BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Pages

mereka yg amat hana sayangi

sekilas pandang



terima kasih pada yang sudi menjengah ceritera hatiku....

maaf sebab lambat hantar n3 baru kat blog ini
apapun kesudian anda menjengah ke sini membuatkan hana sangat terharu....
hope terhibur membaca karya hana yang tak seberapa ini....

salam sayang pada anda semua yang menyokong dan sudi menjengah ceritera hatiku

jangan lupa tinggalkan komen selepas baca ya...
semoga komen2 anda menambahkan lagi semangat hana untuk bekarya............

Thursday, December 29, 2011

tentang dhia




sebuah kisah yang menjadi kegilaan buat masa ini termasuklah dengan tuan punya blog. hana rasa ini lakonan terbaik nora danish setakat ini. menangis sepanjang minggu nieh. sian dhia.

ending yang agak mengecewakan hana, rasanya ada juga diluar sana yang setuju ending citer nie x best langsung. sapa setuju angkat tangan... hahahaha. ending yang dilakukan tergesa-gesa. kiura hero n heroin mati habis cerita. ku salmi yang jahat giler tueh x der lak pembalasan yang setimpal. apapun part seperti gambat di atas (formal gila ayat) memang shahdu... so sweat. cinta sejati hingga akhir hayat. hanya maut yang memisahkan mereka:(

apapun tahniah nora.. lakonan anda memang terbaik terrutama part menangis. so real n membuatkan hana juga menangis:(

Thursday, November 24, 2011

CERPEN : KEYAKINAN CINTA (PART 1)

CERPEN : KEYAKINAN CINTA (PART 1)

KISAH PENDEK JER. NANTI HANA MASUKKAN PART 2 (LAST N3) UTK CERPEN NIE. HOPE ENJOY.



Sheila merenung tak percaya wajah dihadapannya. Wajah dihadapannya hanya tenang. Sheila mengeluh perlahan. Bagaikan mimpi. Benarkah? Wanita di sebelah lelaki itu pula kelihatan gelisah.

“Maaf Puan Sheila. Saya rasa awak tersilap orang. Maafkan saya. Saya Hadif. Muhammad Hadif bukannya suami Puan Sheila, Akashah” lelaki itu berkata tenang. Ada simpati dihatinya. Namun apakan daya. Dia bukannya Akashah. Dia hanyalah Hadif.

“Baiklah saya terima. Maafkan saya kerana mengganggu masa Encik Hadif. Saya hanya ingin beritahu satu perkara sahaja, seandainya awak Akashah pasti akan ada tahi lalat di belakang telinga awak dan satu parut memanjang dip aha awak. Selamat tinggal,” Sheila terus bangun. Tidak ingin terus berlama di situ. Biarlah lelaki itu menafikannya. Biarlah lelaki itu tak mengenali dirinya namun jauh di sudut hatinya dia tahu lelaki itu Akashah. Akashah suaminya. Naluri seorang isteri tak akan pernah silap. Biarlah seluruh dunia mengatakan Akashah sudah mati di telan lautan biru, namun dia tahu lelaki itu masih hidup. Masih bernyawa sama seperti dirinya di bumi Allah ini.

Hadif tergamam. Hatinya berdegup kencang. Kata-kata terakhir wanita itu menggoncang segala ketenangan di wajahnya. Dahinya berpeluh. Matanya hanya memandang langkah wanita tersebut yang semakin menjauh dan entah mengapa tanpa sedar air matanya mengalir. Hatinya pedih, seakan tak sanggup kehilangan wanita itu. Mengapa?

Elia yang berada di sebelah Hadif sudah tidak senang duduk. Hatinya resah. Apatah lagi melihat reaksi Hadif bila mendengar ucapan wanita itu. Air mata yang mengalir di pipi Hadif tanpa sedar itu membuatkan jiwanya bergelora dengan pelbagai rasa. Takut. Takut akan kehilangan lelaki itu.

“Abang, jom balik…” Elia mengajak Hadif pergi dari situ. Kalau boleh dia ingin mengajak Hadif terus pulang. Keputusannya untuk bercuti ke sini merupakan satu kesilapan besar dalam hidupnya.

“Ok.. jomlah. Abang pun letih…” Hadif akur. Tangannya meraup wajahnya. Sakit kepalanya kembali menyerang. Elia dan Hadif terus beredar dari situ.

…………………………………………………………………………………………..

“kata nak jalan-jalan kenapa balik awal?” soal Puan Sri Radiah pada Elia dan Hadif. Wajah pucat Hadif menarik perhatiannya.

“Hadif ok? Mama tengok pucat jer muka?” tegur Puan Sri Radiah. Pantas dia bangun menghampiri anaknya. Tangan itu mengusap wajah yang pucat itu. Mengesat perlahan peluh-peluh renik di dahi Hadif.

“Kepala Hadif sakitlah ma… Dif naik dululah..” Hadif terus melangkah ke biliknya. Meninggalkan Elia dan ibunya terpinga-pinga.

“Kenapa Lia?” soal Puan Sri Radiah pada Elia, teman wanita Hadif. Bakal menantunya. Ini merupakan percutian mereka sekeluarga. Masa inilah baru semua ahli keluarganya berkumpul, kalau tidak nak bertentang mata pun susah. Masing-masing sibuk.

“Tak ada apa-apalah auntie. Tadi waktu jalan-jalan abang kata kepala dia sakit. Agaknya abang letih kot? Cuaca kat sini pun panas,” jawab Elia menyembunyikan hal sebenar.

“Oh… betul kata kamu. Hari ni memang panas. Kalau macam tu auntie adalah kawan. Kejap lagi kamu temankan auntie shopping, abang Reza, Syirah dan abang Mus kamu dah keluar. Uncle kamu pulak sibuk ngan kawan-kawan lama dia. Maklumlah sesekali pulang bercuti di sini banyaklah yang ingin dibualkan,” ajak Puan Sri Radiah. Elia hanya mengangguk.

“Lia masuk bilik dululah auntie… nak pergi nanti auntie panggil Lia,”

“ok… pergilah rehat,”Puan Sri Radiah tersenyum melihat langkah Elia. Walaupun ada rasa tidak senang pada gadis itu jauh disudut hatinya, dia tetap menerima dengan hati terbuka pilihan hati anaknya itu.

…………………………………………………………………………………………..


“Ziyad janganlah lari. Penat tau acik Aya nak kejar…” jerit Rohaya pada anak saudaranya. Ziyad Amsyar. Ziyad hanya ketawa, malah makin laju langkah anak kecil itu. Rohaya hanya mampu menggeleng. Ziyad sememangnya sangat aktif. Tak tau duduk diam langsung. Petang ni beriya Ziyad mengajaknya ke pantai. Sampai nangis-nangis merajuk bila dia menolak. Akhirnya terpaksalah Rohaya akur. Entah apa yang dikejarkan Ziyad pun dia tak tau. untuk menunggu kepulangan mamanya pun dia tidak mahu. Mahu juga ke pantai tanpa mamanya.

“Ziyad…” jerit Rohaya sebaik tubuh kecil itu tersembam ke pasir pantai. Pantas dia berlati kea rah Ziyad yang menangis sambil di pujuk oleh seoarang perempuan.

“Acik Aayaa…” Ziyad memanggil Rohaya dalam tangisnya. Tangannya menunjukkan lututnya yang luka. Ingin meminta simpati Rohaya yang merenungnya tajam. Tahu Acik Ayanya tengah marah.

“Aakittt…” tangis Ziyad lagi. Rohaya tunduk. Rasa marah bertukar sedih. Air mata Ziyad di usap. Pipi yang sememeh dengan air mata dan pasir di bersihkan.

“Janganlah nangis. Hero mana boleh nangis… kalau Ziyad nangis nanti ultroman tak nak kawan” pujuk Rohaya. Apalagi makin kuat tangisan Ziyad. Dua orang lelaki yang turut berada di sisi perempuan yang membantu Ziyad ketawa. Rasa lucu pula melihat cara Rohaya memujuk Ziyad.

“Ziyad ya nama… meh kat uncle…”salah seorang dari lelaki itu mengambil Ziyad lalu didudukkan di ribanya. Lelaki itu meniup perlahan lutut Ziyad yang masih teresak-esak menangis.

“Sakit lagi tak? Lelaki mana boleh nangis. Perempuan je yang menangis…Ziyad lelakikan?” soal lelaki itu lembut. Ziyad mengangguk. Masih tersedu sedan lagi. Namun tangisannya sudah berhenti.

“kalau lelaki, tak maulah nangis lagi…” sambung lelaki itu. Kepala Ziyad diusap kasih. Wajah comel itu menenagkan jiwanya. Sakit kepalanya juga seakan hilang bila melihat senyuman dari bibir comel itu.

“Waahh.. along. Dah boleh jadi ayah mithali nieh..” terdengar satu suara menegur mereka dari arah belakang. Pantas empat pasang mata memandang seorang lelaki yang melangkah tenang kea rah mereka. Ziyad pula hanya diam. Kepalanya dilentokkan ke dada uncle yang baik tu. Tangan kecil itu erat memeluk tubuh sasa uncle yang baru dikenalinya itu.

“Pandailah abang Reza. Syirah pun terkedu tengok along..” sambut seorang gadis yang berdiri di sisi Rohaya.

“Errkk… maaf lah ye. Cik dan encik-encik ni siapa? Maaflah kalau Ziyad ni ganggu encik-encik semua. Saya nak ambil Ziyad. Nanti puas pula mama dia cari kami,” Rohaya bersuara. Tangannya menunjuk kea rah Ziyad yang masih berada dalam pelukan lelaki asing itu.

“Ooppss… Sorry, kita Syirah. Tu along kita, ni abang ngah kita nama Mus n tu alang kita nama Reza. Tak ganggu pun. Biasalah budak-budak. Comel kan Ziyad,” Syirah bersuara riang memperkenalkan abang-abangnya pada acik Aya Ziyad. Anak kecil yang amat comel dimatanya.

“Saya Aya. Terima kasihlah pujuk Ziyad encik Along. Ziyad ni kalau dah start buat konsert susah nak berhenti. Cuma mama dia jer yang boleh hentikan raungan dia nieh. Tak sangka Encik Along berjaya hentikan mega konsert dia nieh. Terima kasihlah yer. Err.. Encik Along boleh saya ambil Ziyad…” Rohaya bersuara riang. Lega. Ada juga orang yang boleh menghentikan tangisan Ziyad, anak manja Ayongnya itu.
“Ok… Ziyad pergi kat acik Aya ya…” lelaki yang bernama along itu memujuk Zoyad. Anak kecil itu menggeleng. Dia hanya ingin berada dalam pelukan uncle yang baik ni. Tak nak acik Aya yang garang tueh.

“allaa… sayang bucuk acik Aya, meh lah. Uncle pun dah nak balik. Ziyad nak ikut uncle? Tak sian kat mama? Nanti mama nangis cari kita. Jom balik ye,” Rohaya bersuara lembut memujuk Ziyad.

“mama…nak mama….” Ziyad bersuara perlahan. Dan akhirnya bertukar kepada tangisan. Matanya merenung sekeliling. Mencari mamanya. Tadi Acik Aya cakap mama akan datang. Lelaki yang di panggil along itu mengeluh bila anak kecil itu kembali menangis.

“Ishh… macammanalah awak jadi mak cik Ziyad ni Cik Aya. Asal awak pujuk Ziyad jer dia nangis. Tak jadi saya nak buat awak jadi bini dan ibu anak saya tau…” Reza bersuara sambil ketawa apatah lagi bila melihat wajah Rohaya yang sudah memerah. Malah jelingan gadis itu di pandang sepi. Macamlah dia takut dengan jelingan itu. Tergoda lagi adalah. Mereka yang di situ ketawa melihat gelagat Rohaya dan Reza. Ziyad yang sedang menangis juga terhenti tangisannya bila melihat semua ketawa. Mata si kecil terkebil-kebil kebingungan.

Wednesday, November 23, 2011

RAHSIA HATI HANIM 22 PART 2

RAHSIA HATI HANIM 22 PART 2

SORRY JIKA N3 NI PENDEKJER... INI YANG TERMAMPU BUAT MASA INI. MAKLUMLAH KEADAAN KESIHATAN HANA X BEBERAPA OK...




Tengku Lukman mengeluh perlahan. Potret wajah Linda di tenung. Ada resah dihatinya. Entah mengapa jauh disudut hati dia risaukan wanita itu apatah lagi dengan keadaan Linda yang sedan berbadan dua itu. Desakan mummy juga makin merimaskan dirinya apatah lagi dengan olah si Nelly menantu pilihan mummynya itu. Rimas dan letih dirinya melayan karenah dua wanita itu.

........................................................................................................................................

“Luke... sudah tiba masanya papa berterus terang. Luke pun sudah dewasa, sudah mampu berfikir...” Tengku Mansur bersuara perlahan. Tubuh kurusnya terbaring lemah atas katil. Hanya tinggal mereka berdua sahaja. Tengku Ara keluar, ada mesyuarat persatuan katanya. Itu lebih baik. Dia sudah letih untuk terus berahsia. Tambahan pula dengan keadaan kesihatannya, dia takut dia tidak punya banyak waktu lagi.

“Papa rehatlah... jangan fikir banyak..” balas Tengku Lukman. Keadaan Tengku Mansur menggusarkan hatinya. Ada bimbang yang berpaut.

“Jangan bimbang, papa tak apa-apa. Papa tak boleh tunggu lagi. Luke ambil buku ni...” Tengku Mansur menyerahkan sebuah buku seakan diari kepada Tengku Lukman. Akur, tengku Lukman mengambil buku tersebut.

“Buka...” arah Tengku Mansur lagi. Tengku Lukman membuka buku tersebut. Ada sekeping gambar di dalam buku tersebut. Gambar seorang wanita yang sedang tersenyum manis. Cantik. Ada sesuatu pada wajah wanita itu yang menarik perhatian Tengku Lukman. Ada debar dihatinya.

“Siti Hanum... Hanum...” Tengku Mansur sebak. Ada rasa bersalah dan penyesalan di hati.

“ Siti Hanum??? Siapa ?” soal Tengku Lukman.

“ibu kamu...” jawab Tengku Mansur. Terlepas buku ditangan tengku Lukman. Ada kejutan dan riak keliru diwajahnya.

“Apa papa mengarut ni? Mamakan mama Luke, macam mana pula perempuan ni boleh jadi ibu Luke...” Tengku Lukman keliru. Seumur hidupnya hanya Tengku Ara mamanya. Mama yang dikenalnya. Mama yang membesar dan mengasuhnya dan tiba-tiba hari ini Tengku Mansur memberitahu wanita dalam gambar ini ibunya.

“Ya... itu ibu kandung Luke. Wanita yang mengandung dan melahirkan Luke. Bukan mama, mama hanya ibu tiri Luke...” jawab Tengku Mansur. Ada nada sedih pada suara itu.

“Apa..” terjerit Tengku Lukman. Tidak percaya dengan apa yang baru didengarinya. Mana mungkin??? Dia makin keliru. Mustahil...

