BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Pages

mereka yg amat hana sayangi

sekilas pandang



terima kasih pada yang sudi menjengah ceritera hatiku....

maaf sebab lambat hantar n3 baru kat blog ini
apapun kesudian anda menjengah ke sini membuatkan hana sangat terharu....
hope terhibur membaca karya hana yang tak seberapa ini....

salam sayang pada anda semua yang menyokong dan sudi menjengah ceritera hatiku

jangan lupa tinggalkan komen selepas baca ya...
semoga komen2 anda menambahkan lagi semangat hana untuk bekarya............

Tuesday, May 10, 2011

Rahsia hati Hanim 18


Hanim melangkah lesu menaiki tangga. jam sudah menginjak pukul sepuluh malam. suasana rumah juga agak sunyi. pastinya opah sudah tidur. mama dan papa rasanya tiada. mungkin ada dinner diluar. pintu bilik di tolak perlahan. Aizad sedang leka menonton manakala Amar tergolek di hadapan tv. leka bermain dengan kereta mainannya.

"Baru balik? kemana?" Aizad menyoal selamba. matanya masih tertumpu pada cerita di tv.

"Maaf, Hanim lambat. jumpa kawan," Hanim menjawab perlahan. ada getar pada suaranya. Hanim segera mengambil tuala dan pakaian tidur. kakinya melangkah pantas ke bilik air. badan yang sudah mula berlengas perlu dibersihkan. kurang selesa. Aizad sekadar diam.

sebaik pintu bilik air di tutup, air mata mula mengalir. Hanim teresak lagi. air pancuran di buka. tubuhnya melonglai lalu dia terduduk di situ. Tak sanggup dia melihat wajah Aizad. Tak tahu bagaimana hendak berhadapan dengan lelaki itu bila semua kebenaran sudah diketahui. segala lakonan dan pembohongan Aizad. hatinya terlalu luka. amat luka sehingga dia sendiri tidak yakin bila luka itu akan sembuh.

setelah hampir sejam berkurung dalam bilik air, akhirnya Hanim melangkah keluar juga. Amar sudah tertidur di katil bayi. Aizad masih lagi tenang di sofa. Hanim mengeluh. Fikirnya Aizad sudah tertidur kerana dia tidak ada kekuatan untuk berhadapan dengan lelaki itu saat ini.

"Duduk Hanim. ada hal yang perlu kita bincangkan," Aizad bersuara dingin. Hanim akur. hendak tidak hendak Hanim melabuhkan punggung di hadapan Aizad.

"Opah beritahu Hanim ke office abang tadi?" soal Aizad selamba. Hanim serba salah. akhirnya dia sekadar mengangguk. matanya masih memandang jari jemari kakinya. entah mengapa sekarang dia rasakan kakinya lebih menarik berbanding wajah kacak Aizad.

"Hei... bila aku cakap, pandang," Aizad bersuara garang. tangannya memaut dagu Hanim. wajah Hanim berkerut sakit akibat cengkaman tangan Aizad di dagunya. wajah Aizad memerah. pantang baginya jika orang tidak memberi perhatian ketika dia bersuara. akhirnya dagu Hanim dilepaskan.

"Rasanya kau dah tahu jadi tak perlulah aku berlakon lagi. penat aku berlakon mencintai kau sedangkan hati aku ni rasa nak termuntah pandang wajah kau. Tak perlulah aku sembunyikan lagi. aku dan Liinda akan kahwin. Harap kau bersedialah. paling penting aku tak mahu keluarga aku tahu hal ini. kalau tak siaplah kau. jangan pandai-pandai nak mengadu pada sesiapa," Aizad bersuara perlahan. matanya bersinar garang. Hanim hanya mengangguk. hatinya makin luka. Aizad terus keluar dari bilik mereka sebaik selesai memberi amaran pada Hanim.

……………………………………………………………………………………………………......

Masa kini

Zahir meraup wajahnya. Tidak percaya bagaimana Aizad setegar itu menyakitkan Hanim. Melukakan hati Hanim. Seandainya masa dapat diputar kembali, dia tidak akan beralah. Pasti dia berusaha mendapatkan Hanim. Wajah Hanim dipandang. Riak wajah itu kosong tanpa perasaan. Beku.

“Hanim nak buat apa sekarang?” soal Zahir. Hanim sekadar mengangkat bahu. Zahir menggeleng melihat gelagat Hanim itu. Entah apa yang ada difikiran hanim.

“Abang bimbangkan Hanim. Ingat walau apapun berlaku abang Z akan sokong Hanim. Lagi satu, walau apapun yang Hanim ingin buat, fikirkan mengenai Amar sama. Abang tak nak dia jadi mangsa,” Zahir bersuara perlahan. Matanya memandang Amar yang masih lagi leka bermain sambil diperhatikan Kak Tipah.

