BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Pages

mereka yg amat hana sayangi

sekilas pandang



terima kasih pada yang sudi menjengah ceritera hatiku....

maaf sebab lambat hantar n3 baru kat blog ini
apapun kesudian anda menjengah ke sini membuatkan hana sangat terharu....
hope terhibur membaca karya hana yang tak seberapa ini....

salam sayang pada anda semua yang menyokong dan sudi menjengah ceritera hatiku

jangan lupa tinggalkan komen selepas baca ya...
semoga komen2 anda menambahkan lagi semangat hana untuk bekarya............

Monday, October 25, 2010

RAHSIA HATI HANIM 7

bagi mereka yang merindui Hanim... hana persembahkan pada anda semua n3 terbaru Rahsia Hati Hanim... hope terhibur

“Kak Sal, budak ni anak siapa? Hanim bertanya. Matanya menatap wajah anak kecil yang amat comel itu.

“Betul Hanim tak kenal mereka semua?” Tanya Salbiah. Hatinya rasa tidak enak. Pelik. Puan Nora segera meminta Latipah memanggil doctor. Hatinya turut resah. Suaminya Farok dan anaknya dalam perjalanan ke hospital. Suami dan anaknya pulang sebentar ke rumah Salbiah untuk mengambil beberapa barang keperluan Hanim dan Amar. Selama seminggu ini mereka tinggal di rumah Salbiah. Maklumlah opah tidak gemar tinggal di hotel. Mahu tak mahu mereka tinggal sementara di rumah Salbiah.

Pintu bilik Hanim di tolak dari luar. Kelihatan Dr Rahman masuk bersama dua orang jururawat. Perhatiannya hanya pada Hanim. Pemeriksaannya tadi tiada apa-apa masalah pada Hanim. Hanim turut memandang wajah Dr Rahman yang agak cemas itu.

“Hanim kenal dengan mereka semua?” Tanya Dr Rahman. Matanya menunjukkan kea rah semua yang ada di dalam bilik tersebut. Hanim mengangguk. Masakan dia tidak mengenali Salbiah dan Puan Nora. Wajahnya berubah bila matanya memandang Amar dan opah. Berkerut dahinya memikirkan mereka. Memikirkan hubungan mereka dan dirinya.

“Kenal, ni Kak sal dan tu Puan Nora. Baby ni dan nenek tu tak berapa ingatlah doctor. Tapi rasanya Hanim memang tidak kenal mereka.” Balas Hanim yakin. Amar yang berada di ribaannya di peluk. Anak kecil itu hanya ketawa dan memeluk tubuh Hanim. Sesekali tangannya bermain di wajah Hanim. Hanim hanya membiarkan. Entah mengapa jauh di sudut hati terasa anak kecil itu amat rapat dengan dirinya.

“Betul Hanim tak kenal dengan opah dan kak Pah? Habis tu siapa Puan Nora ni? Betul Hanim tak ingat hubungan Hanim dengan mereka?” Tanya Dr Rahman. Sepanjang Hanim di hospital Opah dan Latipah setia berada di sisi Hanim. Sebab itu dia kenal mesra dengan Opah yang baik dan mesra itu.

“Puan Nora ni kan emak Encik Aizad isteri Tuan Farok bos Hanim” balas Hanim penuh yakin.

“OK, Yang ini siapa pula?” Tanya Dr Rahman sambil tangannya menunjuk arah opah, Latipah dan Amar. Hanim menggeleng. Wajahnya masih lagi bingung. Pentingkah mereka sehingga dia perlu mengenali mereka.
“Hanim ingat perkara terakhir yang Hanim lakukan sebelum kemalangan?” Tanya Dr Rahman.

Hanim terdiam. Cuba mengingati kembali apa yang berlaku sehingga dia terlantar di sini. Berkerut-keut dahinya. Haa… ingatpun…

“Hanim kelam kabut turun tangga nak hantar dokumen kat Encik Aizad, lif rosak hari tu dan entah macammana Hanim tergolek jatuh…” jawab Hanim dengan yakin. Bibirnya terukir senyuman. Akhirnya berjaya juga dia ingat sebab dia cedera sampai terlantar begini.

Mereka yang berada di bilik tersebut saling berpandangan. Ada rasa bimbang di situ. Mengapa dengan Hanim? Dr Rahman sekadar tersenyum. Seperti agakannya sebentar tadi. Hanim mengalami Amnesia.

