BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Pages

mereka yg amat hana sayangi

sekilas pandang



terima kasih pada yang sudi menjengah ceritera hatiku....

maaf sebab lambat hantar n3 baru kat blog ini
apapun kesudian anda menjengah ke sini membuatkan hana sangat terharu....
hope terhibur membaca karya hana yang tak seberapa ini....

salam sayang pada anda semua yang menyokong dan sudi menjengah ceritera hatiku

jangan lupa tinggalkan komen selepas baca ya...
semoga komen2 anda menambahkan lagi semangat hana untuk bekarya............

Saturday, January 1, 2011

Pilihan Hati (The End)

"Pagi cik Nia" Masyitah menyapa mesra Rania yang sedang leka menyusun bunga-bunga yang baru tiba di satu sudut.

"Pagi Syita. Awal pagi ni?"

"Awal sikit hari ni. Abang Man ada hal, tu yang hantar saya awal" balas Masyitah. Matanya memandang jam yang tergantung didinding kedai. Baru pukul 7.55 pagi. Selalunya dia datang ke kedai jam 8.30 pagi kerana kedai Bunga Cinta Naufal ini akan dibuka jam 9 pagi.

Masyitah terus menjalankan rutin hariannya. Mana- bunga yang hampir layu di ambil dan akan dikeringkan. Bunga-bunga segar yang baru tiba di susun dalam bekas yang tersedia. Selepas itu, dia menyemak senarai tempahan bunga untuk hari ini. Menyusun jadual tempahan agar mudah Din, despatch mereka untuk menghantar tempahan.

"Syita, situ ada dua tempahan. Mereka perlukan bunga ni sebelum jam sepuluh. Suruh Din hantar. Cepat" arah Rania.

"Baik Cik Nia" balas Masyitah.

Rania merenung jambangan bunga di hadapannya. Siappun. tersenyum. Sudah dua bulan kedai bunga ini beroperasi. Alhamdulilah sambutannya begitu menggalakkan. Cinta Naufal... Kedai bunga ini dinamakan sempena nama pengarang jantung hatinya. Adam Naufal. Rindunya pada Naufal, hanya tuhan sahaja yang tahu. Mujur kesibukan mengendalikan kedai ini dapat melupakan seketika rasa rindunya. Tapi sampai bila...
Ibu rindukan Naufal...rintih hatinya pilu

.....................................................................................

"anak papa demam lagi ya? Adam rindukan ibu? Papa pun rindu ibu" Syafik memeluk Adam. Badab Adam agak panas.

"Demam lagi cucu nenek ni? Sian dia" Datin Zahira pantas mengambil Adam yang berada dalam dukungan Syafik.

"Itulah, tak ada penyakit cari penyakit. Sekarang siapa yang susah" Datin Zahira bersuara sinis. Syafik sekadar diam. Tahu marah uminya masih belum reda lagi. Datuk Malik sekadar menggeleng. Sejak menantunya membawa diri, isterinya begitu marah kepada Syafik. Ada sahaja yang tidak kena. Serba salah. Hatinya turut simpati pada anaknya itu. Syafik semakin tidak terurus kini, malah tubuh Syafik juga sudah agak susut.

"Sudah-sudahlah tu uminya. awak marah-marah pun dah tak guna. Semua dah jadi" balas Datuk Malik. Simpati melihat wajah Syafik yang mendung itu. Tahu betapa anaknya menderita.

"Sebab dah jadilah saya marah. Mana nak letak muka saya ni. Segan saya pada Kak Wan dan Abang Zan Datuk Malik oii" balas Datin Zahira. Sakit hatinya mengenang sikap anaknya itu. Dah hilang baru tercari-cari. Ada depan mata, lain pula yang di kejar.

"Umi, Walid Fik balik dulu. Esok Fik datang lagi" Syafik meminta diri. Sebelum melangkah keluar, Adam di dukung. Pipi mungik anaknya di cium bertalu-talu.

.....................................................................................

Azura melangkah memasuki Cinta Naufal Florist. Matanya terpaut pada satu gubahan. Cantiknya. Pantas gubahan bunga itu di ambil.