Hanim mengeluh mendengar kata-kata Zahir itu. Itu yang menghantuinya. Bagaimana dengan Amar nanti. Jika dia berpisah dengan Aizad, pasti hak pengjagaan akan jatuh pada lelaki itu kerana Hanim tidak bekerja. Tiada sumner pendapatan untuk menjaga Amar. Langkah pertama, dia harus bekerja semula. Teringat tawaran yang di terima. Rasanya dia akan terima tawaran itu.

“Hanim dah fikirkan hal itu. Minggu depan Hanim dah start kerja. Sekurang-kurangnya Hanim ada sumber pendapatan tetap kalau apa-apa terjadi,” Zahir tersenyum. Hanim yang berada di hadapannya telah banyak berubah. Makin matang.

“Dekat mana? Jawatan apa? Aizad dah tahu” soal Zahir.

“Dah, tapi dia tak izinkan. Biarlah, Hanim dah tak peduli. Izin atau tidak Hanim akan tetap bekerja. Malas nak fikirksn mengenai dia lagi. Hanim letih. Letih sangat,” adu Hanim. Hanya Zahir sahaja tempat dia luahkan rasa hatinya. Zahir sudah seperti abangnya. Guardian angelnya. Zahir tersenyum. Suka melihat wajah Hanim yang bersemangat sekarang. Tidak lagi akur pada nasib.

………………………………………………………………………………………………………

Aizad mundar-mandir dihadapan rumah. Matanya tak lepas memandang pintu pagar. Menanti kepulangan Hanim dan Amar. Biarpun opah beritahu Latipah turut serta bersama mereka, hatinya tetap tidak tenang. Resah. Tidak suka Zahir rapat dengan keluarganya. Peluh di dahi dikesat kasar. Wajahnya juga sudah masam mencuka. Lambatnya masa beredar.

Hati yang resah agak tenang bila melihat kereta Zahir meluncur masuk. Amar yang berada dalam dukungan Latipah meronta ingin turun sebaik melihat Aizad. Hanim pula melangkah perlahan menghampiri Aizad yang sudah tercegat di laman. Wajah keruh lelaki itu sudah diduga. Zahir masih selamba. Bibirnya mengukir senyuman melihat gelagat Aizad.

Aizad mengdukung Amar yang sudah menerpanya. Anak kecil itu ketawa diagah papanya. Aizad tersenyum senang melihat wajah riang Amar.

“Anak papa pergi mana?” soal Aizad pada sikecil.

“gi enan. Best main uai, uncur,” cerita anak kecil itu dalam pelatnya. Aizad tersenyum. Senyuman itu mati bila melihat Zahir. Wajah itu kembali keruh.

“Sayang papa masuk mandi dengan Mak pah K? biar wangi-wangi,” Aizad menyerahkan Amar pada Latipah. Amar sedikit meronta. Dengan sedikit pujukan anak kecil itu akur.

“Bye mi, bye papa, bye bah. Mmmuuuaahhhh ,” Hanim ketawa melihat gelagat Amar. Begitu juga Zahir. Aizad sekadar tersenyum. Sebaik bayang Latipah hilang bersama Amar, wajah Aizad kembali serius. Matanya merenung tajam Zahir dan Hanim yang selamba duduk berbual di taman orkid Puan Nora. Langsung tak memperdulikan Aizad.

“Hanim, opah panggil,” suara Aizad. Matanya memandang wajah Hanim yang sedang ketawa.

“Erk, tak dengar pun,” Hanim menjawab selamba. Keningnya dikerutkan. Rasanya tak nampak pun kelibat opah sejak balik tadi. Biasanya waktu macam ni Opah kat bilik. Tengah mengaji atau membaca terjemahan Al-Quran.

“Ada, tadi opah pesan kat abang. Kalau Hanim balik opah suruh jumpa dia,” Aizad bersuara tegas. Hanim akhirnya akur walaupun sedikit pelik.

“Nim masuk dululah abang Z. rasanya esok jadi. Abang Z ambil Nim pukul 3 erk,” Hanim sempat berpesan pada Zahir sebelum melangkah. Zahir hanya mengangguk. Senyuman masih tak lekang dari bibirnya. Wajah Aizad makin cemberut. Panas hatinya. Makin sakit melihat senyuman Zahir. Jari digemgam kemas. Cuba menahan diri. Takut penumbuknya mengena wajah sahabatnya itu.

“Aku tak suka kau ganggu keluarga aku,” Aizad bersuara tegas.

“Kenapa? Releks aarr. Sejak bila kau pandai emosi ni?” soal Zahir selamba. Matanya menentang mata Aizad yang tajam merenungnya. Marah benar. Muka tu pun dah masam mengcuka. Hairan betul. Kata tak cintakan Hanim tapi cemburu…macam apa lagi. tak faham betul.

