maaf jika n3 ni tak memuaskan hati anda semua.... sekadar meluahkan rasa rindu pada Aiman, Rina dan Risyam... salam sayang untuk anda yang mengikuti perjalanan kisah cinta mereka
Risyam tergamam bila menerima panggilan dari Aiman. Qaseh kemalangan. Wajahnya pucat. Tak percaya. Baru pagi tadi mereka berbual. Qaseg riang bercerita mengenai anak-anaknya yang makin mesra dengan Aiman. Tentang lelaki itu yang sudah dapat menerima keputusannya. Segera Risyam memandu ke hospital. Doanya hanya satu. Moga wanita itu selamat. Keretanya makin meluncur laju. Terasa begitu lambat keretanya bergerak.
Risyam terus menekan minyak. Wajah Qaseh terbayang di ruang mata. Hatinya makin pedih mendengar tangisan Naqib dan Naqisya di talian sebentar tadi. Menyesal kerana tidak dapat mengikut mereka beriadah walaupun sudah berjanji. Tanpa sedar meter kereta sudah menginjak ke angka 160k/m dan sebaik tiba di satu selekoh keretanya tidak dapat di kawal lagi. Risyam hanya mampu bertawakal apabila keretanya sudah berpusing dan akhirnya merempuh sebatang pokok. Pandangannya gelap.
……………………………………………………………………………………………………
Aiman terkedu bila doctor memberitahu keadaan Rina yang cedera parah. Rina berada dalam keadaan koma. Pedih hatinya melihat keadaan anak-anaknya yang menangis sambil memanggil mama mereka. Anak-anaknya dipeluk penuh kasih apath sebentar tadi dia diberitahu mengenai kemalangan yang menimpa Risyam. Tidak tahu bagaimana harus mengkhabarka berita itu pada anak-anaknya. Doanya agar lelaki itu selamat.
“Man, Rina macam mana?” soal Amalina sebaik nampak kelibat adiknya itu.
“Kak Lin… Rina selamat tapi kecederaan Rina agak parah. Rina koma,” Aiman memberitahu. Amalina terduduk.
“Ya Allah…” Ucap Datin Khamisah. Tidak percaya dengan apa yang di dengarinya.
“Kak Lin dengar Risyam…”
“Aiman tahu tapi budak-budak tak tahu lagi. Aiman tak nak mereka tahu. Tak nak mereka makin sedih,” Aiman bersuara pantas. Tidak ingin anak-anaknya tahu mengenai Risyam. Cukuplah mereka bersedih dengan apa yang menimpa Rina.
Kak Lin tolong tengokkan kembar ni dulu ya,” pinta Aiman. Amalina mengangguk. Setelah memujuk anak-anaknya untuk tinggal bersama-sama Amalina, Aiman melangkah pergi. Ada urusan lain yang menantinya. Dia risaukan Risyam. Entah bagaimana keadaan lelaki itu.
Aiman terkaku saat diberitahu Risyam tidak dapat diselamatkan. Bukan ini pintanya. Biarpun dia kurang menyenangi kehadiran lelaki ini dalam keluarganya namun bukan ini pengakhiran yang dia ingini. Tangisan ibu Risyam menyentap rasa hatinya. Lalu tubuh tua itu dihampiri.
“Mak cik, takziah saya ucapkan. Sabar…” hanya itu yang mampu dia luahkan. Wanita itu sekadar mengangguk. Itu yang cuba dia lakukan. Bersabar. Cuba untuk redha dengan kehilangan Risyam. Namun dia tak sekuat itu. Hanya Risyam anak lelakinya. Kini dia sudah tak punya tempat bergantung. Selepas kematian suaminya, tanggungjawab menjaga keluarga itu digalas Risyam.
“Hanya dia anak lelaki makcik…dia tempat kami bergantung… makcik…” Cik Mun tak mampu bersuara. Sayu hatinya. Selepas kematian suaminya, kini Risyam pula menyusul.
“Mak cik sabarlah. Biar saya yang uruskan semuanya. Mak cik jangan bimbang,” janji Aiman. Tahu selama ini keluarga itu bergantung penuh pada Risyam. Risyam tonggak keluarga itu dan kini atas rasa kemanusiaan, dia yang akan menggalas tanggungjawab itu. Tambahan pula dia terhutang budi dengan keluarga tersebut. Tanpa mereka, tak mungkin Rina mampu jadi sekuat ini.
“Mak cik lupa, bagaimana keadaan Qaseh?” soal Makcik Mun. aiman terdiam. Ingatannya kembali pada Rina yang sedang bertarung dengan maut.
“Rina koma, masih di ICU,” hanya itu yang terluah. Peritnya rasa hati bila mengenangkan keadaan Rina. 24 jam ini sangat kritikal. Dia hanya mampu berdoa agar Rina selamat. Tak sanggup rasanya untuk kehilangan Rina. Mak cik Mun terdiam. Sedih mengenangkan Qaseh. Doanya wanita itu selamat.
………………………………………………………………………………………………………..
Urusan pengebumian Risyam berjalan dengan lancer. Amir dan Amirah adik Risyam masih memeluk erat tubuh ibu mereka. Makcik Mun masih menangis. Aiman hanya memandang. Tahu kesedihn dihati makcik Mun.
“Makcik, Amir dan Mira sabar ya. Insyaallah abang akan Bantu apa yang patut. Saya dah tempah catering untuk majlis tahlil malam ni,”
“Terima kasih. Mak cik tak tahu macammana nak balas…”
“Tak perlu makcik, budi makcik sekeluarga menjaga Rina dan anak-anak saya lebih besar berbanding ini. Tak terbalas rasanya,” luah Risyam.
“keadaan kak Qaseh macammana abang Aiman?” Tanya Amir. Teringat kemalangan yang menimpa Qaseg namun mereka masih belum berkesempatan untuk melawat.
“Alhamdulilah, Kakak Qaseh kamu makin stabil. Cuma tak tahu bila dia akan sedar. Doctor sendiri tidak tahu bila kakak kamu akan sedar,” Aiman bersuara lirih. Sayu hatinya melihat keadaan tubuh Rina yang berselirat dengan segala jenis wayar. Mujurlah Rina berjaya melepasi detik kritikal itu.
