BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Pages

mereka yg amat hana sayangi

sekilas pandang



terima kasih pada yang sudi menjengah ceritera hatiku....

maaf sebab lambat hantar n3 baru kat blog ini
apapun kesudian anda menjengah ke sini membuatkan hana sangat terharu....
hope terhibur membaca karya hana yang tak seberapa ini....

salam sayang pada anda semua yang menyokong dan sudi menjengah ceritera hatiku

jangan lupa tinggalkan komen selepas baca ya...
semoga komen2 anda menambahkan lagi semangat hana untuk bekarya............

Wednesday, November 23, 2011

RAHSIA HATI HANIM 22 PART 2

RAHSIA HATI HANIM 22 PART 2

SORRY JIKA N3 NI PENDEKJER... INI YANG TERMAMPU BUAT MASA INI. MAKLUMLAH KEADAAN KESIHATAN HANA X BEBERAPA OK...




Tengku Lukman mengeluh perlahan. Potret wajah Linda di tenung. Ada resah dihatinya. Entah mengapa jauh disudut hati dia risaukan wanita itu apatah lagi dengan keadaan Linda yang sedan berbadan dua itu. Desakan mummy juga makin merimaskan dirinya apatah lagi dengan olah si Nelly menantu pilihan mummynya itu. Rimas dan letih dirinya melayan karenah dua wanita itu.

........................................................................................................................................

“Luke... sudah tiba masanya papa berterus terang. Luke pun sudah dewasa, sudah mampu berfikir...” Tengku Mansur bersuara perlahan. Tubuh kurusnya terbaring lemah atas katil. Hanya tinggal mereka berdua sahaja. Tengku Ara keluar, ada mesyuarat persatuan katanya. Itu lebih baik. Dia sudah letih untuk terus berahsia. Tambahan pula dengan keadaan kesihatannya, dia takut dia tidak punya banyak waktu lagi.

“Papa rehatlah... jangan fikir banyak..” balas Tengku Lukman. Keadaan Tengku Mansur menggusarkan hatinya. Ada bimbang yang berpaut.

“Jangan bimbang, papa tak apa-apa. Papa tak boleh tunggu lagi. Luke ambil buku ni...” Tengku Mansur menyerahkan sebuah buku seakan diari kepada Tengku Lukman. Akur, tengku Lukman mengambil buku tersebut.

“Buka...” arah Tengku Mansur lagi. Tengku Lukman membuka buku tersebut. Ada sekeping gambar di dalam buku tersebut. Gambar seorang wanita yang sedang tersenyum manis. Cantik. Ada sesuatu pada wajah wanita itu yang menarik perhatian Tengku Lukman. Ada debar dihatinya.

“Siti Hanum... Hanum...” Tengku Mansur sebak. Ada rasa bersalah dan penyesalan di hati.

“ Siti Hanum??? Siapa ?” soal Tengku Lukman.

“ibu kamu...” jawab Tengku Mansur. Terlepas buku ditangan tengku Lukman. Ada kejutan dan riak keliru diwajahnya.

“Apa papa mengarut ni? Mamakan mama Luke, macam mana pula perempuan ni boleh jadi ibu Luke...” Tengku Lukman keliru. Seumur hidupnya hanya Tengku Ara mamanya. Mama yang dikenalnya. Mama yang membesar dan mengasuhnya dan tiba-tiba hari ini Tengku Mansur memberitahu wanita dalam gambar ini ibunya.

“Ya... itu ibu kandung Luke. Wanita yang mengandung dan melahirkan Luke. Bukan mama, mama hanya ibu tiri Luke...” jawab Tengku Mansur. Ada nada sedih pada suara itu.

“Apa..” terjerit Tengku Lukman. Tidak percaya dengan apa yang baru didengarinya. Mana mungkin??? Dia makin keliru. Mustahil...

“Itu hakikat sebenarnya... salah papa...” dan Tengku Mansur terus bercerita. Sudah tiba masanya Tengku Lukman mengetahui perkara sebenarnya. Sudah sampai waktunya, anaknya itu mengenali wanita yang telah bersusah payah mengandung dan melahirkannya. Sudah sampai waktunya Tengku Lukman mencari dan cuba mengenali ibu yang melahirkannya. Dia mahu anakanya itu mengenali dan menghargai wanita yang punya tempat yang istimewa di hatinya.

