sorry klu n3 ni pendek... tak kisahkan??? pendek @ panjang hana x janji tp akan cuba update selalu dan semoga anda semua tak jemu dengan karya2 hana... love u all. ha lagi satu jangan lupa komen tau... hana nak tau la jugak pandangan anda semuakan... untuk menambah baikkan karya hana lagi. (baca balik ----> alamak skemanya ayat)
hana nak minta tolong ni pada yg sudi... boleh tak tolong hana buatkan covers cerita ni coz tuan punya blog amat2lah lemah bab2 nie (muka dah merah----> malu. dalam hati ada ke yg sudi?) hahaha... lawak jer tp klu yang sudi leh post kat fb hana.
Nazrina merenung sayu
wajah lelaki di hadapannya. Lelaki itu bagaikan hidup dalam dunianya sendiri. Dia
sendiri tidak mengerti apa yang terjadi. Yang pasti sejak lelaki itu pulang
bersama Nurin Alia si kecil yang amat comel di matanya, sikap lelaki itu
perlahan-lahan berubah. Irfan semakin menjauh. Sering termenung malah
adakalanya bila merenung si kecil Nurin, mata lelaki itu berkaca-kaca. Ada kepiluan
yang terpamir di wajah itu.
“Mama, papa kenapa?”
soal Nurin Alia. Si kecil itu kadang kala keliru dengan sikap papa. Kadang-kadang
papa sangat mesra dan memanjakannya tapi adakalanya papa berubah dingin. Sangat
dingin. Langsung tak pedulikannya.
“papa sakit sayang.
Nurin dah makan?” soal Nazrina memandang wajah comel di hadapannya.
“Dah... dengan opah,”
jawab Nurin Alia ceria. Terpamer lekuk di pipi Nurin Alia bila si kecil itu
tersenyum. Nazrina tergamam. Sering kali bila melihat si kecil itu tersenyum,
dia terbayangkan wajah Irfan. Persis sekali terutama lesung pipit di kedua belah
pipi Nurin Alia. Malah iras wajah Alia sangat mirip wajah Irfan kecuali
sepasang mata bewarna hazel milik si kecil. Cantik sekali. Malah Nazrina sedar
Irfan sangat suka memandang mata Nurin Alia. Malah dia sedar adakalanya Irfan
merenung mata si kecil seperti melepaskan kerinduan pada seseorang. Siapa?
Curiga? Ya adakalanya
hatinya di pagut curiga juga. Benarkah Nurin Alia hanya anak angkat yang di
serahkan seseorang kepada mereka? Entah mengapa jauh di sudut hati ada rasa tak
enak yang bertamu. Adakalanya dirasakan Irfan seperti menyembunyikan sesuatu
daripadanya. Dia cuba bersabar. Cuba berfikiran positif namun rasa curiga itu
tetap bertamu. Apa lagi yang harus dia lakukan.
“mama..mama...”
panggilan Nurin Alia mengembalikan Nazrina ke alam realiti.
“mama kenapa? Tak sihat
erk?” soal Nurin Alia. Tangannya di letakkan di dahi mamanya. Sama seperti yang
di lakukan mama bila dia demam.
“mama sihat. Mama Cuma berfikir
je... mama fikir anak mama ni dah makin besar. Seronok tak pergi sekolah?”
Nazrina bersuara ceria. Tak mahu si kecil bimbang.
“seronok. Nurin ada
banyak kawan mama....” Nurin Alia terus bercerita. Gembira. Nazrina hanya
ketawa mendengar celoteh si jantung hatinya. Terbang segala babanan perasaan
kala mendengar hilai tawa suara si manjanya. Biarpun anak angkat, bukan dia
yang mengandung dan melahirkan Nurin Alia tapi Nurin Alia tetap anaknya. Nyawanya.
Tak dapat di bayangkan hidupnya tanpa Nurin Alia. Permata hatinya...
2 comments:
k.shana..good luck..best jln citanya..xsbar nk tnggu n3 bru..k.shana bleh xsmbung rindu trhenti?..psal cover tu..6t sy/akk sy cba buatkn klo jdi, 6t sy post kt fb k.shana..ok..? hrap sngt k.shana smbung rindu trhenti tu..
tu la, spa suruh tnggalkan Lia.. kesian kat Lia, dkt irfan kesian sikit2 je.. hehe, nnti mesti mreka jumpa dkt skolah nurin alya kan? hehe
klau Nazrina tau, mesti dia marahkan? huhu
kesian nurin alia.. rsanya Lia pon ada ank lelaki kan.. mesti anak irfan.. mungkin lps lhirkan nurin, Lia pregnent plak.. and irfan xtau.. skrang irfan mesti mnyesalkan.. waktu dia ceraikan Lia, mngkin dia x sedar kta dia amat cinta kan Lia.. lebih dri dia cintakan nazrina.. hope smbng ya.. BEST2
lain dripada lain.. hehe
Post a Comment