BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Pages

mereka yg amat hana sayangi

sekilas pandang



terima kasih pada yang sudi menjengah ceritera hatiku....

maaf sebab lambat hantar n3 baru kat blog ini
apapun kesudian anda menjengah ke sini membuatkan hana sangat terharu....
hope terhibur membaca karya hana yang tak seberapa ini....

salam sayang pada anda semua yang menyokong dan sudi menjengah ceritera hatiku

jangan lupa tinggalkan komen selepas baca ya...
semoga komen2 anda menambahkan lagi semangat hana untuk bekarya............

Tuesday, November 23, 2010

KASIH SELAMANYA 11

Rina melangkah lesu turun dari kereta. Hari ini dia ada temujanji dengan doctor. Matanya merenung keadaan sekeliling. Kelihatan beberapa pasangan telah pun menunggu di klinik tersebut. Kelihatan keceriaan di wajah masing-masing. Hampir semuanya berteman dengan suami masing-masing. Terselit rasa sayu di hati. Dia hanya keseorangan.

‘maafkan mama sayang… mama tak mampu berikan keluarga yang sempurna pada anak-anak mama…’ Rina mengusap perutnya perlahan.

“Hello mummy… nape sedih-sedih ni? Asal tak masuk lagi?” tegur satu suara. Sedari tadi dia melihat Rina berdiri tercegat di keretanya.

“Abang Risyam… terkejut Qaseh. Ingatkan siapa. Abang buat apa kat sini?” Tanya Rina. Matanya memandang sekeliling, mencari kelibat Makcik Mun. manalah tahu lelaki itu membawa ibunya ke klinik.

“abang tunggu Qaseh. Nak temankan Qaseh n baby dalam ni” terang Risyam. Matanya merenung wajah dihadapannya. Berseri-seri. Pembawaan budak agaknya.

“Tak payah abang susah-susah. Qaseh boleh jaga diri. Cikmun mana? Tak ikut sekali?” Rina bertanyakan Risyam bila melihat lelaki itu hanya sendirian.

“Mama kat rumahlah. Abang dari office. Dah lah jom kita masuk dalam. Lepas ni kita pergi shopping barang baby k” Risyam terus menarik tangan Qaseh menuju ke dalam klinik. Rina serba salah. Hanya menurut langkah Risyam.

Setelah selesai menjalani pemeriksaan, Rina melangkah keluar dari klinik. Risyam masih setia disisinya. Mujurlah lelaki itu tidak masuk ketika dirinya berjumpa doctor. Mungkin dirinya memahami Rina ketidakselesaan Rina.

“Abang datang dengan apa? Tak nampak pun kereta?” Tanya Rina ketika langkah mereka sudah menghampiri keretanya.

“datang dengan teksi. Kereta Qaseh biar abang drive. Kita pergi beli barang-barang baby. Rasanya banyak lagi yang Qaseh perlukan” balas Risyam. Kunci kereta di tangan Rina diambilnya. Segera dia membuka pintu di bahagian penumpang.

“Cepat masuk. Panas ni” arah Risyam. Rina terpaksa akur. Segan. Telah banyak budi yang Risyam dan makcik Mun taburkan padanya. Setelah memastikan keselesaan Rina, Risyam memandu keluar dari perkarangan klinik.

Suasana didalam kereta sunyi. Hanya kedengaran celoteh dj dari radio yang terpasang. Rina mengelamun jauh. Jauh di sudut hatinya, dia merindui Aiman. Tapi apakan daya Aiman telah membuangnya jauh dari hidup lelaki itu. Rina akur, cinta Aiman bukan miliknya. Mungkin kini Aiman sudah berbahagia bersama-sama Bella. Mungkin mereka telah berkahwin. Berkahwin sepertimana yang diimpikan olehDatin Khamisah. Sedar wanita itu tidak pernah senang dengannya. Dia bukanlah menantu pilihan wanita tersebut.

“Qaseh… Qaseh…” panggilan Risyam itu menyedarkan Rina. Matanya memandang sekeliling. Kereta yang dipandu Risyam juga sudah berhenti. Rina memandang sekeliling.

“Kita dah lama sampai. Puas abang panggil. Apa yang Qaseh fikirkan? Qaseh ada masalah? Nak kongsi dengan abang?” Tanya Risyam lembut. Ada riak risau di wajahnya. Bimbang. Sedari tadi wanita dihadapanya hanya diam. Hanya berada di dunianya sendiri.

“Qaseh tak apa-apa. Mungkin letih sikit” balas Rina. Tersenyum.

“Betul? Baby dalam ni OK?” Tanya Risyam. Masih tidak berpuas hati.

“Betul. Qaseh penat sikit. Baby ok. Doktor kata baby sihat kat dalam ni. Baby ni makin aktif tau. Menendang aje kerjanya. Tu yang Qaseh penat sikit” cerita Rina riang. Cuba dijauhkan rasa terkilan di sudut hatinya. Patutnya ketika ini dia dan Aiman bersama-sama berkongsi rasa detik-detik kelahiran anak yang dinantikan selama ini. Namun apakan daya sudah tersurat jodoh mereka hanya setakat ini sahaja…

“Kalau macam tu, tak apalah. Jomlah kita turun. Abah Syam dah tak sabar nak beli barang-barang baby” balas Risyam. Matanya merenung perut Rina yang sudah agak menonjol.

“Ok Jom…” balas Rina.

SEMOGA TERHIBUR DENGAN N3 INI.... JANGAN LUPA KOMEN TAU...

Friday, November 12, 2010

KASIH SELAMANYA 10

maaf jika n3 ni pendek... hana agak busy sikit minggu ni... mood pun x menentu...hope terhibur... n maaf sekali lagi jika n3 ni x memuaskan hati anda para pembaca... jangan lupa komen tau... rindu kat anda semua yang membaca karya hana...


“Qaseh nak ke mana malam-malam ni?” Tanya Makcik Mun pada Rina bila melihat wanita tersebut sedang menghidupkan enjin kereta.

“Nak keluar sekejap. Teringin nak makan sate pula malam ni. Makcik Mun dari mana?” balas Rina sambil tersenyum. Matanya turut bertemu pandang dengan seorang lelaki di sebelah makcik Mun. anak Makcik Mun kot, tekanya sendiri.

“Cik Mun dari surau. Ish, malam-malam ni kamu nak keluar. Dah pukul sepuluh dah ni. Bahaya tu. Dah kamu tunggu dulu. Jangan pergi lagi. Cik Mun nak masuk kejap. Kita keluar sekali. Syam pergi tukar baju. Takkan nak pakai baju melayu dan kain pelekat pulak. Bawa masuk sekali beg telekung mama ni” arah makcik Mun pada anaknya.

“Tak apalah mak cik Mun. Qaseh boleh pergi sendiri. Lagipun tak jauh. Lepas beli Qaseh terus baliklah” Rina serba salah. Tidak ingin menyusahkan Makcik Mun atau sesiapapun.

“Tak ada susahnya Qaseh. Kamu tu perempuan, mengandung pula tu. Tak sanggup Cik Mun biarkan kamu sorang-sorang keluar” balas Cik Mun.

“Jomlah ma, Syam dah siap ni” balas Risyam sambil mengunci pintu rumah. Sesekali mata Risyam memandang wajah wanita dihadapan mamanya. Manis. Cantik, berseri walaupun agak pucat. Pembawaan budak agaknya.

Dalam serba salah, Rina akur juga. Mak cik Mun tersenyum senang. Mereka pergi menggunakan kereta Risyam. Sepanjang jalan Rina hanya diam. Sesekali terdengar perbualan Makcik Mun dan Risyam.

“Diam jer? Awak nak makan sate kat mana? Manalah tahu awak mengidam ke…” Tanya Risyam.

“A..ah Qaseh. Kamu teringin nak makan sate kat mana?” tany Makcik Mun pula.

“Kat mana-mana pun tak apa. Tiba-tiba je tekak ni teringin nak makan sate” balas Rina lembut.
“Mengidam lah tu. Syam kita pergi gerai sate Pak Man sudahlah” arah Mak cik Mun.

“Ok… saya yang mengikut perintah…” seloroh Risyam. Mengusik mamanya. Rina sekadar diam. Tidak selesa dengan kehadiran anak lelaki makcik Mun itu.

Risyam membelokkan keretanya ke medan selera. Terdapat banyak pilihan makanan di situ. Makcik Mun beriringan dengan Rina. Risyam hanya mengikuti dari belakang. Mereka memilih meja di satu sudut.

“Qaseh nak minum dan makan apa?” soal makcik Mun.

“Qaseh nak milo panas dan sate ayam”

“Tu je? Awak teringin nak makan apa lagi? Boleh saya carikan. Jangan segan-segan dengan saya. Mama nak makan apa?”

“mama rasa nak makan bihun tomyam dan air laici” jawab makcik Mun. pantas Risyam berlalu untuk memesan makanan yang dipinta makcik Mun dan Rina.

“Qaseh, janganlah segan dengan Cik mun dan Risyam. Anggap kami macam keluarga Qaseh sendiri. Apa-apahal cakap je kat Cik Mun. jangan malu-malu” pesan Cik Mun pada Rina. Rina sekadar mengangguk. Sekurang-kurangnya masih lagi ada insane yang sudi membantunya.

Perhubungan Rina dan keluarga Cik Mun makin rapat. Malah dia senang dengan kemesraan mak cik Mun dan Risyam. Risyam sangat mengambil berat dan sentiasa membantunya. Risyam juga tidak keberatan untuk mencari makanan yang diidamkan Rina sehingga Rina merasa serba salah pula. Tidak mahu kemesraan itu menimbulkan rasa tidak senang pada orang lain. Sedar status dirinya.

Wednesday, November 3, 2010

LUAHAN : BANJIR OH BANJIR...

Salam semua...

banjir kat utara makin teruk... mujur rumah Hana terletak di kawasan yang tingi. Alhamdulilah. di kawasan yang berdekatan dah teruk di naiki air. rasa macam terperangkap pula.Mana pun tak boleh pergi. Petang semalam, terdengar berita ada 2 budak dihanyutkan air. mereka bertiga, seorang berjaya diselamatkan.2lagi masih hilang (petang semalam).
Ni petikan dalam KOSMO mengenai kejadian tersebut. Takziah buat keluarga arwah...

ALOR SETAR – Banjir besar yang melanda tiga negeri iaitu Kedah, Perlis dan Kelantan sejak Isnin lalu telah meragut enam nyawa sehingga lewat petang semalam.

Dalam kejadian di Kampung Telaga Emas, Pokok Sena di sini, dua beradik iaitu Siti Nadia Syukor, 13, dan adiknya Sharifah, 8, dikatakan hanyut setelah motosikal yang ditunggangi bersama seorang rakan mereka, Intan Malik, 14, tiba-tiba hilang kawalan dan terjatuh ke dalam arus tali air.

Ketua Polis Daerah Kota Setar, Asisten Komisioner Abdul Ghafar Rajab berkata, ketiga-tiga mereka kemudian hanyut di dalam tali air yang mengalir deras.

“Tetapi Intan sempat berpaut pada sebatang pokok sebelum diselamatkan oleh penduduk manakala dua beradik malang itu hanyut dibawa arus,” katanya.

Ini sekadar luahan sahaja... jangan marah erk. Ada kesempatan nanti Hana akan masukkan n3 baru Kasih Selamanya. Sekarang nak g jalan-jalan tengok banjir n orang cari ikan...
Kenapalah my opis tak naik air... kalau x bolehla cuti......... malas tul nak g kerja...

RAHSIA HATI HANIM 8

"Assalamualaikum..." terdengar satu suara. Semua yang berada di dalam bilik tersebut menoleh ke arah pintu. Kelihatan Tuan Farok dan Aizad melangkah masuk.

"Alhamdulilah, Hanim dah sedar. Doktor, macammana keadaan Hanim? dia dah sihatkan. Bila boleh dia balik?" tanya Tuan Farok. Aizad pula menghampiri Hanim. tersenyum melihat Amar yang erat memeluk Hanim.

'anak papa rindukan umi ke? sian anak papa' bisik hatinya. Matanya memandang wajah Hanim yang kebingungan itu. Blur semacam. Kenapa? hatinya terasa aneh.

"Nim kenapa? sampai berkerut dahi tu. fikirkan apa?" tanya Aizad. Tangannya mengelus rambut Hanim. Hanim mengelak perlahan. tak selesa.

"Tu ha... doktor tu kata Hanim hilang ingatan. tapi Hanim ingat lagi. Hanim kenal lagi dengan Encik Aizad, kak Sal, Tuan Farok dan Puan Nora," terang Hanim. bibirnya memuncung tanda protes. Tak puas hati.

"Memang betul, Hanim ingat mereka semua, tapi Hanim langsung tak ingat opah dan paling penting Hanim tak ingat Amar, anak Hanim sendiri" Balas Doktor Rahman.

"Anak??" Hanim terjerit kecil. anak? Aku ada anak. Biar betul. Bila pula aku kahwin ni? dengan siapa? Hanim keliru.

"Ya Amar, anak kita" bisik Aizad perlahan di telinga Hanim. Tangannya turut membelai bahu Amar. anak kecil itu ketawa riang. riang dalam pelukan umi dan papanya.

"Tapi bila..." Hanim tak dapat meneruskan kata-katanya. Kepalanya terasa sakit bila dia cuba mengingatkan sesuatu. Pantas tangannya memicit kepalanya.

"Hanim kenapa?" tanya Aizad cemas. Pantas tangannya mengambil Amar dan diserahkan pada Latipah. Doktor Rahman menghampiri Hanim. Mereka yang berada disitu diminta beredar dari bilik tersebut.

Opah keresahan di luar. begitu juga dengan mereka yang lain. Aizad mendukung Amar yang merengek. Matanya memandang pintu bilik Hanim. Ada resah yang bertandang. Berharap Hanim tiadak apa-apa. Ada rasa bersalah yang muncul ditubir hati.

Aizad tersentak apabila handsetnya berdering. Segera dia menjauh dari situ. Amar masih lagi dalam dukungannya. Anak kecil itu langsung tak mahu dengan sesiapapun.

"Hello..."

"I kat hospital. Kat Alor Star. My wife masuk hospital" Balas Aizad malas.

"Honey bila you nak balik? I rindulah" balas suara dihujung talian manja.

"Lin, I dah beritahukan my wife kemalangan. You kenalah faham" Aizad memujuk. berharap Linda memahaminya.

