BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Pages

mereka yg amat hana sayangi

sekilas pandang



terima kasih pada yang sudi menjengah ceritera hatiku....

maaf sebab lambat hantar n3 baru kat blog ini
apapun kesudian anda menjengah ke sini membuatkan hana sangat terharu....
hope terhibur membaca karya hana yang tak seberapa ini....

salam sayang pada anda semua yang menyokong dan sudi menjengah ceritera hatiku

jangan lupa tinggalkan komen selepas baca ya...
semoga komen2 anda menambahkan lagi semangat hana untuk bekarya............

Thursday, December 5, 2013

tentang rasa

bagaimana harus ku coret
sepotong ayat pengubat rindu
kala jari bagai kaku di papan aksara

aku bagai hilang segala rasa
lalu bagaimana harus ku coret sebuah cerita
kala hati bagai mati
beku tanpa sebarang warna
jiwa hilang dalam kelam.......

sesungguhnya aku rindu...
rindu pada kisah yang tak mampu aku akhiri
kerna rasa itu seakan hilang
bersama desakan waktu yang terus berlalu
aku kewalahan mencari diri...

lelah, ya aku sangat lelah
mengejar waktu yang semakin suntuk
masa bagaikan semakin jauh meninggalkan aku
yang masih mencari rasa yang tertinggal
agar bisa kuakhiri
setiap coretan kisah dari hati.........

Thursday, November 21, 2013

kosong

saat ini...
hati bagai enggan bicara
jiwa rasa tandus
bagai  hilang arah
sesugguhnya saat ini
aku rasa sangat kosong.....keseorangan...
hilang dan terus hanyut
dalam dunia sepiku
ku sendiri.............

Tuesday, April 30, 2013

watak2 setulus kasih






                                                    Nadrah Alia





                                                            
                                                    Irfan khalish


        

                                                                Nazrina






                                              Fikri


ok tak watak2 yang hana pilih ni???









setulus kasih 5 (teaser)




 Nurin Alia yang comel

sorry lama hana tak update. masa seakan tak cukup 24 jam 7 hari... laju jer berlalu sehingga adakalanya hana tak terkejar. hope masih ada yang sudi baca. maaf sangat2...

salam rindu hana buat semua. lepas baca jangan lupa komen. love u....


“papa...” Nurin Alia menjerit memanggil Irfan. Irfan tersenyum sambil mendepakan tangannya untuk menyambut tubuh montel kesayangannya. Tubuh montel itu di peluk penuh kasih. Nazrina tersenyum. Mood suaminya baik untuk hari ini. Jika tidak Irfan hanya berada dalam dunianya sendiri malah Nurin Alia juga tidak di layannya sehingga anak kecil itu merajuk.

“Hmmm... sekolah seronok tak?” soal Irfan pada si kecil yang ketawa riang di ribaannya.

“seronok, cikgu baik sangat tapi Nurin tak sukala dengan seorang budak tu. Perasan comel. Selalu usik Nurin,,,” adu Nurin manja. Irfan hanya ketawa.

“Dia usik apa?” soal Irfan, melayan celoteh anak daranya itu.

“dia suka tarik rambut Nurin. Pastukan papa dia suka kataNurin gemuk. Mana ada Nurin gemuk, Nurin Cuma comel je kan papa?” adu si manja lagi.

“Ish kesian anak papa. Mana ada gemuk. Anak papa ni comel sangat. Dia cemburu dengan anak papa sebab Nurin Alia papa ni sangat comel. Comel macam mama...” bisik Irfan. Ubun-ubun Nurin Alia di cium penuh kasih.

“Comel macam ibulah... bukan mama. Nurin panggil ibulah papa...” jawab Nurin Alia petah. Irfan tersentak. Nazrina yang mendengar perbualan anak dan papa itu hanya diam. Namun jauh di sudut hati ada curiga yang bertandang.

“yelah... papa silaplah sayang... papa sorry ya,” bisik Irfan. Matanya merenung wajah Nazrina yang beku tanpa sebarang riak.

Sunday, February 24, 2013

setulus kasih 4



 selamat membaca n jangan lupa komen tau... sorry klu bab ni bosan sikit...

                                                             Irhan Nadim... comel tak????


Irhan Nadim ketawa riang. Leka bermain dengan rakan-rakannya sementara menanti kehadiran Alia untuk mengambilnya. Dalam leka berlari tanpa sedar dia melanggar seseorang. Anak kecil itu terjatuh. Pantas si kecil bangun. Tangannya mengusap perlahan seluar yang kotor.

