BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Pages

mereka yg amat hana sayangi

sekilas pandang



terima kasih pada yang sudi menjengah ceritera hatiku....

maaf sebab lambat hantar n3 baru kat blog ini
apapun kesudian anda menjengah ke sini membuatkan hana sangat terharu....
hope terhibur membaca karya hana yang tak seberapa ini....

salam sayang pada anda semua yang menyokong dan sudi menjengah ceritera hatiku

jangan lupa tinggalkan komen selepas baca ya...
semoga komen2 anda menambahkan lagi semangat hana untuk bekarya............

Tuesday, April 19, 2011

Cerpen : Rindu terhenti (Part 1)

Hidup ini sangat aneh. Hari ini kita jatuh cinta, esok putus cinta. Cinta bagaikan tiada makna. Sering kita berfikir, dialah yang dicari selama ini tapi hakikatnya bukan dia. Sakit lagi hati bila dilukai. Pedihnya tetap sama walaupun sudah beberapa kali kita melaluinya. Aneh bukan, biarpun sakit kita tetap ingin dicintai dan mencintai. Biarpun hati sering dilukai namun tetap degil. Tetap ingin mencintai dia. Dia yang tidak pernah mengerti.

Maisara mengeluh. Sukarnya memahami hati. Potret Haikal dipandang. Rindunya pada Haikal tidak pernah terhenti. Biarpun telah berkali-kali lelaki itu melukai hatinya. Hatinya sakit bila mengetahui sekali lagi kecurangan Haikal. Tapi dia tahu walau sejauh manapun Haikal pergi, lelaki itu tetap akan kembali ke sisinya dan dia dengan senang hati akan memaafkan setiap kesalahan lelaki itu.

Biarlah apa kata kawan-kawannya. Dia tidak peduli. Biarlah mereka kata dia bodoh, degil atau apa sahaja. Yang penting lelaki itu tetap dicintainya. Lelaki itu cinta pertamanya. Walaupun mereka bersatu atas pilihan keluarga, namun lelaki itulah yang mampu menghadirkan rasa debar didadanya. Rasa yang tidak pernah dialaminya sebelum ini.

“Mai... kenapa muka sedih ni? Kal buat hal lagi?” Nora bertanya. Melihat wajah Maisara yang keruh sudah dapqat di agak apa penyebabnya. Sudah berbuih mulutnya menasihati Maisara agar bertegas dengan Haikal, namun sahabatnya tetap degil.

Maisara sekadar mengeluh. Tidak perlu diberikan jawapan pasti Nora sudah dapat meneka. Hanya senyuman hambar di berikan.

“sampai bila kau nak macam ni? Sampai bila nak mengabdikan diri pada yang tak pernah nak menghargai. Sampai bila Mai. Aku yang lihat pun rasa letih, rasa putus asa. Aku sayngkan kau. Aku tak nak hidup kau sia-sia begitu sahaja,”

“Aku tahu, mungkin semua orang fikir aku bodoh. Diam sahaja melihat suami sendiri mengejar perempuan lain. Aku tak mampu Nora. Aku tak mampu nak fikir bagaimana nak hidup tanpa dia,” jawab Maisara lemah.

“Kalau macam tu, kau kena perjuangkan cinta kau. Dapatkan cinta dia. Buat dia sedar kehadirean kau. Buat dia rasa dia takkan dapat hidup tanpa kau,” nora berkata tegas. Maisara terdiam.

“Bagaimana?” soal Maisarah. Matanya memandang wajah Nora yang bersinar-sinar. Pasti ada yang dirancangnya. Bukan setahun dua dia kenal Nora.

...................................................................................................................................................................

Haikal melangkah lemah memasuki ruang tamu. Suasana sunyi sepi. Tiada suara Maisara mahupun Haziq. Kemana mereka pergi. Cuba mengingati sekiranya Maisara memberitahunya untuk keluar. Tiada. Hari ini rasanya tiada langsung mesej atau panggilan telefon dari Maisara.

‘biarlah...’ fikir Haikal. Buat apa peningkan kepala memikirkan Maisara. Nanti baliklah. Badannya terasa letih. Yang penting mandi dan kemudian dia akan keluar lagi. Sudah berjanji dengan Tina untuk keluar malam ini.

“Kal dah balik?” tegur satu suara. Langkah Haikal terhenti. Wajah mama muncul di balik ruang dapur.