“Doktor, kenapa dengan Hanim?” Tanya Salbiah tanpa sabar.

“dari pemerhatian saya, saya dapati Puan Hanim mengalami amnesia.Retrograde Amnesia. Pesakit biasanya dapat mengingati kejadian selepas trauma dengan jelas tetapi tidak dapat mengingati sesetengah kejadian sebelumnya” terang doctor Rahman.

“Maksud Doktor, Hanim hilang ingatan? Tapi kenapa dia masih ingat sesetengah perkara?” Tanya Puan Nora.

“Ya selalunya pesakit yang mengalami retrograde amnesia biasanya akan mengingati sesetengah perkara. Puan jangan bimbang, Hanim akan pulih. Dengan bantuan semua keluarga Insyaallah Hanim kan dapat semula memorinya. Cuma bila dia akan pulih, saya tidak tahu” terang Doktor Rahman. Mereka yang berada di situ saling berpandangan. Hanim mengerutkan dahi.tak percaya. Mana mungkin dia hilang ingatan. Keliru.

KASIH SELAMANYA 9

“Abang, abang ingat lagi tak waktu Naqib dan Naqisya lahir abang pernah Tanya soalan pada Rina…” Rina masih merenung lelaki dihadapannya. Menunggu reaksi lelaki itu. Risyam terdiam. Memikirkan sesuatu. Wajahnya berubah. Ada tanda Tanya di situ dan Rina mengangguk perlahan. Merah wajah itu apatah lagi bila melihat senyuman lebar dari wajah Risyam.

‘Terima kasih Ya Allah…akhirnya…’bisik Risyam dalam hati.
………………………………………………………………………………………………………..

Lima tahun yang lalu
]
Rina memerhati laman rumah yang baru disewanya. Sudah dua hari dia menetap di situ. Kini dia kembali sendiri. Sudah seminggu berlalu semenjak mahkhamah mengesahkan penceraian mereka. Kini dia bukan lagi memegang status seorang isteri, statusnya telah berubah. Kini dia memikul gelaran yang tidak diingini oleh seorang wanita di dunia ini. Janda. Status yang amat menakutkan. Dia sedar betapa masyarakat memandang serong pada wanita yang menggalas status ini. Namun dia terpaksa akur, sudah tersurat jalan hidupnya begini.

“Assalamualaikum, anak ni baru pindah ke?” Rina pantas berpaling bila ditegur satu suara. Tersenyum. Jiran sebelah rupanya.

“Ya makcik. Saya Qaseh” balas Rina. Ya Qaseh, nama baru. Permulaan baru. Bukan satu kesalahan, nama dia juga. Qaseh Airina.

“Mak cik Maimun, panggil Cik Mun je. Ni Cik Onah dan anak dia Fazira. Rumah mereka kat hujung sana” terang Mak Cik Mun ramah. Turut memperkenalkan jirannya yang kebetulan bertandang ke rumahnya.

Rina tersenyum mesra pada wanita-wanita di hadapannya. Tangannya di sua, tunduk menyalami tangan wanita di hadapannya.

“Qaseh tinggal dengan siapa? Sorang je ke?” Tanya mak cik Onah. Rina sekadar tersenyum da mengangguk perlahan.

“Oh… mak ayah Rina tinggal di mana? Dah kahwin belum ni?” Tanya mak cik Mun pula.

“Mak ayah saya dah lama meninggal…” jawab Rina sayu.

“Maaflah…”

“Taka pa, bukan salah mak cik pun. Cerita lama. Jemputlah datang rumah…” ajak Rina.

“Tak apalah, nanti-nanti kami datang. Saya dan mak nak balik dulu” tutur Fazira meminta diri. Rina sekadar tersenyum. Entah kenapa dia dapat rasakan Fazira seolah-olah tidak menyenangi dirinya. Kenapa ya? Hatinya bertanya sendiri.

“Cik Mun, Zira balik dulu ya” Fazira meminta diri. Diikuti oleh Mak Cik Onah. Matanya turut memandang langkah dua beranak yang makin menjauh itu.

