BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Pages

mereka yg amat hana sayangi

sekilas pandang



terima kasih pada yang sudi menjengah ceritera hatiku....

maaf sebab lambat hantar n3 baru kat blog ini
apapun kesudian anda menjengah ke sini membuatkan hana sangat terharu....
hope terhibur membaca karya hana yang tak seberapa ini....

salam sayang pada anda semua yang menyokong dan sudi menjengah ceritera hatiku

jangan lupa tinggalkan komen selepas baca ya...
semoga komen2 anda menambahkan lagi semangat hana untuk bekarya............

Monday, February 20, 2012

TEASER PILIHAN HATI EDISI NOVEL

PILIHAN HATI EDISI NOVEL

maaf ya semua pembaca. cerita yg ada pun x habis lagi hana dah nak buat cerita baru. sorry k. skrg tengah fokus ngan kerja n cerita pilihan hati. ada kawan yg kata mengapa x jadikan pilihan hati novel jer. jln cerita pun dah ok. hana nak minta pandangan kawan-kawan pembaca semua ok tak klu hana jadikan pilihan hati ni edidi novel ???

PROLOG

Ada sebak bermukim dihati. Kemeriahan suasana seolah tidak berbekas dihati. Matanya merenung jari jemari yang merah berinai. Beberapa detik lagi statusnya akan bertukar. Dari cik ke puan. Tersenyum, cuba menutup resah di hati. Kegembiraan sanak saudara sahabat handai di pandang hambar. Semua berkata dia bertuah memiliki lelaki itu. Bertuah menjadi pilihan keluarga Datuk Malik dan Datin Zahira buat anak teruna mereka. Syafik Adham, cinta pertamanya.

Hatinya telah lama dia serahkan pada lelaki itu sejak kali pertama mereka bersua. Aneh bukan tapi itulah hakikat sebenarnya. Dalam hanya sesaat dia seakan terpukau oleh lelaki itu. Tapi sayang... dia bukannya pilihan lelaki itu. Perit rasa hati bila sahabat baik abangnya itu hanya menganggap dia sebagai adik. Hanya adik kepada sahabat baiknya. Tak lebih dari itu.

Namun takdir yang tertulis membuatkan hubungan mereka berubah. Walau dia berusaha untuk membahagiakan lelaki itu namun dia masih lemah. Akhirnya dia akur juga pada ketentuan Tuhan. Akur pada kehendak mak dan ayah. Mana mungkin dia menghancurkan hati mereka yang paling bermakna dalam hatinya. Biarlah dia berkorban untuk mereka yang amat dia sayangi.

“Aku terima nikahnya Rania Shahira..........” dan dia tidak mendengar apa-apa lagi. Fikirannya kosong. Bagaimana harus dia melalui kehidupan bersama-sama dengan orang yang tidak mencintainya. Rania keliru. Baru sahaja di titik mula, tapi dia sudah tidak piunya keyakinan untuk meraih cinta lelaki itu. Masih terngiang-ngiang bicara lelaki itu di telinganya...

“Maafkan abang Fik, abang hanya anggap Nia adik sahaja, adik kepada kawan baik abang. Tak lebih dari itu. Cinta abang hanya milik Azura. Hanya Azura tidak ada yang lain...” dan bicara itulah yang telah merobek sekeping hatinya. Luka yang amat dalam sehingga dia sendiri tidak tahu bagaimana untuk bereaksi. Pedih hatinya, luluh jiwanya bila lelaki yang di cintai tidak langsung mencintainya. Hanya dia mengayam angan-angan sendiri dan kini angan-angannya pecah berderai.

“Nia... ready pengantin lelaki dah nak masuk batalkan air sembahyang,” bisikan dari Shira sepupunya membawa pergi peristiwa semalam dari ingatannya. Hanya senyuman hambar mampu diberi kepada sanak saudara yang mula memenuhi ruangan biliknya itu.

Nia hanya menunduk. Tidak sanggup bertentang mata dengan Syafik Adham. Entah apa perasaan lelaki itu. Bencikah lelaki itu padanya? Mungkin juga kerana dia menyebabkan impian lelaki itu untuk bersama-sama dengan Azura terkubur.
Dalam keresahan menghimpit jiwa, tangannya Syafik Adham disambut. Lalu dirinya tunduk mencium tangan lelaki itu. Dan terasa sejuk dahinya di kucup lelaki itu. Air matanya mengalir tanpa di pinta saat ubun-ubunnya di kucup lelaki yang paling di cintainya yang kini telah sah menjadi suaminya.

Dalam rasa kekok, Rania dan Syafik Adham terpaksa menggayakan pelbagai aksi seperti yang di minta jurukamera. Semuanya atas permintaan Datin Zahira. Ibu mertuanya beria-ia betul untuk mengambil pakej tersebut. Katanya untuk kenang-kenangan untuk anak cucu mereka nanti. Apatah lagi hanya Syafik Adham satu-satunya anak lelaki yang dia ada. Jadi dia mahukan yang terbaik untuk anak lelakinya itu.

2 comments:

blinkalltheday said...

wah...nice intro...akan follow cite ni..

hani said...

suka2.... & best sangat2....andai jdikan novel..sokong sepenuhnya...baru rasa puas dihati.. dpt menghayati citer kehidupan rania & syafik...teruskan....!!!!!!!

ANDA SUKA