BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Pages

mereka yg amat hana sayangi

sekilas pandang



terima kasih pada yang sudi menjengah ceritera hatiku....

maaf sebab lambat hantar n3 baru kat blog ini
apapun kesudian anda menjengah ke sini membuatkan hana sangat terharu....
hope terhibur membaca karya hana yang tak seberapa ini....

salam sayang pada anda semua yang menyokong dan sudi menjengah ceritera hatiku

jangan lupa tinggalkan komen selepas baca ya...
semoga komen2 anda menambahkan lagi semangat hana untuk bekarya............

Sunday, March 28, 2010

HC16

Boy, hari ini Baby rasa bahagia sangat. Dia sudah mula menerima diri ini. Baby senang dengan perhatian yang dia berikan. Tapi… hati ini masih tidak pasti. Benarkah cintanya hanya milik Baby? Benarkah segala janji-janji yang dilafazkannya? Baby gembira dan selamat disampingnya. Dialah segalanya buat Baby. Namun bayang-banyag silam sering menghantui. Bagai ternampak-nampak kemesraannya dengan insan lain. Hati ini teramat sakit bila mengingatkan itu semua. Bagaimana Baby hendak lupakan semua itu? baby takut, takut akan terluka lagi… Boy, betulkah pilihan Baby? Untuk terus berada disisinya. Baby tahu akan lebih banyak dugaan dan halangan yang terpaksa kami tempuh untuk mencari bahagia itu… tapi Baby makin lemah Boy… Baby makin tak berdaya untuk menghadapi kekecewaan untuk sekali lagi… baby tacit dia berubah… Kasihnya hanya sementara…

Hari demi hari, mereka makin bahagia. Sambutan hari raya kali ini juga amat mengembirakan Eka apabila Danish bersetuju untuk menyambut raya di rumah keluarganya. Pagi raya itu terasa syahdu sekali bila mereka membawa Haziq dan Sofea melawat pusara walid dan umi mereka. Dalam diam Eka dan Danish berjanji akan menjaga Sofea dan Haziq sebaik mungkin, mereka juga mahu Sofea dan Haziq mengenali umi dan walid mereka. Ada sesuatu sudah dirancan mereka. Akan dikumpul semula segala gambar dan surat-surat mengenai kisah cinta Kak Lia dan abang Razif. Eka juga berharap, ibu mertuanya akan menerima dirinya.

Petang raya itu bersama-sama mama dan papa mereka melawat sanak saudara papa dan jiran tetangga. Maklumlah, sanak saudara Eka hanya sempat bertemu dengan Danish pada hari perkahwinan mereka sahaja, lebih kurang setahun yang lalu. Mujur Danish dapat menyesuaikan diri, mesra melayan sanak saudara papa yang ramai. Yang paling gembira sekali tentulah Sofea. Haziq hanya memerhatikan kakaknya sahaja, pasti akan merengek bila tubuhnya didukung orang lain selain dari papa dan mamanya. Malah, kelibat Eka juga tidak boleh hilang dari pandangan.

Puan Salbiah memandang ruang tamu rumahnya. Suram. Hatinya sakit bila mengetahui Danish beraya dirumah mertuanya. Sesekali rasa sayu menggigit hatinya, terasa sunyi raya kali ini tanpa kehadiran anak-anak. Anak perempuannya entah kemana, manakala anak lelakinya hanya tahu menyakitkan hati sahaja. Hubungan dengan Danish juga semakin dingin apabila da terang-teran menolak permintaan Danish. Mana mungkin dia akan berbaik dengan Eka, luka dihati masih lagi terasa. Erin pula semakin menjauhkan diri, merajuk dengan sikap Danish apatah lagi bila Danish memutuskan percintaan mereka buat kali kedua. Suaminya??? Gembira betul dengan perubahan Danish malah sering berbuka bersama anak menantunya. Pagi-pagi raya lagi suaminya menghilang, katanya hendak ke masjid. Tapi sehingga sekarang masih tidak-tidak pulang. Tinggalkah dia sendiri di rumah besar itu.

Puan Salbiah memandu dengan berhati-hati. Sudah lama dia tidak memandu sendiri. Dia ingin menziarahi keluarga Erin, setelah mendapat tahu Erin sakit. agak kekok juga. Fikirannya melayang jauh, terkenangkan Danish dan Amelia. Hanya mereka sahaja anak-anaknya, tetapi anak-anaknya itu makin jauh darinya. salah dirinyakah??? Tidak cukup baikkah dia sebagai ibu??? Tahu, anak-anaknya itu memang degil, hanya Razif sahaja yang selalu mematuhi kata-katanya... tapi itu dulu sebelum dia bertemu Zalia. Razif nekad meninggalkan keluarga... dan akhirnya dia terus kehilangan Razif... kesal... Ya, dia memang kesal. Tiada seorang ibupun tidak sedih apabila kehilangan zuriatnya, namun kerna ego dia keraskan hati. Tiada setitispun air matanya mengalir apabila menerima berita kematian Razif... Dimatanya terbayang saat-saat anak-anaknya masih kecil. Razif yang pandai mengambil hati, Danish yang nakal dan Amelia yang sangat comel... dia rindukan saat itu dan tiba-tiba.....

Encik Saiful cemas, sudah dua jam dia menanti khabar mengenai isterinya. terasa bagaikan separuh nyawanya melayang bila mendapat tahu isterinya kemalangan. Danish juga kelihatan resah. Eka hanya mampu menenangkan Danish. Sofea dan Haziq sudah tertidur. Keletihan selepas seharian bermain. Masih lagi menanti berita mengenai Puan Salbiah. Hatinya turut resah. Berharap tiada kecederaan yang serius.

