BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Pages

mereka yg amat hana sayangi

sekilas pandang



terima kasih pada yang sudi menjengah ceritera hatiku....

maaf sebab lambat hantar n3 baru kat blog ini
apapun kesudian anda menjengah ke sini membuatkan hana sangat terharu....
hope terhibur membaca karya hana yang tak seberapa ini....

salam sayang pada anda semua yang menyokong dan sudi menjengah ceritera hatiku

jangan lupa tinggalkan komen selepas baca ya...
semoga komen2 anda menambahkan lagi semangat hana untuk bekarya............

Tuesday, April 5, 2011

rahsia hati hanim 13

semoga anda semua terhibur dengan n3 ini... jom kita imbas kembali kisah Hanim dan Aizad sebelum mereka berkahwin. semoga terhibur....




“awalnya anak mak balik? Kata dah lama tak jumpa?” soal mak sebaik melihat Hanim. Hanim tersenyum.

“Hanim rasa tak sihat sikit. Kepala ni pening. Tu yang Khaer bagi Hanim balik awal. Kebetulan Khaer ada hal sikit tadi,” jawab Hanim.

“Oh, tak pa lah. Hanim pergi berehat dulu tapi kenapa bercermin mata hitam dalam rumah ni?” pelik pula mak lihat Hanim bercermin mata hitam dalam rumah.

“Tadi mata Hanim silau waktu memandu. Tak perasan pula Hanim pakai sampai dalam rumah. Mak Hanim masuk bilik dululah… penat sangat,” jawab hanim. Pantas Hanim berlalu ke dalam bilik. Hanim menarik nafas lega. Pintu bilik di kunci. Hanim memandang wajahnya di cermin. Mata Hanim sembab. Teruk Hanim menangis tadi.

Hanim duduk atas katil. Matanya merenung cincin di jari manisnya. Cincin pertunangan, lambing cinta Khaer dan dirinya. Cincin di jari di usap perlahan sebelum ditanggalkannya. Cincin ini sudah tidak layak di jarinya. Hanim tahu mungkin esok lusa keluarga Khaer akan datang memutuskan pertunangan mereka. Itu yang lelaki itu sms padanya tadi.

Hanim gusar. Tidak tahu bagaimana hendak beritahu mak. Hanim takut kesihatan mak akan terganggu. Tentu mak sedih. Sedih mak, luka lagi Hanim. Namun Hanim tidak ada pilihan. Buat apa di rayu pada yang tak sudi. Jika ini takdirnya Hanim reda. Mungkin Khaer bukanlah lelaki terbaik untuknya.

………………………………………………………………………………………………………..

Salbiah merenung Hanim yang melangkah lemah ke mejanya. Wajah itu begitu muram sekali. Tubuh itu nampak lesu. Tiada senyuman terukir di bibir Hnaim saat dia menya pa tadi. Mengapa? Semalam gadis itu begitu gembira memberitahu ada date dengan tunang tercinta. Bibir itu pula sepanjang masa tersenyum.

“Hanim ok tak ni? Kak Sal tengok muka tu pucat je? Kenapa? Ada masalah?” soal Salbiah bertubi-tubi. Bukan apa, hari ni Hanim nampak lain. Lain sangat-sangat. Hanim yang kak Sal kenal seorang yang sangat periang dan ceria selalu. Jarang dia lihat wajah Hanim sedih. Malah kena marah dengan Encik Zaid a.k.a Encik singa jadian tu pun Hanim cool je. Malah boleh ketawa lagi.
“Hanim ok je. Kak Sal jangan bimbang lah,” jawab Hanim. Wajahnya cuba diceriakan.

“Kalau Hanim cakap macam tu tak apalah. Tapi Kak Sal nak Hanim tahu, kalau ada apa-apa Kak Sal sedia mendengar,” ucap Salbiah. Mengalah. Tidak guna memaksa. Sampai masa pasti Hanim akan bercerita juga. Hanim itu adik sepupunya. Tak mungkin dia tidak perasan riak wajah hanim. Kak Sal tahu walaupun wajah itu tersenyum, namun senyuman itu bagai dipaksa. Mata itu juga tidak bersinar seperti biasa. Ada kesedihan di situ.

