BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Pages

mereka yg amat hana sayangi

sekilas pandang



terima kasih pada yang sudi menjengah ceritera hatiku....

maaf sebab lambat hantar n3 baru kat blog ini
apapun kesudian anda menjengah ke sini membuatkan hana sangat terharu....
hope terhibur membaca karya hana yang tak seberapa ini....

salam sayang pada anda semua yang menyokong dan sudi menjengah ceritera hatiku

jangan lupa tinggalkan komen selepas baca ya...
semoga komen2 anda menambahkan lagi semangat hana untuk bekarya............

Wednesday, September 29, 2010

KASIH SELAMANYA 7



“Abang Cuma nak hak abang” balas Aiman. Matanya mengerling anak-anaknya di dalam kereta.

“Anak? Anak siapa? Setahu Rin kita tak pernah ada anak. Abang tinggalkan Rin pun sebab Rin tak mmpu berikan abang zuriatkan?” Tanya Rina sinis. Aiman geram melihat reaksi Rina.

“Rin jangan nak main-main. Jangan pura-pura tak tahu. Abang rasa Rin faham apa maksud abang.Cukuplah apa yang Rin buat selama ni. Sampai bila nak sembunyikan budak-budak tu? Abang juga berhak ke atas mereka”

“Sembunyi? Rin tak pernah sembunyikan apa-apa. Hak? Hak apa yang abang maksudkan?” Tanya Rina geram. Tidak lagi memperdulikan keadaan sekeliling. Tidak lagi menghiraukan suaranya yang sudah meninggi.

“hak abang pada anak-anak abang. Rin tak boleh lari lagi. Abang dah ada bukti mereka anak-anak abang. Tak guna Rin nafikan lagi” balas Aiman. Suaranya juga sudah meninggi.

“mama…” tiba-tiba terdengar suara Naqib. Anak kecil itu memeluk Naqisya. Melindungi adiknya mungkin. Naqisya sudah teresak-esak.

“Naqib… kenapa tu? Kenapa adik nangis?” Rina pantas mendapatkan anak-anaknya. Terus lupa pada Aiman yang berdiri di depannya.

“Adik takut” hanya itu sahaja dikatakan Naqisya sebelum memeluk mamanya. Naqib juga turut memeluk mamanya. Aiman meraup wajahnya. Ada kesal disitu. Pasti anak-anaknya ketakutn melihat pertengkarannya dengan Rina.

“Uncle ni siapa? Kenapa dia marah mama?” Naqib bertanya Rina. Pautan pada tubuh Rina tidak dilepaskan. Naqisya juga begitu. Takut kepada lelaki asing yang memarahi mamanya.

“Tak ada apa-apa saying. Mama tengah bincang dengan uncle bukan..”

“What!!!” Aiman pantas bersuara sebelum sempat Rina menghabiskan ayatnya. Tak sangka Rina membahasakan dirinya ‘uncle’. Bengang betul.

“You ni kenapa? Kenapa terjerit-jerit pagi-pagi buta ni? Kenapa nak takutkan anak-anak I?” Rina bertanya geram. Terasa pelukan anak-anaknya makin erat di tubuhnya. Pasti mereka ketakutan.

“Kenapa? You bahasakan I uncle pada budak-budak tu taka pa pulak? Apa hak You nak bahasakan I uncle? I papa mereka tahu” balas Aiman. Cuba mengawal amarah apatah lagi melihat Rina sekadar tersenyum sinis mendengar kata-katanya.
“Peduli apa I. Siapa You nak masuk dalam hidup kami?”Rina bertanya sinis. Sakit hati mendengar kata-kata Aiman. Apa hak lelaki itu masuk campur urusannya. Setelah lama hilang dan kini muncul bertanyakan hak dirinya.

“Rina apa semua ni? Bertengkar pagi-pagi buta ni? Kat tempat terbuka pula tu. Tak malu pada jiran tetangga?” terdengar satu suara menegur. Rina pantas berpaling.

