BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Pages

mereka yg amat hana sayangi

sekilas pandang



terima kasih pada yang sudi menjengah ceritera hatiku....

maaf sebab lambat hantar n3 baru kat blog ini
apapun kesudian anda menjengah ke sini membuatkan hana sangat terharu....
hope terhibur membaca karya hana yang tak seberapa ini....

salam sayang pada anda semua yang menyokong dan sudi menjengah ceritera hatiku

jangan lupa tinggalkan komen selepas baca ya...
semoga komen2 anda menambahkan lagi semangat hana untuk bekarya............

Monday, April 18, 2011

rahsia hati hanim 14


Hanim tahu sejauh manapun dia mengelak, hari itu sampai jua akhirnya. Mujur mak menerima berita itu dengan baik. Dia cuba menguatkan hati, tak mahu kelihatan lemah di hadapan mak. Mungkin sudah takdir, tiada jodohnya bersama-sama Khaer.

Mak hanya diam apabila keluarga Khaer datang memutuskan pertunangan mereka secara rasmi. Hari ini berakhirlah cinta mereka yang bertahun bersemi. Hanim pasrah. Paling penting mak ada disisinya. Biarlah orang nak kata apapun, asalkan dia dan mak tahu siapa dirinya itu sudah memadai.

Dia akui terdengar juga soseh-soseh jiran tetangga bila berita pertunangannya yang putus tengah jalan tersebar. Macam-macam perkara timbul. Namun dia biarkan sahaja. Letih nanti diamlah mereka. Tapi diakui benar juga kata mereka, usia pertunangan yang terlalu lama mungkin telah membosankan Khaer. Memudarkan rasa cinta lelaki itu untuknya.

Salbiah yang mendengar berita itu hanya mampu menasihatkan Hanim. Dia tahu Khaer bukanlah lelaki terbaik untuk Hanim. Sudah beberapa kali dia terserempak Khaer bersama seorang wanita. Gelagat mereka mesra sekali. Bagaikan pasangan yang sedang asyik dilamun cinta. Cuma dia tidak sampai hati untuk memberitahu Hanim. Lega akhirnya pertunangan Hanim dengan Khaer putus akhirnya. Bukan niatnya mendoakan perpisahan diantara mereka Cuma jauh di sudut hatinya, dia tahu Khaer bukanlah lelaki yang baik untuk Hanim. Hanim layak mendapat seseorang yang lebih baik dari Khaer. Seseorang yang tulus mencintainya.


………………………………………………………………………………………………………..

Masa semakin pantas beredar. Hanim makin sibuk dengan tugas-tugas pejabat yang makin bertambah. Bertambah lagi satu gangguan dari Zahir yang kononnya kawan baik Encik Aizad. Banyak pula masa lelaki itu berumah tangga di pejabat ini. Bosan Hanim bila hari-hari terpaksa mengadap muka Zahir. Walaupun wajah lelaki itu kacak (sejuk mata memandang) namun sikap lelaki itu membuatkan hanim pening.

Sikap Encik Aizad juga agak pelik kebelakangan ini. Mesranya lain macam sahaja. Walaupun lelaki itu sudah jarang marah-marah namun renungan dari mata redup milik Encik Aizad membuatkan Hanim tidak senang. Seram sejuk tubuhnya bila dipandang begitu.

Kakitangan di pejabat juga perasan perubahan bos mereka itu. Pelbagai spekulasi dan gosip bertiup kencang apatah lagi bila terdengar ura-ura perpisahan Encik Aizad dengan Linda model terkenal itu. Linda juga sudah lama tidak datang ke office mereka. Lagilah Hanim tak senang hati apabila namanya turut dikaitkan sebagai punca perpisahan mereka.

Geramnya Hanim bila mendengar khabar tersebut. Macamlah dia gatal sangat. Huh… singa jadian tu. Tak ingin Hanim. Makin sakit hatinya bila Encik Aizad makin mesra pula dengan dia. Sibuk je mengikutnya ke hulu ke hilir. Pantang hanim hilang depan mata, mulalah dia mencari. Macam mengiakan sahaja gosip-gosip panas yang melanda. Sakitnya hati.

………………………………………………………………………………………………………..

Hanim menarik muka sebaik melangkah keluar dari pantry. Kelihatan Zahir dengan selambanya duduk di meja Hanim. Bibir lelaki itu tersenyum lebar melihat kelibat Hanim. Baru satu malam tidak melihat wajah comel ini, Zahir sudah mula merindu. Wajah gadis itu yang masam tidak dihiraukan. Tetap manis dimatanya.

“Encik Zahir nak apa ni? Pagi-pagi buta dah datang sini. Encik Aizad tak masuk lagi,” Hanim bersuara tidak puas hati. Rimas bila mata lelaki itu asyik merenungnya.

“Tak ada apa-apa. Abang rindu kat pujaan hati abang jer… Nim tak rindu kat abang ke?” Zahir bersuara menggoda. Matanya dikelip-kelipkan. Comellah kononnya.

