BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Pages

mereka yg amat hana sayangi

sekilas pandang



terima kasih pada yang sudi menjengah ceritera hatiku....

maaf sebab lambat hantar n3 baru kat blog ini
apapun kesudian anda menjengah ke sini membuatkan hana sangat terharu....
hope terhibur membaca karya hana yang tak seberapa ini....

salam sayang pada anda semua yang menyokong dan sudi menjengah ceritera hatiku

jangan lupa tinggalkan komen selepas baca ya...
semoga komen2 anda menambahkan lagi semangat hana untuk bekarya............

Tuesday, February 28, 2012

keyakinan cinta part 2

keyakinan cinta part 2.

sorry hari tu janji cerita ni akan tamat part 2 tapi memandangkan hana agak busy hana akan sambung nanti. apapun terimalah kehadiran cinta part 2. maaf klu tak menarik n tak memuaskan hati anda semua. komen dan pandangan anda amat hana hargai jadi rajin-rajinlah beri komen untuk karya hana ya... love u all yang membaca cerita hana... salam rindu dari hana untuk semua pembaca yang amat hana sayangi.

“Ya Allah Aya, Ziyad… kat sini rupanya. Puas mama cari…” Sheila bersuara lega melihat Rohaya dan Ziyad. Langsung dia tidak peduli beberapa orang yang turut berada di situ bersama Rohaya dan Ziyad. Kawan Rohaya agaknya… fikir Sheila.

“mama….” Ziyad terus menerpa kea rah Sheila. Langkah yang laju menyebabkan kaki yang cedera sakit semula. Ziyad terus menangis.

“kenapa sayang?” Sheila bertanya cemas. Ziyad yang menangis di dukung. Cuba memujuk anak terunanya itu.

“Kaki akit… Ziyad jatuh…” Ziyad mengadu pada mamanya. Pantas Sheila duduk dan melihat kaki Ziyad. Sudah bertampal dengan plaster.

“kak Sheila… tadi Ziyad lari pastu jatuh. Tu yang kaki dia luka. Nasib baik ada Encik Along, dia yang pujuk Ziyad dari buat konsert mega kat sini, dia juga yang rawat kaki Ziyad” terang Rohaya. Matanya masih lagi terarah pada Sheila yang masih memeriksa tubuh anaknya itu. Ziyad pula tak habis-habis menangis dan merengek. Encik Along pula masih diam kaku memerhati wajah Sheila.

“Kakak ni mama Ziyad erk?” Shira menegur ramah. Cantiknya mama Ziyad. Patutlah Ziyad comel. Nampak sayang sangat mama Ziyad ni pada anak dia. Tak habis-habis belek tubuh Ziyad.

“Errr…” Sheila baru sedar. Dia bukan sahaja bersama-sama dengan Rohaya dan Ziyad. Masih ada beberapa orang lagi bersama mereka. Merah muka Sheila bila menyedari semua mata memandang ke arahnya dan Ziyad.

“Terima kasih sebab tolong Ziyad. Kami pergi dulu ya,” Sheila segera meminta diri. Ingin terus pergi dari situ apatah lagi bila menyedari pandangan Encik Along. Ada resah di hatinya. Pertemuan ini tidak sepatutnya terjadi.

…………………………………………………………………………………………

Hadif merenung wajahnya di cermin. Banyak persoalan yang menerpa benaknya. Wajah Sheila dan si kecil Ziyad silih berganti di matanya. Tahi lalat di belakang telinganya di usap. Tiada siapa yang tahu mengenai tahi lalat di belakang telinganya kecuali mama tapi bagaimana Sheila boleh tahu? Hatinya resah. Entah mengapa jauh di sudut hatinya dia ingin mempercayai cerita wanita itu. Benarkah Sheila isterinya. Hadif memicit kepalanya yang sakit. Itulah yang akan dia alami bila cuba mengingati kisah silamnya. Akhirnya tubuhnya di rebahkan ke katil. Ingin tidur agar kesakitan di kepalanya berlalu pergi.

“Abang yakin dengan jalan yang kita pilih ni? Sayang takut. Sayang takut jika abang mungkir janji. Bagaimana dengan sayang?” perempuan itu bersuara resah. Ada bimbang di hatinya walaupun dia sangat gembira dengan apa yang di laluinya. Hidupnya telah berubah. Dua jam lalu dia masih bergelar cik dan kini dia telah bergelar Puan. Isteri pada Encik Akashah yang amat dicintainya.

“Abang yakin, percayalah ini yang terbaik. Abang tak boleh hilang sayang. Balik Malaysia nanti kita terus terang kat famili kita. Abang yakin mereka dapat terima. Lagipun pengajian abang dan sayang akan tamat tiga bulan lagi,” pujuk si lelaki.

“Sayang yakin dengan abang. Sayang harap kita akan bahagia selama-lamanya…” Perempuan itu memeluk erat si lelaki. Lelaki itu tersenyum. Dakapan si isteri di balas erat. Satu ciuman dihadiahkan di ubun-ubun si isteri. Itu juga doanya. Moga ikatan ini berkekalan selamanya.


Hadif meraup wajahnya. Peluh di dahi di kesat. Mimpi itu kembali lagi dan bayangan kali ini makin jelas. Wajah-wajah itu juga jelas di matanya. Benarkah? Hadif terus berfikir. Dia harus mencari jawapannya.