“Jangan bimbanglah Kak Sal. Hanim sihat dan ok jer. Ok lah Kak Sal Hanim nak siapkan kerja dulu, sampai singa jadian tu nanti kalau kerja tak siap habislah hanim…” Hanim meminta diri. Otaknya ligat merancang jadual kerjanya.

“Ha.. pergilah siapkan kerja Hanim. Nanti masuk bos kesayangan Hanim tu meroyan pula tengok Hanim tak siap kerja yang dia bagi tu,” Salbiah tersenyum. Tahu sangat perangai Aizad yang mudah naik angin tu. Sikap lelaki itu jauh berbeza dengan Tuan Farok yang sentiasa tersenyum dan bertolak ansur dengan staf-stafnya. Encik Aizad pula sangat serius dan agak sombong dengan para pekerja.

…………………………………………………………………………………………………….

Hanim tersentak mendengan intercom berbunyi. Tegas suara Aizad menyuruhnya masuk ke bilik lelaki itu. Kecut perut Hanim. Entah apa yang akan di marah lelaki itu. Pintu bilik Aizad di ketuk perlahan. Kedengaran suara Aizad menyuruhnya masuk. Dalam keadaan serba salah hanim menapak masuk juga ke bilik itu.

Wajah Aizad yang serius merenungnya di pandang sekilas. Takut Hanim menentang sepasang mata yang merenungnya tajam. Ada kemarahan di wajah lelaki itu. Hanim memandang kertas kerja yang baru disiapkan tadi.

“Macammana You buat kerja? Salah sana sini. Buat balik?” suara Aizad kuat menengkin. Geram dengan hasil kerja Hanim. Kerja yang senang macam ni pun salah sana sini. Pantang bagi dia jika ada pekerja yang cuai.

“Maaf Encik Aizad. Saya..”

“Maaf, maaf… itu sahaja yang awak tahu,” potong Aizad sebelum sempat Hanim menghabiskan ayatnya. Hanim terdiam. Tahu tidak guna bersuara. Memang salahnya. Hanim mengambil semula dokumen tersebut. Tanpa suara dia bangun. Ingin melangkah keluar dari bilik yang amat menyesakkan nafasnya itu.

“Ha… ada saya suruh awk keluar?” Aizad bertanya garang. Hanim kembali duduk. Terkejut. Hanim kembali menikus. Tanpa suara. Telinganya bagaikan telah lali dengan herdikan lelaki itu. Aizad terus membebel. Hampir setengah jam Hanim terpaksa mendengar ceramah free dari ketuanya itu mengenai etika bekerja. Lega, akhirnya lelaki itu menyuruhnya keluar.

“Kenapa tu Hanim?” Salbiah menyoal. Lama juga Hanim berada dalam bilik Aizad tadi.

“Biasalah Kak Sal. Hanim silap taip. Banyak ejaan yang salah. Apalagi, membebellah singa jadian tu,” jawab Hanim. Salbiah tersenyum. Tahu sangat dengan sikap Encik Aizad. Setakat ini hanya Hanim yang mampu bertahan.

………………………………………………………………………………………………………..

Hanim merenung skrin computer di hadapannya. Pandangannya kosong. Salbiah hanya memandang. Ingin di tegur namun rasa serba salah pula. Pandangan Salbiah beraleh pada jari jemari Hanim. Terkejut. Baru perasan yang jari itu kosong. Berkerut dahinya apatah lagi bila mendengar keluhan Hanim.

“Tak baik mengeluh…” Salbiah bersuara akhirnya. Bosan melihat wajah Hanim yang sedih itu. Tidak-tidak habis mengeluh.

“Kak Sal…” Hanim tersenyum hambar. Terkejut juga di tegur Kak Sal.

“Sal, Hanim tak nak lunch ke?” soal Maria. Salah seorang pekerja di situ. Di belakang Maria berdiri Mona si penyambut tetamu. Selalunya mereka berempat lunch bersama.