Hanim yang mendengar tersedak. Air milo yang di minum tersembur mengenai wajah Zahir yang berada dihadapannya. Nak termuntah Hanim mendengar Zahir membahasakan dirinya abang. Geli gelman tubuhnya. Erk…

Zahir pantas mengambil tisu. Di lap wajahnya yang penuh dengan milo. Hanim hanya diam kaku dihadapannya. Mujurlah hanya milo suam, kalaulah panas… tak dapat nak bayangkan. Comelnya… hatinya memuji. Langsung tidak ada marah. Makin jatuh cinta adalah bila melihat wajah Hanim.

Hanim yang kaku akhirnya ketawa. Habis wajah dan kemeja Zahir terkena air milo. Berbintik-bintik kemeja itu kotor dengan percikan milo dari mulut Hanim. Bukan salah Hanim, lelaki itu yang pandai-pandai membahasakan dirinya abang sampai hanim tersedak. Hanim hanya membiarkan lelaki itu membersihkan dirinya tanpa rasa bersalah.

“Baju Encik Zahir tu dah kotor. Baik Encik balik tukar baju. Lagipun Encik Zahir ni menyemakkan pandangan mata saya jer… dah la tengah banyak kerja ni,” Hanim berkata selamba. Zahir hanya mendengus. Di sabarkan hati. Dia melangkah pergi. Tak apa, lepas tukar baju boleh datang lagi… pujuk hatinya.

………………………………………………………………………………………………………..

“Darling nape muka you macam rumah tak siap nieh?” Aizad bertanya. Berkerut dahinya memandang wajah Hanim yang memuncung dan Zahir yang masih tersengih-sengih di hadapannya.

“Apa darling-darling. Encik Aizad dan kawan Encik ni ada masalah jiwa apa? Hari-hari menyakitkan hati saya je kerjanya. Menganggu saya macam dah tak ada kerja lain. Dah la kerja saya banyak, kalau tak siap Encik membebel pulak kalah mak saya. Dah arr saya nak balik. Jemu tengok muka encik berdua yang konon hensomelah sangat tu. Menyampah…” sembur Hanim. Dah la hatinya geram melayan karenah Zahir sekarang Encik Aizad pula. Pantas tangannya mencapai handbag di dalam laci. Terus melangkah meninggalkan dua jejaka yang terkebil-kebil memandangnya itu.

“Eh!!! Nak pi mana tu? Surat yang saya suruh taip dah siap ke?” Tanya Aizad.

“Tak siap. Sekarang saya nak balik. Tak ada mood tengok muka Encik berdua ni. Surat tu Encik buatlah sendiri,” jawab hanim selamba. Malas nak layan.

“Hanim nak kemana ni?” tegur Maria. Hairan juga melihat Hanim siap bawa handbag. Nak balik apa.

“Balik. Boring tengok beruk dua orang tu,” jawab Hanim. Maria sekadar menggeleng. Tak faham. Matanya memandang wajah dua jejaka kacak di tepi meja Hanim. Masing-masing bermuka blur. Hendak ketawa, tapi rasa tak sampai hati pula. Tak percaya juga melihat keberanian Hanim. Berani betul Hanim. Maria jadi kagum pula.

。。。。。。。。。。。。。。。。。。。。。。。。。。。。。。。。。。。。。。。。。。。。。。。。。。。。。。。。。。。。。。。。。。。。。。。。。。。。。。。

Hanim melangkah riang bersama Mak ke pasaraya. Shopping barang dapur. Lega, hanya hujung minggu sahaja dia mampu bernafas tanpa gangguan Zahir dan Aizad. Jauh di sudut hati, Hanim pelik juga dengan sikap Aizad. Baiknya bukan main lagi. Hanim ingat Aizad akan mengamuk bila dia masuk office pagi itu lepas kes dia balik awal semalam. Tetapi lelaki itu hanya tersengih sahaja malah siap bagi sejambak bunga ros merah tanda minta maaf.

Sayang sekali, Hanim tidak boleh langsung dekat dengan bunga ros. Mulalah dia bersin. Alahan. Di berikan bunga itu pada semua staff termasuklah Encik Zahir. Akibatnya lelaki itu merajuk ataupun kecil hati dengannya (rasa-rasa Hanimlah). Bukan niat Hanim, hendak di terangkan lelaki itu buat tak layan sahaja. Serba salah jadinya. Tapi baik juga begitu. Kuranglah sedikit gangguan yang Hanim terima.

“Anak mak ni kenapa? Rasanya hanya jasad Nim je yang jalan sebelah mak,” tegur mak. Bukan dia tidak perasan, kebelakangan ini Hanim kerap termenung. Entah apa yang menganggu fikiran Hanim.

