BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Pages

mereka yg amat hana sayangi

sekilas pandang



terima kasih pada yang sudi menjengah ceritera hatiku....

maaf sebab lambat hantar n3 baru kat blog ini
apapun kesudian anda menjengah ke sini membuatkan hana sangat terharu....
hope terhibur membaca karya hana yang tak seberapa ini....

salam sayang pada anda semua yang menyokong dan sudi menjengah ceritera hatiku

jangan lupa tinggalkan komen selepas baca ya...
semoga komen2 anda menambahkan lagi semangat hana untuk bekarya............

Tuesday, March 29, 2011

rahsia hati hanim 11

Aizad menghampiri Hanim dan Amar yang sudah nyenyak tidur. Tersenyum bahagia. Amar juga sudah makin sihat. Tidak lagi demam. Tubuh pun dah makin berisi. Anak kecilnya makin riang dan ceria. Gelagat dan suara Amar makin memeriahkan rumah mereka. Amar makin aktif dan keletah, tidak lagi murung seperti dahulu. Ternyata Amar amat memerlukan uminya disisi.

Aizad takut memikirkan apa yang akan terjadi jika ingatan Hanim pulih. Adakah Hanim akan meninggalkan mereka lagi? Membawa rajuk dan hati yang luka jauh dari mereka. Aizad takut memikirkannya. Bagaimana dengan Amar? Apa yang harus dia lakukan? Aizad keliru.

“Abang dah balik?” hanim menyoal. Tidurnya terganggu. Hanim merenung Aizad yang masih diam. Mata Aizad terpaku pada gambar pernikahan mereka. Apa yang Aizad fikirkan.

“Abang…” Tegur Hanim lagi. Perlahan disentuhnya bahu Aizad. Aizad tersentak. Matanya terpaku pada wajah hanim yang memandangnya penuh tanda Tanya. Tanpa kata, Aizad menarik tubuh Hanim ke dalam pelukannya. Tubuh itu dipeluk erat. Takut untuk melepaskan Hanim pergi. Hanim yang berada dalam pelukan Aizad terpinga-pinga. Hairan dengan tingkah Aizad yang agak aneh malam ini.

。。。。。。。。。。。。。。。。。。。。。。。。。。。。。。。。。。。。。。。。。。。。。。。。。。。。。。。。。。。。。。。。。。。。。。。。。。。。。。。

Hanim membelek album lama miliknya. Gambar-gambar ketika zaman sekolah dan zaman gadisnya. Tiba-tiba mata Hanim terpaku pada sekeping gambar. Gambar seorang pemuda yang sedang riang tesenyum.

“Khaer?” Hanim tergamam. Otaknya ligat berfikir. Apa yang terjadi? Kemana Khaer menghilang. Hanim mula keliru. Mak? Mana mak? Hanim mula teringat yang mak langsung tidak melawatnya. Apa yang terjadi? Mak sakit? Hanim mula panic.

“Hanim, kenapa ni?” Aizad yang baru keluar bilik air bertanya. Wajah Hanim yang pucat mengundang seribu pertanyaa.

“Mak mana? Kenapa mak tak datang tengok Hanim? Mak sakit ke?” hanim bertanya bersama tangisan. Air mata mula membasahi pipi.

“Hanim, tenang dulu. Jangan macam ni,” pujuk Aizad. Serba salah untuk berterus terang.

“Hanim tak peduli. Hanim Cuma nak mak. Mana mak pergi” Jerit Hanim.

“Hanim dengar cakap abang. Abang Cuma akan beritahu jika Hanim bertenang. Berhenti menangis,” tegas Aizad. Hanim terdiam lama. Cuba mengawal perasaannya yang bercelaru.

“abang nak Hanim bersabar. Tak nak nangis dan paling penting kawal perasaan Hanim. Jangan ikut emosi. Janji” Aizad memandang Hanim yang masih diam. Hanya kedengaran esakan kecilnya. Hanim mengangguk.
“sebenarnya mak dah meninggal dua tahu lalu…” aizad bersuara perlahan. Tidak sampai hati memberitahu hal ini pada Hanim. Bukan niat untuk merahsiakan namun rasanya saat ini tidak sesuai. Apatah lagi dalam keadaan Hanim yang masih keliru. Takut memikirkan penerimaan Hanim.

“Tak… Hanim tak percaya. Abang tipu… mak ada lagi… abang tipu” Hanim menjerit. Cuba menafikan apa yang di beritahu Aizad.