“Abang…” Rina bersuara lega. Aiman terpaku memandang lelaki yang tiba-tiba muncul antara nya dan Rina. Ada rasa tidak enak melanda jiwanya.

Sorry... n3 kali ni pendek jerrr

Monday, September 27, 2010

KASIH SELAMANYA 6


Rina merenung wajah anak-anaknya yang sedang pulas tidur. Fikirannya tidak tenang apatah lagi bila memikirkan mengenai Aiman. Dia takut jika Aiman merampas anak-anaknya. Fikirannya bercelaru. Perlukah dia melarikan diri. Huh… dia bukan pengecut tapi apa pilihan yang dia ada saat ini.

Rina tersentak dari lamunannya. Terdengar irama lagu dari handsetnya. Pantas tangannya mencapai handset yang terletak di meja tepi katilnya. Bimbang deringan itu akan mengejutkan anak-anaknya.

“Waalaikummussalam… Rin sihat. Anak-anak pun sihat. Abang?” Rina tersenyum bila mendengar suara di hujung talian. Sekurang-kurangnya dia tidak berseorangan di dunia ini.

“Rina ok, abang jangan bimbang. Kenapa abang call malam-malam nie?” Rina bertanya. Hairan juga bila menerima panggilan lelaki lewat malam begini. Matanya megerling jam di sudut meja. Sudah hamper dua pagi.

“What??? Bila? Kenapa dia nak buat begitu? Mana dia dapat tau pasal abang?” Tanya Rina. Tidak percaya dengan khabar yang diterima. Mustahil Aiman bertindak sejauh itu. Apa maksud Aiman? Mereka telah berpisah, malah lelaki itu yang tega meninggalkannya.

“Abang jangan risau. Pandailah Rina jaga diri. Night…” Rina merenung handset di tangannya. Dia benar-benar keliru. Tidak memahami tujuan Aiman mengugut Risyam. Apa salah lelaki itu? Malah dia yakin Aiman langsung tidak mengenali Risyam. Bagaimana lelaki itu tahu mengenainya? Aahh.. dia pening memikirkan perbuatan lelaki itu. Jika lelaki itu tahu mengenai Risyam, tidak mustahil Aiman tahu mengenai anak-anaknya. Rina benar-benar takut kini. Hatinya resah. Rasanya dia mesti pergi jauh, melarikan diri sekali lagi dari hidup Aiman. Tidak rela-anak-anaknya dirampas darinya.

Rina pantas bangun. Mengesat airmata dipipi. Dia nekad. Pantas almari baju di buka. Beg besar di dalam stor segera di keluarkan. Dia terus memasukkan pakaian dirinya dan anak-anaknya ke dalam beg. Segala dokumen penting juga di masukkan ke dalam beg tangan. Handset segera dicapai lalu dia mengirimkan sms kepada Risyam. Tidak mahu lelaki itu bimbang keselamatan dirinya sekeluarga.

Rina pantas mandi dan menunaikan solat subuh. Anak-anaknya dikejutkan. Naqib dan Naqisya terpinga-pinga apabila di kejutkan seawall pagi oleh mama mereka. Apatah lagi bila melihat dua buah beg besar di sudut bilik.

“Mama kita nak gi mana?” Naqib bertanya.

“Tak pergi mana. Mama nak bawa abang dan adik jalan-jalan. Cuti-cuti Malaysia” balas Rina. Nada suaranya diceriakan. Tak mahu anak-anaknya mengesan kemelut yang melanda kehidupan mereka.

“Nak gi jalan? Tapi sekarang bukan cuti sekolah lah mama. Kenapa mama bawa beg besar-besar?” Naqisya pula menyoal. Hairan. Selalunya jika bercuti, tidak pernah meeka membawa beg sebesar ini.