“Papa tak cuba cari ibu?” soal Tengku Lukman. Masih tidak percaya hakikat sebanarnya. Mama yang disayanginya selama ini hanyalah ibu tiri. Begitu tega hati mama memisahkan mereka.

“Puas papa cari. Akhirnya pencarian papa berakhir. Papa jumpa ibu tapi papa terlewat. Ibu sudah bahagia dengan hidupnya. Walaupun kehidupan ibu sederhana tapi papa dapat rasakan kebahagiaan ibu. Hanya melihat wajah ibu. Papa tahu ibu bahagia. Lelaki itu kata ibu terlalu baik. Menerima ibu seadanya. Mencintai ibu kerana Allah....” ada air jernih dimata Tengku Mansur. Masih ternampak wajah Hanum yang berseri saat menceritakan hidupnya bersama lelaki itu. Walau hatinya perit namun dia bahagia bila Hanum bahagia. Mungkin Hanum bukan ditakdirkan untuknya.

“perkahwinan Hanum bersama lelaki itu di kurniakan seorang cahaya mata. Adik kamu. Adik tiri kamu. Berlainan ayah tapi tetap ibu yang sama. Hanim namanya. Persis Hanum. Ini gambar Hanim...” Tengku Lukman menyerahkan satu sampul surat kepada Tengku Lukman. Sampul itu diambil dari laci meja di sisi katil.

Sekali lagi Tengku Lukman terkedu. Semuanya bagaikan mimpi. Tak percaya. Namun melihat wajah papa, dia tahu lelaki itu tidak pernah bergurau. Terduduk Tengku Lukman. Fikirannya keliru. Ada pelbagai rasa yang menghantui. Tak sangka serumit itu kehidupannya.

“Papa nak Luke janji dengan papa, cari ibu. Cari Hanim. Tebus semua kesalahan papa pada ibu. Jalankan tanggungjawab Luke pada ibu yang bersusah payah mengandung dan lahirkan Luke. Jangan salahkan mama. Mama sangat sayangkan papa dan Luke. Sebab itu dia bertindak begitu. Apa yang berlaku ada hikmahnya. Maafkan papa, maafkan mama sebab pisahkan Luke dari ibu. Papa khilaf. Papa bukan ketua kekluarga yang baik...” sebak suara Tengku Mansur.

“Tak... papa tak salah. Papa merupakan papa terbaik bagi Luke. Tidak ada yang dapat gantikan papa....” ucap Tengku Lukman. Matanya merenung sayu wajah Tengku Mansur. Lelaki tua itu makin lemah.

9 comments:

is said...

x puas lah kak pendek sgt...huhuhu

Anonymous said...

julia dgn linda tu org yg sama ke??

shana said...

OOPPSSS...sorry k. typo error... tq, hana dah buat pembetulan. terima kasih yaaaa...

pendek??? sory buat masa ni itu je yg termampu. idea ada tp bila nak menaip jer jd ntah apa-apa....

IVORYGINGER said...

kan dah kata ada kaitan luke n hanim. adik beradik tiri rupanya cuma lain pak ja. sbb tu dia tlalu overprotective thdp hanim demi memastikan kbahagian hanim. shgga mperjudikan hidup linda. hope luke sedar akan perasaan sbenar dia thdp linda n be resposible guy. u gonna be dad so remember about ur kid. cr linda wlau ke mn dia pergi. jgn dgr ckp mak tiri awk tu nk kahwin nelly. klu tak hidup awk btambah pening nnti. lgpun klu awk kahwin linda, dia xkan kacau suami hanim lg.

blinkalltheday said...

come on la luke, b a real man ok..cari linda,die sdg kandungkan anak u 2..jgn duk ikut lelunjuk mak tiri u je!!

Anonymous said...

2 short dear..

Anonymous said...

pendekla en3 ni...hehe..rajin2 la post ceta ek:)best ceta ni :D

Anonymous said...

eh sebenarnya hanim ni anak tengku mansur jg lah rasanya, sbb masa hanum pergi dr rumah tgku mansur, dia tengah mengandung. And sebenarnya hanum tak kawin lain kan? hehe, spekulasi jer, rasanya mmg iya kan?

Unknown said...

Nice story... hha :)

ANDA SUKA