“Qaseh, nanti mailah rumah cik Mun. apa-apa hal cakap je, nanti Cik Mun tolong” balas wanita itu ramah. Senang melihat wajah Qaseh. Sejuk mata memandang.
“Insyaallah nanti Qaseh dating. Cik Mun tinggal sorang je?” Tanya Rina.

“Tak lah, Cik Mun tinggal dengan anak-anak. Tiga orang. Yang sulung tu dah keja. Dua lagi belajar”

“Oh… Cik Mun pun nanti datanglah rumah. Dah senja ni, Qaseh masuk dululah” Rina sopan meminta diri.

“A’ah… dah nak maghrib ni. Nanti senang-senang jangan lupa mai rumah cik Mun tau” pesan Mak cik Mun. Rina sekadar mengangguk.

……………………………………………………………………………………………………

Rina mengusap perutnya perlahan. Tanda cinta dirinya dan Aiman. Tak sangka, akhirnya penantiannya berakhir sudah. Tapi sayang, kehadirannya terlewat. Hati Rina sayu memikirkan nasib anaknya kelak. Rina berazam untuk memberikan yang terbaik buat zuriatnya. Namun jauh di sudut hati, Rina serba salah. Tak tahu apakah patut dia merahsiakan kewujudan zuriat mereka dari pengetahuan Aiman. Biarlah Aiman mencari kebahagiaannya sendiri.

Rina mengambil keputusan untuk berehat seketika. Mungkin selepas kelahiran anaknya nanti barulah dia memikirkan langkah seterusnya. Melakukan perkara yang telah dirancang awal-awal dirinya menghidu perubahan Aiman. Rina bersyukur, mujurlah dia memiliki simpanan sendiri. Banyak juga bila dicampur dengan insuran kemalangan umi dan walidnya serta penjualan rumah lama mereka. Lebih dari cukup untuk menyara hidupnya buat masa ini.

………………………………………………………………………………………………………..

“Hmm sedapnya kuih ni. Bila mama masak?” Risyam bertanya pada Mak Cik Mun yang sedang leka mengemas ruang dapur.

“Bukan mama yang masak, tapi Qaseh yang beri. Baru dua minggu pindah sini. Baik budaknya mama tengok” terang Mak Cik Mun pada anaknya.

“Ohh… yang heboh orang cerita tu ke?” Tanya Risyam.

“Apa yang nak dihebohkan? Mama tak dengar apapun” balas Cik Mun pula.

“Risyam dengar dia tu duduk seorang diri. Lepastu dengar-dengar dia mengandung. Entah mengandungkan anak siapa ntah”

“Isshh… kamu ni, tak baik sangka buruk pada orang. Budak tu baik. Mama tahu semua cerita dia. Entah siapalah dengki dengan dia. Dia tak kacau mereka pun. Kamu dengar dari mana?” Tanya Mak Cik Mun.

“ Ira yang cerita. Tak tahu la betul ke tidak” balas Risyam.

“Itulah kamu, suka sangat dengar cerita orang. Bukan kamu tak tahu budak Ira tu bukan betul sangat. Perasan sangat konon dialah paling baik. Paling cantik… Tak suka mak melihatnya”

“Tak-tak suka pun mama juga yang rajin layan mereka tue… bukan Syam tak tahu mereka selalu ke sini” balas Risyam mengusik ibunya.

“Kamu nieh….” Geram Mak Cik Mun. terasa kecil Risyam dimatanya. Risyam hanya ketawa melihat mamanya.

Sunday, October 10, 2010

KASIH SELAMANYA 8

“Abah…” Naqisya terus menerpa ke arah lelaki tersebut. Begitu juga dengan Naqib. Lelaki itu tersenyum menyambut terpaan anak-anak kecil itu. Membara jiwa Aiman dengan kemarahan melihat kemesraan anak-anaknya dengan lelaki tersebut. Apatah lagi bila mendengar anak-anaknya memanggil lelaki itu abah. Tajam matanya merenung Rina. Rina sekadar memandang. Terpancar senyuman manis dibibir wanita itu buat lelaki itu. Geram. Amarah Aiman makin marak membakar diri.

“Kau siapa nak menyibuk hal keluarga aku? Sedarlah sikit kau tu orang luar” soal Aiman geram.

“Apa maksud awak Encik Aiman? Siapa orang luar kat sini? Awak yu orang luar di sini tau tak” balas Rina sinis.

