BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Pages

mereka yg amat hana sayangi

sekilas pandang



terima kasih pada yang sudi menjengah ceritera hatiku....

maaf sebab lambat hantar n3 baru kat blog ini
apapun kesudian anda menjengah ke sini membuatkan hana sangat terharu....
hope terhibur membaca karya hana yang tak seberapa ini....

salam sayang pada anda semua yang menyokong dan sudi menjengah ceritera hatiku

jangan lupa tinggalkan komen selepas baca ya...
semoga komen2 anda menambahkan lagi semangat hana untuk bekarya............

Friday, August 27, 2010

KASIH SELAMANYA 3

Rina melangkah lemah. Perlahan tubuhnya direbahkan ke sofa. Dia penat. Letih untuk terus memikirkan segala kemungkinan. Benarkah kata-kata Kak Lin yang Aiman menderita. Akhirnya dia ketawa sinis. Tidak mungkin. Lelaki itu kelihatan sangat bahagia dengan cinta hatinya ketika pertemuan terakhir mereka. Langsung wajahnya tidak dipandang. Seolah-olah benci benar lelaki itu padanya.

"Mama..." jeritan nyaring Naqib dari luar rumah mengembalikannya ke alam nyata. Pantas dia bangun membuka pintu. Kelihatan Kak Maznah, salah seorang pekerja nurserynya berdiri di luar pagar bersama-sama Naqib dan Naqisha.

"Maafkan Qaseh kak Maz, tiba-tiba rasa tak sihat. Menyusahkan Kak Maz je kena hantar budak-budak ni balik. terima kasih Kak Maz. Jomlah masuk dulu" ajak Rina ramah. Pagar segera dibuka. Maznah hanya tersenyum apatah lagi melihat Naqib dan Naqisha berebut-rebut masuk ke dalam rumah.

"Tak apalah Qaseh. Tak susah pun. rumah Kak Maz kan selang dua pintu je dari sini. Qaseh ok? pucat je Kak Maz tengok?" tanya Maznah. Tangannya menyerahkan beg keperluan Naqib dan Naqisha.

"Pening sikit Kak Maz. Agaknya panas sangat hari ni. Jom lah singgah dulu"

"Tak payahlah Maz. Akak nak balik ni. Petang benar dah ni. Badan pun dah melekit. Lain kali ya. Jangan lupa makan ubat. Kalau tak ok juga phone Kak Maz. Kita ke klinik" balas Maznah sebelum keretanya meluncur pergi. Rina pantas mengunci pagar dan melangkah masuk ke dalam rumah.

"Abang, adik pergi mandi. Nanti kita makan. Mama ada beli KFC" arah Rina pada Naqib dan Naqisha yang sedang menonton tv. Pantas Naqib dan Naqisha melangkah ke tingkat atas. Ingin mandi.

"Ha... mandi betul-betul tau. jangan mandi kerbau. Baju mama dah letak atas katil abang dan adik" arag rina sebelum melangkah ke dapur untuk menyiapkan minum petang mereka.

Rina tersenyum melihat anak-anaknya begitu riang menikmati ayam goreng KFC. berselera sekali mereka makan. Sesekali mulut kecil itu berceloteh. bercerita itu ini.

"Mama, kenapa adik dan abang tak ada papa?" Rina tersentak mendengar pertanyaan dari Naqisha. Matanya memandang wajah polos itu. penuh dengan pengharapan. Ingin tahu mengapa mereka tidak punya papa seperti kawan-kawan yang lain.

"Betul tu mama, kawan-kawan abang selalu cerita pasal papa mereka. kenapa abang dan adik tak ada papa? papa pergi mana? kenapa papa tak tinggal dengan kita? sama macam kawan-kawan abang. Papa mereka kerja jauh pun tetap balik tengok diaorang mama. kenapa Papa tak balik?" Naqib pula menyoal. membuatkan nafas Rina makin sesak. Jawapan apa yang harus di beri. Selama ini dia memberitahu papa mereka kerja jauh. nak kumpul duit banyak-banyak untuk bawa mereka ke Disneyland... anak-anak kecil itu menerima tanpa banyak soal, tapi kini jawapan apa yang harus dia beri? Serba salah.

"Papa kerja sayang. Tak lama lagi papa baliklah. Papa pun rindu abang dan adik tapi papa kerja jauh" terang Rina perlahan. serasa tak terkeluar suaranya. Maafkan mama sayang...

"tapi bila mama?" soal Naqisha. Tidak berpuas hati dengan jawapan mamanya.

