BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Pages

mereka yg amat hana sayangi

sekilas pandang



terima kasih pada yang sudi menjengah ceritera hatiku....

maaf sebab lambat hantar n3 baru kat blog ini
apapun kesudian anda menjengah ke sini membuatkan hana sangat terharu....
hope terhibur membaca karya hana yang tak seberapa ini....

salam sayang pada anda semua yang menyokong dan sudi menjengah ceritera hatiku

jangan lupa tinggalkan komen selepas baca ya...
semoga komen2 anda menambahkan lagi semangat hana untuk bekarya............

Tuesday, March 29, 2011

rahsia hati hanim 11

Aizad menghampiri Hanim dan Amar yang sudah nyenyak tidur. Tersenyum bahagia. Amar juga sudah makin sihat. Tidak lagi demam. Tubuh pun dah makin berisi. Anak kecilnya makin riang dan ceria. Gelagat dan suara Amar makin memeriahkan rumah mereka. Amar makin aktif dan keletah, tidak lagi murung seperti dahulu. Ternyata Amar amat memerlukan uminya disisi.

Aizad takut memikirkan apa yang akan terjadi jika ingatan Hanim pulih. Adakah Hanim akan meninggalkan mereka lagi? Membawa rajuk dan hati yang luka jauh dari mereka. Aizad takut memikirkannya. Bagaimana dengan Amar? Apa yang harus dia lakukan? Aizad keliru.

“Abang dah balik?” hanim menyoal. Tidurnya terganggu. Hanim merenung Aizad yang masih diam. Mata Aizad terpaku pada gambar pernikahan mereka. Apa yang Aizad fikirkan.

“Abang…” Tegur Hanim lagi. Perlahan disentuhnya bahu Aizad. Aizad tersentak. Matanya terpaku pada wajah hanim yang memandangnya penuh tanda Tanya. Tanpa kata, Aizad menarik tubuh Hanim ke dalam pelukannya. Tubuh itu dipeluk erat. Takut untuk melepaskan Hanim pergi. Hanim yang berada dalam pelukan Aizad terpinga-pinga. Hairan dengan tingkah Aizad yang agak aneh malam ini.

。。。。。。。。。。。。。。。。。。。。。。。。。。。。。。。。。。。。。。。。。。。。。。。。。。。。。。。。。。。。。。。。。。。。。。。。。。。。。。。

Hanim membelek album lama miliknya. Gambar-gambar ketika zaman sekolah dan zaman gadisnya. Tiba-tiba mata Hanim terpaku pada sekeping gambar. Gambar seorang pemuda yang sedang riang tesenyum.

“Khaer?” Hanim tergamam. Otaknya ligat berfikir. Apa yang terjadi? Kemana Khaer menghilang. Hanim mula keliru. Mak? Mana mak? Hanim mula teringat yang mak langsung tidak melawatnya. Apa yang terjadi? Mak sakit? Hanim mula panic.

“Hanim, kenapa ni?” Aizad yang baru keluar bilik air bertanya. Wajah Hanim yang pucat mengundang seribu pertanyaa.

“Mak mana? Kenapa mak tak datang tengok Hanim? Mak sakit ke?” hanim bertanya bersama tangisan. Air mata mula membasahi pipi.

“Hanim, tenang dulu. Jangan macam ni,” pujuk Aizad. Serba salah untuk berterus terang.

“Hanim tak peduli. Hanim Cuma nak mak. Mana mak pergi” Jerit Hanim.

“Hanim dengar cakap abang. Abang Cuma akan beritahu jika Hanim bertenang. Berhenti menangis,” tegas Aizad. Hanim terdiam lama. Cuba mengawal perasaannya yang bercelaru.

“abang nak Hanim bersabar. Tak nak nangis dan paling penting kawal perasaan Hanim. Jangan ikut emosi. Janji” Aizad memandang Hanim yang masih diam. Hanya kedengaran esakan kecilnya. Hanim mengangguk.
“sebenarnya mak dah meninggal dua tahu lalu…” aizad bersuara perlahan. Tidak sampai hati memberitahu hal ini pada Hanim. Bukan niat untuk merahsiakan namun rasanya saat ini tidak sesuai. Apatah lagi dalam keadaan Hanim yang masih keliru. Takut memikirkan penerimaan Hanim.

“Tak… Hanim tak percaya. Abang tipu… mak ada lagi… abang tipu” Hanim menjerit. Cuba menafikan apa yang di beritahu Aizad.

“Hanim, sabar sayang. Jangan menangis macam ni. Mak tentu sedih lihat Hanim macam ni,” pujuk Aizad. Tubuh Hanim di peluk erat. Tahu sudah tiba masanya untuk berterus terang dengan Hanim.

“Kenapa Hanim tak ingat langsung. Macammana mak meninggal? Pembedahan tu tak berjaya ke?” soal Hanim bersama-sama dengan tangisannya.

“Pembedahan tu berjaya tapi kanser tu kembali menyerang. Mak tak kuat lagi untuk bertahan. Mak meninggal di pangkuan Hanim…” cerita Aizad. Hatinya turut pedih mengingati detik itu. Hanim sangat tertekan. Mujurlah hanim dan Amar yang berada dalam kandungan Hanim selamat.

“Hanim mungkin tak ingat tapi Hanim pernah beritahu abang Allah ambil mak dari Hanim tapi Allah kurniakan Hanim anugerah yang berharga sekali… Allah kurniakan Amar pada kita. Hanim mesti kuat untuk Amar. Jika dulu Hanim boleh lakukan abang yakin Hanim boleh lakukan untuk kali ini juga…” Hanim hanya diam mendengar bicara Aizad. Air mata yang mengalir dibiarkan.

“Khaer macam mana?” Hanim menyoal mengenai Khaer tiba-tiba. Aizad terdiam. Khaer? Dia pernah mendengar nama itu tapi tidak tahu kaitan lelaki itu dengan Hanim.

“Maaf, Khaer siapa? Abang tak ingatlah. Rasanya Hanim tak pernah kenalkan Khaer dengan abang” terang Aizad. Berkerut dahi Hanim.

