BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Pages

mereka yg amat hana sayangi

sekilas pandang



terima kasih pada yang sudi menjengah ceritera hatiku....

maaf sebab lambat hantar n3 baru kat blog ini
apapun kesudian anda menjengah ke sini membuatkan hana sangat terharu....
hope terhibur membaca karya hana yang tak seberapa ini....

salam sayang pada anda semua yang menyokong dan sudi menjengah ceritera hatiku

jangan lupa tinggalkan komen selepas baca ya...
semoga komen2 anda menambahkan lagi semangat hana untuk bekarya............

Sunday, March 28, 2010

seindah kasih zalika 2

BAB 1

Malam terus berlalu, namun entah mengapa mata ini tak ingin lelap. Memori silam kembali menjelma. Kisah yang ingin dilupakan makin menghantui. Setelah beberapa tahun kisah itu berjaya dijauhkan dari ingatan, tapi kini ia kembali menghantui hidupnya. Memori pahit itu begitu menyeksa dan mengcengkam akal warasnya sehinggakan insane-insan yang tidak berdosa menerima tempias ketidak stabilan emosinya.

Ketukan bertalu-talu di pintu menyentakkan lamunannya. Dengan malas dia menggagahkan diri meneruni katil. Pintu dibuka, kelihatan wajah pembantu rumahnya yang kelihatan takut-takut berhadapan dengannya. Dia tersenyum, untuk meredakan ketakutan pembantunya itu.

“Maafkan Kak Nor, Kak Nor tahu Zalika tak nak di ganggu tapi pagi ni Farisha buat perangai. Tak mahu ke sekolah,” terang Kak Nor. Matanya masih menunduk. Teringat kemarahan majikannya semalam hanya kerana dia lambat menyiapkan minuman. Faham benar dia akan perangai majikannya bila fikirannya tidak tenteram. Majikannya tidak mahu diganggu walaupun oleh anaknya sendiri.

“Tak apalah Kak Nor, kejap lagi saya turun…”jawabnya malas. Terus menutup pintu. Segera dia melangkah ke bilik air. Dia perlu membersihkan diri. Masakan hendak turun dengan keadaan tang tak terurus ini. Entah-entah Farisha pun tak kenal dia. Matanya memandang arcanya di cermin. Dia nekad, dia harus merubah penampilan diri. Mungkin dia perlu memotong rambutnya. Ahh… tengoklah nanti. Yang penting uruskan Farisha dulu.

Setelah melihat sekali lalu penampilannya, dia terus melangkah turun ke bawah. Matanya terus kea rah wajah anaknya yang sedang memungcung. Hai… apa lagi yang tak kena agaknya…

“Kenapa anak mama muram je pagi ni? Acik Nor beritahu mama yang Isha tak nak pergi sekolah, kenapa?” tanyanya lembut. Matanya masih lagi memandang anak gadisnya. Kak Nor telah menghilang ke dapur. Tak ingin mengcampuri sesi pujuk memujuk antara mereka anak beranak.

“Hai… mama ni cakap dengan dingdingke?” dia terus bersuara bila Farisha masih terus mendiamkan diri. Tiba-tiba Farisha menunjukkan sebuah buku latihan padanya. Segera di ambil. Tangannya terus menyela-nyelak helaian buku tersebut, mnencari apa yang tidak kena dengan buku tersebut. Tiba-tiba tangannya terhenti di helaian tengah buku tersebut. Matanya terasa berkaca. Perlahan-lahan dia mendongak mencari wajah anaknya itu. ada juraian air mata yang mengalir di pipi mungil itu.

“Sha tak tahu nak tulis apa. Cikgu suruh siapkan karangan tentang ayah saya dan hantar hari ni. Tapi Sha tak tahu siapa papa Sha, bagaimana orangnya. Sha Cuma tahu nama dia je…” terang si kecil. Masih terisak-isak menahan tangis. Dengan pantas tubuh kecil itu dipeluknya.

“maafkan mama….maafkan mama…” bisiknya perlahan. Pipinya juga sudah basah. Akhirnya saat itu tiba juga… saat dimana Farisha akan mula bertanya mengenai papanya. Papa yang dikenali hanya melalui sebaris nama yang tercatat pada sijil kelahirannya. Bagaimana harus dia memulakan ceritanya. Haruskah dia membuka kembali lembaran luka itu… ahh.. yang pasti hatinya akan terus luka berdarah…. Entah bila akan sembuh…

“ma… Sha minta maaf..” tiba-tiba si kecil bersuara sambil meleraikan pelukannya. Tangan comel itu perlahan-lahan menyeka air mata yang mengalir dipipinya.

“Sha tak salah… Sha juga perlu tahu mengenai papa Sha. Mama yang salah kerana…”

“Tak… Sha salah sebab buat mama nangis. Sha janji, Sha takkan Tanya pasal papa lagi…” balas sikecil. Memahami. Dia tersenyum. Entah mengapa dalam kesedihan yang menggila ini, kematangan si kecil mencuit hatinya.

“betul? Hhmm mama tak sangka anak gadis mama ni dah dewasa,”

“mestilah Sha kan dah darjah dua… dah lapan tahun pun…” balasnya sambil ketawa. Argh.. anak apa yang dirimu tahu… rajukmu akan cepat terpujuk, kesedihanmu akan mudah menghilang dan tawamu akan muncul bak mentari setelah hujan reda… menghiasi dan mewarnai hari-hari sepi mamamu ini. tapi rajuk dan luka dihati mama ini entah bila akan terpujuk dan penawarnya entah bila akan ditemui untuk merawat luka ini.

