BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS �

Pages

mereka yg amat hana sayangi

sekilas pandang



terima kasih pada yang sudi menjengah ceritera hatiku....

maaf sebab lambat hantar n3 baru kat blog ini
apapun kesudian anda menjengah ke sini membuatkan hana sangat terharu....
hope terhibur membaca karya hana yang tak seberapa ini....

salam sayang pada anda semua yang menyokong dan sudi menjengah ceritera hatiku

jangan lupa tinggalkan komen selepas baca ya...
semoga komen2 anda menambahkan lagi semangat hana untuk bekarya............

Monday, June 13, 2011

rahsia hati Hanim 20

Linda merenung tubuhnya. Masih belum ada sebarang perubahan. Bibir yang bengkak juga sudah mula menyusut. Kesan lebam di tubuh juga sudah agak berkurangan. Beg besar sudah hampir penuh dengan pakaian. Hampir semua barang penting sudah di kemas. Tersusun dalam beg. Perut yang leper itu diusap sayang.

“mummy sayangkan baby. Sekarang Cuma ada mummy dengan baby je. Kita mulakan hidup baru ya?” Linda berbisik perlahan. Senyuman bahagia terukir dibibir. Tangannya terus mengusap perutnya penuh kasih sayang.

…………………………………………………………………………………………

Hanim resah. Matanya memandang calendar ditangan. Keliru dan bingung. Masalah yang ada pun masih belum selesai dan kini muncul pula masaalah baru. Malah di pejabat kini pun sudah terdengar khabar angina yang tidak enak. Dia dikatakan punya skandal dengan Tengku Lukman. Mengarut betul.

Malah, dua hari lepas Tengku Nellysa menyerangnya di pejabat. Mujur Tengku Lukman ada. Kalau tidak tak tahulah apa nak jadi. Malah ada juga kakitangan wanita yang bujang tidak menyukainya. Dingin sahaja. Masaalah betul. Mahu sahaja dia jerit dia isteri orang.

Kepala yang pening di picit perlahan. Kerja atas meja juga sudah menimbun. Tu lah, duduk rumah senang lenang nak kerja. Sekarang terimalah. Penat dan rindu pada Amar tak tertanggung. Walau berpisah beberapa jam namun hatinya sudah tak sabar pulang ke rumah.

“Menung apa ni? Kenapa tak lunch? Diet erk?” tegur Tengku Lukman sebaik melihat Hanim masih dimejanya. Jauh betul mengelamun. Wajah comel itu mendamaikan jiwanya. Menenangkan hatinya.

“Tak ada apalah. Nim rindukan Amar…” Hanim mengeluh. Wajah comel Amar terbayang di ruang mata.

“alahai… mesti comel Amarkan? Bila nak kenalkan dengan abang?” soal Tengku Lukman.

“takkanlah Nim nak bawa dia ke opis lak. Kalau nak kenal datangla rumah. Nim ok jer,” jawab Hanim.

“Betul? Abang takut ada yang tak suke jer,”

“Siapa yang tak suka? Abangkan majikan Hanim dan penyelamat Hanim. Terima kasih. Kalau tak ada abang entah apa jadi kat Hanim,”

“janganlah kata macam tu… Hanim kan dah macam adik abang. Abang janji abang akan lindungi Hanim sampai bila-bila,”

“Hhmm… yelah sangat. Dah la… layan abang satu kerja tak jadi. Abang tak lunch ke?” soal Hanim. Malas nak berbicara tentang hati dan perasaan. Adakalanya dia takut juga dengan renungan Tengku Lukman yang lain macam tu. Tak tahu nak cakap bagaimana tapi renungan tu buat Hanim jadi resah dan serba salah. Jantung juga berdebar-debar mengalahkan lari pecut 100 meter. Huh… takut betul.

Tengku Lukman hanya ketawa sambil melangkah menuju pintu keluar. Ada-ada je si Hanim ni. Apapun comel betul.

…………………………………………………………………………………………

Aizad merenung Hanim yang sedang enak berbaring sambil bermain dengan Amar. sudah agak lama hubungan mereka dingin. Entah apa yang tak kena. Dia juga sedar opah juga sudah memandang lain macam kea rah mereka. Pening. Masalah tak pernah habis. Linda lagi. Entah kemana Linda menghilang.

“Abang nak bincang sesuatu dengan Hanim. Sampai bila kita nak macam ni?” Aizad bersuara tegas.

“Apa yang nak dibincangkan lagi?” soal Hanim. Nadanya tetap dingin.

“ abang nak kahwin dengan Linda. Abang nak Hanim pujuk mama papa dan opah,” Aizad bersuara tenang. Itu yang terbaik. Lagipun sampai bila dia nak biarkan Linda terus menunggu.

Hanim diam. Sudah diduga ini yang akan terjadi. Menarik nafas perlahan. Cuma menenangkan diri walaupun hati terasa sangat sakit. Air mata yang ingin mengalir di tahan. Sedar, dia juga harus kuat. Tabah.

“Baik kalau itu yang abang inginkan. Hanim izinkan dengan syarat. Abang harus lepaskan Hanim,” Hanim bersuara tenang. Wajah Aizad berubah. Tidak sangka dengan permintaan Hanim. Tegakah dia melepaskan Hanim???


…………………………………………………………………………………………

aizad mengeluh, permintaan Hanim amat sukar untuk dia tunaikan. Sebaik bibir itu menuturkan katakata itu Aizad rasa bagaikan separuh nyawanya melayang. Sakit yang teramat. Tak mungkin untuk dia lepaskan Hanim.

Ya, mungkin ramai yang mengatakan dia mementingkan diri sendiri namun dia tak boleh melepaskan Hanim. Malah kemesraan Hanim dengan Zahir juga buatkan hatinya tidak enak. Makin dilarang makin galak pula Zahir berjumpa Hanim. Amarannya agar menjauhi Hanim dibiarkan sahaja Zahir. Tercabar maruah dan egonya sebagai seorang lelaki dan suami.

Kini terdengar pula gosip kemesraan Hanim dengan majikannya Tengku Lukman. Bukan Aizad tidak tahu reputasi lelaki itu dengan kaum wanita. Lelaki itu pasti akan dapat mana-mana perempuan yang dia inginkan. Itu lagi merisaukan. Ancaman yang sangat besar berbanding Zahir.

Papa Cuma menasihatkan dia bersabar. Jangan ikutkan perasaan. Ikut sahaja rentak Hanim. menurut papa Hanim takkan bertindak jauh. Mungkin Hanim hanya ingin balas demdam pada dia. Jadi dia ikutkan sahaja rentak Hanim asalkan tidak melampai batas. Sekurang-kurangnya kata mama dan kak Tipah, Hanim sekarang makin gembira dan bersemangat. Wajah itu juga makin ceria. Aizad mengeluh lagi. Entah bila dia mampu bersabar dan entah apa kesudahan perkahwinan mereka…

…………………………………………………………………………………………

Hanim merenung jauh. Sudah beberapa hari berlalu. Hubungan mereka makin sepi. Makin dingin. Sejak permintaan Aizad dan syarat yang dia kenakan, lelaki itu makin menyepi. Entah apa kesudahan hubungan mereka. Hanim makin letih untuk memikirkannya.