“apapun Hanim milik aku. Jangan mimpi kau akan dapat dia. Sekali jadi milik aku selamanya hak aku. Kalau sayangkan persahabatan kita, jauhkan diri kau dari Hanim,” tegas Aizad. Pantas dia berlalu dari situ. Meninggalkan Zahir yang tenang berdiri. Lelaki itu tersenyum. Ada keanehan pada senyuman itu. Akhirnya Zahir meninggalkan perkarangan rumah itu. Sudah ada rancangan yang terangka dalam kepalanya. Rasanya Aizad perlu diajar.

………………………………………………………………………………………………………

Linda mengeluh perlahan. Wajah yang pucat diusap. Wajah yang menjadi kebanggaannya selama ini. Mata yang sembab dan merah kerana banyak menangis dipandang. Arca tubuhnya jelas di cermin. Pucat tak berseri. Tubuhnya juga makin kurus. Kesan lebam sudah hilang namun masalah baru pula yang melanda.

Linda takut. Tidurnya juga dihantui mimpi ngeri. Semuanya kerana lelaki itu. Tak faham apa salahnya pada lelaki itu sehingga dia dihukum begini. Salahkah dia mencintai Aizad. Ya, salahnya hanya satu, salahnya kerana melepaskan Aizad pada perempuan itu kerana dia sangat yakin dengan ketulusan hati Aizad.

Ya, keyakinan itu miliknya. Namun dia silap percaturan. Apa gunanya semua itu. Segalanya telah musnah. Dia tak layak lagi untuk Aizad atau mana-mana lelakipun. Dia perempuan kotor. Sangat kotor. Semuanya salah sendiri. Kerana terlalu mengejar kekayaan dan kejayaan dalam karier, dia terperangkap.

Lama dia memikirkan hal ini. Mungkin sudah masanya dia melepaskan Aizad. Melepaskan lelaki yang amat dicintainya itu. Pedih dan perit hatinya untuk membuat keputusan itu. Namun dia sudah tidak berdaya. Sudah letih untuk meneruskan segalanya. Sudah tiada kekuatan untuk mendapatkan cintanya kerana dia sendiri sudah tiada kekuatan umtuk meneruskan hidupnya lagi.

Deringan telefon mengembalikan Linda dalam reality. Dibiarkan sahaja. Tahu, Kiki dan Aizad tidak jemu mencarinya namun dia tak ingin berjumpa sesiapapun. Mungkin itu lebih baik. Deringan itu dibiarkan. Sama seperti hari-hari yang lalu, akhirnya talian itu kembali sepi. Air mata yang mengalir di biarkan. Tubuh yang lesu akhirnya terbaring di lantai. Matanya kosong, sekosong hatinya. Dia hanya ingin tidur dan tak ingin bangun lagi… ingin terus bermimpi… mimpi didunia yang hanya ada dia dan Aizad.

5 comments:

Anonymous said...

aizad ni harus di beri pelajaran sebenarnya....

amboi.. sesuka suki jer dia nak kontrol hanim eh!!!!

pigidah aizad!!!! muka tak cukup masin....

hana!!!! i think hanim harus dapat kerja tu tak kira aizad setuju atau tidak....

aku geram sangat2 kat lelaki tue... geram sangat2.........

macam nak ku tampar2 jer terngkoraknya.. bia benjol seklaian...

eiiiiiiiiiiiii..... geramnya aku..........................................

IVORYGINGER said...

sy setuju ngan cik di ats. mmg Aizad harus diajar. mesti baik punya planning abg Z lancarkan. br la Aizad sedar cinta hati dia yg sebenarnya. He... ;D
Haa Linda bagus la ko p berambus dr hidup AIzad, sedar2 la diri tu kan. Klu Aizad tahu hidup ko yg kotor tu dia nk ke kat ko. ak rs jgn harap dia nk terima. nyampah doh. Tengku Luqman tu ada kaitan ngan Hanim ke??? Abg dia ek??? Sapa Hanim sebenarnya???

shana said...

seram hana baca komen kat atas. waahhh ramainya marahkan aizad. teruja gtu....

ada masa nanti hana sambung. apapun semoga anda semua terhibur dengan cerita yg ntah apa-apa nie ;)

sayang kamu semua yg membaca karya hana....

syira destroyer said...

ksian lak kt linda..hari2 kne pukul... xsuke la laki kaki pukul..

Anor said...

betul tu Aizad perlu diajar...jum kita sama-sama ajar si Aizad tu...
biarlah Hanim tegas sikit w/pun Aizad
lrg Hanim bekerja seeloknya kerja je
kena igt masa depan..dah sememangnya
Aizad nk kawen dgn Linda x payahlah
lg Hanim nk berlembut dgn org yg x
pernah hargai isteri sdr. carilah
kebahagiaan sdr tnpa menungggu ehsan
dari Aizad tu..Hanim sdr pun boleh
hidup berdikarikan...skrg ni kena
pikir pasal hidup sdri x payah nk
berkorban utk org lain dah...cukup-cukuplah Hanim...cepatlah smbg Hana ye...

ANDA SUKA