“Khaer tu sebenarnya tunang Hanim. Itu yang Hanim keliru tu. Abangkan nak kahwin dengan Linda model tu, Hanim pula dah tunang dengan Khaer. ntah macam mana pulak kita boleh kahwin ni?” Aizad tergamam mendengar cerita Hanim. Tidak tahu apa yang harus dicakapkan.

“Betulla tu… pelik pula bila Hanim fikir. Sampai sakit kepala ni tau. Abang ceritala macammana kita kahwin?” Tanya Hanim pada Aizad masih lagi kelu seribu bahasa.

“Hanim, abang rasa ni bukan masa yang sesuai nak cerita ni semua. Abang nak Hanim ingat perlahan-lahan. Abang tak nak hanim tertekan. Ini tak baik untuk kesihatan Hanim. Abang tak nak Hanim sakit,” pujuk Aizad perlahan. Tahu ini bukannya masa yang sesuai untuk Hanim tahu kebenaran perkahwinan mereka.

“Abang dan semua yang Hanim tanya macammana kita kahwin asyik mengelak je. Ini yang Hanim tak sabar nak tahu. Macam rahsia besar pula kes kahwin kita ni. Macam ada yang tak kena je,” luah Hanim. Masih tidak puas hati. Tidak faham mengapa semua orang asyik mengelak je bila ditanya mengenai perkahwinan Hanim dengan Aizad. Aizad tersenyum dalam paksa.

“Nanti-nantilah abang cerita. Sekarang abang nak Hanim siapkan Amar. Kita nak keluar. Banyak barang keperluan Amar dah habis,”

Hanim akur arahan Aizad walaupun tidak puas hati. Amar yang sedang leka bermain di hampiri. Lalu anak kecil itu di bawa kebilik air. Aizad mengeluh lega. Mujur ada Amar, kalau tak tidak tahu bagaimana harus mengelak pertanyaan Hanim.

………………………………………………………………………………………………………..

Linda merenung wajahnya di cermin. Bibirnya bengkak malah ada kesan lebam yang membiru di pipi kanan. Entah bila akan hilang. Maknanya dalam tempoh ini dia terpaksa membatalkan kontrak iklan dan peragaan fesyen yang sudah dipersetujui. Masih terasa bebelan Kiki, pengurusnya saat dia menelefon. Tiada pilihan.

Panggilan telefon dari Aizad juga di pandang sepi. Tahu dirinnya tidak layak lagi buat Aizad atau mana-mana lelakipun. Hidupnya musnah. Malah rasanya kariernya makin menjunam. Air mata mula mengalir. Menangisi nasib diri. Semuanya kerana sikapnya yang tamak. Ketamakan itu akhirnya memakan dirinya sendiri.

Ketukan di pintu dibiarkan. Tahu pasti Kiki yang datang. Dia menyepikan diri. Tidak mahu berhadapan dengan sesiapapun dalam keadaan begini. Pasti panjang pula pertanyaan Kiki bila melihat wajah dan tubuhnya.

Lelaki itu, seperti biasa akan hilang dan muncul sesuka hatinya. Biarlah. Lebih baik begitu. Sekurang-kurangnya Linda tenang begini. Tiada lagi caci maki mahupun sumpah seranah. Tiada lagi sepak terajang yang akan menyakiti tubuhnya.

。。。。。。。。。。。。。。。。。。。。。。。。。。。。。。。。。。。。。。。。。。。。。。。。。。。。。。。。。。。。。。。。。。。。。。。。。。。。。。。

Hanim merenung wajah Amar yang tidur. Tidak puas rasanya menatap wajah itu. Comel rambut Amar diusap sayang. Perlahan jari jemarinya bermain di dahi Amar. Gerakan tangannya terhenti. Ada rasa nyilu dihati bila jarinya tersentuh parut di dahi sikecil. Mengapa?

Aizad hanya memandang telatah Hanim. Tidak tahu apa yang difikirkan isterinya itu. Wajah Hanim turut berubah pucat.

“Abang…” Hanim bersuara tiba-tiba. Entah bila Hanim sudah melabuhkan tubuh disebelah Aizad.

“Kenapa ni? Panggil abang lain macam jer?” soal Aizad pula. Muka Hanim memerah mendengar kata-kata Aizad. Dia perasanke?

“Kenapa ya kepala Amar tu ada parut. Amar pernah jatuh ke?” soal Hanim ingin tahu. Terdiam Aizad.

“Amar tak jatuh. Mungkin Hanim tak ingat. Lebih kurang setahun yang lalu Hanim kemalangan bersama-sama Amar. Nasib baik kecederaan Hanim dan Amar tak teruk. Abang tak dapat bayangkan bila tengok keadaan kereta. Alhamdulilah, hanim dan Amar selamat,” terang Aizad. Hanim terdiam lama. Ada gigilan pada tubuhnya. Entah mengapa jauh disudut hati, masih terasa kesakitan itu.

“Dah la, jangan fikir sangat. Dah lewat ni jom tidur,”pujuk Aizad. Tubuh Hanim yang kaku di tarik ke birai katil.

………………………………………………………………………………………………………..

Hanim tak percaya dengan pemandangan di hadapannya. Amar yang berada dalam dukungan di peluk erat. Matanya terpaku pada pasangan di satu sudut. Patutlah ketika dia mengajak lelaki tersebut menemaninya ke klinik, pelbagai alasan di beri. Sampainya hati.

“Abang buat apa kat sini. Meeting kat kedai Habib ni ke?” Tanya Hanim selamba. Sudah puas rasanya bersabar.

“Kau buat apa kat sini?” Tanya perempuan itu penuh lagak manakala pasangannya hanya memerhati. Diam tanpa kata. Mungkin tak menjangkakan pertemuan tersebut.

“Boleh jangan buat kacau kat sini tak? Ramai orang tengok tu,” bisik lelaki tersebut.

“Peduli apa I, yang perempuan ni nak menyebuk kat sini buat apa?”

