BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Pages

mereka yg amat hana sayangi

sekilas pandang



terima kasih pada yang sudi menjengah ceritera hatiku....

maaf sebab lambat hantar n3 baru kat blog ini
apapun kesudian anda menjengah ke sini membuatkan hana sangat terharu....
hope terhibur membaca karya hana yang tak seberapa ini....

salam sayang pada anda semua yang menyokong dan sudi menjengah ceritera hatiku

jangan lupa tinggalkan komen selepas baca ya...
semoga komen2 anda menambahkan lagi semangat hana untuk bekarya............

Sunday, February 24, 2013

setulus kasih 4



 selamat membaca n jangan lupa komen tau... sorry klu bab ni bosan sikit...

                                                             Irhan Nadim... comel tak????


Irhan Nadim ketawa riang. Leka bermain dengan rakan-rakannya sementara menanti kehadiran Alia untuk mengambilnya. Dalam leka berlari tanpa sedar dia melanggar seseorang. Anak kecil itu terjatuh. Pantas si kecil bangun. Tangannya mengusap perlahan seluar yang kotor.

“maaf Auntie, Irhan tak nampak auntie...” ucap Irhan Nadim sopan.

“Tak apa sayang. Sakit tak?” Soal Nazrina. Matanya merenung wajah kecil yang sangat comel itu. Mata sikecil seakan memukaunya. Persis Nurin Alia. Mata yang sama.

“Tak, Irhan kan hero. Setakat jatuh ni Irhan dah biasa,” balas Irhan dengan penuh gaya apatah lagi bila menyedari Nurin Alia yang di sukainya berada di sisi auntie cantik di hadapannya itu.

“Irhan kenapa ni?” soal satu suara dari belakang. Suara itu kedengaran cemas. Irhan pantas menoleh. Matanya bersinar melihat susuk tubuh itu.

“Daddy....” jerit Irhan. Pantas dia berlari dan memeluk tubuh lelaki itu. Lelaki itu menyambut terpaan Irhan pantas tubuh kecil itu di dukung. Kucupan-demi kucupan dihadiahkan pada pipi montel kesayangannya.

“miss u... daddy..” Irhan bersuara manja.

“Daddy miss u to... really miss u...” bisik lelaki itu. Tubuh kecil itu di dakap erat. Seminggu tidak mendengar celoteh dan melihat gelagat si comel itu benar-benar membuatkan dia kerinduan.

“Hhmm... maaf. Tadi anak encik terlanggar saya dan jatuh. Maafkan saya. Kalau anak encik ok saya pergi dulu..” tutur Nazrina. Ingin meminta diri. Rasanya tidak perlu untuk dia melihat drama sebabak antara anak dan ayah itu.

“maaf kan anak saya. Memang nakal dan aktif Irhan ni. Asyik berlari aja. Puas saya dan mama dia pesan. Langsung dia tak kisah. Maaf kalau Irhan menyusahkan puan...” bicara lelaki itu terhenti sebaik mata bertentang.

“Naz... U Naz kan?” soal lelaki itu teruja. Nazrina mengangguk. Bagaimana lelaki di hadapannya itu mengenalinya. Wajah itu langsung tiada dalam memorinya.

“ U tak kenal I? I Fikri. Ingat budak nerd kelas 5 sains 2..”

“Jap... U Fikri yang pakai cermin mata tebal rambut belah tengah tu?” Soal Nazrina teruja. Ya Allah kacaknya makhluk tuhan dihadapannya itu. Bagaikan langit bila diingatkan wajah dihadapannya dengan Fikri yang dikenalinya waktu sekolah menengah dahulu. berubah habis. Nazrina turut teruja.

“Semestinya... sekarang I dah hensomekan? Lebih hensome dari Irfan boyfriend U tu...” balas Fikri sambil ketawa.

“Hensomelah sangat... Irfan tu sekarang my husband tau... so please jangan kutuk-kutuk dia. Irhan ni anak U ke? Comel anak U,”

“Yes, my boy. My lovely boy.. n ci cantik manis sebalah U ni anak U ke?” balas Fikri.