“Itu hakikat sebenarnya... salah papa...” dan Tengku Mansur terus bercerita. Sudah tiba masanya Tengku Lukman mengetahui perkara sebenarnya. Sudah sampai waktunya, anaknya itu mengenali wanita yang telah bersusah payah mengandung dan melahirkannya. Sudah sampai waktunya Tengku Lukman mencari dan cuba mengenali ibu yang melahirkannya. Dia mahu anakanya itu mengenali dan menghargai wanita yang punya tempat yang istimewa di hatinya.

“Papa tak cuba cari ibu?” soal Tengku Lukman. Masih tidak percaya hakikat sebanarnya. Mama yang disayanginya selama ini hanyalah ibu tiri. Begitu tega hati mama memisahkan mereka.

“Puas papa cari. Akhirnya pencarian papa berakhir. Papa jumpa ibu tapi papa terlewat. Ibu sudah bahagia dengan hidupnya. Walaupun kehidupan ibu sederhana tapi papa dapat rasakan kebahagiaan ibu. Hanya melihat wajah ibu. Papa tahu ibu bahagia. Lelaki itu kata ibu terlalu baik. Menerima ibu seadanya. Mencintai ibu kerana Allah....” ada air jernih dimata Tengku Mansur. Masih ternampak wajah Hanum yang berseri saat menceritakan hidupnya bersama lelaki itu. Walau hatinya perit namun dia bahagia bila Hanum bahagia. Mungkin Hanum bukan ditakdirkan untuknya.

“perkahwinan Hanum bersama lelaki itu di kurniakan seorang cahaya mata. Adik kamu. Adik tiri kamu. Berlainan ayah tapi tetap ibu yang sama. Hanim namanya. Persis Hanum. Ini gambar Hanim...” Tengku Lukman menyerahkan satu sampul surat kepada Tengku Lukman. Sampul itu diambil dari laci meja di sisi katil.

Sekali lagi Tengku Lukman terkedu. Semuanya bagaikan mimpi. Tak percaya. Namun melihat wajah papa, dia tahu lelaki itu tidak pernah bergurau. Terduduk Tengku Lukman. Fikirannya keliru. Ada pelbagai rasa yang menghantui. Tak sangka serumit itu kehidupannya.

“Papa nak Luke janji dengan papa, cari ibu. Cari Hanim. Tebus semua kesalahan papa pada ibu. Jalankan tanggungjawab Luke pada ibu yang bersusah payah mengandung dan lahirkan Luke. Jangan salahkan mama. Mama sangat sayangkan papa dan Luke. Sebab itu dia bertindak begitu. Apa yang berlaku ada hikmahnya. Maafkan papa, maafkan mama sebab pisahkan Luke dari ibu. Papa khilaf. Papa bukan ketua kekluarga yang baik...” sebak suara Tengku Mansur.

“Tak... papa tak salah. Papa merupakan papa terbaik bagi Luke. Tidak ada yang dapat gantikan papa....” ucap Tengku Lukman. Matanya merenung sayu wajah Tengku Mansur. Lelaki tua itu makin lemah.

WATAK-WATAK RAHSIA HATI HANIM

WATAK-WATAK RAHSIA HATI HANIM

HOPE ANDA SEMUA SUKA DENGAN WAJAH2 INI. ENJOY ;)




TENGKU LUKMAN



LINDA



Hanim



Aizad

SINOPSIS RAHSIA HATI HANIM

SINOPSIS RAHSIA HATI HANIM


Hanim hidupnya penuh liku.luka cinta Khaer berjaya diubati dengan kehadiran Aizad. Namun kekecewaan masih menghantui. saat cinta membara buat sang suami, kebenaran yang amat menyakitkan tersingkap. lalu luka di hati kian berdarah. hanya Amar kekuatannya. Apatah lagi bila mengetahui kecurangan sang suami. segala kata manis bak madu, ucapan cinta yang terlafaz hanyalah palsu. lalu harus bagaimana lagi dia bertahan??? Adakah cinta di hati buat Aizad semakin sirna. Hanim keliru apatah lagi dengan kehadiran Tengku Lukman dalam hidupnya

kehadiran Tengku Lukman lelaki misteri yang sentiasa ada untuk Hanim menimbulkan tandatanya. lelaki itu bagaikan Guardian angelnya. sentiasa ada saat Hanim terluka. sedikit sebanyak hati Hanim terubat dengan kehadiran lelaki ini. siapah dia pada Hanim???

Aizad mula tercabar dengan kehadiran Tengku Lukman apatah lagi dengan kedinginan Hanim pada dirinya. lelaki ini keliru dengan perasaannya sendiri. benarkan cintanya hanya pada Julia si kekasih hati ataupun sudah beralih arah pada siisteri?

bagaimana kesudahan kisah mereka??? adakah mahligai Aizad dan Hanim akan berakhir? masihkah bahagia menjadi milik mereka??? semuanya akan terjawab dalam Rahsia Hati Hanim.

Monday, October 10, 2011

KUPUJUK HATI - ZURI YANIE


KUPUJUK HATI - ZURI YANIE


Sinopsis
BERPERWATAKAN lelaki itulah keselesaan yang ada pada gadis bernama Ain Haryani. Itu dulu, tetapi sekarang tidak lagi. Dia rupa-rupanya sedang diintai. Dalam diam, neneknya mahu menjodohkannya dengan sepupu sendiri bernama Dr. Adam Amri.

Ain suka, tetapi dia takut untuk bercinta dengan Amri. Namun, melihat keprihatinan dan tanggungjawab Amri terhadapnya, sedikit demi sedikit dia cuba memberikan cintanya kepada lelaki itu. Lalu, tali pertunangan diikat. Menjadi tunangan orang ada sahaja dugaannya. Kehadiran Dani menggugat kelelakian Amri. Perasaan cemburu melihat Dani bermesra dengan Ain merobek hatinya. Walau Ain menafikan dan menegaskan hubungan mereka atas urusan kerja, namun Amri sukar mempercayainya. Melayari alam perkahwinan pun ada ujiannya. Ada sahaja yang tidak kena. Haluan Ain ke kiri dan Amri pula memilih haluan ke kanan. Kehadiran Dr. Sufi merebut cinta Amri menyesakkan fikiran Ain. Ain harus pujuk hatinya sendiri. Perlukah dia meninggalkann Amri bagi memberi peluang kepada Dr. Sufi ? Namun, kasihan anak yang dikandung ini. Amri seolah-olah lupa tanggungjawabnya!


*************************************************************************************

Antara karya terbaru dalam koleksi Hana. entah mana silapnya ketika membaca buku ini ada sesetengah adengan yang di tulis penulis mengingatkan Hana pada karya Jendela Hati karya Aisya Sofea. bagi Hana jalan cerita penulis menarik cuma untuk part Amri ke Italy untuk memujuk Ain ada persamaan dengan Jendela hati. apapun karya ini masih berbaloi untuk di baca. maaf jika komen Hana mengguris hati sesiapa. cuma luahan jujur dari pandangan hana sahaja.

P/S Hana pun masih ada kelemahan dalam bekarya. Selamat membaca ;) n maaf kerana tiada n3 utk RHH.

Tuesday, September 13, 2011

JAUH DARI CINTA-ADAH HAMIDAH

JAUH DARI CINTA-ADAH HAMIDAH

bukan apa sekadar ingin berkongsi. baru jer tadi abang postman hantar buku nieh. best n rasa teruja. akhirnya setelah lama menanti dapat juga tahu kesudahan kisah Nysa Sakinah n Farish Aqil. :)n ++ teruja bila ada tandatangan cik penulis kat novel nieh. Insyaallah hana akan masukkan komen hana mengenai novel2 yg dibaca kat sini. sekadar untuk berkongsi rasa n x nak blog ini bersawang berabuk sebab hana x der idea nak sambung cerita kat sini.

hana memang gila dengan novel. rasanya dah lebih seratus buah kot yg ada dlam simpanan. sekarang baru selesai baca ABM karya acik lana n Kuseru Rindu itu karya Hani Ramsul.

Monday, September 12, 2011

rahsia hati hanim 22 part 1

rahsia hati hanim 22 part 1

Hanim tersenyum riang. Perutnya diusap sayang. Kerja-kerja yang bertimbun juga sudah hampir separuh dia siapkan. Mulut pula tak habis-habis mengunyah asam jeruk.

“Hai cik Kak, makan je dari tadi. Hairan Kak Mala tengok Hanim. Tak kenyang-kenyang lagi ke?” tegur Normala salah seorang eksekutif di syarikat itu.

“Biasalah kak Mala. Pembawaan budak. Mengandung kali ni Hanim rasa lain sikit. Asyik nak melawa dan nak makan jer,” adu Hanim. Wajah pula berseri-seri.

“Hanim mengandung? Tahniah. Anak siapa?” soal Normala. Bukan nak menyibuk. Desas desus selama ini buat dia keliru juga. Malah sudah berkali-kali Hanim beritahu dia sudah berkahwin namun hingga saat ini dia tidak pernah melihat suami Hanim. Sedikit sebanyak hatinya curiga juga.

“La... anak suami Hanim la. Kan Hanim dah habaq Nim dah kahwin dan ada seorang anak. Semua macam tak percaya jer...” jawab hanim bersahaja. Sengaja dia kuatkan suara. Biar mulut-mulut tempayan yang suka bergosip di office tu sedar siapa dia.

“Maafkan kak Mala. Bukan apa banyak sangat gosip-gosip panas pasal Hanim sekarang. Kak Mala rasa malam anual dinner syarikat nanti Hanim bawalah suami dan anak Hanim. Kenalkan apa semua. Barulah dia orang puas hati,” cadang Normala. Hanim terdiam. Memikirkan kata-kata Normala itu. Betul juga.

“ok jugak tu. Nanti Nim ajak husband Nim datang. Boleh kenalkan pada semua. Harap-harap tak adalah lagi gosip bukan-bukan pasal Nim. Eh... akak nak tengok gambar buah hati Nim tak?” hanim bersuara riang. Entah mengapa ramah pula mulut dia hari ni.

“kalau Nim nak tunjuk, akak tengok jer...” balas Normala. Hanim pantas memklik satu folder di skrin komputer. Beberapa saat kemudian, terpampang wajah Amar tersenyum riang.

“Comelnya anak Hanim. Muka tak macam Hanim. Ikut papa dia ke?” soal Normala. Hanim pantas mengangguk.

“comelkan? Harap-harap yang ni baby girl pulak,”Hanim tersenyum manis. Terbayang wajah Amar diruang mata. Rindunya.

“Insyaallah,” jawab Normala.

........................................................................................................................................

“Hanum tak buat bang... semua tu fitnah. Percayalah” hanum menangis. Merayu pada sang suami.

“Habis, kau nak kata semua saksi tu sengaja nak fitnah kau? Nak kata Imam Hassan dan orang-orang kampung ni nak aniaya kau?” pekik Tengku Mansur. Geram bila dikhianati isteri sendiri.

“Dengar sini Hanum, mulai hari ini aku ceraikan kau talak tiga. Jangan hampiri keluarga aku lagi dan paling penting jangan kau sentuh anak aku. Kau tak layak,”

“Abang...” Hanum terkedu. Sampai hati abang.

“Kak... tolong Hanum kak. Hanum tak salah. Abang... Hanum nak anak Hanum...” Hanum merayu pada Tengku Zahara yang tenang mendukung Tengku Lukman.

“jangan sentuh anak aku dengan tangan kotor kau...” Tengku mansur terus menarik tubuh Hanum menjauh. Tubuh itu di tolak di luar pagar. Terduduk Hanum.

“abang... Hanum nak anak Hanum... abang tolong Hanum... Hanum tak salah. Semua ni fitnah. Hanum tak kenal pun lelaki ni... tolong Hanum bang...Lukman.. anak mak... Lukman...” tangis Hanum.

Tengku Mansur terus melangkah. Pintu pagar di tutup. Rayuan Hanum tidak dihiraukan. Tengku Zahara yang melihat hanya tersenyum sinis. Langsung tiada rasa bersalah. Tengku Lukman yang menangis, dipeluk erat. Pipi comel itu di cium kasih. Kini semuanya kembali menjadi miliknya.

........................................................................................................................................

“abang... maafkan Ara... Hanum maafkan kakak... maafkan Ara...” racau Tengku Ara dalam tidur.

“Mummy... mummy..” kejut Tengku Lukman. Dia baru pulang dan sebaik menghampiri bilik mummynya dia terdengar racauan wanita itu. Tengku Ara tersentak. Berpeluh seluruh tubuhnya. Matanya melolot memandang wajah Tengku Lukman yang memandangnya penuh kerisauan.

“Mummy Ok?” soal Tengku Lukman. Wajah Tengku Ara yang pucat diusap. Peluh di dahi mummynya dikesat dengan tisu. Tengku Ara hanya diam. Diam seribu bahasa.

“Mummy mimpi ngeri ke? Lama dah mummy tak mimpi macam ni. Mummy ada masalah?” soal Tengku Lukman penuh kerisauan.

“Mummy ok. Luke dari mana? Baru balik ke? Dah pukul berapa ni?” soal Tengku Ara kembali. Cuba mengalihkan perhatian Tengku Lukman. Jam di meja sisi di renung. Hampir dua pagi.

“Luke dari office. Banyak kerja sekarang ni. Dah la, mummy tidur ye. Jangan lupa doa tidur. Luke tak nak mummy Luke mimpi lagi. Nanti mummy sakit,”

“Mummy ok. Luke tu yang perlu rehat. Jangan kerja kuat sangat,”

“Luke masuk bilik dulu. Night mummy,” tengku Lukman melangkah keluar dari bilik Tengku Ara. Sebelum itu, sempat dahi wanita itu di kucup sayang. Sedar walau apapun salah wanita itu, wanita itulah yang membesarkan dia. Melimpahkan seluruh kasih sayang padanya.

........................................................................................................................................

Linda tersenyum melihat baju bayi yang baru dibelinya. Comel. Hampir kesemua barang keperluan bayi Linda sudah beli. Yang tinggal Cuma beberapa barang lagi. Perut yang sudah agak menonjol itu di usap sayang. Namun senyuman itu hanya seketika. Entah mengapa jauh di sudut hati dia mula merindui wajah itu.

“Baby rindu daddy ke?” Linda bersuara perlahan. Air mata yang ingin mengalir di tahan.

“Mummy pun rindu daddy...” bisik Linda lagi. Tangannya mencapai bingkai gambar di atas meja. Hanya gambar itu menjadi pengubat rindunya. Senyuman lelaki itu mahal sekali namun itu yang menjadi daya penarik lelaki itu. Entah sejak bila hatinya mula merindui kehadiran lelaki itu. Dia sendiri tidak tahu.

Friday, August 26, 2011




salam aidilfitri pada semua pengunjung ceritera hatiku.
maaf hana pinta pada semua pengunjung kerna dah lama x update blog
very2 busylaa skrg...
tengah mood sedih coz kerja sampai isnin nieh... sedihhhnya

Sunday, July 31, 2011

salam ramadhan

sedar tak sedar... ramadhan tiba lagi. di kesempatan ini hana ingin mengucapkan salam ramadhan kepada semua yang mengikuti blog hana. terima kasih sangat.terharu tau...

maaf jika tiada n3 baru kerana life hana busy sangat becoz my grandma masuk hospital. so sekarang ulang alik rumah opis hospital je. doakan my grandma cepat sembuh ya. Insyaallah jika ada kesempatan nanti hana akan masukkan n3 RHH. terima kasih kerana sabar menanti...

salam sayang hana buat semua....