"Dik, bunga ni berapa?" tanya Azura pada gadis penjaga kaunter.

"Bunga ni dah ada yang tempah.Kalau Cik nak, saya boleh buatkan,"

"Ya, sayangnnya. Bila boleh siap?" tanya Azura.

"Sekejap ya, saya tanya Cik Nia dulu. Haa.. tu pun dia"

"Kenapa Syita?" tanya Rania bila melihat Syita yang teruja melihatnya. Pelanggan yang membelakangkannya turut berpaling. Langkahnya kaku.

"Kak Zura"

"Nia"

Masyitah terkebil-kebil. matanya memandang ke arah Rania dan pelanggan di hadapannya. Mereka kenal ke?

"Alhamdulilah, akhirnya kak Zura jumpa Nia. Di sini rupanya Nia sembunyi. Puas Syafik cari Nia" Azura terus memeluk Rania. Gembira. Akhirnya pencarian Syafik akan tiba ke penghujungnya. Rania diam. Terkejut. Syafik mencarinya. Untuk apa?

"Nia, akak rasa tempat ni tak sesuai untuk bercerita. Boleh kita pergi restoran sebelah. Banyak yang Kak Zura perlu jelaskan" soalAzura. Rania hanya mengangguk. Masih lagi bingung.

.....................................................................................

"Nia, Kak Zura minta maaf. Kalau bukan kerana Kak Zura Nia dan Fik takkan jadi macam ni" Azura memulakan perbualan setelah pelayan yang mengambil pesanan mereka beredar.

"Kak Zura tak salah apa-apa. Mungkin Nia dan Fik tak ada jodoh," balas Rania.

"Tak, Nia dan Fik sudah ditakdirkan bersama. Nia baliklah. Fik dan Adam perlukan Nia. Kalau tidak untuk Fik sekalipun, demi Adam. Nia balik semula kepangkuan Fik ya" pujuk Azura.

"Nia tak tahu Kak. Hati Nia masih luka. Entah bila akan sembuh. Buat apa Nia balik kesisi abang Fik jika setiap saat dia hanya ingatkan kak Zura. Hatinya bukan milih Nia. hanya Kak Zura yang bertakhta di hati abang Fik. Nia dah letih kak," Nia bersuara sayu. Azura terdiam. Tahu luka yang dialami Nia terlalu dalam dan dia antara penyebabnya.

"Nia, Fik dan Adam menderita. Nia tahu Adam kerap jatuh sakit sejak Nia tinggalkan dia. Fik juga makin tak terurus. masanya banyak dihabiskan untuk mencari Nia. Baliklah. Fik sekarang bukan Fik yang dulu lagi. Dulu, hatinya memang milik Kak Zura tapi kini tidak lagi. Kak Zura tahu hatinya hanya ada Nia sahaja. setiapa saat, setiap detik hanya Nia yang ada disitu. Fik cintakan Nia. Nia balik ya..."

"Adam jatuh sakit?" Nia bertanya pantas. Ada resah dijiwanya.

"Ya, dia rindukan Nia. hanya Nia penawar sakitnya. Baliklah Nia. Kasihan Adam" Azura terus memujuk Nia. Perbualan mereka terhenti seketika ketika pelayan menghantar pesanan.

"Insyaallah. Nia tak janji. Berilah Nia masa untuk fikirkan" balas Rania lemah. Azura sekadar mengangguk. Tidak mahu terlalu memaksa.

.....................................................................................

Rania melangkah masuk. Matanya memandang segenap ruang. Bersepah. Suramnya. Rania mengaluh. Surat khabar dan majalah yang berselerak di susun lalu diletakkan di rak bacaan. plastik bungkusan makanan di kumpul lalu di buang ke dalam tong sampah. Pinggan dan gelas yang kotor di bawa ke dapur.

Rania mengeluh lagi. Pening melihar dapur yang berselerak. Syafik memang tidak pernah berubah. Memang tidak tahu mengemas langsung. Macammanalah lelaki ini boleh hidup di rumah yang tak terurus begini.

