BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Pages

mereka yg amat hana sayangi

sekilas pandang



terima kasih pada yang sudi menjengah ceritera hatiku....

maaf sebab lambat hantar n3 baru kat blog ini
apapun kesudian anda menjengah ke sini membuatkan hana sangat terharu....
hope terhibur membaca karya hana yang tak seberapa ini....

salam sayang pada anda semua yang menyokong dan sudi menjengah ceritera hatiku

jangan lupa tinggalkan komen selepas baca ya...
semoga komen2 anda menambahkan lagi semangat hana untuk bekarya............

Friday, April 1, 2011

rahsia hati hanim 12

Puan Nora dan opah saling berpandangan. Mata masing-masing masih memandang Hanim yang duduk menyendiri di taman. Di tempat kesukaannya suatu ketika dahulu. Wajah itu kelihatan sayu sahaja. Entah apa yang menganggu. Aizad sudah dua hari outstation.

“Nora, pergilah pujuk Hanim tu. Mak tak senang tengok dia macam tu. Rasa tak sedap hatilah pula,” Opah mengarahkan menantunya itu. Puan Nora serba salah. Bukan tidak mahu memujuk namun gaya Hanim itu mengingatkan dia sesuatu.

Sejak pulang dari Alor Star hari tu Hanim tak pernah duduk keseorangan di sudut taman tersebut. Hanim seakan lupa mengenai tempat kesukaannya itu. Kini Hanim mula menghabiskan masa di tempat tersebut. Hanim sudah pulihkah? Puan Nora berteka-teki sendiri.

Dengan langkah perlahan, Puan Nora menghampiri Hanim. Hanim masih jauh termenung. Ada air mata di pipi Hanim. Wajah Hanim begitu sayu sekali. Mata yang bersinar itu kelihatan redup. Entah apa yang merunsingkan Hanim beberapa hari ini. Hanim lebih banyak menyendiri.

“Nim…” tegur Puan Nora. Tangannya menyentuh bahu Hanim lembut. Hanim tersentak. Matanya terpaku pada tubuh Puan Nora yang berdiri dihadapannya. Air mata dipipi segera dikesat.

“Mama…” Hanim tersenyum memandang wajah Puan Nora yang sudah melabuhkan punggung disisinya.

“Apa yang Hanim sedihkan sangat? Beberapa hari ni Hnaim asyik termenung je? Hanim rindukan Aizad ke?” soal Puan Nora. Matanya masih memandang wajah Hanim.

“Tak ada apa lah Ma… Hanim Cuma sedih ingatkan arwah mak…” dan sikap abang… sambung Hanim dalam hati. Tidak mungkin akan dia luahkan pada ibu mertuanya itu. Biarlah menjadi rahsianya sahaja.

“Sabarlah Hanim… Yang pergi tetap akan pergi. Kita yang tinggal ni hanya mampu doakan mereka di sana. Semoga arwah Mak Hanim ditempatkan dikalangan orang-orang soleh,” pujuk Puan Nora.

“Itulah doa Hanim siang dan malam mama. Hanim harap mak pergi dalam keadaan aman dan bahagia. Hanim harap mak tak risaukan hidup Hanim lagi,” jawawab Hanim. Matanya merenung jauh. Terbayang wajah mak tersenyum bahagia di hari perkahwinannya. Hari yang tak mungkin akan dia lupa.

“Dah la tu, jom masuk. Petang ni Aizad balikkan?”

“a’ah… abang balik petang ni,” jawab Hanim. Dia melangkah masuk ke dalam rumah bersama-sama Puan Nora.

“Umi…” jerit Amar sebaik melihat kelibat Hanim. Anak kecil itu berlari kea rah Hanim. Sebaik tiba diahadapan hanim, tubuh Hanim terus di peluk.

“Anak umi…” Hanim terus mendukung Amar. Amar ketawa girang bila didukung uminya. Puan Nora hanya ketawa melihat telatah Amar. Opah yang meliat turut tersenyum. Lega sedikit hatinya melihat senyuman Hanim.

。。。。。。。。。。。。。。。。。。。。。。。。。。。。。。。。。。。。。。。。。。。。。。。。。。。。。。。。。。。。。。。。。。。。。。。。。。。。。。。

“You dah nak balik ke?” Linda bertanya. Matanya merenung Aizad. Aizad hanya mengangguk. Masih emandang laut lepas. Percutian ini memang dirancang.

“I kena balik. I risaukan Hanim dan Amar. Lagipun I tak mahu parent I bising nanti,” jawab Aizad. Sesekali matanya merenung handset di tangan.

