BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Pages

mereka yg amat hana sayangi

sekilas pandang



terima kasih pada yang sudi menjengah ceritera hatiku....

maaf sebab lambat hantar n3 baru kat blog ini
apapun kesudian anda menjengah ke sini membuatkan hana sangat terharu....
hope terhibur membaca karya hana yang tak seberapa ini....

salam sayang pada anda semua yang menyokong dan sudi menjengah ceritera hatiku

jangan lupa tinggalkan komen selepas baca ya...
semoga komen2 anda menambahkan lagi semangat hana untuk bekarya............

Tuesday, February 15, 2011

AIRA SAFIKAH

KALAU NAK TAHU NI NOVEL PERTAMA HANA TULIS... DAH LAMA CERITA NI. HANA TULIS WAKTU FORM 6 (2003)... TIBA-TIBA BUKAK FOLDER KAT KOMPUTER JUMPA CITER NI...(sebenarnya dah lupa pasal citer ni) HOPE ANDA SUKA...

Gadis itu melangkah tergesa-gesa. Peluh renik yang mengalir di dahi tidak dipedulikan. Langkahnya semakin pantas. Tidak dipedulikan usikan beberapa pemuda kampung yang melepak disimpang jalan. Yang pasti, dia ingin segera tiba di rumah. Tersenyum sedikit apabila melihat kelibat ayahnya di depan pintu rumah.

“Aira kenapa? Ayah nampak macam dikejar hantuje?” Tanya Pak Kasim pada anak gadisnya, satu-satunya anak yang dia ada.

“Taklah, Aira ingat ayah tak balik lagi. Kesian kat ibu kena tinggal sorang-sorang kat rumah,” Jawab Aira. Pantas Aira memasuki rumah. Hatinya bimbang. Ibunya sudah beberapa hari tidak sihat, memburukkan lagi keadaan semalam ibu diserang asma.

“Aira, suruh ibu bersiap. Ayah nak bawa ibu ke klinik,” jerit pak Kasim pada anaknya yang sudah menghilang ke dalam rumah. Tersenyum. Itulah penawar hatinya. Dialah racun, dialah penawar.

“Ibu, hari ni ibu macam mana?” Tanya Aira sambil tangannya hinggap di dahi ibunya. Salmiah sekadar tersenyum dengan gelagat puterunya. Pantas tangannya mengemgam erat tangan Aira. Perlahan-lahan di bawa kedadanya.

“Mak tak apa-apa. Aira jangan bimbang ye. Dah makan ke belum ni? Kalau belum pergi makan. Tadi ayah ada belikan makan tengahhari,” ujar Salmiah. Tangannya menyentuh perlahan pipi Aira, mengesat peluh yang mengalir.

“Belum lagi, ibu suruh Aira makan ni, ibu dah makan belum?” Tanya Aira kepada ibunya. Tersenyum walaupun hatinya agak sedih melihat keadaan ibu. Tubuh ibu makin cengkung, wajah ibu juga pucat.

“Ibu dah makan tadi, temankan ayah. Dah, anak ibu pergi makan sekarang. Tak elok biarkan perut tu kosong je,” balas Salmiah sambil menari hidung anaknya. Aira terjerit perlahan.

“Ibu, sakitlah…,” balas Aira sambil mencium pipi ibu mesra.

“Dah tahu sakit, kenapa anak ibu degil sangat? Ibu bukan suruh buat kerja pun, ibu Cuma suruh pergi makan je,” balas Salmiah sambil ketawa riang. Sudah agak lama dia tidak ketawa sebegitu. Beberapa hari yang lalu, tubuhnya benar-benar lemah. Hendak bergerak pun tidak mampu rasanya. Ketawa riang mereka mengisi bilik itu.

“Ish.. dua beranak ni, apa yang dibualkan tu? Gembira nampak?” Tanya Pak Kasim. Matanya merenung anak dan isterinya. Bahagia.

“tak ada apa, anak manja awak ni, degil sangat,” balas Salmiah sambil mengusap bahu anaknya mesra.

“mana ada, Aira kan anak yang baik. Pandai je ibu ngadu kat ayah Aira degil. Aira anak yang baikkan ayah?” gurau Aira sambil memaut mesra tangan ayahnya. Pak Kasim sekadar ketawa. Begitu juga Salmiah. Girang melihat trelatah manja Aira.

“Cik Miah oiii… kalau awak layan karenah anak awak ni sampai bila kita nak sampai klinik. Kenapa tak siap lagi ni? Cepatlah siap, nanti pukul 3 saya kena masuk kerja balik,” arah Pak Kasim.

