BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Pages

mereka yg amat hana sayangi

sekilas pandang



terima kasih pada yang sudi menjengah ceritera hatiku....

maaf sebab lambat hantar n3 baru kat blog ini
apapun kesudian anda menjengah ke sini membuatkan hana sangat terharu....
hope terhibur membaca karya hana yang tak seberapa ini....

salam sayang pada anda semua yang menyokong dan sudi menjengah ceritera hatiku

jangan lupa tinggalkan komen selepas baca ya...
semoga komen2 anda menambahkan lagi semangat hana untuk bekarya............

Saturday, January 1, 2011

cerpen : pilihan hati (part 1)

"Awak, awak sayang saya tak"

"Sayang... kenapa?" soal Syafik. matanya memandang Rania yang sedang menonton tv. cerita korea. Sejak dua menjak ni, suka benar Rania menonton drama korea.

"saya pun sayang awak. sayang sangat. tapi saya tahu, awak tak cintakan sayakan? cinta awak hanya milik Kak Zura. Tapi saya tak kisah. awak sayang saya pun dah lebih dari cukup," balas Rania perlahan.

"Kenapa ni?" Syafik bangun menghampiri Rania. Duduk di hadapan gadis itu.

"Awak janganlah lindung saya. Tepilah sikit, saya nak tengok tv " Protes Rania. Syafik sekadar tersenyum. Masih kekal berdiri di hadapan Rania.

"hanya bila awak beritahu saya kenapa awak tanya soalan pelik, luar alam begitu baru saya tak lindung awak tengok tv" balas Syafik. Rania menarik muka masam. Tak puas hati.

"Tak ada apa la, cuma terpikir je. sampai bila kita nak macam ni. Papa dan mama saya, umi dan walid awak pun dah bising-bising tau. Letih saya nak cari alasan nak tepis soalan-soalan maut mereka. Mama dan umi siap nak bawa saya jumpa Mak Bedah bidan kampung yang kononnya terkenal tu" adu Riana. Syafik ketawa mendengar bebelan Riana. Alahai... mama dan umi ni kecoh betullah.

"Awak boleh ketawa lagi. Geram betul saya. Dah awak terus terang je dengan mereka kan senang. Tak payahlah kita nak berlakon kononnya kita pasangan paling bahagia. Lepas tu awak bawalah Kak Zura jumpa mereka. Insyaallah saya rasa umi dan walid boleh terima dia"

"Kalaulah semua itu senang macam yang awak cakap Puan Rania, tak adalah kita dua ni kahwin. Awak pun tahukan, umi saya macam mana. Susah, sekali dia kata tidak, tak mungkin akan jumpa ya tau"

"Sian awak kan tapi sayala yang paling kesian..." balas Riana. kepalanya dilentokkan di bahu Syafik. Syafik sekadar mengeluh.

"A'ah... sian kita. Tapi perm,intaan mama dan umi bukannya susah sangat pun. Tapi awak yang tak nak" balas Syafik.

"Awak tahukan, saya tak nak bina keluarga dalam keadaan macam ni. saya nak keluarga yang sempurna untuk mereka"

"Keadaan kita tak sempurna lagi ke?"

"Sempurna pada pandangan mata kasar tapi tidak pada saya bila hati awak dan hati saya tak pernah bertemu. Dahlah saya dah ngantuk. nak tidur. Night" Rania pantas bangun. Tangan Syafik disalam, pipi Suaminya itu turut dicium disertai ucapan maaf atas kata-kata mahupun kelakuannya yang mengguris hati lelaki itu untuk hari ini.

"night" Syafik mencium dahi Rania lama. Maaf... kata-kata itu hanya bergema di dalam hati.

.....................................................................................

Rania tersenyum melihat gambar perkahwinannya dengan Syafik. Detik terindah dalam hidupnya tetapi tidak pada lelaki itu. Sedari kecil dia meminati Syafik. Sejak kali pertama bersua hatinya sudah terpaut. Syafik merupakan kawan baik along, apatah lagi mereka turut mempunyai pertalian saudara. Nenek Syafik dan Moyangnya adik beradik tiri. Sejak dari itu dia menutup pintu hatinya untuk lelaki lain. Yang ada hanya Syafik.

Hatinya girang bila mama memberitahu auntie Zahira, umi Syafik meminangnya untuk jejaka itu. Terasa seolah-olah dunia ini milik dirinya. Tiada kata dapat menggambarkan betapa bahagianya saat itu. Saat cincin tanda disarungkan di jarinya, air mata bahagia mengalir. Manisnya ditik itu. Tak mungkin dia akan lupa.

Kegembiraannya hanya sementara dengan pengakuan Syafik. Terasa hatinya berderai. Syafik hanya menganggap dia sebagai adik. Tidak lebih dari itu. Tiada cinta di hati lelaki itu. pedihnya jiwa. Namun dia akur, asalkan lelaki itu gembira. Dia merelakan segalanya. Pertunangan mereka hampir terlerai, Masih terasa tamparan papa kala dia membuat keputusan untuk memutuskan pertunangan tersebut. Tapi apakan daya, mungkin jodoh mereka kuat. Dia tewas pada tangisan umi dan mama. Lalu perkahwinan ini terjadi.