"You cakap You cuma sayangkan I, cintakan I. Jadi biarlah keluarga dia jaga dia. You dengan diakan dah berpisah" suara itu membentak. Tidak puas hati.

"Walau apapun dia isteri I, Ibu pada anak I. I harap you faham K. Dah balik nanti kita bincang. Jangan call I lagi. I tak nak mama dan opah marah I"

"You... sampai hati You..."

"Dah lah . Mama I dah pandang semacam tu" Aizad pantas mematikan talian bila terpandang riak tidak senang mamanya. Apatah lagi bila Amar mula merengek. Aizad menghampiri keluarganya semula.

"Siapa call?" tanya Puan Nora. Riak tidak senang kelihatan diwajahnya. Tuan Farok hanya diam. Malas nak ambil tahu walaupun hatinya juga tidak senang dengan si pemanggil. Tidak perlu diberitahu, dia sudah agak siapa. Aizad pula leka memujuk Amar. Malas hendak menjawab. Takut mamanya makin marah nanti.

"Berapa kali mama nak cakap, mama tak suka dia call. Apatah lagi dalam keadaan macam ni. Dulu dia tinggalkan kamu macam tu aje. Bila kamu dah bahagia, mulalah terhegeh-hegeh nak kamu semula. Kamu pula, sanggup terima dia balik... Huh mama tak tahula apa nak jadi dengan kamu. perempuan yang baik kamu lepaskan, yang buruk tu juga kamu terkejar-kejar.." bebel Puan Nora. Aizad hanya diqam. malas melayan ocehan mamanya. di layan nanti makin marak pula api kemarahan mamanya.





Sorry jika n3 ni pendek. Bukan apa... rasa rindu nak menulis. hope terhibur....

Monday, October 25, 2010

RAHSIA HATI HANIM 7

bagi mereka yang merindui Hanim... hana persembahkan pada anda semua n3 terbaru Rahsia Hati Hanim... hope terhibur

“Kak Sal, budak ni anak siapa? Hanim bertanya. Matanya menatap wajah anak kecil yang amat comel itu.

“Betul Hanim tak kenal mereka semua?” Tanya Salbiah. Hatinya rasa tidak enak. Pelik. Puan Nora segera meminta Latipah memanggil doctor. Hatinya turut resah. Suaminya Farok dan anaknya dalam perjalanan ke hospital. Suami dan anaknya pulang sebentar ke rumah Salbiah untuk mengambil beberapa barang keperluan Hanim dan Amar. Selama seminggu ini mereka tinggal di rumah Salbiah. Maklumlah opah tidak gemar tinggal di hotel. Mahu tak mahu mereka tinggal sementara di rumah Salbiah.

Pintu bilik Hanim di tolak dari luar. Kelihatan Dr Rahman masuk bersama dua orang jururawat. Perhatiannya hanya pada Hanim. Pemeriksaannya tadi tiada apa-apa masalah pada Hanim. Hanim turut memandang wajah Dr Rahman yang agak cemas itu.

“Hanim kenal dengan mereka semua?” Tanya Dr Rahman. Matanya menunjukkan kea rah semua yang ada di dalam bilik tersebut. Hanim mengangguk. Masakan dia tidak mengenali Salbiah dan Puan Nora. Wajahnya berubah bila matanya memandang Amar dan opah. Berkerut dahinya memikirkan mereka. Memikirkan hubungan mereka dan dirinya.

“Kenal, ni Kak sal dan tu Puan Nora. Baby ni dan nenek tu tak berapa ingatlah doctor. Tapi rasanya Hanim memang tidak kenal mereka.” Balas Hanim yakin. Amar yang berada di ribaannya di peluk. Anak kecil itu hanya ketawa dan memeluk tubuh Hanim. Sesekali tangannya bermain di wajah Hanim. Hanim hanya membiarkan. Entah mengapa jauh di sudut hati terasa anak kecil itu amat rapat dengan dirinya.

“Betul Hanim tak kenal dengan opah dan kak Pah? Habis tu siapa Puan Nora ni? Betul Hanim tak ingat hubungan Hanim dengan mereka?” Tanya Dr Rahman. Sepanjang Hanim di hospital Opah dan Latipah setia berada di sisi Hanim. Sebab itu dia kenal mesra dengan Opah yang baik dan mesra itu.

“Puan Nora ni kan emak Encik Aizad isteri Tuan Farok bos Hanim” balas Hanim penuh yakin.

“OK, Yang ini siapa pula?” Tanya Dr Rahman sambil tangannya menunjuk arah opah, Latipah dan Amar. Hanim menggeleng. Wajahnya masih lagi bingung. Pentingkah mereka sehingga dia perlu mengenali mereka.
“Hanim ingat perkara terakhir yang Hanim lakukan sebelum kemalangan?” Tanya Dr Rahman.

Hanim terdiam. Cuba mengingati kembali apa yang berlaku sehingga dia terlantar di sini. Berkerut-keut dahinya. Haa… ingatpun…

“Hanim kelam kabut turun tangga nak hantar dokumen kat Encik Aizad, lif rosak hari tu dan entah macammana Hanim tergolek jatuh…” jawab Hanim dengan yakin. Bibirnya terukir senyuman. Akhirnya berjaya juga dia ingat sebab dia cedera sampai terlantar begini.

Mereka yang berada di bilik tersebut saling berpandangan. Ada rasa bimbang di situ. Mengapa dengan Hanim? Dr Rahman sekadar tersenyum. Seperti agakannya sebentar tadi. Hanim mengalami Amnesia.

“Doktor, kenapa dengan Hanim?” Tanya Salbiah tanpa sabar.

“dari pemerhatian saya, saya dapati Puan Hanim mengalami amnesia.Retrograde Amnesia. Pesakit biasanya dapat mengingati kejadian selepas trauma dengan jelas tetapi tidak dapat mengingati sesetengah kejadian sebelumnya” terang doctor Rahman.

“Maksud Doktor, Hanim hilang ingatan? Tapi kenapa dia masih ingat sesetengah perkara?” Tanya Puan Nora.

“Ya selalunya pesakit yang mengalami retrograde amnesia biasanya akan mengingati sesetengah perkara. Puan jangan bimbang, Hanim akan pulih. Dengan bantuan semua keluarga Insyaallah Hanim kan dapat semula memorinya. Cuma bila dia akan pulih, saya tidak tahu” terang Doktor Rahman. Mereka yang berada di situ saling berpandangan. Hanim mengerutkan dahi.tak percaya. Mana mungkin dia hilang ingatan. Keliru.

KASIH SELAMANYA 9

“Abang, abang ingat lagi tak waktu Naqib dan Naqisya lahir abang pernah Tanya soalan pada Rina…” Rina masih merenung lelaki dihadapannya. Menunggu reaksi lelaki itu. Risyam terdiam. Memikirkan sesuatu. Wajahnya berubah. Ada tanda Tanya di situ dan Rina mengangguk perlahan. Merah wajah itu apatah lagi bila melihat senyuman lebar dari wajah Risyam.

‘Terima kasih Ya Allah…akhirnya…’bisik Risyam dalam hati.
………………………………………………………………………………………………………..

Lima tahun yang lalu
]
Rina memerhati laman rumah yang baru disewanya. Sudah dua hari dia menetap di situ. Kini dia kembali sendiri. Sudah seminggu berlalu semenjak mahkhamah mengesahkan penceraian mereka. Kini dia bukan lagi memegang status seorang isteri, statusnya telah berubah. Kini dia memikul gelaran yang tidak diingini oleh seorang wanita di dunia ini. Janda. Status yang amat menakutkan. Dia sedar betapa masyarakat memandang serong pada wanita yang menggalas status ini. Namun dia terpaksa akur, sudah tersurat jalan hidupnya begini.

“Assalamualaikum, anak ni baru pindah ke?” Rina pantas berpaling bila ditegur satu suara. Tersenyum. Jiran sebelah rupanya.

“Ya makcik. Saya Qaseh” balas Rina. Ya Qaseh, nama baru. Permulaan baru. Bukan satu kesalahan, nama dia juga. Qaseh Airina.

“Mak cik Maimun, panggil Cik Mun je. Ni Cik Onah dan anak dia Fazira. Rumah mereka kat hujung sana” terang Mak Cik Mun ramah. Turut memperkenalkan jirannya yang kebetulan bertandang ke rumahnya.

Rina tersenyum mesra pada wanita-wanita di hadapannya. Tangannya di sua, tunduk menyalami tangan wanita di hadapannya.

“Qaseh tinggal dengan siapa? Sorang je ke?” Tanya mak cik Onah. Rina sekadar tersenyum da mengangguk perlahan.

“Oh… mak ayah Rina tinggal di mana? Dah kahwin belum ni?” Tanya mak cik Mun pula.

“Mak ayah saya dah lama meninggal…” jawab Rina sayu.

“Maaflah…”

“Taka pa, bukan salah mak cik pun. Cerita lama. Jemputlah datang rumah…” ajak Rina.

“Tak apalah, nanti-nanti kami datang. Saya dan mak nak balik dulu” tutur Fazira meminta diri. Rina sekadar tersenyum. Entah kenapa dia dapat rasakan Fazira seolah-olah tidak menyenangi dirinya. Kenapa ya? Hatinya bertanya sendiri.

“Cik Mun, Zira balik dulu ya” Fazira meminta diri. Diikuti oleh Mak Cik Onah. Matanya turut memandang langkah dua beranak yang makin menjauh itu.

“Qaseh, nanti mailah rumah cik Mun. apa-apa hal cakap je, nanti Cik Mun tolong” balas wanita itu ramah. Senang melihat wajah Qaseh. Sejuk mata memandang.
“Insyaallah nanti Qaseh dating. Cik Mun tinggal sorang je?” Tanya Rina.

“Tak lah, Cik Mun tinggal dengan anak-anak. Tiga orang. Yang sulung tu dah keja. Dua lagi belajar”

“Oh… Cik Mun pun nanti datanglah rumah. Dah senja ni, Qaseh masuk dululah” Rina sopan meminta diri.

“A’ah… dah nak maghrib ni. Nanti senang-senang jangan lupa mai rumah cik Mun tau” pesan Mak cik Mun. Rina sekadar mengangguk.

……………………………………………………………………………………………………

Rina mengusap perutnya perlahan. Tanda cinta dirinya dan Aiman. Tak sangka, akhirnya penantiannya berakhir sudah. Tapi sayang, kehadirannya terlewat. Hati Rina sayu memikirkan nasib anaknya kelak. Rina berazam untuk memberikan yang terbaik buat zuriatnya. Namun jauh di sudut hati, Rina serba salah. Tak tahu apakah patut dia merahsiakan kewujudan zuriat mereka dari pengetahuan Aiman. Biarlah Aiman mencari kebahagiaannya sendiri.

Rina mengambil keputusan untuk berehat seketika. Mungkin selepas kelahiran anaknya nanti barulah dia memikirkan langkah seterusnya. Melakukan perkara yang telah dirancang awal-awal dirinya menghidu perubahan Aiman. Rina bersyukur, mujurlah dia memiliki simpanan sendiri. Banyak juga bila dicampur dengan insuran kemalangan umi dan walidnya serta penjualan rumah lama mereka. Lebih dari cukup untuk menyara hidupnya buat masa ini.

………………………………………………………………………………………………………..

“Hmm sedapnya kuih ni. Bila mama masak?” Risyam bertanya pada Mak Cik Mun yang sedang leka mengemas ruang dapur.

“Bukan mama yang masak, tapi Qaseh yang beri. Baru dua minggu pindah sini. Baik budaknya mama tengok” terang Mak Cik Mun pada anaknya.

“Ohh… yang heboh orang cerita tu ke?” Tanya Risyam.

“Apa yang nak dihebohkan? Mama tak dengar apapun” balas Cik Mun pula.

“Risyam dengar dia tu duduk seorang diri. Lepastu dengar-dengar dia mengandung. Entah mengandungkan anak siapa ntah”

“Isshh… kamu ni, tak baik sangka buruk pada orang. Budak tu baik. Mama tahu semua cerita dia. Entah siapalah dengki dengan dia. Dia tak kacau mereka pun. Kamu dengar dari mana?” Tanya Mak Cik Mun.

“ Ira yang cerita. Tak tahu la betul ke tidak” balas Risyam.

“Itulah kamu, suka sangat dengar cerita orang. Bukan kamu tak tahu budak Ira tu bukan betul sangat. Perasan sangat konon dialah paling baik. Paling cantik… Tak suka mak melihatnya”

“Tak-tak suka pun mama juga yang rajin layan mereka tue… bukan Syam tak tahu mereka selalu ke sini” balas Risyam mengusik ibunya.

“Kamu nieh….” Geram Mak Cik Mun. terasa kecil Risyam dimatanya. Risyam hanya ketawa melihat mamanya.

Sunday, October 10, 2010

KASIH SELAMANYA 8

“Abah…” Naqisya terus menerpa ke arah lelaki tersebut. Begitu juga dengan Naqib. Lelaki itu tersenyum menyambut terpaan anak-anak kecil itu. Membara jiwa Aiman dengan kemarahan melihat kemesraan anak-anaknya dengan lelaki tersebut. Apatah lagi bila mendengar anak-anaknya memanggil lelaki itu abah. Tajam matanya merenung Rina. Rina sekadar memandang. Terpancar senyuman manis dibibir wanita itu buat lelaki itu. Geram. Amarah Aiman makin marak membakar diri.

“Kau siapa nak menyibuk hal keluarga aku? Sedarlah sikit kau tu orang luar” soal Aiman geram.

“Apa maksud awak Encik Aiman? Siapa orang luar kat sini? Awak yu orang luar di sini tau tak” balas Rina sinis.

“Apa maksud Rina? Lelaki tu siapa? Budak-budak tu anak-anak abang. Rina tu isteri abang tau..”

“Isteri? Awak ni betul ke tidak? Saya ni Cuma bekas isteri, bekas isteri awak Encik Aiman. Dah lupa awak yang jatuhkan talak ke atas saya? Memang budak-budak tu anak awak, tapi awak dimana saat mereka lahir, saat saya mengandungkan mereka? Lelaki yang awak kata orang luar tu yang ada disisi saya, dia yang sambut anak-anak awak, azan dan iqamatkan mereka. Awak mana waktu tu? ” Rina bersuara lantang. Geram.

Risyam pantas memaut bahu Rina. Cuba menenangkan wanita tersebut. Aiman diam. Sedar khilafnya.