“Suka hati saya nak buat apapun. Yang awak buat muka tak tahu malu keluar dengan suami orang tu boleh pula ya?” jawab hanim. Masih tenang. Snyuman sinis terukir di bibir tatkala wajah wanita dihadapannya berubah.

“Abang nak Hanim balik dulu. Balik nanti kita bincang,” Lelaki itu menghampiri. Tangan Hanim ditarik kasar meninggalkan kedai tersebut. Wajah lelaki itu garang memerhati Hanim. Hanim akur. Sedar apapun mungkin berlaku jika lelaki dihadapannya naik angin.

Hanim mengesat air mata yang mengalir. Sedar dimana letak dirinya. Fikirnya kehadiran Amar akan merubah lelaki itu namun ternyata dia silap selama ini. Anak kecil yang tertidur di dalam bakul sebelahnya direnung sayang. Kereta di pandu hati-hati. Hujan yang turun menyebabkan pemanduannya tidak lancar apatah lagi dengan deraian air mata yang membasahi pipi. Hanim tersentak bila mendengar hon di tekan bertalu-talu. Cahaya dari arah hadapan makin menyilau matanya. Hanim cemas.

“Amar…Ya Allah Amar…”
“Hanim… Nim…” Aizad berusaha mengejutkan Hanim yang masih meracau dalam tidurnya. Hanim terjaga. Wajahnya pucat. Peluh renik membasahi wajah Hanim. Aizad memeluk Hanim. Cuba menenangkan Hanim.

“Hanim takut… Amar mana? Abang mana Amar?” Tanya Hanim. Difikirannya hanya ada Amar.

“Hanim releks ok. Amar ada. Amar kan tidur tu,” Hanim terdiam. Matanya memandang sekeliling. Pandangannya jatuh pada Amar yang sedang nyenyak tidur. Tubuh Amar di rangkul ke dalam pelukan. Amar mula merengek bila tidurnya diganggu. Lega.

“Alhamdulilah anak umi selamat. Umi sayang sangat dengan Amar…” bisik Hanim ke telinga Amar. Tidak dipedulikan tangisan Amar yang makin kuat. Hanim bimbang jika dia melepaskan Amar, Amar akan hilang dari pandangannya. Mimpi tadi amat menakutkan.

“Hanim…kenapa ni? Kesian Amar, Amar terkejut tu…” pujuk Aizad lalu mengambil Amar yang masih menangis. Anak kecil itu di pujuk. Akhirnya tangisan Amar reda. Anak kecil itu sudah nyenyak tidur. Hanim masih berada di sudut katil. Memeluk lutut sambil menangis. Aizad menghampiri Hanim lalu menarik tubuh itu dalam pelukannya. Berharap Hanim akan tenang dalam pelukannya. Entah apa yang dimimpikan Hanim. Semestinya mimpi yang amat menakutkan.

………………………………………………………………………………………………………

Khaer merenung potret seorang gadis yang tersenyum riang. Bibirnya turut tersenyum. Bahagianya saat itu. Kalaulah masa boleh diundur kembali… tidak akan sesekali Khaer melepaskan gadis itu berlalu dari sisinya.

“maafkan Khaer Nim…” bisik Khaer perlahan. Potret itu masih dipandang tanpa jemu. Hanya kenangan bersama gadis itu pengubat rindunya. Sudah bertahun wajah itu menghilang. Sejak pertemuan terakhir mereka.

Dia yang bersalah, terleka dengan godaan Mastura. Lalu ikatan pertunangan mereka dia putuskan. Masih terbayang raut wajah hanim yang tenang saat dia melafazkan kata perpisahan. Hanya mata itu yang berkaca. Saat itu hatinya begitu keras. Dia membiarkan sahaja langkah Hanim meninggalkannya.

Kini yang tinggal hanya penyesalan. Puas dicari jejak Hanim namun pencariannya hampa. Sehingga semalam dia akhirnya menemui wajah yang begitu dicintainya. Hanim kelihatan riang bersama-sama dengan seorang lelaki dan anak kecil. Mungkin suami dan anaknya. Wajah itu kelihatan bahagia sekali. Dia hanya memerhati dari jauh. Melihat kebahagiaan keluarga kecil itu. Hatinya puas, akhirnya Hanim sudah menemui kebahagiannya. Dia sahaja masih ketinggalan. Berseorangan melalui hari-hari sepi bersama kenangan semalam.

Monday, March 21, 2011

rahsia hati hanim 10

Hanim serba salah bila terpaksa mengikut Aizad dan keluarganya pulang. Gesaan kak Sal juga menyebabkan Hanim akur. Lagipun kasihan pada Amar yang langsung tidak mahu berenggang dari Hanim. Anak kecil itu benar-benar tidak mahu melepaskan Hanim jauh darinya.

Wajah Amar yang tidur di pangkuan Hanim diusap sayang. Aizad tersenyum melihat telatah anaknya. Manja betul dengan Hanim. Hanim yang tertidur di sebelah direnung. Banyak yang perlu dilakukan. Perkara utama, memulihkan ingatan Hanim. Namun jauh di sudut hati, dia senang dengan keadaan Hanim kini. Hanim yang riang walaupun adakalanya wajahnya keliru dengan apa yang berlaku. Itu lebih baik dari berhadapan dengan Hanim yang dahulu. Dia tidak mampu berhadapan dengan pandangan Hanim yang penuh kesayuan dan kelukaan. Terlalu pentingkan dirikah? Mungkin tapi entah mengapa dia gembira dengan keadaan ini…. Maaf Hanim… adakalanya saya harap ini tidak pernah terjadi… kalaulah masa boleh diundur, tidak mungkin saya akan melibatkan Hanim dalam percaturan ini…

Hanim memandang bilik tidur yang terhias indah. Menurut opah dan kak Pah ini bilik Hanim dan Aizad. Tergantung cantik gambar perkahwinan Hanim dan Aizad di dinding bilik. Namun jauh di sudut hati Hanim dia rasa aneh. Entah mengapa bila dia melihat gambar itu, ada riak sedih pada wajahnya walaupun sedang tersenyum.. begitu juga pada wajah Aizad. Jelas senyuman penuh keterpaksaan pada wajah itu. Mengapa?

