BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Pages

mereka yg amat hana sayangi

sekilas pandang



terima kasih pada yang sudi menjengah ceritera hatiku....

maaf sebab lambat hantar n3 baru kat blog ini
apapun kesudian anda menjengah ke sini membuatkan hana sangat terharu....
hope terhibur membaca karya hana yang tak seberapa ini....

salam sayang pada anda semua yang menyokong dan sudi menjengah ceritera hatiku

jangan lupa tinggalkan komen selepas baca ya...
semoga komen2 anda menambahkan lagi semangat hana untuk bekarya............

Tuesday, February 15, 2011

AIRA SAFIKAH 2

Hari pertama kepulangan Adam pula, dia hanya berkurung dalam bilik dengan alas an tidak sihat. Hari ni entah apa pula alas an yang harus dia beri. Harap-harap lelaki itu tak berada di rumah. Keluarlah kemana-mana sahaja. Dirinya sudah bosan terkurung di dalam bilik sahaja. Herlina juga hairan dengan sikap barunya tapi anak gadis itu akur dengan setiap alas an yang diberi. Walaupun begitu dia juga tahu, dihati Herlina terselit perasaan hairan dan rasa tidak puas hati. Tapi apa yang boleh dia buat, dioa tidak mahu bertemu Adam. Kalau mereka bersua sahaja, dia pasti akan ada pergaduhan terjadi.

Adam merenung skrin tv dihadapannya. Bosan. Rakan-rakannya yang lain sibuk dengan aktiviti masing-masing. Tinggallah dia keseorangan. Melinda pula sibuk menemani ibunya membeli belah. Dia sedar sudah tiga hari dia pulang, namun tak prnah sekalipun dia bertemu dengan budak comot tu. Hai manalah budak tu melarikan diri. Takut dekat aku agaknya tapi benarkah dia takut dengan aku??? Kalau ada budak tu boleh jugak aku buat lawan bertengkar, sekurang-kurangnya taklah aku bosan sangat. Tapi kadang-kadang aku rindu jugak nak bertengkar dengan dia… macam gian pulak… manalah dia hilang ni???





Adam menghampiri Aira, langkahnya begitu berhati-hati. Aira masih lagi leka menyuap nasi goring. Tidak sedar langsung dengan kehadiran Adam. Adam semakin menghampiri Aira. Di tangannya tergenggam sesuatu. Pantas dia membaling benda di tangannya ke atas meja. Terjerit Aira. Mukanya pucat. Adam ketawa riang.

Labah-labah mainan di atas meja di ambil. Aira masih lagi pucat. Adam masih lagi ketawa malah labah-labah ditangannya di baling kea rah Aira. Aira cuba bertenang. Masih lagi terkejut dengan kemunculan labah-labah dan Adam secara tiba-tiba. Wajahnya sudah mula memerah. Matanya merenung tajam kea rah Adam yang maish lagi ketawa. Tangannya memegang erat gelas minuman dan tanpa Adam duga… kepalanya sudah basah dengan air milo suam. Nasib baik milo suam…kalau panas…tak dapat dibayangkan.

Terjerit Adam, pantas dia berlari ke singki. Mencuci kepala dan mukanya yang disimbah air milo. Aira sekadar tersenyum. Huh… berani lagi cabar aku. Dilihatnya Adam masih mencuci rambutnya sambil membebel sesuatu.

“Berani lagi mainkan aku, ingat aku takut sangat kat kau…,” ujar Aira sambil melangkah pergi. Seleranya terus mati untuk menikmati nasi goreng. Adam merenung tajam ke arah Aira… Huh… kita tengok nanti, kau akan terima balasan, aku takkan lepaskan kau, budak comot, Adam berazam. Nekad, aku takkan lepaskan kau.

Aira menghempaskan tubuhnya ke atas tilam. Hatinya berbungkal geram. Bengang dengan sikap Adam. Huh… tak pernah berubah. Nampaknya aku kena hati-hati. Bilalah dia nak balik ke UK… tak pun keluar ke mana-mana. Ehh… yang aku nak memerap kat rumah ni buat apa?? Baik keluar. Tak payah pening-pening lagi nak ngadap perangai budak tak cukup akal tu. Aira pantas bersiap.

