BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Pages

mereka yg amat hana sayangi

sekilas pandang



terima kasih pada yang sudi menjengah ceritera hatiku....

maaf sebab lambat hantar n3 baru kat blog ini
apapun kesudian anda menjengah ke sini membuatkan hana sangat terharu....
hope terhibur membaca karya hana yang tak seberapa ini....

salam sayang pada anda semua yang menyokong dan sudi menjengah ceritera hatiku

jangan lupa tinggalkan komen selepas baca ya...
semoga komen2 anda menambahkan lagi semangat hana untuk bekarya............

Monday, April 5, 2010

RAHSIA HATI HANIM 1

Hanim memandang sayu wajah opah. Tidak sampai hati melukakan hati tua itu. Namun apa pilihan yang dia ada. Hanim keliru. Maafkan Hanim opah. Cukuplah sampai di sini. Hanim dah tak mampu menghadapinya lagi. Mungkin pemergian Hanim ini akan meredakan keadaan.

Opah merenung wajah cucunya. Hanim masih lagi mengemas barang-barang miliknya. semua di masukkan kedalam beg besar di atas katil. Nyata Hanim sudah nekad dengan keputusannya. Tidak guna dia menghalang. mungkin benar kata Hanim... biarlah keadaan kembali tenang.

"Opah jaga diri tau. Jangan buat kerja berat. Rehat je, Kak Tipah ada kalau opah perlukan apa-apa. Lagi satu jangan culas makan ubat. Nanti Hanim suruh kak Tipah tengokkan opah. Opah bukan leh caya sangat. Hanim ada pun selalu culas inikan pula bila Hanim..." Hanim tak mampu menyudahkan kata-katanya. Ada sebak di dada. Pantas tubuh tua opah di peluk.

"Jangan risau. Opah janji jaga diri. Opah nak sihat, nak tunggu cucu opah ni balik...Hanim pun kena jaga diri..." balas opah. Air mata di pipi dikesat dengan tangan.

"Hanim janji. suatu hari nanti Hanim mesti balik..." Hanim masih lagi peluk opah. Serasa tidak mahu melepaskan tubuh tua itu. Tapi apa dayanya. Dia hanya menumpang di sini. Kini kehadirannya tidak diperlukan lagi.

Setelah semuanya selesai di kemas, Hanim melangkah ke luar dari rumah yang telah mencoret suka duka kehidupannya. Pantas dia masuk ke dalam teksi yang sudah sedia menanti. Hatinya terasa amat sakit bila melihat air mata opah. Maafkan Hanim opah... dan tanpa disedari matanya bertaut dengan pandangan itu...

'pergilah kenangan... tiada guna merayu pada yang tak sudi.........

1 comments:

just me said...

u know wat ,

kalau awak buat link utk cerita2 awak kat seblah ni , kan ke bgs . sng nak cr .

n shoutmix or cbox pon x de .

ANDA SUKA