“Janganlah balik lagi. Temankan I. lagipun kerja I tak habis lagi. Lusa baru habis. I bosan kalau You tak ada,” pujuk Linda. Hanya saat ini sahaja mereka boleh duduk berdua macam ini. Tampa gangguan sesiapa.

“You tahukan, I malas nak dengan mama I bising-bising. Kejap lagi I nak balik. Apa-apahal nanti I call you,”

Linda menarik muka masam. Tahu tak guna memujuk. Aizad tetap akan pulang. Baru hari ini sahaja mereka dapat menghabiskan masa berdua dan kini lelaki ini terpaksa pulang. Pulang kepangkuan isterinya. Hati Linda makin sakit.

“Dah, jangan nak tarik muka. Dah tak cantik. Nanti makin bertambah pula kedut kat muka you tu,” Aizad bersuara akhirnya. Malas hendak melayan rajuk Linda. Penat menghadiri seminar selama dua hari pun belum habis dan kini terpaksa melayan rajuk Linda pula. Dia letih. Terlalu letih. Apatah lagi bila mendapat panggilan dari mama mengenai keanehan sikap Hanim. Kini dia tidak sabar untuk pulang. Bimbang perkara yang amat di takutinya terjadi.

“You dah tak sayang I lagikan? Sampai hati kata muka I berkedut. Yelah wife you tu kan muda belia. I ni dah tua…” Linda bersuara sedih. Aizad mengeluh.

“I sayang You lah baby, kalau tak I dah balik semalam lagi. Tapi You kenalah faham keadaan I. Dulu You yang cabar I kan. You yang kata tak kisah. Jadi You kenalah faham. I dah ada keluarga. My wife perlukan I sekarang. Tapi I nak You ingat satu benda. You still my love, my baby. You cinta pertama I…” pujuk Aizad. Tangannya mengelus wajah Linda. Air mata yang mengalir di kesat. Linda tersenyum hambar.

“I tahu, dan jika I tahu macam ni jadinya I takkan sekali tinggalkan You. I takkan pernah lepaskan You… I menyesal sangat…” tangis Linda.

“Dahl ah, jangan nangis lagi. Baby I ni tak cantik bila nangis. I dah nak balik kejap lagi jadi I nak habiskan masa kita dengan suasana gembira. I tak senang hati tau nak tinggalkan You dalam keadaan sedih-sedih ni,” pujuk Aizad. Linda tersenyum.

“Ok lah, I tak merajuk lagi. Jom kita shoping. Semalam I ada tengon satu rantai. Cantik sangat tau…” Linda berkata gembira.

“Ok.. apa sahaja untuk You…” Aizad tersenyum. Lega bila mood Linda sudah berubah.

………………………………………………………………………………………………………..

Lelaki itu membaling gelas ditangannya. Geram. Perempuan itu degil betul. Maklumat dari orang suruhannya benar-benar membuatkan dia bengang. Kalaulah perempuan itu dihadapannya saat ini, teruk dia kerjakan. Tangannya meraup kasar rambutnya. Ketukan di pintu mengejutkannya.

“Ku OK?” soal Salina setiausahanya. Dia hanya mengangguk. Matanya memandang wajah setiausahanya yang masih berdiri di pintu.

“Saya ok Sally. Suruh cleaner datang bersihkan kaca sekejap lagi,” jawabnya tenang. Tidak mahu pergolakan dalam dirinya di baca oleh setiausahanya. Akhirnya Salina akur. Wanita itu meninggalkan dia bersendirian.

Dia mengambil kunci kereta di laci dan melangkah keluar. Saat ini dia perlu bersendirian. Tanpa pamitan dia terus keluar. Pandai-pandailah Sally nanti. Tangannya mendail handset. Memberi arahan pada orang suruhannya. Dia akan pastikan perempuan itu menerima akibat dari perbuatannya. Perempuan itu tak akan terlepas.

………………………………………………………………………………………………………..

Hanim merenung satu persatu potret wajah mak yang tersenyum bahagia. Ada rindu yang tidak terucap di situ. Seandainya mak masih ada, Hanim tak mungkin akan kesepian begini. Hanim menangis. Luka di hatinya kian dalam. Mak… hanim tak tahu bagaimana hendak bercerita tentang lara di hati. Hanim tak ada sesiapa lagi. Hanim tak nak menyusahkan Kak Sal.

Hanim tak tahu bagaimana hendak meneruskan perkahwinan yang penuh kepura-puraan ini. Hanim terlalu letih untuk terus berlakon. Berlakon yang hidupnya sangat bahagia. Hanya Amar sahaja sumber kekuatan Hanim. Tanpa Amar Hanim sendiri tidak tahu bagaimana hendak meneruskan hidup.