Rania melangkah ke bilik tidur pula. Mujur bilik tidur mereka sedikit terurus. Kain baju yang kotor dan bersepah di lantai Nia ambil lalu masukkan ke dalam bakul. Barang-ranag mainan Adam di kemas dan di letakkan dalam bakul tersedia. Katil di kemas. Cadar di tukar. Rania sekadar menggeleng mengenangkan Syafik. Macammanalah lelaki itu menguruskan Adam tanpa dirinya selama ini. Mujur ada umi dan mama yang membantu.

Rania pantas menyudahkan kerja-kerja mengemas bilik tidur mereka, Masih banyak yang perlu dilakukannya lagi. Ya, banyak yang perlu dilakukannya sebelum Syafik pulang dari pejabat.

.....................................................................................

Syafik melangkah masuk ke dalam rumah. Penat. Langkahnya terhenti. mata memandang ke sekeliling. Bersih dan kemas. Hairan. Syafik melangkah ke dapur. Kemas dan bersih. Malah terdapat hidangan makan malam di bawah tudung saji. Teringatkan sesuatu. Pantas Syafik berlari ke bilik.

Kakinya kaku. Matanya memandang sekujur tubuh yang nyenyak tidur di atas katil. Nia? Benarkah? Syafik tidak percaya lalu di cubit tangannya. Sakit. Benar dia tidak bermimpi.

Pantas tubuh itu di hampiri. Ya Allah... rindunya abang pada Nia. lalu wajah itu di cium bertalu-talu. Rania terjaga bila tidurnya terganggu. matanya di celik. Wajah Syafik terlayar di mata. Lelaki itu tersenyum memandangnya. Ada titisan air mata membasahi wajah Syafik.

"Rindunya abang pada Nia" Syafik bersuara perlahan. Tubuh Rania di pelik erat. Rania membalas pelukan Syafik. Dia juga merindui lelaki itu.

"Jangan pergi lagi... jangan sesekali Nia tinggalkan abang. Janji" Syafik bersuara sayu. Nia sekadar mengangguk. Tidak tahu bagaimana untuk menggambarkan perasaannya. Terharu. Seteruk inikah lelaki ini menderita. Wajah Syafik yang ditumbuhi jambang itu di usap.

"Maafkan Nia... Nia janji tak akan tinggalkan abang lagi. Adam mana?"

"Adam kat rumah umi. nanti kita pergi ambil. Sekarang abang hanya nak duduk dengan Nia sahaja. Alhamdulilah, akhirnya Nia kembali juga. Terimakasih Ya Allah" Shafik memeluk erat tubuh Nia. Tidak ingin berpisah lagi. Cukuplah sekali dia kehilangan Nia.

"Sebelum tu, Nia nak abang mandi dulu. shave jambang kat muka tu. Dah tak hensome suami Nia ni tau"

"Yes madam... Nia tunggu tau. jangan pergi mana-mana k," Syafik pantas berlari ke bilik air. Nia sekadar ketawa. bahagia. Doanya biarlah kasih mereka kekal selamnya. Insyaallah.

Hope terhibur. Sorry jika citer ni x menarik. sila komen ya...

7 comments:

kasma unggul said...

xnk wat sambungan agi ker??
besh cite nie...

Anor said...

alaa pendeknya ending cite ni.
tak puaslah baca. postlah pula
special n3 ..tolonglah yeee.

iniakuyangpunyahati said...

bestt!!!! hapy ending... good job..

Anonymous said...

bestx10000
tp bile nk msk kan n3 kasih selamanya???
plissss nk n3 kasih selamanya....(^____^)

hani said...

menarik...tp jika dipanjangkan sdikit, nia jumpa mertuanya dan anaknya lg best...

cik n.haliban said...

eeehhh...senangnya? hahahaha...okey. sy berpuas hati. hehe...cewayh...macam pengadil plak. heheh...x de a. just kidding. good story for a cerpen. chaiyok!

jat said...

manusia.. bila depan mata buat selamba. bila dah hilang baru dduk pun tak senang. sedihkan gtu.

ppuan pulak hatinya x sekental mana bila bdepan dgn org yg disayangi.. hm realiti kehidupan.

best! nk sambung bc lg.. =)

ANDA SUKA