BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Pages

mereka yg amat hana sayangi

sekilas pandang



terima kasih pada yang sudi menjengah ceritera hatiku....

maaf sebab lambat hantar n3 baru kat blog ini
apapun kesudian anda menjengah ke sini membuatkan hana sangat terharu....
hope terhibur membaca karya hana yang tak seberapa ini....

salam sayang pada anda semua yang menyokong dan sudi menjengah ceritera hatiku

jangan lupa tinggalkan komen selepas baca ya...
semoga komen2 anda menambahkan lagi semangat hana untuk bekarya............

Wednesday, February 16, 2011

Pilihan Hati special n3 (Part 2)

Rania merenung wajah Adam dan Damia yang sudah tidur. matanya memandang jam di sudut meja. Hampir 12 malam. Syafik masih belum pulang. Sudah beberapa hari Syafik pulang lewat. Nia sendiri hairan. Sibuk sangat ke kat pejabat tu sehingga lewat begini. Adam juga sudah mula bertanyakan papanya. anak kecil itu mula merindui kehadiran Syafik.

Lamunan Nia terhenti bila kedengaran enjin kereta di luar rumah. Syafik sudah pulang. Rania mengemaskan ikatan rambutnya lalu melangkah ke pintu. Ingin menyambut kepulangan Syafik. Hatinya juga sudah mula merindui Syafik.

"Tak tidur lagi?" Syafik bertanya sebaik melihat Nia.

"Tak, tunggu awak" balas Nia. Syafik sekadar mengangguk. wajahnya kosong. Penat. Nia terasa hati dengan sikap Syafik yang dingin.

"Kenapa?" soal Syafik. Pelik melihat Nia yang masih kaku berdiri.

"Awaklah, kenapa balik lewat. sian Adam dan Mia. Beria tunggu awak tau..." balas Nia. titisan airmata sudah mula membasahi pipi. Entah mengapa Nia begitu tersentuh melihat kedinginan sikap Syafik padanya. Kalau marah Nia janganlah libatkan anak-anak.

"La... nangis pulak dia" Syafik ingin menghampiri namun langkahnya terhenti bila teringatkan sikap Nia beberapa hari lalu. Pantang Syafik dekat mulalah meloya.

"Dah jangan nangis. Saya nak mandi ni" ucap Syafik terus berlalu meninggalkan Nia.

Tangisan Nia makin kuat. Sampai hati Syafik. Ingatkan Syafik nak pujuk Nia. Nia makin terasa hati. Syafik hanya membiarkan Nia. Nia semakin sedih. Tanpa sedar tangisan Nia menganggu tidur Adam. anak kecil itu terjaga. matanya terkebil-kebil memandang Nia.

"Ibu nangis nape? ngan nangis gi... Adam ada nie" Adam memeluk Nia, mencium pipi Nia. ingin memujuk ibunya seperti yang selalu Nia lakukan padanya bila dia menangis. Nia terharu. Anak ibu...

"Papa dah tak sayang ibu..." tangis Nia. Tubuh Adam dipeluk erat. Anak kecil itu hanya diam. tangan kecil itu menepuk perlahan tubuh ibunya. ingin memujuk. Akhirnya Adam turut menangis sama. Sedih melihat Nia menangis.

Syafik yang baru turun tercengang melihat Nia danm Adam menangis. Kaget.

"Napa ni, nangis tak henti lagi ke?" tanya Syafik menghampiri Nia dan Adam.

"Papa pegi..." Adam bersuara dalam esakan kecilnya.

"Kenapa papa kena pergi?" soal Syafik pelik.

"Papa tak sayang ibu Adam n baby Mia. papa buat ibu sedih.." balas Adam. Anak kecil itu sudah berdiri dihadapan ibunya. Ingin melindungi Nia dari dilukai Syafik.

"Apa papa buat? papa tak buat apapun tau. Mana anak papa tau yang papa tak sayang ibu, tak sayang Adam dan baby Mia?" tanya Syafik. Tubuh kecil itu diraih walaupun Adam meronta ingin dilepaskan.

"Awakla, selalu balik lewat. tak de masa kat saya dan anak-anak." balas Nia. tangisannya sudah berhenti.

"Awak la... saya merajuk tau tapi awak buat tak tahu je..." balas Syafik.

"Nak merajuk kenapa pulak?" tanya Nia. Tak puas hati.

"Yelah... awak tu pantang saya dekat mulalah nak muntah segala bagai. Siap kata saya busuk lagi. Kecil hati saya tau..." Syafik bersuara. meluahkan isi hatinya.

"Dah memang itu yang saya rasa. Nak buat macammana. Bukan salah saya tau tapi salah baby dalam perut nie" jawab Nia. Adam hanya terkebil-kebil memandang ibu dan papa yang saling berbalas kata. Syafik pula terdiam. Otaknya mula mencerna kata-kata Nia. Baby dalam perut...

"Yang You pregnant erk?" tanya Syafik teruja. Lupa rajuk dihatinya. Pantas tubuh Nia diraih. Happy... tak lama lagi nak jadi papa untuk kali ketiga. Pipi Nia dicium bertalu-talu.

"Kalaupun awak gembira, janganlah peluk saya macam ni. Tak malu kat anak teruna awak ke?"

"Tak kisah, Biarlah Adam tengok. ini menunjukkan betapa papa sasyang kat ibu" balas Syafik.

"Betul, betul, betul" jawab Adam.

"Adam pun sayang ibu dan papa" sambung Adam lalu memeluk Nia dan Syafik. Nia dan Syafik ketawa melihat keletah Adam. Gembira. Tanpa sedar Baby Mia menangis. tidurnya terganggu. Pantas Nia mendapatkan Mia. Memujuk anak kecilnya. Syafik mendukung Adam menghampiri Nia.

"Happy birthday sayang..." bisik Syafik lalu mengcium pipi Nia. Nia berpaling. Matanya merenung Syafik.

"Ingat I lupa ke? Tak mungkin Fik lupa hari jadi wanita yang paling bermakna dalam hidup Fik tau. I love u sayang" ucap Syafik romantis. Nia tersipu-sipu apatah lagi bila melihat Adam tersenyum riang mendengar kata papa pada ibunya itu.

"I Love U to..." jawab Nia malu-malu.

"Yey...papa cinta ibu, ibu cinta papa," jerit Adam dan tangisan Mia berkumandang lagi. terkejut dengar jeritan abangnya itu. muka Nia makin merah. Syafik hanya ketawa gembira. Moga kebahagiaan ini berpanjangan selamanya...

Tuesday, February 15, 2011

AIRA SAFIKAH 2

Hari pertama kepulangan Adam pula, dia hanya berkurung dalam bilik dengan alas an tidak sihat. Hari ni entah apa pula alas an yang harus dia beri. Harap-harap lelaki itu tak berada di rumah. Keluarlah kemana-mana sahaja. Dirinya sudah bosan terkurung di dalam bilik sahaja. Herlina juga hairan dengan sikap barunya tapi anak gadis itu akur dengan setiap alas an yang diberi. Walaupun begitu dia juga tahu, dihati Herlina terselit perasaan hairan dan rasa tidak puas hati. Tapi apa yang boleh dia buat, dioa tidak mahu bertemu Adam. Kalau mereka bersua sahaja, dia pasti akan ada pergaduhan terjadi.

Adam merenung skrin tv dihadapannya. Bosan. Rakan-rakannya yang lain sibuk dengan aktiviti masing-masing. Tinggallah dia keseorangan. Melinda pula sibuk menemani ibunya membeli belah. Dia sedar sudah tiga hari dia pulang, namun tak prnah sekalipun dia bertemu dengan budak comot tu. Hai manalah budak tu melarikan diri. Takut dekat aku agaknya tapi benarkah dia takut dengan aku??? Kalau ada budak tu boleh jugak aku buat lawan bertengkar, sekurang-kurangnya taklah aku bosan sangat. Tapi kadang-kadang aku rindu jugak nak bertengkar dengan dia… macam gian pulak… manalah dia hilang ni???





Adam menghampiri Aira, langkahnya begitu berhati-hati. Aira masih lagi leka menyuap nasi goring. Tidak sedar langsung dengan kehadiran Adam. Adam semakin menghampiri Aira. Di tangannya tergenggam sesuatu. Pantas dia membaling benda di tangannya ke atas meja. Terjerit Aira. Mukanya pucat. Adam ketawa riang.

Labah-labah mainan di atas meja di ambil. Aira masih lagi pucat. Adam masih lagi ketawa malah labah-labah ditangannya di baling kea rah Aira. Aira cuba bertenang. Masih lagi terkejut dengan kemunculan labah-labah dan Adam secara tiba-tiba. Wajahnya sudah mula memerah. Matanya merenung tajam kea rah Adam yang maish lagi ketawa. Tangannya memegang erat gelas minuman dan tanpa Adam duga… kepalanya sudah basah dengan air milo suam. Nasib baik milo suam…kalau panas…tak dapat dibayangkan.

Terjerit Adam, pantas dia berlari ke singki. Mencuci kepala dan mukanya yang disimbah air milo. Aira sekadar tersenyum. Huh… berani lagi cabar aku. Dilihatnya Adam masih mencuci rambutnya sambil membebel sesuatu.

“Berani lagi mainkan aku, ingat aku takut sangat kat kau…,” ujar Aira sambil melangkah pergi. Seleranya terus mati untuk menikmati nasi goreng. Adam merenung tajam ke arah Aira… Huh… kita tengok nanti, kau akan terima balasan, aku takkan lepaskan kau, budak comot, Adam berazam. Nekad, aku takkan lepaskan kau.

Aira menghempaskan tubuhnya ke atas tilam. Hatinya berbungkal geram. Bengang dengan sikap Adam. Huh… tak pernah berubah. Nampaknya aku kena hati-hati. Bilalah dia nak balik ke UK… tak pun keluar ke mana-mana. Ehh… yang aku nak memerap kat rumah ni buat apa?? Baik keluar. Tak payah pening-pening lagi nak ngadap perangai budak tak cukup akal tu. Aira pantas bersiap.

Adam masih lagi merenung kea rah pintu bilik Aira. Hatinya masih lagi geram, berani dia mandikan aku dengan milo suam… huh nasib baik kau perempuan kalau tidak…. Adam terus melangkah kea rah biliknya. Mengeluh… bosannya. Rakan-rakannya sibuk bercuti dengan keluarga, dia? Huh… keseorangan. Mama dan papa sibuk dengan bisnes. Menyesal aku balik… kalau aku cuti kay Europe pun best jugak nieh… best jugak kalau dapat balik kampung. Dah lama rasanya tak jenguk pak long dan mak long. Hmmm… malam nanti bincang dengan mama dan papa… pasti mama dan papa setuju. Boleh jugak Linda ikut sama… Adam tersenyum. Sudah merangka sesuatu bagi mengisi cutinya.



Saerah bersetuju dengan cadangan anaknya itu. lagipun sudah lama mereka tidak pulang ke kampung halaman suaminya itu. herlina menjerit girang mendengar cadangan abangnya itu. namun keriangan anak gadis itu hilang bila Adam ingin membawa Melinda pulang bersama-sama mereka. Dia tersenyum bila teringatkan sesuatu.

Adam terpaku mendengar syarat yang ditetapkan adiknya itu. ishh… biar betul budak ni. Tapi takkanlah bidak comot tu nak ikut. Tersenyum bila teringatkan perbualan mama dan Aira. Aira memberi pelbagai alasan bila mama memaksa gadis itu pulang ke kampung bersama mereka. Akhirnya mama terpaksa mengalah, Adam lega sendiri. Menyebok aje kalau bawa budak comot tu. Silap-silap aku tak boleh bermanja-manja ngan Linda bila asyik bergaduh ngan dia jerr… dia setuju dengan permintaan adiknya. Yakin Herlina tidak mungkin dapat memujuk Aira.

Herlina menarik muka masam, tidak puas hati bila Aira tidak bersetuju untuk bercuti bersama mereka. Sudah puad dia memujuk, Aira tetap dengan keputusannya. Patutlah… abang Adam senang hati je bila aku kenakan syarat ni, agaknya dia dah komplot ngan kak Aira agaknya takpun abang Adam ugut kak Aira… isshhh tak boleh jadi nie, kena minta mama tolong pujuk, manalah tahu dengan mama kak Aira lembut hati.

Herlina mengeluh bila mendengar kata-kata mama. Macam mana ni? Apa aku nak buat agar kak Aira setuju untuk turut serta. Bencinya bila abang ajak si Melinda gedik tu. Kalau kak Aira tak ikut, mesti aku sorang-sorang je. Mama mesti ngan maklong je, papa pun sama mesti ikut pak long je. Abang Adam mesti melekat ngan kak Linda, huh cam kembar siam… benci… hmmm… dah dapat idea, nak tak nak kak Aira akan ikut juga…seronoknya…lagi seminggu boleh jumpa paklong dan maklong tapi yang paling penting boleh jumpa….

Suka atau tidak, Aira terpaksa akur bila Herlina mengungut untuk tidak turut serta sekiranya dirinya tidak pergi. Adam merengus marah bila Aira ikut serta. Herlina melonjak girang bila rangcangannya telah berjaya. Saerah dan jamil hanya tersenyum melihat kegembiraan abaj-anak mereka.

Adam merenung ke arah Melinda yang masih lagi mencuba beberapa pasang pakaian. Bosan. Hari ni dia terpaksa menemani Melinda shopping. Sudah hampir dua jam mereka berada di butik tersebut. Sesekali Adam meenung nakal gadis-gadis cantik yang keluar masuk butik tersebut. Matanya turut merenung gadis jurujual yang berada di satu sudut. Sikap mata keranjangnya memang tidak dapat dibuang. Sesekali dia melihat gadis jurujual itu tersipu-sipu apabila direnung lama olehnya. Syakila… melihat tanda nama di uniform gadis itu…hmmm nice name…

“hai…” tegur Adam setelah menghampiri gadis itu. gadis itu teragak-agak untuk membalas sapaan Adam. Sesekali matanya mengerling ke arah Melinda yang masih lagi leka mencuba pakaian.

“Saya Adam, dan saya tahu nama awak Syakila… saya suka dengan nama tu. Agaknya ayah awak peminat Rahim Maarof kot…” Adam masih lagi mencuba menarik perhatian gadis itu. tahu, tentu gadis itu bimbang dan takut pada Melinda.

“hhmmm… awak ni tak de suara ke? Takpun awak takut dengan….”mata Adam turut memangdang Melinda.

“Bu…bukan macam tu, tapi…”

“Tak de tapi-tapi. This is my card… please call me ok… n your phone number..,” Adam menghulurkan kad namanya, gadis itu teragak-agak untuk mengambil…

“Darling… you buat apa kat sini?” tanya Melinda tiba-tiba.

“Nothing… I cuma tanya tengtang butik ni, I tengok rekaan baju kat sini cantik. Teringin juga I nak tahu siapa pereka kat sini,” balas Adam sambil memaut tangan Melinda, mereka beredar dari situ. Gadis jurujual itu menarik nafas lega.

Adam merengus kasar bila Melinda membatalkan rancangan untuk mengikutnya pulang ke kampung. Gadis itu lebih rela mengikut rakan-rakannya bercuti ke Tioaman dari bercuti bersamanya. Bengang. Ingin sahaja dia membatalkan rancangan tersebut tapi… bila teringatkan suara riang paklong dan maklong apabila diberitahu rancangan mereka untuk bercuti di kampung, dia tak sampai hati. Niat untuk memperkenalkan Melinda punah begitu sahaja. Linda…Linda…., entah bagaimana dia boleh terikat dengan gadis itu??? mungkin hanya Melinda sahaja yang mampu bersabar dengan sikap kaki perempuan dia agaknya…

Aira sudah mengemas beberapa barang yang akan di bawa. Dia turut membawa beberapa buah novel untuk dibaca. Hmmm… rindunya dengan masakan mak long. Tersenyum. Senang bila mengingatkan penerimaan maklong dan paklong. Malah maklong dan paklong menyanyanginya bagai anak sendiri. Kesian maklong dan paklong, kesunyian kerana mereka tiada zuriat untuk bermanja. Paklong Jalal merupakan satu-satunya abang paksu Jamil.

Melinda ketawa riang disamping rakan-rakannya. Gembira dengan percutian mereka. Tahu Adam pasti akan merajuk dengannya… tapi dia tak sanggup untuk tinggal di kampung. Huh… geli dahla banyak nyamuk. Silap-silap nanti rosak kulitnya. Lagipun apa yang ada kat kampung tu? Hanya hutan rimba jer. Sesekali dia tersenyum melihat rakan-rakannya yang sedang rancak menari. Tadi dia turut ikut serta. Kepalanya terangguk-angguk mengikut rentak muzik di disko tersebut. Dia terus hanyut… wajah Adam terus hilang dari ingatan…

Adam memandu dengan tenang. Pagi itu hanya mereka bertiga sahaja yang akan pulang. Papa dan mama akan menyusul dua hari lagi, tak dapat ikut serta kerana papa ada urusan yang tak dapat dielakkan. Sesekali matanya merenung Herlina yang telah tertidur di sebelah. Aira di seat belakang leka membaca novel. Langsung tidak dipedulikan Adam yang sedang memandu. Tidak ada mood untuk bertengkar dengan Adam. Sesekali Adam menjeling wajah Aira. Hmmm manis… boleh tahan.



Maklong dan paklong menyambut kedatangan mereka dengan gembira. Adam sudah melangkah masuk ke dalam. Aira dan Herlina mengangkat beg pakaian masing-masing. Terdengar jeritan Adam menyuruh mereka membawa masuk beg pakaian nya sama. Dengan susah payah Herlina mengangkat beg abangnya. Beratnya. Tak sampai hati, Aira mengambil beg itu dari Herlina. Pantas dia melangkah masuk.

Adam terpinga-pinga melihat Aira berdiri di hadapannya. Tanpa diduga, Aira melepaskan beg tersebut. Adam menjerit kesakitan apabila beg yang berat tu menghempap kakinya. Herlina terlopong memandang Aira. Begitu juga dengan maklong dan paklong.

“lain kali bawa masuk sendiri… jangan harapkan orang lain. Awak tu lelaki…” balas Aira sambil berlalu dari situ bersama-sama beg pakaiannya. Paklong dan maklong tersenyum bila mendengar kata-kata Aira. Adam mengetap bibir geram. Jaga kau…

“betul tu, jangan nak salahkan orang lain. Kamu tu yang sepatutnya bawa masuk beg-beg pakaian tu semua bukannya budak-budak tu lagipun merekakan perempuan…” ucap pak long sambil ketawa. Herlina juga turut ketawa. Tidak dipedulikan renungan tajam abangnya. Adam semakin berang apatah lagi bila diperli oleh paklong. Matanya menyorot tajam langkah Aira. Berfikir bagaimana nak balas demdam… kesakitan dikakinya perlu dibalas. Tangannya menggosok perlahan kaki yang dihempap beg itu.

Aira mengemas pakaiannya. Herlina masuk tak lama kemudian, masih lagi ketawa-ketawa. Dahinya berkerut merenung Herlina… haii apa kena dengan budak Lin ni, kena sampuk apa sampai ketawa tak henti-henti nieh…

“Apa yang kelakar sampai Lin ketawa tak henti-henti ni? Dah tak baik tau ketawa banyak sangat, nanti lain pulak jadinya…”

“tak de apalah kak, Lin tak sangka akak nak buat gitu. Kelakar muka abang Adam tadi. Mesti dia pun tak sangka akak nak hempap kaki dia dengan beg… merah padam muka tahan sakit dan marah. Pastu paklong pulak perli apalagi, makin merah lah muka abang Adam. Jaga-jaga kak, Lin yakin abang Adam mesti balas balik punyer,”

“akak tak kisah, kita tengok nanti sape yang kena…”

Adam merengus geram. Matanya memandang syiling bilik. Dia benar-benar kepenatan selepas seharian memandu. Geram. Bukannya dia tidak tahu Aira turut memiliki lessen memandu, tapi gadis itu lebih senang tidur di seat belakang. Langsung tidak menawarkan diri… huh dasar pemalas… paling menyakitkan hati bila budak comot tu menghempapkan beg ke atas kakinya. Langsung tidak ada perasaan bersalah. Huh.. aku akan balas balik. Tengoklah nanti.

Aira sibuk memotong sayur untuk hidang tengahhari mereka. Herlina awal-awal lagi telah menghilangkan diri, katanya ingin berjumpa Naufal. Adam pula sedang tidur dibiliknya. Sesekali kedengaran tawa Aira. Ruang dapur itu riuh dengan gelagat maklong yang melatah manakala Aira pula suka mengusiknya. Paklong ke pekan, mencari nenas bila Herlina ingin memakan pajeri nenas.

Petang itu mereka ke sungai, mandi manda dengan riang. Herlinalah yang paling gembira. Aira hanya memerhati. Aira tersenyum melihat kemesraan Herlina bersama Naufal, lelaki yang diminati Aira sejak dari tingkatan satu lagi. Hai… budak-budak sekarang, belum ape-ape dah bercinta. Dalam kelekaan itu, tubuhnya tiba-tiba melambung. Sedar-sedar dia sudah berada dalam kendongan Adam. Dia menjerit dan meronta-ronta untuk melepaskan diri tapi Adam terlalu kuat. Hatinya sudah dapat mengagak tindakan Adam… dan seperti di duga……..

Tubuh Aira basah kuyup di dalam sungai. Adam ketawa kesukaan dari atas tebing. Herlina menghampiri Aira. Aira masih lagi diam, huh… entah bagaimana dia tak perasan kedatangan Adam. Tiba-tiba Aira membisikkan sesuatu pada Herlina bila Adam tak memandang ke arah mereka. Herlina hanya mengangguk. Kembali ke sisi Naufal. Aira pula sudah berenang ke tebing. Sejuk.

Adam leka memandang gelagat beberapa orang kanak-kanak yang mandi manda di sungai tersebut. Tiba-tiba terasa tubuhnya di tolak. Herlina ketawa melihat Adam yang terpinga-pinga. Habis basah kuyup satu badan. Aira hanya tersenyum sinis. Huh rasakan. Naufal hanya memandang ke arah Herlina yang masih lagi ketawa. Adam menghulurkan tangannya pada Herlina dan tanpa diduga, Herlina turut ditarik jatuh ke dalam sungai. Mereka ketawa riang. Sudah lama tidak menikmati suasana begitu. Masing-masing pulang dalam keadaan basah kuyup lewat petang itu.

Malam itu, Aira awal-awal lagi masuk ke bilik. Kepalanya sakit malah hidungnya sudah mula berair. Dari senja tadi hinggalah ke bilik tidur, dia asyik terbersin ajer. Selsema. Penyakit yang amat dibencinya. Setelah menelan dua biji panadol, akhirnya Aira tertidur.
Herlina pula sedang melayan vcd korea yang mereka bawa dari rumah. Adam, sesudah makan malam sudah terperap di bilik, asyik berbual di telefon dengan Melinda. Paklong dan maklong pula ke rumah Nek Mah, seorang penduduk kampung tersebut yang menderita sakit tua.

Herlina mengerling jam di tangan, baru pukul 8.45 malam. Bosannya. Dia keseorangan di ruang tamu. Aira sudah nyenyak dibuai mimpi manakala Adam sedang bergayut sakan dengan Melinda, kononnya rindulah tu. Huh.. benci. Akhirnya Herlina mengambil keputusan untuk ke rumah Mak Jah, jiran sebelah rumak maklong dan paklong. Boleh juga berbual-bual dengan Yati adik Naufal, untung-untung Naufal ada sama.

Dalam keasyikan Herlina berbual-bual dengan Yati di beranda rumah, tiba-tiba rumah Mak Jah didatangi seorang penduduk kampung tersebut. Segera Yati memberitahu ibunya. Lelaki tersebut merenung Herlina tajam. Herlina serba salah. Mujurlah yati dan Mak Jah muncul tak lama kemudian.

“Oh, kamu Samad. Apahalnya kamu datang malam-malam ni? Abang Daud kau takde, ke surau dengan Naufal. Lepas tu katanya, nak jenguk Nek Mah,”

“tak de apa Kak Jah, Cuma nak jemput kak Jah datang rumah malam esok, saya buat knduri arwah,”

“Ohh.. gitu. Insyaallah esok kalau tak dak aral apa, Kak Jah dan abang Daud kau sampailah,”

“Kak Jah kalau tak silap ni anak Jamilkan,”

“aah, anak si jamil. Baru sampai petang tadi,”

“Ohh begitu, dah besar rupanya kamu ye. Mak ngan ayah balik samake?”

“taklah pakcik, Lin balik ngan abang Adam dan kak Aira je. Mama dan papa balik esok petang,”

“begitu rupanya, takpelah. Pakcik ingat nak ke rumah kamu, paklong dan maklong kamu ada kat rumah?”

“tak de, pakcik. Maklong dan paklong gi rumah Nek Mah,”

“ohh, tak pelah. Ehh.. lupa pula pakcik nak Tanya, Aira tu siapa? Kakak kamu ke? Setahu pakcik Jamil ada dua orang nak je?”

“kamu ni Samad, Aira tu anak saudara si Saerah. Aira tinggal dengan mereka lepas mak ayah dia meninggal. Kesian budak tu baik budaknya tapi…” jawab mak jah sebelum sempat Herlina menjawab.

“Ohh.. begitu ceritanya. Saya balik dululah kak Jah. Assalamualaikum…” Mak jah hanya teresenyum. Memerhati bayang Samad menghilang bersama-sama motornya. Setelah itu dia masuk ke dalam rumah semula, masih banyak lagi kerjanya di dapur. Dibiarkan sahaja Herlina berbual-bual dengan Yati di beranda.

Adam yang sedang asyik bermain gitar terkejut bila mendengar bunyi bising di luar rumah, kedengaran suara orang memberi salam dan pintu diketuk bertalu-talu. Dia melangkah keluar dari bilik. Tubuhnya hanya tersarung seluar pendek paras lutut sahaja, tanpa baju. Dia bertembung dengan Aira di ruang tamu, tentu tidur Aira terganggu dengan bunyi bising di luar. Segera dia membuka pintu apabila ketukan semakin kuat. Tergamam… aira pula terpaku melihat tetamu-tetamu yang tidak diundang itu.


HOPE ANDA SUKA... JANGAN LUPA KOMEN TAU...

AIRA SAFIKAH

KALAU NAK TAHU NI NOVEL PERTAMA HANA TULIS... DAH LAMA CERITA NI. HANA TULIS WAKTU FORM 6 (2003)... TIBA-TIBA BUKAK FOLDER KAT KOMPUTER JUMPA CITER NI...(sebenarnya dah lupa pasal citer ni) HOPE ANDA SUKA...

Gadis itu melangkah tergesa-gesa. Peluh renik yang mengalir di dahi tidak dipedulikan. Langkahnya semakin pantas. Tidak dipedulikan usikan beberapa pemuda kampung yang melepak disimpang jalan. Yang pasti, dia ingin segera tiba di rumah. Tersenyum sedikit apabila melihat kelibat ayahnya di depan pintu rumah.

“Aira kenapa? Ayah nampak macam dikejar hantuje?” Tanya Pak Kasim pada anak gadisnya, satu-satunya anak yang dia ada.

“Taklah, Aira ingat ayah tak balik lagi. Kesian kat ibu kena tinggal sorang-sorang kat rumah,” Jawab Aira. Pantas Aira memasuki rumah. Hatinya bimbang. Ibunya sudah beberapa hari tidak sihat, memburukkan lagi keadaan semalam ibu diserang asma.

“Aira, suruh ibu bersiap. Ayah nak bawa ibu ke klinik,” jerit pak Kasim pada anaknya yang sudah menghilang ke dalam rumah. Tersenyum. Itulah penawar hatinya. Dialah racun, dialah penawar.

“Ibu, hari ni ibu macam mana?” Tanya Aira sambil tangannya hinggap di dahi ibunya. Salmiah sekadar tersenyum dengan gelagat puterunya. Pantas tangannya mengemgam erat tangan Aira. Perlahan-lahan di bawa kedadanya.

“Mak tak apa-apa. Aira jangan bimbang ye. Dah makan ke belum ni? Kalau belum pergi makan. Tadi ayah ada belikan makan tengahhari,” ujar Salmiah. Tangannya menyentuh perlahan pipi Aira, mengesat peluh yang mengalir.

“Belum lagi, ibu suruh Aira makan ni, ibu dah makan belum?” Tanya Aira kepada ibunya. Tersenyum walaupun hatinya agak sedih melihat keadaan ibu. Tubuh ibu makin cengkung, wajah ibu juga pucat.

“Ibu dah makan tadi, temankan ayah. Dah, anak ibu pergi makan sekarang. Tak elok biarkan perut tu kosong je,” balas Salmiah sambil menari hidung anaknya. Aira terjerit perlahan.

“Ibu, sakitlah…,” balas Aira sambil mencium pipi ibu mesra.

“Dah tahu sakit, kenapa anak ibu degil sangat? Ibu bukan suruh buat kerja pun, ibu Cuma suruh pergi makan je,” balas Salmiah sambil ketawa riang. Sudah agak lama dia tidak ketawa sebegitu. Beberapa hari yang lalu, tubuhnya benar-benar lemah. Hendak bergerak pun tidak mampu rasanya. Ketawa riang mereka mengisi bilik itu.

“Ish.. dua beranak ni, apa yang dibualkan tu? Gembira nampak?” Tanya Pak Kasim. Matanya merenung anak dan isterinya. Bahagia.

“tak ada apa, anak manja awak ni, degil sangat,” balas Salmiah sambil mengusap bahu anaknya mesra.

“mana ada, Aira kan anak yang baik. Pandai je ibu ngadu kat ayah Aira degil. Aira anak yang baikkan ayah?” gurau Aira sambil memaut mesra tangan ayahnya. Pak Kasim sekadar ketawa. Begitu juga Salmiah. Girang melihat trelatah manja Aira.

“Cik Miah oiii… kalau awak layan karenah anak awak ni sampai bila kita nak sampai klinik. Kenapa tak siap lagi ni? Cepatlah siap, nanti pukul 3 saya kena masuk kerja balik,” arah Pak Kasim.

“Aira ikut boleh tak ayah?” Tanya Aira kepada Pak Kasim. Salmiah hanya menggeleng. Hai, dah umur 16 tahun pun masih nak mengekor je mana mereka pergi.

“Tak boleh, Aira tunggu kat rumah. Ayah dan ibu pergi sekejap je. Ha… Cik Miah oii duk buat apa lagi? Bersiaplah cepat,”

“haah… dah awak suruh anak manja awak ni pergi makan. Awak tunggu saya siap kejap,”

“Aira, jom pergi makan. Ayah temankan, manalah tahu lepas ni ayah dah tak boleh temankan Aira lagi,” balas Pak Kasim. Cuba memujuk puterinya yang sudah menarik mungcung apabila dia tidak membenarkan dirinya ikut sama.

Nak tak nak, Aira akur juga dengan arahan ayahnya itu. tersenyum lebar apabila melihat lauk di bawah meja. Lauk kegemarannya, masak lemak nangka dengan sambal tumis udang. Pak Kasim tersenyum senang melihat wajah riang anaknya. Entah mengapa, hatinya tidak puas menatap wajah puterinya itu. terasa sayu hendak meninggalkan puterinya walaupun sekejap.

“Hai, ayahnya… buat apa awak tenung anak manja awak makan tu?” tegur Puan Salmiah. Matanya juga tak berkalih dari merenung puterinya. Entah mengapa hatinya terasa sayu apabila melihat wajah puterinya. Tak sanggup dia meninggalkan puterinya walaupun seminit.

“Tak ada apa-apa cik Miah oiii… manalah tau lepas ni kita dah tak boleh tengok tuan puterini makan lagi…”seloroh Pak Kasim.

“Issh… ayah ni. Kenapa cakap gitu. Aira takkan kemana, Aira nak temankan mak dsan ayah je,” Balas Aira. Suaranya agak sebak. Ishh.. nape dengan aku ni?

“Aira, ibu dah nak pergi ni. Jaga diri, jaga rumah. Jangan lupa solat tau dan belajar rajin-rajin. Jangan nak main je, macamlah ibu tak tahu kamu tu asyik main je,” pesan puan Salmiah. Dipeluk puterinya erat sekali. Dalam diam dia mengesat mata yang sudah mula berkaca.

“Ibu ni pesan macam tak nak balik dah, Aira tahu. Aira janji,” balas Aira. Masdih belum mahu melepaskan pelukan ibunya.

“Dah la tu Cik Miah oiii… sampai bila awak nak peluk anak awak tu? Bagi la saya peluk dia pulak?” tegur Pak Kasim. Pantas dia memeluk anaknya. Di cium mesra dahi puteri tunggalnya. Ada air mata yang mengalir tika dia melepaskan puteri tunggalnya itu. Aira juga terkesan dengan perubahan ayahnya itu. mengapa?

Aira melambai kepada ayah dan ibunya. Pak Kasin dan Salmiah tersenyum melihat kelibat puteri tunggal mereka. Entah mengapa terasa sayu melihat wajah puterinya itu. entah apa akan jadfi pada Aira seandainya mereka tiada. Itulah perkara yang sering menghantui mereka sejak kebelakangan ini. Hati juga rasa tidak enak. Air mata Salmiah tidak putus mengalir….

Aira termenung di ruang tamu. Berfikir, entah mengapa hatinya rasa tidak enak. Resah gelisah sepanjang hari ini. Seolah-olah ada perkara buruk yang akan terjadi. Akhirnya Aira tertidur di sofa. Keletihan, tidurnya amat nyenyak sekali.

Aira terjaga dari tidur sebaik terdengar bunyi guruh di langit. Hujan sudah mulai turun, semakin lebat. Matanya merenung jam di tangan, sudah hampir sejam ibu dan ayah pergi. Hatinya mula risau. Ahhh tak ada apa-apa. Mungkin ayah menunggu hujan berhenti baru pulang agaknya. Tekaknya terasa dahaga, segera dia melangkah ke dapur.

Deringan telefon di ruang tamu mengejutkan Aira. Gelas di tangan terlepas. Kaca-kaca berselerakan. Aira melangkah pantas, tanpa disedari kakinya tertusuk kaca. Dengan langkah yang agk payah Aira gagahkan diri untuk mengankat telefon yang terus berdering nyaring.

“Hello..”

“Ya.. ini rumah Kasim Ahmad,”

“Ya Allah…” Aira terjerit. Tubuhnya longlai. Ganggang telefon terlepas perlahan dari tangannya. Air mata mengalir lesu dari tubir mata. Pandangannya kosong. Berharap ini hanya mimpi ngeri. Apabila terjaga, dia hanya ingin melihat ayah dan ibunya. Segalanya hanya mimpi… berkali-kali dia cuba menyakinkan diri…

************************************************************************

Aira hanya memandang wajah-wajah dihadapannya. Pandangannya kosong, hanya jasadnya sahaja berada di situ. Tiada lagi air mata yang mengalir. Tidak dipedulikan apa yang berlaku disekelilingnya. Dia benar-benar letih. Letih menghadapi kenyataan hidup yang terbentang dihadapannya. Segala-galanya bagaikan mimpi. Beberapa jam yang lalu, dia ketawa riang. Hidupnya benar-benar bahagia… tapi kini, dia telah kehilangan segala-galanya. Yang tinggal hanya kedukaan, kepedihan yang tak tertanggung oleh dirinya.

“Aira, sudah lah tu, jangan ditangisi orang yang pergi,” pujuk Saerah. Adik tunggal Kasim. Nasibnya sama dengan Aira, dia dan Kasim juga kehilangan orang tua mereka dalam usia yang masih mentah. Ayahnya meninggal ketika dia masih dalam perut ibu, ibu pula mengikut jejak ayah bila dia berumur sepuluh tahun. Dia bernasib baik kerna memiliki seorang abang yang ketika itu berumur 17 tahun. Tetapi Aira… Dia berjanji akan dijaga satu-satunya zuriat milik abangnya sebaik mungkin. Suaminya juga sudah merestui hajatnya itu.

Aira sekadar membisu. Ahhh… dia sudah puas mendengar kata-kata pujukan dan simpati… tapi fahamkah mereka hatinya. Hatinya yang sakit, pedih…yang luka… kenapa dia yang harus diuji begini. Apakah yang tersirat disebalik takdir ini. Ibu… Ayah… Aira rindukan ibu dengan ayah… Aira masih lagi tidak puas berteduh dibawah lembayung kasih kalian… Mengapa ibu dan ayah pergi meninggalkan Aira…Aira merintih sendiri. Matanya memangdang kosong dua tubuh yang terbaring di ruang tamu.

Aira bangun perlahan, cuba untuk berdiri. Walaupun agak payah, dia melangkah jua. Baru beberapa langkah, tubuhnya rebah. Mujur Saerah sempat memaut sekujur tubuh yang lemah itu. dengan bantuan beberapa orang jiran, mereka membawa Aira ke dalam bilik. Gadis itu perlukan rehat. Masih lagi terkejut agaknya dengan berita kemalangan yang meragut ayah dan ibunya, itulah andaian beberapa jiran terdekat. Mereka juga turut bersimpati dengan nasib yang menimpa anak gadis yang lincah dan periang itu.

Setitis air mata mengalir sebaik jenazah ayah dan ibunya diturunkan ke liang lahad. Dibiarkan air mata yang mengalir. Saat talking di baca, air mata makin pantas mengalir. Selamat tinggal ayah… selamat tinggal ibu… semoga roh ayah dan ibu ditempatkan dikalangan orang beriman… amin….

Tiga hari telah berlalu, hari ini dia terpaksa berpisah dengan rumah peninggalan ayah dan ibu. Maafkan Aira ayah, maafkan Aira ibu… Aira tak dapat jaga rumah kita lagi… Tapi Aira janji, satu hari nanti Aira pasti akan pulang jua ke sini. Selamat tinggal kenangan… Aira memandang sayu rumah yang makin berbalam… makin jauh bila kereta pak su Jamil meninggalkan teratak yang penuh kenangan suka dan duka dirinya… hari ini dia akan memulakan hidup baru… dia akan tinggal bersama keluarga maksunya. Tiada lagi ayah dan ibu.. yang ada hanya kenangan bersama mereka… kenangan yang tak mungkin akan berulang…


Aira memulakan hidup baru di rumah paksu dan maksunya. Sedikit sebanyak dia sudah dapat menuyesuaikan diri dengan persekitaran baru. Dia senang dengan layanan mesra maksu dan paksu. Dia gembira dengan gelagat Herlina, sepupunya. Anak bongsu paksu dan maksu. Sepanjang dua bulan dia berada di sini, dia tidak pernah lagi berjumpa dengan Adam, anak sulung maksu. Adam kini menuntut di UK. Lelaki yang lapan tahun lebih tua darinya itu… Adam, lelaki merangkap sepupu yang paling dia benci. Sedari kecil Adam gemar membuli dan mengetawakannya.

Masih dia ingat, sedari kecil Adam suka menggelarkannya budak gemuk ataupun budak comot. Adam juga sering membulinya, pernah Adam menolaknya jatuh ke dalam sungai dan menyebabkan dahinya luka, malah parut itu masih kekal sehingga kini. Akibat dari peristiwa itu, maksu dan paksu memarahi Adam dan sejak dari peristiwa itu Adam makin memusuhinya malah mereka juga pantang bersua muka. Pasti ada pertengkaran yang berlaku. Ada demdam yang membara dalam diri masing-masing. Aira juga lega kerana Adam tak mungkin akan pulang dalamn masa terdekat ini. Huh… kalaulah Adam tinggal di rumah ini, dia lebih rela tinggal di rumah peninggalan ayah walaupun terpaksa tinggal seorang diri. Adam, lelaki yang paling dibencinya dan dia juga pasti dialah gadis yang paling Adam benci.

Masa makin pantas berlalu, sesekali Aira dan maksu sekeluarga akan pulang melawat pusara ibu dan ayah. Peperiksaan SPM juga telah ditempuhinya. Dia bertawakal, berharap agar mendapat sesult yang diharapkannya selama ini. Akan ditunaikan impian arwah ayah dan ibu. Sementara menunggu result keluar, Aira bekerja di pejabat paksunya. Sesekali pada hujung minggu pula dia akan keluar bersama-sama Herlina atau rakan-rakan karibnya.

Pagi itu, sedang dia membaca sebuah novel Herlina menghampirinya dengan berita yang amat menggembirakan bagi keluarga maksu dan paksu tapi amat dibencinya. Adam akan pulang. Huh… hidupnya pasti tidak akan tenteram dan aman lagi.dia mula menghitung hari… lagi dua hariu Adam akan pulang. Bermakna dalam tempoh 48 jam dari sekarang, dia akan berhadapan dengan musuh tradisinya.

Aira sekadar tersenyum melihat telatah Herlina yang begitu gembira. Dari pagi sampai petang nak gadis 15 tahun itu bercerita tentang Adam. Aira sekadar mendengar tanpa sebarang komen. Entah apa mimpi Adam ingin pulang. Menurut Herlina lagi, Adam juga akan memperkenalkan teman wanitanya. Huh ikut suka dialah, asal jangan ganggu hidup aku.