“Apa yang renung lama sangat gambar tu?” Latipah menyapa Hanim. Hanim pantas berpaling. Tersenyum melihat Latipah yang berdiri di hadapan pintu.

“Tak ada apa-apa. Hanim Cuma tengok gambar kahwin ni jer. Hanim tak ingat langsung bila hanim kahwin. Tak tahu la tapi kenapa hanim dan Encik Aizad nampak tak gembira dalam gambar ni ya?” Hanim meluahkan kemusykilan hatinya pada Latipah. Terdiam Latipah mendengar soalan Hanim itu.

“Kenapa ni? Senyap sunyi je? Kak Pah kenapa muka tu pucat je?” Tanya Aizad yang baru masuk ke bilik tersebut. Ditangannya ada beg pakaian Hanim.

“Err… Kak Pah keluar dulu ya,” Latipah pantas bersuara. Ingin cepat keluar dari situ. Ada rasa tidak selesa bertamu apatah lagi bila mendengar soalan Hanim tadi. Mujur Aizad muncul, kalau tidak, kak Pah sendiri tidak tahu jawapan apa yang harus diberi.

“Bual apa dengan Kak Pah tadi?” soal Aizad. Matanya merenung Ammar yang selesa bergolek di atas katil. Langsung tidak mahu jauh dari Hanim.

“Tak ada apa. Hanim Cuma Tanya kenapa dalam gambar kahwin ni kita nampak tak gembira,” jawab Hanim. Matanya merenung Aizad. Berkerut dahi Hanim bila melihat Aizad yang terdiam mendengar kata-katanya. Pelik, reaksi sama juga dilihat pada Latipah bila dia bertanyakan hal itu. Seperti ada yang tidak kena. Seperti ada rahsia yang tersembunyi.

“Kak Pah jawab apa?” Tanya Aizad, cuba bertenang. Menyembunyikan rasa resah hatinya dengan pertanyaan Hanim itu.

“Tak sempat jawabpun, bila encik masuk cepat-cepat Kak Pah keluar…”jawab Hanim. Ada nada tidak puas hati disitu.

“Hanim, berapa kali nak abang ingatkan. I’m your husband. Ingat abang suami Hanim bukannya bos Hanim. Janganlah berencik-encik dengan abang,” tegas Aizad. Sudah banyak kali dia ingatkan Hanim namun wanita itu masih lagi degil. Pada Hanim, dia hanya majikannya.

“Maafkan Hanim… Hnim rasa kekok,” jawab Hanim perlahan. Matanya berkaca.

“Abang bukannya marah Hanim, Cuma abang tak nak hanim panggil abang Encik. Tak manis. Hanimkan isteri abang. Nanti Amar pun hairan kenapa umi dia ni berencik-encik dengan papa dia,” pujuk Aizad. Sedar bukan salah Hanim. Hanim Cuma terlupa yang mereka sudah berkahwin. Deringan dari handset Aizad menghentikan bicara lelaki itu. Direnungnya skrin. Pantas Aizad keluar dari bilik tersebut untuk menjawab panggilan. Hanim hanya memerhati tanpa soal. Amar yang berada di atas katil dihampiri.

……………………………………………………………………………………………………

“I dah beritahu You kan jangan call I, biar I je yang call,” Aizad berang.

“I rindukan You…” Linda bersuara sayu.

“You tahukan I tak boleh tinggallkan wife I sekarang. Dia tak sihat,” pujuk Aizad.

“You asyik pentingkan perempuan tu je? I ni siapa?” Tanya Linda tidak puas hati. Dia sedar sejak kepulangannya Aizad jadi agak dingin. Entah mengapa jauh di sudut hatinya dia dapat rasakan cinta mereka kian pudar.

“You kan buah hati pengarang jantung I… tapi You tahukan Hanim perlukan sokongan I sekarang. Lagipun dia dah tak ada sesiapapun. Dia Cuma ada I, suami dia,” balas Aizad.

“Sampai hati You… kalaulah I boleh undur masa I takkan sesekali pergi tinggalkan you,” Linda bersuara sebak. Ada penyesalan di situ.

“Itu pilihan You… Dah lah, Amar menangis tu,” Aizad terus mematikan talian. Aizad pantas memasuki bilik bila tangisan Amar makin kuat.

“anak papa, kenapa menangis ni?” Aizad menghampiri anaknya yang sedang menangis. Hanim tiada di bilik. Kemana? Ada rasa geram di hati bila memikirkan Hanim sampai hati meninggalkan Amar keseorangan di bilik.

Hanim yang mendengar tangisan Amar bergegas menaiki tangga menuju ke bilik. Sebentar tadi ketika Hanim turun ke dapur, Amar masih lagi tidur. Hanim menarik nafas lega melihat Amar berada dalam pangkuan Aizad. Kelihatan lelaki itu sedang memujuk Amar yang masih menangis.

“Hanim kemana? Kenapa tinggalkan Amar sorang-sorang dalam bilik? Kalau jadi apa-apa macammana? Nak jaga anak seorang pun tak boleh?” sembur Aizad sebaik melihat kelibat Hanim.

Hanim terdiam. Lidahnya kelu bila dimarahi Aizad. Matanya berkaca. Bukan niat Hanim meninggalkan Amar. Hanim Cuma turun ke dapur sekejap, tekaknya haus. Dahaga. Amar pula hanim tengok sudah tertidur.

“Abang Tanya kenapa diam? Hanim tahukan abang paling tak suka kalau…”

“Hanim minta maaf… hanim turun ke dapur sekejap. Hanim haus. Tadi Amar tidur…” jawab Hanim perlahan. Tangannya mengesat air mata yang mengalir dipipi.
Aizad diam. Matanya memandang Hanim yang sedang teresak dihadapannya. Menangis. Perlahan Aizad bangun. Tubuh Hanim diraih dalam pelukan.

