BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Pages

mereka yg amat hana sayangi

sekilas pandang



terima kasih pada yang sudi menjengah ceritera hatiku....

maaf sebab lambat hantar n3 baru kat blog ini
apapun kesudian anda menjengah ke sini membuatkan hana sangat terharu....
hope terhibur membaca karya hana yang tak seberapa ini....

salam sayang pada anda semua yang menyokong dan sudi menjengah ceritera hatiku

jangan lupa tinggalkan komen selepas baca ya...
semoga komen2 anda menambahkan lagi semangat hana untuk bekarya............

Tuesday, November 23, 2010

KASIH SELAMANYA 11

Rina melangkah lesu turun dari kereta. Hari ini dia ada temujanji dengan doctor. Matanya merenung keadaan sekeliling. Kelihatan beberapa pasangan telah pun menunggu di klinik tersebut. Kelihatan keceriaan di wajah masing-masing. Hampir semuanya berteman dengan suami masing-masing. Terselit rasa sayu di hati. Dia hanya keseorangan.

‘maafkan mama sayang… mama tak mampu berikan keluarga yang sempurna pada anak-anak mama…’ Rina mengusap perutnya perlahan.

“Hello mummy… nape sedih-sedih ni? Asal tak masuk lagi?” tegur satu suara. Sedari tadi dia melihat Rina berdiri tercegat di keretanya.

“Abang Risyam… terkejut Qaseh. Ingatkan siapa. Abang buat apa kat sini?” Tanya Rina. Matanya memandang sekeliling, mencari kelibat Makcik Mun. manalah tahu lelaki itu membawa ibunya ke klinik.

“abang tunggu Qaseh. Nak temankan Qaseh n baby dalam ni” terang Risyam. Matanya merenung wajah dihadapannya. Berseri-seri. Pembawaan budak agaknya.

“Tak payah abang susah-susah. Qaseh boleh jaga diri. Cikmun mana? Tak ikut sekali?” Rina bertanyakan Risyam bila melihat lelaki itu hanya sendirian.

“Mama kat rumahlah. Abang dari office. Dah lah jom kita masuk dalam. Lepas ni kita pergi shopping barang baby k” Risyam terus menarik tangan Qaseh menuju ke dalam klinik. Rina serba salah. Hanya menurut langkah Risyam.

Setelah selesai menjalani pemeriksaan, Rina melangkah keluar dari klinik. Risyam masih setia disisinya. Mujurlah lelaki itu tidak masuk ketika dirinya berjumpa doctor. Mungkin dirinya memahami Rina ketidakselesaan Rina.

“Abang datang dengan apa? Tak nampak pun kereta?” Tanya Rina ketika langkah mereka sudah menghampiri keretanya.

“datang dengan teksi. Kereta Qaseh biar abang drive. Kita pergi beli barang-barang baby. Rasanya banyak lagi yang Qaseh perlukan” balas Risyam. Kunci kereta di tangan Rina diambilnya. Segera dia membuka pintu di bahagian penumpang.

“Cepat masuk. Panas ni” arah Risyam. Rina terpaksa akur. Segan. Telah banyak budi yang Risyam dan makcik Mun taburkan padanya. Setelah memastikan keselesaan Rina, Risyam memandu keluar dari perkarangan klinik.

Suasana didalam kereta sunyi. Hanya kedengaran celoteh dj dari radio yang terpasang. Rina mengelamun jauh. Jauh di sudut hatinya, dia merindui Aiman. Tapi apakan daya Aiman telah membuangnya jauh dari hidup lelaki itu. Rina akur, cinta Aiman bukan miliknya. Mungkin kini Aiman sudah berbahagia bersama-sama Bella. Mungkin mereka telah berkahwin. Berkahwin sepertimana yang diimpikan olehDatin Khamisah. Sedar wanita itu tidak pernah senang dengannya. Dia bukanlah menantu pilihan wanita tersebut.

“Qaseh… Qaseh…” panggilan Risyam itu menyedarkan Rina. Matanya memandang sekeliling. Kereta yang dipandu Risyam juga sudah berhenti. Rina memandang sekeliling.

“Kita dah lama sampai. Puas abang panggil. Apa yang Qaseh fikirkan? Qaseh ada masalah? Nak kongsi dengan abang?” Tanya Risyam lembut. Ada riak risau di wajahnya. Bimbang. Sedari tadi wanita dihadapanya hanya diam. Hanya berada di dunianya sendiri.