Kerja yang menimbun juga dibiarkan sahaja. Tidak ada semangat untuk bekerja. Malas dan letih dengan pelbagai persoalan dan masaalah yang tak kungjung tiba. Malah dia tahu pandangan sinis sesetengah pekerja syarikat itu padanya.

“Awak Hanim?” tiba-tiba satu suara mengejutkan Hanim dari lamunannya. Pantas matanya terarah pada wanita anggun yang berdiri dihadapannya. Wanita itu merenungnya tajam. Riak wajah wanita itu berubah sebaik pandangan mereka berlabuh.

“Ya, boleh saya tahu siapa Puan?” Hanim bertanya. Rasanya dia tak pernah melihat atau mengenali wanita anggun dihadapannya. Cantik walaupun sudah berumur. Rasanya sebaya dengan mama.

“Bukan Puan, Aku Tengku Zahara, panggil aku Tengku Ara. Bonda Tengku Lukman,” Tengku Zahara bersuara dingin. Wajahnya langsung tiada kemesraan. Berkerut dahi Hanim melihat wanita sombong dihadapannya itu. Cantik tapi sombong betul. Mentang-mentang depan nama dia ada Tengku… Hanim merungut sendiri.

“Ada apa Puan Opps Tengku datang ke sini? Nak jumpa Tengku Lukman ke? Tengku Lukman tak de sekarang,” soal Hanim.

“Tak, aku nak jumpa kau,” balas Tengku Ara. Angkuh kedengaran suaranya. Berkerut dahi Hanim. Jumpa dia? Tapi kenapa?

“Jumpa saya? Kenapa?” soal Hanim.

“Aku tak suka kau jalinkan hubungan dengan anak aku. Hanya Tengku Nellysa sahaja yang layak jadi menantu aku. Kau tak layak. Cakap berapa kau nak untuk tinggalkan anak aku?”

“Erk... rasanya Tengku dah salah faham. Hubungan Saya dan Tengku Lukman hanya sebagai majikan dan pekerja. Lagipun buat apa saya nak pikat Tengku Lukman? Saya dah kahwin pun. Mana boleh perempuan kahwin lebih dari satu. Lagi pun saya dah ada anak. Mana saya nak campak anak dan suami saya tu?” jawab Hanim.

“Apa maksud awak?” berkerut dahi Tengku Ara mendengar kata-kata Hanim itu.

“rasanya baik Tengku tanya anak Tengku dan orang yang menyebarkan khabar angin ni. Saya malas nak layan. Banyak lagi kerja saya. Maaf.” Hanim terus berlalu dari situ. Pergi toilet. Malas nak layan perempuan sombong dihadapannya itu. Buang masa je. Dah la kepala tengah serabut dengan masaalah.

Tengku Ara kaku di situ. Huh... tak sopan langsung. Dia terus beredar dari situ. Geram dengan gelagat Hanim. Dia ingat dia siapa. Namun wajah itu mengingatkan dia pada seseorang. Seseorang yang telah lama dia lupakan. Seseorang yang tidak ingin dia ingati atau jumpa. Namun wajah itu, senyuman itu persis dia, dia yang menghantuinya. Rasa bersalah, sakit hati kesal dan segalanya berbaur.

Tengku Lukman melangkah tenang masuk ke pejabatnya. Terdengar bisikan-bisikan kecil dikalangan pekerjanya. Tak habis-habis bergosip. Langkahnya terhenti dihadapan Hanim yang langsung tak menyedari kehadirannya. Wanita itu hanya termenung di mejanya. Jarinya mengetuk meja dan ternyata Hanim nampak terkejut melihatnya. Aksi kalut Hanim mencetuskan tawa dibibirnya. Comel betul.

“Tengku Luke ni kenapa? Suka kejut-kejutkan orang?” marah Hanim. dah lah mood tengah tak ok. Ada pula yang suka main sergah-sergah.

“Apa pulak, awak yang asyik berangan Puan Hanim, saya pula yang kena,” balas Tengku Lukman. Erk… Hanim terdiam. Aku yang salah ke?

“Kenapa ni? Masaalah apa lagi?” soal Tengku Lukman. Tak suka wajah manis itu bermuram durja.

“You lah, boleh tak Tengku Lukman jangan baik sangat dengan saya. Penat tau nak kena dengan sindiran orang dan lagi penat kalau asyik kena serang. Hari tu Nellysa hari ni mak Tengku Lukman pula. Bukannya saya nak pikat Tengku pun. Saya ni dah kahwin. Suami saya lagi hensome tau. Kenapa dia orang ni tak percaya. Takkanlah nak kena bawa anak dan laki saya tunjuk kat dia orang baru nak percaya…” bebel Hanim. geram.

Tengku Lukman terdiam mendengar kata-kata Hanim. Mummy serang Hanim? takkanlah kot… tapi boleh jadi jugak. Takkanlah Hanim nak fitnah mummy. Apa kes pula Hanim nak kenakan mummy.

“Mummy I serang Nim?” soal Tengku Lukman tak percaya. Hanim mengangguk. Sebal hatinya.

“Sorry K. Nanti I beritahu Mummy yang Hanim dan I tak ada apa-apa hubungan. Lagipun Nim kan dah macam adik I. I anak tunggal jadi I nak jadi abang Nim. Nak jadi guardian angel Nim. Sorry K. I promise benda ni tak akan jadi lagi malah I akan buat pengunguman yang Puan Hanim ni just my PA ok?” pujuk Tengku Lukman.

“OK… baguslah. Senang sikit hati Nim. Lagi pun Nim tak suka dengan gosip-gosip ni. Nim ni isteri orang. Menantu orang. Nim tak nak keluarga mentua Nim salah faham pula,” balas Hanim.

“Ok lah, I masuk office dulu. Siapkan kerja. Jangan mengelamun je. Nanti I potong gaji,” balas Tengku Lukman.

“Yes bos,” jawab Hanim sambil ketawa.

…………………………………………………………………………………………

Linda melangkah masuk ke rumah yang baru disewanya. Disini dia kan mulakan hidup baru. Hidup berdua dengan baby. Perut yang masih belum kelihatan diusap.

“Mummy janji, mummy akan jaga baby baik-baik. Sekarang hanya ada mummy dan baby je. Papa dah tak ada. Papa tak sayang kita,” bisik Linda perlahan. Sayu hatinya.

Mengapa hati ini masih degil dan terus mengingati dia. Dia yang membawa seribu kedukaan di hatinya. Linda mengeluh. Dia harus lupakan semuanya. Dia nak jadi Linda yang baru. Linda yang kuat dan tabah. Linda yang tak perlukan cinta dalam hidupnya. Cukuplah dia memiliki baby sahaja……

…………………………………………………………………………………………..

“Dah dapat cari dia?” soal Tengku Lukman. Rambutnya diraup kasar.

“Maaf Tengku, kami masih berusaha menjejaki dia…” jawab Kerill lemah. Takut kemarahan lelaki itu. Salah dia. Kerana sdikit kecuaian, mereka kehilangan jejak Linda.