“Sorry, bukan niat abang nak marah Hanim… abang Cuma bimbangkan Amar…” pujuk Aizad. Satu sifat baru Hanim yang diketahuinya. Sebelum ini Hanim seorang yang sangat tabah. Biar seteruk manapun dia marah atau melukakan hati Hanim, Hanim tetap tenang. Tiada langsung air mata yang menitis. Kini Hanim yang berada di hadapannya sangat sentitif. Mudah sangat mengalirkan air mata.

“Mi ngan ngis…” Amar yang berada dalam dukungan Aizad turut menyapu air mata yang mengalir di pipi Hanim. Anak kecil itu turut memujuk uminya yang sedang menangis.

“Sayang anak umi…” Hanim makin terharu. Makin laju air mata yang mengalir. Amar terpinga-pinga melihat uminya yang makin kuat menangis. Aizad mengeluh…tak tahu cara bagaimana untuk menghentikan tangisan Hanim. Amar juga turut menangis bila melihat Hanim yang makin beria-ia menangis. Aizad geleng kepala.

“La… napa anak umi menangis ni?” soal Hanim bila melihat Amar turut menangis. Tangisan Hanim berhenti sendiri bila dia menyedari Amar turut menangis.

“Mi ngis… Mar ngis la…” jawab Amar. Aizad ketawa mendengar kata-kata Amar.

“Anak papa ni nakal betulla…” Aizad bersuara riang.

“Dah Umi dengan Amar tak mau nangis dah. Nanti opah dengan oyang kata papa buli umi dengan Amar” sambung Aizad. Jari Aizad mengesat air mata dipipi Hanim yang sudah merona merah. Malu.
。。。。。。。。。。。。。。。。。。。。。。。。。。。。。。。。。。。。。。。。。。。。。。。。。。。。。。。。。。。。。。。。。。。。。。。。。。。。。。。

Linda merenung gambar pertunangannya dengan Aizad. Gambar yang di ambil lima tahun dahulu. Wajah Aizad yang tersenyum riang ditatap. Kacak. Mereka sangat bahagia saat itu. Andai masa dapat di putar semula, Linda tidak akan pernah meninggalkan Aizad. Itulah kesilapan besar yang dilakukannya.

Linda mengeluh lagi bila memikirkan hubungannya bersama Aizad yang masih tiada penghujung. Sikap Aizad juga amat merimaskannya. Aizad kini lebih mementingkan anaknya sahaja. Apasahaja untuk Amar. Linda sudah jatuh nombor dua kini. Dulu kalau dia merajuk, cepat sahaja lelaki itu memujuk. Kini dia terpaksa memujuk rajuknya sendiri… nak harapkan Aizad… jangan mimpi lelaki itu akan memujuknya.

Otak Linda mula merangka idea. Dia mesti menjauhkan Aizad Dari Hanim. Dia sedar walaupun lelaki itu mengatakan Hanim bukan sesiapa padanya namun jauh disudut hati Aizad, Linda tahu Hanim ada tempat yang istimewa disitu apatah lagi Hanim ibu pada anak kesayangan Aizad. Hanim juga amat disayangi oleh keluarga Aizad sedangkan keluarga Aizad amat membenci dirinya. Puan Nora yang menyanyangi dirinya dulu turut membenci dirinya. Bukan salah mereka tapi salah dirinya sendiri. Akhirnya dia yang sengsara dengan jalan yang dipilihnya walaupun lima tahun dulu dia amat yakin dengan pilihannya.

“Hei…kau telefon jantan tu lagi?” satu suara kasar menegurnya. Linda tersentak. Mukanya berkerut menahan kesakitan bila tangan kasar itu menarik rambutnya. Tidak sangka lelaki itu akan datang.

“Tak.. tak…” Linda cuba menafikannya. Ada gentar pada suaranya apatah lagi bila melihat wajah bengis lelaki dihadapannya.

“Aku dah pesan banyak kali, jangan ganggu mereka tapi kau degil,” tangan kasar itu terus menampar pipi Linda. Linda cuba mengelak lalu menambahkan lagi berang lelaki itu. Tubuh Linda pula menjadi mangsa. Linda hanya mampu menangis. Tubuhnya makin lemah. Dibiarkan sahaja apa yang lelaki itu ingin lakukan. Tidak berdaya lagi.

Linda terus menangis. Lelaki itu sudah pergi meninggalkan dirinya yang masih meratap pilu. Seluruh tubuhnya sakit. Tidak mengerti mengapa ini yang berlaku. Apa dosanya pada lelaki itu. Episode hitamnya bermula setahun yang lalu. Tidak sangka lelaki yang begitu hebat di mata masyarakat rupanya syaitan bertopengkan manusia. Linda terus menangis bersama penyesalan yang tiada penghujungnya.

………………………………………………………………………………………………………..

Lelaki itu mengusap foto ditangannya. Wajah comel itu ditatap penuh kasih. Ada kepuasan diwajahnya. Dia tidak akan membiarkan sesiapapun melukakan gadis itu. Gadis yang amat disayanginya.

“along tak kan biarkan sesiapapun melukai adik. Along sayang adik” bisik lelaki itu perlahan. Airmata yang mengalir di biarkan. Hatinya begitu merindui adik. Adik yang terpisah darinya bertahun yang lalu.

“Mak, along janji akan terus lindungi adik biarpun dari jauh. Along akan musnahkan sesiapa yang membuat adik menangis. Along tak akan biarkan adik terluka” tekad lelaki itu. Lelaki itu tersenyum. Puas melihat perempuan itu menderita. Semuanya kerana perempuan tersebut. Perempuan yang menyeret adik kelembah derita. Dia tidak akan sesekali memaafkan perempuan itu. Perempuan itu akan menderita untuk seumur hidupnya.

………………………………………………………………………………………………………..