“Qaseh tak apa-apa. Mungkin letih sikit” balas Rina. Tersenyum.

“Betul? Baby dalam ni OK?” Tanya Risyam. Masih tidak berpuas hati.

“Betul. Qaseh penat sikit. Baby ok. Doktor kata baby sihat kat dalam ni. Baby ni makin aktif tau. Menendang aje kerjanya. Tu yang Qaseh penat sikit” cerita Rina riang. Cuba dijauhkan rasa terkilan di sudut hatinya. Patutnya ketika ini dia dan Aiman bersama-sama berkongsi rasa detik-detik kelahiran anak yang dinantikan selama ini. Namun apakan daya sudah tersurat jodoh mereka hanya setakat ini sahaja…

“Kalau macam tu, tak apalah. Jomlah kita turun. Abah Syam dah tak sabar nak beli barang-barang baby” balas Risyam. Matanya merenung perut Rina yang sudah agak menonjol.

“Ok Jom…” balas Rina.

SEMOGA TERHIBUR DENGAN N3 INI.... JANGAN LUPA KOMEN TAU...

Friday, November 12, 2010

KASIH SELAMANYA 10

maaf jika n3 ni pendek... hana agak busy sikit minggu ni... mood pun x menentu...hope terhibur... n maaf sekali lagi jika n3 ni x memuaskan hati anda para pembaca... jangan lupa komen tau... rindu kat anda semua yang membaca karya hana...


“Qaseh nak ke mana malam-malam ni?” Tanya Makcik Mun pada Rina bila melihat wanita tersebut sedang menghidupkan enjin kereta.

“Nak keluar sekejap. Teringin nak makan sate pula malam ni. Makcik Mun dari mana?” balas Rina sambil tersenyum. Matanya turut bertemu pandang dengan seorang lelaki di sebelah makcik Mun. anak Makcik Mun kot, tekanya sendiri.

“Cik Mun dari surau. Ish, malam-malam ni kamu nak keluar. Dah pukul sepuluh dah ni. Bahaya tu. Dah kamu tunggu dulu. Jangan pergi lagi. Cik Mun nak masuk kejap. Kita keluar sekali. Syam pergi tukar baju. Takkan nak pakai baju melayu dan kain pelekat pulak. Bawa masuk sekali beg telekung mama ni” arah makcik Mun pada anaknya.

“Tak apalah mak cik Mun. Qaseh boleh pergi sendiri. Lagipun tak jauh. Lepas beli Qaseh terus baliklah” Rina serba salah. Tidak ingin menyusahkan Makcik Mun atau sesiapapun.

“Tak ada susahnya Qaseh. Kamu tu perempuan, mengandung pula tu. Tak sanggup Cik Mun biarkan kamu sorang-sorang keluar” balas Cik Mun.

“Jomlah ma, Syam dah siap ni” balas Risyam sambil mengunci pintu rumah. Sesekali mata Risyam memandang wajah wanita dihadapan mamanya. Manis. Cantik, berseri walaupun agak pucat. Pembawaan budak agaknya.

Dalam serba salah, Rina akur juga. Mak cik Mun tersenyum senang. Mereka pergi menggunakan kereta Risyam. Sepanjang jalan Rina hanya diam. Sesekali terdengar perbualan Makcik Mun dan Risyam.

“Diam jer? Awak nak makan sate kat mana? Manalah tahu awak mengidam ke…” Tanya Risyam.

“A..ah Qaseh. Kamu teringin nak makan sate kat mana?” tany Makcik Mun pula.

“Kat mana-mana pun tak apa. Tiba-tiba je tekak ni teringin nak makan sate” balas Rina lembut.
“Mengidam lah tu. Syam kita pergi gerai sate Pak Man sudahlah” arah Mak cik Mun.

“Ok… saya yang mengikut perintah…” seloroh Risyam. Mengusik mamanya. Rina sekadar diam. Tidak selesa dengan kehadiran anak lelaki makcik Mun itu.

Risyam membelokkan keretanya ke medan selera. Terdapat banyak pilihan makanan di situ. Makcik Mun beriringan dengan Rina. Risyam hanya mengikuti dari belakang. Mereka memilih meja di satu sudut.