Monday, July 4, 2011

rahsia hati hanim 21

rahsia hati hanim 21

Hanim mengerutkan dahi. Haruman Aizad benar-benar membuatkan dia pening. Benar-benar meloyakan tekaknya. Pantas dia ke toilet. Memuntahkan semua isi perutnya. Hanim bersandar kepenatan. Kepala yang pening dipicit perlahan. Aizad merenung Hanim dengan pandangan pelik. Keracunan makanankah Hanim?

Laju kaki Aizad menghampiri Hanim. ingin membantu isterinya itu. Sebaik dia mendekat, Hanim muntah kembali. Aizad makin pelik.

“Abang jangan dekat. Pergi jauh dari Hanim. abang busuk…” dan tanpa sempat menghabiskan ayatnya Hanim muntah kembali.

Aizad makin pelik. Makin tak faham apatah lagi bila Hanim mengatakan dia busuk. Takkanlah. Dia baru lepas mandi. Wangi lagi. Takkanlah dia busuk pula sampai Hanim boleh muntah-muntah sebaik dia mendekat. Terasa kecil hati pula. Pantas dia menjauh. Tak mahu Hanim terus-terusan muntah sebaik dia dekat.

“Abang…” Hanim jerit panggil Aizad. Tubuhnya benar-benar lemah. Tak mampu untuk melangkah walaupun setapak. Pantas Aizad berlari mendapatkan Hanim bila melihat keadaan Hanim yang lemah itu. Tak jadi nak merajuk. Mujur tubuh Hanim dapat dia capai. Hanim terkulai layu dalam pelukannya.

“Nim…” panggil Aizad cemas. Pantas tubuh itu diletakkan atas katil. Segara Aizad memanggi Kak Tipah dan Puan Nora. Tak tahu nak buat apa bila Hanim tiba-tiba pengsan. Panic Aizad di buatnya. Terus di jerit panggil mama dan Kak Tipah bila mereka masih tidak kelihatan. Rambut Hanim diusap. Berdoa agar isterinya itu selamat.

“Ya Allah, apa kena dengan Hanim ni? Apa kamu buat pada Hanim?” Tanya Puan Nora cemas. Tubuh menantunya yang terbaring lemah di katil di hampiri.

“Aizad tak buat apapun ma. Tiba-tiba je Nim pengsan…” adu Aizad. Hatinya turut cemas.

“Apa yang bising pagi-pagi ni?” Tanya Tuan Faruk. Pening dia melihat isteri dan anaknya yag kalut semacam je.

“Hanim pengsan…” jawab Puan Nora.

“Pengsan? Macammana boleh pengsan? Dah panggil doctor belum?” Tuan Faruk turut cemas.

“Belum. Jap Aizad telefon..” Aizad baru teringat nak hubungi doctor. Pantas nombor Dr Laila di hubungi. Dr Laila merupakan Doktor peribadi keluarga mereka.

Aizad tersenyum lebar medengar kata-kata Dr Laila. Gembira malah semua ahli keluarga Tuan Farok menyambut berita itu penuh kesyukuran. Opah tidak habis-habis tersenyum. Makin mudahlah rancangan yang telah dia rancang bersama-sama Zahir. Malah, Hanim dan Aizad punya alas an yang sangat kukuh untuk terus bersama.

Hanim masih belum sedar. Wajah itu juga agak pucat. Panjang ceramah opah kepada Aizad supaya menjaga kesihatan dan perasaan Hanim. opah juga siap bagi amaran lagi. Tiada maaf pada Aizad jika melukakan hati Hanim. malah opah tak akan tolong Aizad pujuk Hanim lagi. Aizad hanya diam. Akur. Hatinya sedikit lega. Kehadiran bayi dalam kandungan hanim akan membuatkan hanim terus terikat bersamanya.

Puan Nora dan Tuan Faruk turut memberi amaran pada Aizad. Aizad harus belajar lebih bertanggungjawab dan menjaga perasaan Hanim Panjang bebelan Tuan Faruk. Tak mahu lagi mendengar skandal atau cerita yang bukan-bukan lagi mengenai Aizad. Mereka berdoa agar kehadiran orang baru dalam keluarga ini nanti akan menceriakan lagi rumah mereka. Membawa kebahagiaan pada semua penghuninya.

Hanim membuka matanya perlahan-lahan. Terasa silau pula. Matanya memandang sekeliling. Dalam bilik lagi. Tersenyum bila melihat wajah ceria opah didepannya. Amar manja diribaan opah.

“baguslah Hanim dah sedar. Risau opah tadi...” Opah bersuara perlahan-lahan bersama-sama senyuman yang masih tak pudar dari bibirnya. Gembira betul opah dan sedikit sebanyak menimbulkan kehairanan di hati Hanim.

“erk... opah nampak gembira sangat ni kenapa ya?” soal Hanim. Takkanlah opah gembira tengok dia jatuh sakit. Mustahillah kan? Opah kan sangat sayang dia.

“Mestilah, tak lama lagi opah dapat cicit baru dan Amar akan dapat adik. Mestilah happy...” beritahu opah dengan gembira.

Hanim terkaku seketika mendengar kata-kata opah. Agakan dia betul akhirnya. Tak tahulah bagaimana nak gambarkan perasaannya saat ini. Pelbagai rasa di jiwa. Tak tahu reaksi apakah yang patut dipamer. Perlahan perutnya diusap perlahan. Kali ini tak sama perasaannya seperti kali pertama tahu mengenai kandungannya. Ya, kini perasaannya keliru.

“Hanim okke? Hanim tak gembira?” soaal opah. Bukan dia tak sedar riak wajah Hanim. Hanim tersentak dengan soalan opah. Hanya senyuman hambar yang mampu di beri.

“Gembira Cuma Hanim terkejut aje. Lagipun Hanim baru je sembuh dari kemalangan. Amar pun kecil lagi. Tak sangka secepat ini Amar akan dapat adik...” jawab Hanim. Tak mahu opah risau atau anggap dia tak bersyukur dengan kurniaan Allah ini.

“Baguslah begitu. Opah keluar dulu. Amar biarlah opah dan mama kamu yang jaga. Hanim berehatlah ya. Jangan susah-susah hati. Tak mau fikir banyak-banyak. Kamu tu mengandung,” nasihat opah sebelum berlalu. Hanim hanya memandang bersama keluhan.

“Nim dah sedar tu. Kamupergilah temankan dia. Ingat jangan buat dia sakit hati atau risau,” Opahberitahu Aizad yang sedang termenung di sofa. Aizad akur. Perlahan-lahan diamelangkah ke bilik. Pelbagai rasa berbaur dihati. Entah mengapa dia rasaragu-ragu untuk berhadapan dengan Hanim. Tak tahu reaksi apa yang harus diberi. Gembira? Terkejut atau apa? Paling penting apa pula reaksi Hanim nanti.


Opah hanya memandang. Malasdah nak masuk campur. Apapun kehamilan Hanim rahmat bagi keluarga mereka. Jaditak perlulah dia susah-susah nak jayakan plan yang telah dia rancang bersamaZahir. Tapi yang buat dia dan Zahir konfius adalah kehilangan Linda yangtiba-tiba itu. Bagus juga begitu. Tak adalah yang akan ganggu gugat rumahtangga cucunya lagi. Opah senyum senang hati.


“Hanim OK?” soal Aizadmemulakan perbualan. Tangannya menyentuh perut Hanim. Hanim hanya diam. Malasnak layan. Lagipun diakan masih terkejut dengan berita kehamilannya walaupundah dapat agak kerana periodnya lewat dari biasa. Hai... macam mana ni? Hanimmengeluh.


“Tak baik mengeluh,” tegurAizad pula. Senyuman terukir di bibir. Tak sabar menanti kelahiran anaknya ini.Harap-harap perempuan. Nak bubuh nama apa ya? Lagipun hari tu Hanim yang letaknama Amar. Mereka dah janji jika anak lelaki Hanim yang namakan, sebaliknyajika anak perempuan dia yang akan beri nama.


“Yang abang tersenyum nikenapa? Dah macam orang tak betul?” sakit hati Hanim melihat senyuman Aizad tu.Tak sukalah. Orang tengah keliru dan susah hati ni dia boleh pulaksenyum-senyum. Tak sukalah.


“La, senyum pun salah ke”soal Aizad. Tangannya masih mengusap perut Hanim.


“Anak papa sihat? Dukdiam-diam tau,” bisik Aizad. Hanim mencebik.


“janganlah pegang-pegangkita. Tak sukalah,” Hanim menolak tangan Aizad di perutnya. Berkerut dahiAizad. Tak puas hati.


“abang nak manja-manjadengan anak abanglah. Nim jangan kacau. Baby tengok umi tu jeles kat kita sebabpapa tak layan umi kan,” sambung Aizad lagi. Tangannya terus bermain di peruthanim. Langsung tak peduli kata-kata Hanim mahupun renungan isterinya itu.Bukan sebarang renungan, renungan membunuh tu.


........................................................................................................................................


Linda tersenyum riangmembaca majalah Pa&Ma. Banyak info yang dia perolehi dari majalah tersebut.Perutnya juga sudah agak membesar. Mujurlah kandungan dia sihat dan baby ktdalam ni tak banyak ragam. Tiba-tiba tekaknya terasa nak makan KFC sebaikmelihat iklan makanan segera itu di tv.


“anak mummy mak makan ayamgoreng ke?” bisik Linda sambil tangannya mengusap perut.


“Kejap lagi ya kita pergi. Mummyletih. Rehaqt kejap. Baby sabar ya,” sambung Linda. Bibirnya tersenyum bahagia.Tak sabar menanti kehadiran baby ni. Biarpun kehadirannya tidak dirancang,namun dia redha. Malah baby sangat membahagiakan dia. Memberi harapan dankekuatan pada dirinya. Membuatkan dia semakin dewasa dan tabah.


........................................................................................................................................


Tengku Ara mengeluhperlahan. Seperti malam-malam yang lalu tidur nya tidak lagi nyenyak. Igauansemalam kembali menghantuinya. Bayangan wajah yang sudah lama dia lupakankembali menghantuinya. Ya, wajah PA Tengku Lukman anaknya itu mengingatkan diapada seseorang. Seseorang dari masa silamnya.


Tak mungkin dia. Tengku Aramengeluh lagi. Album lama itu diselak. Persis sekali wajah tersebut. Bezanya PALukman memiliki lesung pipit manakala wanita dalam gambar ini tidak.


Hati Tengku Ara resah. Dosasilam kembali menghantui. Dosa yang tak mungkin ada kemaafan. Mengundangketakutan pada dirinya. Takut kehilangan satui-satunya anak yang dia miliki.Berdosakah aku kerana aku hanya inginkan seorang anak untuk mengisi kekosonganhati ini? Anak untuk aku tumpahkan kasih sayang dan tempat untuk aku bermanja?Salahkah aku? Rintih
Tengku Ara bersamatangisan yang tiada hentinya.

Monday, June 13, 2011

rahsia hati Hanim 20

Linda merenung tubuhnya. Masih belum ada sebarang perubahan. Bibir yang bengkak juga sudah mula menyusut. Kesan lebam di tubuh juga sudah agak berkurangan. Beg besar sudah hampir penuh dengan pakaian. Hampir semua barang penting sudah di kemas. Tersusun dalam beg. Perut yang leper itu diusap sayang.

“mummy sayangkan baby. Sekarang Cuma ada mummy dengan baby je. Kita mulakan hidup baru ya?” Linda berbisik perlahan. Senyuman bahagia terukir dibibir. Tangannya terus mengusap perutnya penuh kasih sayang.

…………………………………………………………………………………………

Hanim resah. Matanya memandang calendar ditangan. Keliru dan bingung. Masalah yang ada pun masih belum selesai dan kini muncul pula masaalah baru. Malah di pejabat kini pun sudah terdengar khabar angina yang tidak enak. Dia dikatakan punya skandal dengan Tengku Lukman. Mengarut betul.

Malah, dua hari lepas Tengku Nellysa menyerangnya di pejabat. Mujur Tengku Lukman ada. Kalau tidak tak tahulah apa nak jadi. Malah ada juga kakitangan wanita yang bujang tidak menyukainya. Dingin sahaja. Masaalah betul. Mahu sahaja dia jerit dia isteri orang.

Kepala yang pening di picit perlahan. Kerja atas meja juga sudah menimbun. Tu lah, duduk rumah senang lenang nak kerja. Sekarang terimalah. Penat dan rindu pada Amar tak tertanggung. Walau berpisah beberapa jam namun hatinya sudah tak sabar pulang ke rumah.

“Menung apa ni? Kenapa tak lunch? Diet erk?” tegur Tengku Lukman sebaik melihat Hanim masih dimejanya. Jauh betul mengelamun. Wajah comel itu mendamaikan jiwanya. Menenangkan hatinya.

“Tak ada apalah. Nim rindukan Amar…” Hanim mengeluh. Wajah comel Amar terbayang di ruang mata.

“alahai… mesti comel Amarkan? Bila nak kenalkan dengan abang?” soal Tengku Lukman.

“takkanlah Nim nak bawa dia ke opis lak. Kalau nak kenal datangla rumah. Nim ok jer,” jawab Hanim.

“Betul? Abang takut ada yang tak suke jer,”

“Siapa yang tak suka? Abangkan majikan Hanim dan penyelamat Hanim. Terima kasih. Kalau tak ada abang entah apa jadi kat Hanim,”

“janganlah kata macam tu… Hanim kan dah macam adik abang. Abang janji abang akan lindungi Hanim sampai bila-bila,”

“Hhmm… yelah sangat. Dah la… layan abang satu kerja tak jadi. Abang tak lunch ke?” soal Hanim. Malas nak berbicara tentang hati dan perasaan. Adakalanya dia takut juga dengan renungan Tengku Lukman yang lain macam tu. Tak tahu nak cakap bagaimana tapi renungan tu buat Hanim jadi resah dan serba salah. Jantung juga berdebar-debar mengalahkan lari pecut 100 meter. Huh… takut betul.

Tengku Lukman hanya ketawa sambil melangkah menuju pintu keluar. Ada-ada je si Hanim ni. Apapun comel betul.

…………………………………………………………………………………………

Aizad merenung Hanim yang sedang enak berbaring sambil bermain dengan Amar. sudah agak lama hubungan mereka dingin. Entah apa yang tak kena. Dia juga sedar opah juga sudah memandang lain macam kea rah mereka. Pening. Masalah tak pernah habis. Linda lagi. Entah kemana Linda menghilang.

“Abang nak bincang sesuatu dengan Hanim. Sampai bila kita nak macam ni?” Aizad bersuara tegas.

“Apa yang nak dibincangkan lagi?” soal Hanim. Nadanya tetap dingin.

“ abang nak kahwin dengan Linda. Abang nak Hanim pujuk mama papa dan opah,” Aizad bersuara tenang. Itu yang terbaik. Lagipun sampai bila dia nak biarkan Linda terus menunggu.

Hanim diam. Sudah diduga ini yang akan terjadi. Menarik nafas perlahan. Cuma menenangkan diri walaupun hati terasa sangat sakit. Air mata yang ingin mengalir di tahan. Sedar, dia juga harus kuat. Tabah.

