BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Pages

mereka yg amat hana sayangi

sekilas pandang



terima kasih pada yang sudi menjengah ceritera hatiku....

maaf sebab lambat hantar n3 baru kat blog ini
apapun kesudian anda menjengah ke sini membuatkan hana sangat terharu....
hope terhibur membaca karya hana yang tak seberapa ini....

salam sayang pada anda semua yang menyokong dan sudi menjengah ceritera hatiku

jangan lupa tinggalkan komen selepas baca ya...
semoga komen2 anda menambahkan lagi semangat hana untuk bekarya............

Wednesday, November 28, 2012

rahsia hati hanim


ppssttt!!! tak kisahkan klu hana post sambungan cerita hati hanim pendek2 dan Insyaallah akan sentiasa update. doakan k... jangan lupa komen tau. sayang kamu semua... ; ) Hanim tersenyum melihat telatah Amar. Sejak dia hamil, Amar makin manja dengannya. Ada sahaja keletahnya untuk menarik perhatian Hanim malah asyik nak berdukung sahaja. Hanim hanya turutkan sahaja namun mengundang keriasuan pada seisi keluarga terutamanya opah. Manataknya, Amar sekarang makin montel. Hanim pun dah tak mampu dukung Amar lama-lama. Lenguh tangan dan sedikit termengah di buatnya. Aizad makin ceria. Masanya banyak diisi dengan anak isteri bersama anak dan isteri hingga adakalanya Hanim naik rimas pula. Namun jauh di sudut hati Hanim rasa gembira walaupun masih terselit keraguan dihatinya. Manakah penamat kisahnya dengan Aizad. “Umi amar ni termenung ingat siapa,” Opah menegur Hanim. Amar pula hanya ketawa dalam pelukan opah. “Opah... maaf Hanim tak perasan opah duduk kat sebelah,” jawab Hanim. Mukanya agak kemerahan. Malu tertangkap ketika sedang berangan. “Apa yang Hanim fikir? Jauh benar menungnya. Ingatkan siapa?” soal Opah. Risau pula hatinya melihat Hanim termenung jauh. “Hanim ingatkan mama. Fikirkan masa depan dan banyak lagilah. Paling penting Hanim fikirkan baby dalam ni?” jawab Hanim mengusap perutnya perlahan. Teringat pertemuan dengan seseorang. Tapi tak mungkin, sangkal hati kecilnya. Wajah perempuan hamil itu persis Linda. Hanim tidak pasti namun hatinya rasa tak enak. Linda hamil? Kalau hamil anak siapa yang Linda kandungkan? Hanim beristifar. Berusaha menghalang sangkaan buruk dari ruang fikiran. Menyedapkan hati sendiri. Dia tahu Aizad bukan lelaki seperti itu, senakal-nakal Aizad, dia tahu suaminya itu tetap berpegang teguh pada ajaran Islam. Tapi benarkah begitu? “Dah lah, tak ada apa yang nak dirisaukan. Opah tak nak Hanim fikir bukan-bukan. Walau apa terjadi Hanim menantu kesayangan kami semua dan cucu yang paling opah sayang tau,” Opah memaut bahu Hanim. Cuba meredakan gundah di hati Hanim. ........................................................................................................................................

4 comments:

norihan mohd yusof said...

tuk sah menung2 hanim,tk baik wat ibu mengandung...pikir yg baik jer pasti kebaikan yg ALLAH SWT beri kn..

shana said...

terima kasih atas komen yg di beri...

sian Hanim. apapun hana akan cuba untuk siapkan kisah Hanim ini secepat mungkin

Anonymous said...

Baru terserempak blog ni. Lama sungguh cerita hanim ni... Harap2 penulis diberikan kelapangan masa, kesihatan bdn dan kekayaan ilham utk sering mengupdate entry baru ttg Hanim ni.... Amin....

Kesiannya kat Hanim... Dahlah preggie, suami pun masih cinta kat kekasihnya Linda.... Tak tahu pulak si tg luqman tu sebenarnya abang sendiri... So complicated...

is said...

lama nya tunggu cite ni...nk tau sgt psal linda tu..heheheh

ANDA SUKA