“Qaseh nak minum dan makan apa?” soal makcik Mun.

“Qaseh nak milo panas dan sate ayam”

“Tu je? Awak teringin nak makan apa lagi? Boleh saya carikan. Jangan segan-segan dengan saya. Mama nak makan apa?”

“mama rasa nak makan bihun tomyam dan air laici” jawab makcik Mun. pantas Risyam berlalu untuk memesan makanan yang dipinta makcik Mun dan Rina.

“Qaseh, janganlah segan dengan Cik mun dan Risyam. Anggap kami macam keluarga Qaseh sendiri. Apa-apahal cakap je kat Cik Mun. jangan malu-malu” pesan Cik Mun pada Rina. Rina sekadar mengangguk. Sekurang-kurangnya masih lagi ada insane yang sudi membantunya.

Perhubungan Rina dan keluarga Cik Mun makin rapat. Malah dia senang dengan kemesraan mak cik Mun dan Risyam. Risyam sangat mengambil berat dan sentiasa membantunya. Risyam juga tidak keberatan untuk mencari makanan yang diidamkan Rina sehingga Rina merasa serba salah pula. Tidak mahu kemesraan itu menimbulkan rasa tidak senang pada orang lain. Sedar status dirinya.

Wednesday, November 3, 2010

LUAHAN : BANJIR OH BANJIR...

Salam semua...

banjir kat utara makin teruk... mujur rumah Hana terletak di kawasan yang tingi. Alhamdulilah. di kawasan yang berdekatan dah teruk di naiki air. rasa macam terperangkap pula.Mana pun tak boleh pergi. Petang semalam, terdengar berita ada 2 budak dihanyutkan air. mereka bertiga, seorang berjaya diselamatkan.2lagi masih hilang (petang semalam).
Ni petikan dalam KOSMO mengenai kejadian tersebut. Takziah buat keluarga arwah...

ALOR SETAR – Banjir besar yang melanda tiga negeri iaitu Kedah, Perlis dan Kelantan sejak Isnin lalu telah meragut enam nyawa sehingga lewat petang semalam.

Dalam kejadian di Kampung Telaga Emas, Pokok Sena di sini, dua beradik iaitu Siti Nadia Syukor, 13, dan adiknya Sharifah, 8, dikatakan hanyut setelah motosikal yang ditunggangi bersama seorang rakan mereka, Intan Malik, 14, tiba-tiba hilang kawalan dan terjatuh ke dalam arus tali air.

Ketua Polis Daerah Kota Setar, Asisten Komisioner Abdul Ghafar Rajab berkata, ketiga-tiga mereka kemudian hanyut di dalam tali air yang mengalir deras.

“Tetapi Intan sempat berpaut pada sebatang pokok sebelum diselamatkan oleh penduduk manakala dua beradik malang itu hanyut dibawa arus,” katanya.

Ini sekadar luahan sahaja... jangan marah erk. Ada kesempatan nanti Hana akan masukkan n3 baru Kasih Selamanya. Sekarang nak g jalan-jalan tengok banjir n orang cari ikan...
Kenapalah my opis tak naik air... kalau x bolehla cuti......... malas tul nak g kerja...

RAHSIA HATI HANIM 8

"Assalamualaikum..." terdengar satu suara. Semua yang berada di dalam bilik tersebut menoleh ke arah pintu. Kelihatan Tuan Farok dan Aizad melangkah masuk.

"Alhamdulilah, Hanim dah sedar. Doktor, macammana keadaan Hanim? dia dah sihatkan. Bila boleh dia balik?" tanya Tuan Farok. Aizad pula menghampiri Hanim. tersenyum melihat Amar yang erat memeluk Hanim.

'anak papa rindukan umi ke? sian anak papa' bisik hatinya. Matanya memandang wajah Hanim yang kebingungan itu. Blur semacam. Kenapa? hatinya terasa aneh.

"Nim kenapa? sampai berkerut dahi tu. fikirkan apa?" tanya Aizad. Tangannya mengelus rambut Hanim. Hanim mengelak perlahan. tak selesa.

"Tu ha... doktor tu kata Hanim hilang ingatan. tapi Hanim ingat lagi. Hanim kenal lagi dengan Encik Aizad, kak Sal, Tuan Farok dan Puan Nora," terang Hanim. bibirnya memuncung tanda protes. Tak puas hati.