“Baiklah abang terima kata-kata Rin, tapi abang nak ingatkan Rin walau apapun abang akan dapatkan mereka. Salah Rin kerana merahsiakan kehadiran mereka dari abang. Fikirlah, abang rasa peluang abang cerah untuk mendapatkan mereka. Lainlah kalau Rin nak rujuk semula…” balas Aiman sebelum berlalu. Sempat dia mencuit hidung Rina. Rina hanya terpaku. Tak percaya lelaki itu akan setega itu. Ya… dia tak akan sesekali menyerahkan anak-anaknya pada lelaki tersebut. Dia tak akan mengalah.

“Dah, jom masuk” arah Risyam. Pantas tangannya membukakan pintu rumah Rina. Rina hanya diam kaku disitu. Risyam mengeluh. Entah apa lagi dugaan yang mesti Rina tanggung selepas ini. Anak-anak sudah menerpa masuk ke dalam.

“jom masuk, dah lama Aiman pergi… tak payahlah rina tengok lagi” Risyam menarik tangan Rina untuk masuk ke dalam rumah. Anak-anak sudah terbaring di hadapan tv. Naqisya sudah hampir terlelap semula.

Risyam melangkah ke dapur. Dia sudah biasa dengan suasana rumah tersebut. Rina masih lagi diam kaku di ruang tamu. Mungkin terkejut lagi. Risyam keluar bersama segelas air suam. Pantas air itu dihulurkan pada Rina.

“Minumlah, pulihkan balik semangat tu. Pucat je abang tengok” Risyam bersuara bila Rina memandangnya. Wajah itu nampak kebingungan. Rina menyambut gelas yang disua Risyam kemudian meneguk air itu perlahan. Sesekali matanya merenung kea rah anak-anaknya yang sudah tertidur. Kasihan mereka.

“Macammana abang boleh ada kat sini? Hari tu kata kena outstation” Rina bertanya. Hairan juga bagaimana lelaki itu tiba-tiba memunculkan diri.

“Abang risaukan Rina dan anak-anak. Tu yang abang bergegas balik. Jadi itulah Aiman? Macammana dia boleh tahu tentang Rina dan anak-anak. Ada yang Rina rahsiakan dari abang ke?” soal Risyam.

“Hari tu Rina jumpa kak Lin, kebetulan anak Kak Lin study kat nursery” balas Rina.

“Kenapa Rina tak beritahu abang? Dah jadi macam ni pun Rina masih nak diam” marah Risyam. Geram. Jika dia tak diancam hari tu pasti sampai sekarang dia tidak tahu.

“Rina minta maaf, bukan niat Rina nak rahsiakan semua ini Cuma Rina tak nak susahkan abang. Sudah banyak rina susahkan abang dan mama. Cukuplah. Rina dah cukup dewasa. Abang jangan risau ya” Rina bersuara. Matanya memandang wajah Risyam. Berharap lelaki itu tidak berkecil hati dengannya.

“Rina tahukan, abang sayangkan Rina. Abang hanya pentingkan kebahagiaan Rina dan anak-anak. Abang tak nak Rina rahsiakan apa-apa dari abang dan mama. Yang penting sekali abang nak Rina tahu Rina tak pernah susahkan abang,” Risyam bersuara perlahan. Mengharap pengertian Rina. Rina hanya tersenyum. Sedar lelaki itu amat baik. Terlalu baik bagi dirinya yang tak punya apa-apa. Hari ini dia sedar, dia harus membuat keputusan. Keputusan yang tertangguh sejak bertahun dahulu.

Wednesday, September 29, 2010

KASIH SELAMANYA 7



“Abang Cuma nak hak abang” balas Aiman. Matanya mengerling anak-anaknya di dalam kereta.

“Anak? Anak siapa? Setahu Rin kita tak pernah ada anak. Abang tinggalkan Rin pun sebab Rin tak mmpu berikan abang zuriatkan?” Tanya Rina sinis. Aiman geram melihat reaksi Rina.

“Rin jangan nak main-main. Jangan pura-pura tak tahu. Abang rasa Rin faham apa maksud abang.Cukuplah apa yang Rin buat selama ni. Sampai bila nak sembunyikan budak-budak tu? Abang juga berhak ke atas mereka”

“Sembunyi? Rin tak pernah sembunyikan apa-apa. Hak? Hak apa yang abang maksudkan?” Tanya Rina geram. Tidak lagi memperdulikan keadaan sekeliling. Tidak lagi menghiraukan suaranya yang sudah meninggi.

“hak abang pada anak-anak abang. Rin tak boleh lari lagi. Abang dah ada bukti mereka anak-anak abang. Tak guna Rin nafikan lagi” balas Aiman. Suaranya juga sudah meninggi.

“mama…” tiba-tiba terdengar suara Naqib. Anak kecil itu memeluk Naqisya. Melindungi adiknya mungkin. Naqisya sudah teresak-esak.

“Naqib… kenapa tu? Kenapa adik nangis?” Rina pantas mendapatkan anak-anaknya. Terus lupa pada Aiman yang berdiri di depannya.

“Adik takut” hanya itu sahaja dikatakan Naqisya sebelum memeluk mamanya. Naqib juga turut memeluk mamanya. Aiman meraup wajahnya. Ada kesal disitu. Pasti anak-anaknya ketakutn melihat pertengkarannya dengan Rina.

“Uncle ni siapa? Kenapa dia marah mama?” Naqib bertanya Rina. Pautan pada tubuh Rina tidak dilepaskan. Naqisya juga begitu. Takut kepada lelaki asing yang memarahi mamanya.

“Tak ada apa-apa saying. Mama tengah bincang dengan uncle bukan..”

“What!!!” Aiman pantas bersuara sebelum sempat Rina menghabiskan ayatnya. Tak sangka Rina membahasakan dirinya ‘uncle’. Bengang betul.

“You ni kenapa? Kenapa terjerit-jerit pagi-pagi buta ni? Kenapa nak takutkan anak-anak I?” Rina bertanya geram. Terasa pelukan anak-anaknya makin erat di tubuhnya. Pasti mereka ketakutan.

“Kenapa? You bahasakan I uncle pada budak-budak tu taka pa pulak? Apa hak You nak bahasakan I uncle? I papa mereka tahu” balas Aiman. Cuba mengawal amarah apatah lagi melihat Rina sekadar tersenyum sinis mendengar kata-katanya.
“Peduli apa I. Siapa You nak masuk dalam hidup kami?”Rina bertanya sinis. Sakit hati mendengar kata-kata Aiman. Apa hak lelaki itu masuk campur urusannya. Setelah lama hilang dan kini muncul bertanyakan hak dirinya.

“Rina apa semua ni? Bertengkar pagi-pagi buta ni? Kat tempat terbuka pula tu. Tak malu pada jiran tetangga?” terdengar satu suara menegur. Rina pantas berpaling.

“Abang…” Rina bersuara lega. Aiman terpaku memandang lelaki yang tiba-tiba muncul antara nya dan Rina. Ada rasa tidak enak melanda jiwanya.

Sorry... n3 kali ni pendek jerrr

Monday, September 27, 2010

KASIH SELAMANYA 6


Rina merenung wajah anak-anaknya yang sedang pulas tidur. Fikirannya tidak tenang apatah lagi bila memikirkan mengenai Aiman. Dia takut jika Aiman merampas anak-anaknya. Fikirannya bercelaru. Perlukah dia melarikan diri. Huh… dia bukan pengecut tapi apa pilihan yang dia ada saat ini.

Rina tersentak dari lamunannya. Terdengar irama lagu dari handsetnya. Pantas tangannya mencapai handset yang terletak di meja tepi katilnya. Bimbang deringan itu akan mengejutkan anak-anaknya.

“Waalaikummussalam… Rin sihat. Anak-anak pun sihat. Abang?” Rina tersenyum bila mendengar suara di hujung talian. Sekurang-kurangnya dia tidak berseorangan di dunia ini.

“Rina ok, abang jangan bimbang. Kenapa abang call malam-malam nie?” Rina bertanya. Hairan juga bila menerima panggilan lelaki lewat malam begini. Matanya megerling jam di sudut meja. Sudah hamper dua pagi.

“What??? Bila? Kenapa dia nak buat begitu? Mana dia dapat tau pasal abang?” Tanya Rina. Tidak percaya dengan khabar yang diterima. Mustahil Aiman bertindak sejauh itu. Apa maksud Aiman? Mereka telah berpisah, malah lelaki itu yang tega meninggalkannya.

“Abang jangan risau. Pandailah Rina jaga diri. Night…” Rina merenung handset di tangannya. Dia benar-benar keliru. Tidak memahami tujuan Aiman mengugut Risyam. Apa salah lelaki itu? Malah dia yakin Aiman langsung tidak mengenali Risyam. Bagaimana lelaki itu tahu mengenainya? Aahh.. dia pening memikirkan perbuatan lelaki itu. Jika lelaki itu tahu mengenai Risyam, tidak mustahil Aiman tahu mengenai anak-anaknya. Rina benar-benar takut kini. Hatinya resah. Rasanya dia mesti pergi jauh, melarikan diri sekali lagi dari hidup Aiman. Tidak rela-anak-anaknya dirampas darinya.

Rina pantas bangun. Mengesat airmata dipipi. Dia nekad. Pantas almari baju di buka. Beg besar di dalam stor segera di keluarkan. Dia terus memasukkan pakaian dirinya dan anak-anaknya ke dalam beg. Segala dokumen penting juga di masukkan ke dalam beg tangan. Handset segera dicapai lalu dia mengirimkan sms kepada Risyam. Tidak mahu lelaki itu bimbang keselamatan dirinya sekeluarga.

Rina pantas mandi dan menunaikan solat subuh. Anak-anaknya dikejutkan. Naqib dan Naqisya terpinga-pinga apabila di kejutkan seawall pagi oleh mama mereka. Apatah lagi bila melihat dua buah beg besar di sudut bilik.

“Mama kita nak gi mana?” Naqib bertanya.

“Tak pergi mana. Mama nak bawa abang dan adik jalan-jalan. Cuti-cuti Malaysia” balas Rina. Nada suaranya diceriakan. Tak mahu anak-anaknya mengesan kemelut yang melanda kehidupan mereka.

“Nak gi jalan? Tapi sekarang bukan cuti sekolah lah mama. Kenapa mama bawa beg besar-besar?” Naqisya pula menyoal. Hairan. Selalunya jika bercuti, tidak pernah meeka membawa beg sebesar ini.

“Tak apalah. Dah pegi siap. Mama nak buat breakfast. Lepas sarapan kita pergi” Rina segera mengarahkan anak-anaknya bersiap. Sementara mereka bersiap, Rina pantas menyediakan sarapan. Hanya roti baker dan milo. Itu sudah memadai fikirnya. Dia turut menyediakan bekalan makanan. Bimbang anak-anaknya kelaparan nanti.

Selepas menikmati sarapan, Rina pantas memasukkan barang-barang ke dalam kereta. Anak-anaknya sudah berada di dalam kereta. Pantas dia mengunci pintu. Perbuatannya terhenti apabila mendengar deheman dari belakangnya. Pantas Rina berpaling. Wajahnya berubah pucat…
Ya Allah dugaan apakah ini… nafasnya terasa sesak… sedangkan lelaki itu hanya memandangnya sambil tersenyum sinis.

“A..abang..” Rina bersuara kalut.

“Hhmm… awal Rina siap. Nak kemana?” Tanya Aiman tenang. Ternyata agakan tepat. Dia sudah cukup masak dengan sikap Rina. Mujur dia tergerak ke sini. Jika tidak, pasti dia akan kehilangan jejak Rina lagi.

“Abang rasa kita perlu berbincang. Well apa kata kita masuk dulu. Abang tak nak jiran-jiran Rina salah faham pulak” balas Aiman.

“Rasanya tiada apa yang perlu kita bincang lagi. Lagi satu Encik Aiman, lebih baik kita berbincang kat sini sahaja. Itu lebih baik. Lagipun kita tidak ada apa-apa hubungan lagi. Tak manis pula pandangan orang nanti” balas Rina. Entah darimana dia mendapat kekuatan. Yang pasti dia tidak akan menyerah. Tidak akan tunduk kepada lelaki itu.


Hope terhibur. maaf jika n3 kali ni kurang menarik. ntahlaa.... tengah blur sangat-sangat nieh....

Thursday, September 23, 2010

KASIH SELAMANYA 5

“Auntie…” Bella bersuara riang memasuki ruang tamu banglo Datin Khamisah. Senyumannya makin lebar bila terpandang raut wajah Datin Khamisah. Pantas dia memeluk tubuh Datin Khamisah. Pipi wanita itu dicium mesra.

“Hhmm.. Bella. Bila balik?” Datin Khamisah tersenyum hambar. Rimas juga dengan sikap Bella yng keanak-anakan itu.

“Bella sampai pagi tadi. Rehat kejap kat rumah. Abang Aiman tak datang ke?” Tanya Bella. Datin khamisah sekadar menggeleng. Wajah Bella terus berubah. Sudah puas dia mencuba mengambil hati lelaki itu namun hampa. Lelaki itu masih terus menggilai bekas isterinya. Entah apa yang perempuan tu bagi sampai Abang Aiman langsung tak memandangnya. Bella geram memikirkan hal itu.

“Bella belikan hadiah ni khas untuk auntie tau,” Bella terus memberikan bungkusan hadiah yang dibawanya.

“Terima kasih. Susah-susah je”

“Tak susahlah auntie. Auntiekan bakal ibu mertua Bella” balas Bella riang.

“Bella masih tunggu Aiman? Jangan begitu. Bella kena teruskan hidup Bella. Auntie pun dah tak berharap lagi. Kini semua terpulang pada Aiman. Auntie dah tak nak campur lagi. Biarlah siapaun yang Aiman pilih, asalkan dia bahagia auntie terima” balas Datin Khamisah perlahan. Tangannya mengelus bahu Bella. Berharap Bella akan faham dan meneruskan hidupnya. Agar Bella dapat menerima hakikat Aiman tak mungkin akan memilih dirinya.

“Sampai hati auntie. Bella tetap akan tunggu. Takkan auntie nak bermenantukan mana-mana perempuan. Entah mana asal usul mereka pun tak tahu…”

“Auntie akan terima asalkan anak-anak auntie bahagia..” Tegas Datin Khamisah. Wajah Bella berubah. Tak percaya wanita itu tidak lagi menyokongnya. Hatinya geram namun wajahnya tetap dimaniskan.

“Tak apalah auntie, Bella balik dulu. Terlupa Bella ada janji dengan kawan” balas Bella sambil mencium wanita dihadapannya.