Adam masih lagi merenung kea rah pintu bilik Aira. Hatinya masih lagi geram, berani dia mandikan aku dengan milo suam… huh nasib baik kau perempuan kalau tidak…. Adam terus melangkah kea rah biliknya. Mengeluh… bosannya. Rakan-rakannya sibuk bercuti dengan keluarga, dia? Huh… keseorangan. Mama dan papa sibuk dengan bisnes. Menyesal aku balik… kalau aku cuti kay Europe pun best jugak nieh… best jugak kalau dapat balik kampung. Dah lama rasanya tak jenguk pak long dan mak long. Hmmm… malam nanti bincang dengan mama dan papa… pasti mama dan papa setuju. Boleh jugak Linda ikut sama… Adam tersenyum. Sudah merangka sesuatu bagi mengisi cutinya.



Saerah bersetuju dengan cadangan anaknya itu. lagipun sudah lama mereka tidak pulang ke kampung halaman suaminya itu. herlina menjerit girang mendengar cadangan abangnya itu. namun keriangan anak gadis itu hilang bila Adam ingin membawa Melinda pulang bersama-sama mereka. Dia tersenyum bila teringatkan sesuatu.

Adam terpaku mendengar syarat yang ditetapkan adiknya itu. ishh… biar betul budak ni. Tapi takkanlah bidak comot tu nak ikut. Tersenyum bila teringatkan perbualan mama dan Aira. Aira memberi pelbagai alasan bila mama memaksa gadis itu pulang ke kampung bersama mereka. Akhirnya mama terpaksa mengalah, Adam lega sendiri. Menyebok aje kalau bawa budak comot tu. Silap-silap aku tak boleh bermanja-manja ngan Linda bila asyik bergaduh ngan dia jerr… dia setuju dengan permintaan adiknya. Yakin Herlina tidak mungkin dapat memujuk Aira.

Herlina menarik muka masam, tidak puas hati bila Aira tidak bersetuju untuk bercuti bersama mereka. Sudah puad dia memujuk, Aira tetap dengan keputusannya. Patutlah… abang Adam senang hati je bila aku kenakan syarat ni, agaknya dia dah komplot ngan kak Aira agaknya takpun abang Adam ugut kak Aira… isshhh tak boleh jadi nie, kena minta mama tolong pujuk, manalah tahu dengan mama kak Aira lembut hati.

Herlina mengeluh bila mendengar kata-kata mama. Macam mana ni? Apa aku nak buat agar kak Aira setuju untuk turut serta. Bencinya bila abang ajak si Melinda gedik tu. Kalau kak Aira tak ikut, mesti aku sorang-sorang je. Mama mesti ngan maklong je, papa pun sama mesti ikut pak long je. Abang Adam mesti melekat ngan kak Linda, huh cam kembar siam… benci… hmmm… dah dapat idea, nak tak nak kak Aira akan ikut juga…seronoknya…lagi seminggu boleh jumpa paklong dan maklong tapi yang paling penting boleh jumpa….

Suka atau tidak, Aira terpaksa akur bila Herlina mengungut untuk tidak turut serta sekiranya dirinya tidak pergi. Adam merengus marah bila Aira ikut serta. Herlina melonjak girang bila rangcangannya telah berjaya. Saerah dan jamil hanya tersenyum melihat kegembiraan abaj-anak mereka.

Adam merenung ke arah Melinda yang masih lagi mencuba beberapa pasang pakaian. Bosan. Hari ni dia terpaksa menemani Melinda shopping. Sudah hampir dua jam mereka berada di butik tersebut. Sesekali Adam meenung nakal gadis-gadis cantik yang keluar masuk butik tersebut. Matanya turut merenung gadis jurujual yang berada di satu sudut. Sikap mata keranjangnya memang tidak dapat dibuang. Sesekali dia melihat gadis jurujual itu tersipu-sipu apabila direnung lama olehnya. Syakila… melihat tanda nama di uniform gadis itu…hmmm nice name…

“hai…” tegur Adam setelah menghampiri gadis itu. gadis itu teragak-agak untuk membalas sapaan Adam. Sesekali matanya mengerling ke arah Melinda yang masih lagi leka mencuba pakaian.

“Saya Adam, dan saya tahu nama awak Syakila… saya suka dengan nama tu. Agaknya ayah awak peminat Rahim Maarof kot…” Adam masih lagi mencuba menarik perhatian gadis itu. tahu, tentu gadis itu bimbang dan takut pada Melinda.

