BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Pages

mereka yg amat hana sayangi

sekilas pandang



terima kasih pada yang sudi menjengah ceritera hatiku....

maaf sebab lambat hantar n3 baru kat blog ini
apapun kesudian anda menjengah ke sini membuatkan hana sangat terharu....
hope terhibur membaca karya hana yang tak seberapa ini....

salam sayang pada anda semua yang menyokong dan sudi menjengah ceritera hatiku

jangan lupa tinggalkan komen selepas baca ya...
semoga komen2 anda menambahkan lagi semangat hana untuk bekarya............

Monday, March 1, 2010

seindah kasih zalika

PROLOG


Bagaimana mama nak mulakan kisah ini anakku. Mama takut jika hatimu akan terluka, bertahun mama menyimpan rahsia hati ini sehinggakan hati ini sudah jadi beku, lidah ini sudah kelu untuk menyingkap kembali kisah silam yang hanya akan menoreh luka yang hampir sembuh ini kembali. Bagaimana mama harus beritahumu, sedangkan kesilapan demi kesilapan yang mama lakukan amat perit untuk disingkap kembali. Aahh… segala-galanya hanya kerana cinta… kerana cinta mama sanggup melakukan apa sahaja tanpa mama sedar ianya memusnahkan mama… Biarlah segala-galanya berlalu… Itu yang terbaik untuk kita.

Zalika, hanya dirimu kekuatan mama untuk meneruskan hidup ini. Mama tak rela dirimu mengulangi kesilapan mama. Namun takdir tetap menduga kita. Kisah silam mama terus berulang dan kini ia menghantui hidupmu pula. Aahh… mama hanya cuba melindungimu dari segala noda dunia ini. Akhirnya mama tewas juga. Jalan ini yang dirimu pilih. Apa lagi yang mama mampu lakukan… hanya doa dan restu mama mengiringi setiap langkahmu.

Mama tahu dirimu menyalahkan mama kerana membiarkan kau hidup tanpa kasih seorang ayah. Tapi apa gunanya seorang ayah itu jika… ahh.. kau masih mentah lagi anakku, tika itu kau pasti tak akan memahami penderitaan mama. Biarlah, mama akur jika dirimu membenci mama tapi mama mahu dirimu tahu mama amat menyanyangimu. Apapun mama sanggup lakukan agar dirimu membesar seperti insan lain. Kerana itu mama terpaksa merelakan perpisahan antara ini. Maafkan mama…

1 comments:

jat said...

hana,
sambung yg ni jgk
best tau! =)

ANDA SUKA