“Apa maksud Rina? Lelaki tu siapa? Budak-budak tu anak-anak abang. Rina tu isteri abang tau..”

“Isteri? Awak ni betul ke tidak? Saya ni Cuma bekas isteri, bekas isteri awak Encik Aiman. Dah lupa awak yang jatuhkan talak ke atas saya? Memang budak-budak tu anak awak, tapi awak dimana saat mereka lahir, saat saya mengandungkan mereka? Lelaki yang awak kata orang luar tu yang ada disisi saya, dia yang sambut anak-anak awak, azan dan iqamatkan mereka. Awak mana waktu tu? ” Rina bersuara lantang. Geram.

Risyam pantas memaut bahu Rina. Cuba menenangkan wanita tersebut. Aiman diam. Sedar khilafnya.

“Baiklah abang terima kata-kata Rin, tapi abang nak ingatkan Rin walau apapun abang akan dapatkan mereka. Salah Rin kerana merahsiakan kehadiran mereka dari abang. Fikirlah, abang rasa peluang abang cerah untuk mendapatkan mereka. Lainlah kalau Rin nak rujuk semula…” balas Aiman sebelum berlalu. Sempat dia mencuit hidung Rina. Rina hanya terpaku. Tak percaya lelaki itu akan setega itu. Ya… dia tak akan sesekali menyerahkan anak-anaknya pada lelaki tersebut. Dia tak akan mengalah.

“Dah, jom masuk” arah Risyam. Pantas tangannya membukakan pintu rumah Rina. Rina hanya diam kaku disitu. Risyam mengeluh. Entah apa lagi dugaan yang mesti Rina tanggung selepas ini. Anak-anak sudah menerpa masuk ke dalam.

“jom masuk, dah lama Aiman pergi… tak payahlah rina tengok lagi” Risyam menarik tangan Rina untuk masuk ke dalam rumah. Anak-anak sudah terbaring di hadapan tv. Naqisya sudah hampir terlelap semula.

Risyam melangkah ke dapur. Dia sudah biasa dengan suasana rumah tersebut. Rina masih lagi diam kaku di ruang tamu. Mungkin terkejut lagi. Risyam keluar bersama segelas air suam. Pantas air itu dihulurkan pada Rina.

“Minumlah, pulihkan balik semangat tu. Pucat je abang tengok” Risyam bersuara bila Rina memandangnya. Wajah itu nampak kebingungan. Rina menyambut gelas yang disua Risyam kemudian meneguk air itu perlahan. Sesekali matanya merenung kea rah anak-anaknya yang sudah tertidur. Kasihan mereka.

“Macammana abang boleh ada kat sini? Hari tu kata kena outstation” Rina bertanya. Hairan juga bagaimana lelaki itu tiba-tiba memunculkan diri.

“Abang risaukan Rina dan anak-anak. Tu yang abang bergegas balik. Jadi itulah Aiman? Macammana dia boleh tahu tentang Rina dan anak-anak. Ada yang Rina rahsiakan dari abang ke?” soal Risyam.

“Hari tu Rina jumpa kak Lin, kebetulan anak Kak Lin study kat nursery” balas Rina.

“Kenapa Rina tak beritahu abang? Dah jadi macam ni pun Rina masih nak diam” marah Risyam. Geram. Jika dia tak diancam hari tu pasti sampai sekarang dia tidak tahu.

“Rina minta maaf, bukan niat Rina nak rahsiakan semua ini Cuma Rina tak nak susahkan abang. Sudah banyak rina susahkan abang dan mama. Cukuplah. Rina dah cukup dewasa. Abang jangan risau ya” Rina bersuara. Matanya memandang wajah Risyam. Berharap lelaki itu tidak berkecil hati dengannya.

“Rina tahukan, abang sayangkan Rina. Abang hanya pentingkan kebahagiaan Rina dan anak-anak. Abang tak nak Rina rahsiakan apa-apa dari abang dan mama. Yang penting sekali abang nak Rina tahu Rina tak pernah susahkan abang,” Risyam bersuara perlahan. Mengharap pengertian Rina. Rina hanya tersenyum. Sedar lelaki itu amat baik. Terlalu baik bagi dirinya yang tak punya apa-apa. Hari ini dia sedar, dia harus membuat keputusan. Keputusan yang tertangguh sejak bertahun dahulu.

ANDA SUKA