“Jaga diri..” pesan Datin Khamisah. Matanya terus memandang kelibat Bella yang makin menjauh.

。。。。。。。。。。。。。。。。。。。。。。。。。。。。。。。。。。。。。。。。。。。。。。。。。。。。。。。。。。

Aiman sabar menanti Fer. Mereka sudah berjanji untuk bertemu di Sri Selasih. Matanya sesekali memandang orang yang lalu lalang. Ada resah yang bertamu dihati. Berharap doanya saban waktu menjadi kenyataan. Berharap hati Rin masih belum dimiliki.

“Maaf Man, aku ada hal tadi” Fer bersuara. Mengejutkan Aiman dari lamunannya.

“OK, apa yng kau dapat?” Tanya Aiman tanpa sabar. Fer terus menyerahkan beberapa dokumen dan gambar kepada Aiman.

“Budak-budak tu anak kau. Aku dah dapat makilumat mengenai mereka. Dalam dokumen itu ada laporan mengenai mereka termasuk salinan surat lahir mereka. Mereka lahir enam bulan selepas penceraiian kau dan Rina” terang Fer.

Aiman diam. Terus melihat maklumat yang Fer berikan padanya. Ya Allah… apa yang aku dah lakukan. Ada penyesalan dan rasa bersalah bersak dalam jiwanya. Kalaulah dia tak melakukan kesilapan sudah tentu mereka bahagia sekarang.

“Lelaki ni siapa?” Aiman bertanya. Hatinya di pagut cemburu melihat gambar ditangannya. Tergambar kemesraan lelaki itu bersama-sama Rina dan anak-anaknya.

“Ahmad Risyam bin Sulaiman. Menurut maklumat lelaki tersebut kawan baik Rina. Malah dari sumber yang aku dapat, lelaki tersebut pernah melamar Rina…”

“What!!!” Aiman terkejut.

“Aku nak kau buat apa sahaja. Yang penting jauhkan lelaki ni dari keluarga aku” arah Aiman tegas.

Tuesday, September 21, 2010

KASIH SELAMANYA 4

MAAF JIKA HANA LAMBAT MASUKKAN N3 BARU... SEKARANG HANA BUSY SIKIT. APAPUN SEMOGA TERHIBUR DENGAN N3 INI. MAAF JIKA TIDAK MEMUASKAN HATI ANDA SEMUA. APAPUN SILALAH TINGGALKAN KOMEN AGAR HANA DAPAT MEMPERBAIKI LAGI KARYA HANA....

Rina terpaku. Kak Maz menghampiri. Matanya memandang wajah Rina yang pucat. Qazrina juga memandang wajah pak Cu dan cikgu Qaseh silih berganti.

“Mama, kenapa mama nangis?” Tanya Naqisha. Naqib juga sudah berdiri dihadapan mamanya. Rina tyersentak. Matanya memandang wajah anak-anaknya. Pantas tangan ke dua-duanya di tarik Rina menuju ke dalam nursery. Kak Maz terpinga-pinga melihat reaksi Rina. Apa yang berlaku. Qazrina juga terkebil-kebil memandang tingkah cikgu Qaseh yang terus meninggalkan mereka.

Aiman memandang langkah Rina yang makin menjauh. Tiada lagi cahaya cinta pada mata wanita itu. Yang ada hanya sinar kebencian dan amarah yang entah bila akan hilang.

“Maaflah Encik, cikgu Qaseh tak sihat sikit. Encik nak ambil Qazrina ya?” Kak Maz menegur mesra. Cuba menjernihkan keadaan yang agak kurang menyenangkan tadi.

“Ya, Baby ambil beg kita balik” arah Aiman. Matanya masih memandang ke dalam nursery.

“Rina dah lama kerja kat sini?” tiba-tiba Aiman bersuara. Kak Maz tersentak. Rina…

“Opps.. maksud saya cikgu Qaseh? Qaseh Airinakan nama dia?”

“Yaa.. maaflah Encik. Kat sini semua panggil dia Qaseh tu yang…Eh!! Mana Encik tahu nama Qaseh?”Kak Maz bertanya hairan. Setahunya jarang yang tahu nama penuh Qaseh.

“Taka pa Puan Maz. Baby yang beritahu nama cikgu Qaseh. Tadi tu anak-anak dia ke?”

“Ya…” jawab Kak Maz teragak-agak. Hatinya masih ragu.

“Pak cu jom balik” Qazrina pantas memaut tangan Aiman.

“Jumpa lagi Puan Maz. Sampaikan salam saya kepada cikgu Qaseh ya”Aiman terus memimpin Qazrina kekereta. Akhirnya pencariannya selama ini hamper menemui noktahnya. Yang pasti dia akan menyiasat mengenai Rina dan budak-budak tu. Anak siapakah itu. Hatinya dipaut ragu... ada resah di situ.

。。。。。。。。。。。。。。。。。。。。。。。。。。。。。。。。。。。。。。。。。。。。。。。。。

“Qaseh ok?” Kak Maz menyapa Qaseh yang sedang termenung. Ada air mata yang mengalir dipipi wanita itu.

“Saya ingat saya sudah cukup kuat untuk hadapi semua ini. Saya letih kak Maz, letih sangat. Kenapa mesti dia kembali selepas apa yang berlaku. Selepas dia tinggalkan saya. Buang saya seperti sampah…” tangis Rina. Kak Maz hanya memeluk tubuh Rina. Dibiarkan wanita itu menangis di bahunya. Meluahkan semua rasa yang terpendam di jiwa.

“Sabarlah Qaseh. Tapi dia siapa? Lelaki tadike? Pak su Qazrina?” Kak Maz menyoal. Dia dapat rasakan perubahan emosi Qaseh berkaitan dengan lelaki tersebut.

“Dia papa Naqib dan Qisya. Bekas suami Qaseh. Dah lama Qaseh cuba lupakan dia. Tak sangka akhirnya……..”

“Maaf kalau Kak Maz Tanya, bukan Kak Maz nak menyebok tapi dia tahu tak mengenai Naqib dan Naqisya? Rasanya dia tak taukan? Apa yang berlaku sebenarnya?” Duga kak Maz.

“Tak… dia tak pernah tahu……..” dan Rina terus bercerita. Meluahkan segala rahsia hidupnya. Kak Maz hanya mendengar. Ada simpati bertamu di hati. Tak menduga hidup Qaseh yang sentiasa ceria itu ada duka yang tersembunyi. Pandai Qaseh menyembunyikan segala lara dihatinya selama ini.

………………………………………………………………………………….

“Fer, aku ada kerja yang kau perlu uruskan” Aiman bersuara tegas. Dia mesti tahu status Rina sekarang dan siapa budak-budak tersebut.

“Kerja apa” Tanya suara di hujung talian.

“Aku dah jumpa Rina, aku nak kau siasat mengenai Rina. Semuanya. Aku nak tahu apa terjadi selepas kami berpisah. Kalau boleh secepat mungkin. Nanti aku sms alamat dia yang baru.”

“ok, aku akan uruskan” talian ditamatkan. Aiman meraup rambutnya. Rambutnya yang sudah panjang.

‘Rina… akhirnya bertemu juga kita. Abang akan pastikan Rina tetap menjadi milik abang. Kita akan bina semula keluarga kita. Walau jauh manapun Rina pergi selepas ini akan abang jejaki…’ Tekad Aiman. Dia akan cuba menawan hati Rina semula. Hanya Rina yang layak mendiami istana kasih mereka. Tiada yang lain. Hanya Rina…

Friday, August 27, 2010

KASIH SELAMANYA 3

Rina melangkah lemah. Perlahan tubuhnya direbahkan ke sofa. Dia penat. Letih untuk terus memikirkan segala kemungkinan. Benarkah kata-kata Kak Lin yang Aiman menderita. Akhirnya dia ketawa sinis. Tidak mungkin. Lelaki itu kelihatan sangat bahagia dengan cinta hatinya ketika pertemuan terakhir mereka. Langsung wajahnya tidak dipandang. Seolah-olah benci benar lelaki itu padanya.

"Mama..." jeritan nyaring Naqib dari luar rumah mengembalikannya ke alam nyata. Pantas dia bangun membuka pintu. Kelihatan Kak Maznah, salah seorang pekerja nurserynya berdiri di luar pagar bersama-sama Naqib dan Naqisha.

"Maafkan Qaseh kak Maz, tiba-tiba rasa tak sihat. Menyusahkan Kak Maz je kena hantar budak-budak ni balik. terima kasih Kak Maz. Jomlah masuk dulu" ajak Rina ramah. Pagar segera dibuka. Maznah hanya tersenyum apatah lagi melihat Naqib dan Naqisha berebut-rebut masuk ke dalam rumah.

"Tak apalah Qaseh. Tak susah pun. rumah Kak Maz kan selang dua pintu je dari sini. Qaseh ok? pucat je Kak Maz tengok?" tanya Maznah. Tangannya menyerahkan beg keperluan Naqib dan Naqisha.

"Pening sikit Kak Maz. Agaknya panas sangat hari ni. Jom lah singgah dulu"

"Tak payahlah Maz. Akak nak balik ni. Petang benar dah ni. Badan pun dah melekit. Lain kali ya. Jangan lupa makan ubat. Kalau tak ok juga phone Kak Maz. Kita ke klinik" balas Maznah sebelum keretanya meluncur pergi. Rina pantas mengunci pagar dan melangkah masuk ke dalam rumah.

"Abang, adik pergi mandi. Nanti kita makan. Mama ada beli KFC" arah Rina pada Naqib dan Naqisha yang sedang menonton tv. Pantas Naqib dan Naqisha melangkah ke tingkat atas. Ingin mandi.

"Ha... mandi betul-betul tau. jangan mandi kerbau. Baju mama dah letak atas katil abang dan adik" arag rina sebelum melangkah ke dapur untuk menyiapkan minum petang mereka.

Rina tersenyum melihat anak-anaknya begitu riang menikmati ayam goreng KFC. berselera sekali mereka makan. Sesekali mulut kecil itu berceloteh. bercerita itu ini.

"Mama, kenapa adik dan abang tak ada papa?" Rina tersentak mendengar pertanyaan dari Naqisha. Matanya memandang wajah polos itu. penuh dengan pengharapan. Ingin tahu mengapa mereka tidak punya papa seperti kawan-kawan yang lain.

"Betul tu mama, kawan-kawan abang selalu cerita pasal papa mereka. kenapa abang dan adik tak ada papa? papa pergi mana? kenapa papa tak tinggal dengan kita? sama macam kawan-kawan abang. Papa mereka kerja jauh pun tetap balik tengok diaorang mama. kenapa Papa tak balik?" Naqib pula menyoal. membuatkan nafas Rina makin sesak. Jawapan apa yang harus di beri. Selama ini dia memberitahu papa mereka kerja jauh. nak kumpul duit banyak-banyak untuk bawa mereka ke Disneyland... anak-anak kecil itu menerima tanpa banyak soal, tapi kini jawapan apa yang harus dia beri? Serba salah.

"Papa kerja sayang. Tak lama lagi papa baliklah. Papa pun rindu abang dan adik tapi papa kerja jauh" terang Rina perlahan. serasa tak terkeluar suaranya. Maafkan mama sayang...

"tapi bila mama?" soal Naqisha. Tidak berpuas hati dengan jawapan mamanya.

"Dah lah adik, nanti papa baliklah. Tengok adik dah buat mama sedih. Mama janganlah sedih. Abang tak kisah pun, asal mama ada dah cukup bagi abang" pujuk Naqib bila melihat mata mamanya yang sudah berair. Wajah mama juga nampak sedih. Pantas tubuh kecil itu memeluk mamanya.

"Adik pun sama. Mama jangan sedih lagi" Naqisha turut memaut tubuh mamanya. Rina pantas memeluk anakanaknya.

"Mama sayang anak-anak mama" bisik Rina perlahan. pipi ke dua-dua anaknya di kucup penuh kasih sayang.

.................................................................................

Aiman melanglah perlahan ke arah handsetnya yang berdering. melihat skrin seketika.

"Waalaikumsalam. Haa.. ambil Baby kat nursery? Malaslah... Yelah, Man pergi" Aiman mendengus perlahan. Nak tak nak terpaksa juga dia keluar. Entah apa urusan KaK Lin yang kononnya penting sangat sampai dia terpaksa mengambil Baby di Nursery.

Aiman memandu dengan berhati-hati. Kali pertama dia mengambil Baby. Mengikut alamat yamg Kak Lin bagi betullah jalan ni tapi kat mana Nur Qaseh Nursery ni. Tersenyum bila terpandang sign board Nursery tersebut. Pantas Aiman mem,akirkan keretanya di luar pagar. Kelihatan beberapa orang kanak-kanak sedang berm,ain sambil diawasi oleh beberapa orang guru atau penjaga mereka.

"Ya Encik, boleh saya bantu?" Kak Maz bertanya pada seorang lelaki yang kelihatan terjengok-jengok ke dalam nursery.

"A..aaa Saya Aiman, bapa saudara Kazrina. Saya datang nak amb..."

"Pak cu..." tiba-tiba terdengar suara Qazrina. Pantas anak kecil itu menghampiri Aiman.

"Cikgu Maz ni la Pak Cu Baby. Naqib, Qisha ni lah Pak cu kita" Qazrina pantas memperkenalkan bapa saudaranya kepada guru dan rakan-rakannya.

"Pak cu kejap erk.." Qazrina kembali berlri kedalam nursery. Tidak lama kemudian Qazrina keluar sambil tangan kecilnya memaut tangan cikgu Qasehnya. Rina turut berlari-lari anak mengikut rentak Qazrina. Entah apa yang anak kecil itu ingin tunjukkan padanya.

Aiman memandang wajah kanak-kanak yang berdiri dihadapannya. comel betul. Makin lama direnung wajah kanak-kanak tersebut, terbayang iras seseorang. seseorang yang amat di rinduinya.

"Cikgu Qaseg ni lah Pak Cu Baby..." dan kata-kata Qazrina itu membuatkan nafas Rina bagaikan terhenti. Aiman pula pantas memandang ke arah Qazrina dan matanya terpaku bila memandang wajah yang berdiri di sebelah Qazrina.

"Rin..." hanya itu yang mampu diucapkan bibirnya.

Wednesday, August 25, 2010

KASIH SELAMANYA 2


“Ibu janganlah fikirkan sangat, Lin yakin satu hari nanti Aiman akan ok juga. Lin yakin, Aiman tak pernah marahkan ibu. Dia Cuma merajuk jer. Lin juga yakin Rina akan kita temui juga. Malaysia ni bukannya besar sangat” pujuk Amalina.

“Ibu tak tau nak buat apa lagi Lin. Sampai bila keluarga kita nak macam ni? Ibu rasa bersalah sangat pada Rind an Aiman. Kalaulah ibu tak turutkan rasa hati…”

“Ibu, dah lah tu. Jangan salahkan diri lagi. Lin tak nak ibu muram macam ni. Sakit nanti macammana? Dah jom turun makan. Budak-budak tu dah lama tunggu. Mereka rindu betul pada ibu” Amalina pantas meminpin ibunya ke tingkat bawah. Dari jauh sudah kedengaran suara anak-anaknya. Bising betul tapi dia senang begitu. Sekurang-kurangnya rumah ni taklah sepi sangat.

Datin Khamisah tersenyum melihat telatah cucu-cucunya itu. Terlupa seketika masalah yang dihadapinya.

“Anip, baby janganlah bising sangat” tegur Amalina pada anak-anaknya.

“Opah…” jerit Anip dan baby. Pantas mereka berlari mendapatkan Datin Khamisah. Tubuh tua itu mereka peluk. Datin Khamisah menghadiahkan ciuman pada pipi kedua-dua cucunya itu.

“Baby rindu betul kat opah”

“Anip pun sama”
“Opah pun rindu kat Anip dan baby. Kenapa lama tak jenguk opah?”

“Mama dan papa tu asyik busy jer. Tak dapat bawa baby gi rumah opah” balas Baby riang.

“Ya? Cian cucu opah. Jom makan. Tok Mah masak sedap tau hari ni” ajak Datin Khamisah. Amalina hanya memerhati. Sedikit lega melihat wajah ibunya yang sudah agak ceria.

………………………………………………………………………………………………..

Amalina hanya melihat adiknya yang sedang termenung. Langsung tidak menghiraukan kehadirannya. Makanan yang dihidangkan juga tidak terusik. Anak-anaknya di biarkan menonton tv di ruang rehat.

“Sampai bila Man nak macam ni? Man tak kesiankan ibu? Papa? Kalau Man tak kesiankan mereka, Man kesiankan lah diri Man. Tengoklah Man tak terurus langsung. Rambut dan jambang tu bila nak cukur. Rimas akak tengok” Aiman hanya diam. Dibiarkan sahaja leteran Amalina. Puas nanti, berhentilah mulut Amalina. Mereka hanya tahu bercakap, hanya dia yang tahu sengsara hatinya bila kehilangan Rina. Bukan salah mereka, silap dirinya sendiri. Diri sendiri yang tak teguh pendirian.

………………………………………………………………………………………………..

Rina menolak troli yang sarat dengan barang-barang keperluan mereka sekeluarga. Suasana di Tesco hari ini agak lengang. Masih waktu pejabat. Dia senang membeli belah waktu begini. Tidak perlu bersesak-sesak dengan orang ramai. Naqib dan Naqisha ditinggalkan di nursery. Nursery yang dibina atas usaha sendiri. Gembira, akhirnya impian untuk membuka nursery Nur Qaseh tertunai sudah.

“Cikgu Qaseh” Rina pantas berpaling ke satu arah bila mendengr namanya di panggil. Siapa? Matanya terpandang satu wajah comel yang sedang melambai ke arahnya.

“Kazrina, buat apa kat sini?” Tanya Rina pada pelajarnya itu.

“Ikut mama shopping. Abang pun ada” jawab Kazrina. Matanya menunjukkan ke satu arah.

“Baby… kat sini rupanya. Puas mama cari” tiba-tiba terdengar suara seorang wanita dalam nada panic.

“Maaf cik anak saya ni nak……” kata-kata wanita itu terhenti kala terpandang wajah Rina. Rina juga tergamam. Tidak menduga akan ada pertemuan antara mereka lagi.

“Rin…” wanita tersebut pantas memeluk Rina.

“Kak Lin…” Rina juga membalas pelukan Amalina. Rindunya pada Amalina yang baik hati dan sentiasa melindunginya dalam keluarga Datin Khamisah.

“mama kenal dengan cikgu Qaseh ke?” soal Anip. Kazrina a.k.a Baby hanya diam. Terpinga-pinga melihat gelagat mama dan cikgunya itu.

“Kenal, salam dengan Acu Rin saying” pinta Amalina pada anak-anaknya.

“Acu Rin?” Bany bertanya pelik. Begitu juga dengan Anip. Tak mengerti mengapa mamanya memanggil cikgu Qaseh Acu Rin.

“Ya, Acu Ri. Acu Rink an isteri Pak cu Man,” balas Amalina. Rina yang mendengar rasa tidak tenang. Ada resah yang melanda.

“Jom Rin, kita ke KFC depan tu. Banyak yang Kak Lin nak bualkan dengan Rin. Setelah lima tahun, jumpa juga akak dengan Rin. Syukur pada Allah. Aiman mesti suka” Amalina bersuara gembira. Rina serba salah mendengar permintaan Amalina. Tak sampai hati pula hendak menolak.

“Baiklah, tapi Rin kena bayar barang-barang ni dulu”

“Jom, Kak Lin pun nak bayar barang-barang ni juga” balas Amalina sambil menunjukkan trolinya yang sudah penuh.

…………………………………………………………………………………………….

“Macammana hidup Rin sekarang?” soal Amalina. Matanya sesekali memerhati anak-anaknya yang sedang enak menjamu selera.

“Baik, macam yang kak Lin lihat. Biasa je. Tiada apa yang berubah” balas Rina.

“Rin tak rindu pada kami semua? Mana Rin pergi selama ni? Puas kami cari Rin tau”

“Cari Rin? Untuk apa? Rin malas nak cari masalah Kak Lin. Itu pilihan abang. Biarlah. Rin doakan dia bahagia dengan pilihan hatinya. Siapalah Rin…” Amalina mengeluh mendegar kata-kata Rina.

“Rin tak tau, sepanjang lima tahun ini banyak yang berubah. Rin jangan ingat Aiman bahagia sepanjang lima tahun ni. Aiman juga sengsara Rin. Baliklah. Kesian Aiman. Puas dia cari Rin selama ni” Rina sekadar tersenyum sinis. Untuk apa lagi Aiman mencarinya. Bukankah lelaki itu yang membuangnya. Meninggalkannya.

“Untuk apa Kak Lin. Itu pilihan dia sendiri. Rin balik dulu. Rin minta Kak Lin rahsiakan pertemuan kita. Cukuplah setakat ini sahaja. Rin tak nak ada hubungan lagi dengan Aiman. Hati Rin masih lagi sakit. Masih lagi luka. Maafkan Rin. Rin balik dulu. Assalamualaikum” Rina pantas berlalu. Amalina hanya mampu memandang. Ternyata lima tahun ini telah banyak mengubah kehidupan mereka. Doanya agar Rina bahagia dengan kehidupannya.

Tuesday, August 24, 2010

KASIH SELAMANYA


Rina terpaku mendengar apa yang di ucapkan oleh bibir Aiman suaminya. Benarkah? Semudah itukah kasih yang mereka bina beralih arah. Hanya kerana mereka belum dikurniakan cahaya mata setelah lima tahun berkahwin, kasih lelaki itu telah beralih arah. Sampai hati abang…

“Maafkan abang Rin, tapi hati abang ni susah di kawal. Abang rasa sunyi…” lelaki itu berbicara lagi. Matanya masih merenung ke arah Bella di sisi. Bella si gadis genit pilihan ibu yang akhirnya berjaya mencuit hatinya.

“Baiklah kalau itu yang abang inginkan, Rin izinkan tapi lepaskan Rin” balas Rina tegas. Jika kasih sudah tiada, tiada guna dia merayu. Dia juga punya maruah. Biarlah Aiman mengejar bahagianya sendiri. Dia redha jika setakat ini sahaja penghujung cinta mereka.

“Rin…”Aiman terkesima mendengar permintaan Rina. Hatinya berbelah bahagi. Namun desakan dari pihak ibunya dan rasa kasih yang mula berputik pada Bella membuatkan dirinya tidak mampu melepaskan gadis itu.

“Baiklah, jika itu yang Rin inginkan. Abang lepaskan Rin dengan talak satu,” Aiman pantas berlalu dari situ selepaskan mengucapkan kata-kata perpisahan antara mereka. Bella tersenyum sinis memandang ke arah Rina. Air mata mengalir perlahan menyusuri pipi Rina. Akhirnya inilah akhir cinta mereka selama lapan tahun ini. Terlerai juga akhirnya.

………………………………………………………………………………………………………..

Lima tahun kemudian

“Mama….” Jeritan nyaring Naqib kedengaran dari tuang tamu rumah. Rina yang sedang memasak di dapur segera ke ruang tamu. Habis bersepah ruang tamu yang baru di kemaskan. Di satu sudut kelihatan Naqib dan Naqisha sedang berebutkan sebuah buku.

“Abang, adik dah jangan berebut. Nanti koyak buku tu” arah Rina pada permata hatinya itu. Naqisha terus mendapatkan mamanya bila Naqib berjaya memperoleh buku yang di rebutkan mereka.

“Mama… abang ambil buku adik” adu Naqisha pada mamanya. Tangannya mengelap air mata yang laju menuruni pipi. Naqib hanya ketawa sambil menunjukkan buku tersebut kea rah Naqisha yang masih lagi menangis.

“Abang kenapa ambil buku adik? Hari tu mama nak belikan abang tak mahu. Abang nak buku lain sekarang berebut dengan adik pula. Dah, pulangkan buku adik, kalau abang nak minta izin dari adik dulu” Naqib hanya memandang mamanya yang sedang membebel. Sesekali mamanya memujuk Naqisha yang masih lagi menangis.

Pelahan Naqib melangkah menghampiri Rina dan Naqisya. Buku di tangan di suakan kea rah Naqisha.
“Nah, adik ambillah buku ni. Jangan nangis lagi” pujuk Naqib pada Naqisha. Tangannya mengesat air mata di pipi Naqisha. Rina hanya memerhati telatah anak-anaknya. Ada senyuman di bibir. Bahagia. Mungkin ada hikmah apa yang berlaku.

“Abang ambillah, adik dah habis baca” balas Naqisha. Tangannya memaut tangan Naqib. Ada keakraban di situ.

“ok lah jom kit abaca sama-sama” balas Naqib sambil memaut mesra bahu adiknya.

“Macam tu lah anak mama” Rina pantas memeluk anak-anaknya sambil mengucup pipi mereka. Kedua-duanya ketawa riang. Kini hanya mereka cahaya hidupnya. Syukur pada Allah, setelah seminggu kes perbicaraan mereka selesai, dia menyedari dirinya hamil. Alhamdulilah, dia hilang Aiman Allah anugerahkan anak bagi mengubati hatinya.

………………………………………………………………………………………………………..

Aiman melangkah masuk ke rumahnya. Masih seperti lima tahun dahulu. Tiada yang berubah. Dia sengaja mengekalkan susun atur rumah itu. Semuanya idea Rina. Berharap suatu hari nanti rina akan di temuinya. Puas sudah dia mencari Rina namun pemergian Rina tanpa jejak yang boleh diikuti. Rina hilang begitu sahaja. Yang tinggal hanya penyesalan dan rasa rindu yang tidak pernah surut,

“maafkan abang…… Rin baliklah abang rindukan Rin” Aiman mengeluh lagi. Tangannya meraup rambut yang sudah semakin panjang. Tidak terjaga. Tanpa Rina hidupnya kosong. Sebahagian dari dirinya hilang. Hilang bersama-sama dengan Rina.

Dia tidak pernah sedar betapa pentingnya Rina. Rina selalu ada. Walau jauh manapun dia melangkah, Rina tetap ada di situ menantinya kembali. Kini semua kosong. Rina sudah meninggalkannya. Bukan pinta Rina tapi salahnya sendiri. Dia yang merelakan Rina pergi dari hidupnya. Kerana dia yakin, Rina bukanlah sesiapa. Tidak pentingpun. Bella yang penting tika itu hinggalah Rina pergi.

Dia bagai terjaga dari mimpi. Hidupnya kacau bilau. Biarlah apapun yang Bella lakukan, hatinya tetap resah. Dirinya terasa kosong lalu Bella di tinggalkan. Majlis pertunangan yag di rancang telah dia batalkan. Pedih telinganya mendengar leteran ibu. Namun tiada kesan pada dirinya. Yang ada hanya Rina. Rina perlu di cari.

“Baliklah Rin… biarlah seribu Bella pun tidak akan mampu menandingi Rin” Aiman merintih perlahan. Gaun malam yang dihadiahkan pada Rina di peluknya. Hanya itu yang ada bagi mengubat rindunya pada Rina. Matanya memandang potret Rina. Rina tersenyum riang dalam pelukannya. Fikirannya terus melayang mengingati detik-detik bahagia mereka sehinggalah matanya tertutup. Hanyut di buai mimpi indah bersama-sama Rina kekasih hatinya.

………………………………………………………………………………………………………

Amalina melangkah memasuki rumah ibunya. Anak-anaknya di biarkan bermain di taman. Rumah itu kelihatan sunyi. Entah mana semua penghuninya pergi.

“Mak Mah, ibu mana?” Amalina bertanyakan pembantu rumah ibunya yang sedang menyediakan makan tengahhari.

“Datin di bilik Cik Lin. Dato’ keluar,” balas Mak Mah

“Ok, saya naik atas dulu” Amalina pantas berlalu ke tingkat atas. Mencari ibunya.

“Ibu buat apa tu?” Tanya Amalina bila melihat ibunya termenung.

“Ibu rindukan Aiman, dah lama Aiman tak balik. Ibu tahu dia masih marahkan ibu.” Amalina mengeluh. Tahu betapa ibunya rasa bersalh atas apa yang berlaku apatah lagi melihat keadaan Aiman sekarang. Sudah lima tahun berlalu. Sepanjang waktu itu Aiman tidak pernah kemari. Pejabat juga sudah tidak dipedulikan. Hidup adiknya itu hanyalah mencari Rina. Kasihan Aiman. Hanya sedikit kesilapan, adiknya itu menderita hingga kini. Dia hanya mampu berdoa moga ada sinar menyinari hidup adiknya.

SALAM RAMADHAN PADA SEMUA YANG SUDI MENJENGAH CERITERA HATIKU... SEMOGA TERHIBUR DENGAN CERPEN YANG HANA REPEKKAN INI. IDEA UNTUK SAMBUNG RAZIF N ZAHLIA, RAHSIA HATI HANIM (RHH) MACAM TERHENTI JER... INSYAALLAH KALAU IDEA DATANG HANA AKAN SAMBUNG SEMULA... MAAF YA BUAT ANDA SEMUA TERTUNGGU-TUNGGU (entah ya antah tidak) ADA MASA NANTI HANA MASUKKAN SAMBUNGAN KASIH SELAMANYA 2...

Monday, July 19, 2010

RAHSIA HATI HANIM 6


Hanim membuka matanya. Terasa perit matanya menahan cahaya yang menyilau. Matanya memandang sekeliling. Aneh. Dimana dia kini. Hospital? terkejut melihat keadaannya dengan kaki kiri bersimen. Tangan yang berbalut dan kepalanya sangat sakit.

"Nim dah sedar?" tiba-tiba satu suara menegurnya. Matanya memandang wajah dihdapannya. Siapa. Wanita itu segera keluar memanggil jururawat. Tidak lama kemudian Salbiah masuk. Hanim tersenyum lega melihat Salbiah.

"Kak Sal, apa yang terjadi? Kenapa Hanim boleh ada kat sini?" tanya Hanim keliru.

"Hanim tak ingat? Hanim kan kemalangan. Sudah semiggu Hanim tak sedar," Balas Salbiah. Matanya memandang wajah Hanim yang kelihatan keliru. Hanim ni ok ke tak?

Dr Rahman dan beberapa orang jururawat masuk kebilik tersebut. Salbiah keluar, memberi ruang mereka memeriksa Hanim.

Opah melangkah perlahan ke arah Salbiah. Hatinya gembira mendengar Hanim sudah sedar. Puan Nora juga gembira.

“Sal macam mana Hanim?” Tanya opah tidak sabar.

“Sal tengok dia ok je Cuma Hanim macam keliru sedikit. Apapun kita tunggu apa kata doctor,” Puan nora lega mendengar kata-kata Salbiah. Pantas dia menelefon Aizad dan suaminya mengkhabarkan berita tersebut.

………………………………………………………………………………………………………..

Hanim merenung wajah-wajah di hadapannya. Siapa mereka? Kawan Kak Sal kot, teka Hanim sendiri. Tapi wajah perempuan yang kelihatan anggun di hadapannya itu seperti pernah dilihat Tapi dia lupa dimana. Lama wajah itu direnungnya, mencari nama pemilik wajah tersebut di celah-celah memorinya. Oppss… tu bukankah Puan Nora, isteri Tuan Farok majikannya dan ibu Encik Aizad. Hanim terperanjat bercampur hairan. Kenapa keluarga majikannya berada di sini. Di dalam bilik wad yang di huninya.

“Hanim sihat?” opah bertanya. Tangannya mengelus lembut rambut Hanim. Hanim yang masih terpinga-pinga hanya diam. Keliru. Siapa pula perempuan tua ni? Hanim bertanya sendiri. Matanya pantas mencari wajah Salbiah. Salbiah yang menyedari keadaan Hanim memandang wajah itu kehairanan. Mengapa? Bukankah selama ini Hanim sangat merindui opah. Kini bila bertemu Hanim seolah-olah tidak mengenali opah pula.

“Sihat tapi nenek ni siapa? Kita pernah kenalke? Kenapa pula Puan Nora ada di sini?” Terkejut semua bila mendengar pertanyaan Hanim. Masing-masing memandang sesama sendiri. Latipah yang sedang membuka pintu juga tergamam. Amar yang berada dalam dukungan meronta-ronta untuk melepaskan diri apabila terpandang wajah Hanim. Latipah menurunkan Amar, anak kecil itu terus berlari kea rah Hanim. Hanim makin keliru. Ni siapa pula? Matanya silih berganti merenung Latipah dan Amar. Amar memandang wajah Hanim, tangannya di depakan agar Hanim mengankatnya. Salbiah yang melihat mengangkat anak kecil itu ke atas katil. Di dudukkan bersebelahan Hanim.

“mi…mi…” Amar bersuara perlahan. Tangan kecilnya memeluk Hanim. Pipi hanim di cium bertalu-talu. Hanim memeluk anak kecil itu perlahan. Matanya memandang Salbiah penuh tanda tanya.

Saturday, July 17, 2010

RAZIF N ZAHLIA 3

Zahlia merenung wajah mengharap kak Zue. Serba salah. Dalam dilema. Kak Zue mengajaknya ke kampung bakal tunangnya. Alasannya, Kak Zue segan hendak pergi sendiri kerana adiknya Sheila yang telah berjanji untuk ikut sama tidak dapat pergi.

"Yelah, Lia temankan. Tak yah lah akak buat muka macam tu. tak cantik pun" pantas tubuh Zahlia di peluk Zueraida. Gadis itu menjerit keriangan.

"Akak ni kenapa happy sangat. Lia cuma setuju nak ikut jer" balas Zahlia. Hairan melihat tingkah Zueraida.

"Bukan apa, akak bukannya suka sangat nak ke sana. Segan pun ada. Lagipun mak Razif tu cerewek sangat" terang Zueraida. Dia memang tidak berapa menyukai bakal ibu mertuanya itu. Mujur Zahlia ingin ikut, kalau tidak boleh mati kutu dia kat sana.

"Kampung bakal tunang akak tu kat mana?"

"perak. Lia ikut je lah. best tau. Suasana dia nyaman danm cantik. kak Zue suka" Zueraidah ketawa. terbayang pemandangan desa yang sangat indah. Tak sabar nak ke sana. Maklumlah Zueraidah dibesarkan di bandar. Sejak rapat dengan Razif, dia mulai jejak kaki ke desa. kelakar bukan? apa nak buat. Atuk di kedua-dua belah pihak ayah dan ibunya juga orang bandar.

"Perak... Tak lah jauh manapun. Lia pun pernah tinggal kat sana waktu kecil-kecil dulu.Papa lia pun orang Perak. Tapi kami dah lama tak balik sana sejak opah meninggal"

"Ye ke? akak ingatkan Lia orang Kedah," balas Zueraida.

"Mama Lia orang kedah, papa orang Perak. kampung abang Razif area mana?"

"Kamunting, Kenapa? Lia dulu tinggal area mana?"

"Samalah" balas Zahlia. Hatinya terkenang kembali kenangan semasa kecilnya. kenakalan Ika dan Boy. Along yang suka membulinya... Ahh rindunya pada kenangan itu. Sekarang mesti along yang gemok dan suka membulinya sudah besar. Boy yang comel tu pun agaknya dah besar. teringat saat Boy menangis saat mereka berpindah. Boy dan Eka. betapa rapatnya hubungan mereka. Tidak seperti hubungannya dengan Along, abang Boy. asal bertemu asyik bercekau sahaja. macam anjing dan kucing. pantang silap sikit, ada aje yang ingin digaduhkan.

Wednesday, June 23, 2010

RAZIF N ZAHLIA 2


"Lia kenalkan ini Razif bakal tunang kak Zue" Zueraida memperkenalkan Razif kepada teman serumahnya. Zahlia sekadar tersenyum. Kali pertama bersua muka setelah sekian lama hanya mengenali insan di hadapannya melalui cerita-cerita Zueraida.

Razif sekadar memandang sekilas teman serumah Zueraida. Tidak berminat. Matanya masih asyik membaca majalah di hadapannya. Tiada apa yang menarik. sesekali matanya melirik keadaan ruang tamu rumah yang didiami dua gadis tersebut. Kemas dan sedap mata memandang.

"Zif, you duduklah dulu. I siap kejap. Lia tolong kak Zue buatkan air untuk Razif" Zueraida segera berlalu. Itulah padahnya bila terlupa janjinya dengan Razif. Terpaksalah Razif menantinya bersiap.

Zahlia melangkah ke dapur. Berfikir air apa yang hendak dihidangkan. Aahh bancuh sirap dah lah. Tangannya terus mencapai korsial sirap dalam peti sejuk. Mula membancuh. Terpulanglah pada tetamunya samaada hendak minum atau tidak. dia tidak kisah.

Razif merenung gadis yang sedang menghidangkan air di hadapannya. Tertib. Berhati-hati gadis tersebut meletakkan gelas di hadapannya. Gadis itu nampak resah. mungkin sedar dirinya sedang diperhatikan. Hmm... not bad. cantik cuma parut didahinya agak mencacatkan kecantikannya. Apapun wajah itu manis. Tak jemu mata memandang,Bisik hati Razif.

Zahlia resah. Ish mata dia nieh, aku korek baru tahu. Dari tadi dia sedar mata Razif asyik sekali merenung tingkahnya. Nak saja dia mandikan bakal tunang Kak Zue dengan air sirap. Biar padan muka. Tengok orang macam nak makan jer. Kak Zue ni enth bilalah nak turun. lama betul bersiap. Nak ditinggalkan tetamu, tak manis pula. Tapi lelaki ini benar-benar membuatkan dia resah.

"Boleh tanya? Dah lama menyewa dekat sini?" Razif cuba memulakan perbualan setelah agak lama ruang itu sepi. Bosan pula berada dalam keadaan senyap sunyi sebegini. Namun gadis dihadapannya menyepi. Seolah-olah dia tidak wujud disitu. Ish... dia ni bisu ker? Razif bertanya sendiri.

"Eh Senyap jer? Kenapa?" Zueraida bertanya. Sedari dia turun tadi dia melihat Razif yang kelihatan membelek majalah dengan wajah kebosanan manakala Zahlia pula memandang kosong tv dihadapannya.

"Entahlah, I tak tau yang kawan you ni bisu. I tanya dia senyap jer," balas Razif. Matanya menjeling wajah Zahlia. Wajah itu maih kosong tak berperasaan.

"Ish you ni, tak baik kata gitu. Lia ni cukup semua sifat tau" Balas Zueraida sambil ketawa. Zahlia sekadar tersenyum. Biarpun geram dengan kata-kata Razif itu namun dia tak mahu peduli. Bukan urusannya.

Razif terpana memandang senyuman yang terukir dibibir Zahlia. Cantik. Terutama dua lesung pipit yng menghiasi pipi kiri dan kanan gadis itu. sweat. Seperti pernah di lihat senyuman itu. Namun dia lupa dimana.

"Eh, Yang you tercegat tu kenapa? Jomlah kita pergi?" ajak Zueraida bila melihat Razif bagaikan terpaku di kerusi yang didudukinya.

"A'ah.. jomlah" Razif pantas bangun. Tangannya memaut pinggang Zueraida mesra.

"Lia, Kak Zue pergi dulu. Mungkin kak Zue balik lambat. hati-hati tau. Ingat kunci pintu. Apa-apa hal call kak Zue" Pesan Zuraida sebelum melangkah keluar. Zahlia hanya memerhati pasangan itu meghilang di balik pintu.

Thursday, May 27, 2010

RAHSIA HATI HANIM 5

Salam...

maaf jika n3 ini pendek. buat sementara waktu mungkin hana akan lambat post n3 baru atas beberapa masalah. hope anda terhibur n maaf sekali lagi yaa..



Deringan telefon di ruang tamu mengejutkan Latipah yang sedang menyapu sampah di laman. Segera dia berlari masuk.

“Ya, ini rumah Encik Aizad.”

“Hanim?? Ya Allah” Latipah hamper rebah mendengar khabar yang di bawa pemanggil di talian. Mujur dia sempat berpaut di kerusi.

“Baiklah, saya akan segera sampaikan. Terima kasih Encik” balas Latipah sebelum talian di tamatkan.

“Kenapa dengan kamu Tipah? Siapa yang telefon?” Tanya Puan Nora yang baru turun dari tingkat atas. Latipah tersentak.

“Polis Puan, Hanim kemalangan”

“Apa..” tiba-tiba terdengar jeritan opah. Entah sejak bila opah berada di situ. Latipah juga tidak sedar.

“Mak…” Puan Nora segera berlari mendapatkan opah yang hamper rebah. Segera dipapah opah duduk di kerusi.

“Hanim…”kedengaran suara opah berbisik sayu.

“Pah cepat telefon doctor Zainal dan Tuan Farok” arah Puan Nora. Dia cemas melihat keadaan opah yang tidak bermaya. Mungkin terkejut mendengar khabar Hanim kemalangan. Kemalangan… Ya Allah apa yang berlaku…’Selamatkanlah Hanim…’ doa Puan Nora dalam hati. Walau apapun yang terjadi Hanim tetap anaknya…

“Pah, betul ke Hanim kemalangan? Di mana? Teruk tak? Ya Allah selamatkanlah Hanim…” Puan Nora resah. Mana nak memikirkan opah, mana nak memikirkan Hanim. Hatinya benar-benar bimbang.
“Menurut pegawai polis tersebut Hanim cedera parah puan. Pah risau. Apa kita nak buat? Hanim kat Hospital Sultanah Bahiyah. Alor Star puan. Jauh tu. Macam mana ni?” Latipah resah. Ya Allah selamatkanlah Hanim. Tak sangka Hanim membawa rajuk hingga ke utara tanah air.

“Alor Star? Ya Allah jauhnya Pah. Kenapa lambat sangat Tuan Farok kamu balik ni? Dia kat mana kamu telefon tadi? Si Zainal ni pun kenapala tak sampai-sampai lagi…” Puan Nora terus merungut. Tangannya mengusap belakang opah perlahan. Wajah opah pucat.

Tuesday, May 18, 2010

RAHSIA HATI HANIM 4

“Hanim yakinke nak memandu ni?” Salbiah bertanya. Agak ragu-ragu kerana dia tahu Hanim sudah lama tidak memandu.

“Ye lah, Kak Sal ni takut sangat. Hanim ok je. Lama atau tak, Hanim dah ada lesen pun kak…” balas Hanim tertawa. Salbiah hanya menggeleng. Tahu benar sudah hampir dua tahun Hanim tidak memandu.

“Akak Cuma risau jer, last Hanim memandu, Hanim kemalangan…”

“Akak, please jangan citer pasal tu lagi. Kalau boleh Hanim nak lupakan kisah tu” balas Hanim. Ada nada pilu dalam suaranya. Ya kemalangan yang hampir meragut nyawanya dengan Amar. Amar… mengingati nama itu mengundang rindu yang amat dalam sekali. Amar, jantung hatinya. Terbayang seraut wajah itu, wajah yang tak mungkin akan dilupainya.

“Kalau nak pergi, pergilah sekarang. Lagipun dah petang benar nie”

“Ok, Hanim pergi dulu, kejap jer. Janganlah kak Sal bimbang k” balas Hanim. Enjin kereta dihidupkan. Salbiah memandang hingga kereta yang dipandu Hanim hilang dari pandangan. Entah mengapa hatinya tidak enak. Ada resah yang tidak diketahui apa puncanya. ‘Ya Allah lindungilah Hanim’ doanya.