“Baik kalau itu yang abang inginkan. Hanim izinkan dengan syarat. Abang harus lepaskan Hanim,” Hanim bersuara tenang. Wajah Aizad berubah. Tidak sangka dengan permintaan Hanim. Tegakah dia melepaskan Hanim???


…………………………………………………………………………………………

aizad mengeluh, permintaan Hanim amat sukar untuk dia tunaikan. Sebaik bibir itu menuturkan katakata itu Aizad rasa bagaikan separuh nyawanya melayang. Sakit yang teramat. Tak mungkin untuk dia lepaskan Hanim.

Ya, mungkin ramai yang mengatakan dia mementingkan diri sendiri namun dia tak boleh melepaskan Hanim. Malah kemesraan Hanim dengan Zahir juga buatkan hatinya tidak enak. Makin dilarang makin galak pula Zahir berjumpa Hanim. Amarannya agar menjauhi Hanim dibiarkan sahaja Zahir. Tercabar maruah dan egonya sebagai seorang lelaki dan suami.

Kini terdengar pula gosip kemesraan Hanim dengan majikannya Tengku Lukman. Bukan Aizad tidak tahu reputasi lelaki itu dengan kaum wanita. Lelaki itu pasti akan dapat mana-mana perempuan yang dia inginkan. Itu lagi merisaukan. Ancaman yang sangat besar berbanding Zahir.

Papa Cuma menasihatkan dia bersabar. Jangan ikutkan perasaan. Ikut sahaja rentak Hanim. menurut papa Hanim takkan bertindak jauh. Mungkin Hanim hanya ingin balas demdam pada dia. Jadi dia ikutkan sahaja rentak Hanim asalkan tidak melampai batas. Sekurang-kurangnya kata mama dan kak Tipah, Hanim sekarang makin gembira dan bersemangat. Wajah itu juga makin ceria. Aizad mengeluh lagi. Entah bila dia mampu bersabar dan entah apa kesudahan perkahwinan mereka…

…………………………………………………………………………………………

Hanim merenung jauh. Sudah beberapa hari berlalu. Hubungan mereka makin sepi. Makin dingin. Sejak permintaan Aizad dan syarat yang dia kenakan, lelaki itu makin menyepi. Entah apa kesudahan hubungan mereka. Hanim makin letih untuk memikirkannya.

Kerja yang menimbun juga dibiarkan sahaja. Tidak ada semangat untuk bekerja. Malas dan letih dengan pelbagai persoalan dan masaalah yang tak kungjung tiba. Malah dia tahu pandangan sinis sesetengah pekerja syarikat itu padanya.

“Awak Hanim?” tiba-tiba satu suara mengejutkan Hanim dari lamunannya. Pantas matanya terarah pada wanita anggun yang berdiri dihadapannya. Wanita itu merenungnya tajam. Riak wajah wanita itu berubah sebaik pandangan mereka berlabuh.

“Ya, boleh saya tahu siapa Puan?” Hanim bertanya. Rasanya dia tak pernah melihat atau mengenali wanita anggun dihadapannya. Cantik walaupun sudah berumur. Rasanya sebaya dengan mama.

“Bukan Puan, Aku Tengku Zahara, panggil aku Tengku Ara. Bonda Tengku Lukman,” Tengku Zahara bersuara dingin. Wajahnya langsung tiada kemesraan. Berkerut dahi Hanim melihat wanita sombong dihadapannya itu. Cantik tapi sombong betul. Mentang-mentang depan nama dia ada Tengku… Hanim merungut sendiri.

“Ada apa Puan Opps Tengku datang ke sini? Nak jumpa Tengku Lukman ke? Tengku Lukman tak de sekarang,” soal Hanim.

“Tak, aku nak jumpa kau,” balas Tengku Ara. Angkuh kedengaran suaranya. Berkerut dahi Hanim. Jumpa dia? Tapi kenapa?

“Jumpa saya? Kenapa?” soal Hanim.

“Aku tak suka kau jalinkan hubungan dengan anak aku. Hanya Tengku Nellysa sahaja yang layak jadi menantu aku. Kau tak layak. Cakap berapa kau nak untuk tinggalkan anak aku?”

“Erk... rasanya Tengku dah salah faham. Hubungan Saya dan Tengku Lukman hanya sebagai majikan dan pekerja. Lagipun buat apa saya nak pikat Tengku Lukman? Saya dah kahwin pun. Mana boleh perempuan kahwin lebih dari satu. Lagi pun saya dah ada anak. Mana saya nak campak anak dan suami saya tu?” jawab Hanim.

“Apa maksud awak?” berkerut dahi Tengku Ara mendengar kata-kata Hanim itu.

“rasanya baik Tengku tanya anak Tengku dan orang yang menyebarkan khabar angin ni. Saya malas nak layan. Banyak lagi kerja saya. Maaf.” Hanim terus berlalu dari situ. Pergi toilet. Malas nak layan perempuan sombong dihadapannya itu. Buang masa je. Dah la kepala tengah serabut dengan masaalah.

Tengku Ara kaku di situ. Huh... tak sopan langsung. Dia terus beredar dari situ. Geram dengan gelagat Hanim. Dia ingat dia siapa. Namun wajah itu mengingatkan dia pada seseorang. Seseorang yang telah lama dia lupakan. Seseorang yang tidak ingin dia ingati atau jumpa. Namun wajah itu, senyuman itu persis dia, dia yang menghantuinya. Rasa bersalah, sakit hati kesal dan segalanya berbaur.

Tengku Lukman melangkah tenang masuk ke pejabatnya. Terdengar bisikan-bisikan kecil dikalangan pekerjanya. Tak habis-habis bergosip. Langkahnya terhenti dihadapan Hanim yang langsung tak menyedari kehadirannya. Wanita itu hanya termenung di mejanya. Jarinya mengetuk meja dan ternyata Hanim nampak terkejut melihatnya. Aksi kalut Hanim mencetuskan tawa dibibirnya. Comel betul.

“Tengku Luke ni kenapa? Suka kejut-kejutkan orang?” marah Hanim. dah lah mood tengah tak ok. Ada pula yang suka main sergah-sergah.

“Apa pulak, awak yang asyik berangan Puan Hanim, saya pula yang kena,” balas Tengku Lukman. Erk… Hanim terdiam. Aku yang salah ke?

“Kenapa ni? Masaalah apa lagi?” soal Tengku Lukman. Tak suka wajah manis itu bermuram durja.

“You lah, boleh tak Tengku Lukman jangan baik sangat dengan saya. Penat tau nak kena dengan sindiran orang dan lagi penat kalau asyik kena serang. Hari tu Nellysa hari ni mak Tengku Lukman pula. Bukannya saya nak pikat Tengku pun. Saya ni dah kahwin. Suami saya lagi hensome tau. Kenapa dia orang ni tak percaya. Takkanlah nak kena bawa anak dan laki saya tunjuk kat dia orang baru nak percaya…” bebel Hanim. geram.

Tengku Lukman terdiam mendengar kata-kata Hanim. Mummy serang Hanim? takkanlah kot… tapi boleh jadi jugak. Takkanlah Hanim nak fitnah mummy. Apa kes pula Hanim nak kenakan mummy.

“Mummy I serang Nim?” soal Tengku Lukman tak percaya. Hanim mengangguk. Sebal hatinya.

“Sorry K. Nanti I beritahu Mummy yang Hanim dan I tak ada apa-apa hubungan. Lagipun Nim kan dah macam adik I. I anak tunggal jadi I nak jadi abang Nim. Nak jadi guardian angel Nim. Sorry K. I promise benda ni tak akan jadi lagi malah I akan buat pengunguman yang Puan Hanim ni just my PA ok?” pujuk Tengku Lukman.

“OK… baguslah. Senang sikit hati Nim. Lagi pun Nim tak suka dengan gosip-gosip ni. Nim ni isteri orang. Menantu orang. Nim tak nak keluarga mentua Nim salah faham pula,” balas Hanim.

“Ok lah, I masuk office dulu. Siapkan kerja. Jangan mengelamun je. Nanti I potong gaji,” balas Tengku Lukman.

“Yes bos,” jawab Hanim sambil ketawa.

…………………………………………………………………………………………

Linda melangkah masuk ke rumah yang baru disewanya. Disini dia kan mulakan hidup baru. Hidup berdua dengan baby. Perut yang masih belum kelihatan diusap.

“Mummy janji, mummy akan jaga baby baik-baik. Sekarang hanya ada mummy dan baby je. Papa dah tak ada. Papa tak sayang kita,” bisik Linda perlahan. Sayu hatinya.

Mengapa hati ini masih degil dan terus mengingati dia. Dia yang membawa seribu kedukaan di hatinya. Linda mengeluh. Dia harus lupakan semuanya. Dia nak jadi Linda yang baru. Linda yang kuat dan tabah. Linda yang tak perlukan cinta dalam hidupnya. Cukuplah dia memiliki baby sahaja……

…………………………………………………………………………………………..

“Dah dapat cari dia?” soal Tengku Lukman. Rambutnya diraup kasar.

“Maaf Tengku, kami masih berusaha menjejaki dia…” jawab Kerill lemah. Takut kemarahan lelaki itu. Salah dia. Kerana sdikit kecuaian, mereka kehilangan jejak Linda.

“Dah lah… kau boleh pergi. Dapat je maklumat inform aku terus,” lemah suara Tengku Lukman. Pening memikirkan olah baru yang dicipta Linda. Entah apa muslihat perempuan itu. Beberapa minggu ni, Linda biasa sahaja. Hanya duduk diam di rumah. Langsung tak keluar. Tak sangka dalam diam perempuan itu telah melakukan semua persiapan yang cukup rapi hingga jejaknya tidak dapat di kesan.

Thursday, May 19, 2011

rahsia hati hanim 19

Aizad mengeluh untuk kali ke berapa pun dia tidak pasti. Handset ditangan masih ditenung. Sudah beberapa hari dia cuba menghubungi Linda namun hampa. Entah kemana Linda menghilang. Kiki sendiri tidak tahu. Pening. Masalah yang dihadapinya makin banyak. Projek terbaru syarikatnya menghadapi masaalah. Entah siapa dalangnya. Dia sedar ada konspirasi untuk menjatuhkan dirinya. Masaalah dengan Hanim juga masih belum selesai. Hatinya makin sakit bila Hanim terus berdegil.

Suka atau tidak, kini Hanim sudah mula bekerja. Opah juga tidak menghalang. Opah dan keluarganya izinkan sahaja asalkan dapat membahagiakan Hanim. Opah juga siap menasihati dirinya lagi. Kononnya dengan bekerja, Hanim mungkin akan lebih gembira. Masanya akan lebih terisi dari duduk di rumah.

Aizad meraup rambutnya yang sudah mula panjang. Papa juga sudah mula bising melihat wajahnya yang tidak terurus itu. Apa nak buat, dia tiada masa memikirkan diri sendiri. Fikirannya hanya tertumpu pada masaalah syarikat dan misteri kehilangan Linda. Hubungan Zahir dan hanim yang makin rapat juga menggusarkan hatinya. Ada rasa tidak senang di situ. Cemburukah dia? Layakkah dia untuk cemburu? Ya.Dia berhak untuk cemburu. Hanim isterinya. Miliknya dan akan selamanya menjadi miliknya.

…………………………………………………………………………………………………….

Hanim merenung Amar yang sudah tertidur dalam pelukannya. Sudah beberapa hari dia mula bekerja. Amar langsung tak mahu berenggang dengan dia sebaik kakinya melangkah dalam rumah. Anak kecil itu asyik merengek. Rindukan uminya mungkin.

“Maafkan umi sayang…” Hanim cium pipi Amar yang tembam. Kak Pah ada beritahu, Amar menangis pagi-pagi, mencari Hanim. Puas dipujuk barulah ok. Kasihan anaknya ini. Tapi dia tak ada pilihan. Dia perlu bekerja. Dia tak mahu ambil sebarang risiko. Yang penting dia mesti kukuhkan hidupnya untuk Amar. Hanim tak rela kehilangan Amar.

Hanim juga sedar, Aizad merajuk padanya. Namun dia buat tak peduli. Malas nak fakir dan layan rajuk lelaki itu. Sikap Aizad juga agak dingin dengannya. Lelaki itu juga lebih kerap termenung. Entah apa yang difikirkannya. Hanim biarkan sahaja. Bergaduh dengan Linda agaknya.

……………………………………………………………………………………………………….

Lelaki itu termenung di hadapan meja kerjanya. Foto-foto yang berselerak dibiarkan. Matanya terpejam. Memikirkan sesuatu. Maklumat yang diberitahu oleh pekerjanya membuatkan hatinya sedikit bimbang. Entah mengapa jauh disudut hati dia bimbangkan wanita itu. Wanita yang amat dibencinya.

Panggilan telefonnya juga tidak dijawab. Namun hatinya sedikit lega bila wanita itu tidak lagi bertemu Aizad. Tidak lagi mengganggu rumah tangga Hanim. Sekerang-kurangnya hatinya tenang kini. Hanim sudah ada di depan matanya. Dengan itu lebih mudah untuk dia terus melindungi Hanim. Hanim juga sudah nampak ceria. Sudah mula tersenyum riang. Mata itu juga sudah bersinar ceria. Tidak lagi sayu dan suram seperti dahulu.

“Along dah jumpa adik mak. Along janji akan buat adik bahagia dan senyum selalu. Along sayangkan mak dan adik,” lelaki itu t ersenyum. Tebayang wajah mak. Ada air mata yang mengalir. Pantas jarinya mengesat air mata itu. Tak mahu nampak lemah. Dia lelaki. Dia harus kuat untuk keluarganya. Seperti janjinya pada mak, dia akan terus lindungi adik.

……………………………………………………………………………………………………….

Linda terduduk lemah. Tidak daya untuk melangkah. Akhirnya dia hanya mampu merebahkan tubuh di situ sahaja. Cuba untuk memejamkan mata, berharap rasa loya ini akan berkurangan. Penuh renik sudah membasahi dahi. Bunyi pintu dibuka juga dibiarkan sahaja.

Tengku Lukman melangka masuk. Berkerut dahinya melihat ruang tamu yang berselerak. Tidak dikemas. Matanya meliar. Memandang sekeliling. Keadaan rumah yang sunyi seolah tiada penghuni. Langkahnya laju ke bilik utama. Bilik itu gelap, dengan malas, dia melangkah ke balkoni. Menarik langsir agar cahaya matahari dapat menyiari bilik itu. Pintu gelangsar juga dibuka.

Matanya akhirnya terpaku pada sekujur tubuh yang terbaring dilantai berhampiran toilet. Perlahan tubuh itu dihampiri. Wajah itu pucat sekali. Dengan cermat, akhirnya tubuh itu di angkat lalu dibaringkan atas katil. Terasa haba panas dari tubuh itu. Menggeleng perlahan. Kalaulah dia tak datang? Bagaimana agaknya?

Tengku Lukman membasahkan tuala lalu diletakkan di dahi Linda. Dia juga sudah menghubungi rakannya. Farida seorang doctor. Rasanya itu lebih baik. Dia tak mahu searang cerita mengenainya keluar diakhbar. Walaupun wajah itu pucat dan sedikit tidak terurus rasanya orang lain masih boleh mengenali wanita itu. Linda. Siapa yang tak kenal. Wajahnya terpampang dimana-mana. Model popularlah katakan.