Tidak lama kemudian, seorang doktor keluar. segera mereka menghampiri. Papa hampir rebah, mujur Danish sempat memaut tubuh tua itu. Ya Allah... Air mata mengalir lesu dipipi Eka. Danish memeluk papa erat. setitik air jernih mengalir di pipi tua papa. Bagaikan mimpi...... Amelia yang baru tiba, rebah mendengar berita itu. melaut kekesalan bertamu dihati... Seandainya masa dapat diputarkan semula...
sudah dua hari peristiwa itu berlalu. Semua masih lagi bersedih. Encik Saiful terkilan kerana berkeras dengan permintaan arwah isterinya itu. Seandainya dia yang menghantar isterinya, tentu semua ini tak terjadi. Danish kelihatan tenang, sudah dapat menerima ketentuan Yang Maha Esa. Eka sentiasa disisi memberi semangat padanya untuk menempuh dugaan ini. Amelia, kakaknya masih lagi bersedih. Kepulangan yang sudah terlewat. Sudah puas mereka memujuk Amelia namun kakaknya masih tetap bersedih.

Sofea pula terpinga-pinga dengan apa terjadi. Malah anak kecil itu sering bertanya kenapa nenek kena tinggal dalam tanah seperti umi dan walid? Mereka tiada jawapan untuk soalan itu. Anak sekecil itu masih lagi belum memahami erti kematian, erti kehilangan.

Erin ada juga datang melawat, kesal bila mendapat tahu Puan Salbiah mendapat kemalangan itu kerna ingin menjenguknya. tersedu-sedu menangis. Danish hanya memandang, lebih senang melayan anak-anaknya. Tidak ada mood untuk bertegur sapa, hanya Eka sahaja yang melayan. Mama dan papa Eka juga turut hadir. Biarlah demdam lama berkubur... Demi kebahagiaan anak-anak mereka redha...

********************************************************************

Sebulan kemudian, keluarga Encik Saiful diselebungi kegembiraan bila Eka telah disahkan hamil dua bulan. Danishlah yang paling gembira. Sudah lama dia ingin mempunyai anak sendiri. Sofea juga gembira, berharap mamacunya melahirkannya adik perempuan. Bolehlah adik menemani dia bermain anak patung nanti. Eka sekadar tersenyum melihat keriangan keluarganya. Tidak kisah apapun nanti jantina anak itu, berharap agar semuanya selamat.

Dirinya ditatang bagai minyak yang penuh oleh Danish. Malah Danish kelihatan sangat risau dengan kesihatannya. Dia mengalami alahan yang agak teruk. Kerja-kerja rumah semuanya diambil alih oleh Danish, termasuklah memasak. Dia benar-benar tidak boleh terbau sebarang masakan, pasti akan memuntahkan semua isi perut. Malah, Eka lebih gemar makan sushi sepanjang tempoh hamil ini. Pening Danish dengan gelagat Eka. Isterinya itu juga semakin sensitif dan selalu merajuk, susah pula untuk memujuk. Mujur Encik Saiful menyabarkan anaknya itu. Biasalah jika isteri hamil, memang banyak ragam dan karenah...

Erin merenung wajah jejaka dihadapannya. Hari ini mereka berjanji untuk bertemu disini. Sudah agak lama mereka tidak bertemu setelah pertemuan terakhir dahulu. Siapa sangka mereka akan menjadi sahabat. Pertemuan yang tak diduga di tepian pantai kala hati terluka menjadikan mereka sahabat yang sangat akrab. Malah, hati juga sudah pandai merindu. aneh bukan? Mereka kecewa pada pasangan yang sama.

"Kenapa you tengok muka I macam tu sekali? tahulah I ni hensem,"

'ishh... perasan. you hensem?? hensem lagi mamak rojak tu," balas Erin sambil ketaa manja.

"you okke? macammana dengan Danish dan Eka?" tanya jejaka itu pula.

"I ok, cuma rasa bersalah kat auntie Sal, kalau dia tak drive semata-mata nak lawat I tentu semua ni takkan terjadi. Takdir ni anehkan. I tak sangka akan jumpa you dalam hayat ni. Eka dan Danish I dengar tengah sibuk nak sambut orng baru,"

"Ohh... sabarlah. Bukan salah You. Kita tak boleh lawan takdir. You tak terkilanke? Yelah kekasih hati dah berbahagia malah nak sambut orang baru lagi,"

" Tak, malah I tumpang bahagia dengan kebahagian mereka. Tak sia-sialah usaha kita selama ini kan. Lagipun I dah ada You, buat apa I nak kecewa lagi. I takut orang tu je yang kecewa,"

"I pun sama macam you, Kita doakanlah kebahagiaan mereka. Kita pula macam mana? Takkanlah nak doa dan lihat kebahagiaan orang lain je. You tak nak jadi macam mereka ke?" tanya jejaka itu. Erin tersipu-sipu mendengar kata-kata jejaka itu. tak bertapis langsung.

"Diam tu selalunya orang-orang tua kata ada maknalah tu..." sambung jejaka itu lagi. bertambah merah muka Erin. Jejaka itu hanya ketawa. Suka melihat Erin begitu. Bertambah ayu dan comel. Jatuh cintakah dia???

0 comments:

ANDA SUKA