“Tak apalah. Dah pegi siap. Mama nak buat breakfast. Lepas sarapan kita pergi” Rina segera mengarahkan anak-anaknya bersiap. Sementara mereka bersiap, Rina pantas menyediakan sarapan. Hanya roti baker dan milo. Itu sudah memadai fikirnya. Dia turut menyediakan bekalan makanan. Bimbang anak-anaknya kelaparan nanti.

Selepas menikmati sarapan, Rina pantas memasukkan barang-barang ke dalam kereta. Anak-anaknya sudah berada di dalam kereta. Pantas dia mengunci pintu. Perbuatannya terhenti apabila mendengar deheman dari belakangnya. Pantas Rina berpaling. Wajahnya berubah pucat…
Ya Allah dugaan apakah ini… nafasnya terasa sesak… sedangkan lelaki itu hanya memandangnya sambil tersenyum sinis.

“A..abang..” Rina bersuara kalut.

“Hhmm… awal Rina siap. Nak kemana?” Tanya Aiman tenang. Ternyata agakan tepat. Dia sudah cukup masak dengan sikap Rina. Mujur dia tergerak ke sini. Jika tidak, pasti dia akan kehilangan jejak Rina lagi.

“Abang rasa kita perlu berbincang. Well apa kata kita masuk dulu. Abang tak nak jiran-jiran Rina salah faham pulak” balas Aiman.

“Rasanya tiada apa yang perlu kita bincang lagi. Lagi satu Encik Aiman, lebih baik kita berbincang kat sini sahaja. Itu lebih baik. Lagipun kita tidak ada apa-apa hubungan lagi. Tak manis pula pandangan orang nanti” balas Rina. Entah darimana dia mendapat kekuatan. Yang pasti dia tidak akan menyerah. Tidak akan tunduk kepada lelaki itu.


Hope terhibur. maaf jika n3 kali ni kurang menarik. ntahlaa.... tengah blur sangat-sangat nieh....

Thursday, September 23, 2010

KASIH SELAMANYA 5

“Auntie…” Bella bersuara riang memasuki ruang tamu banglo Datin Khamisah. Senyumannya makin lebar bila terpandang raut wajah Datin Khamisah. Pantas dia memeluk tubuh Datin Khamisah. Pipi wanita itu dicium mesra.

“Hhmm.. Bella. Bila balik?” Datin Khamisah tersenyum hambar. Rimas juga dengan sikap Bella yng keanak-anakan itu.

“Bella sampai pagi tadi. Rehat kejap kat rumah. Abang Aiman tak datang ke?” Tanya Bella. Datin khamisah sekadar menggeleng. Wajah Bella terus berubah. Sudah puas dia mencuba mengambil hati lelaki itu namun hampa. Lelaki itu masih terus menggilai bekas isterinya. Entah apa yang perempuan tu bagi sampai Abang Aiman langsung tak memandangnya. Bella geram memikirkan hal itu.

“Bella belikan hadiah ni khas untuk auntie tau,” Bella terus memberikan bungkusan hadiah yang dibawanya.

“Terima kasih. Susah-susah je”

“Tak susahlah auntie. Auntiekan bakal ibu mertua Bella” balas Bella riang.

“Bella masih tunggu Aiman? Jangan begitu. Bella kena teruskan hidup Bella. Auntie pun dah tak berharap lagi. Kini semua terpulang pada Aiman. Auntie dah tak nak campur lagi. Biarlah siapaun yang Aiman pilih, asalkan dia bahagia auntie terima” balas Datin Khamisah perlahan. Tangannya mengelus bahu Bella. Berharap Bella akan faham dan meneruskan hidupnya. Agar Bella dapat menerima hakikat Aiman tak mungkin akan memilih dirinya.

“Sampai hati auntie. Bella tetap akan tunggu. Takkan auntie nak bermenantukan mana-mana perempuan. Entah mana asal usul mereka pun tak tahu…”

“Auntie akan terima asalkan anak-anak auntie bahagia..” Tegas Datin Khamisah. Wajah Bella berubah. Tak percaya wanita itu tidak lagi menyokongnya. Hatinya geram namun wajahnya tetap dimaniskan.