“Aira ikut boleh tak ayah?” Tanya Aira kepada Pak Kasim. Salmiah hanya menggeleng. Hai, dah umur 16 tahun pun masih nak mengekor je mana mereka pergi.

“Tak boleh, Aira tunggu kat rumah. Ayah dan ibu pergi sekejap je. Ha… Cik Miah oii duk buat apa lagi? Bersiaplah cepat,”

“haah… dah awak suruh anak manja awak ni pergi makan. Awak tunggu saya siap kejap,”

“Aira, jom pergi makan. Ayah temankan, manalah tahu lepas ni ayah dah tak boleh temankan Aira lagi,” balas Pak Kasim. Cuba memujuk puterinya yang sudah menarik mungcung apabila dia tidak membenarkan dirinya ikut sama.

Nak tak nak, Aira akur juga dengan arahan ayahnya itu. tersenyum lebar apabila melihat lauk di bawah meja. Lauk kegemarannya, masak lemak nangka dengan sambal tumis udang. Pak Kasim tersenyum senang melihat wajah riang anaknya. Entah mengapa, hatinya tidak puas menatap wajah puterinya itu. terasa sayu hendak meninggalkan puterinya walaupun sekejap.

“Hai, ayahnya… buat apa awak tenung anak manja awak makan tu?” tegur Puan Salmiah. Matanya juga tak berkalih dari merenung puterinya. Entah mengapa hatinya terasa sayu apabila melihat wajah puterinya. Tak sanggup dia meninggalkan puterinya walaupun seminit.

“Tak ada apa-apa cik Miah oiii… manalah tau lepas ni kita dah tak boleh tengok tuan puterini makan lagi…”seloroh Pak Kasim.

“Issh… ayah ni. Kenapa cakap gitu. Aira takkan kemana, Aira nak temankan mak dsan ayah je,” Balas Aira. Suaranya agak sebak. Ishh.. nape dengan aku ni?

“Aira, ibu dah nak pergi ni. Jaga diri, jaga rumah. Jangan lupa solat tau dan belajar rajin-rajin. Jangan nak main je, macamlah ibu tak tahu kamu tu asyik main je,” pesan puan Salmiah. Dipeluk puterinya erat sekali. Dalam diam dia mengesat mata yang sudah mula berkaca.

“Ibu ni pesan macam tak nak balik dah, Aira tahu. Aira janji,” balas Aira. Masdih belum mahu melepaskan pelukan ibunya.

“Dah la tu Cik Miah oiii… sampai bila awak nak peluk anak awak tu? Bagi la saya peluk dia pulak?” tegur Pak Kasim. Pantas dia memeluk anaknya. Di cium mesra dahi puteri tunggalnya. Ada air mata yang mengalir tika dia melepaskan puteri tunggalnya itu. Aira juga terkesan dengan perubahan ayahnya itu. mengapa?

Aira melambai kepada ayah dan ibunya. Pak Kasin dan Salmiah tersenyum melihat kelibat puteri tunggal mereka. Entah mengapa terasa sayu melihat wajah puterinya itu. entah apa akan jadfi pada Aira seandainya mereka tiada. Itulah perkara yang sering menghantui mereka sejak kebelakangan ini. Hati juga rasa tidak enak. Air mata Salmiah tidak putus mengalir….

Aira termenung di ruang tamu. Berfikir, entah mengapa hatinya rasa tidak enak. Resah gelisah sepanjang hari ini. Seolah-olah ada perkara buruk yang akan terjadi. Akhirnya Aira tertidur di sofa. Keletihan, tidurnya amat nyenyak sekali.

Aira terjaga dari tidur sebaik terdengar bunyi guruh di langit. Hujan sudah mulai turun, semakin lebat. Matanya merenung jam di tangan, sudah hampir sejam ibu dan ayah pergi. Hatinya mula risau. Ahhh tak ada apa-apa. Mungkin ayah menunggu hujan berhenti baru pulang agaknya. Tekaknya terasa dahaga, segera dia melangkah ke dapur.

Deringan telefon di ruang tamu mengejutkan Aira. Gelas di tangan terlepas. Kaca-kaca berselerakan. Aira melangkah pantas, tanpa disedari kakinya tertusuk kaca. Dengan langkah yang agk payah Aira gagahkan diri untuk mengankat telefon yang terus berdering nyaring.

“Hello..”