“Dah lah… kau boleh pergi. Dapat je maklumat inform aku terus,” lemah suara Tengku Lukman. Pening memikirkan olah baru yang dicipta Linda. Entah apa muslihat perempuan itu. Beberapa minggu ni, Linda biasa sahaja. Hanya duduk diam di rumah. Langsung tak keluar. Tak sangka dalam diam perempuan itu telah melakukan semua persiapan yang cukup rapi hingga jejaknya tidak dapat di kesan.

Thursday, May 19, 2011

rahsia hati hanim 19

Aizad mengeluh untuk kali ke berapa pun dia tidak pasti. Handset ditangan masih ditenung. Sudah beberapa hari dia cuba menghubungi Linda namun hampa. Entah kemana Linda menghilang. Kiki sendiri tidak tahu. Pening. Masalah yang dihadapinya makin banyak. Projek terbaru syarikatnya menghadapi masaalah. Entah siapa dalangnya. Dia sedar ada konspirasi untuk menjatuhkan dirinya. Masaalah dengan Hanim juga masih belum selesai. Hatinya makin sakit bila Hanim terus berdegil.

Suka atau tidak, kini Hanim sudah mula bekerja. Opah juga tidak menghalang. Opah dan keluarganya izinkan sahaja asalkan dapat membahagiakan Hanim. Opah juga siap menasihati dirinya lagi. Kononnya dengan bekerja, Hanim mungkin akan lebih gembira. Masanya akan lebih terisi dari duduk di rumah.

Aizad meraup rambutnya yang sudah mula panjang. Papa juga sudah mula bising melihat wajahnya yang tidak terurus itu. Apa nak buat, dia tiada masa memikirkan diri sendiri. Fikirannya hanya tertumpu pada masaalah syarikat dan misteri kehilangan Linda. Hubungan Zahir dan hanim yang makin rapat juga menggusarkan hatinya. Ada rasa tidak senang di situ. Cemburukah dia? Layakkah dia untuk cemburu? Ya.Dia berhak untuk cemburu. Hanim isterinya. Miliknya dan akan selamanya menjadi miliknya.

…………………………………………………………………………………………………….

Hanim merenung Amar yang sudah tertidur dalam pelukannya. Sudah beberapa hari dia mula bekerja. Amar langsung tak mahu berenggang dengan dia sebaik kakinya melangkah dalam rumah. Anak kecil itu asyik merengek. Rindukan uminya mungkin.

“Maafkan umi sayang…” Hanim cium pipi Amar yang tembam. Kak Pah ada beritahu, Amar menangis pagi-pagi, mencari Hanim. Puas dipujuk barulah ok. Kasihan anaknya ini. Tapi dia tak ada pilihan. Dia perlu bekerja. Dia tak mahu ambil sebarang risiko. Yang penting dia mesti kukuhkan hidupnya untuk Amar. Hanim tak rela kehilangan Amar.

Hanim juga sedar, Aizad merajuk padanya. Namun dia buat tak peduli. Malas nak fakir dan layan rajuk lelaki itu. Sikap Aizad juga agak dingin dengannya. Lelaki itu juga lebih kerap termenung. Entah apa yang difikirkannya. Hanim biarkan sahaja. Bergaduh dengan Linda agaknya.

……………………………………………………………………………………………………….

Lelaki itu termenung di hadapan meja kerjanya. Foto-foto yang berselerak dibiarkan. Matanya terpejam. Memikirkan sesuatu. Maklumat yang diberitahu oleh pekerjanya membuatkan hatinya sedikit bimbang. Entah mengapa jauh disudut hati dia bimbangkan wanita itu. Wanita yang amat dibencinya.

Panggilan telefonnya juga tidak dijawab. Namun hatinya sedikit lega bila wanita itu tidak lagi bertemu Aizad. Tidak lagi mengganggu rumah tangga Hanim. Sekerang-kurangnya hatinya tenang kini. Hanim sudah ada di depan matanya. Dengan itu lebih mudah untuk dia terus melindungi Hanim. Hanim juga sudah nampak ceria. Sudah mula tersenyum riang. Mata itu juga sudah bersinar ceria. Tidak lagi sayu dan suram seperti dahulu.

“Along dah jumpa adik mak. Along janji akan buat adik bahagia dan senyum selalu. Along sayangkan mak dan adik,” lelaki itu t ersenyum. Tebayang wajah mak. Ada air mata yang mengalir. Pantas jarinya mengesat air mata itu. Tak mahu nampak lemah. Dia lelaki. Dia harus kuat untuk keluarganya. Seperti janjinya pada mak, dia akan terus lindungi adik.

……………………………………………………………………………………………………….

Linda terduduk lemah. Tidak daya untuk melangkah. Akhirnya dia hanya mampu merebahkan tubuh di situ sahaja. Cuba untuk memejamkan mata, berharap rasa loya ini akan berkurangan. Penuh renik sudah membasahi dahi. Bunyi pintu dibuka juga dibiarkan sahaja.

Tengku Lukman melangka masuk. Berkerut dahinya melihat ruang tamu yang berselerak. Tidak dikemas. Matanya meliar. Memandang sekeliling. Keadaan rumah yang sunyi seolah tiada penghuni. Langkahnya laju ke bilik utama. Bilik itu gelap, dengan malas, dia melangkah ke balkoni. Menarik langsir agar cahaya matahari dapat menyiari bilik itu. Pintu gelangsar juga dibuka.

Matanya akhirnya terpaku pada sekujur tubuh yang terbaring dilantai berhampiran toilet. Perlahan tubuh itu dihampiri. Wajah itu pucat sekali. Dengan cermat, akhirnya tubuh itu di angkat lalu dibaringkan atas katil. Terasa haba panas dari tubuh itu. Menggeleng perlahan. Kalaulah dia tak datang? Bagaimana agaknya?

Tengku Lukman membasahkan tuala lalu diletakkan di dahi Linda. Dia juga sudah menghubungi rakannya. Farida seorang doctor. Rasanya itu lebih baik. Dia tak mahu searang cerita mengenainya keluar diakhbar. Walaupun wajah itu pucat dan sedikit tidak terurus rasanya orang lain masih boleh mengenali wanita itu. Linda. Siapa yang tak kenal. Wajahnya terpampang dimana-mana. Model popularlah katakan.

……………………………………………………………………………………………………….

Tengku Lukman mengeluh perlahan. Wajah Linda yang masih tidur direnung. Kata-kata Farida membuatkan tubuhnya longlai. Linda hamil. Masaalah besar. Patutkah kandungan itu digugurkan? Tengku Lukman serba salah. Kalaulah mummy tahu, mahu mummynya kena serangan jantung. Pasti rancangan pertunangannya dengan Tengku Nellysa kacau bilau jadinya. Malah ini juga akan mengancam rancangan penggabungan syarikatnya dan syarikat Teguh Holding milik keluarga Tengku Nellysa.

