dua anaknya di kucup penuh kasih sayang.

.................................................................................

Aiman melanglah perlahan ke arah handsetnya yang berdering. melihat skrin seketika.

"Waalaikumsalam. Haa.. ambil Baby kat nursery? Malaslah... Yelah, Man pergi" Aiman mendengus perlahan. Nak tak nak terpaksa juga dia keluar. Entah apa urusan KaK Lin yang kononnya penting sangat sampai dia terpaksa mengambil Baby di Nursery.

Aiman memandu dengan berhati-hati. Kali pertama dia mengambil Baby. Mengikut alamat yamg Kak Lin bagi betullah jalan ni tapi kat mana Nur Qaseh Nursery ni. Tersenyum bila terpandang sign board Nursery tersebut. Pantas Aiman mem,akirkan keretanya di luar pagar. Kelihatan beberapa orang kanak-kanak sedang berm,ain sambil diawasi oleh beberapa orang guru atau penjaga mereka.

"Ya Encik, boleh saya bantu?" Kak Maz bertanya pada seorang lelaki yang kelihatan terjengok-jengok ke dalam nursery.

"A..aaa Saya Aiman, bapa saudara Kazrina. Saya datang nak amb..."

"Pak cu..." tiba-tiba terdengar suara Qazrina. Pantas anak kecil itu menghampiri Aiman.

"Cikgu Maz ni la Pak Cu Baby. Naqib, Qisha ni lah Pak cu kita" Qazrina pantas memperkenalkan bapa saudaranya kepada guru dan rakan-rakannya.

"Pak cu kejap erk.." Qazrina kembali berlri kedalam nursery. Tidak lama kemudian Qazrina keluar sambil tangan kecilnya memaut tangan cikgu Qasehnya. Rina turut berlari-lari anak mengikut rentak Qazrina. Entah apa yang anak kecil itu ingin tunjukkan padanya.

Aiman memandang wajah kanak-kanak yang berdiri dihadapannya. comel betul. Makin lama direnung wajah kanak-kanak tersebut, terbayang iras seseorang. seseorang yang amat di rinduinya.

"Cikgu Qaseg ni lah Pak Cu Baby..." dan kata-kata Qazrina itu membuatkan nafas Rina bagaikan terhenti. Aiman pula pantas memandang ke arah Qazrina dan matanya terpaku bila memandang wajah yang berdiri di sebelah Qazrina.

"Rin..." hanya itu yang mampu diucapkan bibirnya.

1 comments:

Hafia Hana said...

nice
biar aiman nyesal ngan apy yg dia dh wat
Qaseh,jual mhl la

ANDA SUKA