"Memang betul, Hanim ingat mereka semua, tapi Hanim langsung tak ingat opah dan paling penting Hanim tak ingat Amar, anak Hanim sendiri" Balas Doktor Rahman.

"Anak??" Hanim terjerit kecil. anak? Aku ada anak. Biar betul. Bila pula aku kahwin ni? dengan siapa? Hanim keliru.

"Ya Amar, anak kita" bisik Aizad perlahan di telinga Hanim. Tangannya turut membelai bahu Amar. anak kecil itu ketawa riang. riang dalam pelukan umi dan papanya.

"Tapi bila..." Hanim tak dapat meneruskan kata-katanya. Kepalanya terasa sakit bila dia cuba mengingatkan sesuatu. Pantas tangannya memicit kepalanya.

"Hanim kenapa?" tanya Aizad cemas. Pantas tangannya mengambil Amar dan diserahkan pada Latipah. Doktor Rahman menghampiri Hanim. Mereka yang berada disitu diminta beredar dari bilik tersebut.

Opah keresahan di luar. begitu juga dengan mereka yang lain. Aizad mendukung Amar yang merengek. Matanya memandang pintu bilik Hanim. Ada resah yang bertandang. Berharap Hanim tiadak apa-apa. Ada rasa bersalah yang muncul ditubir hati.

Aizad tersentak apabila handsetnya berdering. Segera dia menjauh dari situ. Amar masih lagi dalam dukungannya. Anak kecil itu langsung tak mahu dengan sesiapapun.

"Hello..."

"I kat hospital. Kat Alor Star. My wife masuk hospital" Balas Aizad malas.

"Honey bila you nak balik? I rindulah" balas suara dihujung talian manja.

"Lin, I dah beritahukan my wife kemalangan. You kenalah faham" Aizad memujuk. berharap Linda memahaminya.

"You cakap You cuma sayangkan I, cintakan I. Jadi biarlah keluarga dia jaga dia. You dengan diakan dah berpisah" suara itu membentak. Tidak puas hati.

"Walau apapun dia isteri I, Ibu pada anak I. I harap you faham K. Dah balik nanti kita bincang. Jangan call I lagi. I tak nak mama dan opah marah I"

"You... sampai hati You..."

"Dah lah . Mama I dah pandang semacam tu" Aizad pantas mematikan talian bila terpandang riak tidak senang mamanya. Apatah lagi bila Amar mula merengek. Aizad menghampiri keluarganya semula.

"Siapa call?" tanya Puan Nora. Riak tidak senang kelihatan diwajahnya. Tuan Farok hanya diam. Malas nak ambil tahu walaupun hatinya juga tidak senang dengan si pemanggil. Tidak perlu diberitahu, dia sudah agak siapa. Aizad pula leka memujuk Amar. Malas hendak menjawab. Takut mamanya makin marah nanti.

"Berapa kali mama nak cakap, mama tak suka dia call. Apatah lagi dalam keadaan macam ni. Dulu dia tinggalkan kamu macam tu aje. Bila kamu dah bahagia, mulalah terhegeh-hegeh nak kamu semula. Kamu pula, sanggup terima dia balik... Huh mama tak tahula apa nak jadi dengan kamu. perempuan yang baik kamu lepaskan, yang buruk tu juga kamu terkejar-kejar.." bebel Puan Nora. Aizad hanya diqam. malas melayan ocehan mamanya. di layan nanti makin marak pula api kemarahan mamanya.





Sorry jika n3 ni pendek. Bukan apa... rasa rindu nak menulis. hope terhibur....

Monday, October 25, 2010

RAHSIA HATI HANIM 7

bagi mereka yang merindui Hanim... hana persembahkan pada anda semua n3 terbaru Rahsia Hati Hanim... hope terhibur

“Kak Sal, budak ni anak siapa? Hanim bertanya. Matanya menatap wajah anak kecil yang amat comel itu.