“Tak apalah auntie, Bella balik dulu. Terlupa Bella ada janji dengan kawan” balas Bella sambil mencium wanita dihadapannya.

“Jaga diri..” pesan Datin Khamisah. Matanya terus memandang kelibat Bella yang makin menjauh.

。。。。。。。。。。。。。。。。。。。。。。。。。。。。。。。。。。。。。。。。。。。。。。。。。。。。。。。。。。

Aiman sabar menanti Fer. Mereka sudah berjanji untuk bertemu di Sri Selasih. Matanya sesekali memandang orang yang lalu lalang. Ada resah yang bertamu dihati. Berharap doanya saban waktu menjadi kenyataan. Berharap hati Rin masih belum dimiliki.

“Maaf Man, aku ada hal tadi” Fer bersuara. Mengejutkan Aiman dari lamunannya.

“OK, apa yng kau dapat?” Tanya Aiman tanpa sabar. Fer terus menyerahkan beberapa dokumen dan gambar kepada Aiman.

“Budak-budak tu anak kau. Aku dah dapat makilumat mengenai mereka. Dalam dokumen itu ada laporan mengenai mereka termasuk salinan surat lahir mereka. Mereka lahir enam bulan selepas penceraiian kau dan Rina” terang Fer.

Aiman diam. Terus melihat maklumat yang Fer berikan padanya. Ya Allah… apa yang aku dah lakukan. Ada penyesalan dan rasa bersalah bersak dalam jiwanya. Kalaulah dia tak melakukan kesilapan sudah tentu mereka bahagia sekarang.

“Lelaki ni siapa?” Aiman bertanya. Hatinya di pagut cemburu melihat gambar ditangannya. Tergambar kemesraan lelaki itu bersama-sama Rina dan anak-anaknya.

“Ahmad Risyam bin Sulaiman. Menurut maklumat lelaki tersebut kawan baik Rina. Malah dari sumber yang aku dapat, lelaki tersebut pernah melamar Rina…”

“What!!!” Aiman terkejut.

“Aku nak kau buat apa sahaja. Yang penting jauhkan lelaki ni dari keluarga aku” arah Aiman tegas.

Tuesday, September 21, 2010

KASIH SELAMANYA 4

MAAF JIKA HANA LAMBAT MASUKKAN N3 BARU... SEKARANG HANA BUSY SIKIT. APAPUN SEMOGA TERHIBUR DENGAN N3 INI. MAAF JIKA TIDAK MEMUASKAN HATI ANDA SEMUA. APAPUN SILALAH TINGGALKAN KOMEN AGAR HANA DAPAT MEMPERBAIKI LAGI KARYA HANA....

Rina terpaku. Kak Maz menghampiri. Matanya memandang wajah Rina yang pucat. Qazrina juga memandang wajah pak Cu dan cikgu Qaseh silih berganti.

“Mama, kenapa mama nangis?” Tanya Naqisha. Naqib juga sudah berdiri dihadapan mamanya. Rina tyersentak. Matanya memandang wajah anak-anaknya. Pantas tangan ke dua-duanya di tarik Rina menuju ke dalam nursery. Kak Maz terpinga-pinga melihat reaksi Rina. Apa yang berlaku. Qazrina juga terkebil-kebil memandang tingkah cikgu Qaseh yang terus meninggalkan mereka.

Aiman memandang langkah Rina yang makin menjauh. Tiada lagi cahaya cinta pada mata wanita itu. Yang ada hanya sinar kebencian dan amarah yang entah bila akan hilang.

“Maaflah Encik, cikgu Qaseh tak sihat sikit. Encik nak ambil Qazrina ya?” Kak Maz menegur mesra. Cuba menjernihkan keadaan yang agak kurang menyenangkan tadi.

“Ya, Baby ambil beg kita balik” arah Aiman. Matanya masih memandang ke dalam nursery.