“Hanim, sabar sayang. Jangan menangis macam ni. Mak tentu sedih lihat Hanim macam ni,” pujuk Aizad. Tubuh Hanim di peluk erat. Tahu sudah tiba masanya untuk berterus terang dengan Hanim.

“Kenapa Hanim tak ingat langsung. Macammana mak meninggal? Pembedahan tu tak berjaya ke?” soal Hanim bersama-sama dengan tangisannya.

“Pembedahan tu berjaya tapi kanser tu kembali menyerang. Mak tak kuat lagi untuk bertahan. Mak meninggal di pangkuan Hanim…” cerita Aizad. Hatinya turut pedih mengingati detik itu. Hanim sangat tertekan. Mujurlah hanim dan Amar yang berada dalam kandungan Hanim selamat.

“Hanim mungkin tak ingat tapi Hanim pernah beritahu abang Allah ambil mak dari Hanim tapi Allah kurniakan Hanim anugerah yang berharga sekali… Allah kurniakan Amar pada kita. Hanim mesti kuat untuk Amar. Jika dulu Hanim boleh lakukan abang yakin Hanim boleh lakukan untuk kali ini juga…” Hanim hanya diam mendengar bicara Aizad. Air mata yang mengalir dibiarkan.

“Khaer macam mana?” Hanim menyoal mengenai Khaer tiba-tiba. Aizad terdiam. Khaer? Dia pernah mendengar nama itu tapi tidak tahu kaitan lelaki itu dengan Hanim.

“Maaf, Khaer siapa? Abang tak ingatlah. Rasanya Hanim tak pernah kenalkan Khaer dengan abang” terang Aizad. Berkerut dahi Hanim.

“Khaer tu sebenarnya tunang Hanim. Itu yang Hanim keliru tu. Abangkan nak kahwin dengan Linda model tu, Hanim pula dah tunang dengan Khaer. ntah macam mana pulak kita boleh kahwin ni?” Aizad tergamam mendengar cerita Hanim. Tidak tahu apa yang harus dicakapkan.

“Betulla tu… pelik pula bila Hanim fikir. Sampai sakit kepala ni tau. Abang ceritala macammana kita kahwin?” Tanya Hanim pada Aizad masih lagi kelu seribu bahasa.

“Hanim, abang rasa ni bukan masa yang sesuai nak cerita ni semua. Abang nak Hanim ingat perlahan-lahan. Abang tak nak hanim tertekan. Ini tak baik untuk kesihatan Hanim. Abang tak nak Hanim sakit,” pujuk Aizad perlahan. Tahu ini bukannya masa yang sesuai untuk Hanim tahu kebenaran perkahwinan mereka.

“Abang dan semua yang Hanim tanya macammana kita kahwin asyik mengelak je. Ini yang Hanim tak sabar nak tahu. Macam rahsia besar pula kes kahwin kita ni. Macam ada yang tak kena je,” luah Hanim. Masih tidak puas hati. Tidak faham mengapa semua orang asyik mengelak je bila ditanya mengenai perkahwinan Hanim dengan Aizad. Aizad tersenyum dalam paksa.

“Nanti-nantilah abang cerita. Sekarang abang nak Hanim siapkan Amar. Kita nak keluar. Banyak barang keperluan Amar dah habis,”

Hanim akur arahan Aizad walaupun tidak puas hati. Amar yang sedang leka bermain di hampiri. Lalu anak kecil itu di bawa kebilik air. Aizad mengeluh lega. Mujur ada Amar, kalau tak tidak tahu bagaimana harus mengelak pertanyaan Hanim.

………………………………………………………………………………………………………..

Linda merenung wajahnya di cermin. Bibirnya bengkak malah ada kesan lebam yang membiru di pipi kanan. Entah bila akan hilang. Maknanya dalam tempoh ini dia terpaksa membatalkan kontrak iklan dan peragaan fesyen yang sudah dipersetujui. Masih terasa bebelan Kiki, pengurusnya saat dia menelefon. Tiada pilihan.

Panggilan telefon dari Aizad juga di pandang sepi. Tahu dirinnya tidak layak lagi buat Aizad atau mana-mana lelakipun. Hidupnya musnah. Malah rasanya kariernya makin menjunam. Air mata mula mengalir. Menangisi nasib diri. Semuanya kerana sikapnya yang tamak. Ketamakan itu akhirnya memakan dirinya sendiri.

