BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Pages

mereka yg amat hana sayangi

sekilas pandang



terima kasih pada yang sudi menjengah ceritera hatiku....

maaf sebab lambat hantar n3 baru kat blog ini
apapun kesudian anda menjengah ke sini membuatkan hana sangat terharu....
hope terhibur membaca karya hana yang tak seberapa ini....

salam sayang pada anda semua yang menyokong dan sudi menjengah ceritera hatiku

jangan lupa tinggalkan komen selepas baca ya...
semoga komen2 anda menambahkan lagi semangat hana untuk bekarya............

Wednesday, March 2, 2011

kasih selamanya 12

Bella melangkah tidak sabar memasuki perkarangan banglo mewah Datin Khamisah. Hatinya berbaur segala rasa. Berita yag diterimanya amat menyakitkan hati. Aiman sudah bertemu semula dengan Rina.

“Auntie…” Bella terus menerpa kea rah Datin Khamisah yang sedang bersantai bersama-sama anak menantunya.

‘kenapa?” Amalina bertanya kepada suaminya. Suaminya sekadar mengankat bahu. Tidak tahu. Mereka yang berada di ruang tamu semua terpinga-pinga. Tiba-tiba sahaja Bella muncul dan menerpa Datin Khamisah.

“Auntie betulke berita yang bell dengar? Abang Aiman dah jumpa dengan perempuan tak sedar diri tu?” Tanya Bella.

“Betul, tapi rasanya perempuan yang tak sedar diri tu bukannya Rina tapi you” jawab Amalina. Dari dulu lagi dia tidak menyukai Bella.

“Lin…”Ammar menegur isterinya. Walau apapun Bella tetamu mereka.

“Anip, baby jom ikut papa main kat taman,” Ammar mengajak anak-anaknya beredar dari situ. Baby dan Anip akur lalu mengikut langkah Ammar.

“Kenapa kalau Aiman jumpa Rina? Salah? Ikut suka dialah nak jumpa atau nak rujuk balik, tak salah pun malah keluarga ni lagi happy tau” Amalina bersuara. Tersenyum sinis mlihat wajah Bella yang berubah.

“Lupakan Aiman Bell, auntie dah tak mahu paksa Aiman lagi. Cukuplah auntie buat silap dulu…” Datin Khamisah bersuara perlahan.

“Sampai hati auntie, habis kalau abang Aiman nak rujuk dengan perempuan tu auntie terima? Bell macammana? Sia-sia je Bell menanti selama ni” Bella bersuara sedih.
“Asalkan dapat mengembirakan Aiman auntie terima. Auntie dah tua Bella, yang auntie harapkan kebahagiaan anak-anak auntie. Bella lupakanlah Aiman. Cari kebahagiaan Bella sendiri. Bertepuk sebelah tangan takkan berbunyi Bell… Cinta tak boleh dipaksa…”

“Sampai hati auntie buat Bell macam ni…” Bella terus berdiri. Tanpa pamitan Bella terus beredar dari situ. Hatinya sakit mengenangkan kata-kata Datin Khamisah.

“Mama….” Amalina pantas memeluk mamanya.

“Mama dah tak harap apa-apa lagi Lin. Mama Cuma nak anak-anak mama bahagia. Mama nak minta maaf kat Rina. Sebab mama, Aiman menderita dan terpisah dari zuriat sendiri. Kesian cucu mama kan Lin…” tangis Datin Khamisah. Terkilan kerana kesilapannya, keluarga mereka berpecah. Hanya kerana ego dan sikap pentingkan diri, cucu-cucunya membesar tanpa mengenali papa mereka. Terpaksa menumpang kasih orang lain.

………………………………………………………………………………………………………..

Aiman meraup mukanya sekali lagi. Berita yang dikhabarkan oleh Fer benar-benar melukakannya. Rina sudah menerima lamaran Risyam dan mereka akan berkahwin dua bulan lagi. Sedih. Mungkin Rina terkejut dengan tindakannya lalu mengambil tindakan ini. Mungkin dia terlalu drastik bertindak. Terburu-buru.

Aiman merenung gambar anak-anaknya. Comel. Betapa rugi dirinya tidak dapat melihat mereka membesar. Wajah ceria anak-anaknya bersama-sama Risyam benar-benar melukakan hatinya. Pedih bila anak sendiri tidak kenal dirinya. Namun dia akur, jika itu dapat membahagiakan Rina, dia akan lepaskan Rina, tidak akan melukakan hati wanita itu lagi. Cukuplah selama ini dia mendera perasaan Rina. Doanya agar Rina tidak akan menghalang dia bertemu dengan anak-anaknya.

