BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Pages

mereka yg amat hana sayangi

sekilas pandang



terima kasih pada yang sudi menjengah ceritera hatiku....

maaf sebab lambat hantar n3 baru kat blog ini
apapun kesudian anda menjengah ke sini membuatkan hana sangat terharu....
hope terhibur membaca karya hana yang tak seberapa ini....

salam sayang pada anda semua yang menyokong dan sudi menjengah ceritera hatiku

jangan lupa tinggalkan komen selepas baca ya...
semoga komen2 anda menambahkan lagi semangat hana untuk bekarya............

Tuesday, January 18, 2011

Pilihan Hati special n3 (Part 1)

"Yang tengah buat apa tu?" Syafik menyoal Rania yang sedari tadi sibuk di dapur.

"Chese cake, Adam suruh buatkan. Nak beri kat Manja kata dia" jawab Rania.

"Manja? siapatu? I kenal ke?" soal Syafik lagi. otak ligat berfikir, pernahkah nama itu meniti di bibir Adam.

"Adam kata tu girlfreind baru dia kat taska" balas Rania. Tersenyum. Siap pun.

"What?" Syafik terkejut. Girlfriend? biar betul?

"B... apasal yang terkejut sangat ni? Bukan Adam tu menurun sikap You ke? Anak You jugakan?" balas Rania. Matanya merenung Syafik yang masih lagi kelihatan panik + terkejut.

"Yang, You boleh rileks jer? Adam tu baru lima tahun tau. Mana boleh bercinta. Sekarang masa dia untuk membesar, bermain bukan feeling-feeling tau. I pun dulu bercinta waktu form 1, bukan waktu tadika," Syafik terus membebel. Tidak puas hati.

"B, You ni cepat panik tau. Nia main-main jer..." balas Rania. Ketawa. Syafik merenung Rania. Rania menelan liur. Raut wajah Syafik di pandang. Sinaran mata Syafik begitu difahami. Habislah.

"Yang, You nak lari mana?" tanya Syafik. Ada nada nakal di situ.Rania masih lagi diam. Berfikir cara untuk melepaskan diri.

"Tak lari manapun... I cuma terdengar tangisan Damia. I naik dulu yer..." Rania pantas berlari namun sempat pinggangnya di paut Syafik.

"I tak dengarpun Damia menangis. You tak boleh tipu I tau. Nakal lagi kenakan I" balas Syafik. Tubuh Rania diraih kedalam pelukan.

"Mana ada I tipu. Adam sendiri kata manja tu girlfreind dia" jawab Rania. Masih berusaha untuk melepaskan diri dari pelukan Syafik. Berjaya. Pantas Rania berlari ke tingkat atas.

"Nia..." jerit Syafik.

.....................................................................................

Rania merenung Syafik dan Adam yang sedang leka bermain. Damia pula berada dalam dukungan Datin Zahira. Kini kebahagiaan milik dirinya. Kehadiran Damia lima bulan lalu telah melengkapkan lagi keluarga mereka.

"Hmm... Nia dan Fik tak teringin nak tambah anak lagi ke? Mia pun dah besar ni" soal Datin Zahira.

"Mama ni bagilah kami berbulan madu sekali lagi. Lagipun Mia ni bukannya besar mana pun lagi," balas Syafik sambil duduk di sebelah Rania. Bahu isterinya itu di peluk.
Rania yang berada di sebelah Syafik hanya tersenyum. Tiba-tiba wajah Rania berkerut. Pantas dia berlari ke bilik air. Syafik segera bangun mengikut langkah Rania.

"Kenapa dengan Nia tu?" soal Datuk Malik. Datin Zahira sekadar menggeleng. tidak tahu.

"Yang ok ke? nak muntah lagi?" Syafik memicit bahu Rania.

"I ok... tapi You ni busuklah... pi main jauh-jauh," Rania menolak tubuh Syafik menjauhi.

"Sampai hati yang kata I busuk... kecil hati tau" Syafik berlalu setelah tubuhnya di tolak berkali-kali oleh Rania. Merajuk. Rania sekadar buat taj tahu. Tak pujuk pun... Syafik mengeluh perlahan. Sedih. Mana ada busuk, wangi lagi.Syafik mencium baju yang di pakai. Tak faham.


.....................................................................................

Syafik muram. Matanya merenung gambar dia dan Rania yang diambil ketika hari perkahwinan mereka. Pening dengan sikap Rania. Pantang dia dekat mulalah Rania rasa mual dan muntah-muntah. Setapak dia melangkah, berbatu Rania melarikan diri. Alasan Rania, tak tahan dengan bau badan Syafik.

"Fik, You ok ke?" Soal Azura. matanya memandang wajah Syafik yang muram sedari tadi.

"I ok jer. Letih sikit. You m,acammana sekarang?"

"Macam nilah. Makin tembam. Sejak ada Diana ni I busy sikit. Man pun asyik mengeluh jer. kata dia I asyik sibuk dengan Diana dah tak pedulikan dia" Azura riang bercerita.

"Betullah tu. Sekarang ni You asyik dengan Diana jer. Terasa I tau" balas Luqman.

"Anak You jugak" jawab Azura. Syafik sekadar tersenyum melihat gelagat pasangan dihadapannya itu. bahagia. Alhamdulilah, akhirnya Azura turut menemui kebahagian.


Oklah... nanti hana sambung lagi... saja gatal tangan nak menaip sebelum gi opis. nak p opis dulu... nanti sambung...k

5 comments:

Mahxiauwen said...

Wah bestnye..
Nak lagi kak, he

lama x ada cite kasih selamanya:-)

hani said...

best..rania mgandungkan...??? smbg cepat2 ye..!!!!

Anor said...

kenapa specal n3 kali ni pendek
je Hana. Baru nak warm up
dh habis. sambunglh lagi dan next
bagi lah panjang baru puas
bacakan kan...pembaca semua?
agaknya mesti isteri Shafiq
mengandungkan?

nursya said...

ader gak special n3...
tq tq...

jat said...

hoho 1 happy family at home~

ANDA SUKA