………………………………………………………………………………………………………..

Prangg

Latipah segera ke bilik opah bila terdengar bunyi kaca pecah. Dia mengeluh lega bila mendapati opah tidak apa-apa. Cuma gelas yang pecah.

“Opah tunggu kejap ya, Tipah ambil penyapu. Jangan gerak tau nanti kena kaca pulak” Latipah terus beredar. Opah masih lagi terpaku. Entah bagaimana gelas dalam pegangannya terlepas dan pecah.

Latipah pantas membersihkan kaca yang bertaburan dengan berhati-hati. Opah telah dibaringkan di atas katil. Tidak mahu opah tercedera. Teruk dia dimarahi Puan Nora jika tahu emaknya tercedera. Panjang bebelannya nanti.

“Kenapa kak Tipah?” tiba-tiba satu suara menegur. Latipah menarik nafas panjang. Terkejut. Pantas dia menoleh. Aizad rupanya.

“Tak ada apa-apa, Cuma opah terpecahkan gelas. Aizad dari mana? Amar mana?” Tanya Latipah. Tangannya masih lagi membersihkan serpihan kaca.

“Amar kat bawah. Dengan mama. Tadi Aizad bawa Amar jumpa doctor. Dua tiga hari ni asyik merengek jer,” Balas Aizad.
“Ye ker? Demam agaknya Amar tu?” balas Latipah. Tahu sejak beberapa bulan ini kesihatan Amar tidak begitu memuaskan.

“Macam tulah Kak Tipah. Opah sihat?”

“Opah macam yang Aizad tengoklah. Kejap sihat,kejap tidak..” balas Latipah perlahan. Ada rasa sayu pada suaranya. Kesian Amar dan opah. Aizad hanya mengeluh. Entah salah siapa ini terjadi. Silap dirinya kah? Entahlah…

Saturday, May 8, 2010

RAZIF N ZAHLIA

"Apa yang abang menungkan tu?"Zahlia menyapa lembut bahu suaminya. Sudah lama dia perhatikan suaminya itu. Seringkali hanyut dalam dunianya sendiri.

"Tak ada apa sayang, Meh duduk sini. Dah lama abang tak berbual dengan sayang dan baby dalam perut ni," Razif menarik tubuh Zahlia ke dalam pelukannya. Perut Zahlia yang memboyot di usap mesra. 'anak walid'...

"Habistu kenapa Lia tengok abang asyik termenung jer? Abang ada masalah ke?"soal Zahlia. Masih tidak berpuas hati.

"Abang rindukan mama... Abang takut tak sempat nak minta ampun dekat mama. Abang takut jika umur abang tak panjang, kalau boleh abang nak mama restu hubungan kita dan terima anak-anak kita..." keluh Razif. Zahlia diam.

"Maafkan Lia, kalau tak kerana Lia abang tak..."Zahlia terpaku bila Razif meletakkan jarinya ke bibir Zahlia.

"Abang tak nak Lia cakap macam tu lagi. Apa yang berlaku bukan salah Lia atau salah sesiapapun. Kita yang pilih jalan ni. Abang nak kita tempuhinya bersama. Jangan sesekali salahkan diri Lia kerana Lia dan anak-anak kita adalah kurniaan terindah dalam hidup abang" tegas Razif. Matanya merenung lembut wajah Zahlia.

"Terima kasih abang, tanpa abang Lia tak mungkin sekuat ini. Abang janji takkan tinggalkan Lia ya"

"Abang janji sayang, hanya maut sahaja yang mampu memisahkan kita"

"Ya, kalau boleh biarlah kita sehidup semati bersama"

"Macammana dengan anak-anak kita Puan Zahlia jika kita mati bersama?" tanya Razif sambil mencuit pipi isterinya.

"Abang ni, Lia baru nak feeling tau... kalau boleh biarlah umur kita panjang, Lia nak tengok Fea dan Baby dalam kandungan ni membesar. Tapi seandainya umur kita tak panjang Lia yakin Eka mampu jaga Fea dan baby Haziq"

"Hhmm.. Baby Haziq? Lia macam yakin je boy dalam perut tu? macam mana kalau girl?" Razif terus membelai perut isterinya itu. Dia yakin kali ini mereka akan mendapat anak lelaki. sengaja dia ingin mengusik isterinya.

"Lia tahulah, Haziqkan anak umi... Bila umi dan walid tak ada nanti, Haziq jangan nakal-nakal tau. Haziq mesti jadi anak yang soleh dan mesti pandai bawa diri. Haziq mesti jaga kak Fea tau" Balas Zahlia. Tangannya mengusap lembut perutnya. Terasa ada gerakan di situ. Seoalah-olah anak kecil itu berinteraksi dengannya.

"Kita tak ada? Kita nak kemana sayang?" Razif bertanya kehairanan. Pelik mendengar kata-kata isterinya itu.

"Tak kemana-mana pun. Tapi Lia tahu abang kena gi bilik air. Mandi. Dah petang ni. Tadi kita dah janji ngan Fea nak kerumah mama"

"Yes madam.." balas Razif berlalu ke bilik air sambil ketawa. Zahlia hanya memandang.

"Ya Allah lindungilah keluargaku... anak-anakku..." Doanya...

Friday, April 30, 2010

RAHSIA HATI HANIM 3

"Selamat pagi cikgu Hanim," Hanim tersenyum lebar memandang wajah anak kecil yang menyapanya. Comel.

"Pagi, Nia datang dengan siapa? Mama? Cikgu tak nampak pun?" tanya Hanim. tidak perasan pula dia siapa yang menghantar Nia.

"Dengan Pak su Ilham. Mestilah cikgu Hanim tak nampak, dah asyik berangan jer. Cikgu ingat siapa?" tanya Nia. Matanya merenung wajah Hanim. Ada senyuman diulas bibirnya.

"Pandai jer Nia nieh. Mana ada cikgu berangan. Dah pergi masuk," balas Hanim. Budak ni, tahu jer aku tengah berangan.

"Eh Nia, kenapa tak masuk lagi?" tegur Salbiah. Matanya memandang wajah Hanim dan Nia.

"Tak ada apa cikgu Sal, Nia cuma tegur cikgu Hanim yang tengah berangan nieh.." terang Nia sanbil berlari masuk ke dalam.

" Nia jangan lari, jatuh nanti" jerit Salbiah dengan Hanim serentak.

"hhmm... betulke kata Mia yang Hanim tengah berangan? Ingat siapa? Tak kan ingat mamat bangla jual karpet tu?" Salbiah menyoal. Ketawa bila melihat wajah Hanim yang memerah. Pantang betul dia jika dikaitkan dengan Bai jual karpet tu.

"Taklah, sajeje tau Kak Sal nieh. Hanim ingatkan opah. Hanim rindukan opah. Entah apa khabar opah sekarang," Ada nada sayu di situ. Salbiah mengeluh. Entah berapa lama lagi Hanim harus terseksa begini. Hanim rindukan opah atau dia? Entah mengapa Kak Sal rasa Hanim lebih rindukan dia. Kesian Hanim. Salbiah tahu setiap waktu gambar dia Hanim bawa kemana sahaja. Entah bagaimana Hanim punya kekuatan itu. Berpisah dengan dia dan cahaya dalam hidupnya. Ya Hanim lebih terseksa berpisah dengan permata hatinya, cahaya yang menerangi hidupnya. Entah bila semua ini akan berakhir...

Wednesday, April 28, 2010

RAHSIA HATI HANIM 2

Sebulan berlalu...

Kak Tipah memandang wajah opah yang sedang termenung. Bingkai gambar di tangan opah di pandang. Seringkali bingkai gambar itu menjadi teman opah. Ada kerinduan yang tergambar di wajah opah. Tubuh opah juga agak susut.

"Opah, jom kita makan" pujuk Kak Tipah. Opah sekadar menggeleng.

"Opah, jangan lah macam ni. Opah kan dah janji dengan Hanim. Makanlah sedikit, nanti opah jatuh sakit kalau terus macam ni. Kalau Hanim tahu mesti dia sedih,"pujuk Kak Tipah lagi.

"Aku tak ada selera Pah. Sudah sebulan Hanim pergi, entah apa khabar dia sekarang? sedikit beritapun dia tak kirim pada aku. Dia dah lupakan aku agaknya..." keluh opah perlahan. Ada rajuk pada suara itu.

"Mungkin Hanim sibuk. Pah yakin nanti dia akan kembali juga. Opah kenalah makan, makan ubat. biar opah sihat. nanti kita sama-sama tunggu dia balik. Kalau opah macam ni, Pah susah hati. Nanti kalau Hanim tahu dia mesti sedih. Opah kita makan sdikit ya?"

"Yelah... aku makan, kau masak apa Pah?" tanya opah. akur dengan pujukan kak Tipah.

"Hari ni Pah masak sedap tau. Ada sambal udang kegemaran opah dan paling istimewa masak lemak tempoyak ikan patin" Opah tersenyum hambar mendengar bicara kak Tipah. Sambal Udang... itu juga makanan kegemaran Hanim. Hanim opah rindukan Hanim... Cepatlah pulang...

Saturday, April 24, 2010

CINTAKAH ITU 2




ZAHID merenung wajah ayu dihadapannya. Aahh makin aku mengenali dirimu makin aku jatuh sayang. Cintakah ini? Si gadis dihadapannya pula kelihatan tersipu-sipu. Manataknya bila direnung dengan gaya yang sungguh menggoda dari senior yang menjadi idaman para gadis. Ahh bangga rasanya. Pasti ramai yang mencemburui dirinya. Bukannya senang nak keluar dengan lelaki ini. Sesekali matanya memandang sekeliling. Ada beberapa siswi memandangnya sambil berbisik-bisik. Ahh… cemburulah tu. Bangganya.

“Err… Mia lapang tak hari minggu ni?” Zahid penuh mengharap. Biarlah jawapan positif yang keluar dari bibir gadis dihadapannya. Damia tersenyum. Hhmm… pertanyaan yang begitu menarik. Pantas dia mengangguk. Masih lagi tersipu-sipu. Makin naiklah saham aku lagi. Keluar dengan Zahid… wow glamour aku nanti. Matanya bercahaya membayangkan reaksi teman-temannya nanti. Pasti mereka akan cemburu.

“kalau macam tu kita keluar nak?” zahid bertanya. Masih lagi ragu-ragu. Gadis dihadapannya lebih banyak tersenyum, mengangguk dan menggeleng. Payah betul nak dengar suara dia. Ada tongkol emas dalam mulut gamaknya.

“Boleh, tapi kita nak kemana?” Zahid tersenyum, akhirnya bersuara jugak si Damia nieh. Ingatkan dah bisu.

“Well… tengoklah nanti. Surprise,” balas Zahid. Senyumannya makin lebar. Positif. Usahanya untuk mengenali gadis ini makin membuahkan hasil. Hmm… hebat jugak aku. Huh perasan lagi…


DAMIA melangkah riang menghampiri teman-temannya. Dia benar-benar gembira. Akhirnya lelaki yang diminati menunjukkan respon. Dirinya bagaikan berada diawangan. Jatuh cinta? Mungkin? Yang penting temujanji mereka hari minggu ni. Pasti akan membuatkan Fidah dan Anim cemburu dan yang paling penting si Khaty perasan tu akan menangis hiba bila tahu lelaki idamannya… memilih dia Damia. Tak sia-sia usahanya selama ini.

“hai… dari tadi aku tengok kau tersenyum-senyum ni kenapa?” soal Fidah apabila melihat telatah temannya itu. Anim hanya memerhati. Malas nak masuk campur. Pasal lelakilah tu… tahu sangat dia dengan perangai rakannya yang seorang nieh.

“Kau tahu hujung minggu ni aku ada date dengan….” Sengaja dia melambatkan bicaranya, suaranya juga dikuatkan untuk menarik perhatian Khaty dan teman-temannya yang berada di satu sudut. Tahu Khaty hanya berpura-pura tidak ambil tahu. Biarlah, lepas ni kau pasti akan menangis hiba… silap-silap bunuh diri sebab kekasih hati dimiliki orang lain… oppss asalla aku merepek nieh…

“Siapa?” Tanya Fidah tidak sabar.

“siapa lagi kalau bukan dengan Zahid…” hmm matanya terus merenung ke arah Khaty. Gadis itu kelihatan terkejut. Matanya membulat merenung ke arahnya. Dia tersenyum kemenangan apatah lagi melihat Khaty pantas meninggalkan tempat tersebut bersama rakan-rakannya secara tergesa-gesa. Puas hati… dia ingat dia ratu cantik semua lelaki akan dapat dia miliki… silap oranglah. Ini Damia.


RIE merenung gelagat sepasang teruna dara dari jauh. Bahagianya mereka. Nampak sepadan sekali. Dayah yang menyedari akan kelakuan temannya itu turut memandang ke arah yang sama.

“Rie, tak salah aku tu Zahidkan? Presiden kelab budaya dan ketua pelajar fakulti undang-undangkan?” Dayah bertanya inginkan kepastian.

“Yelah tu, kenapa?”

“Sepatutnya aku yang Tanya kenapa? Kau tengok mereka tu sampai tak berkelip mata. Kau minat dengan mamat tu ke?” soal Dayah. Matanya masih lagi memerhati kemesraan teruna dara itu.

“Tak adalah, Cuma aku rasa mereka nampak sepadankan? Yelah, lelaki tu hensome, perempuan tu pula cantik,” balas Rie.

“cantik kau kata? Huh gedik betul aku rasa. Kau lagi cantik kalau kau panjangkan sikit rambut kau tu, ni tak asyik berambut pendek macam lelaki. Pastu kau tukar penampilan, belajar-belajarlah pakai kain sama cik Riehanna ku sayang oii… jangan asyik berseluar je,” Dayah ketawa dengan kata-katanya sendiri. Rie sekadar tersengih mendengar perlian rakannya. Bukan sekali Dayah memaksanya memakai baju kurung namun dia lebih senang berseluar dan t-shirt. Senang bergerak sikit.

“Kau pun tahu…”

“dah-dah, aku dah hafal pun ayat kau tu tapi aku teringin betul nak tengok kau berambut panjang. Mesti cantik,” pintas Dayah. Tahu sangat dengan alasan rakannya itu. ‘aku selesa begini lagipun pakai macam ni senang sikit nak bergerak…’

“Eh… dari kita mengumpat pasal orang lain lebih baik kita pergi makan sekarang,” ajak Rie. Perutnya sudah mengeluarkan irama keroncong, sebelum menjadi lebih parah baik mereka pergi makan dahulu. Maklumlah, dia ada gastric.

