BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Pages

mereka yg amat hana sayangi

sekilas pandang



terima kasih pada yang sudi menjengah ceritera hatiku....

maaf sebab lambat hantar n3 baru kat blog ini
apapun kesudian anda menjengah ke sini membuatkan hana sangat terharu....
hope terhibur membaca karya hana yang tak seberapa ini....

salam sayang pada anda semua yang menyokong dan sudi menjengah ceritera hatiku

jangan lupa tinggalkan komen selepas baca ya...
semoga komen2 anda menambahkan lagi semangat hana untuk bekarya............

Thursday, January 24, 2013

SETULUS KASIH



“maafkan mama sayang….” Alia memeluk erat tubuh kecil di dalam dukungannya itu. Tubuh yang masih merah itu di tatap sayu.Baru dua hari si kecil menjengah dunia dan kini terpaksa berpisah dengannya. Pedihnya hati seorang ibu namun dia tidak punya pilihan.
Suatu waktu dulu dia yakin, tidak akan ada rasa kasih pada si kecil itu. Namun detik ini keyakinan itu makin goyah. Naluri keibuannya begitu kuat tapi dia tak punya pilihan. Janji yang dilafazkannya dahulu perlu ditunaikan.

“Maafkan mama… Nurin Alia…” Nurin Alia,nama yang dia pilih untuk si kecil. Si jantung hati yang sentiasa menemaninya selama sembilan bulan dalam kandungan. Itu sahaja yang dia pinta. Biarlah dia yang memberi nama pada si kecil.

“sabar Lia… tak elok kau menangis bersedih macam ni…” pujuk Zakiah. Sahabat yang sentiasa ada di sisi di kala susahmahupun senang.

“aku tahu… tapi aku tak mampu….ni anak aku…”Alia masih erat memeluk tubuh si kecil.

“ aku faham Lia… dari dulu lagi aku dahnasihat. Aku nak kau fikir panjang tapi kau degil… ini yang aku paling takut,kau takkan mampu berpisah dengan dia dan hati kau akan terluka…” Zakiah bersuara sayu. Sedih melihat keadaan sahabatnya itu.

“aku cintakan dia Yah… sangat cintakan dia.Aku sanggup korbankan apa sahaja demi dia…” sayu suara Alia. Zakiah hanya mampumengeluh. Mengeluh mengenangkan kisah cinta Nadrah Alia… Kisah cinta yang tak kesampaian… kisah cinta yang hanya bertepuk sebelah tangan…


Irfan Khalish merenung wajah gembira di hadapannya. Gembira akhirnya impian untuk menjadi ibu akhirnya menjadi kenyataan. Dia tahu betapa besarnya harapan Nazrina untuk bergelar seorang ibu. Impian yang pernah hancur bila rahim Nazrina terpaksa di buang untuk mengelak kanser rahim yang dihadapi merebak.

Dia tahu, betapa sedihnya Nazrina kala itu. Berbulan lamanya Nazrina bermuram durja berendam air mata. Hati Irfan sendiri sakit bila melihat keadaan Nazrina kala itu. Bagaimana harus dia tersenyum melihat insan yang sangat di cintainya berduka. Lalu dia rela melakukan apa sahaja untuk mengembalikan senyuman wanita itu.

Demi kegembiraan Nazrina, dia berjanji untuk mengambil anak angkat. Namun jauh di sudut hatinya dia inginkan anak dari keturunannya sendiri. Dia nekad menggunakan Alia. Dia tahu Alia adik angkatnya itu sanggup lakukan apa sahaja untuknya. Alia yang sangat mencintainya sejak dari sekolah menengah. Mereka berkenalan tika dia di tingkatan lima manakala Alia hanya di tingkatan dua. Namun hubungan mereka terputus sebaik sahaja dia menamatkan alam persekolahannya.


Pertemuan semula hampir dua tahun yang lalu merubah semuanya. Merubah hidupnya dan Alia. Alia si anak yatim yang tak punya sesiapa selepas kematian kedua ibu bapanya lima tahun dahulu. alia yang sangat tulus. Alia yang setia pada cintanya. Kejamkah dia?



Dia hanya inginkan zuriat sendiri, lalu dalam diam dia mengahwini Alia hanya untuk zuriat impiannya bersama Nazrina. Pada Nazrina dikhabarkan ada kenalan yang tolong dia mencari anak angkat buat mereka dan keluarga itu sanggup menyerahkan anak pada mereka untuk dijadikan anak angkat kerana masalah kesempitan hidup. Nazrina menerima khabar itu penuh kegembiraan dan kesyukuran.


Irfan merenung wajah yang tenang dalam tidur. Tersenyum melihat wajah comel itu namun senyumannya sirna bila menyedari ada kesan air mata di pipi. Sesekali terdengar esakan kecil. Apa yang di sedihkan? Zaim kerut dahi. Wajah itu di renung teliti. Ada kesedihan di wajah yang tenang itu. Kenapa?


Alia tersedar dari lenanya bila terasa ada seseorang disisinya. Perit terasa mata bila di buka apatah lagi dalam keadaan bilik yang terang. Irfan berdiri di sisi katil. Sedang merenungnya dengan pandangan yang sangat lain. Wajah itu juga kelihatan resah.

“hhmm... bila abang datang? Maaf Lia tak sedar abang datang,” Alia bersuara perlahan. Irfan sekadar tersenyum hambar.


“Kenapa Lia menangis?” soal Irfan. Alia tersentak mendengar pertanyaan Irfan. Kelu lidahnya untuk bersuara.

“mana ada Lia menangis....” Alia bersuara perlahan. Cuba mengukir senyuman. Namun tetap hambar pada pandangan Irfan malah mata itu takkan mampu menipunya. Mata yang penuh kesedihan, penuh kelukaan. Mata cantik yang memukau pandangannya sedari dahulu. mata yang mengambarkan perasaan hati pemiliknya.


“Lia tak boleh tipu abang sebab mata Lia takkan mampu menipu...” Irfan bersuara perlahan. Tubuh Alia di hampiri. Tangannya mengusap kesan air mata di pipi.

“Ini takkan mampu menipu abang Lia.... apa yang mengganggu Lia? Lia tahukan Lia boleh cerita apapun pada abang. Abangkan abang Lia yang paling baik...” Irfan memeluk Alia. Cuba menenangkan Alia.

“Ya abang memang abang yang paling baik pada Lia tapi abang lupa abang suami Lia dan Lia isteri abang... Lia ni isteri bukannya adik abang... Lia isteri abang...abang suami Lia bukannya abang Lia. Lia Cuma nak suami Lia...” bisik Alia perlahan. Irfan terkedu mendengar bicara Alia itu.

3 comments:

Anonymous said...

ini cerpen ke e novel nyer??
mcm x complete je citernye..

norihan mohd yusof said...

best n sedeh...nk ggggggg

shana said...

x pasti lg tapi mungkin e novel..........

ANDA SUKA