“Kami tupang simpati bang. Naqib dan Qisya macammana? Mereka ok ke?” soal Mira pula bila menyedari Naqib dan Naqisya tiada.
“Masih lagi sedih. Buat masa ni kakak dan mama abang yang jaga mereka. Abang masih tak beritahu hal ini pada mereka. Abang tak sampai hati. Tak sanggup tengok mereka sedih…”
“Tak apa, mak cik faham. Mereka pnu masih sedih denga keaadan Qaseh. Lepas ni bawalah mereka ke mari. Sunyi rasanya bila mereka tak ada…” Mak cik Mun bersuara sayu.
“Insyaallah Makcik,” janji Aiman. Suka atau tidak, dia perlu juga berterus terang dengan anak-anaknya. Pagi tadi pun mereka sudah mul menyol mengapa abah tak datang tengok mama. Serba salah Aiman hendak menjawab. Mujurlah jawapan yang di beri memuaskan hati mereka tapi sampai bila? Aiman mengeluh lagi……….
Pages
mereka yg amat hana sayangi
sekilas pandang
terima kasih pada yang sudi menjengah ceritera hatiku....
maaf sebab lambat hantar n3 baru kat blog ini
apapun kesudian anda menjengah ke sini membuatkan hana sangat terharu....
hope terhibur membaca karya hana yang tak seberapa ini....
salam sayang pada anda semua yang menyokong dan sudi menjengah ceritera hatiku
jangan lupa tinggalkan komen selepas baca ya...
semoga komen2 anda menambahkan lagi semangat hana untuk bekarya............
Wednesday, May 4, 2011
kasih selamanya 14
Posted by shana at 11:57 PM 2 comments
rindu terhenti (part 2 [i])
sorry minggu ni hana busy sangat2. rasanya dah lama citer ni x der n3. sory ya sebab n3 bi pun pendek jer... just nak lepaskan kerinduan pada anda semua yg sudi membaca karya hana.....
Haikal mengeluh. Penatnya. Jam di tangan di pandang. Sudah hampir jam lima. Dia perlu pulang sekarang. Pukul enam nanti dia perlu mengambil Haziq. Masih lagi ada dua minggu. Maisara juga langsung tak menghubunginya. Sms pun tak ada. Busy sangat ke. Terasa aneh juga. Selalunya, Maisara tidak pernah gagal menghubungi atau menghantar sms kepadanya walau dimanapun wanita itu berada.
“Termenung jauh nampak?” tegur satu suara. Haikal pantas berpaling. Norman sahabatnya sedang menyandar di pintu. Tersenyum sinis memandangnya.
“Masuklah,” Haikal bersuara malas.
“Kau kenapa? Moody je aku tengok? Semalam ok? Tina tu hot tak?” tanya Norman. Bukan dia tidak tahu sahabatnya ada date dengan Tina. Perempuan tu hot juga. Seksi dan menggoda.
“Tak jadi. Aku kena hantar mama aku gi KLIA. Sekarang yang buat aku pening ni Haziq,” keluh Haikal.
“Kenapa dengan Haziq?” soal Norman. Hairan pula. Sebelum ni Haziq langsung tidak memberi masalah pada Haikal. Malah masanya banyak dihabiskan dengan kekasih-kekasihnya berbanding dengan anaknya itu.
“Mai kena kursus dua minggu. Mama aku pula ke Sarawak. Kak hanum kan dah nak bersalin. So, Haziq tak ada yang jaga,” beritahu Haikal. Ada keluhan di bibir. Letih, tidak tahu macammana nak handle Haziq.
“Laa... apa masalahnya? Anak kau kan? Takkan lah anak sendiri pun kau tak boleh handle?”
“ aku tahu masalahnya aku manalah pernah jaga Haziq. Kau kan tahu Mai yang uruskan segala-galannya” beritahu Haikal. Norman ketawa mendengarnya. Tulah, semuanya lepas tangan, biarkan mai yang uruskan segalanya. Sekarang terimalah.
“Kal... Kal aku tak tahulah. Tapi kau kena ingat Haziq tu anak kau. Mungkin sekarang tiba waktunya kau belajar untuk lebih bertanggung jawab. Rapatkan hubungan kau dengan Haziq. Jangan sampai suatu masa, Haziq tak kenal kau,” Norman memberi nasihat. Selama ini dia juga tidak senang dengan sikap lepas tangan sahabatnya itu. Kadang-kadang kasihan juga pada Maisara. Semua kena urus sendiri. Seolah-olah tiada suami sedangkan suami sendiri leka berfoya-foya. Entah apa lagi yang Haikal cari. Isteri sesempurna Maisara itu langsung tak dihargai.
Haikal hanya mengeluh. Mungkin benar juga kata Norman. Terbayang wajah Maisara yang tersenyum manis. Wajah Haziq yang comel. Datang silih berganti. Handset di atas meja dipandang. Masih lagi sepi. Kemana Maisara? Sibuk benarkah? Dia bertanya sendiri.
“Kau tak nak pergi ambil Haziq ke? Nursery tu tutup pukul berapa?” tanya Norman bila melihat Haikal yang masih selamba duduk dihadapannya.
“Pukul enam? Kenapa?” tanya Haikal tanpa perasaan. Fikirannya masih lagi terkenangkan Maisara.
“Ya Allah, Kal sekarang dah 5.30. pukul berapa kau nak ambil Haziq?” terjerit Norman. Haikal yang mendengar melihat jam. Aargghh... sudah lambat. Kelam kabut dia mengemas meja. Segera dia berlari keluar. Norman yang melihat sekadar menggeleng. Macammanalah Haziq nanti.
...................................................................................................................................................................
Haziq menarik muka masam. Air mata yang mengalir di pipi dikesat. Sedih dan takut. Papa datang lambat. Semua rakan-rakan sudah pulang tapi papa tetap tak muncul. Mujur Cikgu Aina ada. Haikal serba salah. Tidak tahu bagaimana nak pujuk Haziq. Dari tadi anak kecil itu diam.