CINTAKAH ITU 1




BAB 1

“RIE, aku ada hal penting nak beritahu kau nieh…”beritahu Zahid kala ternampak kelibat Rie, rakan baiknya. Rie yang sedang sibuk menelaah terpinga-pinga bila di sergah begitu. Matanya membulat merenung Zahid, tanda tidak senang dengan telatah temannya itu.

“Kau nieh, nasib baik aku tak lemah jantung tau,” balas Rie. Wajahnya diseriuskan, tanda tidak puas hati bila kontrensasinya diganggu. Zahid yang menyedari kesalahannya hanya menunduk.

“Maaflah, kalau aku ganggu kau tapi aku tengah excited sangat nieh,” balas Zahid. Wajahnya bertukar ceria. Terbayang-bayang wajah gadis idamannya. Gadis yang baru ditemuinya dua hari yang lalu. Rie sekadar tersenyum melihat telatah Zahid yang bagai berada diawangan.

“Kau ni kenapa? Dah kena sampuk ke?” Zahid masih lagi tersenyum. Tidak ambil kisah kata-kata temannya itu.

“aku jumpa lagi awek cun yang aku cerita kat kau hari tu dan yang paling buat aku happy bila aku dah tau nama dia,” terang Zahid ceria. Wajahnya begitu berseri-seri. Oh Damia… gadisku… aku dah jatuh cinta…

“Jadi…”Tanya Rie tanpa minat. Hai… macamlah tak pernah tengok perempuan cun. Aku pun kira cun apa… oppss!! Terpuji diri sendiri lah pulak…

“jadi aku nak pikat dialah, kau tolonglah aku,” balas Zahid. Wajahnya merenung tepat kea rah Rie yang masih lagi leka dengan buku ditangannya.

“tolong apa? Aku malasla nak masuk campur. Lagipun ni hal kaukan,”

“Kau tahukan masalah antara kita,” Rie sekadar mengangguk. Tahu apa yang dimaksudkan Zahid. Masalah yang besar walaupun kelihatan kecil. Sesekali matanya memandang sekeliling. Manalah tahu ada wajah yang dikenalinya, tak pasal-pasal tersebar gossip hangat pulak. Dahla mereka berjumpa pun secara rahsia. Takut jugak dikatakan dia junior gatal dek peminat-peminat Zahid.

“habis tu?” Zahid mengetap bibir mendengar kata-kata Rie. Habis tu? Itu yang dia kata.
Zahid menggaru kepala yang tak gatal. Kebuntuan. Hai susah… mengapalah Damia muncul lambat sangat… masaalah betul…

“girlfriend kau yang lain macammana? Itu yang aku maksudkan. Kau serius tak dengan si… apa nama perempuan tueh…”

“Damia… nama dia Damia. Junior macam kau gak Cuma lain bidang jer,” balas Zahid.

“ohh… detail jugak maklumat kau dapat tengtang dia, kau upah spy ke?”

“Tak, buang masa je upah spy. Akukan Zahid… senior paling macho dan bergaya di sini… yang sentiasa menjadi….”

“Dah-dah…jangan nak perasan…” pantas Rie memintas kata-kata Zahid. Tahu sangat dia ayat seterusnya. Mentang-mentanglah dia presiden kelab dan popular, perasan sangat yang dia hebat.

“aku serius Rie. Kali ni aku rasa lain sangat. Aku langsung tak boleh lupa dia, jantung aku lak macam nak melantun keluar bila berdepan dengan dia. Dia lain dari gadis yang sentiasa aku dampingi. Aku rasa aku dah jatuh cinta….”Rie merasakan jantungnya bagaikan terhenti mendengar kata-kata lelaki itu. benarkah? Mengapa hati ini resah tiba-tiba dan ada rasa ngilu disitu….

“Eh.. apasal kau diam nieh?” Tanya Zahid bila menyedari Rie hanya mendiamkan diri tanpa sebarang reaksi. Rie tersentak, masih lagi diam. Tidak tahu apa yang hartus diucapkan kepada lelaki dihadapannya itu.

“tak ada apa-apa, tahniah. Akhirnya ada jugak manusia yang berjaya mengetuk pintu hati kau…” balas Rie perlahan. Ikhlaskah aku? Tanya Rie pada dirinya sendiri.

“thanks, Eh! Rie aku pergi dulu. Tu nampak macam Damia. Nanti aku call kau…” Zahid terus berlalu dengan tergesa-gesaq. Rie hanya memerhati. Tanpa disedari ada pipinya basah dek air mata. Mengapa? Hatinya bertanya. Dia keliru. Mengapa ku harus sedih? Mengapa hati ini rasa pedih dan ngilu sekali…



RIE merenung tanpa selera nasi goreng dihadapannya. Entah mengapa sejak petang tadi seleranya mati. Hatinya gundah. Dayah teman sebilik Rie merenung rakannya itu penuh kehairanan. Mana taknya, nasi goreng dalam polisterinnya sudah tinggal suku manakala nasi Rie masih lagi belum berusik. Ada masaalahkah temannya itu?

“Rie, apa yang kau menungkan tu? “ tegur Dayah. Rie tersentak mendengar teguran Dayah. Matanya matap raut wajah rakannya itu. penuh dengan persoalan.

“Tak ada apa-apa, aku Cuma kenyang lagi. Kau nak ke?”

“Tak naklah aku, aku pun dah kenyang ni. Aku tak percayalah, kau kata taka pa-apa tapi muka kau tu monyok je Dari petang tadi macam baru mati laki,” balas Dayah. Tersenyum. Ada sesuatu yang menggelikan hatinya, mati laki??? Kekasih pun temannya masih tidak ada inikan pula suami.

“Kau nieh, macam suke je aku jadi janda… tak baik tau sian kat laki aku nanti. Belum apa-apa dah ada yang doakan dia mati…”gurau Rie.
“Ek eleh… perasanlah ko nieh. Boyfriend pun tak dak nikan pulak laki…” rie hanya tersenyum mendengar kata-kata Dayah manakala Dayah sudah melambakkan tawanya. Entah apa yang kelakar sangat.

“Dahlah jangan mengarut lagi, lepas ni kita keluar nak? Aku nak beli barang sikitlah,” ajak Rie. Dayah hanya mengangguk. Bersetuju. Lebih baik dari ditinggalkan sendirian di bilik.

seindah kasih zalika 3




BAB 2


“LINA tak peduli, walau apapun Lina tetap cintakan abang,” tegas Zalina. Matanya merenung tasik dihadapannya. Tidak dipedulikan lelaki disebelahnya.

“Lina tahukan selama ini abang cuma anggap Lina sebagai adik sahaja. Lagipun abang cintakan Maisarah,”

“Sampai hati abang… mama dan papa pun harap kita bersama tapi abang…”

“Lina, cinta bukannya boleh dipaksa. Lagipun dari kecil kita membesar bersama. Sejak Lina berusia tiga tahun dan abang tujuh tahun lagi….”

“Lina tak peduli… lebih baik Lina mati dari lihat abang berkahwin dengan perempuan lain…”Zalina terus berlari meninggalkan tempat itu. Lelaki itu sekadar memerhati. Tersepit antara kehendak ibu bapanya dan kehendak diri sendiri. Dia keliru.

Zalina terus melangkah masuk ke biliknya. Tidak dipedulikan panggilan ibu angkatnya. Hatinya sakit. Sampai hati abang Kamal menolaknya. Sedari dia mengenal erti cinta, hatinya telah di beri kepada lelaki itu. dia geram. Semua ini angkara Maisarah, kerani baru di syarikat papa. Dia mesti menyingkirkan Maisarah dari syarikat dan hidup Kamal. Itu tekadnya. Walau apapun yang terjadi, Kamal harus dimiliki.

“sayang kenapa ni?” Puan Rokiah bertanya risau. Matanya memandang wajah Zalina, anak perempuan yang dipelihara dari kecil lagi. Anak gadis itu telah melengkapkan lagi hidupnya, keluarganya.

“mama…. Apa kurangnya Zal… kenapa abang Kamal layan Zal macam ni?” tangis Zalina sambil memeluk tubuh ibu angkatnya itu.

“Zal, kenapa ni? Cuba beritahu mama apa yang berlaku? Apa yang Kamal buat pada Zal?” Tanya Puan Rokiah. Hiba hatinya bila anak yang di tatang sedari kecil menangis begitu. Biarpun Zalina anak angkat namun anak itu amat disayanginya.

“abang Kamal tak cintakan Zal… dia ada perempuan lain… sejak perempuan tu ada abang Kamal langsung tak hiraukan Zal. Zal sedih mama… sampai hati abang Kamal buat Zal macam ni hanya kerana perempuan tu…” Zalina bercerita, sesekali kedengaran esakannya. Puan Rokiah tergamam. Perempuan? Perempuan mana? Setahunya anak lelakinya itu tiada kenalan perempuan yang rapat. Kamal hanya rapat dengan Zalina. Mereka jarang berenggang. Kerana itulah dia ingin menjodohkan Kamal dengan Zalina.

“Perempuan mana?” soal Puan Rokiah.

“ Maisarah, kerani baru kat syarikat papa. Sejak perempuan tu datang abang Kamal langsung tak pedulikan Zal. Entah ilmu apa perempuan tu pakai mama… kerja pun banyak silap tapi abang Kamal tak pernah marah, mengada-ngada betul perempuan tu mama…,” Zalina terus bercerita. Meluahkan rasa sakit hatinya. Entah apalah yang Kamal pandang pada Maisarah. Di akui Maisarah memang cantik dan menggoda, tak diduga Kamal akan cair dengan pujuk rayu perempuan itu. ahh.. dia tak peduli, walau apapun terjadi dia mesti sengkirkan Maisarah.

Sejak mula lagi Zalina tidak menyukai Maisarah. Gadis itu bagaikan ada agenda tersembunyi tapi biasalah apabila diberitahu pada Kamal, Kamal mengatakan dia hanya menurutkan perasaan yang cemburukan Maisarah. Zalina geram. Malah gadis itu juga sering menyakitkan hatinya secara sengaja. Sengaja menunjuk-nunjuk kemesraannya dengan Kamal. Sekarang hanya mama harapannya. Zalina tahu, mama pasti akan memujuk papa dan abang Kamal.

Tuesday, April 20, 2010

SEINDAH KASIH ZALIKA 3


BAB 2

“LINA tak peduli, walau apapun Lina tetap cintakan abang,” tegas Zalina. Matanya merenung tasik dihadapannya. Tidak dipedulikan lelaki disebelahnya.

“Lina tahukan selama ini abang cuma anggap Lina sebagai adik sahaja. Lagipun abang cintakan Maisarah,”

“Sampai hati abang… mama dan papa pun harap kita bersama tapi abang…”

“Lina, cinta bukannya boleh dipaksa. Lagipun dari kecil kita membesar bersama. Sejak Lina berusia tiga tahun dan abang tujuh tahun lagi….”

“Lina tak peduli… lebih baik Lina mati dari lihat abang berkahwin dengan perempuan lain…”Zalina terus berlari meninggalkan tempat itu. Lelaki itu sekadar memerhati. Tersepit antara kehendak ibu bapanya dan kehendak diri sendiri. Dia keliru.

Zalina terus melangkah masuk ke biliknya. Tidak dipedulikan panggilan ibu angkatnya. Hatinya sakit. Sampai hati abang Kamal menolaknya. Sedari dia mengenal erti cinta, hatinya telah di beri kepada lelaki itu. dia geram. Semua ini angkara Maisarah, kerani baru di syarikat papa. Dia mesti menyingkirkan Maisarah dari syarikat dan hidup Kamal. Itu tekadnya. Walau apapun yang terjadi, Kamal harus dimiliki.

“sayang kenapa ni?” Puan Rokiah bertanya risau. Matanya memandang wajah Zalina, anak perempuan yang dipelihara dari kecil lagi. Anak gadis itu telah melengkapkan lagi hidupnya, keluarganya.

“mama…. Apa kurangnya Zal… kenapa abang Kamal layan Zal macam ni?” tangis Zalina sambil memeluk tubuh ibu angkatnya itu.

“Zal, kenapa ni? Cuba beritahu mama apa yang berlaku? Apa yang Kamal buat pada Zal?” Tanya Puan Rokiah. Hiba hatinya bila anak yang di tatang sedari kecil menangis begitu. Biarpun Zalina anak angkat namun anak itu amat disayanginya.

“abang Kamal tak cintakan Zal… dia ada perempuan lain… sejak perempuan tu ada abang Kamal langsung tak hiraukan Zal. Zal sedih mama… sampai hati abang Kamal buat Zal macam ni hanya kerana perempuan tu…” Zalina bercerita, sesekali kedengaran esakannya. Puan Rokiah tergamam. Perempuan? Perempuan mana? Setahunya anak lelakinya itu tiada kenalan perempuan yang rapat. Kamal hanya rapat dengan Zalina. Mereka jarang berenggang. Kerana itulah dia ingin menjodohkan Kamal dengan Zalina.

“Perempuan mana?” soal Puan Rokiah.

“ Maisarah, kerani baru kat syarikat papa. Sejak perempuan tu datang abang Kamal langsung tak pedulikan Zal. Entah ilmu apa perempuan tu pakai mama… kerja pun banyak silap tapi abang Kamal tak pernah marah, mengada-ngada betul perempuan tu mama…,” Zalina terus bercerita. Meluahkan rasa sakit hatinya. Entah apalah yang Kamal pandang pada Maisarah. Di akui Maisarah memang cantik dan menggoda, tak diduga Kamal akan cair dengan pujuk rayu perempuan itu. ahh.. dia tak peduli, walau apapun terjadi dia mesti sengkirkan Maisarah.

Sejak mula lagi Zalina tidak menyukai Maisarah. Gadis itu bagaikan ada agenda tersembunyi tapi biasalah apabila diberitahu pada Kamal, Kamal mengatakan dia hanya menurutkan perasaan yang cemburukan Maisarah. Zalina geram. Malah gadis itu juga sering menyakitkan hatinya secara sengaja. Sengaja menunjuk-nunjuk kemesraannya dengan Kamal. Sekarang hanya mama harapannya. Zalina tahu, mama pasti akan memujuk papa dan abang Kamal.

ANDA SUKA