"Dah lah adik, nanti papa baliklah. Tengok adik dah buat mama sedih. Mama janganlah sedih. Abang tak kisah pun, asal mama ada dah cukup bagi abang" pujuk Naqib bila melihat mata mamanya yang sudah berair. Wajah mama juga nampak sedih. Pantas tubuh kecil itu memeluk mamanya.

"Adik pun sama. Mama jangan sedih lagi" Naqisha turut memaut tubuh mamanya. Rina pantas memeluk anakanaknya.

"Mama sayang anak-anak mama" bisik Rina perlahan. pipi ke dua-dua anaknya di kucup penuh kasih sayang.

.................................................................................

Aiman melanglah perlahan ke arah handsetnya yang berdering. melihat skrin seketika.

"Waalaikumsalam. Haa.. ambil Baby kat nursery? Malaslah... Yelah, Man pergi" Aiman mendengus perlahan. Nak tak nak terpaksa juga dia keluar. Entah apa urusan KaK Lin yang kononnya penting sangat sampai dia terpaksa mengambil Baby di Nursery.

Aiman memandu dengan berhati-hati. Kali pertama dia mengambil Baby. Mengikut alamat yamg Kak Lin bagi betullah jalan ni tapi kat mana Nur Qaseh Nursery ni. Tersenyum bila terpandang sign board Nursery tersebut. Pantas Aiman mem,akirkan keretanya di luar pagar. Kelihatan beberapa orang kanak-kanak sedang berm,ain sambil diawasi oleh beberapa orang guru atau penjaga mereka.

"Ya Encik, boleh saya bantu?" Kak Maz bertanya pada seorang lelaki yang kelihatan terjengok-jengok ke dalam nursery.

"A..aaa Saya Aiman, bapa saudara Kazrina. Saya datang nak amb..."

"Pak cu..." tiba-tiba terdengar suara Qazrina. Pantas anak kecil itu menghampiri Aiman.

"Cikgu Maz ni la Pak Cu Baby. Naqib, Qisha ni lah Pak cu kita" Qazrina pantas memperkenalkan bapa saudaranya kepada guru dan rakan-rakannya.

"Pak cu kejap erk.." Qazrina kembali berlri kedalam nursery. Tidak lama kemudian Qazrina keluar sambil tangan kecilnya memaut tangan cikgu Qasehnya. Rina turut berlari-lari anak mengikut rentak Qazrina. Entah apa yang anak kecil itu ingin tunjukkan padanya.

Aiman memandang wajah kanak-kanak yang berdiri dihadapannya. comel betul. Makin lama direnung wajah kanak-kanak tersebut, terbayang iras seseorang. seseorang yang amat di rinduinya.

"Cikgu Qaseg ni lah Pak Cu Baby..." dan kata-kata Qazrina itu membuatkan nafas Rina bagaikan terhenti. Aiman pula pantas memandang ke arah Qazrina dan matanya terpaku bila memandang wajah yang berdiri di sebelah Qazrina.

"Rin..." hanya itu yang mampu diucapkan bibirnya.

Wednesday, August 25, 2010

KASIH SELAMANYA 2


“Ibu janganlah fikirkan sangat, Lin yakin satu hari nanti Aiman akan ok juga. Lin yakin, Aiman tak pernah marahkan ibu. Dia Cuma merajuk jer. Lin juga yakin Rina akan kita temui juga. Malaysia ni bukannya besar sangat” pujuk Amalina.

“Ibu tak tau nak buat apa lagi Lin. Sampai bila keluarga kita nak macam ni? Ibu rasa bersalah sangat pada Rind an Aiman. Kalaulah ibu tak turutkan rasa hati…”

“Ibu, dah lah tu. Jangan salahkan diri lagi. Lin tak nak ibu muram macam ni. Sakit nanti macammana? Dah jom turun makan. Budak-budak tu dah lama tunggu. Mereka rindu betul pada ibu” Amalina pantas meminpin ibunya ke tingkat bawah. Dari jauh sudah kedengaran suara anak-anaknya. Bising betul tapi dia senang begitu. Sekurang-kurangnya rumah ni taklah sepi sangat.

Datin Khamisah tersenyum melihat telatah cucu-cucunya itu. Terlupa seketika masalah yang dihadapinya.

“Anip, baby janganlah bising sangat” tegur Amalina pada anak-anaknya.

“Opah…” jerit Anip dan baby. Pantas mereka berlari mendapatkan Datin Khamisah. Tubuh tua itu mereka peluk. Datin Khamisah menghadiahkan ciuman pada pipi kedua-dua cucunya itu.

“Baby rindu betul kat opah”

“Anip pun sama”
“Opah pun rindu kat Anip dan baby. Kenapa lama tak jenguk opah?”

