BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Pages

mereka yg amat hana sayangi

sekilas pandang



terima kasih pada yang sudi menjengah ceritera hatiku....

maaf sebab lambat hantar n3 baru kat blog ini
apapun kesudian anda menjengah ke sini membuatkan hana sangat terharu....
hope terhibur membaca karya hana yang tak seberapa ini....

salam sayang pada anda semua yang menyokong dan sudi menjengah ceritera hatiku

jangan lupa tinggalkan komen selepas baca ya...
semoga komen2 anda menambahkan lagi semangat hana untuk bekarya............

Tuesday, April 26, 2011

rahsia hati hanim 16 (part 2)





Hari terus berlalu, dengan sekali lafaz, sah sudah Hanim menjadi isteri Aizad. Emak memeluk Hanim gembira. Tenang hatinya. Andai esok lusa, dia tutup mata. Hanim sudah ada tempat berpaut. Hanim sekadar tersenyum melihat kegembiraan emak. Alhamdulilah, dia dapat membahagiakan emak di sisa-sisa hidupnya. Dua minggu lagi emak akan menjalani pembendahan jantung. Syukur sekali lagi bila Aizad membantu. Lelaki itu yang menanggung segala kos pembendahan emak. Aizad telah banyak menabur budi padanya. Entah bila dia dapat membalas budi lelaki itu. Hanim berazam untuk menjadi isteri yang baik. Akan dia cuba mencintai lelaki itu seadanya.

...................................................................................................................................................................

Imbas kembali tamat
(Masa kini)


Aizad menolak pintu bilik. Matanya terpaku pada wajah Hanim yang tidur. Tangan itu memeluk album. Berhati-hati Aizad mengambil album di tangan Hanim. Matanya terpaku pada gambar-gambar pernikahan mereka. Ada kesan air mata di pipi Hanim. Teringat cerita-cerita opah dan mama. Adakan Hanim sudah ingat semula?

Aizad cuba bertenang. Saat ini pasti tiba jua. Saat di mana ingatan Hanim pulih semula. Segala kemungkinan harus dia hadapi. Salah diri sendiri. Dia yang melukakan hati Hanim. Tak dapat dia bayangkan jika mama dan opah tahu apa yang terjadi. Pasti mama dan opah turut membencinya. Mujur Hanim tidak pernah memberitahu opah dan mama apa yang berlaku.

Hanim tersedar. Dapat dirasakan kehadiran seseorang. Orang yang dinantinya. Matanya bertaut dengan pandangan Aizad. Hanya seketika. Tidak mampu menentang mata lelaki itu. Setiap kali melihat wajah itu, hatinya terhiris. Luka makin dalam. Apatah lagi bila mendapat tahu seminar yang dihadiri lelaki itu sudah tamat dua hari yang lalu. Rasanya dia tahu mengapa lelaki itu tidak pulang.

“Sorry kalau abang ganggu Hanim tidur,” Aizad akhirnya bersuara. Bosan dengan suasana sepi lagi dingin antara mereka. Hanim sekadar diam. Wajah tanpa perasaan. Wajah itu yang amat ditakuti Aizad. Bila Hanim begitu, rasanya dia sudah dapat jawapan. Hanim sudah ingat semula.

“Lambat balik? Hanim Call office, setiausaha abang beritahu sepatutnya abang balik dua hari lalu, ”
Hanim bersuara akhirnya. Senyuman sinis terukir diwajahnya bila melihat wajah Aizad yang serba salah itu. Rupa orang telah membuat salah. Begitulah.

“A..aba..abang...” lidah Aizad kelu.

“Abang jumpa Lindake? Hairan Hanim. Waktu abang bujang dulu, tidak pula dia terkejar-kejarkan abang? Sanggup pula buat perjanjian bodoh tu... sekarang menyesal? Abang pun sama? Dayus,”

“Hanim,” jerit Aizad. Wajahnya memerah. Marah. Hanim tidak pernah selancang ini mulutnya. Apa yang berlaku?

“Kenapa? Abang marah? Kalau abang marah Hanim lagi marah. Hanim tak nak jadi perempuan bodoh lagi. Hanim akan perjuangkan hak Hanim. Biar apa yang berlaku, Amar hak Hanim,” hanim bersuara tegas. Dia sudah letih mengalah. Hanya berserah pada takdir. Kini tidak lagi. Beberapa hari ini dia sudah puas berfikir. Hidupnya biar dia tentukan. Bukan Aizad ataupun Linda yang tentukan. Nekad.