“maaf Auntie, Irhan tak nampak auntie...” ucap Irhan Nadim sopan.

“Tak apa sayang. Sakit tak?” Soal Nazrina. Matanya merenung wajah kecil yang sangat comel itu. Mata sikecil seakan memukaunya. Persis Nurin Alia. Mata yang sama.

“Tak, Irhan kan hero. Setakat jatuh ni Irhan dah biasa,” balas Irhan dengan penuh gaya apatah lagi bila menyedari Nurin Alia yang di sukainya berada di sisi auntie cantik di hadapannya itu.

“Irhan kenapa ni?” soal satu suara dari belakang. Suara itu kedengaran cemas. Irhan pantas menoleh. Matanya bersinar melihat susuk tubuh itu.

“Daddy....” jerit Irhan. Pantas dia berlari dan memeluk tubuh lelaki itu. Lelaki itu menyambut terpaan Irhan pantas tubuh kecil itu di dukung. Kucupan-demi kucupan dihadiahkan pada pipi montel kesayangannya.

“miss u... daddy..” Irhan bersuara manja.

“Daddy miss u to... really miss u...” bisik lelaki itu. Tubuh kecil itu di dakap erat. Seminggu tidak mendengar celoteh dan melihat gelagat si comel itu benar-benar membuatkan dia kerinduan.

“Hhmm... maaf. Tadi anak encik terlanggar saya dan jatuh. Maafkan saya. Kalau anak encik ok saya pergi dulu..” tutur Nazrina. Ingin meminta diri. Rasanya tidak perlu untuk dia melihat drama sebabak antara anak dan ayah itu.

“maaf kan anak saya. Memang nakal dan aktif Irhan ni. Asyik berlari aja. Puas saya dan mama dia pesan. Langsung dia tak kisah. Maaf kalau Irhan menyusahkan puan...” bicara lelaki itu terhenti sebaik mata bertentang.

“Naz... U Naz kan?” soal lelaki itu teruja. Nazrina mengangguk. Bagaimana lelaki di hadapannya itu mengenalinya. Wajah itu langsung tiada dalam memorinya.

“ U tak kenal I? I Fikri. Ingat budak nerd kelas 5 sains 2..”

“Jap... U Fikri yang pakai cermin mata tebal rambut belah tengah tu?” Soal Nazrina teruja. Ya Allah kacaknya makhluk tuhan dihadapannya itu. Bagaikan langit bila diingatkan wajah dihadapannya dengan Fikri yang dikenalinya waktu sekolah menengah dahulu. berubah habis. Nazrina turut teruja.

“Semestinya... sekarang I dah hensomekan? Lebih hensome dari Irfan boyfriend U tu...” balas Fikri sambil ketawa.

“Hensomelah sangat... Irfan tu sekarang my husband tau... so please jangan kutuk-kutuk dia. Irhan ni anak U ke? Comel anak U,”

“Yes, my boy. My lovely boy.. n ci cantik manis sebalah U ni anak U ke?” balas Fikri.

“Yes my daughter. Nurin Alia. Nurin salam uncle sayang,” Nazrina memperkenalkan buah hatinya. Dengan tertib Nurin Alia menghulurkan tangan kecilnya untuk bersalam dengan Fikri. Fikri tersenyum. Tangannya mengusap kepala si kecil. Nurin Alia... ada rasa aneh bila mendengar nama itu. Nama yang selalu didengarinya tapi tak mungkin....

“Hhmm apa yang U fikirkan? Tergoda dengan ank I ke?” soal Nazrina bergurau. Fikri sekadar tersenyum.

“Daddy jom balik. Irhan miss mama...” tiba-tiba si kecil Irhan bersuara. Bosan mendengar perbualan yang langsung dia tak faham. Baik dia balik. Mesti mama masak sedap-sedap. Yummy... Irhan lapar la daddy...

“ni kad I. Jangan lupa contact I. Banyak yang I nak bualkan dengan U n Your lovely hubby. My boy ni dah rindu mama dia. Kami balik dulu. Kirim salam I pada Irfan...” Fikri meminta diri. Nazrina sekadar mengangguk dan ketawa. Mesti share dengan BFF dia nieh. Mesti mereka terkejut. Fikri si nerd dah jadi prince charming. Berita hangat nieh.