“Mama dan papa tu asyik busy jer. Tak dapat bawa baby gi rumah opah” balas Baby riang.

“Ya? Cian cucu opah. Jom makan. Tok Mah masak sedap tau hari ni” ajak Datin Khamisah. Amalina hanya memerhati. Sedikit lega melihat wajah ibunya yang sudah agak ceria.

………………………………………………………………………………………………..

Amalina hanya melihat adiknya yang sedang termenung. Langsung tidak menghiraukan kehadirannya. Makanan yang dihidangkan juga tidak terusik. Anak-anaknya di biarkan menonton tv di ruang rehat.

“Sampai bila Man nak macam ni? Man tak kesiankan ibu? Papa? Kalau Man tak kesiankan mereka, Man kesiankan lah diri Man. Tengoklah Man tak terurus langsung. Rambut dan jambang tu bila nak cukur. Rimas akak tengok” Aiman hanya diam. Dibiarkan sahaja leteran Amalina. Puas nanti, berhentilah mulut Amalina. Mereka hanya tahu bercakap, hanya dia yang tahu sengsara hatinya bila kehilangan Rina. Bukan salah mereka, silap dirinya sendiri. Diri sendiri yang tak teguh pendirian.

………………………………………………………………………………………………..

Rina menolak troli yang sarat dengan barang-barang keperluan mereka sekeluarga. Suasana di Tesco hari ini agak lengang. Masih waktu pejabat. Dia senang membeli belah waktu begini. Tidak perlu bersesak-sesak dengan orang ramai. Naqib dan Naqisha ditinggalkan di nursery. Nursery yang dibina atas usaha sendiri. Gembira, akhirnya impian untuk membuka nursery Nur Qaseh tertunai sudah.

“Cikgu Qaseh” Rina pantas berpaling ke satu arah bila mendengr namanya di panggil. Siapa? Matanya terpandang satu wajah comel yang sedang melambai ke arahnya.

“Kazrina, buat apa kat sini?” Tanya Rina pada pelajarnya itu.

“Ikut mama shopping. Abang pun ada” jawab Kazrina. Matanya menunjukkan ke satu arah.

“Baby… kat sini rupanya. Puas mama cari” tiba-tiba terdengar suara seorang wanita dalam nada panic.

“Maaf cik anak saya ni nak……” kata-kata wanita itu terhenti kala terpandang wajah Rina. Rina juga tergamam. Tidak menduga akan ada pertemuan antara mereka lagi.

“Rin…” wanita tersebut pantas memeluk Rina.

“Kak Lin…” Rina juga membalas pelukan Amalina. Rindunya pada Amalina yang baik hati dan sentiasa melindunginya dalam keluarga Datin Khamisah.

“mama kenal dengan cikgu Qaseh ke?” soal Anip. Kazrina a.k.a Baby hanya diam. Terpinga-pinga melihat gelagat mama dan cikgunya itu.

“Kenal, salam dengan Acu Rin saying” pinta Amalina pada anak-anaknya.

“Acu Rin?” Bany bertanya pelik. Begitu juga dengan Anip. Tak mengerti mengapa mamanya memanggil cikgu Qaseh Acu Rin.

“Ya, Acu Ri. Acu Rink an isteri Pak cu Man,” balas Amalina. Rina yang mendengar rasa tidak tenang. Ada resah yang melanda.

“Jom Rin, kita ke KFC depan tu. Banyak yang Kak Lin nak bualkan dengan Rin. Setelah lima tahun, jumpa juga akak dengan Rin. Syukur pada Allah. Aiman mesti suka” Amalina bersuara gembira. Rina serba salah mendengar permintaan Amalina. Tak sampai hati pula hendak menolak.

“Baiklah, tapi Rin kena bayar barang-barang ni dulu”

“Jom, Kak Lin pun nak bayar barang-barang ni juga” balas Amalina sambil menunjukkan trolinya yang sudah penuh.

…………………………………………………………………………………………….

“Macammana hidup Rin sekarang?” soal Amalina. Matanya sesekali memerhati anak-anaknya yang sedang enak menjamu selera.

“Baik, macam yang kak Lin lihat. Biasa je. Tiada apa yang berubah” balas Rina.

“Rin tak rindu pada kami semua? Mana Rin pergi selama ni? Puas kami cari Rin tau”

“Cari Rin? Untuk apa? Rin malas nak cari masalah Kak Lin. Itu pilihan abang. Biarlah. Rin doakan dia bahagia dengan pilihan hatinya. Siapalah Rin…” Amalina mengeluh mendegar kata-kata Rina.