“Papa minta maaf k. Papa janji esok papa tak lewat lagi,” pujuk Haikal.
“nak mama....” hanya itu yang kedengaran dari bibir comel Haziq. Matanya memandang luar. Berharap mamanya ada bila dia pulang nanti. Haikal mengeluh.
“mama kerja sayang... ok kita makan KFC nak?” umpan Haikal. Haziq menggeleng. Haikal pening. Tak tahu cara apa lagi memujuk Haziq.
“Ziq nak makan MC D,” Haziq bersuara perlahan. Haikal tersenyum. Lega.
“Ok. Kita makan Mc D,” haikal bersuara riang. Kereta dipandu menuju ke restoran Mc D berdekatan. Haziq tersenyum. Terpujuk sikit rajuknya.
Posted by shana at 2:52 AM 2 comments
Tuesday, April 26, 2011
rahsia hati hanim 16 (part 2)
![]()
Hari terus berlalu, dengan sekali lafaz, sah sudah Hanim menjadi isteri Aizad. Emak memeluk Hanim gembira. Tenang hatinya. Andai esok lusa, dia tutup mata. Hanim sudah ada tempat berpaut. Hanim sekadar tersenyum melihat kegembiraan emak. Alhamdulilah, dia dapat membahagiakan emak di sisa-sisa hidupnya. Dua minggu lagi emak akan menjalani pembendahan jantung. Syukur sekali lagi bila Aizad membantu. Lelaki itu yang menanggung segala kos pembendahan emak. Aizad telah banyak menabur budi padanya. Entah bila dia dapat membalas budi lelaki itu. Hanim berazam untuk menjadi isteri yang baik. Akan dia cuba mencintai lelaki itu seadanya.
...................................................................................................................................................................
Imbas kembali tamat
(Masa kini)
Aizad menolak pintu bilik. Matanya terpaku pada wajah Hanim yang tidur. Tangan itu memeluk album. Berhati-hati Aizad mengambil album di tangan Hanim. Matanya terpaku pada gambar-gambar pernikahan mereka. Ada kesan air mata di pipi Hanim. Teringat cerita-cerita opah dan mama. Adakan Hanim sudah ingat semula?
Aizad cuba bertenang. Saat ini pasti tiba jua. Saat di mana ingatan Hanim pulih semula. Segala kemungkinan harus dia hadapi. Salah diri sendiri. Dia yang melukakan hati Hanim. Tak dapat dia bayangkan jika mama dan opah tahu apa yang terjadi. Pasti mama dan opah turut membencinya. Mujur Hanim tidak pernah memberitahu opah dan mama apa yang berlaku.
Hanim tersedar. Dapat dirasakan kehadiran seseorang. Orang yang dinantinya. Matanya bertaut dengan pandangan Aizad. Hanya seketika. Tidak mampu menentang mata lelaki itu. Setiap kali melihat wajah itu, hatinya terhiris. Luka makin dalam. Apatah lagi bila mendapat tahu seminar yang dihadiri lelaki itu sudah tamat dua hari yang lalu. Rasanya dia tahu mengapa lelaki itu tidak pulang.
“Sorry kalau abang ganggu Hanim tidur,” Aizad akhirnya bersuara. Bosan dengan suasana sepi lagi dingin antara mereka. Hanim sekadar diam. Wajah tanpa perasaan. Wajah itu yang amat ditakuti Aizad. Bila Hanim begitu, rasanya dia sudah dapat jawapan. Hanim sudah ingat semula.
“Lambat balik? Hanim Call office, setiausaha abang beritahu sepatutnya abang balik dua hari lalu, ”
Hanim bersuara akhirnya. Senyuman sinis terukir diwajahnya bila melihat wajah Aizad yang serba salah itu. Rupa orang telah membuat salah. Begitulah.
“A..aba..abang...” lidah Aizad kelu.
“Abang jumpa Lindake? Hairan Hanim. Waktu abang bujang dulu, tidak pula dia terkejar-kejarkan abang? Sanggup pula buat perjanjian bodoh tu... sekarang menyesal? Abang pun sama? Dayus,”
“Hanim,” jerit Aizad. Wajahnya memerah. Marah. Hanim tidak pernah selancang ini mulutnya. Apa yang berlaku?
“Kenapa? Abang marah? Kalau abang marah Hanim lagi marah. Hanim tak nak jadi perempuan bodoh lagi. Hanim akan perjuangkan hak Hanim. Biar apa yang berlaku, Amar hak Hanim,” hanim bersuara tegas. Dia sudah letih mengalah. Hanya berserah pada takdir. Kini tidak lagi. Beberapa hari ini dia sudah puas berfikir. Hidupnya biar dia tentukan. Bukan Aizad ataupun Linda yang tentukan. Nekad.
“Tapi abang jangan bimbang. Hanim takkan beritahu abah, mama dan opah pasal rancangan bodoh abang tu. Sekurang-kurangnya rfancangan bodoh abang tu boleh buat mak Hanim gembira dan Hanim ada Amar. Itu sudah memadai,” hanim masih lagi tersenyum. Wajahnya tenang. Wajah Aizad yang keruh itu dipandang. Tiada lagi cinta pada lelaki itu. Yang tinggal hanyalah kemarahan. Luka yang amat dalam.
...................................................................................................................................................................
Linda terduduk di satu sudut. Darah yang mengalir di tepi bibir dikesat. Wajah lelaki itu dipandang. Ada rasa gerun di hati. Lelaki itu tersenyum memandangnya. Senyuman yang amat menakutkan. Tali pinggang ditangan lelaki itu dipandang. Berbirat tubuhnya menerima penangan lelaki itu. Akhirnya tali pinggang itu di campak. Tubuh Linda yang lemah itu di humban atas katil.