Linda tersedar. Berkerut dahinya bila melihat dirinya siap terbaring atas katil sedangkan tadi dia terbaring dilantai. Tidak daya untuk terus melangkah. Tubuhnya benar-benar lemah. Tangannya mengusap prlahan perutnya. Ada sedikit senyuman terukir. Dia sedar walaupun tidak berjumpa doctor namun kelewatan teman baiknya itu menyakinkan dirinya. Sedar ada nyawa lain dalam perutnya.

“Dah sedar?” tegur Tengku Lukman. Dingin sahaja suaranya. Linda tersentak. Entah sejak bila lelaki itu berada di sini.

“Dah..” jawab Linda lemah. Tak mahu ambil sebarang risiko. Tahu kepantangan lelaki itu. Tidak suka pertanyaannya sepi tanpa jawapan.

“Aku dah panggil doctor. Ubat atas meja tu makan. Peti ais pun dah aku penuhkan. Ingat jangan lupa makan. Kalau ada apa-apa call aku. Aku balik dulu,” Tengku Lukman tegas bersuara. Linda sekadar mengangguk. Lega bila lelaki itu ingin beredar. Tidak betah rasanya bila lelaki itu ada bersama.

Sebaik tubuh Tengku Lukman hilang dari pandangan, Linda bangun dengan perlahan. Ubat di atas meja di ambil. Direnungnya ubat-ubat itu tanpa perasaan namun riak wajahnya berubah bila menyedari sesuatu. Lelaki itu pasti sudah tahu. Apa tindakan lelaki itu? Wajah Tengku Lukman yang tanpa riak tadi menakutkan Linda. Lelaki itu bisa sahaja melakukan apa yang diingininya. Berbagai kemungkinan bakal terjadi. Linda panic. Bagaimana jika dia kehilangan baby… tak boleh. Cukuplah sekali dia hilang Aizad. Kini dia tidak boleh hilang baby…

……………………………………………………………………………………………………….

Opah termenung jauh memikirkan rumah tangga cucunya itu. Bukan dia tak sedar hubungan dingin Aizad dengan Hanim. Walaupun mereka nampak mesra dihadapannya namun tak mudah untuk tipu mata tuanya. Kasihan Amar, satu-satunya cicik yang dia ada. Anak kecil itu yang jadi mangsa pertelingkahan umi dan papanya. Geram opah.

“mak fikir apa tu sampai berkerut-kerut dahi tu?” tegur Puan Nora. Dari tadi dia lihat dahi ibu mertuanya itu berkerut macam memikirkan masalah berat je.

“Aku fikirkan pasal anak menantu kamu Nora oii… apalah nak jadi. Sorang kekanan, sorang kekiri yang jadi mangsanya Amar. Sian cicik aku ni,” Opah meluahkan perasaan. Tubuh kecil Amar dipeluk sayang. Puan Nora mengeluh.

“Mereka dah besar mak, kalau kecil boleh juga saya tangan-tangankan,” Tuan Faruk bersuara. Bukan dia tidak risau tapi baginya Hanim dan Aizad udah cukup dewasa untuk menilai kehidupan meraka. Sudah cukup matang untuk berfikir.

“Sebab dah cukup besarlah semua ni jadi. Mak rasa dah tiba masanya kita masuk campur. Sampai bila nak biar depa ikut kepala depa aja. Nak menangkan ego masing-masing,” opah bersuara tegas. Geram dia dengan Hanim dan Aizad. Makin sibuk dengan hidup masing-masing. Sibuk menjungjung ego yang tinggi melangit hingga mengabaikan Amar.

“Ikut suka maklah. Saya dah malas nak masuk campur. Jadi apa-apa nanti kita pula disalahkan. Depa dah cukup besar nak fakir baik buruk. Bukannya budak-budak lagi. Dah jadi mak dan ayah orang dah..” keluh Puan Nora pula. Rungsing dia bila memikirkan masaalah anak menantunya itu. Tuan farok juga hanya mengangkat bahu. Ikut suka opahlah. Janji rumah tangga anak menantunya aman damai seperti dahulu. Itu doanya saban waktu.

。。。。。。。。。。。。。。。。。。。。。。。。。。。。。。。。。。。。。。。。。。。。。。。。。。。。。。。。。。。。。。。。。。。。。。。。。。。。。。。

Tengku Nellysa menghempas tubuh genitnya ke atas sofa. Geram bila Lukman membatalkan temujanji mereka dan lelaki it uterus hilang tanpa di kesan. Geramnya. Tengku Ara merenung wajah di hadapannya yang masam mengcuka.

“Nelly kenapa ni? Muka masam macam ni? Gaduh dengan Luke ya?” tegur Tengku Ara lembut. Memujuk.

“Mak Engku… Nelly geram la dengan Luke. Janji nak lunch dengan Nelly. Puas Nelly tunggu. Tiga jam tau… tebal dah muka Nelly. Malu. Dia tak datang. Pesan kat Jay je. Tu pun nasib Nelly telefon Jay, kalau tak dah macam orang bodo je Nelly tercongok kat situ” adu Tengku Nellysa. Geram.

“Dia ada hal lah tu. Tak sempat beritahu Nelly. Dah, jangan tarik muka macam tu. Dah tak cantik Mak Engku tengok,”

“Hal apa? Agaknya asyik berkepit dengan budah Hanim tu jelah,” Tengku Nellysa bersuara geram. Manataknya tadi ketika call office, Suria beritahu Hanim bercuti dan Lukman pula hilang tanpa dikesan. Mesti diaorang ada skandal.

“Hanim? Siapa tu?” soal Tengku Ara. Kali pertama mendengar nama itu disebut.

“PA baru Luke. Sejak budak tu ada, asyik berkepit dengan Luke je. Nelly pun dah dengar macam-macam gosip tentang dia orang,” Tengku Nellysa bersuara sedih. Manataknya, perhatian Lukman 24 jam pada PA dia tu jer. Langsung tak pedulikan dia.

“Khabar angin je tu, jangan Nelly ambil hati pula. Walau apapun terjadi Mak Engku Cuma nak Nelly je jadi menantu Mak Engku,” pujuk Tengku Ara. Dia pasti akan siasat hal itu. Dia tak akan biarkan sebarangan perempuan menghampiri anaknya itu. Hanya Tengku Nellysa sahaja yang layak jadi menantu keluarga mereka.

Tuesday, May 10, 2011

Rahsia hati Hanim 18


Hanim melangkah lesu menaiki tangga. jam sudah menginjak pukul sepuluh malam. suasana rumah juga agak sunyi. pastinya opah sudah tidur. mama dan papa rasanya tiada. mungkin ada dinner diluar. pintu bilik di tolak perlahan. Aizad sedang leka menonton manakala Amar tergolek di hadapan tv. leka bermain dengan kereta mainannya.

"Baru balik? kemana?" Aizad menyoal selamba. matanya masih tertumpu pada cerita di tv.

