BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Pages

mereka yg amat hana sayangi

sekilas pandang



terima kasih pada yang sudi menjengah ceritera hatiku....

maaf sebab lambat hantar n3 baru kat blog ini
apapun kesudian anda menjengah ke sini membuatkan hana sangat terharu....
hope terhibur membaca karya hana yang tak seberapa ini....

salam sayang pada anda semua yang menyokong dan sudi menjengah ceritera hatiku

jangan lupa tinggalkan komen selepas baca ya...
semoga komen2 anda menambahkan lagi semangat hana untuk bekarya............

Wednesday, March 24, 2010

hc5

“ibu nak suruh Danish putuskan pertunangan dengan Erin dan terima permintaan abang Razif? Tak, Danish tak setuju. Walau apapun yang terjadi Danish tetap tak akan setuju. Maaf bu, Danish tetap akan kahwin dengan Erin dan bukannya perempuan tu,” Danish tetap dengan keputusannya. Tersentak dia seketika tadi apabila ibunya menceritakan kandungan wasiat abang Razif. Mustahil dia akan akur dengan permintaan itu. Dia telah lama mengenali Erin malah beberapa bulan lagi mereka akan disatukan. Mustahil ibu lupa. Malah ibu juga sudah sibuk membuat persiapan, tapi kini…… ibu meminta dia memutuskan pertunangannya……
Puan Salbiah mengeluh bila mendengar kata-kata anak bongsunya itu. sudah diduganya, Danish pasti menolak mentah-mentah permintaan itu. dia juga tidak rela pertunangan itu terputus… tapi nasib cucu-cucunya terletak atas persetujuan Danish dan perempuan tu… entah apa namanya, dia langsung tak ingat nama anak perempuan Zainab dengan Rahim… suka atau tidak mereka terpaksa akur, dan dia sudah tidak mempunyai pilihan…
“sampai hati Danish… Danish pun tahu, ibu sayang kan Erin, tapi kita tak ada pilihan lain… Danish mesti terima permintaan itu…… cukuplah ibu kehilangan seorang anak dan kini… ibu tak nak kehilangan cucu-cucu ibu pula… please Danish fikirlah…” Puan Salbiah terus beredar ke biliknya bersama tangisan, tangisan penyesalan seorang ibu… Danish terpaku di ruang tamu, masih lagi keliru mendengar permintaan ibunya. Haruskan dia lukakan hati insan yang paling disayanginya dan menerima permintaan ibunya itu… dia tak sanggup. Kini dia benar-benar tersepit… masih adakah lagi pilihan lain buatnya???

BAB 3

Masa pantas beredar, mahu atau tidak, mereka terpaksa akur dengan wasiat itu. detik yang berlalu terasa begitu menyeksakan pada Eka mahupun Danish. Hanya air mata yang mengalir bila kenangan lama sesekali menyapa. Kenangan yang amat pedih untuk dikenang kala bibir berbicara… memutuskan segala ikatan yang terjalin sejak sekian lama. Air mata duka mengalir melihat orang kesayangan berduka. Namun apa pilihan yang mereka ada… demi sikecil kata pemutus harus di buat, dan kini mereka disatukan dalam mahligai yang tak pernah diimpikan… mahligai yang dibina tanpa cinta dan kasih saying, yang ada hanya rasa tanggungjawab terhadap sikecil. Mereka akur kehidupan harus di teruskan walau apapun terjadi… hanya gelak tawa Sofea dan Haziq pengubat luka di hati mereka berdua…
“mama ucu tengah buat ape tu?” Tanya Sofea kala melihat Eka sedang menggubah bunga, si kecil Haziq, yang berusia lapan bulan itu dibiarkan bermain dengan permainannya. Eka ketawa mendengar panggilan Sofea padanya, sejak dia disatukan dengan Danish, mama meminta Sofea memanggilnya mama tapi sikecil itu enggan lalu lahirlah gelaran ‘mama ucu’ padanya.
“mama ucu tengah gubah bunga, kenapa? Fia nak tolong mama ucuke?” Tanya Eka, sesekali matanya singgah pada Haziq, memerhati anak kecil yang semakin membesar itu. Haziq ketawa riang bila diagah oleh kakaknya…
“tak naklah, Fia bosanla mama ucu, tak ada kawan. Jom la kita balik umah nenek mama ucu, Fia rindu nenek ngan atuk,” ajak Sofea. Eka sekadar ketawa. Sedar sudah agak lama mereka tidak pulang ke rumah orang tuanya.
“esok barulah kita pergi ya Fia, mama ucu ada banyak kerja nak buat, lagipun papa tak ada. Esok mama ucu janji kita pergi rumah nenek dengan papa dan baby Haziq,”
“kita pergi ari ni la mama ucu, Fia dah rindu nenek ngan atuk. Bolehlaa… mama ucu, please,” Sofea masih lagi merengek, memujuk Eka.
“kalau kita pergi sekarang sape yang nak bawa kereta? Sapa nak pegang baby Haziq? Kalau papa ada, papa boleh bawa kereta, mama ucu pegang baby Haziq. Kita pergi esok ya Fia? Mama ucu janji, esok pagi-pagi lagi kita pergi rumah nenek ok?” pujuk Eka. Akhirnya Sofea mengangguk, akur dengan pujukan mama ucunya.
Eka tersenyum, satu masalah sudah selesai dan kini bagaimana pula nak beritahu pada Danish. Lelaki itu, awal-awal pagi sudah keluar, entah kemana. Dia sendiri tidak pernah ambil tahu. Hanya Sofea dan Haziq yang ada antara mereka, hubungan mereka sangat dingin, masing-masing buat hal sendiri. Hanya di hadapan si kecil sahaja mereka berlagak mesra, tak ingin mengundang pertanyaan Sofea yang semakin keletah itu akan kedinginan mereka berdua. Malah dia juga sedar bukan sahaja Danish yang dingin padanya malah seluruh anggota keluarga lelaki itu kecuali papa mentuanya bersikap begitu padanya.

0 comments:

ANDA SUKA