Rina melangkah perlahan. Kesakitan yang sesekali terasa amat meresahkan, matanya melihat jam yang tergantung didinding. Pukul empat pagi. Mengikut jangkaan doctor, lagi yiga minggu dia akan melahirkan. Entah mengapa malam ini dia merasakan saat kelahiran anak-anaknya sudah tiba. Mujurlah dia telah melakukan persiapan. segala keperluan telah diisinya dalam beg dan beg itu sudah tersedia dalam kereta.
Dengan bersusah payah, Rina mengunci pintu rumah. Kesakitan yang dialaminya semakin kerap terasa. Enjin kereta di hidupkan. Sesekali tangannya mengusap perutnya.
‘sabar ya sayang….’ Rina berkata perlahan. Matanya berkaca tiba-tba. Saat ini dia bersendirian. Sedih.
“Assalamualaikum…Qaseh nak kemana pagi-pagi ni?” Risyam bertanya. Entah mengapa malam ini dia tidak dapat tidur jadi dia berehat di balkoni dan dia melihat kelibat Qaseh. Pantas dia berlari turun mendapatkan Qaseh.
“Dah sampai masa ke??” Risyam bertanya panic apabila menyedari wajah Qaseh yang berkerut menahan kesakitan.
“Ya, Qaseh rasa macam tu….”belum sempar Rina menghabiskan ayatnya, Risyam sudah berlari ke dalam rumahnya. Terdengar jeritannya mengejutkan makcik Mun. Tidak lama kemudian Mak cik Mun dan Risyam muncul semula.
“Dah siap semua barang?” Makcik Mun bertanya. Rina sekadar mengangguk. Kesakitan yang dirasai semakin kerap.
“Jom, kita gerak sekarang” Risyam pantas membuka pintu kereta. Rina dan makcik Mun duduk di belakang. Risyam terus memandu. Sesekali matanya memandang ke belakang. Ingin memastikan keadaan Rina.
Sebaik tiba di hospital, Rina terus di sorong ke dewan bersalin. Risyam mengikut pantas. Ada bimbang di hati apatah lagi bila melihat wajah Rina yang semakin pucat.
“Maaf, Encik suami pesakit?” Tanya jururawat yang bertugas.
“Saya saudara pesakit. Suami pesakit tiada di sini” Jawab Risyam.
“Puan Qaseh Airina mengalami sedikit komplikasi. Kami terpaksa membedah Puan Qaseh. Encik perlu tandatangan borang ni” beritahu jururawat tersebut.
“Baiklah, asalkan Qaseh selamat” putus Risyam setelah agak lama berfikir.
“Terima kasih” Jururawat itu terus melangkah pergi. Risyam mengeluh perlahan. Berdoa agar Qaseh selamat.
“Macammana keadaan Qaseh?” Tanya Mak Cik Mun pada Risyam. Penat mengejar langkah Risyam yang laju.
“Rina terpaksa di bedah ma…” beritahu Risyam pada ibunya. Terlupa sebentar mengenai Mak Cik Mun. Kasihan mamanya.
“Kita berdoa agar Qaseh dan anakanaknya selamat” ucap Mak cik Mun sambil mengusap bahu anaknya, cuba menenangkan Risyam.
Setelah hampir tiga jam menunggu akhirnya mereka dikhabarkan Qaseh telah selamat melahirkan sepasang cahaya mata. Risyam tersenyum tatkala jururawat membawa pasangan kembar itu untuk di azankan. Mak Cik Mun mengucapkan kesyukuran melihat anak-anak kecil yang comel itu.
……………………………………………………………………………………………………
Rina membuka matanya perlahan-lahan. Memandang keadaan sekeliling. Matanya memandang Risyam yang sedang nyenyak tidur di sofa yang terletak disudut bilik. Terharu. Sepatutnya waktu ini Aiman yang berada disisinya.
“Qaseh dah sedar?” Rina tersentak mendengar teguran Risyam. Entah bila lelaki itu terjaga. Risyam menghampiri Qaseh. Matanya merenung wajah yang pucat itu. Ada senyuman terukir di wajah tersebut walaupun sedikit hambar.
“Nak tengok baby? Qaseh dapat baby kembar. Sepasang” riang Risyam bercerita.
“Qaseh dahaga… nak minum” jawab Rina perlahan. Tekaknya terasa perit. Risyam pantas menuang air ke dalam gelas. Rina meneguk perlahan.
“Baby…?” Tanya Rina pada Risyam.
“Baby sihat, Rina dapat sepasang. Dua-dua comel macam mama dia” jawab Risyam. Rina tersenyum. Syukur anak-anaknya selamat. Lambang cinta dirinya dan Aiman.
hope terhibur n maaf jika n3 ini x sempurna... mood x ok hari nieh...
Pages
mereka yg amat hana sayangi
sekilas pandang
terima kasih pada yang sudi menjengah ceritera hatiku....
maaf sebab lambat hantar n3 baru kat blog ini
apapun kesudian anda menjengah ke sini membuatkan hana sangat terharu....
hope terhibur membaca karya hana yang tak seberapa ini....
salam sayang pada anda semua yang menyokong dan sudi menjengah ceritera hatiku
jangan lupa tinggalkan komen selepas baca ya...
semoga komen2 anda menambahkan lagi semangat hana untuk bekarya............
Wednesday, January 26, 2011
KASIH SELAMANYA 11 part 1
Posted by shana at 3:09 AM
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment