BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Pages

mereka yg amat hana sayangi

sekilas pandang



terima kasih pada yang sudi menjengah ceritera hatiku....

maaf sebab lambat hantar n3 baru kat blog ini
apapun kesudian anda menjengah ke sini membuatkan hana sangat terharu....
hope terhibur membaca karya hana yang tak seberapa ini....

salam sayang pada anda semua yang menyokong dan sudi menjengah ceritera hatiku

jangan lupa tinggalkan komen selepas baca ya...
semoga komen2 anda menambahkan lagi semangat hana untuk bekarya............

Monday, March 21, 2011

rahsia hati hanim 10

Hanim serba salah bila terpaksa mengikut Aizad dan keluarganya pulang. Gesaan kak Sal juga menyebabkan Hanim akur. Lagipun kasihan pada Amar yang langsung tidak mahu berenggang dari Hanim. Anak kecil itu benar-benar tidak mahu melepaskan Hanim jauh darinya.

Wajah Amar yang tidur di pangkuan Hanim diusap sayang. Aizad tersenyum melihat telatah anaknya. Manja betul dengan Hanim. Hanim yang tertidur di sebelah direnung. Banyak yang perlu dilakukan. Perkara utama, memulihkan ingatan Hanim. Namun jauh di sudut hati, dia senang dengan keadaan Hanim kini. Hanim yang riang walaupun adakalanya wajahnya keliru dengan apa yang berlaku. Itu lebih baik dari berhadapan dengan Hanim yang dahulu. Dia tidak mampu berhadapan dengan pandangan Hanim yang penuh kesayuan dan kelukaan. Terlalu pentingkan dirikah? Mungkin tapi entah mengapa dia gembira dengan keadaan ini…. Maaf Hanim… adakalanya saya harap ini tidak pernah terjadi… kalaulah masa boleh diundur, tidak mungkin saya akan melibatkan Hanim dalam percaturan ini…

Hanim memandang bilik tidur yang terhias indah. Menurut opah dan kak Pah ini bilik Hanim dan Aizad. Tergantung cantik gambar perkahwinan Hanim dan Aizad di dinding bilik. Namun jauh di sudut hati Hanim dia rasa aneh. Entah mengapa bila dia melihat gambar itu, ada riak sedih pada wajahnya walaupun sedang tersenyum.. begitu juga pada wajah Aizad. Jelas senyuman penuh keterpaksaan pada wajah itu. Mengapa?

“Apa yang renung lama sangat gambar tu?” Latipah menyapa Hanim. Hanim pantas berpaling. Tersenyum melihat Latipah yang berdiri di hadapan pintu.

“Tak ada apa-apa. Hanim Cuma tengok gambar kahwin ni jer. Hanim tak ingat langsung bila hanim kahwin. Tak tahu la tapi kenapa hanim dan Encik Aizad nampak tak gembira dalam gambar ni ya?” Hanim meluahkan kemusykilan hatinya pada Latipah. Terdiam Latipah mendengar soalan Hanim itu.

“Kenapa ni? Senyap sunyi je? Kak Pah kenapa muka tu pucat je?” Tanya Aizad yang baru masuk ke bilik tersebut. Ditangannya ada beg pakaian Hanim.

“Err… Kak Pah keluar dulu ya,” Latipah pantas bersuara. Ingin cepat keluar dari situ. Ada rasa tidak selesa bertamu apatah lagi bila mendengar soalan Hanim tadi. Mujur Aizad muncul, kalau tidak, kak Pah sendiri tidak tahu jawapan apa yang harus diberi.

“Bual apa dengan Kak Pah tadi?” soal Aizad. Matanya merenung Ammar yang selesa bergolek di atas katil. Langsung tidak mahu jauh dari Hanim.

“Tak ada apa. Hanim Cuma Tanya kenapa dalam gambar kahwin ni kita nampak tak gembira,” jawab Hanim. Matanya merenung Aizad. Berkerut dahi Hanim bila melihat Aizad yang terdiam mendengar kata-katanya. Pelik, reaksi sama juga dilihat pada Latipah bila dia bertanyakan hal itu. Seperti ada yang tidak kena. Seperti ada rahsia yang tersembunyi.

“Kak Pah jawab apa?” Tanya Aizad, cuba bertenang. Menyembunyikan rasa resah hatinya dengan pertanyaan Hanim itu.

“Tak sempat jawabpun, bila encik masuk cepat-cepat Kak Pah keluar…”jawab Hanim. Ada nada tidak puas hati disitu.

“Hanim, berapa kali nak abang ingatkan. I’m your husband. Ingat abang suami Hanim bukannya bos Hanim. Janganlah berencik-encik dengan abang,” tegas Aizad. Sudah banyak kali dia ingatkan Hanim namun wanita itu masih lagi degil. Pada Hanim, dia hanya majikannya.

“Maafkan Hanim… Hnim rasa kekok,” jawab Hanim perlahan. Matanya berkaca.

“Abang bukannya marah Hanim, Cuma abang tak nak hanim panggil abang Encik. Tak manis. Hanimkan isteri abang. Nanti Amar pun hairan kenapa umi dia ni berencik-encik dengan papa dia,” pujuk Aizad. Sedar bukan salah Hanim. Hanim Cuma terlupa yang mereka sudah berkahwin. Deringan dari handset Aizad menghentikan bicara lelaki itu. Direnungnya skrin. Pantas Aizad keluar dari bilik tersebut untuk menjawab panggilan. Hanim hanya memerhati tanpa soal. Amar yang berada di atas katil dihampiri.

……………………………………………………………………………………………………

“I dah beritahu You kan jangan call I, biar I je yang call,” Aizad berang.

“I rindukan You…” Linda bersuara sayu.

“You tahukan I tak boleh tinggallkan wife I sekarang. Dia tak sihat,” pujuk Aizad.

“You asyik pentingkan perempuan tu je? I ni siapa?” Tanya Linda tidak puas hati. Dia sedar sejak kepulangannya Aizad jadi agak dingin. Entah mengapa jauh di sudut hatinya dia dapat rasakan cinta mereka kian pudar.

“You kan buah hati pengarang jantung I… tapi You tahukan Hanim perlukan sokongan I sekarang. Lagipun dia dah tak ada sesiapapun. Dia Cuma ada I, suami dia,” balas Aizad.

“Sampai hati You… kalaulah I boleh undur masa I takkan sesekali pergi tinggalkan you,” Linda bersuara sebak. Ada penyesalan di situ.

“Itu pilihan You… Dah lah, Amar menangis tu,” Aizad terus mematikan talian. Aizad pantas memasuki bilik bila tangisan Amar makin kuat.

“anak papa, kenapa menangis ni?” Aizad menghampiri anaknya yang sedang menangis. Hanim tiada di bilik. Kemana? Ada rasa geram di hati bila memikirkan Hanim sampai hati meninggalkan Amar keseorangan di bilik.

Hanim yang mendengar tangisan Amar bergegas menaiki tangga menuju ke bilik. Sebentar tadi ketika Hanim turun ke dapur, Amar masih lagi tidur. Hanim menarik nafas lega melihat Amar berada dalam pangkuan Aizad. Kelihatan lelaki itu sedang memujuk Amar yang masih menangis.

“Hanim kemana? Kenapa tinggalkan Amar sorang-sorang dalam bilik? Kalau jadi apa-apa macammana? Nak jaga anak seorang pun tak boleh?” sembur Aizad sebaik melihat kelibat Hanim.

Hanim terdiam. Lidahnya kelu bila dimarahi Aizad. Matanya berkaca. Bukan niat Hanim meninggalkan Amar. Hanim Cuma turun ke dapur sekejap, tekaknya haus. Dahaga. Amar pula hanim tengok sudah tertidur.

“Abang Tanya kenapa diam? Hanim tahukan abang paling tak suka kalau…”

“Hanim minta maaf… hanim turun ke dapur sekejap. Hanim haus. Tadi Amar tidur…” jawab Hanim perlahan. Tangannya mengesat air mata yang mengalir dipipi.
Aizad diam. Matanya memandang Hanim yang sedang teresak dihadapannya. Menangis. Perlahan Aizad bangun. Tubuh Hanim diraih dalam pelukan.

“Sorry, bukan niat abang nak marah Hanim… abang Cuma bimbangkan Amar…” pujuk Aizad. Satu sifat baru Hanim yang diketahuinya. Sebelum ini Hanim seorang yang sangat tabah. Biar seteruk manapun dia marah atau melukakan hati Hanim, Hanim tetap tenang. Tiada langsung air mata yang menitis. Kini Hanim yang berada di hadapannya sangat sentitif. Mudah sangat mengalirkan air mata.

“Mi ngan ngis…” Amar yang berada dalam dukungan Aizad turut menyapu air mata yang mengalir di pipi Hanim. Anak kecil itu turut memujuk uminya yang sedang menangis.

“Sayang anak umi…” Hanim makin terharu. Makin laju air mata yang mengalir. Amar terpinga-pinga melihat uminya yang makin kuat menangis. Aizad mengeluh…tak tahu cara bagaimana untuk menghentikan tangisan Hanim. Amar juga turut menangis bila melihat Hanim yang makin beria-ia menangis. Aizad geleng kepala.