Tuesday, February 19, 2013

setulus kasih 3




sorry klu n3 ni pendek... tak kisahkan??? pendek @ panjang hana x janji tp akan cuba update selalu dan semoga anda semua tak jemu dengan karya2 hana... love u all. ha lagi satu jangan lupa komen tau... hana nak tau la jugak pandangan anda semuakan... untuk menambah baikkan karya hana lagi. (baca balik ----> alamak skemanya ayat)

hana nak minta tolong ni pada yg sudi... boleh tak tolong hana buatkan covers cerita ni coz tuan punya blog amat2lah lemah bab2 nie (muka dah merah----> malu. dalam hati ada ke yg sudi?) hahaha... lawak jer tp klu yang sudi leh post kat fb hana.


Nazrina merenung sayu wajah lelaki di hadapannya. Lelaki itu bagaikan hidup dalam dunianya sendiri. Dia sendiri tidak mengerti apa yang terjadi. Yang pasti sejak lelaki itu pulang bersama Nurin Alia si kecil yang amat comel di matanya, sikap lelaki itu perlahan-lahan berubah. Irfan semakin menjauh. Sering termenung malah adakalanya bila merenung si kecil Nurin, mata lelaki itu berkaca-kaca. Ada kepiluan yang terpamir di wajah itu.

“Mama, papa kenapa?” soal Nurin Alia. Si kecil itu kadang kala keliru dengan sikap papa. Kadang-kadang papa sangat mesra dan memanjakannya tapi adakalanya papa berubah dingin. Sangat dingin. Langsung tak pedulikannya.

“papa sakit sayang. Nurin dah makan?” soal Nazrina memandang wajah comel di hadapannya.

“Dah... dengan opah,” jawab Nurin Alia ceria. Terpamer lekuk di pipi Nurin Alia bila si kecil itu tersenyum. Nazrina tergamam. Sering kali bila melihat si kecil itu tersenyum, dia terbayangkan wajah Irfan. Persis sekali terutama lesung pipit di kedua belah pipi Nurin Alia. Malah iras wajah Alia sangat mirip wajah Irfan kecuali sepasang mata bewarna hazel milik si kecil. Cantik sekali. Malah Nazrina sedar Irfan sangat suka memandang mata Nurin Alia. Malah dia sedar adakalanya Irfan merenung mata si kecil seperti melepaskan kerinduan pada seseorang. Siapa?

Curiga? Ya adakalanya hatinya di pagut curiga juga. Benarkah Nurin Alia hanya anak angkat yang di serahkan seseorang kepada mereka? Entah mengapa jauh di sudut hati ada rasa tak enak yang bertamu. Adakalanya dirasakan Irfan seperti menyembunyikan sesuatu daripadanya. Dia cuba bersabar. Cuba berfikiran positif namun rasa curiga itu tetap bertamu. Apa lagi yang harus dia lakukan.

“mama..mama...” panggilan Nurin Alia mengembalikan Nazrina ke alam realiti.

“mama kenapa? Tak sihat erk?” soal Nurin Alia. Tangannya di letakkan di dahi mamanya. Sama seperti yang di lakukan mama bila dia demam.

“mama sihat. Mama Cuma berfikir je... mama fikir anak mama ni dah makin besar. Seronok tak pergi sekolah?” Nazrina bersuara ceria. Tak mahu si kecil bimbang.

“seronok. Nurin ada banyak kawan mama....” Nurin Alia terus bercerita. Gembira. Nazrina hanya ketawa mendengar celoteh si jantung hatinya. Terbang segala babanan perasaan kala mendengar hilai tawa suara si manjanya. Biarpun anak angkat, bukan dia yang mengandung dan melahirkan Nurin Alia tapi Nurin Alia tetap anaknya. Nyawanya. Tak dapat di bayangkan hidupnya tanpa Nurin Alia. Permata hatinya...

Monday, February 18, 2013

Rindu






hati rasa sayu... entah mengapa saat ini ada rindu untuk dia yang telah jauh pergi dan tak akan pernah kembali......sangat sangat merinduinya Al Fatihah...

Wednesday, February 13, 2013

setulus kasih 2




“Maafkan abang Lia. Abang dah tak sanggup untuk terus hidup dalam kepura-puraan lagi. Abang dah tak sanggup untuk menipu Nazrina lagi. Abang rasa cukup setakat ini sahaja. dengan ini abang lepaskan Alia dengan talak satu. Abang tak nak seksa Alia sebab abang tahu abang takkan mampu untuk cintakan Alia...” Irfan bersuara tenang. Alia tergamam. Hanya air jernih mengalir di pipi. Terasa sebeban batu menghempap tubuhnya. Hatinya terluka. Sangat terluka. Sampai hati Irfan. Inikah pengakhiran kisah mereka.