‘abang doakan Rina bahagia… pergilah cari kebahagiaan Rina namun izinkan abang untuk terus menyintai Rina untuk selamanya…’

……………………………………………………………………………………………………

Rina tersenyum senang melihat Naqib dan Naqisya bermain riang di taman permainan. Sesekali dia melambai kea rah anak-anaknya. Hari ini dia telah berjanji dengan seseorang. Sudah masanya mereka berbincang.

“Dah lama Rina sampai?” Tanya satu suara.

“lama juga, anak-anak yang nak datang awal. Nak main” balas Rina tanpa memandang sesusuk tubuh yang berdiri di sebelahnya.

“Tahniah, abang doakan Rina bahagia”
“Terima kasih. Nanti Rina berikan kad jemputan. Datanglah. Ajak keluarga abang sekali”

“Insyaallah…” Aiman bersuara perlahan.

“Mama…” jerit Naqib dan Naqisya. Anak-anak kecil itu berlari riang ke arah mama mereka.

“Uncle… jangan kacau mama. Nanti Naqib cakap kat abah” suara Naqib cuba melindungi mamanya. Anak kecil itu masih tidak lupa wajah Aiman yang membuat mamanya menangis.

“Naqib… tak baik cakap macam tu. Minta maaf kat papa sayang,” pujuk Rina. Aiman sekadar tersenyum, cuba menyembunyikan luka di hati.

“Papa? Uncle ni ukan papa” jawab Naqib dan Naqisya serentak.

“Sayang… dengar mama cakap ni ok. Ini papa abang dan adik. Papa yang abang dan adik nak jumpa sangat. Sekarang papa dah balik. Papa balik nak jumpa abang dan adik. Nak kenal abang dan adik,”Rina bersuara perlahan memujuk anak-anaknya.

“Betul ke uncle ni papa?” soal Naqisya pada Rina. Rina mengangguk. Cuba menyakinkan anak-anaknya.

“Tapi kenapa uncle marah mama hari tu? Kenapa uncle ni buat mama nangis?” Tanya Naqib pula. Rina dan Aiman terdiam mendengar pertanyaan Naqib. Tidak tahu untuk memberi jawapan apa pada pertanyaan si kecil.

“A’ah… ari tu nape uncle marah mama?” Tanya Naqisya pula.

“Hari tu papa mana marah mama. Papa dan mama tengah bincang” jawab Rina. Aiman hanya diam.

“Kenapa orang besar kena bincang macam tu? Kena marah-marah?” soal Naqib lagi. Tidak puas hati dengan jawapan Rina.

“Adik dan abang kecil lagi. Nanti bila adik dan abang besar nanti barulah mama cerita. Hari tu anak mama nak sangat jumpa papa, nak peluk papa tapi kenapa bila dah jumpa anak mama tak peluk dan saying papa pun?” soal Rina pada Naqib dan Naqisya. Kedua-dua anak kecil itu diam.

“Mari sayang, peluk papa” Aiman mendepa tangannya. Naqib dan Naqisya saling berpandangan. Perlahan-lahan mereka melangkah ke arah Aiman.

4 comments:

Anonymous said...

ksian aiman.
rina bg la pluang kat aiman.
aiman kn da brubah.
x snggup tgk rina kahwin dgn risyam.
tidakkkk!!

Zass said...

urrrgggghh... i tak nak risyam kawen ngan rania... plis....

cinta aiman dan rina harus dipertahankan.... kesiankanlah aiman.... buatlah sesuatu agar dapat menghentikan perkahwinan mereka berdua tue... risyam kemalangan dan aiman menggantikan risyam sebagai pengantin lelaki....

is... isk... isk... aku dah tak bersemangat lagi untuk meneruskan pembacaan kalau rina dah kawen ngan risyam.... hati ku sudah terluka...

oh no...

Anonymous said...

kesian yer aiman
mintak2 la lepas ni diorang rujuk balik

shana said...

JANGAN RISAU... CERITA NI MASIH PANJANG... NANTIKAN KEJUTAN HANA BUAT ANDA SEMUA... N MAAF JIKA KEJUTAN INI AKAN MEMBUATKAN ANDA SEMUA MARAH... SORRY K( MINTA MAAF AWAL2 COC TAHU RAMAI YG X SUKA DENGAN KEJUTAN NIEH)

ANDA SUKA