Hanya air mata mengalir lesu menangisi nasib diri. Tubuhnya terus di cium bertalu-talu. Kasar. Lelaki itu hanya ketawa bila Linda menjerit kesakitan. Hatinya puas. Setelah puas, Linda ditinggalkan begitu sahaja. Beberapa not unggu dilontar ke wajah Linda yang masih menangis.
“Inilah akibatnya kalau ingkar arahan aku? Kau ingat kau bijak? Jangan sesekali kau hampiri mereka. Kalau tak lebih teruk padahnya? Sedarlah, kau tak layak. Kau hanya layak sebagai pelacur jer?” lelaki itu ketawa. Puas hatinya.
Linda melihat sahaja lelaki itu pergi meninggalkannya. Selimut di tarik. Memvbaluti seluruh tubuhnya. Pasti Kiki Akan membebel lagi. Tahu sekarang kariernya makin musnah. Dirinya dicop tidak berdisiplin. Selalu mungkir janji. Namun dia terpaksa jua. Bagaimana dia boleh muncul dengan tubuh badan lebam di sana sini. Wajah yang bengkak.
Dia tiada pilihan. Tidak tahu untuk mengadu pada siapa. Lelaki itu telah berjaya memerangkapnya. Jika dia mengadu pada polis atau sesiapa, gambar-gambar dirinya tanpa seurat benang akan tersebar. Pasti ayahnya akan kena serangan jantung. Kariernya musnah dan paling penting Aizad akan membencinya. Siapa yang inginkan dia lagi. Gadis yang telah ternoda, dirinya terasa amat kotor. Linda terus menangis, menyesali nasib diri.
...................................................................................................................................................................
Zahir tergamam mendengar cerita mengenai kemalangan yang menimpa Hanim. Pedih rasa hati. Tak habis-habis masalah menimpa Hanim. Selepas pemergiannya ke UK setahun lalu, mereka terputus hubungan. Dia berharap Hanim akan bahagia. Tidak menyangka perkara ini yang terjadi.
Zahir meraup wajahnya. Rambut yang semakin panjang dibiarkan sahaja. Handset ditangan di tenung. Ingin menelefon hanim namun dia serba salah. Bimbang jika Hanim langsung tidak ingat padanya. Menurut mama, Hanim hilang ingatan. Parah betul. Akhirnya dia nekad. Kunci kereta diambil.
...................................................................................................................................................................
Puan Nora tersenyum melihat kelibat Zahir. Sudah lama Zahir tidak datang melawat mereka. Dengarnya anak muda itu ke UK melanjutkan pelajaran. Zahir merupakan sahabat Aizad yang paling rapat. Namun hubungan itu agak renggang beberapa tahun kebelakangan ini. Dia sendiri tidak tahu mengapa.
“Auntie sihat? Zad mana? Sunyi je rumah ni?” soal Zahir. Hairan juga mana semua orang dalam reumah ni pergi. Kelibat Hanim juga tidak keliahatan.
“Aizad dengan Hanim kat atas. Amar dengan merekalah. Uncle kamu keluar, hari minggu macamni main golf jelah kerjanya. Duduklah, kejap auntie panggil Aizad,” ramah puan Nora bercerita. Zahir mengangguk. Matanya memandang susun atur rumah itu. Tidak banyak yang berubah. Matanya terpaku pada gambar hanim. Cantiknya wajah itu di pelamin Cuma satu yang kurang. Mata itu tidak bercahaya. Nampak suram dan sayu sekali.
“Z, bila kau balik? Tak beritahupun?” soal Aizad. Tersenyum lebar melihat sahabatnya itu.
“Baru je balik. Aku dengar Hanim kemalangan. Tu yang aku datang,” jawab Zahir. Aizad terdiam mendengar kata-kata Zahir. Bertahun telah berlalu, namun masih tak mampu mengubah rasa cinta Zahir pada Hanim. Terselit rasa kurang senang dalam hati Aizad. Ada rasa cemburu yaqng datang menyapa.
“A’ah, hanim kemalangan hari tu. Sekarang dah sihat. Rasanya iungatan hanim pun makin pulih,” aizad bercerita. Zahir yang mendengar, tersenyum. Lega bila Hanim tidak apa-apa.
“Abang Z, bila sampai?” Hanim bersuara teruja. Tersenyum lebar melihat Zahir. Makin kacak lelaki itu. Zahir turut tersenyum. Dia bangun lalu menghampiri hanim. Langsung tak pedulikan Aizad. Matanya hanya pada hanim.
“sampai semalam. Lepas mama cerita Hanim kemalangan abang terus datang. Risau abang. Ni Amar ke? Dah besar Amar sekarang. Makin comel,” Zahir bersuara ceria. Amar yang berada dalam dukungan Hanim di agah. Amar memaut erat tubuh hanim bila Zahir ingin mendukungnya.
“Sombong Amar sekarang. Dah lupa abah Z dia erk? Dulu abah Z yang azankan dia tau,” zahir bersuara. Aizad menghampiri mereka. Tidak senang Zahir rapat dengan keluarganya.
“Manalah Amar ingat, abah Z ni. Dulu Amar baby lagila. Abah Z la, pi jauh-jauh. Tak teman Amar sampai Amar pun lupa,” jawab Hanim. Zahir ketawa. Aizad berdehem. Tak suka dia ank tirikan dalam perbualan Hanim dengan Zahir.
“Abang kenapa? Sakit tekak ke?” tanya Hanim selamba. Zahir yang mendengar ketawa besar. Aizad menjeling Zahir, tak senang dengan sahabatnya itu. Zahir buat tak tahu. Hairan juga melihat hanim yang terlebih mesra melayannya. Wajah Aizad yang keruh itu di pandang. Ada yang tak kena rasanya. Aizad cemburu... hmm.. sesuatu yang baik tu.
“Asyik berborak je, jom kak Tipah dah siapkan minum petang. Banyak yang boleh kita cerita nanti,” puan Nora mengajak mesra. Zahir tersenyum. Akur dengan ajakan Puan Nora. Hanim juga melangkah riang. Amar di serahkan pada Latipah. Aizad hanya diam terpaku di situ. Terpana dengan sikap baru hanim. Mesra betul dengan Zahir. Zahir apalah lagi. Makin ceria. Dia sahaja makan hati. Geram. Kalau tak kenangkan keluarganya ada disini, pasti sudah lebam muka Zahir dia kerjakan.