“Nak pergilah ni, nak ajak cik adik yang bersedih ni je..” jawab Salbiah.

“hari ni Nim tak ada seleralah. Kak Sal, Kak Mar n Mona pergi jelah. Nim nak habiskan kerja,” Hanim bersuara perlahan.

“Kenapa ni? Selalunya Hanim yang paling berselera. Demam ke?” Maria bertanya prihatin. Tangannya menyentuh dahi Hanim. Tak panas pun.

“Hanim sihat, Cuma tak de mood. Lagipun Hanim ingat nak diet,” jawab hanim.

“Diet apanya, awak tu dah cukup comel macam ni. Kurus nanti tak cantik,” sampuk satu suara. Serentak mereka berempat menoleh. Masing-masing kaku. Hensome nya…. Bisik hati masing-masing melihat lelaki yang berdiri di hadapan bilik En Aizad.

“Kenapa berdiri macam patung nieh?” Aizad bertanya. Matanya memandang wajah-wajah dihadapannya itu. Lelaki yang berad di sebelahnya hanya tersenyum. Apalagi, makin terpukaulah wanita-wanita di hadapan mereka.

‘kacaknya… geramnya tengok lesung pipit lelaki ni. Siapa dia?’ bisik hati Hanim. Matanya masih terpaku pada wajah kacak dihadapannya. Hanim turut tersenyum bila lelaki itu tersenyum namun senyuman itu berakhir bila memandang wajah Encik Aizad @ singa jadian yang memandangnya. Pandangan tidak puas hati. Hanim tertanya sendiri. Apa salah aku…….
“Errr.. Encik Aizad nak keluar ke?” Tanya Maria.

“Habis tu takkan saya nak jadi penunggu kat sini kot…” jawab Aizad tegas. Apatah lagi bila melihat gelagat pekerjanya yang terlopong memandang Zahir, sahabatnya. Macam tak pernah tengok lelaki hensome, lepastu mulalah nak merenyam.

Hanim yang mendengar hanya diam. Sesekali dia berbalas pandang dengan lelaki di sebelah Aizad. Hanim melihat senyuman sinis lelaki itu. Berbahang hatinya melihat senyuman itu.

‘Kerek betul… macamlah hensome sangat…’ bisik hati Hanim. Padanlah berkawan dengan singa jadian tu. Hanim pantas menarik tangan Salbiah dan Maria. Mona yang masih tersengih-sengih itu turut di tarik tangannya oleh kak Sal. Malas berlama-lama di situ. Nanti banyak pula songeh Aizad. Ada je kerja yang hendak di beri pada Hanim.

“Kenapa dengan staff kau tu?” Tanya Zahir. Kelakar juga melihat telatah staff Aizad. Macam-macam hal.

“Biasalah, pantang tengok lelaki hensome,” jawab Aizad malas. Zahir merupakan sahabat baiknya. Baru sahaja pulang dari US.

“Oh… tapi yang pakai baju kurung pink tu comel. Siapa tu?” Tanya Zahir. Terbayang wajah gadis manis bertudung tadi.

“Setiausaha aku. Kau jangan kacau dia pulak. Budak baik tu,”

“Wow!!! Sejak bila citarasa kau berubah nieh. Dulu bukan semua setiausaha kau mesti anggun, seksi bergaya, up to date…”

“Dahlah… dia je yang boleh tahan dengan angin aku. Kira oklah tu. Kerja pun bagus,” Aizad bersuara. Malas nak layan perangai Zahir. Pantang nampak perempuan cantik. Zahir hanya mengangkat bahu. Tahu Aizad tidak berminat mengenai hal itu. Masih banyak masa lagi nak berkenalan dengan gadis itu. Zahir tersenyum sendiri. Mula merangka idea memikat gadis comel itu.

1 comments:

Anor said...

syukur kalau hana nk habiskan satu-
satu dulu terutamanya RHH. lama
betul menunggu RHH ni ingat mngkin
dh stop tak ada lagi n3 baru rupa-
rupanya ada. seronok sgt dan cptlh
sambung ye hana kerana peminat
selalu menunggu n3 baru...

ANDA SUKA