BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Pages

mereka yg amat hana sayangi

sekilas pandang



terima kasih pada yang sudi menjengah ceritera hatiku....

maaf sebab lambat hantar n3 baru kat blog ini
apapun kesudian anda menjengah ke sini membuatkan hana sangat terharu....
hope terhibur membaca karya hana yang tak seberapa ini....

salam sayang pada anda semua yang menyokong dan sudi menjengah ceritera hatiku

jangan lupa tinggalkan komen selepas baca ya...
semoga komen2 anda menambahkan lagi semangat hana untuk bekarya............

Tuesday, August 24, 2010

KASIH SELAMANYA


Rina terpaku mendengar apa yang di ucapkan oleh bibir Aiman suaminya. Benarkah? Semudah itukah kasih yang mereka bina beralih arah. Hanya kerana mereka belum dikurniakan cahaya mata setelah lima tahun berkahwin, kasih lelaki itu telah beralih arah. Sampai hati abang…

“Maafkan abang Rin, tapi hati abang ni susah di kawal. Abang rasa sunyi…” lelaki itu berbicara lagi. Matanya masih merenung ke arah Bella di sisi. Bella si gadis genit pilihan ibu yang akhirnya berjaya mencuit hatinya.

“Baiklah kalau itu yang abang inginkan, Rin izinkan tapi lepaskan Rin” balas Rina tegas. Jika kasih sudah tiada, tiada guna dia merayu. Dia juga punya maruah. Biarlah Aiman mengejar bahagianya sendiri. Dia redha jika setakat ini sahaja penghujung cinta mereka.

“Rin…”Aiman terkesima mendengar permintaan Rina. Hatinya berbelah bahagi. Namun desakan dari pihak ibunya dan rasa kasih yang mula berputik pada Bella membuatkan dirinya tidak mampu melepaskan gadis itu.

“Baiklah, jika itu yang Rin inginkan. Abang lepaskan Rin dengan talak satu,” Aiman pantas berlalu dari situ selepaskan mengucapkan kata-kata perpisahan antara mereka. Bella tersenyum sinis memandang ke arah Rina. Air mata mengalir perlahan menyusuri pipi Rina. Akhirnya inilah akhir cinta mereka selama lapan tahun ini. Terlerai juga akhirnya.

………………………………………………………………………………………………………..

Lima tahun kemudian

“Mama….” Jeritan nyaring Naqib kedengaran dari tuang tamu rumah. Rina yang sedang memasak di dapur segera ke ruang tamu. Habis bersepah ruang tamu yang baru di kemaskan. Di satu sudut kelihatan Naqib dan Naqisha sedang berebutkan sebuah buku.

“Abang, adik dah jangan berebut. Nanti koyak buku tu” arah Rina pada permata hatinya itu. Naqisha terus mendapatkan mamanya bila Naqib berjaya memperoleh buku yang di rebutkan mereka.

“Mama… abang ambil buku adik” adu Naqisha pada mamanya. Tangannya mengelap air mata yang laju menuruni pipi. Naqib hanya ketawa sambil menunjukkan buku tersebut kea rah Naqisha yang masih lagi menangis.

“Abang kenapa ambil buku adik? Hari tu mama nak belikan abang tak mahu. Abang nak buku lain sekarang berebut dengan adik pula. Dah, pulangkan buku adik, kalau abang nak minta izin dari adik dulu” Naqib hanya memandang mamanya yang sedang membebel. Sesekali mamanya memujuk Naqisha yang masih lagi menangis.

Pelahan Naqib melangkah menghampiri Rina dan Naqisya. Buku di tangan di suakan kea rah Naqisha.
“Nah, adik ambillah buku ni. Jangan nangis lagi” pujuk Naqib pada Naqisha. Tangannya mengesat air mata di pipi Naqisha. Rina hanya memerhati telatah anak-anaknya. Ada senyuman di bibir. Bahagia. Mungkin ada hikmah apa yang berlaku.

“Abang ambillah, adik dah habis baca” balas Naqisha. Tangannya memaut tangan Naqib. Ada keakraban di situ.

“ok lah jom kit abaca sama-sama” balas Naqib sambil memaut mesra bahu adiknya.

“Macam tu lah anak mama” Rina pantas memeluk anak-anaknya sambil mengucup pipi mereka. Kedua-duanya ketawa riang. Kini hanya mereka cahaya hidupnya. Syukur pada Allah, setelah seminggu kes perbicaraan mereka selesai, dia menyedari dirinya hamil. Alhamdulilah, dia hilang Aiman Allah anugerahkan anak bagi mengubati hatinya.