“Betul Hanim tak kenal mereka semua?” Tanya Salbiah. Hatinya rasa tidak enak. Pelik. Puan Nora segera meminta Latipah memanggil doctor. Hatinya turut resah. Suaminya Farok dan anaknya dalam perjalanan ke hospital. Suami dan anaknya pulang sebentar ke rumah Salbiah untuk mengambil beberapa barang keperluan Hanim dan Amar. Selama seminggu ini mereka tinggal di rumah Salbiah. Maklumlah opah tidak gemar tinggal di hotel. Mahu tak mahu mereka tinggal sementara di rumah Salbiah.

Pintu bilik Hanim di tolak dari luar. Kelihatan Dr Rahman masuk bersama dua orang jururawat. Perhatiannya hanya pada Hanim. Pemeriksaannya tadi tiada apa-apa masalah pada Hanim. Hanim turut memandang wajah Dr Rahman yang agak cemas itu.

“Hanim kenal dengan mereka semua?” Tanya Dr Rahman. Matanya menunjukkan kea rah semua yang ada di dalam bilik tersebut. Hanim mengangguk. Masakan dia tidak mengenali Salbiah dan Puan Nora. Wajahnya berubah bila matanya memandang Amar dan opah. Berkerut dahinya memikirkan mereka. Memikirkan hubungan mereka dan dirinya.

“Kenal, ni Kak sal dan tu Puan Nora. Baby ni dan nenek tu tak berapa ingatlah doctor. Tapi rasanya Hanim memang tidak kenal mereka.” Balas Hanim yakin. Amar yang berada di ribaannya di peluk. Anak kecil itu hanya ketawa dan memeluk tubuh Hanim. Sesekali tangannya bermain di wajah Hanim. Hanim hanya membiarkan. Entah mengapa jauh di sudut hati terasa anak kecil itu amat rapat dengan dirinya.

“Betul Hanim tak kenal dengan opah dan kak Pah? Habis tu siapa Puan Nora ni? Betul Hanim tak ingat hubungan Hanim dengan mereka?” Tanya Dr Rahman. Sepanjang Hanim di hospital Opah dan Latipah setia berada di sisi Hanim. Sebab itu dia kenal mesra dengan Opah yang baik dan mesra itu.

“Puan Nora ni kan emak Encik Aizad isteri Tuan Farok bos Hanim” balas Hanim penuh yakin.

“OK, Yang ini siapa pula?” Tanya Dr Rahman sambil tangannya menunjuk arah opah, Latipah dan Amar. Hanim menggeleng. Wajahnya masih lagi bingung. Pentingkah mereka sehingga dia perlu mengenali mereka.
“Hanim ingat perkara terakhir yang Hanim lakukan sebelum kemalangan?” Tanya Dr Rahman.

Hanim terdiam. Cuba mengingati kembali apa yang berlaku sehingga dia terlantar di sini. Berkerut-keut dahinya. Haa… ingatpun…

“Hanim kelam kabut turun tangga nak hantar dokumen kat Encik Aizad, lif rosak hari tu dan entah macammana Hanim tergolek jatuh…” jawab Hanim dengan yakin. Bibirnya terukir senyuman. Akhirnya berjaya juga dia ingat sebab dia cedera sampai terlantar begini.

Mereka yang berada di bilik tersebut saling berpandangan. Ada rasa bimbang di situ. Mengapa dengan Hanim? Dr Rahman sekadar tersenyum. Seperti agakannya sebentar tadi. Hanim mengalami Amnesia.

“Doktor, kenapa dengan Hanim?” Tanya Salbiah tanpa sabar.

“dari pemerhatian saya, saya dapati Puan Hanim mengalami amnesia.Retrograde Amnesia. Pesakit biasanya dapat mengingati kejadian selepas trauma dengan jelas tetapi tidak dapat mengingati sesetengah kejadian sebelumnya” terang doctor Rahman.

“Maksud Doktor, Hanim hilang ingatan? Tapi kenapa dia masih ingat sesetengah perkara?” Tanya Puan Nora.

“Ya selalunya pesakit yang mengalami retrograde amnesia biasanya akan mengingati sesetengah perkara. Puan jangan bimbang, Hanim akan pulih. Dengan bantuan semua keluarga Insyaallah Hanim kan dapat semula memorinya. Cuma bila dia akan pulih, saya tidak tahu” terang Doktor Rahman. Mereka yang berada di situ saling berpandangan. Hanim mengerutkan dahi.tak percaya. Mana mungkin dia hilang ingatan. Keliru.

ANDA SUKA