“Yes my daughter. Nurin Alia. Nurin salam uncle sayang,” Nazrina memperkenalkan buah hatinya. Dengan tertib Nurin Alia menghulurkan tangan kecilnya untuk bersalam dengan Fikri. Fikri tersenyum. Tangannya mengusap kepala si kecil. Nurin Alia... ada rasa aneh bila mendengar nama itu. Nama yang selalu didengarinya tapi tak mungkin....

“Hhmm apa yang U fikirkan? Tergoda dengan ank I ke?” soal Nazrina bergurau. Fikri sekadar tersenyum.

“Daddy jom balik. Irhan miss mama...” tiba-tiba si kecil Irhan bersuara. Bosan mendengar perbualan yang langsung dia tak faham. Baik dia balik. Mesti mama masak sedap-sedap. Yummy... Irhan lapar la daddy...

“ni kad I. Jangan lupa contact I. Banyak yang I nak bualkan dengan U n Your lovely hubby. My boy ni dah rindu mama dia. Kami balik dulu. Kirim salam I pada Irfan...” Fikri meminta diri. Nazrina sekadar mengangguk dan ketawa. Mesti share dengan BFF dia nieh. Mesti mereka terkejut. Fikri si nerd dah jadi prince charming. Berita hangat nieh.




Tuesday, February 19, 2013

setulus kasih 3




sorry klu n3 ni pendek... tak kisahkan??? pendek @ panjang hana x janji tp akan cuba update selalu dan semoga anda semua tak jemu dengan karya2 hana... love u all. ha lagi satu jangan lupa komen tau... hana nak tau la jugak pandangan anda semuakan... untuk menambah baikkan karya hana lagi. (baca balik ----> alamak skemanya ayat)

hana nak minta tolong ni pada yg sudi... boleh tak tolong hana buatkan covers cerita ni coz tuan punya blog amat2lah lemah bab2 nie (muka dah merah----> malu. dalam hati ada ke yg sudi?) hahaha... lawak jer tp klu yang sudi leh post kat fb hana.


Nazrina merenung sayu wajah lelaki di hadapannya. Lelaki itu bagaikan hidup dalam dunianya sendiri. Dia sendiri tidak mengerti apa yang terjadi. Yang pasti sejak lelaki itu pulang bersama Nurin Alia si kecil yang amat comel di matanya, sikap lelaki itu perlahan-lahan berubah. Irfan semakin menjauh. Sering termenung malah adakalanya bila merenung si kecil Nurin, mata lelaki itu berkaca-kaca. Ada kepiluan yang terpamir di wajah itu.

“Mama, papa kenapa?” soal Nurin Alia. Si kecil itu kadang kala keliru dengan sikap papa. Kadang-kadang papa sangat mesra dan memanjakannya tapi adakalanya papa berubah dingin. Sangat dingin. Langsung tak pedulikannya.

“papa sakit sayang. Nurin dah makan?” soal Nazrina memandang wajah comel di hadapannya.

“Dah... dengan opah,” jawab Nurin Alia ceria. Terpamer lekuk di pipi Nurin Alia bila si kecil itu tersenyum. Nazrina tergamam. Sering kali bila melihat si kecil itu tersenyum, dia terbayangkan wajah Irfan. Persis sekali terutama lesung pipit di kedua belah pipi Nurin Alia. Malah iras wajah Alia sangat mirip wajah Irfan kecuali sepasang mata bewarna hazel milik si kecil. Cantik sekali. Malah Nazrina sedar Irfan sangat suka memandang mata Nurin Alia. Malah dia sedar adakalanya Irfan merenung mata si kecil seperti melepaskan kerinduan pada seseorang. Siapa?

Curiga? Ya adakalanya hatinya di pagut curiga juga. Benarkah Nurin Alia hanya anak angkat yang di serahkan seseorang kepada mereka? Entah mengapa jauh di sudut hati ada rasa tak enak yang bertamu. Adakalanya dirasakan Irfan seperti menyembunyikan sesuatu daripadanya. Dia cuba bersabar. Cuba berfikiran positif namun rasa curiga itu tetap bertamu. Apa lagi yang harus dia lakukan.

“mama..mama...” panggilan Nurin Alia mengembalikan Nazrina ke alam realiti.

“mama kenapa? Tak sihat erk?” soal Nurin Alia. Tangannya di letakkan di dahi mamanya. Sama seperti yang di lakukan mama bila dia demam.