Dengan penuh rasa keterpaksaan, Syafik akur. Lalu mereka berada disini saat ini. Sudah empat tahun berlalu. Empat tahun yang sia-sia. Syafik masih terus berusaha menyakinkan umi untuk menerima Azura. cinta hatinya. Dan dia terpaksa menerima dengan senyuman. Nyata usahanya sia-sia, usaha untuk memujuk umi tidak berjaya.

Pelikkan, sebagai isteri dia meminta izin dari umi untuk membenarkan Syafik mengahwini Azura. Siapapun tak ingin bermadu namun dia bukanlah seoarang yang kejam untuk menyeksa dua jiwa yang saling mencintai. Syarat terbaru umi amat membebankan. Hanya selepas permintaan umi, Dia dan Syafik tunaikan barulah umi memberi restu untuk Syafik mengahwini Azura. Dan dia akur lagi demi kasih suci seorang isteri buat suaminya.

.....................................................................................

Syafik merenung Rania yang sedang leka melukis. Sejak permintaan umi mereka tunaikan, Rania lebih senang menghabiskan masanya di sini. ditepi pantai ini. Saban petang juga dia menemani Rania ke sini. Entah mengapa saat ini dia rasakan mereka semakin jauh. Rania semakin diam, semakin memencilkan diri. Entah mengapa saat ini dia rindukan Rania yang dulu. Rania yang manja dan riang sentiasa.

"Dah petang lah awak, jom balik" ajak Syafik. Rania sekadar mengangguk. Dia membantu Rania mengemaskan peralatan lukisannya. Selepas itu mereka berjalan beriringan ke kereta.

Suasana di dalam kereta sunyi. Yang kedengaran hanyalah celoteh dj dari radio yang terpasang. Sesekali Syafik merenung Rania di sebelah. Isterinya itu hanyut dalam dunianya sendiri.

"Kenapa ni? awak ada masaalah?" soal Syafik. Tangannya mengelus tangan Rania.

"Tak ada apa-apa, cuma saya terfikirkan sesuatu. Sehingga saat ini, benarkah saya tiada tempat dihati awak? Sehingga saat ini benarkah awak tap pernah jatuh cinta pada saya?" Rania merenung Syafik yang tenang memandu. Dia perasan ada rtiak resah pada wajah itu.

"Maaf..." hanya itu yang terluah dari bibir Syafik. Rania tersenyum. Sudah diduga dan hatinya juga sudah semakin beku. Benar ada rasa sakit di situ. Ada tangisan yang ingin dihambur namun airmata sudah tidak mampu mengalir.

"Saya faham..." Riana menjawab perlahan. Dia nekad. Mungkin ini yang terbaik.

.....................................................................................

Suasana gembira mewarnai kehidupan keluarga Datuk Malik dan Datin Zahira. Kelahiran cucu sulung yang telah sekian lama ditunggu menyempurnakan keluarga mereka. Adam Naufal melengkapkan kebahagian mereka semua. Syafik tersenyum girang. bahagia. kali pertama bergelar papa. Mama dan papa Rania juga gembira. Kelahiran cucu dari anak perempuan tunggal mereka amat membahagiakan. Kini mereka yakin, anak itu akan mengukuhkan lagi mahligai ibu dan papanya.

"Terima kasih awak, ini hadiah yang terbaik pernah saya dapat..." Syafik mencium dahi isterinya tulus. Gembira. Si kecil yang sedang menyusu di belai.

"Saya tahu, saya harap awak jaga anak kita ni baik-baik tau. Beritahu dia saya sayang sangat kat dia bila dia besar nanti"

"Hei... apa yang awak merepek ni. Kita akan sama-sama besarkan dia. Dia telah menyempurnakan hidup kita"

"Saya tahu..." dia menyempurnakan hidup kita tapi bukan hidup awak... sambung Rania dalam hati.

.....................................................................................

Adam Naufal sudah mencecah tiga bulan kini. Rangcangan perkahwinan Syafik dan Azura juga semakin hampir. Suka atau tidak umi terpaksa akur. Rania menghitung hari. Saat itu hampir tiba. Saya terasa hatinya untuk melepaskan si kecil.

Adam Naufal ditinggalkan pada mama. Pada Syafik sudah di beritahu. Saat dia melangkah kedengaran tangisan si kecil. Di kuatkan semangat. Mungkin ini yang terbaik. Maafkan ibu sayang...

.....................................................................................

Syafik resah. Sudah lewat malam namun Rania masih belum pulang. Katanya ingin keluar berjumpa rakan. Talian telefon juga dimatikan. Adam Naufal sudah tertidur di dalam bakul bayi. Kasihan anaknya itu. Perlahan tubuh kecil itu diangkat dan dia melangkah ke bilik tidur.

