BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Pages

mereka yg amat hana sayangi

sekilas pandang



terima kasih pada yang sudi menjengah ceritera hatiku....

maaf sebab lambat hantar n3 baru kat blog ini
apapun kesudian anda menjengah ke sini membuatkan hana sangat terharu....
hope terhibur membaca karya hana yang tak seberapa ini....

salam sayang pada anda semua yang menyokong dan sudi menjengah ceritera hatiku

jangan lupa tinggalkan komen selepas baca ya...
semoga komen2 anda menambahkan lagi semangat hana untuk bekarya............

Thursday, November 29, 2012

RAHSIA HATI HANIM i




Linda merenung pemandangan di hadapannya. Taman permainan itu riuh dengan jeritan dan suara kanak-kanak yang leka bermain. Sesekali bibirnya terukir senyuman melihat telatah kanak-kanak di situ. Gembira. Hanya di sini dia dapat melupakan seketika masalah yang melanda. Hatinya tenang melihat senyuman kanak-kanak yang leka bermain. Bahagianya mereka tanpa ada sebarang masalah.

 Sesekali dia rindukan kenangan zaman kecilnya. Zaman yang sangat indah sehinggalah semuanya berakhir dengan kemalangan yang meragut ke dua ibu bapanya. Lalu dia dititipkan di bawah jagaan mak long sekeluarga. Disitulah bermulanya derita hidupnya. Maklong hanya inginkan pampasan insuran kematian ibu dan bapanya sahaja. dia di dera mental dan fizikal. Malah dia hampir di perkosa sepupu sendiri. Mujurlah dia dapat melarikan diri.

Dalam pelarian itu dia diselamatkan sepasang suami isteri. Hidupnya kembali bercahaya. Namun malang sekali menimpa bila mereka juga meninggalkan dirinya dalam satu kejadian rompakan di kediaman mereka saat dia menjejak kaki ke universiti. Dia kembali merenung nasib diri. Mengapa mereka yang dia sayang harus tinggalkannya. Dunia ini memang tak adil atau benarkah kata-kata maklong suatu ketika dulu. Dia pembawa sial. Benarkah? Mujurlah dia dipertemukan dengan Aizad ketika di universiti. Lelaki itu benar-benar mengetuk pintu hatinya. Sentiasa di sisi saat susah dan senang.

 Dunianya makin beerti bila mendapat peluang dalam dunia modeling. Langkahnya makin ligat. Dia semakin tamak. Dia mula lupa diri. Aizad tak mampu lagi memuaskan hatinya. Dia makin ligat memburu wang dan nama sehingga lupa siapa dirinya.

Wednesday, November 28, 2012

rahsia hati hanim


ppssttt!!! tak kisahkan klu hana post sambungan cerita hati hanim pendek2 dan Insyaallah akan sentiasa update. doakan k... jangan lupa komen tau. sayang kamu semua... ; ) Hanim tersenyum melihat telatah Amar. Sejak dia hamil, Amar makin manja dengannya. Ada sahaja keletahnya untuk menarik perhatian Hanim malah asyik nak berdukung sahaja. Hanim hanya turutkan sahaja namun mengundang keriasuan pada seisi keluarga terutamanya opah. Manataknya, Amar sekarang makin montel. Hanim pun dah tak mampu dukung Amar lama-lama. Lenguh tangan dan sedikit termengah di buatnya. Aizad makin ceria. Masanya banyak diisi dengan anak isteri bersama anak dan isteri hingga adakalanya Hanim naik rimas pula. Namun jauh di sudut hati Hanim rasa gembira walaupun masih terselit keraguan dihatinya. Manakah penamat kisahnya dengan Aizad. “Umi amar ni termenung ingat siapa,” Opah menegur Hanim. Amar pula hanya ketawa dalam pelukan opah. “Opah... maaf Hanim tak perasan opah duduk kat sebelah,” jawab Hanim. Mukanya agak kemerahan. Malu tertangkap ketika sedang berangan. “Apa yang Hanim fikir? Jauh benar menungnya. Ingatkan siapa?” soal Opah. Risau pula hatinya melihat Hanim termenung jauh. “Hanim ingatkan mama. Fikirkan masa depan dan banyak lagilah. Paling penting Hanim fikirkan baby dalam ni?” jawab Hanim mengusap perutnya perlahan. Teringat pertemuan dengan seseorang. Tapi tak mungkin, sangkal hati kecilnya. Wajah perempuan hamil itu persis Linda. Hanim tidak pasti namun hatinya rasa tak enak. Linda hamil? Kalau hamil anak siapa yang Linda kandungkan? Hanim beristifar. Berusaha menghalang sangkaan buruk dari ruang fikiran. Menyedapkan hati sendiri. Dia tahu Aizad bukan lelaki seperti itu, senakal-nakal Aizad, dia tahu suaminya itu tetap berpegang teguh pada ajaran Islam. Tapi benarkah begitu? “Dah lah, tak ada apa yang nak dirisaukan. Opah tak nak Hanim fikir bukan-bukan. Walau apa terjadi Hanim menantu kesayangan kami semua dan cucu yang paling opah sayang tau,” Opah memaut bahu Hanim. Cuba meredakan gundah di hati Hanim. ........................................................................................................................................

salam............

dah lama rasanya blog hana ni bersawangkan... entah ada yang sudi menjengah lagi x? mungkin dah x ada yg sudi menjenguk... x apalah apatah lg blog ni pun sunyi dari karya2 baru. maaf kerana buat pembaca (kalau ada) tertunggu sambungan cerita2 disini. bkn niat hati tapi entah mengapa sejak dua menjak ni otak jadi tepu... segala idea bagaikan hilang. jari jemari kaku di hadapan lappy. agaknya dah lama tidak menulis kot. sedangkan idea ada tapi rasa sukar untuk hana luahkan dalam bentuk penulisan. maaf dan maaf lagi... doakan hana diberi kekuatan sekali lagi untuk melakar pengakhiran kisah-kisah disini. salam sayang hana buat anda semua... terima kasih pada yang sudi membaca nota pendek ini. n jangan lupa komen tau... (nak komen apa? sedangkan x ada karya baru) n hana bukannya seorg yg mesrakan sebab x penah balas komen2 yg diberi... bukan x hargai ya komen anda semua malah komen2 tersebut pembakar semangat hana utk bekarya tapi hana memang seorg yg x mesra di alam maya tp terlebih ramah diluar... ok lah tak nak bebel panjang2 tp x ada isi pun. so selamat malam semua n Insyaalah hana akan cuba sambung semula cerita disini... doakan hana ya...

ANDA SUKA