“Ya.. ini rumah Kasim Ahmad,”

“Ya Allah…” Aira terjerit. Tubuhnya longlai. Ganggang telefon terlepas perlahan dari tangannya. Air mata mengalir lesu dari tubir mata. Pandangannya kosong. Berharap ini hanya mimpi ngeri. Apabila terjaga, dia hanya ingin melihat ayah dan ibunya. Segalanya hanya mimpi… berkali-kali dia cuba menyakinkan diri…

************************************************************************

Aira hanya memandang wajah-wajah dihadapannya. Pandangannya kosong, hanya jasadnya sahaja berada di situ. Tiada lagi air mata yang mengalir. Tidak dipedulikan apa yang berlaku disekelilingnya. Dia benar-benar letih. Letih menghadapi kenyataan hidup yang terbentang dihadapannya. Segala-galanya bagaikan mimpi. Beberapa jam yang lalu, dia ketawa riang. Hidupnya benar-benar bahagia… tapi kini, dia telah kehilangan segala-galanya. Yang tinggal hanya kedukaan, kepedihan yang tak tertanggung oleh dirinya.

“Aira, sudah lah tu, jangan ditangisi orang yang pergi,” pujuk Saerah. Adik tunggal Kasim. Nasibnya sama dengan Aira, dia dan Kasim juga kehilangan orang tua mereka dalam usia yang masih mentah. Ayahnya meninggal ketika dia masih dalam perut ibu, ibu pula mengikut jejak ayah bila dia berumur sepuluh tahun. Dia bernasib baik kerna memiliki seorang abang yang ketika itu berumur 17 tahun. Tetapi Aira… Dia berjanji akan dijaga satu-satunya zuriat milik abangnya sebaik mungkin. Suaminya juga sudah merestui hajatnya itu.

Aira sekadar membisu. Ahhh… dia sudah puas mendengar kata-kata pujukan dan simpati… tapi fahamkah mereka hatinya. Hatinya yang sakit, pedih…yang luka… kenapa dia yang harus diuji begini. Apakah yang tersirat disebalik takdir ini. Ibu… Ayah… Aira rindukan ibu dengan ayah… Aira masih lagi tidak puas berteduh dibawah lembayung kasih kalian… Mengapa ibu dan ayah pergi meninggalkan Aira…Aira merintih sendiri. Matanya memangdang kosong dua tubuh yang terbaring di ruang tamu.

Aira bangun perlahan, cuba untuk berdiri. Walaupun agak payah, dia melangkah jua. Baru beberapa langkah, tubuhnya rebah. Mujur Saerah sempat memaut sekujur tubuh yang lemah itu. dengan bantuan beberapa orang jiran, mereka membawa Aira ke dalam bilik. Gadis itu perlukan rehat. Masih lagi terkejut agaknya dengan berita kemalangan yang meragut ayah dan ibunya, itulah andaian beberapa jiran terdekat. Mereka juga turut bersimpati dengan nasib yang menimpa anak gadis yang lincah dan periang itu.

Setitis air mata mengalir sebaik jenazah ayah dan ibunya diturunkan ke liang lahad. Dibiarkan air mata yang mengalir. Saat talking di baca, air mata makin pantas mengalir. Selamat tinggal ayah… selamat tinggal ibu… semoga roh ayah dan ibu ditempatkan dikalangan orang beriman… amin….

Tiga hari telah berlalu, hari ini dia terpaksa berpisah dengan rumah peninggalan ayah dan ibu. Maafkan Aira ayah, maafkan Aira ibu… Aira tak dapat jaga rumah kita lagi… Tapi Aira janji, satu hari nanti Aira pasti akan pulang jua ke sini. Selamat tinggal kenangan… Aira memandang sayu rumah yang makin berbalam… makin jauh bila kereta pak su Jamil meninggalkan teratak yang penuh kenangan suka dan duka dirinya… hari ini dia akan memulakan hidup baru… dia akan tinggal bersama keluarga maksunya. Tiada lagi ayah dan ibu.. yang ada hanya kenangan bersama mereka… kenangan yang tak mungkin akan berulang…


Aira memulakan hidup baru di rumah paksu dan maksunya. Sedikit sebanyak dia sudah dapat menuyesuaikan diri dengan persekitaran baru. Dia senang dengan layanan mesra maksu dan paksu. Dia gembira dengan gelagat Herlina, sepupunya. Anak bongsu paksu dan maksu. Sepanjang dua bulan dia berada di sini, dia tidak pernah lagi berjumpa dengan Adam, anak sulung maksu. Adam kini menuntut di UK. Lelaki yang lapan tahun lebih tua darinya itu… Adam, lelaki merangkap sepupu yang paling dia benci. Sedari kecil Adam gemar membuli dan mengetawakannya.