Hanim tersenyum melihat telatah Amar yang sedang leka menonton tv. Anak kecil itu sesekali meniru lagak ultroman yang sedang mengalahkan rasaksa. Bahagia. Hanim sesekali menyelak majalah di tangan. Matanya terhenti pada wajah Linda yang sedang memperagakan pakaian. Entah apa kesudahan kisah Aizad bersama Linda. Dia tahu lelaki itu amat menyintai Linda. Hanim juga masih keliru. Tak percaya bagaimana dia dan Aizad boleh berkahwin. Puas sudah Hanim mencuba mengingati perkara tersebut, hampa. Dia langsung tidak ingat malah kepalanya makin sakit bila Hnaim memaksa diri untuk mengingat memori tersebut.

“Kenapa dahi tu berkerut-kerut? Hanim fikirkan apa?” tegur opah. Hanim hanya tersenyum memandang opah yang sudah duduk disisinya.

“Tak ada apa-apa. Hanim Cuma teringatkan Linda bila tengok gambar ni,” terang Hanim tulus. Malas hendak berdolak-dalik. Manalah tahu opah akan cerita kesudahan kisah cinta Aizad bersama Linda dan bagaimana pula Hanim boleh berkahwin dengan lelaki itu.

“Apakata Hanim Tanya Aizad sendiri. Opah malaslah nak berceritera segala bagai petang-petang macam ni,” jawab opah sambil tersenyum.

“Malasla nak Tanya, asyik sibuk je. Keluar pagi, balik tengah malam. Waktu mana yang Hanim nak Tanya,” adu Hanim. Opah tersenyum. Hanim yang baru ni lain benar dengan yang dulu. Yang ini lebih berterus terang. Apa yang difikirkan itulah yang diluah. Direct jer. Tak de sembunyi-sembunyi.

“La… kasihannya cucu opah ni. Nanti opah marah Aizad sebab tak luang masa dengan Hanim…” pujuk opah.

“Opah janganlah beritahu abang… Hanim malu…” Hanim pantas bersuara. Tidak dapat dibayangkan bagaimana jika opah beritahu Aizad. Mesti malu. Tak tahu mana nak taruk muka yang comel ni.

“Yelah, opah tak beritahu cucu opah tu tapi opah rasa opah kena complain juga…” Opah tersenyum-senyum melihat Hanim.

“Kenapa? Hanim tak kisah pun abang tak der. Best lagi sebab dapat manja-manja dengan opah,” jawab Hanim lalu memeluk opah. Kepala sudah terlentok di bahu opah. Manja.

“Isy… kenapa pula? Kalau mcam tu kesian Amar dan opah. Entah tahun bila opah nak timang cicit dan Amar nak beradik…” Opah bersuara sambil ketawa.

“Opah…” hanim sudah terjerit. Mukanya masam.

“Amar tengok umi merajuk… tak lawakan muka umi bila merajuk…” opah bersuara sambil memeluk Amar yang menghampiri mereka bila terdengar jeritan Hanim.

“Mi… ngan juk… tak omella…” Amar turut memujuk Hanim walaupun masih lagi pelat. Tangannya mengusap pipi hanim yang masih lagi masam wajahnya. Hanim cuba serius. Masih berusaha menahan tawa melihat gelagat Amar yang cute sangat. Comel.

Monday, March 14, 2011

kasih selamanya 13

Enjoy dengan sambungan cerita ni... n maaf sekli lagi... rasanya ramai yg tdk puas hati dengan n3 kali ini. apapun hana harap anda gembira. sorry... coz n3 ni pndek


Aiman tersenyum senang. Hubungan dengan anak-anak makin mesra. Betapa rugi rasanya tidak dapat melihat mereka membesar. Hubungan bersama Rina juga sudah semakin baik, begitu juga dengan Risyam. Sedikit sebanyak dia sudah dapat menerima hakikat tiada jodohnya bersama Rina.

Pagi minggu itu mereka sekeluarga meluangkan masa bersama-sama. Rina tersenyum riang melihat kemesraan Aiman dan anak-anak mereka.

“Risyam mana? Kata nak ikut sekali?” Tanya Aiman pada Rina. Sesekali matanya memerhati anak-anaknya yang sedang leka bermain.

“dia ada hal, tu yang tak dapat datang. Abang macammana? Bella sihat?” soal Rina. Tahu Bella masih lagi berusaha menagih kasih Aiman.

“Abang macam ni la, tak ada yang berubah termasuklah rasa cinta abang pada Rina. Bella? Entah. Abang dah lama tak jumpa dia. Biarlah, dia dengan hidup dia. Tak yah cerita paal dialah.” Jawab Risyam. Matanya merenung wajah Rina yang sudah merona merah.

“Kisah kita dah lama berlalu…” jawab Rina perlahan. Ada sendu diwajah itu.

“Mama abang nak ais krim…” Naqib menghampiri Rina sambil tangannya menunjukkan penjual ais krim di seberang jalan.

“Jom, abang pergi beli dengan papa jelah, mama dengan adik tunggu kat sini,” Aiman memaut tangan Naqib.

“Adik nak ikut juga, bolehla papa,” Naqisya mula membentak. Tidak suka ditinggalkan.

“Kalau semua ikut papa, mama siapa nak temankan? Sian mama tinggal sorang-sorang,” pujuk Aiman.

“Tak apalah, mama tunggu. Abang dengan adik ikut papa”

“Kita pergi sekalilah, jomla..” ajak Aiman. Akhirnya Rina akur dengan desakan Aiman dan anak-anaknya. Rina melangkah malas mengikut Aiman dan anak-anak yang sudah jauh ke depan.

Naqib dan Naqisya riang memilih aiskrim kegemaran mereka. Rina hanya memerhati. Tiada selera untuk menikmati aiskrim. Entah mengapa hatinya rasa tidak enak. Ada debar didada. Tidak tahu mengapa. Matanya memandang sekeliling. Biasa. Ramai orang yang beriadah di taman tasik hari minggu begini. Anak-anak kecil riang berkejaran.

“Jomlah…” ajak Aiman pada Rina dan anak-anaknya. Naqisya di dukung dengan sebelah tangan manakala sebelah lagi memaut tangan Naqib.