“Tak ada apa-apa mak. Hanim ok ja. Jomlah kita pergi bahagian makanan basah. Hanim teringin nak makan ketupat sotong lah mak,” Hanim bersuara riang. Tidak mahu mak susah hati.

“Ok, jom” ajak Mak. Mereka melangkah bersama. Sesekali kedengaran tawa Hanim dan Mak. Tanpa disedari sepasang mata asyik memerhatikan mereka. Terasa bertuahnya dia hari ini. Hanim nampak simple dan comelje dengan jeans dan tshirt. Nampak seperti anak sekolah. Hanim juga nampak manja dan keanak-anakan.

。。。。。。。。。。。。。。。。。。。。。。。。。。。。。。。。。。。。。。。。。。。。。。。。。。。。。。。。。。。。。。。。。。。。。。。。。。。。。。

Zahir tersenyum lebar melihat Hanim. Tidak siasia dia memaksa diri bangun awal datang ke sini. Rupa-rupanya hari ini hari bertuahnya. Hari ini dia bertemu dengan pujaan hatinya dan bakal mertuanya. Gembiranya.

Kalau susah sangat nak pikat Hanim, dia akan gunakan strategi pikat dulu orang tua gadis pujaannya. Moga-moga cerahlah peluangnya. Hanim nampak mesra dan gembira di sisi wanita tersebut. Mereka sedang asyik berbual sambil memilih sayur-sayuran segar.

“Assalamualaikum…” Zahir menegur pujaan hatinya. Hanim berpaling. Wajahnya berubah keruh melihat Zahir yang tersenyum lebar dihadapannya itu. Bencinya. Mana sahaja dia pergi, ada sahaja gangguan. Stalker apa lelaki ni. Seram Hanim memikirkan kemungkinan itu.

“Waalaikummussalam… anak ni siapa? Kawan Hanim ke?” soal Mak pada jejaka yang asyik tersengih aje dari tadi. Mata tu pula hanya memandang wajah Hanim. Hanim hanya membiarkan sahaja. Malas nak layan.

“Ya, makcik. Saya Zahir. Kawan Hanim…” dan bakal menantu makcik. Sambung Zahir dalam hati/ gila nak cakap macam tu depan hanim. Mahu dibaling sayur di tangan padanya. Lagipun tak naklah nampak dia gelojoh sangat depan bakal mak mertua.

“Kawan Hanim. Dah lama ke kenal Hanim?”

“Lama tu taklah lama. Mak cik beli barang ke? Selalu datang sini?” Tanya Zahir ramah. Senyuman masih lagi menghiasi wajahnya. Wajah Hanim yang masam mengcuka itu di pandang. Semakin di pandang semakin manis pula wajah itu. Makin terpikat hatinya.

“SElalu tu taklah selalu. Zahir pun selalu datang sini? Beli barang jugakke?” Hanim memcebikkan bibir. Benci. Tak suka mak melayan Zahir dengan mesra.

“Abang…” kedengaran satu suara. Zahir menepuk dahi. Bengang. Ada je yang kacau daun. Hanim tersenyum sinis.

“Abang Z pergi mana? Puas Zila cari tau…” Zila terus memaut tangan Zahir. Wajah Zahir yang bengang itu tidak dipedulikan.

“Makcik, Hanim kenalkan ini adik Zahir. Zila nama dia,” Zahir memperkenalkan Zila walau jauh disudut hati tidak ingin dia kenalkan Zila pada gadis pujaannya itu.

“Abang ni, Zila bukan adik abanglah. Zila ni sepupu abang Z tau,” jawab Zila. Tidak puas hati. Wajahnya dimasamkan. Hanim dan mak terpinga-pinga. Ingin ketawa pun ada melihat tubuh Zila yang terliuk lentok itu. Bagaikan tak ada tulang pula.

“Apapun Zila ni dah macam adik saya makcik. Bukan apa, saya nikan anak bongsu. Teringin pula nak ada adik,” Zahir tersenyum melihat wajah Zila yang sudak masam mencuka. Tangannya menepis tangan Zila yang tak tau duduk diam itu, gatal.

“Apapun, tetap boleh kahwin kan makcik,” Zila tersenyum lebar.

“Betul tu Cik Zila. Sepupu dengan sepupu boleh kahwin. Cik Zila ni girlfriend Encik Zahir ke? Bila nak Kahwin? Kalau nak kahwin nanti jangan lupa jemput saya.,” Hanim berkata ramah. Senyuman Zila pula makin lebar. Hanya Zahir tersenyum kelat. Zila ni mengganggu sahaja. Entah apa yang bakal mak mertua dia fikirkan nanti. Habis peluang dia hari ini. Geramnya apatah lagi bila melihat senyuman Hanim. Gembira betul Hanim. Siap offer nak tolong buatkan hantaran lagi. Bengang. Entah mengapa hari yang begitu indah ini menjadi mimpi ngerinya.

1 comments:

aFaiSh said...

hahahha rajin2 laa sambung :)

ANDA SUKA