“hhmmm… awak ni tak de suara ke? Takpun awak takut dengan….”mata Adam turut memangdang Melinda.

“Bu…bukan macam tu, tapi…”

“Tak de tapi-tapi. This is my card… please call me ok… n your phone number..,” Adam menghulurkan kad namanya, gadis itu teragak-agak untuk mengambil…

“Darling… you buat apa kat sini?” tanya Melinda tiba-tiba.

“Nothing… I cuma tanya tengtang butik ni, I tengok rekaan baju kat sini cantik. Teringin juga I nak tahu siapa pereka kat sini,” balas Adam sambil memaut tangan Melinda, mereka beredar dari situ. Gadis jurujual itu menarik nafas lega.

Adam merengus kasar bila Melinda membatalkan rancangan untuk mengikutnya pulang ke kampung. Gadis itu lebih rela mengikut rakan-rakannya bercuti ke Tioaman dari bercuti bersamanya. Bengang. Ingin sahaja dia membatalkan rancangan tersebut tapi… bila teringatkan suara riang paklong dan maklong apabila diberitahu rancangan mereka untuk bercuti di kampung, dia tak sampai hati. Niat untuk memperkenalkan Melinda punah begitu sahaja. Linda…Linda…., entah bagaimana dia boleh terikat dengan gadis itu??? mungkin hanya Melinda sahaja yang mampu bersabar dengan sikap kaki perempuan dia agaknya…

Aira sudah mengemas beberapa barang yang akan di bawa. Dia turut membawa beberapa buah novel untuk dibaca. Hmmm… rindunya dengan masakan mak long. Tersenyum. Senang bila mengingatkan penerimaan maklong dan paklong. Malah maklong dan paklong menyanyanginya bagai anak sendiri. Kesian maklong dan paklong, kesunyian kerana mereka tiada zuriat untuk bermanja. Paklong Jalal merupakan satu-satunya abang paksu Jamil.

Melinda ketawa riang disamping rakan-rakannya. Gembira dengan percutian mereka. Tahu Adam pasti akan merajuk dengannya… tapi dia tak sanggup untuk tinggal di kampung. Huh… geli dahla banyak nyamuk. Silap-silap nanti rosak kulitnya. Lagipun apa yang ada kat kampung tu? Hanya hutan rimba jer. Sesekali dia tersenyum melihat rakan-rakannya yang sedang rancak menari. Tadi dia turut ikut serta. Kepalanya terangguk-angguk mengikut rentak muzik di disko tersebut. Dia terus hanyut… wajah Adam terus hilang dari ingatan…

Adam memandu dengan tenang. Pagi itu hanya mereka bertiga sahaja yang akan pulang. Papa dan mama akan menyusul dua hari lagi, tak dapat ikut serta kerana papa ada urusan yang tak dapat dielakkan. Sesekali matanya merenung Herlina yang telah tertidur di sebelah. Aira di seat belakang leka membaca novel. Langsung tidak dipedulikan Adam yang sedang memandu. Tidak ada mood untuk bertengkar dengan Adam. Sesekali Adam menjeling wajah Aira. Hmmm manis… boleh tahan.



Maklong dan paklong menyambut kedatangan mereka dengan gembira. Adam sudah melangkah masuk ke dalam. Aira dan Herlina mengangkat beg pakaian masing-masing. Terdengar jeritan Adam menyuruh mereka membawa masuk beg pakaian nya sama. Dengan susah payah Herlina mengangkat beg abangnya. Beratnya. Tak sampai hati, Aira mengambil beg itu dari Herlina. Pantas dia melangkah masuk.

Adam terpinga-pinga melihat Aira berdiri di hadapannya. Tanpa diduga, Aira melepaskan beg tersebut. Adam menjerit kesakitan apabila beg yang berat tu menghempap kakinya. Herlina terlopong memandang Aira. Begitu juga dengan maklong dan paklong.

“lain kali bawa masuk sendiri… jangan harapkan orang lain. Awak tu lelaki…” balas Aira sambil berlalu dari situ bersama-sama beg pakaiannya. Paklong dan maklong tersenyum bila mendengar kata-kata Aira. Adam mengetap bibir geram. Jaga kau…

“betul tu, jangan nak salahkan orang lain. Kamu tu yang sepatutnya bawa masuk beg-beg pakaian tu semua bukannya budak-budak tu lagipun merekakan perempuan…” ucap pak long sambil ketawa. Herlina juga turut ketawa. Tidak dipedulikan renungan tajam abangnya. Adam semakin berang apatah lagi bila diperli oleh paklong. Matanya menyorot tajam langkah Aira. Berfikir bagaimana nak balas demdam… kesakitan dikakinya perlu dibalas. Tangannya menggosok perlahan kaki yang dihempap beg itu.