……………………………………………………………………………………………………….

Tengku Lukman mengeluh perlahan. Wajah Linda yang masih tidur direnung. Kata-kata Farida membuatkan tubuhnya longlai. Linda hamil. Masaalah besar. Patutkah kandungan itu digugurkan? Tengku Lukman serba salah. Kalaulah mummy tahu, mahu mummynya kena serangan jantung. Pasti rancangan pertunangannya dengan Tengku Nellysa kacau bilau jadinya. Malah ini juga akan mengancam rancangan penggabungan syarikatnya dan syarikat Teguh Holding milik keluarga Tengku Nellysa.

Linda tersedar. Berkerut dahinya bila melihat dirinya siap terbaring atas katil sedangkan tadi dia terbaring dilantai. Tidak daya untuk terus melangkah. Tubuhnya benar-benar lemah. Tangannya mengusap prlahan perutnya. Ada sedikit senyuman terukir. Dia sedar walaupun tidak berjumpa doctor namun kelewatan teman baiknya itu menyakinkan dirinya. Sedar ada nyawa lain dalam perutnya.

“Dah sedar?” tegur Tengku Lukman. Dingin sahaja suaranya. Linda tersentak. Entah sejak bila lelaki itu berada di sini.

“Dah..” jawab Linda lemah. Tak mahu ambil sebarang risiko. Tahu kepantangan lelaki itu. Tidak suka pertanyaannya sepi tanpa jawapan.

“Aku dah panggil doctor. Ubat atas meja tu makan. Peti ais pun dah aku penuhkan. Ingat jangan lupa makan. Kalau ada apa-apa call aku. Aku balik dulu,” Tengku Lukman tegas bersuara. Linda sekadar mengangguk. Lega bila lelaki itu ingin beredar. Tidak betah rasanya bila lelaki itu ada bersama.

Sebaik tubuh Tengku Lukman hilang dari pandangan, Linda bangun dengan perlahan. Ubat di atas meja di ambil. Direnungnya ubat-ubat itu tanpa perasaan namun riak wajahnya berubah bila menyedari sesuatu. Lelaki itu pasti sudah tahu. Apa tindakan lelaki itu? Wajah Tengku Lukman yang tanpa riak tadi menakutkan Linda. Lelaki itu bisa sahaja melakukan apa yang diingininya. Berbagai kemungkinan bakal terjadi. Linda panic. Bagaimana jika dia kehilangan baby… tak boleh. Cukuplah sekali dia hilang Aizad. Kini dia tidak boleh hilang baby…

……………………………………………………………………………………………………….

Opah termenung jauh memikirkan rumah tangga cucunya itu. Bukan dia tak sedar hubungan dingin Aizad dengan Hanim. Walaupun mereka nampak mesra dihadapannya namun tak mudah untuk tipu mata tuanya. Kasihan Amar, satu-satunya cicik yang dia ada. Anak kecil itu yang jadi mangsa pertelingkahan umi dan papanya. Geram opah.

“mak fikir apa tu sampai berkerut-kerut dahi tu?” tegur Puan Nora. Dari tadi dia lihat dahi ibu mertuanya itu berkerut macam memikirkan masalah berat je.

“Aku fikirkan pasal anak menantu kamu Nora oii… apalah nak jadi. Sorang kekanan, sorang kekiri yang jadi mangsanya Amar. Sian cicik aku ni,” Opah meluahkan perasaan. Tubuh kecil Amar dipeluk sayang. Puan Nora mengeluh.

“Mereka dah besar mak, kalau kecil boleh juga saya tangan-tangankan,” Tuan Faruk bersuara. Bukan dia tidak risau tapi baginya Hanim dan Aizad udah cukup dewasa untuk menilai kehidupan meraka. Sudah cukup matang untuk berfikir.

“Sebab dah cukup besarlah semua ni jadi. Mak rasa dah tiba masanya kita masuk campur. Sampai bila nak biar depa ikut kepala depa aja. Nak menangkan ego masing-masing,” opah bersuara tegas. Geram dia dengan Hanim dan Aizad. Makin sibuk dengan hidup masing-masing. Sibuk menjungjung ego yang tinggi melangit hingga mengabaikan Amar.

“Ikut suka maklah. Saya dah malas nak masuk campur. Jadi apa-apa nanti kita pula disalahkan. Depa dah cukup besar nak fakir baik buruk. Bukannya budak-budak lagi. Dah jadi mak dan ayah orang dah..” keluh Puan Nora pula. Rungsing dia bila memikirkan masaalah anak menantunya itu. Tuan farok juga hanya mengangkat bahu. Ikut suka opahlah. Janji rumah tangga anak menantunya aman damai seperti dahulu. Itu doanya saban waktu.

。。。。。。。。。。。。。。。。。。。。。。。。。。。。。。。。。。。。。。。。。。。。。。。。。。。。。。。。。。。。。。。。。。。。。。。。。。。。。。。

Tengku Nellysa menghempas tubuh genitnya ke atas sofa. Geram bila Lukman membatalkan temujanji mereka dan lelaki it uterus hilang tanpa di kesan. Geramnya. Tengku Ara merenung wajah di hadapannya yang masam mengcuka.

“Nelly kenapa ni? Muka masam macam ni? Gaduh dengan Luke ya?” tegur Tengku Ara lembut. Memujuk.

“Mak Engku… Nelly geram la dengan Luke. Janji nak lunch dengan Nelly. Puas Nelly tunggu. Tiga jam tau… tebal dah muka Nelly. Malu. Dia tak datang. Pesan kat Jay je. Tu pun nasib Nelly telefon Jay, kalau tak dah macam orang bodo je Nelly tercongok kat situ” adu Tengku Nellysa. Geram.

“Dia ada hal lah tu. Tak sempat beritahu Nelly. Dah, jangan tarik muka macam tu. Dah tak cantik Mak Engku tengok,”

“Hal apa? Agaknya asyik berkepit dengan budah Hanim tu jelah,” Tengku Nellysa bersuara geram. Manataknya tadi ketika call office, Suria beritahu Hanim bercuti dan Lukman pula hilang tanpa dikesan. Mesti diaorang ada skandal.

“Hanim? Siapa tu?” soal Tengku Ara. Kali pertama mendengar nama itu disebut.

“PA baru Luke. Sejak budak tu ada, asyik berkepit dengan Luke je. Nelly pun dah dengar macam-macam gosip tentang dia orang,” Tengku Nellysa bersuara sedih. Manataknya, perhatian Lukman 24 jam pada PA dia tu jer. Langsung tak pedulikan dia.

“Khabar angin je tu, jangan Nelly ambil hati pula. Walau apapun terjadi Mak Engku Cuma nak Nelly je jadi menantu Mak Engku,” pujuk Tengku Ara. Dia pasti akan siasat hal itu. Dia tak akan biarkan sebarangan perempuan menghampiri anaknya itu. Hanya Tengku Nellysa sahaja yang layak jadi menantu keluarga mereka.

Tuesday, May 10, 2011

Rahsia hati Hanim 18


Hanim melangkah lesu menaiki tangga. jam sudah menginjak pukul sepuluh malam. suasana rumah juga agak sunyi. pastinya opah sudah tidur. mama dan papa rasanya tiada. mungkin ada dinner diluar. pintu bilik di tolak perlahan. Aizad sedang leka menonton manakala Amar tergolek di hadapan tv. leka bermain dengan kereta mainannya.

"Baru balik? kemana?" Aizad menyoal selamba. matanya masih tertumpu pada cerita di tv.

"Maaf, Hanim lambat. jumpa kawan," Hanim menjawab perlahan. ada getar pada suaranya. Hanim segera mengambil tuala dan pakaian tidur. kakinya melangkah pantas ke bilik air. badan yang sudah mula berlengas perlu dibersihkan. kurang selesa. Aizad sekadar diam.

sebaik pintu bilik air di tutup, air mata mula mengalir. Hanim teresak lagi. air pancuran di buka. tubuhnya melonglai lalu dia terduduk di situ. Tak sanggup dia melihat wajah Aizad. Tak tahu bagaimana hendak berhadapan dengan lelaki itu bila semua kebenaran sudah diketahui. segala lakonan dan pembohongan Aizad. hatinya terlalu luka. amat luka sehingga dia sendiri tidak yakin bila luka itu akan sembuh.

setelah hampir sejam berkurung dalam bilik air, akhirnya Hanim melangkah keluar juga. Amar sudah tertidur di katil bayi. Aizad masih lagi tenang di sofa. Hanim mengeluh. Fikirnya Aizad sudah tertidur kerana dia tidak ada kekuatan untuk berhadapan dengan lelaki itu saat ini.

"Duduk Hanim. ada hal yang perlu kita bincangkan," Aizad bersuara dingin. Hanim akur. hendak tidak hendak Hanim melabuhkan punggung di hadapan Aizad.

"Opah beritahu Hanim ke office abang tadi?" soal Aizad selamba. Hanim serba salah. akhirnya dia sekadar mengangguk. matanya masih memandang jari jemari kakinya. entah mengapa sekarang dia rasakan kakinya lebih menarik berbanding wajah kacak Aizad.

"Hei... bila aku cakap, pandang," Aizad bersuara garang. tangannya memaut dagu Hanim. wajah Hanim berkerut sakit akibat cengkaman tangan Aizad di dagunya. wajah Aizad memerah. pantang baginya jika orang tidak memberi perhatian ketika dia bersuara. akhirnya dagu Hanim dilepaskan.

"Rasanya kau dah tahu jadi tak perlulah aku berlakon lagi. penat aku berlakon mencintai kau sedangkan hati aku ni rasa nak termuntah pandang wajah kau. Tak perlulah aku sembunyikan lagi. aku dan Liinda akan kahwin. Harap kau bersedialah. paling penting aku tak mahu keluarga aku tahu hal ini. kalau tak siaplah kau. jangan pandai-pandai nak mengadu pada sesiapa," Aizad bersuara perlahan. matanya bersinar garang. Hanim hanya mengangguk. hatinya makin luka. Aizad terus keluar dari bilik mereka sebaik selesai memberi amaran pada Hanim.

……………………………………………………………………………………………………......

Masa kini

Zahir meraup wajahnya. Tidak percaya bagaimana Aizad setegar itu menyakitkan Hanim. Melukakan hati Hanim. Seandainya masa dapat diputar kembali, dia tidak akan beralah. Pasti dia berusaha mendapatkan Hanim. Wajah Hanim dipandang. Riak wajah itu kosong tanpa perasaan. Beku.

“Hanim nak buat apa sekarang?” soal Zahir. Hanim sekadar mengangkat bahu. Zahir menggeleng melihat gelagat Hanim itu. Entah apa yang ada difikiran hanim.

“Abang bimbangkan Hanim. Ingat walau apapun berlaku abang Z akan sokong Hanim. Lagi satu, walau apapun yang Hanim ingin buat, fikirkan mengenai Amar sama. Abang tak nak dia jadi mangsa,” Zahir bersuara perlahan. Matanya memandang Amar yang masih lagi leka bermain sambil diperhatikan Kak Tipah.

Hanim mengeluh mendengar kata-kata Zahir itu. Itu yang menghantuinya. Bagaimana dengan Amar nanti. Jika dia berpisah dengan Aizad, pasti hak pengjagaan akan jatuh pada lelaki itu kerana Hanim tidak bekerja. Tiada sumner pendapatan untuk menjaga Amar. Langkah pertama, dia harus bekerja semula. Teringat tawaran yang di terima. Rasanya dia akan terima tawaran itu.

“Hanim dah fikirkan hal itu. Minggu depan Hanim dah start kerja. Sekurang-kurangnya Hanim ada sumber pendapatan tetap kalau apa-apa terjadi,” Zahir tersenyum. Hanim yang berada di hadapannya telah banyak berubah. Makin matang.

“Dekat mana? Jawatan apa? Aizad dah tahu” soal Zahir.

“Dah, tapi dia tak izinkan. Biarlah, Hanim dah tak peduli. Izin atau tidak Hanim akan tetap bekerja. Malas nak fikirksn mengenai dia lagi. Hanim letih. Letih sangat,” adu Hanim. Hanya Zahir sahaja tempat dia luahkan rasa hatinya. Zahir sudah seperti abangnya. Guardian angelnya. Zahir tersenyum. Suka melihat wajah Hanim yang bersemangat sekarang. Tidak lagi akur pada nasib.

………………………………………………………………………………………………………

Aizad mundar-mandir dihadapan rumah. Matanya tak lepas memandang pintu pagar. Menanti kepulangan Hanim dan Amar. Biarpun opah beritahu Latipah turut serta bersama mereka, hatinya tetap tidak tenang. Resah. Tidak suka Zahir rapat dengan keluarganya. Peluh di dahi dikesat kasar. Wajahnya juga sudah masam mencuka. Lambatnya masa beredar.

Hati yang resah agak tenang bila melihat kereta Zahir meluncur masuk. Amar yang berada dalam dukungan Latipah meronta ingin turun sebaik melihat Aizad. Hanim pula melangkah perlahan menghampiri Aizad yang sudah tercegat di laman. Wajah keruh lelaki itu sudah diduga. Zahir masih selamba. Bibirnya mengukir senyuman melihat gelagat Aizad.

Aizad mengdukung Amar yang sudah menerpanya. Anak kecil itu ketawa diagah papanya. Aizad tersenyum senang melihat wajah riang Amar.

“Anak papa pergi mana?” soal Aizad pada sikecil.

“gi enan. Best main uai, uncur,” cerita anak kecil itu dalam pelatnya. Aizad tersenyum. Senyuman itu mati bila melihat Zahir. Wajah itu kembali keruh.

“Sayang papa masuk mandi dengan Mak pah K? biar wangi-wangi,” Aizad menyerahkan Amar pada Latipah. Amar sedikit meronta. Dengan sedikit pujukan anak kecil itu akur.

“Bye mi, bye papa, bye bah. Mmmuuuaahhhh ,” Hanim ketawa melihat gelagat Amar. Begitu juga Zahir. Aizad sekadar tersenyum. Sebaik bayang Latipah hilang bersama Amar, wajah Aizad kembali serius. Matanya merenung tajam Zahir dan Hanim yang selamba duduk berbual di taman orkid Puan Nora. Langsung tak memperdulikan Aizad.

“Hanim, opah panggil,” suara Aizad. Matanya memandang wajah Hanim yang sedang ketawa.

“Erk, tak dengar pun,” Hanim menjawab selamba. Keningnya dikerutkan. Rasanya tak nampak pun kelibat opah sejak balik tadi. Biasanya waktu macam ni Opah kat bilik. Tengah mengaji atau membaca terjemahan Al-Quran.

“Ada, tadi opah pesan kat abang. Kalau Hanim balik opah suruh jumpa dia,” Aizad bersuara tegas. Hanim akhirnya akur walaupun sedikit pelik.

“Nim masuk dululah abang Z. rasanya esok jadi. Abang Z ambil Nim pukul 3 erk,” Hanim sempat berpesan pada Zahir sebelum melangkah. Zahir hanya mengangguk. Senyuman masih tak lekang dari bibirnya. Wajah Aizad makin cemberut. Panas hatinya. Makin sakit melihat senyuman Zahir. Jari digemgam kemas. Cuba menahan diri. Takut penumbuknya mengena wajah sahabatnya itu.