“La… napa anak umi menangis ni?” soal Hanim bila melihat Amar turut menangis. Tangisan Hanim berhenti sendiri bila dia menyedari Amar turut menangis.

“Mi ngis… Mar ngis la…” jawab Amar. Aizad ketawa mendengar kata-kata Amar.

“Anak papa ni nakal betulla…” Aizad bersuara riang.

“Dah Umi dengan Amar tak mau nangis dah. Nanti opah dengan oyang kata papa buli umi dengan Amar” sambung Aizad. Jari Aizad mengesat air mata dipipi Hanim yang sudah merona merah. Malu.
。。。。。。。。。。。。。。。。。。。。。。。。。。。。。。。。。。。。。。。。。。。。。。。。。。。。。。。。。。。。。。。。。。。。。。。。。。。。。。。

Linda merenung gambar pertunangannya dengan Aizad. Gambar yang di ambil lima tahun dahulu. Wajah Aizad yang tersenyum riang ditatap. Kacak. Mereka sangat bahagia saat itu. Andai masa dapat di putar semula, Linda tidak akan pernah meninggalkan Aizad. Itulah kesilapan besar yang dilakukannya.

Linda mengeluh lagi bila memikirkan hubungannya bersama Aizad yang masih tiada penghujung. Sikap Aizad juga amat merimaskannya. Aizad kini lebih mementingkan anaknya sahaja. Apasahaja untuk Amar. Linda sudah jatuh nombor dua kini. Dulu kalau dia merajuk, cepat sahaja lelaki itu memujuk. Kini dia terpaksa memujuk rajuknya sendiri… nak harapkan Aizad… jangan mimpi lelaki itu akan memujuknya.

Otak Linda mula merangka idea. Dia mesti menjauhkan Aizad Dari Hanim. Dia sedar walaupun lelaki itu mengatakan Hanim bukan sesiapa padanya namun jauh disudut hati Aizad, Linda tahu Hanim ada tempat yang istimewa disitu apatah lagi Hanim ibu pada anak kesayangan Aizad. Hanim juga amat disayangi oleh keluarga Aizad sedangkan keluarga Aizad amat membenci dirinya. Puan Nora yang menyanyangi dirinya dulu turut membenci dirinya. Bukan salah mereka tapi salah dirinya sendiri. Akhirnya dia yang sengsara dengan jalan yang dipilihnya walaupun lima tahun dulu dia amat yakin dengan pilihannya.

“Hei…kau telefon jantan tu lagi?” satu suara kasar menegurnya. Linda tersentak. Mukanya berkerut menahan kesakitan bila tangan kasar itu menarik rambutnya. Tidak sangka lelaki itu akan datang.

“Tak.. tak…” Linda cuba menafikannya. Ada gentar pada suaranya apatah lagi bila melihat wajah bengis lelaki dihadapannya.

“Aku dah pesan banyak kali, jangan ganggu mereka tapi kau degil,” tangan kasar itu terus menampar pipi Linda. Linda cuba mengelak lalu menambahkan lagi berang lelaki itu. Tubuh Linda pula menjadi mangsa. Linda hanya mampu menangis. Tubuhnya makin lemah. Dibiarkan sahaja apa yang lelaki itu ingin lakukan. Tidak berdaya lagi.

Linda terus menangis. Lelaki itu sudah pergi meninggalkan dirinya yang masih meratap pilu. Seluruh tubuhnya sakit. Tidak mengerti mengapa ini yang berlaku. Apa dosanya pada lelaki itu. Episode hitamnya bermula setahun yang lalu. Tidak sangka lelaki yang begitu hebat di mata masyarakat rupanya syaitan bertopengkan manusia. Linda terus menangis bersama penyesalan yang tiada penghujungnya.

………………………………………………………………………………………………………..

Lelaki itu mengusap foto ditangannya. Wajah comel itu ditatap penuh kasih. Ada kepuasan diwajahnya. Dia tidak akan membiarkan sesiapapun melukakan gadis itu. Gadis yang amat disayanginya.

“along tak kan biarkan sesiapapun melukai adik. Along sayang adik” bisik lelaki itu perlahan. Airmata yang mengalir di biarkan. Hatinya begitu merindui adik. Adik yang terpisah darinya bertahun yang lalu.

“Mak, along janji akan terus lindungi adik biarpun dari jauh. Along akan musnahkan sesiapa yang membuat adik menangis. Along tak akan biarkan adik terluka” tekad lelaki itu. Lelaki itu tersenyum. Puas melihat perempuan itu menderita. Semuanya kerana perempuan tersebut. Perempuan yang menyeret adik kelembah derita. Dia tidak akan sesekali memaafkan perempuan itu. Perempuan itu akan menderita untuk seumur hidupnya.