Ketukan di pintu dibiarkan. Tahu pasti Kiki yang datang. Dia menyepikan diri. Tidak mahu berhadapan dengan sesiapapun dalam keadaan begini. Pasti panjang pula pertanyaan Kiki bila melihat wajah dan tubuhnya.

Lelaki itu, seperti biasa akan hilang dan muncul sesuka hatinya. Biarlah. Lebih baik begitu. Sekurang-kurangnya Linda tenang begini. Tiada lagi caci maki mahupun sumpah seranah. Tiada lagi sepak terajang yang akan menyakiti tubuhnya.

。。。。。。。。。。。。。。。。。。。。。。。。。。。。。。。。。。。。。。。。。。。。。。。。。。。。。。。。。。。。。。。。。。。。。。。。。。。。。。。

Hanim merenung wajah Amar yang tidur. Tidak puas rasanya menatap wajah itu. Comel rambut Amar diusap sayang. Perlahan jari jemarinya bermain di dahi Amar. Gerakan tangannya terhenti. Ada rasa nyilu dihati bila jarinya tersentuh parut di dahi sikecil. Mengapa?

Aizad hanya memandang telatah Hanim. Tidak tahu apa yang difikirkan isterinya itu. Wajah Hanim turut berubah pucat.

“Abang…” Hanim bersuara tiba-tiba. Entah bila Hanim sudah melabuhkan tubuh disebelah Aizad.

“Kenapa ni? Panggil abang lain macam jer?” soal Aizad pula. Muka Hanim memerah mendengar kata-kata Aizad. Dia perasanke?

“Kenapa ya kepala Amar tu ada parut. Amar pernah jatuh ke?” soal Hanim ingin tahu. Terdiam Aizad.

“Amar tak jatuh. Mungkin Hanim tak ingat. Lebih kurang setahun yang lalu Hanim kemalangan bersama-sama Amar. Nasib baik kecederaan Hanim dan Amar tak teruk. Abang tak dapat bayangkan bila tengok keadaan kereta. Alhamdulilah, hanim dan Amar selamat,” terang Aizad. Hanim terdiam lama. Ada gigilan pada tubuhnya. Entah mengapa jauh disudut hati, masih terasa kesakitan itu.

“Dah la, jangan fikir sangat. Dah lewat ni jom tidur,”pujuk Aizad. Tubuh Hanim yang kaku di tarik ke birai katil.

………………………………………………………………………………………………………..

Hanim tak percaya dengan pemandangan di hadapannya. Amar yang berada dalam dukungan di peluk erat. Matanya terpaku pada pasangan di satu sudut. Patutlah ketika dia mengajak lelaki tersebut menemaninya ke klinik, pelbagai alasan di beri. Sampainya hati.

“Abang buat apa kat sini. Meeting kat kedai Habib ni ke?” Tanya Hanim selamba. Sudah puas rasanya bersabar.

“Kau buat apa kat sini?” Tanya perempuan itu penuh lagak manakala pasangannya hanya memerhati. Diam tanpa kata. Mungkin tak menjangkakan pertemuan tersebut.

“Boleh jangan buat kacau kat sini tak? Ramai orang tengok tu,” bisik lelaki tersebut.

“Peduli apa I, yang perempuan ni nak menyebuk kat sini buat apa?”

“Suka hati saya nak buat apapun. Yang awak buat muka tak tahu malu keluar dengan suami orang tu boleh pula ya?” jawab hanim. Masih tenang. Snyuman sinis terukir di bibir tatkala wajah wanita dihadapannya berubah.

“Abang nak Hanim balik dulu. Balik nanti kita bincang,” Lelaki itu menghampiri. Tangan Hanim ditarik kasar meninggalkan kedai tersebut. Wajah lelaki itu garang memerhati Hanim. Hanim akur. Sedar apapun mungkin berlaku jika lelaki dihadapannya naik angin.

Hanim mengesat air mata yang mengalir. Sedar dimana letak dirinya. Fikirnya kehadiran Amar akan merubah lelaki itu namun ternyata dia silap selama ini. Anak kecil yang tertidur di dalam bakul sebelahnya direnung sayang. Kereta di pandu hati-hati. Hujan yang turun menyebabkan pemanduannya tidak lancar apatah lagi dengan deraian air mata yang membasahi pipi. Hanim tersentak bila mendengar hon di tekan bertalu-talu. Cahaya dari arah hadapan makin menyilau matanya. Hanim cemas.