“mama sihat. Mama Cuma berfikir je... mama fikir anak mama ni dah makin besar. Seronok tak pergi sekolah?” Nazrina bersuara ceria. Tak mahu si kecil bimbang.

“seronok. Nurin ada banyak kawan mama....” Nurin Alia terus bercerita. Gembira. Nazrina hanya ketawa mendengar celoteh si jantung hatinya. Terbang segala babanan perasaan kala mendengar hilai tawa suara si manjanya. Biarpun anak angkat, bukan dia yang mengandung dan melahirkan Nurin Alia tapi Nurin Alia tetap anaknya. Nyawanya. Tak dapat di bayangkan hidupnya tanpa Nurin Alia. Permata hatinya...

Monday, February 18, 2013

Rindu






hati rasa sayu... entah mengapa saat ini ada rindu untuk dia yang telah jauh pergi dan tak akan pernah kembali......sangat sangat merinduinya Al Fatihah...

Wednesday, February 13, 2013

setulus kasih 2




“Maafkan abang Lia. Abang dah tak sanggup untuk terus hidup dalam kepura-puraan lagi. Abang dah tak sanggup untuk menipu Nazrina lagi. Abang rasa cukup setakat ini sahaja. dengan ini abang lepaskan Alia dengan talak satu. Abang tak nak seksa Alia sebab abang tahu abang takkan mampu untuk cintakan Alia...” Irfan bersuara tenang. Alia tergamam. Hanya air jernih mengalir di pipi. Terasa sebeban batu menghempap tubuhnya. Hatinya terluka. Sangat terluka. Sampai hati Irfan. Inikah pengakhiran kisah mereka.

“Alia terima tapi satu pinta Lia, jangan pernah lupa beritahu anak Lia siapa ibu yang mengandung dan lahirkan dia sebab biar apa cara pun abang sembunyikan kebenaran siapa Lia pada abang dan anak kita Lia yakin kebenaran itu akan terbongkar juga...” ucap Alia tenang. Ada senyuman di bibirnya. Entah mengapa jauh di sudut hati dia tahu Irfan takkan mampu menyembunyikan apa yang berlaku selamanya.

Irfan terus melangkah. Tangisan Nurin Alia bergema. Tahu detik ini dia akan terpisah dengan ibunya. Alia menangis. Tangisan Nurin Alia amat memilukan hatinya. Anak mama... maafkan mama sayang... mama sangat cintakan papa sebab itu mama korbankan apa sahaja untuk dia yang mama cinta. Adakah mama bodoh sayang? Bodohkah mama yang mencintai dia yang tak menyintai mama? rintih hati Alia. Tangisannya bagaikan tiada penghujung.


Lima tahun berlalu

Nadim, jangan lari sayang jatuh nanti,” Alia bersuara tegas. Nadim yang sangat aktif kadang kala memenatkan tubuhnya. Ada sahaja yang ingin dilakukan oleh anak kecil itu.

“Nadim tahu mama tapi Nadim nak pergi toilet tak tahan dah ni,” jerit anak kecil itu. Beg sekolahnya di campakkan sahaja begitu juga dengan kasut mahupun stokin. Bersepah atas lantai sepanjang perjalanan ke tandas. Alia tersenyum melihat gelagat Nadim. Ada- ada sahaja si kecil itu. Perlahan dia mengutip semula barang-barang si kecil yang bertaburan atas lantai.

“Sorry mama...” tiba-tiba terdengar suara si kecil Nadim. Tangan comel itu turut membantu Alia mengutip stokin yang bertaburan lalu kasut di tangan Alia di ambil. Si kecil pantas meletakkan kasut di  rak belakang pintu manakala stokin di bawa ke bilik cucian. Memasukkan ke dalam mesin basuh.

“pandainya anak mama. Ni yang buat mama sayang sangat nieh...” ucap Alia lalu si kecil Nadim di bawa kedalam pelukan. Terasa pipinya di kucup si kecil.
“Nadim pun sayang mama. Sayang sangat...” balas si comel tersenyum manis. Alia ketawa. Bahagia. Si kecil jantung hatinya. Nyawanya. Segalanya hanya untuk Irhan Nadim.

ANDA SUKA