“Aku tak suka kau ganggu keluarga aku,” Aizad bersuara tegas.

“Kenapa? Releks aarr. Sejak bila kau pandai emosi ni?” soal Zahir selamba. Matanya menentang mata Aizad yang tajam merenungnya. Marah benar. Muka tu pun dah masam mengcuka. Hairan betul. Kata tak cintakan Hanim tapi cemburu…macam apa lagi. tak faham betul.

“apapun Hanim milik aku. Jangan mimpi kau akan dapat dia. Sekali jadi milik aku selamanya hak aku. Kalau sayangkan persahabatan kita, jauhkan diri kau dari Hanim,” tegas Aizad. Pantas dia berlalu dari situ. Meninggalkan Zahir yang tenang berdiri. Lelaki itu tersenyum. Ada keanehan pada senyuman itu. Akhirnya Zahir meninggalkan perkarangan rumah itu. Sudah ada rancangan yang terangka dalam kepalanya. Rasanya Aizad perlu diajar.

………………………………………………………………………………………………………

Linda mengeluh perlahan. Wajah yang pucat diusap. Wajah yang menjadi kebanggaannya selama ini. Mata yang sembab dan merah kerana banyak menangis dipandang. Arca tubuhnya jelas di cermin. Pucat tak berseri. Tubuhnya juga makin kurus. Kesan lebam sudah hilang namun masalah baru pula yang melanda.

Linda takut. Tidurnya juga dihantui mimpi ngeri. Semuanya kerana lelaki itu. Tak faham apa salahnya pada lelaki itu sehingga dia dihukum begini. Salahkah dia mencintai Aizad. Ya, salahnya hanya satu, salahnya kerana melepaskan Aizad pada perempuan itu kerana dia sangat yakin dengan ketulusan hati Aizad.

Ya, keyakinan itu miliknya. Namun dia silap percaturan. Apa gunanya semua itu. Segalanya telah musnah. Dia tak layak lagi untuk Aizad atau mana-mana lelakipun. Dia perempuan kotor. Sangat kotor. Semuanya salah sendiri. Kerana terlalu mengejar kekayaan dan kejayaan dalam karier, dia terperangkap.

Lama dia memikirkan hal ini. Mungkin sudah masanya dia melepaskan Aizad. Melepaskan lelaki yang amat dicintainya itu. Pedih dan perit hatinya untuk membuat keputusan itu. Namun dia sudah tidak berdaya. Sudah letih untuk meneruskan segalanya. Sudah tiada kekuatan untuk mendapatkan cintanya kerana dia sendiri sudah tiada kekuatan umtuk meneruskan hidupnya lagi.

Deringan telefon mengembalikan Linda dalam reality. Dibiarkan sahaja. Tahu, Kiki dan Aizad tidak jemu mencarinya namun dia tak ingin berjumpa sesiapapun. Mungkin itu lebih baik. Deringan itu dibiarkan. Sama seperti hari-hari yang lalu, akhirnya talian itu kembali sepi. Air mata yang mengalir di biarkan. Tubuh yang lesu akhirnya terbaring di lantai. Matanya kosong, sekosong hatinya. Dia hanya ingin tidur dan tak ingin bangun lagi… ingin terus bermimpi… mimpi didunia yang hanya ada dia dan Aizad.

Saturday, May 7, 2011

rahsia hati hanim 17

rahsia hati hanim 17 hana dah edit.m maaf atas segala kesulitan. ada part yg terdelete waktu hana post kat blog. maaf sekali lagi ya.

Friday, May 6, 2011

rahsia hati hanim 17

sorry part ni kak hana edit balik. baru sedar ada part yg hana x masukkan. sorry sangat.





Hanim masih diam. Matanya memandang wajahAizad di hadapannya. Masih lagi tiada bicara yang terluah. Wajah lelaki itunampak kusut. Hanim hanya senyum. Entah kenapa dirasakan cintanya makin hilang.Selama ini dia cubamemupuk cinta untuk lelaki itu. Mengikhlaskan hati menerima lelaki ituseadanya. Ya, dia berjaya. Lelaki itu dicintainya. Lelaki itu berjaya membuatdia jatuh cinta. Amar lahir sebagai lambang cinta mereka.


“Nim, abang rasa Nim dah ingatsegalanyakan? Kalau tak Hanim tak akan marah macam ni?” Aizad bersuaraakhirnya.


“Ya, Nim dah ingat. Nim memang marah.Sangat-sangat marah. Sampai Nim terfikir samaada Nim boleh maafkan abang atautak dan rasanya Nim tak mampu maafkan abang,” Hanim bersuara tegas.


“Abang tahu, abang salah. Tindakan abangmemang melampau. Abang tak harap Nim maafkan abang tapi abang nak Nim fikirkanAmar, opah dan keluarga kita. Abang tak nak Nim bertindak terburu-buru keranarasa marah Nim pada abang,”


“Huh… habis abang nak Nim buat apa? Nimbukannya bodoh macam dulu. Nim akan tuntuh hak Nim. Amar anak Nim. Abang takada hak pisahkan Hanim dengan dia. Lagipun Nim dah dapat kerja,”


“Kerja? Abang tak izinkan. Abang tak suka.Nim isteri abang. Abang nak isteri abang duduk rumah jaga makan minum abang dananak kita. Abang boleh tanggung Nim dan anak kita,” Aizad bersuara tegas.Matanya tajam merenung wajah Hanim.


“Sampai bila? Sampai masa nanti abang tetaptinggalkan Hanim. Abang tetap kahwin dengan…”


“Cukup, abang tak nak dengar apa-apa lagi.Kenapa? Tak sabar nak bersama dengan Z? jangan mimpi. Sekali Hanim jadi isteriabang, selamanya tetap milk abang,” Aizad memaut bahu Hanim. Hanim tergamam.Wajah Aizad yang penuh kemarahan direnung. Ada rasa takut di hatinya.


Aizad menarik nafas. Cubamenenangkan hati yang diamuk marah dan cemburu. Ya dia cemburu. Hanim hanyamiliknya. Akan terus jadi miliknya. Tak akan dia benarkan Hanim jauh darinya.Akan dipastikan Zahir jauh dari Hanim. Tak akan dia beri kesempatan Zahirmenghampiri Hanim. Tekad hati Aizad. Zahir mesti dijauhkan dari Hanim. Mesti.


………………………………………………………………………………………………

Hanim tersenyum melihat Amar yang riang bermain buaian bersama-sama Zahir. Kebetulan Zahir datang tadi, lalu lelaki itu menawarkan diri menemani mereka ke taman permainan berdekatan. Mulanya Hanim enggan namun gesaan Puan Nora dan opah, akhirnya Hanim akur. Mujur juga Kak Tipah menemani mereka.

“Hanim ok?” Tanya Latipah. Perasan sejak beberapa hari ini Hanim nampak muram. Malah hubungan dengan Aizad juga nampak dingin.

“Ok jer. Kenapa?” Tanya Hanim. Tersenyum, tahu Latipah selalu mengambil berat padanya. Selalu ada disisi. Teringat sewaktu mula-mula menjadi menantu keluarga Tuan Faruk, hanya Latifah yang tidak membencinya. Hanya Latipah tempat dia meluah rasa. Sentiasa menyokong dan memintanya bersabar. Alhamdulilah, berkat kesabarannya Puan Nora dan opah menerima juga Hanim seadanya.

“Kak Pah tengok Hanim sedih je. Muka tu macam orang bermasaalah. Hanim ada masaalah dengan Aizadke? Kak Pah tengok Hanim dengan dia dingin jer,”

Hanim tersenyum. Tidak sangka Kak Pah perasan pergolakan dalam hubungannya dengan Aizad. Senyumannya mati bila memikirkan kemungkinan opah dan mama juga perasan kedinginan antara mereka. Hanim risau jika opah sakit. Tambahan pula opah tidak boleh menerima sebarang tekanan. Tidak boleh stress.

“Jangan lah bimbang. Hanim dan abang ok jer. Takkanlah nak bermesra sepanjang masa. Malulah nak mesra-mesra depan orang,” jawab Hanim. Latipah tersenyum apatah lagi melihat wajah Hanim yang memerah. Tersipu-sipu. Mungkin dia yang salah pandang agaknya. Latipah lega.

“Kalau macam tu tak apalah. Kak Pah nak temankan Amar. Kesian Encik Zahir. Dari tadi layan Amar,” Latipah bersuara. Langkahnya pantas mendapatkan Amar dan Zahir. Hanim tersenyum. Gembira melihat Amar yang riang. Senyuman Amar mendamaikan hatinya. Menenangkan jiwanya.

“Hai.. sihat? Kenapa sedih jer?” Tanya Zahir sebaik melabuhkan punggung di sisi Hanim. Hanim menjauh sedikit. Agak tidak senang dengan jarak antara mereka.

“Hanim sihat jer. Mana ada Hanim sedih. Pandai-pandai je abang Z ni,” Hanim ketawa kecil. Menutup segala rasa hati dari dibaca Zahir.

“Ye ke? Mungkin pada orang lain Hanim nampak ok tapi tidak pada abang. Hanim boleh tipu semua orang tapi mata tu tak dapat tipu abang,” jawab Zahir bersahaja. Hanim mengeluh.

“Hanim ada masalah? Aizad buat halke?” soal Zahir lagi. Hanim angguk. Zahir mengeluh. Sudah diduga. Hanya inginkan kepastian.

“Hal apa pulak ni? Abang tengok Hanim bahagia dengan dia. Sebab itu abang yakin untuk ke UK. Abang juga lihat dia mula belajar mencintai hanim apatah lagi setelah kehadiran Amar. Abang lihat Hanim dan dia bahagia sekali,”

“pada pandangan kasar, ya kami bahagia. Namun itu semua hanya palsu. Penuh kepura-puraan. Semuanya hanya lakonan. Lakonan terbaik dia hingga kita semua tertipu. Cinta dan kebahagian itu hanya palsu. Semuanya rancangan dia…” hanim mengesat air mata yang mengalir. Terasa perit jiwa bila mengingati segalanya hanya satu pertaruhan.

“Maksud Hanim?” Zahir bertanya ingin tahu. Entah mengapa ada rasa resah dijiwa. Ada sesuatu yang dia terlepas pandangkah?

“Kes kami kena tangkap khalwat tu dan semua yang berlaku lepas tu semuanya rancangan dia….”luah Hanim. Zahir terkedu. Benarkah???

……………………………………………………………………………………………………
Imbas kembali


Hanim menarik nafas perlahan. Perbualan Aizad dengan rakan-rakannya membuatkan dia kaku.Mangkuk tingkat yang dibawa digemgam erat. Ingin membuat kejutan pada lelakiitu tapi dia yang dikejutkan. Pedihnya rasa hati.

“Habislah youLinda. Terbukti tanpa youpun Zad boleh bahagia,” Liam bersuara. Ketawa kedengaran dari rakan-rakan yang lain. Aizad sekadar tersenyum. Linda yang berada disebelahnya menarik muka.

“I tak kisah,Biarlah. Aizad still love me. I’m right sayang? Darling I ni kahwin dengan diapun sebab cabaran korang. Nasiblah. Kesian wife you? Mesti dia ingat you tergila-gikan dia,” Linda menjawab angkuh. Tangannya membelai wajah Aizad.Lelaki itu hanya membiarkan sahaja.

“lepas ni kalau Zad lamar you, you kena terimalah,” Katherin tunang Liam merangkap sahabat baikLinda bersuara.

“Betul tu,kalau tidak you yang menyesal,” sokong Kamal. Aizad ketawa sahaja. Gembira.Akhirnya pertaruhan itu dimenanginya.

“I akan terima but you kenalah ceraikan wife you dulu,” jawab Linda yakin. Yakin Aizad akantinggalkan Hanim. Senyuman terukir di wajahnya.

Katherin, Liam dan Kamal hanya ketawa. Entah bagaimana boleh keluar rancangan itu. Rancangan bermula saat Linda menolak lamaran Aizad untuk kali yang ke lima. Lalu Kamal telah mencabar Aizad untuk berkahwin dan buktikan pada Linda yang dia boleh hidup tanpa wanita itu. Kebetulan Hanim turut berada direstoran tersebut. Hanim merupakan pilihan Liam. Semuanya menjadi mudah bagi Aizad bila Hanim merupakan setiausahanya. Linda hanya ketawa saat itu.

Namun ternyata Linda silap. Aizad berkahwin dengan Hanim dan kini mereka bahagia dengan kehadiran seorang cahaya mata. Linda mula panik. Apatah lagi Aizad dan hanim makin mesra.Ternyata rancangan Aizad berjaya. Akhirnya Linda mula mengalah. Kini Linda pula memujuk rayunya. Ternyata lakonannya berkesan sekali. Akhirnya Linda akan jadi miliknya. Aizad senyum. Bangga.

“I kan yang terbaik, tapi I takkan lepaskan wife I ok. Kalau you nak, kenalah jadi nombor dua,” Aizad bersuara. Mengusik. Linda menarik muncung. Sakit hatinya. Linda? Nombor 2? Tak mungkin. Dia akan berusaha untuk singkirkan Hanim.

“Betul tu.Lagipun you kenalah terima hakikat yang Zad ni dah ada anak dengan perempuan tu dan yang paling penting perempuan tu merupakan menantu kesayangan Tuan Farukdan Puan Nora,” Kamal bersuara.

“Betul tu. You terpaksa berusaha. My parent dah tak suka you. You kenalah ambilk hati mama I semula. Opah I pun sama. Bukan senang tau. Sekarang ni papa I pun dah bising. I think dia tahu hubungan kita,” Aizad mengeluh. Teringat amaran papa. Tinggalka nLinda atau dia akan hilang segalanya. Papa hanya pentingkan kebahagian Hanim dan cucunya.

“Wah...habislah you Lin...”

Hanya itu sahaja. Dia sudah tidak mampu mendengar lagi. Air mata yang mengalir di kesat. Langkah terus di atur. Ruang pejabat itu sudah lama sepi. Sudah hampir pukul 7petang. Biasalah sudah lewat petang. Dia datang ke pejabat setelah Kak Mona memberitahu Aizad masih di office. Tidak sangka Aizad tidak berseorangan.Ternyata perkahwinan mereka hanya satu lakonan. Satu sendaan bagi Aizad dan rakan-rakannya. Rasa cinta Aizad hanya palsu. Lakonan yang baik hingga diaterpedaya.

Hanim melangkah tanpa arah. Akhirnya dia terduduk di satu sudut. Tidak dipedulikan keadaan sekeliling. Terus menangisi nasib diri. Kelukaan yang bukan sedikit. Tak percaya dengan apa yang didengari dan dilihat. Pada siapa dia harus mengadu. Mak sudah pergi. Zahir pula sudah melanjutkan pelajaran ke UK. Tiada siapa lagi yang tinggal. Dia keseorangan kini.

“Hanim?” tegur satu suara. Hanim mendongak, memandang wajah dihadapannya. Air mata yang mengalir dikesat. Matanya masih memandang wajah lelaki yang menegur.

