BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Pages

mereka yg amat hana sayangi

sekilas pandang



terima kasih pada yang sudi menjengah ceritera hatiku....

maaf sebab lambat hantar n3 baru kat blog ini
apapun kesudian anda menjengah ke sini membuatkan hana sangat terharu....
hope terhibur membaca karya hana yang tak seberapa ini....

salam sayang pada anda semua yang menyokong dan sudi menjengah ceritera hatiku

jangan lupa tinggalkan komen selepas baca ya...
semoga komen2 anda menambahkan lagi semangat hana untuk bekarya............

Wednesday, March 24, 2010

hc6

Malam sudah agak lewat ketika Danish pulang. Dia terus melangkah ke bilik tidurnya, matanya terpaku pada sekeping kertas yang di tampal pada pintu biliknya. Membaca apa yang tercoret di situ. Dia mengeluh, malasnya. Esok, dia terpaksa mengikut Eka pulang ke rumah keluarga Eka… perkara yang tidak disukainya. Terpaksa membatalkan temujanji dengan Kamal untuk berlibur bersama rakan-rakan yang lain. Sejak berkahwin dengan Eka, dia sering keluar bersama-sama Kamal, mengubat kesunyian dihati apabila Erin membawa diri… meninggalkannya tanpa kesan. Puas dia mencari Erin, namun tiada jejak yang ditinggalkan… dia kehilangan… kehilangan insan yang paling disayanginya… maafkanku sayang…

Pagi-pagi lagi sudah kedengaran jeritan Sofea. Anak kecil itu begitu riang. Usai mandi, dia pantas mengejutkan Danish yang masih lagi nyenyak tidur. Danish mengeluh apabila tidurnya diganggu. Terpaksa bangun, bersiap-siap. Sofea terus ke dapur dan bermain dengan baby Haziq sementara Eka menyediakan sarapan pagi untuk mereka. Sofea berceloteh riang, sesekali kedengaran suara Danish menjawab pertanyaan Sofea. Eka sekadar memerhati sambil melayani baby Haziq.

Suasana sepanjang perjalanan pulang kerumah orang tua Eka sunyi sepi. Hanya seketika tadi di awal perjalanan kedengaran celoteh Sofea dan kini anak kecil itu sudah tertidur di seat belakang. Haziq Amsyar dalam pelukannya juga sudah tertidur. Eka resah, tidak tahu apa yang harus dibualkan. Dia sedar, mereka berdua jarang berkomunikasi antara satu sama lain walaupun sudah berbulan mereka disatukan.

Ketika melewati gerai mak Jah dihadapan sekolah, Eka tergamam seketika. Dia melihat dari jauh wajah yang dirinduinya selama ini. Hanya seketika, cukuplah… dia memerhatikan bayangan tubuh itu hilang bila kereta yang dipandu Danish semakin menjauh. Arghh…rindunya aku pada dia. Maafkan Eka Rie… ada sendu yang berlagu, ada lara yang tercipta, hanya mampu dipendam jauh disudut hati.

Sofea begitu girang, anak kecil itu leka bermain dengan datuk dan neneknya. Eka sekadar memerhati, Danish sejak tiba tadi sudah menghilang ke dalam bilik. Tidur. Sesekali kelihatan mama ketawa melihat telatah Sofea dan baby Haziq. Hatinya tersentuh melihat saat itu… alangkah bahagianya jika kak Lia dan abang Razif masih ada bersama-sama mereka sekeluarga saat ini. Berkongsi kegembiraan melihat Sofea dan Haziq membesar, menjadi semakin keletah dan pintar.

Petang itu dia bercadang untuk melawat pusara kak Lia dan abang Razif bersama-sama dengan Sofea. Anak kecil itu hanya mengangguk bila diberitahu tentang pusara-pusara itu. sesekali bila ingatannya kembali kepada umi dan walidnya, anak kecil itu sering bertanya “mamacu napa umi dan walid tidur dalam tanah? Napa tak tinggal dengan kita? Fia rindukan umi dan walid… umi dan walid tak rindukan Fiake? Dah tak sayang Fiake? Sebab tu umi dan walid tidur dalam tanah.” Dan lidah ini begitu kelu untuk menjawab pertanyaan-peertanyaan sikecil. Biarlah masa yang mendewasakan Sofea dan suatu hari dia pasti memahami mengapa umi dan walidnya meninggalkannya keseorangan… memahami erti sebuah kematian…erti sebuah kehilangan yang abadi… yang tiada gantinya lagi. Betapa Eka rindukan kak Lia…

0 comments:

ANDA SUKA