BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Pages

mereka yg amat hana sayangi

sekilas pandang



terima kasih pada yang sudi menjengah ceritera hatiku....

maaf sebab lambat hantar n3 baru kat blog ini
apapun kesudian anda menjengah ke sini membuatkan hana sangat terharu....
hope terhibur membaca karya hana yang tak seberapa ini....

salam sayang pada anda semua yang menyokong dan sudi menjengah ceritera hatiku

jangan lupa tinggalkan komen selepas baca ya...
semoga komen2 anda menambahkan lagi semangat hana untuk bekarya............

Friday, April 22, 2011

rahsia hati hanim 16

Entah mengapa kereta yang dipandu Aizad semakin perlahan. Tersengguk-sengguk. Pantas lelaki itu memberi signal ketepi. Elok sahaja kereta itu ke tepi, enjin mati. Hanim memandang Aizad yangagak panik. Matanya memandang sekeliling. Gelap dan sunyi. Tiada kereta yanglalu lalang juga. Aizad masih berusaha menghidupkan enjin. Berpeluh juga dahilelaki itu. Hanim juga kelihatan resah.

“Kereta mahal macam ni boleh rosak juga ke?” luah Hanim. Aizad yang mendengar sekadar menjeling. Malas nak layan.Yang penting hidupkan dulu enjin kereta. Keadaan sekitar yang sunyi sepi dan gelap itu juga amat menakutkan. Seram juga rasanya. Inilah padah, marahka nHanim dia terus memandu tanpa arah. Hanim juga sekadar diam melayan fikiran.Langsung dia tak sedar entah dimana mereka berada.
“Encik kita kat mana ni?” Hanimbertanya. Ada resah pada suaranya.
“Entah saya pun tak tahu. Awak tunggu dalam kereta. Kunci pintu. Jangan keluar walau apapun terjadi. Saya nak periksa enjin kejap,”arah Aizad. Hanim sekadar angguk. Sebaik Aizad keluar,terus pintu di kunci.
Setelah memeriksa enjin, Aizad mengetuk cermin. Hanim pantas membuka lock pintu. Tiada apa yang rosak. Entahapa yang tak kena. Aizad mengeluh. Dirinya bukan arif sangat mengenai hal ini.Telefon dikeluarkan. Macam manalah dia boleh lupa. Hampa. Tiada talian. Entah ceruk mana mereka berada sehingga line telefon juga tiada. Hanim di sebelah hanya diam.
“saya tak tahu apa yang rosak.Telefon pun tak der line. Kita tunggulah sekejap, manalah tahu ada orang lalu,” ucap Aizad.
“Lama lagi ke? Takkan kita nak dudukdalam ni?” tanya Hanim. Tak selesa pula berdua sahaja dengan Encik Aizad. Sesekali matanya merenung Aizad. Wajah itu nampak keletihan.
“Tak ada pilihan. Sekurang-kurangnya selamat sikit. Kat luar tu entah apa yang ada. Nyamuk banyak pulak tu,” jawabAizad. Mula menguap. Matanya sudah rasa memberat. Jam sudah hampir pukul satu pagi.

Hanim diam. Matanya memandang Aizad yang sudah mula terlentok. Lelaki itu sudah mulai tidur. Letih barangkali.Hanim juga sudah keletihan. Hanya mampu berdoa agar ada yang sudi menghulurkan bantuan. Cepatlah siang. Rasa tidak sedap hati pula bila berdua begini. Dalam lamunannya yang panjang akhirnya Hanim terlena jua.
。。。。。。。。。。。。。。。。。。。。。。。。。。。。。。。。。。。。。。。。。。。。。。。。。。。。。。。。。。。。。。。。。。。
Ketukan di cermin kereta menyedarkan Aizad. Hanim masih lagi tidur. Elok terlentok di bahunya. Jam ditangan dikerling. Pukul 2.45 pagi. Agak lama juga mereka tertidur. Ketukan dari luar makin kuat. Terdengar juga suara beberepa orang yang tidak beberapa jelas. Perlahan dia mengejutkan Hanim yang tertidur. Terpisat-pisat Hanim bangun. Matanya masih lagi mengantuk. Masih mamai. Aizad menurunkan sedikit cermin. Kelihatan beberapa orang lelaki yang berkopiah dan serban. Salam yang diberi di jawab perlahan.

Wajah Aizad dan Hanim pucat bila lelaki itumemperkenalkan diri. Terperangkap. Tiada bicara yang terluah. Lidah kelu untuk berbicara. Tidak tahu bagaimana nak diterangkan bila lelaki-lelaki itu amat tegas. Salah mereka. Berdua-duaan ditempat sunyi dan boleh mencurigakan siapa sahaja.

………………………………………………………………………………………

Suasana sunya menyelubungi kediaman Tuan Farok dan Puan Nora. Hanim hanya tunduk. Diam tanpa suara. Emak juga diam. Tangannya memeluk bahu Hanim. Tangisan Hanim juga masih belum berhenti. Menyesal pun sudah tidak guna.

“Bukan salah sesiapa. Cuma Hanim dan Zad berada di tempat dan masa yang salah. Bukan pinta kami semua ini terjadi,” terang Aizad. Opah yang mendengar sekadar mencebik. Benci benar. Entah-entah memang budak perempuan ni rancang semua ini. Nak pikat cucunya. Nak bolot semua hartanya.