“Alia terima tapi satu pinta Lia, jangan pernah lupa beritahu anak Lia siapa ibu yang mengandung dan lahirkan dia sebab biar apa cara pun abang sembunyikan kebenaran siapa Lia pada abang dan anak kita Lia yakin kebenaran itu akan terbongkar juga...” ucap Alia tenang. Ada senyuman di bibirnya. Entah mengapa jauh di sudut hati dia tahu Irfan takkan mampu menyembunyikan apa yang berlaku selamanya.

Irfan terus melangkah. Tangisan Nurin Alia bergema. Tahu detik ini dia akan terpisah dengan ibunya. Alia menangis. Tangisan Nurin Alia amat memilukan hatinya. Anak mama... maafkan mama sayang... mama sangat cintakan papa sebab itu mama korbankan apa sahaja untuk dia yang mama cinta. Adakah mama bodoh sayang? Bodohkah mama yang mencintai dia yang tak menyintai mama? rintih hati Alia. Tangisannya bagaikan tiada penghujung.


Lima tahun berlalu

Nadim, jangan lari sayang jatuh nanti,” Alia bersuara tegas. Nadim yang sangat aktif kadang kala memenatkan tubuhnya. Ada sahaja yang ingin dilakukan oleh anak kecil itu.

“Nadim tahu mama tapi Nadim nak pergi toilet tak tahan dah ni,” jerit anak kecil itu. Beg sekolahnya di campakkan sahaja begitu juga dengan kasut mahupun stokin. Bersepah atas lantai sepanjang perjalanan ke tandas. Alia tersenyum melihat gelagat Nadim. Ada- ada sahaja si kecil itu. Perlahan dia mengutip semula barang-barang si kecil yang bertaburan atas lantai.

“Sorry mama...” tiba-tiba terdengar suara si kecil Nadim. Tangan comel itu turut membantu Alia mengutip stokin yang bertaburan lalu kasut di tangan Alia di ambil. Si kecil pantas meletakkan kasut di  rak belakang pintu manakala stokin di bawa ke bilik cucian. Memasukkan ke dalam mesin basuh.

“pandainya anak mama. Ni yang buat mama sayang sangat nieh...” ucap Alia lalu si kecil Nadim di bawa kedalam pelukan. Terasa pipinya di kucup si kecil.
“Nadim pun sayang mama. Sayang sangat...” balas si comel tersenyum manis. Alia ketawa. Bahagia. Si kecil jantung hatinya. Nyawanya. Segalanya hanya untuk Irhan Nadim.

Friday, January 25, 2013

perubahan nama watak setulus kasih

sorry watak hero untuk setulus kasih hana telah tukar kepada Irfan Khalis coz ada pembaca nama watak ni sama dengan watak seorg penulis lain... maaf sebab tak perasan persamaan watak tersebut. Zaim mengingatkan hana pada seseorg manakala Khalis adalah nama sepupu hana yang cute tapi sangat nakal... sorry again.....

Thursday, January 24, 2013

SETULUS KASIH



“maafkan mama sayang….” Alia memeluk erat tubuh kecil di dalam dukungannya itu. Tubuh yang masih merah itu di tatap sayu.Baru dua hari si kecil menjengah dunia dan kini terpaksa berpisah dengannya. Pedihnya hati seorang ibu namun dia tidak punya pilihan.
Suatu waktu dulu dia yakin, tidak akan ada rasa kasih pada si kecil itu. Namun detik ini keyakinan itu makin goyah. Naluri keibuannya begitu kuat tapi dia tak punya pilihan. Janji yang dilafazkannya dahulu perlu ditunaikan.

“Maafkan mama… Nurin Alia…” Nurin Alia,nama yang dia pilih untuk si kecil. Si jantung hati yang sentiasa menemaninya selama sembilan bulan dalam kandungan. Itu sahaja yang dia pinta. Biarlah dia yang memberi nama pada si kecil.

“sabar Lia… tak elok kau menangis bersedih macam ni…” pujuk Zakiah. Sahabat yang sentiasa ada di sisi di kala susahmahupun senang.

“aku tahu… tapi aku tak mampu….ni anak aku…”Alia masih erat memeluk tubuh si kecil.

“ aku faham Lia… dari dulu lagi aku dahnasihat. Aku nak kau fikir panjang tapi kau degil… ini yang aku paling takut,kau takkan mampu berpisah dengan dia dan hati kau akan terluka…” Zakiah bersuara sayu. Sedih melihat keadaan sahabatnya itu.