Aira mengemas pakaiannya. Herlina masuk tak lama kemudian, masih lagi ketawa-ketawa. Dahinya berkerut merenung Herlina… haii apa kena dengan budak Lin ni, kena sampuk apa sampai ketawa tak henti-henti nieh…

“Apa yang kelakar sampai Lin ketawa tak henti-henti ni? Dah tak baik tau ketawa banyak sangat, nanti lain pulak jadinya…”

“tak de apalah kak, Lin tak sangka akak nak buat gitu. Kelakar muka abang Adam tadi. Mesti dia pun tak sangka akak nak hempap kaki dia dengan beg… merah padam muka tahan sakit dan marah. Pastu paklong pulak perli apalagi, makin merah lah muka abang Adam. Jaga-jaga kak, Lin yakin abang Adam mesti balas balik punyer,”

“akak tak kisah, kita tengok nanti sape yang kena…”

Adam merengus geram. Matanya memandang syiling bilik. Dia benar-benar kepenatan selepas seharian memandu. Geram. Bukannya dia tidak tahu Aira turut memiliki lessen memandu, tapi gadis itu lebih senang tidur di seat belakang. Langsung tidak menawarkan diri… huh dasar pemalas… paling menyakitkan hati bila budak comot tu menghempapkan beg ke atas kakinya. Langsung tidak ada perasaan bersalah. Huh.. aku akan balas balik. Tengoklah nanti.

Aira sibuk memotong sayur untuk hidang tengahhari mereka. Herlina awal-awal lagi telah menghilangkan diri, katanya ingin berjumpa Naufal. Adam pula sedang tidur dibiliknya. Sesekali kedengaran tawa Aira. Ruang dapur itu riuh dengan gelagat maklong yang melatah manakala Aira pula suka mengusiknya. Paklong ke pekan, mencari nenas bila Herlina ingin memakan pajeri nenas.

Petang itu mereka ke sungai, mandi manda dengan riang. Herlinalah yang paling gembira. Aira hanya memerhati. Aira tersenyum melihat kemesraan Herlina bersama Naufal, lelaki yang diminati Aira sejak dari tingkatan satu lagi. Hai… budak-budak sekarang, belum ape-ape dah bercinta. Dalam kelekaan itu, tubuhnya tiba-tiba melambung. Sedar-sedar dia sudah berada dalam kendongan Adam. Dia menjerit dan meronta-ronta untuk melepaskan diri tapi Adam terlalu kuat. Hatinya sudah dapat mengagak tindakan Adam… dan seperti di duga……..

Tubuh Aira basah kuyup di dalam sungai. Adam ketawa kesukaan dari atas tebing. Herlina menghampiri Aira. Aira masih lagi diam, huh… entah bagaimana dia tak perasan kedatangan Adam. Tiba-tiba Aira membisikkan sesuatu pada Herlina bila Adam tak memandang ke arah mereka. Herlina hanya mengangguk. Kembali ke sisi Naufal. Aira pula sudah berenang ke tebing. Sejuk.

Adam leka memandang gelagat beberapa orang kanak-kanak yang mandi manda di sungai tersebut. Tiba-tiba terasa tubuhnya di tolak. Herlina ketawa melihat Adam yang terpinga-pinga. Habis basah kuyup satu badan. Aira hanya tersenyum sinis. Huh rasakan. Naufal hanya memandang ke arah Herlina yang masih lagi ketawa. Adam menghulurkan tangannya pada Herlina dan tanpa diduga, Herlina turut ditarik jatuh ke dalam sungai. Mereka ketawa riang. Sudah lama tidak menikmati suasana begitu. Masing-masing pulang dalam keadaan basah kuyup lewat petang itu.

Malam itu, Aira awal-awal lagi masuk ke bilik. Kepalanya sakit malah hidungnya sudah mula berair. Dari senja tadi hinggalah ke bilik tidur, dia asyik terbersin ajer. Selsema. Penyakit yang amat dibencinya. Setelah menelan dua biji panadol, akhirnya Aira tertidur.
Herlina pula sedang melayan vcd korea yang mereka bawa dari rumah. Adam, sesudah makan malam sudah terperap di bilik, asyik berbual di telefon dengan Melinda. Paklong dan maklong pula ke rumah Nek Mah, seorang penduduk kampung tersebut yang menderita sakit tua.