“Masalahnya apa kamu berdua buat kat situ? Tu bukan jalan balik rumah kamu?” sembur Puan Nora. Tidak pernah dalam keturunannya di timpa musibah begitu.
“Sudahlah Nora. Apapun benda dah jadi. Sekarang papa nak kamu berkahwin. Lagi cepat lagi bagus. Papa nak kamu nikah dua minggu lagi. Kes ni pun papa dah uruskan,” Puan Faruk bersuara. Matanya memandang wajah-wajah di hadapannya.

“Huh… awak cakap senanglah. Yang malu keluarga kita. Entah siapa-siapa awak nak kahwinkan dengan anak awak.” Puan Nora membantah.

“Betul. Mak tak setuju. Entah apa niat perempuan ni. Manalah tau dia sengaja nak perangkap Aizad,” Opah juga tidak bersetuju. Matanya memandang wajah Hanim dan ibunya penuh kebencian.

“Encik, saya pun tak nak kahwin dengan Encik Aizad, Lagipun Encik Aizad kan dah ada pilihan sendiri,” Hanim bersuara akhirnya. Semua yang berada di situ memandang hanim. Tak mahu kahwin. Berkerut dahi Aizad dan Tuan Farok. Puan Nora dan opah tersenyum.

“Tak boleh Hanim. Apapun terjadi kamu berdua kena kahwin. Majlis tu dua minggu lagi. Kamu tak perlu risau. Papa akan uruskan segalanya. Hanim dah ada sijil kursus kahwin? Kalau tak ada hujung minggu ni pergi dengan Aizad,” Tuan Farok bersuara tegas. Baginya Hanim wanita yang baik. Dia senang dengan pekerjanya itu. Yakin, suatu masa nanti opah dan Nora isterinya dapat menerima Hanim.

“Tapi…” Hanim tak jadi meneruskan kata bila melihat jelingan tajam Aizad. Emak sekadar mengangguk. Bersetuju. Lagipun demi masa depan Hanim juga. Bimbang hatinya jika kisah ini tersebar. Biarpun hanim tak bersalah, namun pada pandangan masyarakat anaknya tetap bersalah.

Setelah kata sepakat diambil, Hanim akur juga. Aizad hanya tersenyum. Senyuman yang penuh misteri. Entah apa yang lelaki itu fikirkan. Bagai ada rahsia yang tersembunyi. Lelaki itu juga menerima segalanya tampa bantahan. Hairan hanim. Sedangkan dia tahu taste lelaki itu selama ini. Perempuan sepertinya langsung tiada dalam senarai.

Senarai kekasih Aizad semuanya seksi, bergaya, jelita, sosfikated dan terdiri dari kalangan keluarga berada. Setaraf dengan kedudukan keluarga lelaki itu sendiri. Entah mengapa kini dia yang dipilih. Pening. Berharap benar Hanim, Aizad akan membantah. Hampa bila lelaki itu akur sahaja. Hendak atau tidak, dua minggu lagi dia akan bergelar isteri kepada lelaki itu. Mimpi ngerinya telah bermula. Doanya agar ada sinar dalam perkahwinannya nanti.

…………………………………………………………………………………………

Masa semakin menganjak. Hari yang dia takuti juga semakin hampir. Tiada sesiapa yang tahu. Sengaja Hanim minta perkara ini dirahsiakan dahulu. Malas hendak melayan pertanyaan yang akan muncul nanti. Bukan Aizad yang akan diasak dengan beribu pertanyaan yang merimaskan. Tapi dia yang kena hadapinya. Hanya Salbiah yang tahu. Pada Salbiah dia meluahkan kegusaran hatinya. Sedar keluarga Aizad tidak menyenanginya. Hanya Tuan Farok sahaja yang berlembut.

Aizad? Memikirkan lelaki itu Hanim pening. Sikapnya sering berubah-ubah. Adakalanya lelaki itu amat mesra sekali sehingga dia tergoda. Tetapi ada ketikanya lelaki itu lebih dingin dari kutub utara. Sering buat Hanim serba salah. Sering buat dia terfikir apa yang ada di fikiran lelaki itu. Dimana letaknya kedudukannya di hati lelaki itu.

…………………………………………………………………………………………..

Zahir menghampiri Hanim. Wajahnya muram. Berita yang didengarinya amat melukakan hati. Wajah hanim yang redup itu dipandang. Tiada lagi sinar pada mata Hanim. Sinar yang memukaunya selama ini. Yang ada hanya kekeliruan. Ketidakpastian.

Mengapalah ada sahaja musibah yang menghalang cintanya. Dia tiada pilihan. Terpaksalah dia melepaskan Hanim. Akhirnya Hanim akan jadi milik sahabat baiknya. Sedih, pedih hatinya biarlah dia tanggung. Doanya agar Hanim bahagia. Itu sudah memadai baginya.

“Tahniah,” Ucap Zahir. Kotak yang berbalut cantik diserahkan pada Hanim. Wajah Hanim kelihatan terpinga-pinga melihat Zahir. Sudah agak lama Zahir tidak muncul dihadapannya.

“Untuk apa?” Tanya Hanim kembali. Wajah Zahir yang sedih itu dipandang. Mata lelaki itu sayu merenungnya.

“Abang doakan awak bahagia… abang balik dulu. Kalau Hanim ada masalah atau apa sahaja, hubungi abang. Abang akan tetap sokong Hanim,” ucap Zahir sebelum berlalu. Hatinya tidak kuat untuk terus berhadapan dengan Hanim. Ini akhirnya kisah cinta dia…

1 comments:

Anor said...

nak lagi..apesal pendek je n3 kali ni
rasa tak puaslah baca.

ANDA SUKA