Masih dia ingat, sedari kecil Adam suka menggelarkannya budak gemuk ataupun budak comot. Adam juga sering membulinya, pernah Adam menolaknya jatuh ke dalam sungai dan menyebabkan dahinya luka, malah parut itu masih kekal sehingga kini. Akibat dari peristiwa itu, maksu dan paksu memarahi Adam dan sejak dari peristiwa itu Adam makin memusuhinya malah mereka juga pantang bersua muka. Pasti ada pertengkaran yang berlaku. Ada demdam yang membara dalam diri masing-masing. Aira juga lega kerana Adam tak mungkin akan pulang dalamn masa terdekat ini. Huh… kalaulah Adam tinggal di rumah ini, dia lebih rela tinggal di rumah peninggalan ayah walaupun terpaksa tinggal seorang diri. Adam, lelaki yang paling dibencinya dan dia juga pasti dialah gadis yang paling Adam benci.

Masa makin pantas berlalu, sesekali Aira dan maksu sekeluarga akan pulang melawat pusara ibu dan ayah. Peperiksaan SPM juga telah ditempuhinya. Dia bertawakal, berharap agar mendapat sesult yang diharapkannya selama ini. Akan ditunaikan impian arwah ayah dan ibu. Sementara menunggu result keluar, Aira bekerja di pejabat paksunya. Sesekali pada hujung minggu pula dia akan keluar bersama-sama Herlina atau rakan-rakan karibnya.

Pagi itu, sedang dia membaca sebuah novel Herlina menghampirinya dengan berita yang amat menggembirakan bagi keluarga maksu dan paksu tapi amat dibencinya. Adam akan pulang. Huh… hidupnya pasti tidak akan tenteram dan aman lagi.dia mula menghitung hari… lagi dua hariu Adam akan pulang. Bermakna dalam tempoh 48 jam dari sekarang, dia akan berhadapan dengan musuh tradisinya.

Aira sekadar tersenyum melihat telatah Herlina yang begitu gembira. Dari pagi sampai petang nak gadis 15 tahun itu bercerita tentang Adam. Aira sekadar mendengar tanpa sebarang komen. Entah apa mimpi Adam ingin pulang. Menurut Herlina lagi, Adam juga akan memperkenalkan teman wanitanya. Huh ikut suka dialah, asal jangan ganggu hidup aku.

“ Kak Aira, Lin berani potong jari… abang Adam mesti terkejut tengok akak. Mesti dia tak sangka budak gemuk dan comot yang dia ejek dulu dah jadi cantik sekarang. Heeiii tak sabar betul nak tunggu hari tu,” Aira sekadar tersengih. Hai… cantik ke aku ni? Macam ni pun si Lin boleh kata cantik. Kalau cantik dah lama aku ada pakwe… Ehh… aku yang menolak… setakat surat cinta tu dah berlambak aku dapat… ehh!!! Terpuji diri sendirilah pulak… malunya…

“Ye ke? Kita tengok nanti. Silap-silap nanti adik akak ni dan tak cantik dah tak lama lagi sebab jari kena potong…” balas Aira sambil ketawa. Herlina bengang. Segera di kejar Aira yang sudah berlari ke tingkat atas. Saerah dan Jamil hanya ketawa melihat telatah riang mereka. Kalau ada Adam nanti pasti rumah mereka akn lebih meriah.




Adam tersengih melihat reaksi adiknya dan Melinda. Tahu, pasti Melinda tidak senang dengan gelagat Herlina. Haiii… tak tahulah apa yang adiknya tidak suka mengenai Melinda walaupun ini merupakan pertemuan pertama mereka. Diakui, Herlina bukanlah seseorang yang mesra dan susah untuk dirinya menyukai seseorang pada pertemuan pertama. Namun dia berharap, Herlina akan selesa dengan Melinda suatu hari nanti. Mujurlah mama dan papa tak banyak komen. Menerima Melinda seadanya walaupun dia tahu mereka mungkin kurang senang dengan gaya Melinda. Faham benar sikap mama dan papa, walaupun sudah berpuluh tahun tinggal di Bandar besar dan mempunyai pergaulan yang meluas namun mereka masih laghi mengekalkan budaya timur. Hope mama dan papa senang dengan Melinda kerna dia yakin Melinda wanita yang sesuai buatnya. Boleh dibawa ketepi atau ketengah, bijak menyesuaikan diri dengan keadaan.