………………………………………………………………………………………………………..

Hanim tersenyum melihat telatah Amar yang sedang leka menonton tv. Anak kecil itu sesekali meniru lagak ultroman yang sedang mengalahkan rasaksa. Bahagia. Hanim sesekali menyelak majalah di tangan. Matanya terhenti pada wajah Linda yang sedang memperagakan pakaian. Entah apa kesudahan kisah Aizad bersama Linda. Dia tahu lelaki itu amat menyintai Linda. Hanim juga masih keliru. Tak percaya bagaimana dia dan Aizad boleh berkahwin. Puas sudah Hanim mencuba mengingati perkara tersebut, hampa. Dia langsung tidak ingat malah kepalanya makin sakit bila Hnaim memaksa diri untuk mengingat memori tersebut.

“Kenapa dahi tu berkerut-kerut? Hanim fikirkan apa?” tegur opah. Hanim hanya tersenyum memandang opah yang sudah duduk disisinya.

“Tak ada apa-apa. Hanim Cuma teringatkan Linda bila tengok gambar ni,” terang Hanim tulus. Malas hendak berdolak-dalik. Manalah tahu opah akan cerita kesudahan kisah cinta Aizad bersama Linda dan bagaimana pula Hanim boleh berkahwin dengan lelaki itu.

“Apakata Hanim Tanya Aizad sendiri. Opah malaslah nak berceritera segala bagai petang-petang macam ni,” jawab opah sambil tersenyum.

“Malasla nak Tanya, asyik sibuk je. Keluar pagi, balik tengah malam. Waktu mana yang Hanim nak Tanya,” adu Hanim. Opah tersenyum. Hanim yang baru ni lain benar dengan yang dulu. Yang ini lebih berterus terang. Apa yang difikirkan itulah yang diluah. Direct jer. Tak de sembunyi-sembunyi.

“La… kasihannya cucu opah ni. Nanti opah marah Aizad sebab tak luang masa dengan Hanim…” pujuk opah.

“Opah janganlah beritahu abang… Hanim malu…” Hanim pantas bersuara. Tidak dapat dibayangkan bagaimana jika opah beritahu Aizad. Mesti malu. Tak tahu mana nak taruk muka yang comel ni.

“Yelah, opah tak beritahu cucu opah tu tapi opah rasa opah kena complain juga…” Opah tersenyum-senyum melihat Hanim.

“Kenapa? Hanim tak kisah pun abang tak der. Best lagi sebab dapat manja-manja dengan opah,” jawab Hanim lalu memeluk opah. Kepala sudah terlentok di bahu opah. Manja.

“Isy… kenapa pula? Kalau mcam tu kesian Amar dan opah. Entah tahun bila opah nak timang cicit dan Amar nak beradik…” Opah bersuara sambil ketawa.

“Opah…” hanim sudah terjerit. Mukanya masam.

“Amar tengok umi merajuk… tak lawakan muka umi bila merajuk…” opah bersuara sambil memeluk Amar yang menghampiri mereka bila terdengar jeritan Hanim.

“Mi… ngan juk… tak omella…” Amar turut memujuk Hanim walaupun masih lagi pelat. Tangannya mengusap pipi hanim yang masih lagi masam wajahnya. Hanim cuba serius. Masih berusaha menahan tawa melihat gelagat Amar yang cute sangat. Comel.

3 comments:

Zass said...

ngehehehe... bestnya....
wah.. rupa-rupanya ada penyelamat hanim pulak yerrr... jgnlah ada apa2 perkarta buruk pulak berlaku.. jangan biarkan rancangan syaitan linda tercapai.... biarkan kebenaran terbntang di depan mata aizad... baru dia thau menilai siapakah yang dicintainya sebenarnya...

Anor said...

biarlah hanim akan dpt mengingati
ape yg berlaku sebenarnya dlm rmh
tangga mereka berdua. tak guna
aizad berpura pura pada hanim yg
selama ini dia telah mengabaikan
hanim. nak lagi cepat sambung ye
rasanya cerita sudah lama betul
barulh ada n3 baru....

IVORYGINGER said...

Aizad sbenarnya sayang Hanim lebih dari Linda. Cuma dia tak sedar lg, tbelenggu dgn ceta silam. Bila la dia nk sedar yea??? Sian Hanim sblm ni memendam rasa akibat kmunculan smula Linda. Tp xpe kehadiran Amar akan mnyelamatkan keadaan. Rsnya biarlah Hanim ni kekal jd Hanim. Hanim dulu tlalu memendam rasa smpai Aizad ambik kesempatan. Hanim pun jgn mudah mengalah, apa yg jd hak kita kita pertahan jgn sesekali mengalah.

ANDA SUKA