“Tapi abang jangan bimbang. Hanim takkan beritahu abah, mama dan opah pasal rancangan bodoh abang tu. Sekurang-kurangnya rfancangan bodoh abang tu boleh buat mak Hanim gembira dan Hanim ada Amar. Itu sudah memadai,” hanim masih lagi tersenyum. Wajahnya tenang. Wajah Aizad yang keruh itu dipandang. Tiada lagi cinta pada lelaki itu. Yang tinggal hanyalah kemarahan. Luka yang amat dalam.

...................................................................................................................................................................

Linda terduduk di satu sudut. Darah yang mengalir di tepi bibir dikesat. Wajah lelaki itu dipandang. Ada rasa gerun di hati. Lelaki itu tersenyum memandangnya. Senyuman yang amat menakutkan. Tali pinggang ditangan lelaki itu dipandang. Berbirat tubuhnya menerima penangan lelaki itu. Akhirnya tali pinggang itu di campak. Tubuh Linda yang lemah itu di humban atas katil.

Hanya air mata mengalir lesu menangisi nasib diri. Tubuhnya terus di cium bertalu-talu. Kasar. Lelaki itu hanya ketawa bila Linda menjerit kesakitan. Hatinya puas. Setelah puas, Linda ditinggalkan begitu sahaja. Beberapa not unggu dilontar ke wajah Linda yang masih menangis.

“Inilah akibatnya kalau ingkar arahan aku? Kau ingat kau bijak? Jangan sesekali kau hampiri mereka. Kalau tak lebih teruk padahnya? Sedarlah, kau tak layak. Kau hanya layak sebagai pelacur jer?” lelaki itu ketawa. Puas hatinya.
Linda melihat sahaja lelaki itu pergi meninggalkannya. Selimut di tarik. Memvbaluti seluruh tubuhnya. Pasti Kiki Akan membebel lagi. Tahu sekarang kariernya makin musnah. Dirinya dicop tidak berdisiplin. Selalu mungkir janji. Namun dia terpaksa jua. Bagaimana dia boleh muncul dengan tubuh badan lebam di sana sini. Wajah yang bengkak.

Dia tiada pilihan. Tidak tahu untuk mengadu pada siapa. Lelaki itu telah berjaya memerangkapnya. Jika dia mengadu pada polis atau sesiapa, gambar-gambar dirinya tanpa seurat benang akan tersebar. Pasti ayahnya akan kena serangan jantung. Kariernya musnah dan paling penting Aizad akan membencinya. Siapa yang inginkan dia lagi. Gadis yang telah ternoda, dirinya terasa amat kotor. Linda terus menangis, menyesali nasib diri.

...................................................................................................................................................................

Zahir tergamam mendengar cerita mengenai kemalangan yang menimpa Hanim. Pedih rasa hati. Tak habis-habis masalah menimpa Hanim. Selepas pemergiannya ke UK setahun lalu, mereka terputus hubungan. Dia berharap Hanim akan bahagia. Tidak menyangka perkara ini yang terjadi.

Zahir meraup wajahnya. Rambut yang semakin panjang dibiarkan sahaja. Handset ditangan di tenung. Ingin menelefon hanim namun dia serba salah. Bimbang jika Hanim langsung tidak ingat padanya. Menurut mama, Hanim hilang ingatan. Parah betul. Akhirnya dia nekad. Kunci kereta diambil.

...................................................................................................................................................................

Puan Nora tersenyum melihat kelibat Zahir. Sudah lama Zahir tidak datang melawat mereka. Dengarnya anak muda itu ke UK melanjutkan pelajaran. Zahir merupakan sahabat Aizad yang paling rapat. Namun hubungan itu agak renggang beberapa tahun kebelakangan ini. Dia sendiri tidak tahu mengapa.

“Auntie sihat? Zad mana? Sunyi je rumah ni?” soal Zahir. Hairan juga mana semua orang dalam reumah ni pergi. Kelibat Hanim juga tidak keliahatan.

“Aizad dengan Hanim kat atas. Amar dengan merekalah. Uncle kamu keluar, hari minggu macamni main golf jelah kerjanya. Duduklah, kejap auntie panggil Aizad,” ramah puan Nora bercerita. Zahir mengangguk. Matanya memandang susun atur rumah itu. Tidak banyak yang berubah. Matanya terpaku pada gambar hanim. Cantiknya wajah itu di pelamin Cuma satu yang kurang. Mata itu tidak bercahaya. Nampak suram dan sayu sekali.

“Z, bila kau balik? Tak beritahupun?” soal Aizad. Tersenyum lebar melihat sahabatnya itu.

“Baru je balik. Aku dengar Hanim kemalangan. Tu yang aku datang,” jawab Zahir. Aizad terdiam mendengar kata-kata Zahir. Bertahun telah berlalu, namun masih tak mampu mengubah rasa cinta Zahir pada Hanim. Terselit rasa kurang senang dalam hati Aizad. Ada rasa cemburu yaqng datang menyapa.