Saat tangannya meletakkan anak kecil itu di katil bayi, dia terpandangkan sepucuk surat. Terletak elok di tepi bantal. Pantas surat itu diambil dan terus di baca.


Assalamualaikum...

Maaf kerana saya tidak mampu berhadapan dengan awak tika keputusan ini saya ambil. Maaf juga kerana keluar dari rumah tanpa pengetahuan awak. Saya tahu berdosa seorang isteri keluar dari rumah tanpa pengetahuan suaminya. kerna itu saya minta awak izinkan saya pergi...

awak...

Ingat lagi saya pernah tanya samaada awak cintakan saya atau tidak? Kebisuan awak telah menyakinkan saya. Saya tidak pernah ada di hati awak. Hanya Kak Zura yang ada disitukan?

Kali pertama melihat awak, saya mencintai awak. bila umi meminang saya untuk awak, saya bahagia sangat. Saat awak beritahu saya mengenai Kak Zura, hati saya pecah berderai. Saat awak terpaksa melafaz akad ke atas saya, Pedih terasa hati ini apatah lagi bila melihat wajah kecewa awak. Awak tak tahukan? ya awak tak pernah sedar kehadiran saya. Tak pernah tahu apapun m,engenai saya.

Lima tahun kita bersama, saya rasa awak tak pernah tahu bila hari lahir saya. awak tak pernah ingat tarikh ulang tahun kita. awak tak pernah tahu apapun tengtang saya. masakan kegemaran saya? filem yang saya suka? dan banyak lagi... awak tak pernah tahukan?

Saya rasa sangat sedih. Hati saya luka bila awak tersenyum riang menceritakan kebahagiaan awak dengan Kak Zura. Luka ini amat menyakitkan sehingga saya tidak pasti ia boleh diubati lagi. Maafkan saya kerana terpaksa pergi. Saya sudah terlalu letih untuk berpura-pura tersenyum.

Hanya satu yang saya pinta, sayangilah Adam. Peliharalah dia sebaik mungkin. Beritahu dia saya sangat menyanyangi dia. Sangat-sangat sayangkan dia. Maafkan saya kerana terpaksa pergi. Janganlah awak risau, saya boleh jaga diri. biarlah saya pergi untuk mencari bahagia...dan saya doakan awak bahagia dengan pilihan hati awak kerna kebahagian awak merupakan kebahagian saya...

Yang amat menyintaimu

Riana


Syafik terduduk membaca surat itu. Air mata mengalir perlahan di pipi. Riana sudah pergi. Rasa bersalah menghantui dirinya.

"Maafkan papa... sebab papa ibu pergi" Syafik bersuara perlahan. Matanya memandang Adam yang tidur pulas.

.....................................................................................

"Fik sampai bila You nak macam ni?" Azura bertanya perlahan. Wajah Syafik yang muram itu dipandang. Akur, sudah tersurat jodohnya tiada dengan lelaki itu. Kini mereka sekadar sahabat.

"I tak tahu Zura. I tak tahu sejak bila dia ada di sini. I tak pernah tahu sehinggalah dia pergi..." Syafik bersuara perlahan. Pedihnya sebuah kehilangan. sakitnya bila merindui seseorang.

"Sejak dulu, dia sentiasa ada. sentiasa dihadapan I. Sentiasa disisi I. Mungkin sebab dia selalu ada, I tak pernah nampak, tak pernah sedar sebab I tahu dia akan sentiasa ada untuk I sehinggalah dia hilang. Baru I sedar, Dia yang I inginkan untuk seumur hidup I. Maafkan I zura sebab.."

"Dah lah, I faham. Tak perlu rasa bersalah. I yang salah. I sedar You semakin berubah, I dapat rasakan cinta kita maikn pudar tapi I tamak. Maafkan I..."

"You tak salah, I yang silap menilai dan kini I terima segalanya. I harap Nia bahagia. I harap dia tak menangis lagi. Walau dimana pun dia berada I doakan dia bahagia. Oh ya bila majlis You?" Soal Syafik bila terpangkan sampul di tangan. Masih belum dibuka.

"Bulan depan. datanglah. Bawa Adam sekali" Jawab Azura.

"Tahniah, Insyaallah kalau tak ada aral I datang" balas Syafik.

"Ok lah I balik dulu" Azura meminta diri.
'I doakan you bahagia Fik...' bisik hati Azura.

5 comments:

lurun nauzzi namzar said...

besh2...
sambung2...

Anonymous said...

menarik...mmmm
good job

Anonymous said...

best... kalo buat novel lagi best

cik n.haliban said...

huhuhu...cedihnya...cian Adam... kenapa x bw adam sekali?

jat said...

hana... sedihnya... best! mmg trasa betul walau hanya dalam tulisan.. huhuuu.

ANDA SUKA