“Rin tak tau, sepanjang lima tahun ini banyak yang berubah. Rin jangan ingat Aiman bahagia sepanjang lima tahun ni. Aiman juga sengsara Rin. Baliklah. Kesian Aiman. Puas dia cari Rin selama ni” Rina sekadar tersenyum sinis. Untuk apa lagi Aiman mencarinya. Bukankah lelaki itu yang membuangnya. Meninggalkannya.

“Untuk apa Kak Lin. Itu pilihan dia sendiri. Rin balik dulu. Rin minta Kak Lin rahsiakan pertemuan kita. Cukuplah setakat ini sahaja. Rin tak nak ada hubungan lagi dengan Aiman. Hati Rin masih lagi sakit. Masih lagi luka. Maafkan Rin. Rin balik dulu. Assalamualaikum” Rina pantas berlalu. Amalina hanya mampu memandang. Ternyata lima tahun ini telah banyak mengubah kehidupan mereka. Doanya agar Rina bahagia dengan kehidupannya.

Tuesday, August 24, 2010

KASIH SELAMANYA


Rina terpaku mendengar apa yang di ucapkan oleh bibir Aiman suaminya. Benarkah? Semudah itukah kasih yang mereka bina beralih arah. Hanya kerana mereka belum dikurniakan cahaya mata setelah lima tahun berkahwin, kasih lelaki itu telah beralih arah. Sampai hati abang…

“Maafkan abang Rin, tapi hati abang ni susah di kawal. Abang rasa sunyi…” lelaki itu berbicara lagi. Matanya masih merenung ke arah Bella di sisi. Bella si gadis genit pilihan ibu yang akhirnya berjaya mencuit hatinya.

“Baiklah kalau itu yang abang inginkan, Rin izinkan tapi lepaskan Rin” balas Rina tegas. Jika kasih sudah tiada, tiada guna dia merayu. Dia juga punya maruah. Biarlah Aiman mengejar bahagianya sendiri. Dia redha jika setakat ini sahaja penghujung cinta mereka.

“Rin…”Aiman terkesima mendengar permintaan Rina. Hatinya berbelah bahagi. Namun desakan dari pihak ibunya dan rasa kasih yang mula berputik pada Bella membuatkan dirinya tidak mampu melepaskan gadis itu.

“Baiklah, jika itu yang Rin inginkan. Abang lepaskan Rin dengan talak satu,” Aiman pantas berlalu dari situ selepaskan mengucapkan kata-kata perpisahan antara mereka. Bella tersenyum sinis memandang ke arah Rina. Air mata mengalir perlahan menyusuri pipi Rina. Akhirnya inilah akhir cinta mereka selama lapan tahun ini. Terlerai juga akhirnya.

………………………………………………………………………………………………………..

Lima tahun kemudian

“Mama….” Jeritan nyaring Naqib kedengaran dari tuang tamu rumah. Rina yang sedang memasak di dapur segera ke ruang tamu. Habis bersepah ruang tamu yang baru di kemaskan. Di satu sudut kelihatan Naqib dan Naqisha sedang berebutkan sebuah buku.

“Abang, adik dah jangan berebut. Nanti koyak buku tu” arah Rina pada permata hatinya itu. Naqisha terus mendapatkan mamanya bila Naqib berjaya memperoleh buku yang di rebutkan mereka.

“Mama… abang ambil buku adik” adu Naqisha pada mamanya. Tangannya mengelap air mata yang laju menuruni pipi. Naqib hanya ketawa sambil menunjukkan buku tersebut kea rah Naqisha yang masih lagi menangis.

“Abang kenapa ambil buku adik? Hari tu mama nak belikan abang tak mahu. Abang nak buku lain sekarang berebut dengan adik pula. Dah, pulangkan buku adik, kalau abang nak minta izin dari adik dulu” Naqib hanya memandang mamanya yang sedang membebel. Sesekali mamanya memujuk Naqisha yang masih lagi menangis.

Pelahan Naqib melangkah menghampiri Rina dan Naqisya. Buku di tangan di suakan kea rah Naqisha.
“Nah, adik ambillah buku ni. Jangan nangis lagi” pujuk Naqib pada Naqisha. Tangannya mengesat air mata di pipi Naqisha. Rina hanya memerhati telatah anak-anaknya. Ada senyuman di bibir. Bahagia. Mungkin ada hikmah apa yang berlaku.

“Abang ambillah, adik dah habis baca” balas Naqisha. Tangannya memaut tangan Naqib. Ada keakraban di situ.

“ok lah jom kit abaca sama-sama” balas Naqib sambil memaut mesra bahu adiknya.

