BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Pages

mereka yg amat hana sayangi

sekilas pandang



terima kasih pada yang sudi menjengah ceritera hatiku....

maaf sebab lambat hantar n3 baru kat blog ini
apapun kesudian anda menjengah ke sini membuatkan hana sangat terharu....
hope terhibur membaca karya hana yang tak seberapa ini....

salam sayang pada anda semua yang menyokong dan sudi menjengah ceritera hatiku

jangan lupa tinggalkan komen selepas baca ya...
semoga komen2 anda menambahkan lagi semangat hana untuk bekarya............

Thursday, November 29, 2012

RAHSIA HATI HANIM i




Linda merenung pemandangan di hadapannya. Taman permainan itu riuh dengan jeritan dan suara kanak-kanak yang leka bermain. Sesekali bibirnya terukir senyuman melihat telatah kanak-kanak di situ. Gembira. Hanya di sini dia dapat melupakan seketika masalah yang melanda. Hatinya tenang melihat senyuman kanak-kanak yang leka bermain. Bahagianya mereka tanpa ada sebarang masalah.

 Sesekali dia rindukan kenangan zaman kecilnya. Zaman yang sangat indah sehinggalah semuanya berakhir dengan kemalangan yang meragut ke dua ibu bapanya. Lalu dia dititipkan di bawah jagaan mak long sekeluarga. Disitulah bermulanya derita hidupnya. Maklong hanya inginkan pampasan insuran kematian ibu dan bapanya sahaja. dia di dera mental dan fizikal. Malah dia hampir di perkosa sepupu sendiri. Mujurlah dia dapat melarikan diri.

Dalam pelarian itu dia diselamatkan sepasang suami isteri. Hidupnya kembali bercahaya. Namun malang sekali menimpa bila mereka juga meninggalkan dirinya dalam satu kejadian rompakan di kediaman mereka saat dia menjejak kaki ke universiti. Dia kembali merenung nasib diri. Mengapa mereka yang dia sayang harus tinggalkannya. Dunia ini memang tak adil atau benarkah kata-kata maklong suatu ketika dulu. Dia pembawa sial. Benarkah? Mujurlah dia dipertemukan dengan Aizad ketika di universiti. Lelaki itu benar-benar mengetuk pintu hatinya. Sentiasa di sisi saat susah dan senang.

 Dunianya makin beerti bila mendapat peluang dalam dunia modeling. Langkahnya makin ligat. Dia semakin tamak. Dia mula lupa diri. Aizad tak mampu lagi memuaskan hatinya. Dia makin ligat memburu wang dan nama sehingga lupa siapa dirinya.

3 comments:

is said...

ksian plak kt linda....

Unknown said...

sedeh nyer perjalanan hidup hanim ne dek...nk g

shana said...

kisah linda ni hana x rancang tapi rasanya sekarang mcm ada yg suka si linda ni so hana taip jelah. sorry klu x best coz diluar perancangan...
sayang anda semua yg sudi baca

ANDA SUKA