“ Kak Aira, Lin berani potong jari… abang Adam mesti terkejut tengok akak. Mesti dia tak sangka budak gemuk dan comot yang dia ejek dulu dah jadi cantik sekarang. Heeiii tak sabar betul nak tunggu hari tu,” Aira sekadar tersengih. Hai… cantik ke aku ni? Macam ni pun si Lin boleh kata cantik. Kalau cantik dah lama aku ada pakwe… Ehh… aku yang menolak… setakat surat cinta tu dah berlambak aku dapat… ehh!!! Terpuji diri sendirilah pulak… malunya…

“Ye ke? Kita tengok nanti. Silap-silap nanti adik akak ni dan tak cantik dah tak lama lagi sebab jari kena potong…” balas Aira sambil ketawa. Herlina bengang. Segera di kejar Aira yang sudah berlari ke tingkat atas. Saerah dan Jamil hanya ketawa melihat telatah riang mereka. Kalau ada Adam nanti pasti rumah mereka akn lebih meriah.




Adam tersengih melihat reaksi adiknya dan Melinda. Tahu, pasti Melinda tidak senang dengan gelagat Herlina. Haiii… tak tahulah apa yang adiknya tidak suka mengenai Melinda walaupun ini merupakan pertemuan pertama mereka. Diakui, Herlina bukanlah seseorang yang mesra dan susah untuk dirinya menyukai seseorang pada pertemuan pertama. Namun dia berharap, Herlina akan selesa dengan Melinda suatu hari nanti. Mujurlah mama dan papa tak banyak komen. Menerima Melinda seadanya walaupun dia tahu mereka mungkin kurang senang dengan gaya Melinda. Faham benar sikap mama dan papa, walaupun sudah berpuluh tahun tinggal di Bandar besar dan mempunyai pergaulan yang meluas namun mereka masih laghi mengekalkan budaya timur. Hope mama dan papa senang dengan Melinda kerna dia yakin Melinda wanita yang sesuai buatnya. Boleh dibawa ketepi atau ketengah, bijak menyesuaikan diri dengan keadaan.

Dalam kekalutan itu, ibu bapa Melinda tiba. Tersenyum dia berhadapan dengan orang tua Melinda. Patutlah Melinda begitu, orang tuanya juga kelihatan sangat moden. Huh… ibunya masih lagi bergaya seperti orang muda, begitu juga dengan bapa Melinda walaupun umur mereka sudah mengjangkau lebih dari separuh abad. Dia hanya tersenyum melihat reaksi mama dan papa. Mama dan papa kelihatan gembira berkenalan dengan keluarga Melinda walaupun dia tahu papa dan mama tidak sennag dengan gaya mereka.

Herlina hanya memerhati. Huh, bosannya. Patutlah anak macamtu. Mak bapak pun perangai begitu. Tua tak sedar diri. Ingat cantik sangatlah tu, buruk lagi adalah. Macam beruk pakai skirt, kutuk Herlina. Hai macam manusia yang baru keluar dari hutan, tak tahu sesuaikan pakaian dengan keadaan. Perasan kalau pakai macamtu nakpak cam orang putihlah tu. Kalau Melayu tu buat macammanapun nampak Melayu jugak. Hai macammanalah abang aku boleh terpikat dengan pompuan macam tu. Agaknya perempuan ni dah guna-gunakan abang kot. Biasalah manusia, moden macammanapun still jumpa pawang atau bomoh nieh. Masih lagi percaya benda karut marut ni.

Lega apabila mereka sudah berada dalam kereta. Adam tersandar kepenatan di seat belakang. Papa dan mama hanya mendiamkan diri. Herlina pula lebih senang melayan perasaan. Adam hampir terlelap sehinggalah dia teringatkan sesuatu.

“mama, mama beritahu budak gemuk dan comot tu tinggal dengan kita. Mana dia? Takkanlah tak datang sekali?” tanya Adam pada mamanya apabila dia teringatkan budak perempuan yang dia paling benci suatu masa dulu.

“Ish… abang ni, tak baik kata gitu tau. mana ada Kak Aira tu gemuk dan comot. Kak Aira tu cantiklah. Lin berani potong jari, abang mesti terpikat bila tengok kat Aira silap-silap waktu jugak abang bawa Kak Aira pergi pejabat kadi,” pintas Herlina sebelum Saerah sempat menjawab.

“Apalah Lin ni, tak mungkin abang suke kat perempuan tu. Tah-tah mata Lin dah rabun sampai tak reti beza cantik dan huduh. Lepas ni mama kenalah bawa Lin jumpa pakar mata sebab mata dia ada problem sikit,”

“Ma… tengok abang ni. Jahat usik Lin. Lin cakap yang betul. Kita tengok nanti mata sapa yang rabun. Sape yang tak ada taste. Siapa yang kalah kena patuhi arahan pihak yang menang,”

“Ok kita tengok nanti. Abang nak tengok siapa yang nangis nanti. Mama dan papa tak boleh tolong. Abang dah tak sabar nak tengok Lin potong jari sebab kalah,” balas Adam. Saerah dan Encik Jamil sekadar ketawa mendengar bicara anak-anaknya itu. diakui Adam gemar mengusik adiknya, manakala Herlina pula gemar merajuk.

Aira sedang enak mendengar muzik di biliknya. Sudah hampir tiga hari Adam pulang namun mereka masih belum berkesempatan untuk bersua muka. Dia sering mengelak bertemu Adam. Dua hari yang lalu dia meminta izin maksu dan paksu untuk bermalam di rumah Norein, sahabat karibnya. Mujur Norein sanggup menolongnya, dalam terpaksa Norein akur jua untuk menelefon paksu dan maksu. Kononnya ibu bapa Norein pulang ke kampung dan Norein meminta Aira menemaninya sehinggalah kedua-dua ibu bapanya pulang. Maksu pula dengan senang hati melepaskannya.

ANDA SUKA