BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Pages

mereka yg amat hana sayangi

sekilas pandang



terima kasih pada yang sudi menjengah ceritera hatiku....

maaf sebab lambat hantar n3 baru kat blog ini
apapun kesudian anda menjengah ke sini membuatkan hana sangat terharu....
hope terhibur membaca karya hana yang tak seberapa ini....

salam sayang pada anda semua yang menyokong dan sudi menjengah ceritera hatiku

jangan lupa tinggalkan komen selepas baca ya...
semoga komen2 anda menambahkan lagi semangat hana untuk bekarya............

Saturday, February 18, 2012

SEDUTAN KEYAKINAN CINTA PART 2


SEDUTAN KEYAKINAN CINTA PART 2



“Ya Allah Aya, Ziyad… kat sini rupanya. Puas mama cari…” Sheila bersuara lega melihat Rohaya dan Ziyad. Langsung dia tidak peduli beberapa orang yang turut berada di situ bersama Rohaya dan Ziyad. Kawan Rohaya agaknya… fikir Sheila.

“mama….” Ziyad terus menerpa kea rah Sheila. Langkah yang laju menyebabkan kaki yang cedera sakit semula. Ziyad terus menangis.

“kenapa sayang?” Sheila bertanya cemas. Ziyad yang menangis di dukung. Cuba memujuk anak terunanya itu.

“Kaki akit… Ziyad jatuh…” Ziyad mengadu pada mamanya. Pantas Sheila duduk dan melihat kaki Ziyad. Sudah bertampal dengan plaster.

“kak Sheila… tadi Ziyad lari pastu jatuh. Tu yang kaki dia luka. Nasib baik ada Encik Along, dia yang pujuk Ziyad dari buat konsert mega kat sini, dia juga yang rawat kaki Ziyad” terang Rohaya. Matanya masih lagi terarah pada Sheila yang masih memeriksa tubuh anaknya itu. Ziyad pula tak habis-habis menangis dan merengek. Encik Along pula masih diam kaku memerhati wajah Sheila.

“Kakak ni mama Ziyad erk?” Shira menegur ramah. Cantiknya mama Ziyad. Patutlah Ziyad comel. Nampak sayang sangat mama Ziyad ni pada anak dia. Tak habis-habis belek tubuh Ziyad.

“Errr…” Sheila baru sedar. Dia bukan sahaja bersama-sama dengan Rohaya dan Ziyad. Masih ada beberapa orang lagi bersama mereka. Merah muka Sheila bila menyedari semua mata memandang ke arahnya dan Ziyad.

“Terima kasih sebab tolong Ziyad. Kami pergi dulu ya,” Sheila segera meminta diri. Ingin terus pergi dari situ apatah lagi bila menyedari pandangan Encik Along. Ada resah di hatinya. Pertemuan ini tidak sepatutnya terjadi.

…………………………………………………………………………………………

Hadif merenung wajahnya di cermin. Banyak persoalan yang menerpa benaknya. Wajah Sheila dan si kecil Ziyad silih berganti di matanya. Tahi lalat di belakang telinganya di usap. Tiada siapa yang tahu mengenai tahi lalat di belakang telinganya kecuali mama tapi bagaimana Sheila boleh tahu? Hatinya resah. Entah mengapa jauh di sudut hatinya dia ingin mempercayai cerita wanita itu. Benarkah Sheila isterinya. Hadif memicit kepalanya yang sakit. Itulah yang akan dia alami bila cuba mengingati kisah silamnya. Akhirnya tubuhnya di rebahkan ke katil. Ingin tidur agar kesakitan di kepalanya berlalu pergi.

“Abang yakin dengan jalan yang kita pilih ni? Sayang takut. Sayang takut jika abang mungkir janji. Bagaimana dengan sayang?” perempuan itu bersuara resah. Ada bimbang di hatinya walaupun dia sangat gembira dengan apa yang di laluinya. Hidupnya telah berubah. Dua jam lalu dia masih bergelar cik dan kini dia telah bergelar Puan. Isteri pada Encik Akashah yang amat dicintainya.

“Abang yakin, percayalah ini yang terbaik. Abang tak boleh hilang sayang. Balik Malaysia nanti kita terus terang kat famili kita. Abang yakin mereka dapat terima. Lagipun pengajian abang dan sayang akan tamat tiga bulan lagi,” pujuk si lelaki.

“Sayang yakin dengan abang. Sayang harap kita akan bahagia selama-lamanya…” Perempuan itu memeluk erat si lelaki. Lelaki itu tersenyum. Dakapan si isteri di balas erat. Satu ciuman dihadiahkan di ubun-ubun si isteri. Itu juga doanya. Moga ikatan ini berkekalan selamanya.


Hadif meraup wajahnya. Peluh di dahi di kesat. Mimpi itu kembali lagi dan bayangan kali ini makin jelas. Wajah-wajah itu juga jelas di matanya. Benarkah? Hadif terus berfikir. Dia harus mencari jawapannya.

……………………………………………………………………………………

MAAF SEBAB LAMBAT UPDATE CERITA NI BECOZ HANA SIBUK SANGAT2 BUAT MASA INI. APAPUN ENJOY DENGAN SEDIKIT TEASER KEYAKINAN CINTA....

2 comments:

Anonymous said...

sambung la cepat2.bdebar2 nak tau cetanya..da lama tunggu.

Anonymous said...

sambung lah cepat2...x sabar nak tau...RAHSIA HATI HANIM bile nak smbung???

ANDA SUKA