Rina melangkah dari belakang. Melihat dahulu sebelum melintas. Matanya terpandang sebuah kereta yang dipandu laju. Aiman dan anak-anaknya masih tidak menyedari ap yng berlaku. Pantas Rina berlari ke arah mereka dan menolak tubuh Aiman dan Naqib.

“Rina”
“mama”

Rina sudah rebah di bahu jalan. Darah merah mula membasahi permukaan jalan. Suasana mula hangar bingar. Rina melihat wajah panic Aiman dan anak-anaknya yang sedang menangis sebelum semuanya menjadi gelap….

rahsia hati hanim 9

Hanim merenung encik Aizad majikan merangkap suami seperti yang di beritahu oleh semua orang padanya. Entah bila mereka berkahwin. Seingat Hanim Encik Aizad sudah punya pilihan hati, Linda model terkenal malah mereka juga akan melangsungkan perkahwinan beberapa bulan lagi.

Hanim bebar-benar pening memikirkan dirinya berkahwin dengan lelaki itu. Sedangkan sebelum ini sebelah matapun lelaki itu tidak memandangnya. Tambah aneh lagi bila adanya Amar antara mereka. Amar anaknya bersama dengan Encik Aizad. Lagilah Hanim rasa tak percaya. Habistu macammana pula dengan Khaer? Khaer? Tiba-tiba hati Hanim berdegup kencang mengingati sebaris nama itu.

“Hanim kenapa?” Aizad bertanya bila melihat wajah Hanim yang berubah secara tiba-tiba. Entah apa yang Hanim fikirkan.

“Erk…err… macammana kita kahwin? Kenapa?” Hanim terdiam, tidak tahu bagaimana untuk meneruskan ayat bila melihat wajah Aizad yang begitu dekat dengannya. Aizad tersenyum, terasa lucu melihat gelagat Hanim.

“Encik Aizad boleh tak duduk jauh-jauh sikit?” Hanim bersuara perlahan. Tidak selesa bila Aizad melabuhkan punggung dibirai katil.

“Kenapa pula?” Aizad bertanya namun dalam nada mengusik. Sudah lama mereka tidak duduk berdua begini.

“Saya tak suka, saya rasa tak selesa,” jawab Hanim jujur. Hatinya rasa tidak senang dengan jarak antara mereka.

Perbualan antara mereka terhenti bila kedengaran ketukan pintu dari luar. Tidak lama kemudian Latipah muncul bersama-sama Amar yang sedang menangis.

“Maaf, Kak Pah menganggu, Amar menangis dari tadi, puas kami pujuk. Tak mau diam dia,” terang Kak Pah. Aizad pantas bangun mengambil Amar.

“anak papa ni kenapa? Rindu kat papa dan umi ya,” Aizad terus memujuk anaknya. Amar tetap menangis. Tangannya disuakan pada Hanim. Teragak-agak, Hanim mengambil Amar. Tangisan Amar berhenti bila berada dalam pelukan ibunya.

“Kak Pah minta diri dulu ya” kak Pah memint izin pergi dari bilik tersebut. Tidak mahu menganggu. Aizad sekadar mengangguk. Matanya memerhati Hnaim yang agak kekok memujuk Amar.

“Kenapa?” Tanya Hanim bila menyedari pandangan Aizad pada dirinya dan Amar.

“Tak ada apa-apa. Amar nampak letih tu. Tidurkan dia dulu,” arah Aizad. Matanya merenung amar yang sudah terlentok di bahu Hanim.

Hanim merenung Amar yang tertidur di ribanya. Diperhatikan wajah Amar. Comel. Alis mata dan bentuk hidungnya tak ubah seperti Aizad. Matanya terus memerhati, mencari persamaan anak kecil itu dengannya. Hanya bibir sahaja seperti dirinya.

“anak umi… maafkan umi sebab tak ingat Amar” Hanim berbisik perlahan. Diciummya pipi Amar.

“Comelkan anak kita,” Aizad bersuara perlahan. Tidak ingin mengejutkan Amar yang sudah tertidur.

“Ya tapi saya langsung tak ingat. Saya tak pernah terfikirpun yang Encik..”

“Nim… saya suami awak, bukannya bos awak. Tak perlu berencik-encik dengan saya”

“maaf… saya tak biasa. Saya tak kenal encik dan saya langsung tak ingat tentang perkahwinan kita. Saya rasa macam tak masuk akal…” terang Hanim. Aizad mengeluh.

“Maaf, tapi lepas ni Nim kena balik KL, esok dah boleh balik. Lagipun bila balik nanti mungkin ingatan Nim boleh pulih,”

“Balik KL? Bukan saya tinggal kat situ ke?” Tanya Hanim keliru.

“Banyak yang berlaku dalam tempoh masa empat tahun ni, banyak yang Hanim lupa. Dah jangan fakir banyak-banyak. Yang Hanim perlu ingat saya suami Hanim dan Amar anak kita,” tutur Aizad. Matanya memandang wajah Hanim yang keliru.

Wednesday, March 2, 2011

kasih selamanya 12

Bella melangkah tidak sabar memasuki perkarangan banglo mewah Datin Khamisah. Hatinya berbaur segala rasa. Berita yag diterimanya amat menyakitkan hati. Aiman sudah bertemu semula dengan Rina.

“Auntie…” Bella terus menerpa kea rah Datin Khamisah yang sedang bersantai bersama-sama anak menantunya.

‘kenapa?” Amalina bertanya kepada suaminya. Suaminya sekadar mengankat bahu. Tidak tahu. Mereka yang berada di ruang tamu semua terpinga-pinga. Tiba-tiba sahaja Bella muncul dan menerpa Datin Khamisah.

“Auntie betulke berita yang bell dengar? Abang Aiman dah jumpa dengan perempuan tak sedar diri tu?” Tanya Bella.

“Betul, tapi rasanya perempuan yang tak sedar diri tu bukannya Rina tapi you” jawab Amalina. Dari dulu lagi dia tidak menyukai Bella.

“Lin…”Ammar menegur isterinya. Walau apapun Bella tetamu mereka.