“Mama buat apa kat sini? Mai mana?” tanya Haikal. Tidak sedar kehadiran mamanya.

“Mai telefon mama beritahu dia kena pergi kursus. Gantikan kawan dia. Tu yang mama datang tapi mama tak boleh lama,” terang mama. Ada rasa aneh bila melihat wajah Haikal yang kelihatan keliru. Sepertinya tidak tahu apa-apa.

“Kursus?” Haikal mengerutkan dahi.

“A’ah. Dua minggu. Mama kena pergi rumah kak Hanum kamu. Dia jangka bersalin minggu ni. Haziq mama tak bawa. Kamu jagalah anak kamu tu. Rasanya tak ada masalah. Malam je kamu jaga dia, siang hantar nursery,” Puan Zaidah memberitahu selamba. Tersenyum melihat wajah anaknya yang berkerut seribu. Tahu apa yang ada difikiran Haikal.

“Mama tak boleh ke bawa Haziq. Takkan mama nak tinggalkan cucu mama tu dengan Kal. Kal manalah tahu nak jaga,” jawab Haikal resah.

“Tak boleh Kal, kamu kan tahu kakak kamu tu tinggal kat Sarawak. Mama pergi ni pun tak tahu bila nak balik. Rasanya mama nak stay kat rumah kakak kamu sehingga dia habis pantang. Takkanlah nak bawa Haziq. Nanti susah pula kamu nak datang ambil dia. Diakan anak kamu, bukan orang lain. Dua minggu jer,”

Haikal terdiam. Mengeluh. Masaalah besar. Kenapalah waktu macam ni Maisara kena kursus. Dua minggu pulak tu. Pening. Nampak gaya date dengan Tina terpaksalah di batalkan. Hampa.

“Ok lah, kalau dag macam tu. Bila mama nak pergi Sarawak?” soal Haikal.

“Tiket mama malam ni. Kal hantarkan mama K,” jawab Puan Zaidah. Wajahnya ceria sahaja. Haikal sekadar mengangguk lemah.

...................................................................................................................................................................

Pagi itu kelam kabut Haikal bersiap. Manataknya selalunya Maisarah akan sediakan semuanya. Dari baju, tali leher hinggalah stokin. Dia tinggal sarung jer. Dengan Haziq yang merengek pagi ni. Anak kecil itu menangis je dari tadi. Tak selesa agaknya. Selalu mama akan mandikan dia dengan air panas. Papa hanya mandikan dia dengan air sejuk.

Kelam kabut Haikal menyarungkan baju Haziq. Rambut Haziq disikat ala kadar. Sudah lewat. Mujurlah dia bekerja dengan company ayahnya. Tiada masalah. Lagipun abahnya pasti mengerti kelewatannya hari ini bukan di sengajakan.

Bakul Haziq di masukkan ke dalam kereta. Haziq hanya diam. Akur sahaja arahan papanya. Haziq agak takut dengan papanya itu. Papa juga jarang meluangkan masa bersamanya. Haziq diam sahaja. Kalau dengan mama, sudah riuh mulutnya bercerita dan menyanyi. Opah kata mama kena kerja jauh. Nanti baru mama balik. Haziq sudah mulai rindukan mama. Anak kecil berusia tiga tahun itu jarang berjauhan dengan mamanya.

“Anak papa kenapa diam je?” soal Haikal. Serba salah pula melihat wajah muram anak terunanya itu. Susu yang di bancuh pagi tadi masih dalam pegangan Haziq. Masih tidak di minum lagi.

“Ziq rindu mama. Bila mama balik?” Haziq bersuara perlahan.

“Kenapa? Tak best tinggal dengan papa?” tanya Haikal. Tangannya menggosok perlahan kepala Haziq. Anak kecil itu hanya diam. Menunduk sedih. Botol susu di tangan dipandang sepi. Papa bancuh tak sedap.

5 comments:

blinkalltheday said...

besttt...next n3??

Anonymous said...

permulaan crita pon nmpk best ja..
cpt2 la smbung dah x sbr nak baca...

fara said...

lagi2... smbg cpt eh...
best sgt.. hehehe..

fara said...

lagi2... smbg cpt eh...
best sgt.. hehehe..

Zass said...

sambung.. jangan tak sambung...

hehehe.. kali ini maisara kena tegas setegas-tegasnya dengan si suami bacul haikal tu...

kenakan si bacul tu kaw-kaw campur kopi o....

ANDA SUKA