"Maaf, Hanim lambat. jumpa kawan," Hanim menjawab perlahan. ada getar pada suaranya. Hanim segera mengambil tuala dan pakaian tidur. kakinya melangkah pantas ke bilik air. badan yang sudah mula berlengas perlu dibersihkan. kurang selesa. Aizad sekadar diam.

sebaik pintu bilik air di tutup, air mata mula mengalir. Hanim teresak lagi. air pancuran di buka. tubuhnya melonglai lalu dia terduduk di situ. Tak sanggup dia melihat wajah Aizad. Tak tahu bagaimana hendak berhadapan dengan lelaki itu bila semua kebenaran sudah diketahui. segala lakonan dan pembohongan Aizad. hatinya terlalu luka. amat luka sehingga dia sendiri tidak yakin bila luka itu akan sembuh.

setelah hampir sejam berkurung dalam bilik air, akhirnya Hanim melangkah keluar juga. Amar sudah tertidur di katil bayi. Aizad masih lagi tenang di sofa. Hanim mengeluh. Fikirnya Aizad sudah tertidur kerana dia tidak ada kekuatan untuk berhadapan dengan lelaki itu saat ini.

"Duduk Hanim. ada hal yang perlu kita bincangkan," Aizad bersuara dingin. Hanim akur. hendak tidak hendak Hanim melabuhkan punggung di hadapan Aizad.

"Opah beritahu Hanim ke office abang tadi?" soal Aizad selamba. Hanim serba salah. akhirnya dia sekadar mengangguk. matanya masih memandang jari jemari kakinya. entah mengapa sekarang dia rasakan kakinya lebih menarik berbanding wajah kacak Aizad.

"Hei... bila aku cakap, pandang," Aizad bersuara garang. tangannya memaut dagu Hanim. wajah Hanim berkerut sakit akibat cengkaman tangan Aizad di dagunya. wajah Aizad memerah. pantang baginya jika orang tidak memberi perhatian ketika dia bersuara. akhirnya dagu Hanim dilepaskan.

"Rasanya kau dah tahu jadi tak perlulah aku berlakon lagi. penat aku berlakon mencintai kau sedangkan hati aku ni rasa nak termuntah pandang wajah kau. Tak perlulah aku sembunyikan lagi. aku dan Liinda akan kahwin. Harap kau bersedialah. paling penting aku tak mahu keluarga aku tahu hal ini. kalau tak siaplah kau. jangan pandai-pandai nak mengadu pada sesiapa," Aizad bersuara perlahan. matanya bersinar garang. Hanim hanya mengangguk. hatinya makin luka. Aizad terus keluar dari bilik mereka sebaik selesai memberi amaran pada Hanim.

……………………………………………………………………………………………………......

Masa kini

Zahir meraup wajahnya. Tidak percaya bagaimana Aizad setegar itu menyakitkan Hanim. Melukakan hati Hanim. Seandainya masa dapat diputar kembali, dia tidak akan beralah. Pasti dia berusaha mendapatkan Hanim. Wajah Hanim dipandang. Riak wajah itu kosong tanpa perasaan. Beku.

“Hanim nak buat apa sekarang?” soal Zahir. Hanim sekadar mengangkat bahu. Zahir menggeleng melihat gelagat Hanim itu. Entah apa yang ada difikiran hanim.

“Abang bimbangkan Hanim. Ingat walau apapun berlaku abang Z akan sokong Hanim. Lagi satu, walau apapun yang Hanim ingin buat, fikirkan mengenai Amar sama. Abang tak nak dia jadi mangsa,” Zahir bersuara perlahan. Matanya memandang Amar yang masih lagi leka bermain sambil diperhatikan Kak Tipah.

Hanim mengeluh mendengar kata-kata Zahir itu. Itu yang menghantuinya. Bagaimana dengan Amar nanti. Jika dia berpisah dengan Aizad, pasti hak pengjagaan akan jatuh pada lelaki itu kerana Hanim tidak bekerja. Tiada sumner pendapatan untuk menjaga Amar. Langkah pertama, dia harus bekerja semula. Teringat tawaran yang di terima. Rasanya dia akan terima tawaran itu.

“Hanim dah fikirkan hal itu. Minggu depan Hanim dah start kerja. Sekurang-kurangnya Hanim ada sumber pendapatan tetap kalau apa-apa terjadi,” Zahir tersenyum. Hanim yang berada di hadapannya telah banyak berubah. Makin matang.

“Dekat mana? Jawatan apa? Aizad dah tahu” soal Zahir.

“Dah, tapi dia tak izinkan. Biarlah, Hanim dah tak peduli. Izin atau tidak Hanim akan tetap bekerja. Malas nak fikirksn mengenai dia lagi. Hanim letih. Letih sangat,” adu Hanim. Hanya Zahir sahaja tempat dia luahkan rasa hatinya. Zahir sudah seperti abangnya. Guardian angelnya. Zahir tersenyum. Suka melihat wajah Hanim yang bersemangat sekarang. Tidak lagi akur pada nasib.

………………………………………………………………………………………………………

Aizad mundar-mandir dihadapan rumah. Matanya tak lepas memandang pintu pagar. Menanti kepulangan Hanim dan Amar. Biarpun opah beritahu Latipah turut serta bersama mereka, hatinya tetap tidak tenang. Resah. Tidak suka Zahir rapat dengan keluarganya. Peluh di dahi dikesat kasar. Wajahnya juga sudah masam mencuka. Lambatnya masa beredar.

Hati yang resah agak tenang bila melihat kereta Zahir meluncur masuk. Amar yang berada dalam dukungan Latipah meronta ingin turun sebaik melihat Aizad. Hanim pula melangkah perlahan menghampiri Aizad yang sudah tercegat di laman. Wajah keruh lelaki itu sudah diduga. Zahir masih selamba. Bibirnya mengukir senyuman melihat gelagat Aizad.

Aizad mengdukung Amar yang sudah menerpanya. Anak kecil itu ketawa diagah papanya. Aizad tersenyum senang melihat wajah riang Amar.

“Anak papa pergi mana?” soal Aizad pada sikecil.

“gi enan. Best main uai, uncur,” cerita anak kecil itu dalam pelatnya. Aizad tersenyum. Senyuman itu mati bila melihat Zahir. Wajah itu kembali keruh.

“Sayang papa masuk mandi dengan Mak pah K? biar wangi-wangi,” Aizad menyerahkan Amar pada Latipah. Amar sedikit meronta. Dengan sedikit pujukan anak kecil itu akur.

“Bye mi, bye papa, bye bah. Mmmuuuaahhhh ,” Hanim ketawa melihat gelagat Amar. Begitu juga Zahir. Aizad sekadar tersenyum. Sebaik bayang Latipah hilang bersama Amar, wajah Aizad kembali serius. Matanya merenung tajam Zahir dan Hanim yang selamba duduk berbual di taman orkid Puan Nora. Langsung tak memperdulikan Aizad.

“Hanim, opah panggil,” suara Aizad. Matanya memandang wajah Hanim yang sedang ketawa.

“Erk, tak dengar pun,” Hanim menjawab selamba. Keningnya dikerutkan. Rasanya tak nampak pun kelibat opah sejak balik tadi. Biasanya waktu macam ni Opah kat bilik. Tengah mengaji atau membaca terjemahan Al-Quran.

“Ada, tadi opah pesan kat abang. Kalau Hanim balik opah suruh jumpa dia,” Aizad bersuara tegas. Hanim akhirnya akur walaupun sedikit pelik.