Hanim bersyukur mak pergi dalam keadaan aman. Mak tak perlu risaukan Hanim lagi. Pada Mak, Aizad seorang lelaki yang baik, menantu yang sempurna. Seoarang suami yang mampu melindungi Hanim.

Kalaulah mak tahu kebenarannya, Hanim tak dapat bayangkan. Hanim bersyukur mak pergi dahulu. Sekurang-kurangnya mak tak tahu kebenarannya. Kebenaranya yang amat menyakitkan. Betapa murahnya maruah Hanim pada Aizad. Hanim amat terluka. Terluka bila mengetahui segalanya hanyalah satu pertaruhan…

………………………………………………………………………………………………………
imbas kembali


Beberapa tahun dahulu



Hanim tersenyum riang memerhatikan wajahnya di cermin. Hari ini dia akan bertemu Khaer. Sudah hamper sebulan mereka tidak bertemu. Kesibukan lelaki itu membataskan pertemuan mereka. Setelah berpuas hati dengan dandanannya, hanim melangkah riang keluar dari bilik. Bibirnya menyanyi-nyanyi riang.

Mak yang melihat Hanim yang riang pada hari itu tersenyum. Sudah beberapa minggu wajah Hanim monyok sahaja. Lega bila hari ini Hanim kembali ke sifat asalnya. Riang dan lincah. Wajah yang bersolek rapi itu direnung penuh kasih.

“Anak mak cantikl sangat hari ni nak kemana?” soal Mak. Jarinya mengelus rambut Hanim.

“Hanim nak keluar sekejap. Nak jumpa Khaer. Bolehkan mak?” Hanim bersuara manja. Mak sekadar mengangguk. Khaer merupakan teman lelaki Hanim sejak sekolah menengah lagi. Hubungan itu kini makin erat dengan ikatan pertunangan lima bulan yang lalu.

“Boleh, tapi balik cepat tau…” Mak tersenyum. Hatinya bahagia melihat kebahagiaan anaknya itu. Hanimlah satu-satunya lambing cintanya bersama Arwah Zahrin. Satu-satunya zuriat mereka. Hanimlah penawar, Hanimlah racun.

“Terima kasih mak, Hanim pergi dulu. Sayang mak…” Hanim bersuara riang. Pipi mak di cium sebelum melangkah keluar. Mak hanya tersenyum. Manja.

………………………………………………………………………………………………………..

Hanim tergamam mendengar bicara Khaer. Terasa seluruh dunianya gelap. Khaer hanya tenang tanpa riak bersalah. Tidak menyangka semudah itu Khaer memutuskan hubungan mereka yang telah bertahun terbina. Sampainya hati lelaki itu. Bagaimana Hanim ingin khabarkan pada mak sedangkan perkahwinan mereka akan berlangsung tiga bulan dari sekarang.

“Awak, tidak adakah lagi cara untuk kita pulihkan hubungan ini? Takkan semudah itu awak putuskan hubungan kita? Apa salah saya?” Hanim bertanya tenang. Tak akan sekali dia menitiskan air mata di hadapan lelaki itu.

“Maaf Nim, sayang I pada You dah pudar. Mungkin cinta kita sekadar cinta monyet sahaja,” jawab Khaer. Hanim terkedu. Tanpa kata, Hanim terus bangun meninggalkan tempat itu. Tidak guna merayu pada yang tak sudi. Biarlah jika itu pilihan Khaer. Yang dirisaukan sekarang hanyalah mak. Apatah lagi kesihatan mak tidak begitu memuaskan saat ini. Mak yang lebih penting.

Air mata yang di tahan akhirnya berderai juga membasahi pipi. Perit hatinya. Luka yang amat dalam. Semudah itu bagi Khaer menamatkan perhubungan mereka. Cinta mereka yang bertahun sekadar cinta monyet bagi lelaki itu. Kejamnya…

………………………………………………………………………………………………………..

1 comments:

IVORYGINGER said...

Ya Allah Aizad ni nk kena. yg p jumpa si Linda tu apasal xkan xsedar2x lg hr tu takut hanim pulih ingtan dia akn p jauh dr awk. Awk tu sedar xyg skrg ni awk cintakan hanim bukan linda. Lind amemori semalam yg harus awk padam. Jgn tkesan ngan godaan dia. Dia tu xsenang melihat kebahagian awk ngan Hanim. dia rs menyesal sbb tgglkan awk klu xmsti dia hidup senang cam hanim tu. awk sedar la. plz. sian hanim. Linda tu mmg xserik ku nk tgk apa khai nk bt kat pompuan ni. ajar cukup2x pompuan xsedar diri. perempuan murah. huh...

ANDA SUKA