“Kalau Sha dah besar mestilah dah pandai fakir dan kenalah pergi sekolah,” balas Zalika sambil mengusap kepala anaknya. Farisha menarik muncung mendengar kata-kata mamanya. Sekolah… oh tidak! Terbayang wajah Puan Rohaya yang garang itu. wajahnya bertukar pucat. Zalika ketawa melihat reaksi anaknya.

“Ok hari ni mama bagi peluang tapi esok jangan harap nak ponteng lagi,” Farisha terus memeluk mamanya. Gembira.

“thanks ma… ni yang buat Sha makin sayang kat mama, tapi mama kenalah tolong Sha siapkan karangan nieh,” balas Farisha sambil mencium pipi Zalika bertalu-talu.

“Baiklah… apa yang Sha nak tahu tentang papa?”

“Macammana rupa papa ya ma? Sha teringin nak tengok wajah papa. Mama ada simpan gambar papa tak? Mama dan papa jumpa kat mana? Papa baik tak mama? ” soal Farisha bertalu-talu. Tidak sabar untuk tahu mengenai lelaki yang hanya dikenali melalui sebaris nama sahaja.

Zalika tersenyum mendengar soalan anaknya itu. hhmm… gambar. Mana mungkin ada gambar kerana lelaki itu tak suka bergambar.aneh tapi itulah kebenarannya, tiada gambar lelaki itu dalam simpanannya. Sekeping gambar yang diambil secara candid juga telah lama dia humbankan dalam tong sampah. Bagaimana agaknya rupa dirinya sekarang?

“mama.. mama dengar tak nie?” Farisha merengek bila melihat mamanya hanya kaku. Zalika tersentak. Aahh… jauhnya aku berangan.

“mama dengarlah sayang. Papa nak kata hensome, taklah hensome sangat. Biasa-biasa je. Baik? Entahlah. Mama tak mahu komen. Gambar papa mama tak simpan lagipun papa Sha tak suka bergambar,” terang Zalika.

“takkan itu je ma, mama ceritalah macammana mama dan papa kenal, Sha nak tahu,”

“papa kawan kepada kawan mama… mula-mula jumpa papa, mama langsung tak suka papa. Waktu tu papa nakal sangat. Suka usik mama…” Zalika tersenyum mengingatkan memori lamanya. Mereka terus hanyut menyusuri kisah silam Zalika. Farisha benar-benar gembira, hari ini dia belajar mengenali seorang lelaki yang bergelar ayah dalam hidupnya.


ZALIKA melangkah pantas menuju ke rumah ibunya. Panggilan telefon dari ibunya benar-benar meresahkannya. Salam diberi dan pintu terus dibuka, mujur dia mempunyai salinan kunci rumah ibunya. Hampir pitam Zalika melihat sekujur tubuh ibunya terjelepuk berhampiran telefon.

“mama…” pantas dia memangku tubuh si ibu. Tiada jawapan. Panik. Dia tidak tahu apa yang harus dilakukannya. Dengan bersusah payah, dia membawa tubuh ibunya ke kereta. Kereta di pecut laju ke hospital. Hatinya berlagu bimbang. Bimbang akan penyakit jantung ibunya. Walau apapun yang berlaku antara mereka, wanita itu tetap ibunya. Dia tak sanggup untuk kehilangan wanita itu. walau mulut mengatakan benci namun tanpa disedari dia amat menyanyangi wanita itu.

Dia benar-benar lega apabila doctor mengatakan ibunya tidak apa-apa. Ibunya hanya mengalami tekanan darah rendah, oleh itu ibunya terpaksa ditahan diwad untuk pemerhatian. Zalika merenung sayu ke wajah wanita yang semakin di makan usia. Entah mengapa hingga saat ini dia tak mampu untuk memaafkan wanita yang melahirkannya itu. salahkah dirinya? Bukan tidak pernah dicuba namun bayangan silam sentiasa menghantui hidupnya. Kerana ibu, papa tinggalkan mereka. Peritnya kehilangan itu…

Deringan telefon bimbit mematikan khayalannya. Segera dia menekan punat hijau untuk menjawab panggilan.

“assalamualaikum, mama,”kedengaran suara Farisha dihujung talian.
“waalaikumsalam, kenapa Sha call mama nie? Sha kat mana?”
“mama Sha dengan Mimi. Mimi ajak Sha pergi rumah dia. Harini birthday Mimi jadi mama Mimi buat party. Mimi ajak Sha pergi rumah dia. Boleh tak Sha pergi?” Tanya Farisha penuh mengharap.
“OK, Sha boleh pergi. Cakap kat auntie Sal mama ambil Sha nanti. Sampaikan salam mama pada auntie Sal dan Mimi. Take care,”
“Bye mama…,” balas Farisha sebelum mematikan talian.

“Siapa telefon Ika?”soal Zalina kepada anaknya.
“Sha yang telefon, minta izin nak pergi rumah kawan dia,” balas Zalika sambil menoleh kea rah ibunya yang masih terbaring lemah. Zalina sekadar mengangguk. Terbayang wajah satu-satunya cucunya itu.
“Ika balik dulu ibu, malam nanti Ika datang lagi,”ucap Zalika memecahkan kesunyian yang menyelubungi antara mereka. Zalina sekadar mengangguk. Matanya merenung sayu langkah anak tunggalnya yang makin menjauh.

0 comments:

ANDA SUKA