“Nim masuk dululah abang Z. rasanya esok jadi. Abang Z ambil Nim pukul 3 erk,” Hanim sempat berpesan pada Zahir sebelum melangkah. Zahir hanya mengangguk. Senyuman masih tak lekang dari bibirnya. Wajah Aizad makin cemberut. Panas hatinya. Makin sakit melihat senyuman Zahir. Jari digemgam kemas. Cuba menahan diri. Takut penumbuknya mengena wajah sahabatnya itu.

“Aku tak suka kau ganggu keluarga aku,” Aizad bersuara tegas.

“Kenapa? Releks aarr. Sejak bila kau pandai emosi ni?” soal Zahir selamba. Matanya menentang mata Aizad yang tajam merenungnya. Marah benar. Muka tu pun dah masam mengcuka. Hairan betul. Kata tak cintakan Hanim tapi cemburu…macam apa lagi. tak faham betul.

“apapun Hanim milik aku. Jangan mimpi kau akan dapat dia. Sekali jadi milik aku selamanya hak aku. Kalau sayangkan persahabatan kita, jauhkan diri kau dari Hanim,” tegas Aizad. Pantas dia berlalu dari situ. Meninggalkan Zahir yang tenang berdiri. Lelaki itu tersenyum. Ada keanehan pada senyuman itu. Akhirnya Zahir meninggalkan perkarangan rumah itu. Sudah ada rancangan yang terangka dalam kepalanya. Rasanya Aizad perlu diajar.

………………………………………………………………………………………………………

Linda mengeluh perlahan. Wajah yang pucat diusap. Wajah yang menjadi kebanggaannya selama ini. Mata yang sembab dan merah kerana banyak menangis dipandang. Arca tubuhnya jelas di cermin. Pucat tak berseri. Tubuhnya juga makin kurus. Kesan lebam sudah hilang namun masalah baru pula yang melanda.

Linda takut. Tidurnya juga dihantui mimpi ngeri. Semuanya kerana lelaki itu. Tak faham apa salahnya pada lelaki itu sehingga dia dihukum begini. Salahkah dia mencintai Aizad. Ya, salahnya hanya satu, salahnya kerana melepaskan Aizad pada perempuan itu kerana dia sangat yakin dengan ketulusan hati Aizad.

Ya, keyakinan itu miliknya. Namun dia silap percaturan. Apa gunanya semua itu. Segalanya telah musnah. Dia tak layak lagi untuk Aizad atau mana-mana lelakipun. Dia perempuan kotor. Sangat kotor. Semuanya salah sendiri. Kerana terlalu mengejar kekayaan dan kejayaan dalam karier, dia terperangkap.

Lama dia memikirkan hal ini. Mungkin sudah masanya dia melepaskan Aizad. Melepaskan lelaki yang amat dicintainya itu. Pedih dan perit hatinya untuk membuat keputusan itu. Namun dia sudah tidak berdaya. Sudah letih untuk meneruskan segalanya. Sudah tiada kekuatan untuk mendapatkan cintanya kerana dia sendiri sudah tiada kekuatan umtuk meneruskan hidupnya lagi.

Deringan telefon mengembalikan Linda dalam reality. Dibiarkan sahaja. Tahu, Kiki dan Aizad tidak jemu mencarinya namun dia tak ingin berjumpa sesiapapun. Mungkin itu lebih baik. Deringan itu dibiarkan. Sama seperti hari-hari yang lalu, akhirnya talian itu kembali sepi. Air mata yang mengalir di biarkan. Tubuh yang lesu akhirnya terbaring di lantai. Matanya kosong, sekosong hatinya. Dia hanya ingin tidur dan tak ingin bangun lagi… ingin terus bermimpi… mimpi didunia yang hanya ada dia dan Aizad.

Saturday, May 7, 2011

rahsia hati hanim 17

rahsia hati hanim 17 hana dah edit.m maaf atas segala kesulitan. ada part yg terdelete waktu hana post kat blog. maaf sekali lagi ya.

Friday, May 6, 2011

rahsia hati hanim 17

sorry part ni kak hana edit balik. baru sedar ada part yg hana x masukkan. sorry sangat.





Hanim masih diam. Matanya memandang wajahAizad di hadapannya. Masih lagi tiada bicara yang terluah. Wajah lelaki itunampak kusut. Hanim hanya senyum. Entah kenapa dirasakan cintanya makin hilang.Selama ini dia cubamemupuk cinta untuk lelaki itu. Mengikhlaskan hati menerima lelaki ituseadanya. Ya, dia berjaya. Lelaki itu dicintainya. Lelaki itu berjaya membuatdia jatuh cinta. Amar lahir sebagai lambang cinta mereka.


“Nim, abang rasa Nim dah ingatsegalanyakan? Kalau tak Hanim tak akan marah macam ni?” Aizad bersuaraakhirnya.


“Ya, Nim dah ingat. Nim memang marah.Sangat-sangat marah. Sampai Nim terfikir samaada Nim boleh maafkan abang atautak dan rasanya Nim tak mampu maafkan abang,” Hanim bersuara tegas.


“Abang tahu, abang salah. Tindakan abangmemang melampau. Abang tak harap Nim maafkan abang tapi abang nak Nim fikirkanAmar, opah dan keluarga kita. Abang tak nak Nim bertindak terburu-buru keranarasa marah Nim pada abang,”


“Huh… habis abang nak Nim buat apa? Nimbukannya bodoh macam dulu. Nim akan tuntuh hak Nim. Amar anak Nim. Abang takada hak pisahkan Hanim dengan dia. Lagipun Nim dah dapat kerja,”


“Kerja? Abang tak izinkan. Abang tak suka.Nim isteri abang. Abang nak isteri abang duduk rumah jaga makan minum abang dananak kita. Abang boleh tanggung Nim dan anak kita,” Aizad bersuara tegas.Matanya tajam merenung wajah Hanim.


“Sampai bila? Sampai masa nanti abang tetaptinggalkan Hanim. Abang tetap kahwin dengan…”


“Cukup, abang tak nak dengar apa-apa lagi.Kenapa? Tak sabar nak bersama dengan Z? jangan mimpi. Sekali Hanim jadi isteriabang, selamanya tetap milk abang,” Aizad memaut bahu Hanim. Hanim tergamam.Wajah Aizad yang penuh kemarahan direnung. Ada rasa takut di hatinya.


Aizad menarik nafas. Cubamenenangkan hati yang diamuk marah dan cemburu. Ya dia cemburu. Hanim hanyamiliknya. Akan terus jadi miliknya. Tak akan dia benarkan Hanim jauh darinya.Akan dipastikan Zahir jauh dari Hanim. Tak akan dia beri kesempatan Zahirmenghampiri Hanim. Tekad hati Aizad. Zahir mesti dijauhkan dari Hanim. Mesti.


………………………………………………………………………………………………

Hanim tersenyum melihat Amar yang riang bermain buaian bersama-sama Zahir. Kebetulan Zahir datang tadi, lalu lelaki itu menawarkan diri menemani mereka ke taman permainan berdekatan. Mulanya Hanim enggan namun gesaan Puan Nora dan opah, akhirnya Hanim akur. Mujur juga Kak Tipah menemani mereka.