“Abang tak mahu minum sekali ke? Kesian abang Z datang nak jumpa abang buat tak tahu je?” hanim bersuara. Tidak mahu Puan Nora sedar konflik antara meraka. Lambat-lambat Aizad mampir. Hatinya sakit sepanjang minum petang. Panas. Kemanjaan Hanim, layanan mesranya pada Zahir membakar hatinya. Rasa cemburu terasa menggila dalam dada. Cuba disabarkan hati. Lepas ini ada perhitungan antaranya dengan Zahir. Yang pasti bukan disini. Bukan di hadapan Hanim. Hanim miliknya dan tak mungkin hanim akan dia lepaskan.
...................................................................................................................................................................
Hanim mencium pipi Amar yang sudah tidur. Matanya juga sudah mengantuk. Aizad masih lagi berdiri di balkoni. Entah apa yang lelaki itu buat disitu. Malas nak ambil tahu. Aizad hanya diam sahaja sepanjang makan malam. Dingin sahaja dengan semua orang.
Aizad melangkah masuk. Matanya merenung hanim yang sudah menarik selimut. Ingin melelapkan mata.
“jangan tidur lagi. Ada yang perlu kita selesaikan. Abang solat dulu, lepas ni kita bincang,” Aizad mengarah tegas. Hanim sekadar mencebik. Entah apa yang penting sangat sampai Aizad menghalangnya tidur. Matanya memandang Aizad yang sudah ke bilik air.
Mengeluh. Badannya terasa letih namun dia tetap akur. Matanya sekilas melihat Aizad yang sudah mengankat takbir. Menunaikan solat Isya’. Mungkin dengan solat, mampu mengurangkan rasa marahnya pada Hanim. Menenangkan hatinya yang bergelora. Berharap ketenangan dalam perbincangan bersama-sama Hanim nanti.
jangan lupa komen tau. enjoyyy
Posted by shana at 10:40 PM 1 comments
Friday, April 22, 2011
rahsia hati hanim 16
Entah mengapa kereta yang dipandu Aizad semakin perlahan. Tersengguk-sengguk. Pantas lelaki itu memberi signal ketepi. Elok sahaja kereta itu ke tepi, enjin mati. Hanim memandang Aizad yangagak panik. Matanya memandang sekeliling. Gelap dan sunyi. Tiada kereta yanglalu lalang juga. Aizad masih berusaha menghidupkan enjin. Berpeluh juga dahilelaki itu. Hanim juga kelihatan resah.
“Kereta mahal macam ni boleh rosak juga ke?” luah Hanim. Aizad yang mendengar sekadar menjeling. Malas nak layan.Yang penting hidupkan dulu enjin kereta. Keadaan sekitar yang sunyi sepi dan gelap itu juga amat menakutkan. Seram juga rasanya. Inilah padah, marahka nHanim dia terus memandu tanpa arah. Hanim juga sekadar diam melayan fikiran.Langsung dia tak sedar entah dimana mereka berada.
“Encik kita kat mana ni?” Hanimbertanya. Ada resah pada suaranya.
“Entah saya pun tak tahu. Awak tunggu dalam kereta. Kunci pintu. Jangan keluar walau apapun terjadi. Saya nak periksa enjin kejap,”arah Aizad. Hanim sekadar angguk. Sebaik Aizad keluar,terus pintu di kunci.
Setelah memeriksa enjin, Aizad mengetuk cermin. Hanim pantas membuka lock pintu. Tiada apa yang rosak. Entahapa yang tak kena. Aizad mengeluh. Dirinya bukan arif sangat mengenai hal ini.Telefon dikeluarkan. Macam manalah dia boleh lupa. Hampa. Tiada talian. Entah ceruk mana mereka berada sehingga line telefon juga tiada. Hanim di sebelah hanya diam.
“saya tak tahu apa yang rosak.Telefon pun tak der line. Kita tunggulah sekejap, manalah tahu ada orang lalu,” ucap Aizad.
“Lama lagi ke? Takkan kita nak dudukdalam ni?” tanya Hanim. Tak selesa pula berdua sahaja dengan Encik Aizad. Sesekali matanya merenung Aizad. Wajah itu nampak keletihan.
“Tak ada pilihan. Sekurang-kurangnya selamat sikit. Kat luar tu entah apa yang ada. Nyamuk banyak pulak tu,” jawabAizad. Mula menguap. Matanya sudah rasa memberat. Jam sudah hampir pukul satu pagi.
Hanim diam. Matanya memandang Aizad yang sudah mula terlentok. Lelaki itu sudah mulai tidur. Letih barangkali.Hanim juga sudah keletihan. Hanya mampu berdoa agar ada yang sudi menghulurkan bantuan. Cepatlah siang. Rasa tidak sedap hati pula bila berdua begini. Dalam lamunannya yang panjang akhirnya Hanim terlena jua.
。。。。。。。。。。。。。。。。。。。。。。。。。。。。。。。。。。。。。。。。。。。。。。。。。。。。。。。。。。。。。。。。。。。
Ketukan di cermin kereta menyedarkan Aizad. Hanim masih lagi tidur. Elok terlentok di bahunya. Jam ditangan dikerling. Pukul 2.45 pagi. Agak lama juga mereka tertidur. Ketukan dari luar makin kuat. Terdengar juga suara beberepa orang yang tidak beberapa jelas. Perlahan dia mengejutkan Hanim yang tertidur. Terpisat-pisat Hanim bangun. Matanya masih lagi mengantuk. Masih mamai. Aizad menurunkan sedikit cermin. Kelihatan beberapa orang lelaki yang berkopiah dan serban. Salam yang diberi di jawab perlahan.