…………………………………………………………………………………………..

Elia tunduk. Wajahnya pucat. Wajah Hadif yang merenungnya tajam sedikit menggusarkan hatinya. Kertas-kertas yang berselerakan atas meja di pandang. Kertas-kertas yang penuh dengan bukti-bukti yang tak mampu disangkal lagi. Shira hanya memandang malas nak campur. Tambahan pula sejak dahulu lagi dia tidak sukakan Elia namun dia menerima bila abangnya memilih wanita itu.

Walau apapun dalam dia dia turut menyiasat wanita tersebut. Entah mengapa dia dapat rasakan ada yang tak kena sejak kemalangan yang menimpa abangnya. Kemalangan yang menyebabkan abangnya hilang ingatan. Jauh di sudut hatinya, Shira dapat rasakan Elia seakan mengambil kesempatan atas apa yang berlaku.

Rasa hatinya turut di kongsi bersama-sama abang Mus dan abang Rezanya. Mereka juga turut berkongsi rasa yang sama dengannya. Apatah lagi along mereka ada memberitahu mengenai wanita istimewa dalam hidupnya. Yang pasti wanita itu bukan Elia. Elia hanya teman. Teman sekuliah. Tak lebih dari itu. Wanita itu hanya di kenali dengan nama S. Bila ditanya pada along, along hanya memberitahu sampai waktunya along akan kenalkan dia yang teristimewa pada mereka.

Segala jejak along ketika belajar mereka susuri. Kawan-kawan along juga mereka temui. Dan akhirnya kebenaran terserlah jua. Termasuk lah pembohongan yang Elia lakukan mereka bongkar. segala bukti mereka kumpul. Sebab Shira tahu, tanpa bukti along tak akan mempercayai mereka apatah lagi dengan pembohongan Elia dan teman-teman Elia. Teman yang Elia bayar untuk menyakinkan along mereka sepasang kekasih.

Pencarian mereka berakhir. S juga telah mereka temui. Lalu percutian ini adalah alasan terakhir mereka. Percutian ini hanya alasan. Hanya dengan menemukan along dengan S sahaja jalan penyelesaian yang mereka ada. Mujur Rohaya sudi membantu. Lalu segalanya terjadi seperti yang dirancang. Alhamdulilah… Syira bersyukur apa yang mereka tiga beradik rancangkan berlaku dengan jayanya.

Sheila kakak ipar mereka, isteri along terkejut dengan kedatangannya sebulan lalu. Apabila diceritakan apa yang berlaku, wanita itu hanya menangis. Dan saat matanya memandang gambar si comel. Hatinya makin yakin. Persis along. Akhirnya wanita itu setuju juga dengan rancangan mereka. Alhamdulilah semuanya dipermudahkan oleh Nya.

“I tak tahu… apa semua nii… I yakin adik-adik You yang rancang semua ni. Merekakan tak sukakan I…” Elia bersuara perlahan. Ada getar di hati namun dia takkan mengalah dengan mudah. Dia cintakan Hadif. Dia akan lalulan apa sahaja untuk dapatkan Hadif. Hadif harus jadi miliknya. Hanya miliknya.

“Habis you nak beritahu adik-adik I tipu I? You memang kejam. I tak sangka I adfa kawan macam you. Dan untuk pengetahuan You ingatan I makin pulih dan hanya ingat you sekadar kawan sahaja. Kawan sekuliah sahaja. Tak lebih dari itu,” Hadif bersuara tegas. Matanya memandang wajah Elia yang makin pucat.

“Shira tak tahulah kak Elia ni perempuan jenis apa? Pentingkan diri. Sanggup pisahkan isteri dari suaminya. Pisahkan anak dari papanya. Memang kejam. Memang patut along tak pilih kak Elia..” Shira bersuara sinis. Matanya merenung tajam wajah Elia. Benci.

“maafkan I… I cintakan you Dif. Sangat cintakan you. I tak boleh biar sesiapaun memiliki you. You hanya milik I…”

“Cinta? Ini bukan Cinta Elia. Ini hanya ego dan obsesi you Elia. Ego You yang tak dapat terima bila I tolak cinta you. You terlalu obsess dengan cinta you… maafkan I… Buatlah apapun I tak mungkin akan cintakan you,” hadif bersuara tegas. Tangisan Elia makin menggila.

“Tak… You cintakan I. kita kan tetap bersama. I akan musnahkan apa sahaja yang menghalang kita…” Elia pantas berlari keluar. Hadif terdiam. Tergamam melihat tingkah Elia. Entah mengapa dia rasa bimbang tiba-tiba. Sheila…

Hadif pantas berlalu. Tergesa-gesa. Bimbang jika Elia mengapa-apakan Sheila. Dia kenal Elia. Elia mampu lakukan apa sahaja untuk dapatkan apa yang diingininya.

“abang nak kemana?” Shira bersuara. Aneh melihat abangnya tergesa-gesa keluar.

“Sheila… abang nak cari kak Sheila. Abang takut perempuan gila tu apa-apakan Sheila dengan Ziyad,” Hadif bersuara cemas.

“ok… Shira call abang Mus dan abang Reza. Beritahu apa jadi. Apa-apa hal abang call Shira,” ucap Shira sebelum kelibat Hadif hilang dari pandangannya.

1 comments:

Ruunna Qizbal said...

best sngat2.. smbng lgi ya

ANDA SUKA