“Hanim ok?” Tanya Latipah. Perasan sejak beberapa hari ini Hanim nampak muram. Malah hubungan dengan Aizad juga nampak dingin.

“Ok jer. Kenapa?” Tanya Hanim. Tersenyum, tahu Latipah selalu mengambil berat padanya. Selalu ada disisi. Teringat sewaktu mula-mula menjadi menantu keluarga Tuan Faruk, hanya Latifah yang tidak membencinya. Hanya Latipah tempat dia meluah rasa. Sentiasa menyokong dan memintanya bersabar. Alhamdulilah, berkat kesabarannya Puan Nora dan opah menerima juga Hanim seadanya.

“Kak Pah tengok Hanim sedih je. Muka tu macam orang bermasaalah. Hanim ada masaalah dengan Aizadke? Kak Pah tengok Hanim dengan dia dingin jer,”

Hanim tersenyum. Tidak sangka Kak Pah perasan pergolakan dalam hubungannya dengan Aizad. Senyumannya mati bila memikirkan kemungkinan opah dan mama juga perasan kedinginan antara mereka. Hanim risau jika opah sakit. Tambahan pula opah tidak boleh menerima sebarang tekanan. Tidak boleh stress.

“Jangan lah bimbang. Hanim dan abang ok jer. Takkanlah nak bermesra sepanjang masa. Malulah nak mesra-mesra depan orang,” jawab Hanim. Latipah tersenyum apatah lagi melihat wajah Hanim yang memerah. Tersipu-sipu. Mungkin dia yang salah pandang agaknya. Latipah lega.

“Kalau macam tu tak apalah. Kak Pah nak temankan Amar. Kesian Encik Zahir. Dari tadi layan Amar,” Latipah bersuara. Langkahnya pantas mendapatkan Amar dan Zahir. Hanim tersenyum. Gembira melihat Amar yang riang. Senyuman Amar mendamaikan hatinya. Menenangkan jiwanya.

“Hai.. sihat? Kenapa sedih jer?” Tanya Zahir sebaik melabuhkan punggung di sisi Hanim. Hanim menjauh sedikit. Agak tidak senang dengan jarak antara mereka.

“Hanim sihat jer. Mana ada Hanim sedih. Pandai-pandai je abang Z ni,” Hanim ketawa kecil. Menutup segala rasa hati dari dibaca Zahir.

“Ye ke? Mungkin pada orang lain Hanim nampak ok tapi tidak pada abang. Hanim boleh tipu semua orang tapi mata tu tak dapat tipu abang,” jawab Zahir bersahaja. Hanim mengeluh.

“Hanim ada masalah? Aizad buat halke?” soal Zahir lagi. Hanim angguk. Zahir mengeluh. Sudah diduga. Hanya inginkan kepastian.

“Hal apa pulak ni? Abang tengok Hanim bahagia dengan dia. Sebab itu abang yakin untuk ke UK. Abang juga lihat dia mula belajar mencintai hanim apatah lagi setelah kehadiran Amar. Abang lihat Hanim dan dia bahagia sekali,”

“pada pandangan kasar, ya kami bahagia. Namun itu semua hanya palsu. Penuh kepura-puraan. Semuanya hanya lakonan. Lakonan terbaik dia hingga kita semua tertipu. Cinta dan kebahagian itu hanya palsu. Semuanya rancangan dia…” hanim mengesat air mata yang mengalir. Terasa perit jiwa bila mengingati segalanya hanya satu pertaruhan.

“Maksud Hanim?” Zahir bertanya ingin tahu. Entah mengapa ada rasa resah dijiwa. Ada sesuatu yang dia terlepas pandangkah?

“Kes kami kena tangkap khalwat tu dan semua yang berlaku lepas tu semuanya rancangan dia….”luah Hanim. Zahir terkedu. Benarkah???

……………………………………………………………………………………………………
Imbas kembali


Hanim menarik nafas perlahan. Perbualan Aizad dengan rakan-rakannya membuatkan dia kaku.Mangkuk tingkat yang dibawa digemgam erat. Ingin membuat kejutan pada lelakiitu tapi dia yang dikejutkan. Pedihnya rasa hati.

“Habislah youLinda. Terbukti tanpa youpun Zad boleh bahagia,” Liam bersuara. Ketawa kedengaran dari rakan-rakan yang lain. Aizad sekadar tersenyum. Linda yang berada disebelahnya menarik muka.

“I tak kisah,Biarlah. Aizad still love me. I’m right sayang? Darling I ni kahwin dengan diapun sebab cabaran korang. Nasiblah. Kesian wife you? Mesti dia ingat you tergila-gikan dia,” Linda menjawab angkuh. Tangannya membelai wajah Aizad.Lelaki itu hanya membiarkan sahaja.

“lepas ni kalau Zad lamar you, you kena terimalah,” Katherin tunang Liam merangkap sahabat baikLinda bersuara.

“Betul tu,kalau tidak you yang menyesal,” sokong Kamal. Aizad ketawa sahaja. Gembira.Akhirnya pertaruhan itu dimenanginya.

“I akan terima but you kenalah ceraikan wife you dulu,” jawab Linda yakin. Yakin Aizad akantinggalkan Hanim. Senyuman terukir di wajahnya.

Katherin, Liam dan Kamal hanya ketawa. Entah bagaimana boleh keluar rancangan itu. Rancangan bermula saat Linda menolak lamaran Aizad untuk kali yang ke lima. Lalu Kamal telah mencabar Aizad untuk berkahwin dan buktikan pada Linda yang dia boleh hidup tanpa wanita itu. Kebetulan Hanim turut berada direstoran tersebut. Hanim merupakan pilihan Liam. Semuanya menjadi mudah bagi Aizad bila Hanim merupakan setiausahanya. Linda hanya ketawa saat itu.

Namun ternyata Linda silap. Aizad berkahwin dengan Hanim dan kini mereka bahagia dengan kehadiran seorang cahaya mata. Linda mula panik. Apatah lagi Aizad dan hanim makin mesra.Ternyata rancangan Aizad berjaya. Akhirnya Linda mula mengalah. Kini Linda pula memujuk rayunya. Ternyata lakonannya berkesan sekali. Akhirnya Linda akan jadi miliknya. Aizad senyum. Bangga.

“I kan yang terbaik, tapi I takkan lepaskan wife I ok. Kalau you nak, kenalah jadi nombor dua,” Aizad bersuara. Mengusik. Linda menarik muncung. Sakit hatinya. Linda? Nombor 2? Tak mungkin. Dia akan berusaha untuk singkirkan Hanim.

“Betul tu.Lagipun you kenalah terima hakikat yang Zad ni dah ada anak dengan perempuan tu dan yang paling penting perempuan tu merupakan menantu kesayangan Tuan Farukdan Puan Nora,” Kamal bersuara.

