“maafkan
mama sayang….” Alia memeluk erat tubuh kecil di dalam dukungannya itu. Tubuh
yang masih merah itu di tatap sayu.Baru dua hari si kecil menjengah dunia dan
kini terpaksa berpisah dengannya. Pedihnya hati seorang ibu namun dia tidak
punya pilihan.
Suatu waktu
dulu dia yakin, tidak akan ada rasa kasih pada si kecil itu. Namun detik ini
keyakinan itu makin goyah. Naluri keibuannya begitu kuat tapi dia tak punya
pilihan. Janji yang dilafazkannya dahulu perlu ditunaikan.
“Maafkan
mama… Nurin Alia…” Nurin Alia,nama yang dia pilih untuk si kecil. Si jantung
hati yang sentiasa menemaninya selama sembilan bulan dalam kandungan. Itu
sahaja yang dia pinta. Biarlah dia yang memberi nama pada si kecil.
“sabar Lia…
tak elok kau menangis bersedih macam ni…” pujuk Zakiah. Sahabat yang sentiasa
ada di sisi di kala susahmahupun senang.
“aku tahu…
tapi aku tak mampu….ni anak aku…”Alia masih erat memeluk tubuh si kecil.
“ aku faham
Lia… dari dulu lagi aku dahnasihat. Aku nak kau fikir panjang tapi kau degil…
ini yang aku paling takut,kau takkan mampu berpisah dengan dia dan hati kau
akan terluka…” Zakiah bersuara sayu. Sedih melihat keadaan sahabatnya itu.
“aku
cintakan dia Yah… sangat cintakan dia.Aku sanggup korbankan apa sahaja demi
dia…” sayu suara Alia. Zakiah hanya mampumengeluh. Mengeluh mengenangkan kisah
cinta Nadrah Alia… Kisah cinta yang tak kesampaian… kisah cinta yang hanya
bertepuk sebelah tangan…
Irfan Khalish
merenung wajah gembira di hadapannya. Gembira akhirnya impian untuk menjadi ibu
akhirnya menjadi kenyataan. Dia tahu betapa besarnya harapan Nazrina untuk
bergelar seorang ibu. Impian yang pernah hancur bila rahim Nazrina terpaksa di
buang untuk mengelak kanser rahim yang dihadapi merebak.
Dia tahu,
betapa sedihnya Nazrina kala itu. Berbulan lamanya Nazrina bermuram durja
berendam air mata. Hati Irfan sendiri sakit bila melihat keadaan Nazrina kala
itu. Bagaimana harus dia tersenyum melihat insan yang sangat di cintainya
berduka. Lalu dia rela melakukan apa sahaja untuk mengembalikan senyuman wanita
itu.
Demi
kegembiraan Nazrina, dia berjanji untuk mengambil anak angkat. Namun jauh di
sudut hatinya dia inginkan anak dari keturunannya sendiri. Dia nekad
menggunakan Alia. Dia tahu Alia adik angkatnya itu sanggup lakukan apa sahaja
untuknya. Alia yang sangat mencintainya sejak dari sekolah menengah. Mereka
berkenalan tika dia di tingkatan lima manakala Alia hanya di tingkatan dua.
Namun hubungan mereka terputus sebaik sahaja dia menamatkan alam
persekolahannya.
Pertemuan
semula hampir dua tahun yang lalu merubah semuanya. Merubah hidupnya dan Alia.
Alia si anak yatim yang tak punya sesiapa selepas kematian kedua ibu bapanya
lima tahun dahulu. alia yang sangat tulus. Alia yang setia pada cintanya.
Kejamkah dia?
Dia hanya
inginkan zuriat sendiri, lalu dalam diam dia mengahwini Alia hanya untuk zuriat
impiannya bersama Nazrina. Pada Nazrina dikhabarkan ada kenalan yang tolong dia
mencari anak angkat buat mereka dan keluarga itu sanggup menyerahkan anak pada
mereka untuk dijadikan anak angkat kerana masalah kesempitan hidup. Nazrina
menerima khabar itu penuh kegembiraan dan kesyukuran.
Irfan merenung wajah yang tenang dalam tidur. Tersenyum melihat wajah comel itu namun
senyumannya sirna bila menyedari ada kesan air mata di pipi. Sesekali terdengar
esakan kecil. Apa yang di sedihkan? Zaim kerut dahi. Wajah itu di renung
teliti. Ada kesedihan di wajah yang tenang itu. Kenapa?
Alia tersedar
dari lenanya bila terasa ada seseorang disisinya. Perit terasa mata bila di
buka apatah lagi dalam keadaan bilik yang terang. Irfan berdiri di sisi katil. Sedang
merenungnya dengan pandangan yang sangat lain. Wajah itu juga kelihatan resah.
“hhmm...
bila abang datang? Maaf Lia tak sedar abang datang,” Alia bersuara perlahan. Irfan
sekadar tersenyum hambar.
“Kenapa Lia
menangis?” soal Irfan. Alia tersentak mendengar pertanyaan Irfan. Kelu lidahnya
untuk bersuara.
“mana ada
Lia menangis....” Alia bersuara perlahan. Cuba mengukir senyuman. Namun tetap
hambar pada pandangan Irfan malah mata itu takkan mampu menipunya. Mata yang
penuh kesedihan, penuh kelukaan. Mata cantik yang memukau pandangannya sedari
dahulu. mata yang mengambarkan perasaan hati pemiliknya.
“Lia tak
boleh tipu abang sebab mata Lia takkan mampu menipu...” Irfan bersuara
perlahan. Tubuh Alia di hampiri. Tangannya mengusap kesan air mata di pipi.
“Ini takkan
mampu menipu abang Lia.... apa yang mengganggu Lia? Lia tahukan Lia boleh
cerita apapun pada abang. Abangkan abang Lia yang paling baik...” Irfan memeluk
Alia. Cuba menenangkan Alia.
“Ya abang
memang abang yang paling baik pada Lia tapi abang lupa abang suami Lia dan Lia
isteri abang... Lia ni isteri bukannya adik abang... Lia isteri abang...abang
suami Lia bukannya abang Lia. Lia Cuma nak suami Lia...” bisik Alia perlahan. Irfan terkedu mendengar bicara Alia itu.
3 comments:
ini cerpen ke e novel nyer??
mcm x complete je citernye..
best n sedeh...nk ggggggg
x pasti lg tapi mungkin e novel..........
Post a Comment