“Rina dah lama kerja kat sini?” tiba-tiba Aiman bersuara. Kak Maz tersentak. Rina…

“Opps.. maksud saya cikgu Qaseh? Qaseh Airinakan nama dia?”

“Yaa.. maaflah Encik. Kat sini semua panggil dia Qaseh tu yang…Eh!! Mana Encik tahu nama Qaseh?”Kak Maz bertanya hairan. Setahunya jarang yang tahu nama penuh Qaseh.

“Taka pa Puan Maz. Baby yang beritahu nama cikgu Qaseh. Tadi tu anak-anak dia ke?”

“Ya…” jawab Kak Maz teragak-agak. Hatinya masih ragu.

“Pak cu jom balik” Qazrina pantas memaut tangan Aiman.

“Jumpa lagi Puan Maz. Sampaikan salam saya kepada cikgu Qaseh ya”Aiman terus memimpin Qazrina kekereta. Akhirnya pencariannya selama ini hamper menemui noktahnya. Yang pasti dia akan menyiasat mengenai Rina dan budak-budak tu. Anak siapakah itu. Hatinya dipaut ragu... ada resah di situ.

。。。。。。。。。。。。。。。。。。。。。。。。。。。。。。。。。。。。。。。。。。。。。。。。。

“Qaseh ok?” Kak Maz menyapa Qaseh yang sedang termenung. Ada air mata yang mengalir dipipi wanita itu.

“Saya ingat saya sudah cukup kuat untuk hadapi semua ini. Saya letih kak Maz, letih sangat. Kenapa mesti dia kembali selepas apa yang berlaku. Selepas dia tinggalkan saya. Buang saya seperti sampah…” tangis Rina. Kak Maz hanya memeluk tubuh Rina. Dibiarkan wanita itu menangis di bahunya. Meluahkan semua rasa yang terpendam di jiwa.

“Sabarlah Qaseh. Tapi dia siapa? Lelaki tadike? Pak su Qazrina?” Kak Maz menyoal. Dia dapat rasakan perubahan emosi Qaseh berkaitan dengan lelaki tersebut.

“Dia papa Naqib dan Qisya. Bekas suami Qaseh. Dah lama Qaseh cuba lupakan dia. Tak sangka akhirnya……..”

“Maaf kalau Kak Maz Tanya, bukan Kak Maz nak menyebok tapi dia tahu tak mengenai Naqib dan Naqisya? Rasanya dia tak taukan? Apa yang berlaku sebenarnya?” Duga kak Maz.

“Tak… dia tak pernah tahu……..” dan Rina terus bercerita. Meluahkan segala rahsia hidupnya. Kak Maz hanya mendengar. Ada simpati bertamu di hati. Tak menduga hidup Qaseh yang sentiasa ceria itu ada duka yang tersembunyi. Pandai Qaseh menyembunyikan segala lara dihatinya selama ini.

………………………………………………………………………………….

“Fer, aku ada kerja yang kau perlu uruskan” Aiman bersuara tegas. Dia mesti tahu status Rina sekarang dan siapa budak-budak tersebut.

“Kerja apa” Tanya suara di hujung talian.

“Aku dah jumpa Rina, aku nak kau siasat mengenai Rina. Semuanya. Aku nak tahu apa terjadi selepas kami berpisah. Kalau boleh secepat mungkin. Nanti aku sms alamat dia yang baru.”

“ok, aku akan uruskan” talian ditamatkan. Aiman meraup rambutnya. Rambutnya yang sudah panjang.

‘Rina… akhirnya bertemu juga kita. Abang akan pastikan Rina tetap menjadi milik abang. Kita akan bina semula keluarga kita. Walau jauh manapun Rina pergi selepas ini akan abang jejaki…’ Tekad Aiman. Dia akan cuba menawan hati Rina semula. Hanya Rina yang layak mendiami istana kasih mereka. Tiada yang lain. Hanya Rina…

ANDA SUKA