“Betul tu. You terpaksa berusaha. My parent dah tak suka you. You kenalah ambilk hati mama I semula. Opah I pun sama. Bukan senang tau. Sekarang ni papa I pun dah bising. I think dia tahu hubungan kita,” Aizad mengeluh. Teringat amaran papa. Tinggalka nLinda atau dia akan hilang segalanya. Papa hanya pentingkan kebahagian Hanim dan cucunya.

“Wah...habislah you Lin...”

Hanya itu sahaja. Dia sudah tidak mampu mendengar lagi. Air mata yang mengalir di kesat. Langkah terus di atur. Ruang pejabat itu sudah lama sepi. Sudah hampir pukul 7petang. Biasalah sudah lewat petang. Dia datang ke pejabat setelah Kak Mona memberitahu Aizad masih di office. Tidak sangka Aizad tidak berseorangan.Ternyata perkahwinan mereka hanya satu lakonan. Satu sendaan bagi Aizad dan rakan-rakannya. Rasa cinta Aizad hanya palsu. Lakonan yang baik hingga diaterpedaya.

Hanim melangkah tanpa arah. Akhirnya dia terduduk di satu sudut. Tidak dipedulikan keadaan sekeliling. Terus menangisi nasib diri. Kelukaan yang bukan sedikit. Tak percaya dengan apa yang didengari dan dilihat. Pada siapa dia harus mengadu. Mak sudah pergi. Zahir pula sudah melanjutkan pelajaran ke UK. Tiada siapa lagi yang tinggal. Dia keseorangan kini.

“Hanim?” tegur satu suara. Hanim mendongak, memandang wajah dihadapannya. Air mata yang mengalir dikesat. Matanya masih memandang wajah lelaki yang menegur.

“Kenal I lagi?” soal lelaki itu. Tersenyum melihat wajah Hanim yang masih kebingungan. Hanim hanya menggeleng. Tak pasti. Rasanya pernah dilihat wajah lelaki yang sedang tersenyum memandangnya.

“Hmm… memang patut Nim tak ingat I. Last kita jumpa waktu dinner beberapa tahun lalu. Nim pun tak kahwin lagi. Sekarang I dengar Nim dah kahwin dan adas eoarang anak,” terang lelaki itu. Berkerut dahi Hanim memikirkan katalata lelaki itu. Hampa.

“Maaf, Nim memang tak ingat. Encik ni sape?” soal Hanim. Air mata yang masih mengalir di kesat. Segan. Macammanalah wajahnya sekarang. Malu juga bila lelaki itu melihat dia menangis. Lelaki itu juga sudah duduk dihadapannya. Langsung tidak dipedulikan pandangan orang yang lalu lalang.

“Ok, kita berkenalan sekali lagi dan I harap Hanim takkan lupakan I kali ni. I Tengku Lukman. Hanim boleh panggil I abang Luke,” Tengku Lukman memperkenalkan diri. Risau juga dia melihat Hanim yang menangis sedari tadi. Sejak dari tadi dia mengekori langkah Hanim. Hatinya gusar membiarkan Hanim berseorangan. Melihat airmata yang mengalir dipipi Hanim, hatinya sendiri pedih.

“Oohh… Nim ingat…” lelaki itu ditemuinya pada malam yang penuh tragedy itu. Lelaki itu punca Aizad cemburu. Namun Hanim tak pasti benarkah lelaki itu cemburu atau hanya sekadar lakonan. Mengingatkan hal itu, Hanim makin sedih. Tengku Lukman makin panic bila tangisan Hanim yang hampir berhenti tadi makin rancak. Serba salah. Apatah lagi melihat beberapa orang yang memandang kea rah mereka. Malu.

“Jom kita pergi dari sini,” Tengku Lukman bangun. Tangannya memaut tangan Hanim. Memaksa tubuh itu berdiri. Tanpa bantahan Hanim akur sahaja bila lelaki itu menarik tangannya menuju ke sebuah kereta. Entah mengapa jauh disudut hatinya dia percayakan lelaki itu.

Suasana sunyi menyelubungi kereta itu. Hanim serba salah. Matanya sesekali memandang wajah Tengku Lukman yang tenang memandu namun Hanim dapat lihat jari jemari lelaki itu menggemgam erat streng kereta saat diberitahu kematian mak. Wajah lelaki itu juga kelihatan tegang namun berubah sayu tiba-tiba. Mengapa. Hanim hairn dengan reaksi Tengku Lukman.

“Err… kita nak kemana?” soal Hanim memecahkan Susana hening anta mereka.

“Hanim nak kemana?” tanpa menjawab, lelaki itu menyoak Hanim pula. Hanim menggeleng. Tak tahu hendak kemana. Balik ke rumah? Tak sanggup rasanya. Apatah lagi Hanim bimbang jika opah dan mama melihat wajahnya yang baru lepas menangis. Matanya yang sembab. Pasti banyak soalan mereka nanti.

“Kenapa ni? Hanim ada masaalah? Ceritalah, mungkin dengan itu Hanim akan Ok,” Tanya Tengku Lukman lembut. Matanya memandang wajah Hanim yang suram.

“Hanim ok,” jawab hanim perlahan.

“Betul? Habis tu kenapa Hanim menangis tadi. Kalau ok, tak denya Hanim nangis beria-ia tadi sampai mata pun dah sembab. Jangan tipu sebab Hanim tak pandai menipu dan saya tak mudah tertipu,” balas Tengku Lukman.

Entah mengapa bila mendengar kata-kata lelaki itu Hanim makin sedih. Air mata yang sudah kering kembali mengalir. Entah mengapa mudah sahaja Hanim bercerita pada lelaki itu. Sesekali kedengaran esakan kecil Hanim.

Tengku Lukman menggemgam erat stereng kereta. Wajah dia juga turut berubah. Sakit dan pedih hatinya mendengar bicara Hanim. Ada kemarahan dimatanya. Melihat tangisan Hanim, kesedihan dan kelukaan Hanim. Hatinya turut terluka. Malah kesakitan dihatinya berganda dari Hanim. Sedih, marah dan kesal kerana tidak berdaya melindungi Hanim.

……………………………………………………………………………………………………...

Aizad melangkah tenang memasuki rumahnya. Sunyi. Kemanakah Amar dengan hanim. Selalunya mereka berdua akan menyambut kepulangannya. Aizad melangkah ke bilik. Hanim dan Amar juga tiada. Segera Aizad melangkah ke dapur mencari Latipah.

“Eh Zad, nak kemana ni? Macam kena ligan dengan hantu jer?” Tanya Opah sebaik melihat Aizad tergesa-gesa menuruni tangga. Amar pula sedang bermain dengan permainan ditangannya.

“Hanim mana?” soal Aizad. Matanya memandang sekeliling. Hampa. Tiada kelibat Hanim disitu.

“La… bukan Hanim ke opis kamu. Katanya nak surprisekan kamu,” Aizad terkedu mendengar kata-kata opah. Hanim ke office. Bila. Pucat wajah Aizad. Opah pula yang kehairanan. Hatinya juga sedikit bimbang. Ke mana Hanim. Reaksi Aizad seolah-olah cucunya itu tak berjumpa dengan Hanim.

ANDA SUKA