………………………………………………………………………………………………………..

Aiman melangkah masuk ke rumahnya. Masih seperti lima tahun dahulu. Tiada yang berubah. Dia sengaja mengekalkan susun atur rumah itu. Semuanya idea Rina. Berharap suatu hari nanti rina akan di temuinya. Puas sudah dia mencari Rina namun pemergian Rina tanpa jejak yang boleh diikuti. Rina hilang begitu sahaja. Yang tinggal hanya penyesalan dan rasa rindu yang tidak pernah surut,

“maafkan abang…… Rin baliklah abang rindukan Rin” Aiman mengeluh lagi. Tangannya meraup rambut yang sudah semakin panjang. Tidak terjaga. Tanpa Rina hidupnya kosong. Sebahagian dari dirinya hilang. Hilang bersama-sama dengan Rina.

Dia tidak pernah sedar betapa pentingnya Rina. Rina selalu ada. Walau jauh manapun dia melangkah, Rina tetap ada di situ menantinya kembali. Kini semua kosong. Rina sudah meninggalkannya. Bukan pinta Rina tapi salahnya sendiri. Dia yang merelakan Rina pergi dari hidupnya. Kerana dia yakin, Rina bukanlah sesiapa. Tidak pentingpun. Bella yang penting tika itu hinggalah Rina pergi.

Dia bagai terjaga dari mimpi. Hidupnya kacau bilau. Biarlah apapun yang Bella lakukan, hatinya tetap resah. Dirinya terasa kosong lalu Bella di tinggalkan. Majlis pertunangan yag di rancang telah dia batalkan. Pedih telinganya mendengar leteran ibu. Namun tiada kesan pada dirinya. Yang ada hanya Rina. Rina perlu di cari.

“Baliklah Rin… biarlah seribu Bella pun tidak akan mampu menandingi Rin” Aiman merintih perlahan. Gaun malam yang dihadiahkan pada Rina di peluknya. Hanya itu yang ada bagi mengubat rindunya pada Rina. Matanya memandang potret Rina. Rina tersenyum riang dalam pelukannya. Fikirannya terus melayang mengingati detik-detik bahagia mereka sehinggalah matanya tertutup. Hanyut di buai mimpi indah bersama-sama Rina kekasih hatinya.

………………………………………………………………………………………………………

Amalina melangkah memasuki rumah ibunya. Anak-anaknya di biarkan bermain di taman. Rumah itu kelihatan sunyi. Entah mana semua penghuninya pergi.

“Mak Mah, ibu mana?” Amalina bertanyakan pembantu rumah ibunya yang sedang menyediakan makan tengahhari.

“Datin di bilik Cik Lin. Dato’ keluar,” balas Mak Mah

“Ok, saya naik atas dulu” Amalina pantas berlalu ke tingkat atas. Mencari ibunya.

“Ibu buat apa tu?” Tanya Amalina bila melihat ibunya termenung.

“Ibu rindukan Aiman, dah lama Aiman tak balik. Ibu tahu dia masih marahkan ibu.” Amalina mengeluh. Tahu betapa ibunya rasa bersalh atas apa yang berlaku apatah lagi melihat keadaan Aiman sekarang. Sudah lima tahun berlalu. Sepanjang waktu itu Aiman tidak pernah kemari. Pejabat juga sudah tidak dipedulikan. Hidup adiknya itu hanyalah mencari Rina. Kasihan Aiman. Hanya sedikit kesilapan, adiknya itu menderita hingga kini. Dia hanya mampu berdoa moga ada sinar menyinari hidup adiknya.

SALAM RAMADHAN PADA SEMUA YANG SUDI MENJENGAH CERITERA HATIKU... SEMOGA TERHIBUR DENGAN CERPEN YANG HANA REPEKKAN INI. IDEA UNTUK SAMBUNG RAZIF N ZAHLIA, RAHSIA HATI HANIM (RHH) MACAM TERHENTI JER... INSYAALLAH KALAU IDEA DATANG HANA AKAN SAMBUNG SEMULA... MAAF YA BUAT ANDA SEMUA TERTUNGGU-TUNGGU (entah ya antah tidak) ADA MASA NANTI HANA MASUKKAN SAMBUNGAN KASIH SELAMANYA 2...

2 comments:

epy elina said...

hoohoho...
pdn muka aiman...
lpas khlngn bru mnyesal....

Anonymous said...

ade smbugan agi kr???ni yg wat x sbr dok tunggu ni..

ANDA SUKA