“Kenal I lagi?” soal lelaki itu. Tersenyum melihat wajah Hanim yang masih kebingungan. Hanim hanya menggeleng. Tak pasti. Rasanya pernah dilihat wajah lelaki yang sedang tersenyum memandangnya.

“Hmm… memang patut Nim tak ingat I. Last kita jumpa waktu dinner beberapa tahun lalu. Nim pun tak kahwin lagi. Sekarang I dengar Nim dah kahwin dan adas eoarang anak,” terang lelaki itu. Berkerut dahi Hanim memikirkan katalata lelaki itu. Hampa.

“Maaf, Nim memang tak ingat. Encik ni sape?” soal Hanim. Air mata yang masih mengalir di kesat. Segan. Macammanalah wajahnya sekarang. Malu juga bila lelaki itu melihat dia menangis. Lelaki itu juga sudah duduk dihadapannya. Langsung tidak dipedulikan pandangan orang yang lalu lalang.

“Ok, kita berkenalan sekali lagi dan I harap Hanim takkan lupakan I kali ni. I Tengku Lukman. Hanim boleh panggil I abang Luke,” Tengku Lukman memperkenalkan diri. Risau juga dia melihat Hanim yang menangis sedari tadi. Sejak dari tadi dia mengekori langkah Hanim. Hatinya gusar membiarkan Hanim berseorangan. Melihat airmata yang mengalir dipipi Hanim, hatinya sendiri pedih.

“Oohh… Nim ingat…” lelaki itu ditemuinya pada malam yang penuh tragedy itu. Lelaki itu punca Aizad cemburu. Namun Hanim tak pasti benarkah lelaki itu cemburu atau hanya sekadar lakonan. Mengingatkan hal itu, Hanim makin sedih. Tengku Lukman makin panic bila tangisan Hanim yang hampir berhenti tadi makin rancak. Serba salah. Apatah lagi melihat beberapa orang yang memandang kea rah mereka. Malu.

“Jom kita pergi dari sini,” Tengku Lukman bangun. Tangannya memaut tangan Hanim. Memaksa tubuh itu berdiri. Tanpa bantahan Hanim akur sahaja bila lelaki itu menarik tangannya menuju ke sebuah kereta. Entah mengapa jauh disudut hatinya dia percayakan lelaki itu.

Suasana sunyi menyelubungi kereta itu. Hanim serba salah. Matanya sesekali memandang wajah Tengku Lukman yang tenang memandu namun Hanim dapat lihat jari jemari lelaki itu menggemgam erat streng kereta saat diberitahu kematian mak. Wajah lelaki itu juga kelihatan tegang namun berubah sayu tiba-tiba. Mengapa. Hanim hairn dengan reaksi Tengku Lukman.

“Err… kita nak kemana?” soal Hanim memecahkan Susana hening anta mereka.

“Hanim nak kemana?” tanpa menjawab, lelaki itu menyoak Hanim pula. Hanim menggeleng. Tak tahu hendak kemana. Balik ke rumah? Tak sanggup rasanya. Apatah lagi Hanim bimbang jika opah dan mama melihat wajahnya yang baru lepas menangis. Matanya yang sembab. Pasti banyak soalan mereka nanti.

“Kenapa ni? Hanim ada masaalah? Ceritalah, mungkin dengan itu Hanim akan Ok,” Tanya Tengku Lukman lembut. Matanya memandang wajah Hanim yang suram.

“Hanim ok,” jawab hanim perlahan.

“Betul? Habis tu kenapa Hanim menangis tadi. Kalau ok, tak denya Hanim nangis beria-ia tadi sampai mata pun dah sembab. Jangan tipu sebab Hanim tak pandai menipu dan saya tak mudah tertipu,” balas Tengku Lukman.

Entah mengapa bila mendengar kata-kata lelaki itu Hanim makin sedih. Air mata yang sudah kering kembali mengalir. Entah mengapa mudah sahaja Hanim bercerita pada lelaki itu. Sesekali kedengaran esakan kecil Hanim.

Tengku Lukman menggemgam erat stereng kereta. Wajah dia juga turut berubah. Sakit dan pedih hatinya mendengar bicara Hanim. Ada kemarahan dimatanya. Melihat tangisan Hanim, kesedihan dan kelukaan Hanim. Hatinya turut terluka. Malah kesakitan dihatinya berganda dari Hanim. Sedih, marah dan kesal kerana tidak berdaya melindungi Hanim.

……………………………………………………………………………………………………...

Aizad melangkah tenang memasuki rumahnya. Sunyi. Kemanakah Amar dengan hanim. Selalunya mereka berdua akan menyambut kepulangannya. Aizad melangkah ke bilik. Hanim dan Amar juga tiada. Segera Aizad melangkah ke dapur mencari Latipah.

“Eh Zad, nak kemana ni? Macam kena ligan dengan hantu jer?” Tanya Opah sebaik melihat Aizad tergesa-gesa menuruni tangga. Amar pula sedang bermain dengan permainan ditangannya.

“Hanim mana?” soal Aizad. Matanya memandang sekeliling. Hampa. Tiada kelibat Hanim disitu.

“La… bukan Hanim ke opis kamu. Katanya nak surprisekan kamu,” Aizad terkedu mendengar kata-kata opah. Hanim ke office. Bila. Pucat wajah Aizad. Opah pula yang kehairanan. Hatinya juga sedikit bimbang. Ke mana Hanim. Reaksi Aizad seolah-olah cucunya itu tak berjumpa dengan Hanim.

Wednesday, May 4, 2011

kasih selamanya 14

maaf jika n3 ni tak memuaskan hati anda semua.... sekadar meluahkan rasa rindu pada Aiman, Rina dan Risyam... salam sayang untuk anda yang mengikuti perjalanan kisah cinta mereka



Risyam tergamam bila menerima panggilan dari Aiman. Qaseh kemalangan. Wajahnya pucat. Tak percaya. Baru pagi tadi mereka berbual. Qaseg riang bercerita mengenai anak-anaknya yang makin mesra dengan Aiman. Tentang lelaki itu yang sudah dapat menerima keputusannya. Segera Risyam memandu ke hospital. Doanya hanya satu. Moga wanita itu selamat. Keretanya makin meluncur laju. Terasa begitu lambat keretanya bergerak.

Risyam terus menekan minyak. Wajah Qaseh terbayang di ruang mata. Hatinya makin pedih mendengar tangisan Naqib dan Naqisya di talian sebentar tadi. Menyesal kerana tidak dapat mengikut mereka beriadah walaupun sudah berjanji. Tanpa sedar meter kereta sudah menginjak ke angka 160k/m dan sebaik tiba di satu selekoh keretanya tidak dapat di kawal lagi. Risyam hanya mampu bertawakal apabila keretanya sudah berpusing dan akhirnya merempuh sebatang pokok. Pandangannya gelap.

……………………………………………………………………………………………………

Aiman terkedu bila doctor memberitahu keadaan Rina yang cedera parah. Rina berada dalam keadaan koma. Pedih hatinya melihat keadaan anak-anaknya yang menangis sambil memanggil mama mereka. Anak-anaknya dipeluk penuh kasih apath sebentar tadi dia diberitahu mengenai kemalangan yang menimpa Risyam. Tidak tahu bagaimana harus mengkhabarka berita itu pada anak-anaknya. Doanya agar lelaki itu selamat.

“Man, Rina macam mana?” soal Amalina sebaik nampak kelibat adiknya itu.

“Kak Lin… Rina selamat tapi kecederaan Rina agak parah. Rina koma,” Aiman memberitahu. Amalina terduduk.

“Ya Allah…” Ucap Datin Khamisah. Tidak percaya dengan apa yang di dengarinya.

“Kak Lin dengar Risyam…”

“Aiman tahu tapi budak-budak tak tahu lagi. Aiman tak nak mereka tahu. Tak nak mereka makin sedih,” Aiman bersuara pantas. Tidak ingin anak-anaknya tahu mengenai Risyam. Cukuplah mereka bersedih dengan apa yang menimpa Rina.

Kak Lin tolong tengokkan kembar ni dulu ya,” pinta Aiman. Amalina mengangguk. Setelah memujuk anak-anaknya untuk tinggal bersama-sama Amalina, Aiman melangkah pergi. Ada urusan lain yang menantinya. Dia risaukan Risyam. Entah bagaimana keadaan lelaki itu.

Aiman terkaku saat diberitahu Risyam tidak dapat diselamatkan. Bukan ini pintanya. Biarpun dia kurang menyenangi kehadiran lelaki ini dalam keluarganya namun bukan ini pengakhiran yang dia ingini. Tangisan ibu Risyam menyentap rasa hatinya. Lalu tubuh tua itu dihampiri.

“Mak cik, takziah saya ucapkan. Sabar…” hanya itu yang mampu dia luahkan. Wanita itu sekadar mengangguk. Itu yang cuba dia lakukan. Bersabar. Cuba untuk redha dengan kehilangan Risyam. Namun dia tak sekuat itu. Hanya Risyam anak lelakinya. Kini dia sudah tak punya tempat bergantung. Selepas kematian suaminya, tanggungjawab menjaga keluarga itu digalas Risyam.

“Hanya dia anak lelaki makcik…dia tempat kami bergantung… makcik…” Cik Mun tak mampu bersuara. Sayu hatinya. Selepas kematian suaminya, kini Risyam pula menyusul.

“Mak cik sabarlah. Biar saya yang uruskan semuanya. Mak cik jangan bimbang,” janji Aiman. Tahu selama ini keluarga itu bergantung penuh pada Risyam. Risyam tonggak keluarga itu dan kini atas rasa kemanusiaan, dia yang akan menggalas tanggungjawab itu. Tambahan pula dia terhutang budi dengan keluarga tersebut. Tanpa mereka, tak mungkin Rina mampu jadi sekuat ini.

“Mak cik lupa, bagaimana keadaan Qaseh?” soal Makcik Mun. aiman terdiam. Ingatannya kembali pada Rina yang sedang bertarung dengan maut.

“Rina koma, masih di ICU,” hanya itu yang terluah. Peritnya rasa hati bila mengenangkan keadaan Rina. 24 jam ini sangat kritikal. Dia hanya mampu berdoa agar Rina selamat. Tak sanggup rasanya untuk kehilangan Rina. Mak cik Mun terdiam. Sedih mengenangkan Qaseh. Doanya wanita itu selamat.

………………………………………………………………………………………………………..

Urusan pengebumian Risyam berjalan dengan lancer. Amir dan Amirah adik Risyam masih memeluk erat tubuh ibu mereka. Makcik Mun masih menangis. Aiman hanya memandang. Tahu kesedihn dihati makcik Mun.

“Makcik, Amir dan Mira sabar ya. Insyaallah abang akan Bantu apa yang patut. Saya dah tempah catering untuk majlis tahlil malam ni,”

“Terima kasih. Mak cik tak tahu macammana nak balas…”

“Tak perlu makcik, budi makcik sekeluarga menjaga Rina dan anak-anak saya lebih besar berbanding ini. Tak terbalas rasanya,” luah Risyam.

“keadaan kak Qaseh macammana abang Aiman?” Tanya Amir. Teringat kemalangan yang menimpa Qaseg namun mereka masih belum berkesempatan untuk melawat.

“Alhamdulilah, Kakak Qaseh kamu makin stabil. Cuma tak tahu bila dia akan sedar. Doctor sendiri tidak tahu bila kakak kamu akan sedar,” Aiman bersuara lirih. Sayu hatinya melihat keadaan tubuh Rina yang berselirat dengan segala jenis wayar. Mujurlah Rina berjaya melepasi detik kritikal itu.

“Kami tupang simpati bang. Naqib dan Qisya macammana? Mereka ok ke?” soal Mira pula bila menyedari Naqib dan Naqisya tiada.

“Masih lagi sedih. Buat masa ni kakak dan mama abang yang jaga mereka. Abang masih tak beritahu hal ini pada mereka. Abang tak sampai hati. Tak sanggup tengok mereka sedih…”

“Tak apa, mak cik faham. Mereka pnu masih sedih denga keaadan Qaseh. Lepas ni bawalah mereka ke mari. Sunyi rasanya bila mereka tak ada…” Mak cik Mun bersuara sayu.

“Insyaallah Makcik,” janji Aiman. Suka atau tidak, dia perlu juga berterus terang dengan anak-anaknya. Pagi tadi pun mereka sudah mul menyol mengapa abah tak datang tengok mama. Serba salah Aiman hendak menjawab. Mujurlah jawapan yang di beri memuaskan hati mereka tapi sampai bila? Aiman mengeluh lagi……….

rindu terhenti (part 2 [i])

sorry minggu ni hana busy sangat2. rasanya dah lama citer ni x der n3. sory ya sebab n3 bi pun pendek jer... just nak lepaskan kerinduan pada anda semua yg sudi membaca karya hana.....




Haikal mengeluh. Penatnya. Jam di tangan di pandang. Sudah hampir jam lima. Dia perlu pulang sekarang. Pukul enam nanti dia perlu mengambil Haziq. Masih lagi ada dua minggu. Maisara juga langsung tak menghubunginya. Sms pun tak ada. Busy sangat ke. Terasa aneh juga. Selalunya, Maisara tidak pernah gagal menghubungi atau menghantar sms kepadanya walau dimanapun wanita itu berada.

“Termenung jauh nampak?” tegur satu suara. Haikal pantas berpaling. Norman sahabatnya sedang menyandar di pintu. Tersenyum sinis memandangnya.

“Masuklah,” Haikal bersuara malas.

“Kau kenapa? Moody je aku tengok? Semalam ok? Tina tu hot tak?” tanya Norman. Bukan dia tidak tahu sahabatnya ada date dengan Tina. Perempuan tu hot juga. Seksi dan menggoda.

“Tak jadi. Aku kena hantar mama aku gi KLIA. Sekarang yang buat aku pening ni Haziq,” keluh Haikal.

“Kenapa dengan Haziq?” soal Norman. Hairan pula. Sebelum ni Haziq langsung tidak memberi masalah pada Haikal. Malah masanya banyak dihabiskan dengan kekasih-kekasihnya berbanding dengan anaknya itu.

“Mai kena kursus dua minggu. Mama aku pula ke Sarawak. Kak hanum kan dah nak bersalin. So, Haziq tak ada yang jaga,” beritahu Haikal. Ada keluhan di bibir. Letih, tidak tahu macammana nak handle Haziq.

“Laa... apa masalahnya? Anak kau kan? Takkan lah anak sendiri pun kau tak boleh handle?”

“ aku tahu masalahnya aku manalah pernah jaga Haziq. Kau kan tahu Mai yang uruskan segala-galannya” beritahu Haikal. Norman ketawa mendengarnya. Tulah, semuanya lepas tangan, biarkan mai yang uruskan segalanya. Sekarang terimalah.

“Kal... Kal aku tak tahulah. Tapi kau kena ingat Haziq tu anak kau. Mungkin sekarang tiba waktunya kau belajar untuk lebih bertanggung jawab. Rapatkan hubungan kau dengan Haziq. Jangan sampai suatu masa, Haziq tak kenal kau,” Norman memberi nasihat. Selama ini dia juga tidak senang dengan sikap lepas tangan sahabatnya itu. Kadang-kadang kasihan juga pada Maisara. Semua kena urus sendiri. Seolah-olah tiada suami sedangkan suami sendiri leka berfoya-foya. Entah apa lagi yang Haikal cari. Isteri sesempurna Maisara itu langsung tak dihargai.