Wajah Aizad dan Hanim pucat bila lelaki itumemperkenalkan diri. Terperangkap. Tiada bicara yang terluah. Lidah kelu untuk berbicara. Tidak tahu bagaimana nak diterangkan bila lelaki-lelaki itu amat tegas. Salah mereka. Berdua-duaan ditempat sunyi dan boleh mencurigakan siapa sahaja.
………………………………………………………………………………………
Suasana sunya menyelubungi kediaman Tuan Farok dan Puan Nora. Hanim hanya tunduk. Diam tanpa suara. Emak juga diam. Tangannya memeluk bahu Hanim. Tangisan Hanim juga masih belum berhenti. Menyesal pun sudah tidak guna.
“Bukan salah sesiapa. Cuma Hanim dan Zad berada di tempat dan masa yang salah. Bukan pinta kami semua ini terjadi,” terang Aizad. Opah yang mendengar sekadar mencebik. Benci benar. Entah-entah memang budak perempuan ni rancang semua ini. Nak pikat cucunya. Nak bolot semua hartanya.
“Masalahnya apa kamu berdua buat kat situ? Tu bukan jalan balik rumah kamu?” sembur Puan Nora. Tidak pernah dalam keturunannya di timpa musibah begitu.
“Sudahlah Nora. Apapun benda dah jadi. Sekarang papa nak kamu berkahwin. Lagi cepat lagi bagus. Papa nak kamu nikah dua minggu lagi. Kes ni pun papa dah uruskan,” Puan Faruk bersuara. Matanya memandang wajah-wajah di hadapannya.
“Huh… awak cakap senanglah. Yang malu keluarga kita. Entah siapa-siapa awak nak kahwinkan dengan anak awak.” Puan Nora membantah.
“Betul. Mak tak setuju. Entah apa niat perempuan ni. Manalah tau dia sengaja nak perangkap Aizad,” Opah juga tidak bersetuju. Matanya memandang wajah Hanim dan ibunya penuh kebencian.
“Encik, saya pun tak nak kahwin dengan Encik Aizad, Lagipun Encik Aizad kan dah ada pilihan sendiri,” Hanim bersuara akhirnya. Semua yang berada di situ memandang hanim. Tak mahu kahwin. Berkerut dahi Aizad dan Tuan Farok. Puan Nora dan opah tersenyum.
“Tak boleh Hanim. Apapun terjadi kamu berdua kena kahwin. Majlis tu dua minggu lagi. Kamu tak perlu risau. Papa akan uruskan segalanya. Hanim dah ada sijil kursus kahwin? Kalau tak ada hujung minggu ni pergi dengan Aizad,” Tuan Farok bersuara tegas. Baginya Hanim wanita yang baik. Dia senang dengan pekerjanya itu. Yakin, suatu masa nanti opah dan Nora isterinya dapat menerima Hanim.
“Tapi…” Hanim tak jadi meneruskan kata bila melihat jelingan tajam Aizad. Emak sekadar mengangguk. Bersetuju. Lagipun demi masa depan Hanim juga. Bimbang hatinya jika kisah ini tersebar. Biarpun hanim tak bersalah, namun pada pandangan masyarakat anaknya tetap bersalah.
Setelah kata sepakat diambil, Hanim akur juga. Aizad hanya tersenyum. Senyuman yang penuh misteri. Entah apa yang lelaki itu fikirkan. Bagai ada rahsia yang tersembunyi. Lelaki itu juga menerima segalanya tampa bantahan. Hairan hanim. Sedangkan dia tahu taste lelaki itu selama ini. Perempuan sepertinya langsung tiada dalam senarai.
Senarai kekasih Aizad semuanya seksi, bergaya, jelita, sosfikated dan terdiri dari kalangan keluarga berada. Setaraf dengan kedudukan keluarga lelaki itu sendiri. Entah mengapa kini dia yang dipilih. Pening. Berharap benar Hanim, Aizad akan membantah. Hampa bila lelaki itu akur sahaja. Hendak atau tidak, dua minggu lagi dia akan bergelar isteri kepada lelaki itu. Mimpi ngerinya telah bermula. Doanya agar ada sinar dalam perkahwinannya nanti.
…………………………………………………………………………………………
Masa semakin menganjak. Hari yang dia takuti juga semakin hampir. Tiada sesiapa yang tahu. Sengaja Hanim minta perkara ini dirahsiakan dahulu. Malas hendak melayan pertanyaan yang akan muncul nanti. Bukan Aizad yang akan diasak dengan beribu pertanyaan yang merimaskan. Tapi dia yang kena hadapinya. Hanya Salbiah yang tahu. Pada Salbiah dia meluahkan kegusaran hatinya. Sedar keluarga Aizad tidak menyenanginya. Hanya Tuan Farok sahaja yang berlembut.
Aizad? Memikirkan lelaki itu Hanim pening. Sikapnya sering berubah-ubah. Adakalanya lelaki itu amat mesra sekali sehingga dia tergoda. Tetapi ada ketikanya lelaki itu lebih dingin dari kutub utara. Sering buat Hanim serba salah. Sering buat dia terfikir apa yang ada di fikiran lelaki itu. Dimana letaknya kedudukannya di hati lelaki itu.
…………………………………………………………………………………………..
Zahir menghampiri Hanim. Wajahnya muram. Berita yang didengarinya amat melukakan hati. Wajah hanim yang redup itu dipandang. Tiada lagi sinar pada mata Hanim. Sinar yang memukaunya selama ini. Yang ada hanya kekeliruan. Ketidakpastian.
Mengapalah ada sahaja musibah yang menghalang cintanya. Dia tiada pilihan. Terpaksalah dia melepaskan Hanim. Akhirnya Hanim akan jadi milik sahabat baiknya. Sedih, pedih hatinya biarlah dia tanggung. Doanya agar Hanim bahagia. Itu sudah memadai baginya.
“Tahniah,” Ucap Zahir. Kotak yang berbalut cantik diserahkan pada Hanim. Wajah Hanim kelihatan terpinga-pinga melihat Zahir. Sudah agak lama Zahir tidak muncul dihadapannya.
“Untuk apa?” Tanya Hanim kembali. Wajah Zahir yang sedih itu dipandang. Mata lelaki itu sayu merenungnya.