“Macam tu lah anak mama” Rina pantas memeluk anak-anaknya sambil mengucup pipi mereka. Kedua-duanya ketawa riang. Kini hanya mereka cahaya hidupnya. Syukur pada Allah, setelah seminggu kes perbicaraan mereka selesai, dia menyedari dirinya hamil. Alhamdulilah, dia hilang Aiman Allah anugerahkan anak bagi mengubati hatinya.

………………………………………………………………………………………………………..

Aiman melangkah masuk ke rumahnya. Masih seperti lima tahun dahulu. Tiada yang berubah. Dia sengaja mengekalkan susun atur rumah itu. Semuanya idea Rina. Berharap suatu hari nanti rina akan di temuinya. Puas sudah dia mencari Rina namun pemergian Rina tanpa jejak yang boleh diikuti. Rina hilang begitu sahaja. Yang tinggal hanya penyesalan dan rasa rindu yang tidak pernah surut,

“maafkan abang…… Rin baliklah abang rindukan Rin” Aiman mengeluh lagi. Tangannya meraup rambut yang sudah semakin panjang. Tidak terjaga. Tanpa Rina hidupnya kosong. Sebahagian dari dirinya hilang. Hilang bersama-sama dengan Rina.

Dia tidak pernah sedar betapa pentingnya Rina. Rina selalu ada. Walau jauh manapun dia melangkah, Rina tetap ada di situ menantinya kembali. Kini semua kosong. Rina sudah meninggalkannya. Bukan pinta Rina tapi salahnya sendiri. Dia yang merelakan Rina pergi dari hidupnya. Kerana dia yakin, Rina bukanlah sesiapa. Tidak pentingpun. Bella yang penting tika itu hinggalah Rina pergi.

Dia bagai terjaga dari mimpi. Hidupnya kacau bilau. Biarlah apapun yang Bella lakukan, hatinya tetap resah. Dirinya terasa kosong lalu Bella di tinggalkan. Majlis pertunangan yag di rancang telah dia batalkan. Pedih telinganya mendengar leteran ibu. Namun tiada kesan pada dirinya. Yang ada hanya Rina. Rina perlu di cari.

“Baliklah Rin… biarlah seribu Bella pun tidak akan mampu menandingi Rin” Aiman merintih perlahan. Gaun malam yang dihadiahkan pada Rina di peluknya. Hanya itu yang ada bagi mengubat rindunya pada Rina. Matanya memandang potret Rina. Rina tersenyum riang dalam pelukannya. Fikirannya terus melayang mengingati detik-detik bahagia mereka sehinggalah matanya tertutup. Hanyut di buai mimpi indah bersama-sama Rina kekasih hatinya.

………………………………………………………………………………………………………

Amalina melangkah memasuki rumah ibunya. Anak-anaknya di biarkan bermain di taman. Rumah itu kelihatan sunyi. Entah mana semua penghuninya pergi.

“Mak Mah, ibu mana?” Amalina bertanyakan pembantu rumah ibunya yang sedang menyediakan makan tengahhari.

“Datin di bilik Cik Lin. Dato’ keluar,” balas Mak Mah

“Ok, saya naik atas dulu” Amalina pantas berlalu ke tingkat atas. Mencari ibunya.

“Ibu buat apa tu?” Tanya Amalina bila melihat ibunya termenung.

“Ibu rindukan Aiman, dah lama Aiman tak balik. Ibu tahu dia masih marahkan ibu.” Amalina mengeluh. Tahu betapa ibunya rasa bersalh atas apa yang berlaku apatah lagi melihat keadaan Aiman sekarang. Sudah lima tahun berlalu. Sepanjang waktu itu Aiman tidak pernah kemari. Pejabat juga sudah tidak dipedulikan. Hidup adiknya itu hanyalah mencari Rina. Kasihan Aiman. Hanya sedikit kesilapan, adiknya itu menderita hingga kini. Dia hanya mampu berdoa moga ada sinar menyinari hidup adiknya.

SALAM RAMADHAN PADA SEMUA YANG SUDI MENJENGAH CERITERA HATIKU... SEMOGA TERHIBUR DENGAN CERPEN YANG HANA REPEKKAN INI. IDEA UNTUK SAMBUNG RAZIF N ZAHLIA, RAHSIA HATI HANIM (RHH) MACAM TERHENTI JER... INSYAALLAH KALAU IDEA DATANG HANA AKAN SAMBUNG SEMULA... MAAF YA BUAT ANDA SEMUA TERTUNGGU-TUNGGU (entah ya antah tidak) ADA MASA NANTI HANA MASUKKAN SAMBUNGAN KASIH SELAMANYA 2...

ANDA SUKA