Dalam kekalutan itu, ibu bapa Melinda tiba. Tersenyum dia berhadapan dengan orang tua Melinda. Patutlah Melinda begitu, orang tuanya juga kelihatan sangat moden. Huh… ibunya masih lagi bergaya seperti orang muda, begitu juga dengan bapa Melinda walaupun umur mereka sudah mengjangkau lebih dari separuh abad. Dia hanya tersenyum melihat reaksi mama dan papa. Mama dan papa kelihatan gembira berkenalan dengan keluarga Melinda walaupun dia tahu papa dan mama tidak sennag dengan gaya mereka.

Herlina hanya memerhati. Huh, bosannya. Patutlah anak macamtu. Mak bapak pun perangai begitu. Tua tak sedar diri. Ingat cantik sangatlah tu, buruk lagi adalah. Macam beruk pakai skirt, kutuk Herlina. Hai macam manusia yang baru keluar dari hutan, tak tahu sesuaikan pakaian dengan keadaan. Perasan kalau pakai macamtu nakpak cam orang putihlah tu. Kalau Melayu tu buat macammanapun nampak Melayu jugak. Hai macammanalah abang aku boleh terpikat dengan pompuan macam tu. Agaknya perempuan ni dah guna-gunakan abang kot. Biasalah manusia, moden macammanapun still jumpa pawang atau bomoh nieh. Masih lagi percaya benda karut marut ni.

Lega apabila mereka sudah berada dalam kereta. Adam tersandar kepenatan di seat belakang. Papa dan mama hanya mendiamkan diri. Herlina pula lebih senang melayan perasaan. Adam hampir terlelap sehinggalah dia teringatkan sesuatu.

“mama, mama beritahu budak gemuk dan comot tu tinggal dengan kita. Mana dia? Takkanlah tak datang sekali?” tanya Adam pada mamanya apabila dia teringatkan budak perempuan yang dia paling benci suatu masa dulu.

“Ish… abang ni, tak baik kata gitu tau. mana ada Kak Aira tu gemuk dan comot. Kak Aira tu cantiklah. Lin berani potong jari, abang mesti terpikat bila tengok kat Aira silap-silap waktu jugak abang bawa Kak Aira pergi pejabat kadi,” pintas Herlina sebelum Saerah sempat menjawab.

“Apalah Lin ni, tak mungkin abang suke kat perempuan tu. Tah-tah mata Lin dah rabun sampai tak reti beza cantik dan huduh. Lepas ni mama kenalah bawa Lin jumpa pakar mata sebab mata dia ada problem sikit,”

“Ma… tengok abang ni. Jahat usik Lin. Lin cakap yang betul. Kita tengok nanti mata sapa yang rabun. Sape yang tak ada taste. Siapa yang kalah kena patuhi arahan pihak yang menang,”

“Ok kita tengok nanti. Abang nak tengok siapa yang nangis nanti. Mama dan papa tak boleh tolong. Abang dah tak sabar nak tengok Lin potong jari sebab kalah,” balas Adam. Saerah dan Encik Jamil sekadar ketawa mendengar bicara anak-anaknya itu. diakui Adam gemar mengusik adiknya, manakala Herlina pula gemar merajuk.

Aira sedang enak mendengar muzik di biliknya. Sudah hampir tiga hari Adam pulang namun mereka masih belum berkesempatan untuk bersua muka. Dia sering mengelak bertemu Adam. Dua hari yang lalu dia meminta izin maksu dan paksu untuk bermalam di rumah Norein, sahabat karibnya. Mujur Norein sanggup menolongnya, dalam terpaksa Norein akur jua untuk menelefon paksu dan maksu. Kononnya ibu bapa Norein pulang ke kampung dan Norein meminta Aira menemaninya sehinggalah kedua-dua ibu bapanya pulang. Maksu pula dengan senang hati melepaskannya.

6 comments:

Zass said...

apsal cam tergantung jer ni... anyway,, best sgt2!!!! ade aje idea yang hebat2 dari author ni.. give compliment for u author!!!!
but.. cepat2 lah masukkan nex n3 ya... harap2 membahagiakan...amin.so

Anonymous said...

wah!!
dgr cam mnarik je crita ni.
cpt2 smbung crita ni.
dah x sbr da ni.

Anonymous said...

menarikk...

Anonymous said...

best.. sambung lar cepat...

Anonymous said...

best.. sambung lar cepat2..

Anonymous said...

best.. cepat2 ar sambung.... xsabar nak baca..

ANDA SUKA