“Abang doakan awak bahagia… abang balik dulu. Kalau Hanim ada masalah atau apa sahaja, hubungi abang. Abang akan tetap sokong Hanim,” ucap Zahir sebelum berlalu. Hatinya tidak kuat untuk terus berhadapan dengan Hanim. Ini akhirnya kisah cinta dia…
Posted by shana at 12:46 AM 1 comments
Wednesday, April 20, 2011
rahsia hati hanim 15
Hanim senyum sahaja pagi itu. Gembira. Entah mengapa dia menyukai Zila, sepupu Zahir. Hmm… bagus juga. Bolehlah dia jadikan Zila sebagai alas an menolak Zahir. Entah mengapa hatinya tiada rasa pada Zahir walaupun diakui lelaki itu baik. Soal hati, tiada siapa boleh memaksa. Bayangan Khaer juga makin menghilang. tiada lagi rindu pada lelaki itu.
Namun Hanim makin risau bila bayangan seseorang mula menghantuinya. Malunya. Takut jika dia perasan sendiri. Namun perhatian dan lirikan mata itu membuatkan hatinya berdebar. Seolah –olah jantungnya akan melantun keluar. Dup dap dup dap bila berhadapan. Parah betul.
Hanim mengeluh bila melihat sejambak bunga di atas meja. Bunga lagi namun bagaikan ada kelainan hari ini. Bunga lily putih, bukan seperti selalu bunga ros. Cantiknya. Hanim teruja. Pantas jambangan itu di ambil ada sekeping kad terselit di situ.
Untuk kamu yang manis
Moga hari ini akan menceriakan kamu
Ikhlas,
MR X
(Yang selalu mencintai kamu)
“Mr X?” Hanim mengerut dahi. Berfikir. Siapa? Mana lelaki ini tahu dia suka bunga lily. Bunga lily itu di pandang lagi.
“Hmm… cantiknya bunga. Bertuah badan…” Usik Salbiah. Matanya turut memandang jambangan bunga di tangan Hanim.
“Ish… Kak Sal janganlah cakap macam tu. Kak Sal tahu siapa yang letak bungan ni?” Tanya Hanim.
“Mona yang letak, tadi ada budak hantar. Kenapa? Bukan Encik Zahir ke yang bagi?” soal Kak Sal pula.
“Bukan, Mr X yang bagi. Entah siapalah Mr X tu?,” jawab Hanim. Ada keluhan di situ. Entah siapalah pula Mr X ni. Takut juga memikirkan pelbagai kemungkinan. Manalah tahu Mr X ni gila ke takpun psiko ke? Tak ke bahaya tu.
“Bertuah jadi orang cantik ni. Ramai peminat…” Salbiah berkata. Tawanya meletus bila melihat gaya Hanim seperti hndak muntah tu. Ada-ada je budak ni.
“Hanim ni cantik ke? Kalau cantik dah lama Hanim kahwin Kak Sal, Khaer pun takkan tinggalkan Hanim…” jawab Hanim. Sayu bunyinya. Salbiah terdiam.
“Jangan ambil hati. Kak Sal gurau je. Siapa kata Hanim tak cantik? Kalau tak cantik tak adalah Encik Zahir yang hensome tu terkejar-kejar. Siap berumah tangga kat sini jer, haa… panjang umur dia,” Salbiah memujuk. Wajahnya makin berseri melihat langkah Zahir yang menghampiri mereka bersama sejambak bunga dan sekotak coklat. Hanim hanya mengeluh. Ingatkan lelaki itu takka datang. Tak reti putus asa betulla.
“Hai sayang… asal ni? Nampak muka abang je terus mendung?” soal Zahir dengan lagak machonya. Bunga di tangan di suakan pada Hanim. Hanim sekadar pandang jer. Tak rasa nak ambil pun. Lagipun dia alahan dengan bunga ros. Salbiah pantas beredar dari situ. Tak mahu kacau daun.
“Kenapa ni? Sampai hati Nim tak ambil bunga ni. Susah payah saya beli tau…”
“Saya tak suruh belipun. Lagipun saya alah dengan bunga ni. Pi lah bawa jauhjauh bunga ni sebelum Hanim bersin,” Hanim berkata selamba. Zahir terkedu. Alah? Patutlah… cepat-cepat dia beri bunga tu pada Maria yang kebetulan lalu di situ.
“Hmm… napa tak beritahu sayang I ni alah pada bunga ros? Errkkk bunga ni siapa bagi?” soal Zahir bila terperasankan sejambak bunga di atas meja Hanim. Ada rasa cemburu di hati. Hanim sekadar menjungkit bahu.
“Entah, peminat Hanim kot. Malas lah nak ambil tahu. Encik Zahir ni datang kenapa?” Tanya Hanim. Tangannya sibuk menyusun dokumen di atas meja. Mana yang urgent di letakkan atas sekali.
“Saja… rindukan hanim. Lagipun I nak jelaskan pada Hanim antara I dan Zila tak ada apa-apa. Zila tu dah macam adik I je. Lainlah Hanim, ratu hati I,”
“Huh… ada saya peduli? Tak kisah pun. Kalau betulpun taka pa. lagi saya suka,” jawab hanim. Matanya ralit pada skrin computer. Banyak kerja hari ni. Zahir terkulat-kulat disitu. Ada rajuk di hati bila Hanim seolah-olah tidak memperdulikannya. Kecil hati… nak merajuklah macam ni. Agak-agak si cantik manis tu nak pujuk tak???
“Z, kau ni tak de kerja ker? semedang duk berumah tangga kat opis aku jer?” tegur Aizad. Ada rasa tidak senang dalam nada suaranya. Tak suka pekerjanya di ganggu. Wajah Hanim yang masam mengcuka tu di pandang. Tetap manis di pandang. Tersenyum.
“K lah aku balik dululah. Dah orang tak sudi,” jawab Zahir. Ada nada rajuk pada suaranya.