“aku cintakan dia Yah… sangat cintakan dia.Aku sanggup korbankan apa sahaja demi dia…” sayu suara Alia. Zakiah hanya mampumengeluh. Mengeluh mengenangkan kisah cinta Nadrah Alia… Kisah cinta yang tak kesampaian… kisah cinta yang hanya bertepuk sebelah tangan…


Irfan Khalish merenung wajah gembira di hadapannya. Gembira akhirnya impian untuk menjadi ibu akhirnya menjadi kenyataan. Dia tahu betapa besarnya harapan Nazrina untuk bergelar seorang ibu. Impian yang pernah hancur bila rahim Nazrina terpaksa di buang untuk mengelak kanser rahim yang dihadapi merebak.

Dia tahu, betapa sedihnya Nazrina kala itu. Berbulan lamanya Nazrina bermuram durja berendam air mata. Hati Irfan sendiri sakit bila melihat keadaan Nazrina kala itu. Bagaimana harus dia tersenyum melihat insan yang sangat di cintainya berduka. Lalu dia rela melakukan apa sahaja untuk mengembalikan senyuman wanita itu.

Demi kegembiraan Nazrina, dia berjanji untuk mengambil anak angkat. Namun jauh di sudut hatinya dia inginkan anak dari keturunannya sendiri. Dia nekad menggunakan Alia. Dia tahu Alia adik angkatnya itu sanggup lakukan apa sahaja untuknya. Alia yang sangat mencintainya sejak dari sekolah menengah. Mereka berkenalan tika dia di tingkatan lima manakala Alia hanya di tingkatan dua. Namun hubungan mereka terputus sebaik sahaja dia menamatkan alam persekolahannya.


Pertemuan semula hampir dua tahun yang lalu merubah semuanya. Merubah hidupnya dan Alia. Alia si anak yatim yang tak punya sesiapa selepas kematian kedua ibu bapanya lima tahun dahulu. alia yang sangat tulus. Alia yang setia pada cintanya. Kejamkah dia?



Dia hanya inginkan zuriat sendiri, lalu dalam diam dia mengahwini Alia hanya untuk zuriat impiannya bersama Nazrina. Pada Nazrina dikhabarkan ada kenalan yang tolong dia mencari anak angkat buat mereka dan keluarga itu sanggup menyerahkan anak pada mereka untuk dijadikan anak angkat kerana masalah kesempitan hidup. Nazrina menerima khabar itu penuh kegembiraan dan kesyukuran.


Irfan merenung wajah yang tenang dalam tidur. Tersenyum melihat wajah comel itu namun senyumannya sirna bila menyedari ada kesan air mata di pipi. Sesekali terdengar esakan kecil. Apa yang di sedihkan? Zaim kerut dahi. Wajah itu di renung teliti. Ada kesedihan di wajah yang tenang itu. Kenapa?


Alia tersedar dari lenanya bila terasa ada seseorang disisinya. Perit terasa mata bila di buka apatah lagi dalam keadaan bilik yang terang. Irfan berdiri di sisi katil. Sedang merenungnya dengan pandangan yang sangat lain. Wajah itu juga kelihatan resah.

“hhmm... bila abang datang? Maaf Lia tak sedar abang datang,” Alia bersuara perlahan. Irfan sekadar tersenyum hambar.


“Kenapa Lia menangis?” soal Irfan. Alia tersentak mendengar pertanyaan Irfan. Kelu lidahnya untuk bersuara.

“mana ada Lia menangis....” Alia bersuara perlahan. Cuba mengukir senyuman. Namun tetap hambar pada pandangan Irfan malah mata itu takkan mampu menipunya. Mata yang penuh kesedihan, penuh kelukaan. Mata cantik yang memukau pandangannya sedari dahulu. mata yang mengambarkan perasaan hati pemiliknya.


“Lia tak boleh tipu abang sebab mata Lia takkan mampu menipu...” Irfan bersuara perlahan. Tubuh Alia di hampiri. Tangannya mengusap kesan air mata di pipi.

“Ini takkan mampu menipu abang Lia.... apa yang mengganggu Lia? Lia tahukan Lia boleh cerita apapun pada abang. Abangkan abang Lia yang paling baik...” Irfan memeluk Alia. Cuba menenangkan Alia.

“Ya abang memang abang yang paling baik pada Lia tapi abang lupa abang suami Lia dan Lia isteri abang... Lia ni isteri bukannya adik abang... Lia isteri abang...abang suami Lia bukannya abang Lia. Lia Cuma nak suami Lia...” bisik Alia perlahan. Irfan terkedu mendengar bicara Alia itu.

ANDA SUKA