BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Pages

mereka yg amat hana sayangi

sekilas pandang



terima kasih pada yang sudi menjengah ceritera hatiku....

maaf sebab lambat hantar n3 baru kat blog ini
apapun kesudian anda menjengah ke sini membuatkan hana sangat terharu....
hope terhibur membaca karya hana yang tak seberapa ini....

salam sayang pada anda semua yang menyokong dan sudi menjengah ceritera hatiku

jangan lupa tinggalkan komen selepas baca ya...
semoga komen2 anda menambahkan lagi semangat hana untuk bekarya............

Tuesday, November 23, 2010

KASIH SELAMANYA 11

Rina melangkah lesu turun dari kereta. Hari ini dia ada temujanji dengan doctor. Matanya merenung keadaan sekeliling. Kelihatan beberapa pasangan telah pun menunggu di klinik tersebut. Kelihatan keceriaan di wajah masing-masing. Hampir semuanya berteman dengan suami masing-masing. Terselit rasa sayu di hati. Dia hanya keseorangan.

‘maafkan mama sayang… mama tak mampu berikan keluarga yang sempurna pada anak-anak mama…’ Rina mengusap perutnya perlahan.

“Hello mummy… nape sedih-sedih ni? Asal tak masuk lagi?” tegur satu suara. Sedari tadi dia melihat Rina berdiri tercegat di keretanya.

“Abang Risyam… terkejut Qaseh. Ingatkan siapa. Abang buat apa kat sini?” Tanya Rina. Matanya memandang sekeliling, mencari kelibat Makcik Mun. manalah tahu lelaki itu membawa ibunya ke klinik.

“abang tunggu Qaseh. Nak temankan Qaseh n baby dalam ni” terang Risyam. Matanya merenung wajah dihadapannya. Berseri-seri. Pembawaan budak agaknya.

“Tak payah abang susah-susah. Qaseh boleh jaga diri. Cikmun mana? Tak ikut sekali?” Rina bertanyakan Risyam bila melihat lelaki itu hanya sendirian.

“Mama kat rumahlah. Abang dari office. Dah lah jom kita masuk dalam. Lepas ni kita pergi shopping barang baby k” Risyam terus menarik tangan Qaseh menuju ke dalam klinik. Rina serba salah. Hanya menurut langkah Risyam.

Setelah selesai menjalani pemeriksaan, Rina melangkah keluar dari klinik. Risyam masih setia disisinya. Mujurlah lelaki itu tidak masuk ketika dirinya berjumpa doctor. Mungkin dirinya memahami Rina ketidakselesaan Rina.

“Abang datang dengan apa? Tak nampak pun kereta?” Tanya Rina ketika langkah mereka sudah menghampiri keretanya.

“datang dengan teksi. Kereta Qaseh biar abang drive. Kita pergi beli barang-barang baby. Rasanya banyak lagi yang Qaseh perlukan” balas Risyam. Kunci kereta di tangan Rina diambilnya. Segera dia membuka pintu di bahagian penumpang.

“Cepat masuk. Panas ni” arah Risyam. Rina terpaksa akur. Segan. Telah banyak budi yang Risyam dan makcik Mun taburkan padanya. Setelah memastikan keselesaan Rina, Risyam memandu keluar dari perkarangan klinik.

Suasana didalam kereta sunyi. Hanya kedengaran celoteh dj dari radio yang terpasang. Rina mengelamun jauh. Jauh di sudut hatinya, dia merindui Aiman. Tapi apakan daya Aiman telah membuangnya jauh dari hidup lelaki itu. Rina akur, cinta Aiman bukan miliknya. Mungkin kini Aiman sudah berbahagia bersama-sama Bella. Mungkin mereka telah berkahwin. Berkahwin sepertimana yang diimpikan olehDatin Khamisah. Sedar wanita itu tidak pernah senang dengannya. Dia bukanlah menantu pilihan wanita tersebut.

“Qaseh… Qaseh…” panggilan Risyam itu menyedarkan Rina. Matanya memandang sekeliling. Kereta yang dipandu Risyam juga sudah berhenti. Rina memandang sekeliling.

“Kita dah lama sampai. Puas abang panggil. Apa yang Qaseh fikirkan? Qaseh ada masalah? Nak kongsi dengan abang?” Tanya Risyam lembut. Ada riak risau di wajahnya. Bimbang. Sedari tadi wanita dihadapanya hanya diam. Hanya berada di dunianya sendiri.

“Qaseh tak apa-apa. Mungkin letih sikit” balas Rina. Tersenyum.

“Betul? Baby dalam ni OK?” Tanya Risyam. Masih tidak berpuas hati.

“Betul. Qaseh penat sikit. Baby ok. Doktor kata baby sihat kat dalam ni. Baby ni makin aktif tau. Menendang aje kerjanya. Tu yang Qaseh penat sikit” cerita Rina riang. Cuba dijauhkan rasa terkilan di sudut hatinya. Patutnya ketika ini dia dan Aiman bersama-sama berkongsi rasa detik-detik kelahiran anak yang dinantikan selama ini. Namun apakan daya sudah tersurat jodoh mereka hanya setakat ini sahaja…

“Kalau macam tu, tak apalah. Jomlah kita turun. Abah Syam dah tak sabar nak beli barang-barang baby” balas Risyam. Matanya merenung perut Rina yang sudah agak menonjol.

“Ok Jom…” balas Rina.

SEMOGA TERHIBUR DENGAN N3 INI.... JANGAN LUPA KOMEN TAU...

2 comments:

Zass said...

kak hana... jgn lah kahwinkan risyam ngan rina!!! aiman lah yg hero sebenarnya... dan satu lagi.. perbanyakkan berita aiman bersama rina... kurangkan cerita risyam ye kak hana... nanti nampak x menarik jika nama risyam selalu terpampang dan boleh membuatkan pembaca kecewa... oh ya... kak hana... jgn sekali2 biarkan bella merosakkan rumahtangga mereka biarpun banyak kejahatan nanti yg akan dia lakukan tapi plis sangat kak han.. saya memang x tega membaca part2 org seperti bella.. sgt2 menyakitkan hati ini.. so, plis sgt2 kak hana... banyakkanlah cerita bagaimana aiman mahu mengambil hati rina dan x prnah mahu mengalah dan jangan sekali2 biarkan aiman berputus asa dalam memenangi hati rina ye kak hana.. plis3!!!!!!

Zass said...

kak hana... jgn lah kahwinkan risyam ngan rina!!! aiman lah yg hero sebenarnya... dan satu lagi.. perbanyakkan berita aiman bersama rina... kurangkan cerita risyam ye kak hana... nanti nampak x menarik jika nama risyam selalu terpampang dan boleh membuatkan pembaca kecewa... oh ya... kak hana... jgn sekali2 biarkan bella merosakkan rumahtangga mereka biarpun banyak kejahatan nanti yg akan dia lakukan tapi plis sangat kak han.. saya memang x tega membaca part2 org seperti bella.. sgt2 menyakitkan hati ini.. so, plis sgt2 kak hana... banyakkanlah cerita bagaimana aiman mahu mengambil hati rina dan x prnah mahu mengalah dan jangan sekali2 biarkan aiman berputus asa dalam memenangi hati rina ye kak hana.. plis3!!!!!!

ANDA SUKA