“OK… kirim salam kat Zila tau. Kalau kahwin nanti jangan lupa jemput,” Hanim bersuara. Hati Zahir makin sakit. Alahai…. Sedihnya bila orang tak sudi.
Aizad sekadar memandang Zahir yang berlalu dari situ. Ada senyuman di bibirnya melihat gelagat Zahir. Tak kemana rajuk sahabatnya itu. Esok lusa baiklah tu.
“Hanim, esok malam temankan saya ke Majlis makan malam Jaya Holding. Minggu depan awak kena booking hotel 4 hari 3 malam dan tiket flight ke Langkawi. Awak ikut sama,” arah Aizad tegas. Berkerut dahi Hanim.
“Saya kena ikut? Kita dua orang j eke?” Tanya Hanim serba salah. Tak mahulah. Seram tau.
……………………………………………………………………………………………………….
Hanim akur juga. Dengan sepasang gaun hitam yang dihadiahkan Aizad, Hanim melangkah kea rah lelaki itu. Aizad tersenyum melihat Hanim. Cantik. Mak juga tersenyum melihat Hanim. Dalam hati, senang sekali dengan Aizad. Jauh di sudut hati, dia percayakan lelaki itu. Aizad dengan begitu gentleman sekali meminta izinnya untuk membawa Hanim keluar. Malah Aizad juga pandai mengambil hati dan hormatkan orang tua.
Hanim melambaikan tangan pada mak sebelum kereta yang dipandu Aizad beredar dari laman rumah. Hanim mengerling sekilas lelaki disebalah. Kacaknya. Debaran di dada usah dikata. Rasa macam jantung ni nak melantun keluar je. Haruman yang dipakai lelaki itu menggetar jiwa. Alahai… terjatuh cintakah aku. Hanim menggeleng. Cuba dijauhkan apa yang dirasa.
“Kenapa geleng-geleng kepala ni?” tegur Aizad. Bukan dia tak sedar dari tadi hanim curi-curi pandang dia, kemudian menggelengkan kepala. Aneh betul sikap setiausahanya malam ini.
“Tak ada apa-apa,” jawab hani. Aiseh… macammanalah boleh kantoi ni. Ingatkan lelaki ni focus memandu. Malunya. Aizad di sisi tersenyum. Cantiknya Hanim apatah lagi bila kedua-dua pipi tu dah memerah. Malulah tu.
………………………………………………………………………………………………………..
Hanim memandang suasana majlis yang agak membosan kan itu. Makanan yang diambil juga di pandang sepi. Aizad entah hilang kemana. Hanim cukup tiddak gemar ke majlis begini. Selalunya lelaki itu ditemani Linda. Agaknya betul kot gosip yang melanda. Kisah cinta mereka telah berakhir. Itu yang Aizad beria-ia menyuruh dia temankan.
Mata Hanim meliar mencari bayangan Aizad. Rasa tak selesa pula apatah lagi bila menyedari sepasang mata yang merenung dia sedari tadi. Wajah kacak lelaki yang merenunginya itu di pandang sekilas. Wajah itu seperti pernah dilihatnya. Namun dia lupa di mana.
“Assalamualikum…” tegur satu suara. Hanim pantas menoleh. Wajah lelaki yang merenungnya tadi sudah berada di depan mata. Lelaki itu tersenyum memandangnya.
“Tak jawab salam berdosa tau…” sambung lelaki itu bila Hanim sekadar diam terpaku memandangnya.
“Jawab dalam hati…” jawab Hanim dingin.
“Saya Tengku Lukman. Selalu orang panggil Ku Luke jer…” lelaki itu memperkenalkan diri. Tubuhnya dilabuhkan pada kerusi di sebelah Hanim. Hanim sekadar memandang. Malas nak ambil tahu.
“Ye, ada saya kisah. Kita tak kenalkan? Jadi lebih baik awak beredar dari sini,” Hanim bersuara dingin. Matanya memandang sekeliling. Berharap Aizad hadir menyelamatkannya dari renungan lelaki dihadapannya ini. Seram. Terasa sejuk tubuh badan. Renungan itu sukar ditafsirkan.
“Well, kita tengah berkenalan lah ni. Awak Hanim kan?” Tanya lelaki itu sambil tersenyum. Sedar Hanim tidak menyenangi dirinya.
“Mana tahu nama saya ni? Tak sangka ada juga yang kenal saya?” Hanim bersuara. Matanya memandang wajah itu. Cuba mencari jika mengenali lelaki itu. Rasanya tidak. Inilah kali pertama mereka bersua.
“Hanim lupa kot. Tapi taka pa. kita kenallah semula,” jawab lelaki itu. Ramah. Senyuman masih terukir di wajahnya. Akhirnya pencariannya hampir berakhir.
“Hai Ku Luke? Bila You balik?” Aizad menegur. Ada rasa tidak senang di situ. Tidak suka kehadiran lelaki itu. Bukannya dia tidak kenal Tengku Lukman. Playboy terkenal. Pantang tengok perempuan cantik mulalah nak jual minyak.
“Hmm… I balik dah dua minggu. Sampai hati You tnggalkan si cantik manis ni sorang-sorang. Jadi I temankan lah,” Jawab Tengku Lukman. Matanya masih memandang hanim yang nampak serba salah.
“Rasanya I dah ada, so You boleh pergi. Lagipun dah lewat. Kami beredar dulu,” Aizad menarik tangan Hanim untuk beredar dari situ. Tengku Lukman sekadar tersenyum melihat telatah Aizad dan hanim.
“Lain kali jangan layan orang yang tak kenal,” Aizad bersuara sebaik kereta meluncur laju meninggalkan perkarangan hotel. Hanim sekadar membeku. Tak habis lagi bebelan Aizad padanya. Sebaik sahaja mereka menjauhi Tengku Lukman, Aizad terus membebel. Bermacam-macam nasihat di beri. Seperti seorang ayah yang takut anak gadisnya di lari orang pula. Hai… macam-macam hal. Hanim sekadar diam. Malas melawan. Nanti makin panjang pula bebelan lelaki itu.
Posted by shana at 12:34 AM 0 comments