Herlina mengerling jam di tangan, baru pukul 8.45 malam. Bosannya. Dia keseorangan di ruang tamu. Aira sudah nyenyak dibuai mimpi manakala Adam sedang bergayut sakan dengan Melinda, kononnya rindulah tu. Huh.. benci. Akhirnya Herlina mengambil keputusan untuk ke rumah Mak Jah, jiran sebelah rumak maklong dan paklong. Boleh juga berbual-bual dengan Yati adik Naufal, untung-untung Naufal ada sama.

Dalam keasyikan Herlina berbual-bual dengan Yati di beranda rumah, tiba-tiba rumah Mak Jah didatangi seorang penduduk kampung tersebut. Segera Yati memberitahu ibunya. Lelaki tersebut merenung Herlina tajam. Herlina serba salah. Mujurlah yati dan Mak Jah muncul tak lama kemudian.

“Oh, kamu Samad. Apahalnya kamu datang malam-malam ni? Abang Daud kau takde, ke surau dengan Naufal. Lepas tu katanya, nak jenguk Nek Mah,”

“tak de apa Kak Jah, Cuma nak jemput kak Jah datang rumah malam esok, saya buat knduri arwah,”

“Ohh.. gitu. Insyaallah esok kalau tak dak aral apa, Kak Jah dan abang Daud kau sampailah,”

“Kak Jah kalau tak silap ni anak Jamilkan,”

“aah, anak si jamil. Baru sampai petang tadi,”

“Ohh begitu, dah besar rupanya kamu ye. Mak ngan ayah balik samake?”

“taklah pakcik, Lin balik ngan abang Adam dan kak Aira je. Mama dan papa balik esok petang,”

“begitu rupanya, takpelah. Pakcik ingat nak ke rumah kamu, paklong dan maklong kamu ada kat rumah?”

“tak de, pakcik. Maklong dan paklong gi rumah Nek Mah,”

“ohh, tak pelah. Ehh.. lupa pula pakcik nak Tanya, Aira tu siapa? Kakak kamu ke? Setahu pakcik Jamil ada dua orang nak je?”

“kamu ni Samad, Aira tu anak saudara si Saerah. Aira tinggal dengan mereka lepas mak ayah dia meninggal. Kesian budak tu baik budaknya tapi…” jawab mak jah sebelum sempat Herlina menjawab.

“Ohh.. begitu ceritanya. Saya balik dululah kak Jah. Assalamualaikum…” Mak jah hanya teresenyum. Memerhati bayang Samad menghilang bersama-sama motornya. Setelah itu dia masuk ke dalam rumah semula, masih banyak lagi kerjanya di dapur. Dibiarkan sahaja Herlina berbual-bual dengan Yati di beranda.

Adam yang sedang asyik bermain gitar terkejut bila mendengar bunyi bising di luar rumah, kedengaran suara orang memberi salam dan pintu diketuk bertalu-talu. Dia melangkah keluar dari bilik. Tubuhnya hanya tersarung seluar pendek paras lutut sahaja, tanpa baju. Dia bertembung dengan Aira di ruang tamu, tentu tidur Aira terganggu dengan bunyi bising di luar. Segera dia membuka pintu apabila ketukan semakin kuat. Tergamam… aira pula terpaku melihat tetamu-tetamu yang tidak diundang itu.


HOPE ANDA SUKA... JANGAN LUPA KOMEN TAU...

4 comments:

Anonymous said...

citer nie nvel pnjng ker mini nvel? pe2 pn citer nie best...

Anonymous said...

hoho.
kna tngkp khalwat la tu.
abis la aira dgn adam.
kna kawin la gamaknya.

Anor said...

Agaknya ape yg akan terjadi pada
aira dgn adam ye? org ramai dtg nak
tuduh mereka berdua berkhalwat ke?
cepat sambung ye taj sebar nak tau
cerite seterusnya...

Zass said...

kenapa cam takde unsur saspen ni?? cam takde hint yg menunjukkan kemesraan... x nampak objektif novel ni.. wah! bukan main lagi eh.. siap berobjektif lagi...

ANDA SUKA