“A’ah, hanim kemalangan hari tu. Sekarang dah sihat. Rasanya iungatan hanim pun makin pulih,” aizad bercerita. Zahir yang mendengar, tersenyum. Lega bila Hanim tidak apa-apa.

“Abang Z, bila sampai?” Hanim bersuara teruja. Tersenyum lebar melihat Zahir. Makin kacak lelaki itu. Zahir turut tersenyum. Dia bangun lalu menghampiri hanim. Langsung tak pedulikan Aizad. Matanya hanya pada hanim.

“sampai semalam. Lepas mama cerita Hanim kemalangan abang terus datang. Risau abang. Ni Amar ke? Dah besar Amar sekarang. Makin comel,” Zahir bersuara ceria. Amar yang berada dalam dukungan Hanim di agah. Amar memaut erat tubuh hanim bila Zahir ingin mendukungnya.

“Sombong Amar sekarang. Dah lupa abah Z dia erk? Dulu abah Z yang azankan dia tau,” zahir bersuara. Aizad menghampiri mereka. Tidak senang Zahir rapat dengan keluarganya.

“Manalah Amar ingat, abah Z ni. Dulu Amar baby lagila. Abah Z la, pi jauh-jauh. Tak teman Amar sampai Amar pun lupa,” jawab Hanim. Zahir ketawa. Aizad berdehem. Tak suka dia ank tirikan dalam perbualan Hanim dengan Zahir.

“Abang kenapa? Sakit tekak ke?” tanya Hanim selamba. Zahir yang mendengar ketawa besar. Aizad menjeling Zahir, tak senang dengan sahabatnya itu. Zahir buat tak tahu. Hairan juga melihat hanim yang terlebih mesra melayannya. Wajah Aizad yang keruh itu di pandang. Ada yang tak kena rasanya. Aizad cemburu... hmm.. sesuatu yang baik tu.

“Asyik berborak je, jom kak Tipah dah siapkan minum petang. Banyak yang boleh kita cerita nanti,” puan Nora mengajak mesra. Zahir tersenyum. Akur dengan ajakan Puan Nora. Hanim juga melangkah riang. Amar di serahkan pada Latipah. Aizad hanya diam terpaku di situ. Terpana dengan sikap baru hanim. Mesra betul dengan Zahir. Zahir apalah lagi. Makin ceria. Dia sahaja makan hati. Geram. Kalau tak kenangkan keluarganya ada disini, pasti sudah lebam muka Zahir dia kerjakan.

“Abang tak mahu minum sekali ke? Kesian abang Z datang nak jumpa abang buat tak tahu je?” hanim bersuara. Tidak mahu Puan Nora sedar konflik antara meraka. Lambat-lambat Aizad mampir. Hatinya sakit sepanjang minum petang. Panas. Kemanjaan Hanim, layanan mesranya pada Zahir membakar hatinya. Rasa cemburu terasa menggila dalam dada. Cuba disabarkan hati. Lepas ini ada perhitungan antaranya dengan Zahir. Yang pasti bukan disini. Bukan di hadapan Hanim. Hanim miliknya dan tak mungkin hanim akan dia lepaskan.

...................................................................................................................................................................

Hanim mencium pipi Amar yang sudah tidur. Matanya juga sudah mengantuk. Aizad masih lagi berdiri di balkoni. Entah apa yang lelaki itu buat disitu. Malas nak ambil tahu. Aizad hanya diam sahaja sepanjang makan malam. Dingin sahaja dengan semua orang.

Aizad melangkah masuk. Matanya merenung hanim yang sudah menarik selimut. Ingin melelapkan mata.

“jangan tidur lagi. Ada yang perlu kita selesaikan. Abang solat dulu, lepas ni kita bincang,” Aizad mengarah tegas. Hanim sekadar mencebik. Entah apa yang penting sangat sampai Aizad menghalangnya tidur. Matanya memandang Aizad yang sudah ke bilik air.

Mengeluh. Badannya terasa letih namun dia tetap akur. Matanya sekilas melihat Aizad yang sudah mengankat takbir. Menunaikan solat Isya’. Mungkin dengan solat, mampu mengurangkan rasa marahnya pada Hanim. Menenangkan hatinya yang bergelora. Berharap ketenangan dalam perbincangan bersama-sama Hanim nanti.


jangan lupa komen tau. enjoyyy

1 comments:

yuna said...

siapa yg sllu pkul linda tu ye?cam protect hanim n family die je..sian plk kt linda kena camtue..

ANDA SUKA