“Amar…Ya Allah Amar…”
“Hanim… Nim…” Aizad berusaha mengejutkan Hanim yang masih meracau dalam tidurnya. Hanim terjaga. Wajahnya pucat. Peluh renik membasahi wajah Hanim. Aizad memeluk Hanim. Cuba menenangkan Hanim.

“Hanim takut… Amar mana? Abang mana Amar?” Tanya Hanim. Difikirannya hanya ada Amar.

“Hanim releks ok. Amar ada. Amar kan tidur tu,” Hanim terdiam. Matanya memandang sekeliling. Pandangannya jatuh pada Amar yang sedang nyenyak tidur. Tubuh Amar di rangkul ke dalam pelukan. Amar mula merengek bila tidurnya diganggu. Lega.

“Alhamdulilah anak umi selamat. Umi sayang sangat dengan Amar…” bisik Hanim ke telinga Amar. Tidak dipedulikan tangisan Amar yang makin kuat. Hanim bimbang jika dia melepaskan Amar, Amar akan hilang dari pandangannya. Mimpi tadi amat menakutkan.

“Hanim…kenapa ni? Kesian Amar, Amar terkejut tu…” pujuk Aizad lalu mengambil Amar yang masih menangis. Anak kecil itu di pujuk. Akhirnya tangisan Amar reda. Anak kecil itu sudah nyenyak tidur. Hanim masih berada di sudut katil. Memeluk lutut sambil menangis. Aizad menghampiri Hanim lalu menarik tubuh itu dalam pelukannya. Berharap Hanim akan tenang dalam pelukannya. Entah apa yang dimimpikan Hanim. Semestinya mimpi yang amat menakutkan.

………………………………………………………………………………………………………

Khaer merenung potret seorang gadis yang tersenyum riang. Bibirnya turut tersenyum. Bahagianya saat itu. Kalaulah masa boleh diundur kembali… tidak akan sesekali Khaer melepaskan gadis itu berlalu dari sisinya.

“maafkan Khaer Nim…” bisik Khaer perlahan. Potret itu masih dipandang tanpa jemu. Hanya kenangan bersama gadis itu pengubat rindunya. Sudah bertahun wajah itu menghilang. Sejak pertemuan terakhir mereka.

Dia yang bersalah, terleka dengan godaan Mastura. Lalu ikatan pertunangan mereka dia putuskan. Masih terbayang raut wajah hanim yang tenang saat dia melafazkan kata perpisahan. Hanya mata itu yang berkaca. Saat itu hatinya begitu keras. Dia membiarkan sahaja langkah Hanim meninggalkannya.

Kini yang tinggal hanya penyesalan. Puas dicari jejak Hanim namun pencariannya hampa. Sehingga semalam dia akhirnya menemui wajah yang begitu dicintainya. Hanim kelihatan riang bersama-sama dengan seorang lelaki dan anak kecil. Mungkin suami dan anaknya. Wajah itu kelihatan bahagia sekali. Dia hanya memerhati dari jauh. Melihat kebahagiaan keluarga kecil itu. Hatinya puas, akhirnya Hanim sudah menemui kebahagiannya. Dia sahaja masih ketinggalan. Berseorangan melalui hari-hari sepi bersama kenangan semalam.

3 comments:

Zass said...

yihuuu.. n3 baru dah masyukk...

oh.. begitu yer ceritanya....

aizad tu pulak yang berselingkuh...

Anor said...

nak lagi...ape pula akan jadi
sekiranya hanim dh ingat kembali..
adakah dia akan meninggalkan
aizat pabila dpt tau sebelum
dia kemalangan yg aizat akan
berkahwin dgn linda? cepatlh
sambung...

IVORYGINGER said...

Aizad dah sedar ya klu hanim ilang apa akan jd dgn hidup dia? mesti tak tentu arahkan. Linda tu hnya perosak rumah tangga org padan muka ngan apa yg terjadi dlm hidup dia kerana tamak dia tggl Aizad skrg tkinja2x nk kembali pdhal xlayak sm skali. Jgn diganggu kebahagian org lain. Aizad pun harus beringat kisah lalu biarkan berlalu. Kisah arini harus difikirkan. Kebahagian ank2, isteri n keluarga. kerana diorg ja yg ada ms hari kejatuhan awk dl. kerana mereka la br awk bangkit semula. so hargailah mereka. bukan linda yg tgglkan awk dlm penderitaan.

ANDA SUKA