“Anip, baby jom ikut papa main kat taman,” Ammar mengajak anak-anaknya beredar dari situ. Baby dan Anip akur lalu mengikut langkah Ammar.

“Kenapa kalau Aiman jumpa Rina? Salah? Ikut suka dialah nak jumpa atau nak rujuk balik, tak salah pun malah keluarga ni lagi happy tau” Amalina bersuara. Tersenyum sinis mlihat wajah Bella yang berubah.

“Lupakan Aiman Bell, auntie dah tak mahu paksa Aiman lagi. Cukuplah auntie buat silap dulu…” Datin Khamisah bersuara perlahan.

“Sampai hati auntie, habis kalau abang Aiman nak rujuk dengan perempuan tu auntie terima? Bell macammana? Sia-sia je Bell menanti selama ni” Bella bersuara sedih.
“Asalkan dapat mengembirakan Aiman auntie terima. Auntie dah tua Bella, yang auntie harapkan kebahagiaan anak-anak auntie. Bella lupakanlah Aiman. Cari kebahagiaan Bella sendiri. Bertepuk sebelah tangan takkan berbunyi Bell… Cinta tak boleh dipaksa…”

“Sampai hati auntie buat Bell macam ni…” Bella terus berdiri. Tanpa pamitan Bella terus beredar dari situ. Hatinya sakit mengenangkan kata-kata Datin Khamisah.

“Mama….” Amalina pantas memeluk mamanya.

“Mama dah tak harap apa-apa lagi Lin. Mama Cuma nak anak-anak mama bahagia. Mama nak minta maaf kat Rina. Sebab mama, Aiman menderita dan terpisah dari zuriat sendiri. Kesian cucu mama kan Lin…” tangis Datin Khamisah. Terkilan kerana kesilapannya, keluarga mereka berpecah. Hanya kerana ego dan sikap pentingkan diri, cucu-cucunya membesar tanpa mengenali papa mereka. Terpaksa menumpang kasih orang lain.

………………………………………………………………………………………………………..

Aiman meraup mukanya sekali lagi. Berita yang dikhabarkan oleh Fer benar-benar melukakannya. Rina sudah menerima lamaran Risyam dan mereka akan berkahwin dua bulan lagi. Sedih. Mungkin Rina terkejut dengan tindakannya lalu mengambil tindakan ini. Mungkin dia terlalu drastik bertindak. Terburu-buru.

Aiman merenung gambar anak-anaknya. Comel. Betapa rugi dirinya tidak dapat melihat mereka membesar. Wajah ceria anak-anaknya bersama-sama Risyam benar-benar melukakan hatinya. Pedih bila anak sendiri tidak kenal dirinya. Namun dia akur, jika itu dapat membahagiakan Rina, dia akan lepaskan Rina, tidak akan melukakan hati wanita itu lagi. Cukuplah selama ini dia mendera perasaan Rina. Doanya agar Rina tidak akan menghalang dia bertemu dengan anak-anaknya.

‘abang doakan Rina bahagia… pergilah cari kebahagiaan Rina namun izinkan abang untuk terus menyintai Rina untuk selamanya…’

……………………………………………………………………………………………………

Rina tersenyum senang melihat Naqib dan Naqisya bermain riang di taman permainan. Sesekali dia melambai kea rah anak-anaknya. Hari ini dia telah berjanji dengan seseorang. Sudah masanya mereka berbincang.

“Dah lama Rina sampai?” Tanya satu suara.

“lama juga, anak-anak yang nak datang awal. Nak main” balas Rina tanpa memandang sesusuk tubuh yang berdiri di sebelahnya.

“Tahniah, abang doakan Rina bahagia”
“Terima kasih. Nanti Rina berikan kad jemputan. Datanglah. Ajak keluarga abang sekali”

“Insyaallah…” Aiman bersuara perlahan.

“Mama…” jerit Naqib dan Naqisya. Anak-anak kecil itu berlari riang ke arah mama mereka.

“Uncle… jangan kacau mama. Nanti Naqib cakap kat abah” suara Naqib cuba melindungi mamanya. Anak kecil itu masih tidak lupa wajah Aiman yang membuat mamanya menangis.

“Naqib… tak baik cakap macam tu. Minta maaf kat papa sayang,” pujuk Rina. Aiman sekadar tersenyum, cuba menyembunyikan luka di hati.

“Papa? Uncle ni ukan papa” jawab Naqib dan Naqisya serentak.

“Sayang… dengar mama cakap ni ok. Ini papa abang dan adik. Papa yang abang dan adik nak jumpa sangat. Sekarang papa dah balik. Papa balik nak jumpa abang dan adik. Nak kenal abang dan adik,”Rina bersuara perlahan memujuk anak-anaknya.

“Betul ke uncle ni papa?” soal Naqisya pada Rina. Rina mengangguk. Cuba menyakinkan anak-anaknya.

“Tapi kenapa uncle marah mama hari tu? Kenapa uncle ni buat mama nangis?” Tanya Naqib pula. Rina dan Aiman terdiam mendengar pertanyaan Naqib. Tidak tahu untuk memberi jawapan apa pada pertanyaan si kecil.

“A’ah… ari tu nape uncle marah mama?” Tanya Naqisya pula.

“Hari tu papa mana marah mama. Papa dan mama tengah bincang” jawab Rina. Aiman hanya diam.

“Kenapa orang besar kena bincang macam tu? Kena marah-marah?” soal Naqib lagi. Tidak puas hati dengan jawapan Rina.

“Adik dan abang kecil lagi. Nanti bila adik dan abang besar nanti barulah mama cerita. Hari tu anak mama nak sangat jumpa papa, nak peluk papa tapi kenapa bila dah jumpa anak mama tak peluk dan saying papa pun?” soal Rina pada Naqib dan Naqisya. Kedua-dua anak kecil itu diam.

“Mari sayang, peluk papa” Aiman mendepa tangannya. Naqib dan Naqisya saling berpandangan. Perlahan-lahan mereka melangkah ke arah Aiman.

ANDA SUKA