Haikal hanya mengeluh. Mungkin benar juga kata Norman. Terbayang wajah Maisara yang tersenyum manis. Wajah Haziq yang comel. Datang silih berganti. Handset di atas meja dipandang. Masih lagi sepi. Kemana Maisara? Sibuk benarkah? Dia bertanya sendiri.

“Kau tak nak pergi ambil Haziq ke? Nursery tu tutup pukul berapa?” tanya Norman bila melihat Haikal yang masih selamba duduk dihadapannya.

“Pukul enam? Kenapa?” tanya Haikal tanpa perasaan. Fikirannya masih lagi terkenangkan Maisara.

“Ya Allah, Kal sekarang dah 5.30. pukul berapa kau nak ambil Haziq?” terjerit Norman. Haikal yang mendengar melihat jam. Aargghh... sudah lambat. Kelam kabut dia mengemas meja. Segera dia berlari keluar. Norman yang melihat sekadar menggeleng. Macammanalah Haziq nanti.

...................................................................................................................................................................

Haziq menarik muka masam. Air mata yang mengalir di pipi dikesat. Sedih dan takut. Papa datang lambat. Semua rakan-rakan sudah pulang tapi papa tetap tak muncul. Mujur Cikgu Aina ada. Haikal serba salah. Tidak tahu bagaimana nak pujuk Haziq. Dari tadi anak kecil itu diam.

“Papa minta maaf k. Papa janji esok papa tak lewat lagi,” pujuk Haikal.

“nak mama....” hanya itu yang kedengaran dari bibir comel Haziq. Matanya memandang luar. Berharap mamanya ada bila dia pulang nanti. Haikal mengeluh.

“mama kerja sayang... ok kita makan KFC nak?” umpan Haikal. Haziq menggeleng. Haikal pening. Tak tahu cara apa lagi memujuk Haziq.

“Ziq nak makan MC D,” Haziq bersuara perlahan. Haikal tersenyum. Lega.

“Ok. Kita makan Mc D,” haikal bersuara riang. Kereta dipandu menuju ke restoran Mc D berdekatan. Haziq tersenyum. Terpujuk sikit rajuknya.

Tuesday, April 26, 2011

rahsia hati hanim 16 (part 2)





Hari terus berlalu, dengan sekali lafaz, sah sudah Hanim menjadi isteri Aizad. Emak memeluk Hanim gembira. Tenang hatinya. Andai esok lusa, dia tutup mata. Hanim sudah ada tempat berpaut. Hanim sekadar tersenyum melihat kegembiraan emak. Alhamdulilah, dia dapat membahagiakan emak di sisa-sisa hidupnya. Dua minggu lagi emak akan menjalani pembendahan jantung. Syukur sekali lagi bila Aizad membantu. Lelaki itu yang menanggung segala kos pembendahan emak. Aizad telah banyak menabur budi padanya. Entah bila dia dapat membalas budi lelaki itu. Hanim berazam untuk menjadi isteri yang baik. Akan dia cuba mencintai lelaki itu seadanya.

...................................................................................................................................................................

Imbas kembali tamat
(Masa kini)


Aizad menolak pintu bilik. Matanya terpaku pada wajah Hanim yang tidur. Tangan itu memeluk album. Berhati-hati Aizad mengambil album di tangan Hanim. Matanya terpaku pada gambar-gambar pernikahan mereka. Ada kesan air mata di pipi Hanim. Teringat cerita-cerita opah dan mama. Adakan Hanim sudah ingat semula?

Aizad cuba bertenang. Saat ini pasti tiba jua. Saat di mana ingatan Hanim pulih semula. Segala kemungkinan harus dia hadapi. Salah diri sendiri. Dia yang melukakan hati Hanim. Tak dapat dia bayangkan jika mama dan opah tahu apa yang terjadi. Pasti mama dan opah turut membencinya. Mujur Hanim tidak pernah memberitahu opah dan mama apa yang berlaku.

Hanim tersedar. Dapat dirasakan kehadiran seseorang. Orang yang dinantinya. Matanya bertaut dengan pandangan Aizad. Hanya seketika. Tidak mampu menentang mata lelaki itu. Setiap kali melihat wajah itu, hatinya terhiris. Luka makin dalam. Apatah lagi bila mendapat tahu seminar yang dihadiri lelaki itu sudah tamat dua hari yang lalu. Rasanya dia tahu mengapa lelaki itu tidak pulang.

“Sorry kalau abang ganggu Hanim tidur,” Aizad akhirnya bersuara. Bosan dengan suasana sepi lagi dingin antara mereka. Hanim sekadar diam. Wajah tanpa perasaan. Wajah itu yang amat ditakuti Aizad. Bila Hanim begitu, rasanya dia sudah dapat jawapan. Hanim sudah ingat semula.

“Lambat balik? Hanim Call office, setiausaha abang beritahu sepatutnya abang balik dua hari lalu, ”
Hanim bersuara akhirnya. Senyuman sinis terukir diwajahnya bila melihat wajah Aizad yang serba salah itu. Rupa orang telah membuat salah. Begitulah.

“A..aba..abang...” lidah Aizad kelu.

“Abang jumpa Lindake? Hairan Hanim. Waktu abang bujang dulu, tidak pula dia terkejar-kejarkan abang? Sanggup pula buat perjanjian bodoh tu... sekarang menyesal? Abang pun sama? Dayus,”

“Hanim,” jerit Aizad. Wajahnya memerah. Marah. Hanim tidak pernah selancang ini mulutnya. Apa yang berlaku?

“Kenapa? Abang marah? Kalau abang marah Hanim lagi marah. Hanim tak nak jadi perempuan bodoh lagi. Hanim akan perjuangkan hak Hanim. Biar apa yang berlaku, Amar hak Hanim,” hanim bersuara tegas. Dia sudah letih mengalah. Hanya berserah pada takdir. Kini tidak lagi. Beberapa hari ini dia sudah puas berfikir. Hidupnya biar dia tentukan. Bukan Aizad ataupun Linda yang tentukan. Nekad.

“Tapi abang jangan bimbang. Hanim takkan beritahu abah, mama dan opah pasal rancangan bodoh abang tu. Sekurang-kurangnya rfancangan bodoh abang tu boleh buat mak Hanim gembira dan Hanim ada Amar. Itu sudah memadai,” hanim masih lagi tersenyum. Wajahnya tenang. Wajah Aizad yang keruh itu dipandang. Tiada lagi cinta pada lelaki itu. Yang tinggal hanyalah kemarahan. Luka yang amat dalam.

...................................................................................................................................................................

Linda terduduk di satu sudut. Darah yang mengalir di tepi bibir dikesat. Wajah lelaki itu dipandang. Ada rasa gerun di hati. Lelaki itu tersenyum memandangnya. Senyuman yang amat menakutkan. Tali pinggang ditangan lelaki itu dipandang. Berbirat tubuhnya menerima penangan lelaki itu. Akhirnya tali pinggang itu di campak. Tubuh Linda yang lemah itu di humban atas katil.

Hanya air mata mengalir lesu menangisi nasib diri. Tubuhnya terus di cium bertalu-talu. Kasar. Lelaki itu hanya ketawa bila Linda menjerit kesakitan. Hatinya puas. Setelah puas, Linda ditinggalkan begitu sahaja. Beberapa not unggu dilontar ke wajah Linda yang masih menangis.

“Inilah akibatnya kalau ingkar arahan aku? Kau ingat kau bijak? Jangan sesekali kau hampiri mereka. Kalau tak lebih teruk padahnya? Sedarlah, kau tak layak. Kau hanya layak sebagai pelacur jer?” lelaki itu ketawa. Puas hatinya.
Linda melihat sahaja lelaki itu pergi meninggalkannya. Selimut di tarik. Memvbaluti seluruh tubuhnya. Pasti Kiki Akan membebel lagi. Tahu sekarang kariernya makin musnah. Dirinya dicop tidak berdisiplin. Selalu mungkir janji. Namun dia terpaksa jua. Bagaimana dia boleh muncul dengan tubuh badan lebam di sana sini. Wajah yang bengkak.

Dia tiada pilihan. Tidak tahu untuk mengadu pada siapa. Lelaki itu telah berjaya memerangkapnya. Jika dia mengadu pada polis atau sesiapa, gambar-gambar dirinya tanpa seurat benang akan tersebar. Pasti ayahnya akan kena serangan jantung. Kariernya musnah dan paling penting Aizad akan membencinya. Siapa yang inginkan dia lagi. Gadis yang telah ternoda, dirinya terasa amat kotor. Linda terus menangis, menyesali nasib diri.

...................................................................................................................................................................

Zahir tergamam mendengar cerita mengenai kemalangan yang menimpa Hanim. Pedih rasa hati. Tak habis-habis masalah menimpa Hanim. Selepas pemergiannya ke UK setahun lalu, mereka terputus hubungan. Dia berharap Hanim akan bahagia. Tidak menyangka perkara ini yang terjadi.

Zahir meraup wajahnya. Rambut yang semakin panjang dibiarkan sahaja. Handset ditangan di tenung. Ingin menelefon hanim namun dia serba salah. Bimbang jika Hanim langsung tidak ingat padanya. Menurut mama, Hanim hilang ingatan. Parah betul. Akhirnya dia nekad. Kunci kereta diambil.

...................................................................................................................................................................

Puan Nora tersenyum melihat kelibat Zahir. Sudah lama Zahir tidak datang melawat mereka. Dengarnya anak muda itu ke UK melanjutkan pelajaran. Zahir merupakan sahabat Aizad yang paling rapat. Namun hubungan itu agak renggang beberapa tahun kebelakangan ini. Dia sendiri tidak tahu mengapa.

“Auntie sihat? Zad mana? Sunyi je rumah ni?” soal Zahir. Hairan juga mana semua orang dalam reumah ni pergi. Kelibat Hanim juga tidak keliahatan.

“Aizad dengan Hanim kat atas. Amar dengan merekalah. Uncle kamu keluar, hari minggu macamni main golf jelah kerjanya. Duduklah, kejap auntie panggil Aizad,” ramah puan Nora bercerita. Zahir mengangguk. Matanya memandang susun atur rumah itu. Tidak banyak yang berubah. Matanya terpaku pada gambar hanim. Cantiknya wajah itu di pelamin Cuma satu yang kurang. Mata itu tidak bercahaya. Nampak suram dan sayu sekali.

“Z, bila kau balik? Tak beritahupun?” soal Aizad. Tersenyum lebar melihat sahabatnya itu.

“Baru je balik. Aku dengar Hanim kemalangan. Tu yang aku datang,” jawab Zahir. Aizad terdiam mendengar kata-kata Zahir. Bertahun telah berlalu, namun masih tak mampu mengubah rasa cinta Zahir pada Hanim. Terselit rasa kurang senang dalam hati Aizad. Ada rasa cemburu yaqng datang menyapa.

“A’ah, hanim kemalangan hari tu. Sekarang dah sihat. Rasanya iungatan hanim pun makin pulih,” aizad bercerita. Zahir yang mendengar, tersenyum. Lega bila Hanim tidak apa-apa.

“Abang Z, bila sampai?” Hanim bersuara teruja. Tersenyum lebar melihat Zahir. Makin kacak lelaki itu. Zahir turut tersenyum. Dia bangun lalu menghampiri hanim. Langsung tak pedulikan Aizad. Matanya hanya pada hanim.

“sampai semalam. Lepas mama cerita Hanim kemalangan abang terus datang. Risau abang. Ni Amar ke? Dah besar Amar sekarang. Makin comel,” Zahir bersuara ceria. Amar yang berada dalam dukungan Hanim di agah. Amar memaut erat tubuh hanim bila Zahir ingin mendukungnya.

“Sombong Amar sekarang. Dah lupa abah Z dia erk? Dulu abah Z yang azankan dia tau,” zahir bersuara. Aizad menghampiri mereka. Tidak senang Zahir rapat dengan keluarganya.

“Manalah Amar ingat, abah Z ni. Dulu Amar baby lagila. Abah Z la, pi jauh-jauh. Tak teman Amar sampai Amar pun lupa,” jawab Hanim. Zahir ketawa. Aizad berdehem. Tak suka dia ank tirikan dalam perbualan Hanim dengan Zahir.

“Abang kenapa? Sakit tekak ke?” tanya Hanim selamba. Zahir yang mendengar ketawa besar. Aizad menjeling Zahir, tak senang dengan sahabatnya itu. Zahir buat tak tahu. Hairan juga melihat hanim yang terlebih mesra melayannya. Wajah Aizad yang keruh itu di pandang. Ada yang tak kena rasanya. Aizad cemburu... hmm.. sesuatu yang baik tu.

“Asyik berborak je, jom kak Tipah dah siapkan minum petang. Banyak yang boleh kita cerita nanti,” puan Nora mengajak mesra. Zahir tersenyum. Akur dengan ajakan Puan Nora. Hanim juga melangkah riang. Amar di serahkan pada Latipah. Aizad hanya diam terpaku di situ. Terpana dengan sikap baru hanim. Mesra betul dengan Zahir. Zahir apalah lagi. Makin ceria. Dia sahaja makan hati. Geram. Kalau tak kenangkan keluarganya ada disini, pasti sudah lebam muka Zahir dia kerjakan.

“Abang tak mahu minum sekali ke? Kesian abang Z datang nak jumpa abang buat tak tahu je?” hanim bersuara. Tidak mahu Puan Nora sedar konflik antara meraka. Lambat-lambat Aizad mampir. Hatinya sakit sepanjang minum petang. Panas. Kemanjaan Hanim, layanan mesranya pada Zahir membakar hatinya. Rasa cemburu terasa menggila dalam dada. Cuba disabarkan hati. Lepas ini ada perhitungan antaranya dengan Zahir. Yang pasti bukan disini. Bukan di hadapan Hanim. Hanim miliknya dan tak mungkin hanim akan dia lepaskan.

...................................................................................................................................................................

Hanim mencium pipi Amar yang sudah tidur. Matanya juga sudah mengantuk. Aizad masih lagi berdiri di balkoni. Entah apa yang lelaki itu buat disitu. Malas nak ambil tahu. Aizad hanya diam sahaja sepanjang makan malam. Dingin sahaja dengan semua orang.

Aizad melangkah masuk. Matanya merenung hanim yang sudah menarik selimut. Ingin melelapkan mata.

“jangan tidur lagi. Ada yang perlu kita selesaikan. Abang solat dulu, lepas ni kita bincang,” Aizad mengarah tegas. Hanim sekadar mencebik. Entah apa yang penting sangat sampai Aizad menghalangnya tidur. Matanya memandang Aizad yang sudah ke bilik air.

Mengeluh. Badannya terasa letih namun dia tetap akur. Matanya sekilas melihat Aizad yang sudah mengankat takbir. Menunaikan solat Isya’. Mungkin dengan solat, mampu mengurangkan rasa marahnya pada Hanim. Menenangkan hatinya yang bergelora. Berharap ketenangan dalam perbincangan bersama-sama Hanim nanti.


jangan lupa komen tau. enjoyyy

ANDA SUKA